KENYATAAN MEDIA



1. Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan menyokong tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota KeAdilan yang melanggar tatatusila berorganisasi dan disiplin Parti demi maruah, kredibiliti serta kewibawaan Parti.

2. Tindakan disiplin tersebut mesti diambil melalui proses serta prosedur mengikut peruntukkan Perlembagaan Parti

3. Dalam isu disiplin, adalah diharapkan para barisan kepemimpinan menunjukkan contoh serta menjadi ikutan yang terbaik bagi anggota parti.

4. Oleh itu, adalah amat terkesan kepada parti jika pelanggaran disiplin itu dilakukan sendiri oleh para pimpinan parti.

5. Kami yakin, Lembaga Disiplin Parti telah mengambil kira semua faktor yang relevan dan bertindak sewajarnya dengan mengeluarkan surat tunjuk-sebab kepada YB Zuraida Kamaruddin (Naib Presiden Parti) untuk tindak balas (response) olehnya dalam tempoh 14 hari. Biarlah ia berjalan mengikut proses sewajarnya (due process).

6. Mengambil roh serta pengajaran dari pendirian tegas Ar-Rasul saw. “Seandainya Fatimah Putri Rasulullah mencuri, Rasulullah sendiri yang akan memotong tangannya, bukan membela, walaupun Fatimah adalah Putri yang tersayang”, maka kami mengambil ketetapan tidak kira samaada ia seorang anggota atau pimpinan parti, jika melanggar disiplin parti dan telah melalui proses sewajarnya(due process), maka tindakan mesti diambil  terhadapnya. Tiada pilih kasih dalam tindakan menegakkan kebenaran dan keadilan.

7. Kepemimpinan Cabang dan Ranting serta anggota akar umbi KEADILAN Wilayah Persekutuan akan terus bersama mendokong kepimpinan Parti KEADILAN yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti yang istiqamah membawa dan meneruskan dengan Agenda Reformasi demi Rakyat dan Negara.

ZAHIR HASSAN
Pengerusi
Parti KeAdilan Rakyat
Wilayah Persekutuan


BILA SI PENGECUT BERANI DI LUAR MESYUARAT...AHLI MAKIN MELUAT



Tun Razak

Semalam selepas Presiden Anwar Ibrahim keluar kenyataan, malam itu 46 'pimpinan' yang tidak hadir mesyuarat keluar kenyataan media serang kepimpinan yang hadir ke mesyuarat atas keputusan-keputusan yang dibuat dalam mesyuarat.

Dalam 46 nama itu dimasukkan lah sekali dengan ahli MPP yang telah dipecat dan ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen untuk memenuhkan nama dalam kenyataan media.

Antara yang dipertikai adalah pemecatan 7 MPP AMK yang TIDAK PERNAH hadir ke mesyuarat walau sekali dan TIDAK membalas surat tunjuk sebab apabila diberi.

Inilah jenis manusia yang tiada adab dalam organinasi menyerang di luar mesyuarat dan tidak hadir ke mesyuarat rasmi parti.

Malah lebih buruk, menyerang Presiden dan kepimpinan parti secara terbuka di sebuah majlis makan malam yang ditayangkan secara live oleh media-media tertentu. Bukan sahaja menyerang, tetapi menghina pemimpin parti sambil disorak oleh sebahagian anggota.

Tapi salam ucapan malam itu, dengan angkuh dengan ucapan "Saya dan Azmin sedia dipecat" tetapi bila ada aduan dan usul untuk dipecat, menggelabah tidak tentu pasal.

Ini semua pemimpin parasit yang wajib dinyahkan dan dibuang dari KEADILAN.

#TolakPengkhianat
#TolakSiKitol
#PecatKakiPonteng

MERCEDES BOLEH BELI, BONUS KAU SAPU...UTANG BILA NAK BAYAR? ISLAM AJAR MACAM TU KAH?



Nizam Aka.

Yang kau orang sibuk- sibuk rembat Bonus RM50,000 tu,hutang Harakah dah bayar atau belum?Bayarlah hutang tu sebab  syarikat yang kamu tak bayar hutang tu juga syrikat Melayu beragama Islam..(BMF la katakan ).

Takkan Islam nak tindas Islam kot?Kalau rasa agak jauh,pandu Mercedez S450 tu..Baru sampai sana tak sakit urat saraf..hutang tak bayar roh tak naik ke langit lebai...tambah tambah Naaruddin yang pegang....pakat pakat la hangpa tanggung.Takkan la hangpa nak kencing pulak...



PERALIHAN KUASA JADI MASALAH KERANA MAHATHIR YANG SALAH



Semalam, Anwar Ibrahim meminta pimpinan PH tidak lagi membincangkan soal peralihan kuasa secara terbuka.

Katanya, memandangkan Tun Mahathir Mohamad telah berulangkali menyatakan komitmen menjayakan peralihan kuasa sebagaimana yang dipersetujui PH, semua pihak seharusnya menghormati perkara itu.

Susulan itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menyeru semua pihak dalam PH agar tidak terlalu obses dengan peralihan kuasa, sambil itu menghormati permintaan Anwar yang mahu isu berkenaan tidak lagi dibicarakan secara terbuka.

Berikutannya, Lim Guan Eng turut menyatakan bahawa Majlis Presiden PH akan membuat keputusan berkenaan tarikh peralihan kuasa itu pada masa yang sesuai.

Pendirian Guan Eng ini nampak berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan Majlis Presiden PH tidak perlu mengadakan mesyuarat dalam kadar segera bagi membincangkan peralihan kuasa itu.

Ini kerana, katanya, Tun Mahathir sudah pun menyatakan kesediaan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas Sidang Apec pada November depan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam nada yang membuatkannya dikritik ramai, telah membangkitkan soal gangguan kepada perjalanan kerajaan jika isu peralihan kuasa terlalu kerap dimainkan.

Jika kita imbas kembali sejak 10 Mei 2018, banyak lagi kenyataan-kenyataan daripada pelbagai pimpinan PH berkaitan peralihan kuasa ini.

Ini tidak termasuk lagi dengan suara yang langsung jauh berbeza dan terkeluar tajuk, khususnya daripada kalangan Bersatu yang tidak malu-malu bersuara mahu Tun Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Adakah mereka sedar bahawa menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal tidak pernah sama sekali menjadi tajuk perbincangan dalam PH kerana semua sedar beliau hanyalah Perdana Menteri sementara Anwar memenuhi syarat serta kelayakan untuk menggantikannya?

Kesimpulan mudahnya, isu peralihan kuasa inilah yang paling banyak diperkatakan, bukan saja dalam PH, tetapi juga dalam masyarakat umum.

Bahkan, Tun Mahathir sendiri boleh dikata paling banyak bercakap soal peralihan kuasa dengan nada yang berbeza-beza serta tidak konsisten berbanding soal lain seperti ekonomi, kesejahteraan rakyat dan seumpamanya.

Maka, setelah ia menjadi makanan harian politik sejak hampir dua tahun lalu, bolehkah tiba-tiba mahu dihentikan atau kita diminta jangan lagi bercakap mengenainya?

Lebih daripada itu, siapa sebenarnya yang salah sehingga isu peralihan kuasa terus menjadi santapan perbualan?

Secara jujur dan berterus-terang, semuanya adalah salah Tun Mahathir dan peralihan kuasa ini tidak akan menjadi masalah jika beliau benar-benar ikhlas serta tidak berbelit-belit dalam berkata-kata.

Kalau daripada awal lagi beliau sentiasa berpegang kepada janji asal hanya mahu dua tahun menjadi Perdana Menteri - tidak mengubah-ngubahnya kepada mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang; mungkin dua tahun setengah jika Anwar beri izin; mungkin tiga tahun; sehingga ekonomi pulih dan terbaru sehingga Sidang Apec pada November depan; isu peralihan kuasa tidak akan menjadi masalah seperti hari ini.

Ia jadi masalah kerana Tun Mahathir yang selalu berubah-ubah dan tidak konsisten terhadap janji yang dibuatnya sendiri.

Untuk itu, mulai sekarang, ada baiknya jika Tun Mahathir tidak lagi bercakap dengan nada yang berbeza-beza berkenaan peralihan kuasa yang sudah dijanjikannya itu.

Jika daripada mula mengatakan mahu serah kuasa dalam tempoh dua tahun, sentiasalah berpegang kepada  janji tersebut.

Ibaratnya, kalau janji nak bayar hutang dalam tempoh dua tahun, walaupun tiada perjanjian bertulis, bayar sajalah bila sudah cukup tempoh itu.

Tetapi, bila liat dan berdalih-dalih, memanglah ia akan jadi masalah akhirnya.

Dan untuk makluman Tun Mahathir, berpegang kepada janji juga adalah sebahagian daripada disiplin dalam kehidupan yang selalu ditekankannya merupakan satu ciri penting manusia yang baik dan dihormati. (ShahbudinHusin 23/01/2020)

ISLAM AGAMA DAGANG, TAPI LEBAI 'JUALKAN" ISLAM



Bila lebai bernafsu nak pakai kereta mewah, dia pun kata " Nabi pun guna kuda mahal" (walhal Nabi tak guna duit rakyat utk beli kuda mahal, tapi lebai kikis duit rakyat beli Mercedes).  

Bila YB2 lebai terasa duit takde dalam poket, dia pum umum bonus kpd wakil2 rakyat di Serambi Mekah, dia pun berdalil bahawa 
" Zaman Nabi, selepas menang perang, semua harta diberi sama rata kpd pejuang2 dlm perang".  (Nabi beri ghanimah kpd semua tentera yg berjuang, lebai beri kat YB2 je). Mereka lupa, beza antara harta rampasan perang dgn duit bonus yg korang pinjam duit pun cara berhutang dgn kerajaan Pusat, terlalu jauh bezanya tu.  

Begitulah bila agama diperdagangkan. Hakikatnya,   "Islam itu agama dagang", bukan untuk diperdagangkan untuk tembolok para lebai.  

WFAUZDIN NS

OTAI REFORMASI SETUJU UNTUK TURUN KE JALANAN TUNTUT MAHATHIR TUNAI JANJI



Malam semalam telah berlangsung program bual bicara “Dr. M Letak Jawatan Mei 2020” anjuran Otai Reformasi di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, KL.

Program yang dimoderatorkan oleh Zanirun Baba itu menampilkan ahli panel terdiri daripada Dr. Idris Ahmad, Pengerusi Otai Reformasi; Mustapa Mansor, aktivis kemanusiaan; Dr. Siti Aini Omar, Ketua Berita Jom Channel dan saya sendiri selaku blogger serta penulis buku Anwar PM8 - Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati.


Ini adalah pogram pertama Otai Reformasi dalam usaha menuntut PH dan Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.


Dr. Idris antara lain menyebut bahawa peralihan kuasa kepada Anwar adalah suatu keperluan yang tidak dapat dielakkan, selain merupakan janji yang sudah lama dipersetujui secara bersama dalam PH, ia juga kerana tiada apa yang boleh dibanggakan sejak 20 bulan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.


Katanya, semua orang dapat merasakan tiada apa-apa kemajuan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Mahathir untuk negara ini seiring dengan janji yang dilaungkan sebelum PH berjaya menjadi kerajaan.


Untuk itu, tegas beliau, peralihan kuasa mesti dimuktamadkan segera agar Anwar dapat membawa negara ini melangkah dengan lebih berjaya menuju kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.


Mustapa pula mengimbas bagaimana  sejak awal lagi Otai Reformasi memang keberatan untuk menerima Tun Mahathir ke dalam PH.


Katanya, sejarah lama Tun Mahathir membuatkan Otai Reformasi ragu-ragu terhadap Pengerusi PH itu, walaupun setelah beliau berbaik semula dengan Anwar.


“Meskipun Otai akhirnya berlapang dada menerima Tun Mahathir, keraguan itu akhirnya terbukti apabila dalam sususan kabinet selepas PH menang PRU14, hanya dua daripada sekian nama yang dicadangkan oleh pimpinan PKR telah dilantik sebagai menteri.


“Selebihnya, menteri daripada PKR yang dilantik oleh Tun Mahathir adalah merupakan cadangan daripada pihak lain,” ujar beliau.





Sebagai ahli panel seterusnya, saya mengingatkan tugas menentukan tarikh peralihan kuasa ini adalah merupakan tanggungjawab Majlis Presiden PH melaksanakannya.


Malangnya, Majlis Presiden seolah-olah gagal berfungsi dan sesetengah ahlinya sudah menjadi seperti “ular sawa kenyang” sekarang ini.


Saya juga memberitahu bahawa jika tarikh peralihan kuasa ditetapkan, Tun Mahathir tidak akan menjadi “Perdana Menteri lame duck” sepertimana pada 2003 dahulu kerana Anwar tiada sebarang kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.


Saya turut menegaskan bahawa permintaan Tun Mahathir untuk menganjakkan peralihan kuasa sehingga November atau selepas Sidang Apec 2020 adalah tidak relevan untuk diterima, sebaliknya keterujaan dunia akan lebih menyerlah dan mampu melonjakkan nama Malaysia jika ketika itu Anwar yang menjadi Perdana Menteri.


Dr. Siti Aini mengimbas beberapa kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan beliau tetap akan mengotakan janji melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.


Sehubungan itu, oleh kerana memungkiri janji adalah ciri-ciri munafik seorang muslim, Tun Mahathir, tegas beliau, mesti menunaikan janjinya.


Secara keseluruhan, sambutan program pertama Otai Reformasi malam semalam cukup mendapat sambutan dan semua yang hadir bertekad untuk merealisasikan peralihan kuasa sehingga berjaya.


Untuk itu, Otai Reformasi bersetuju untuk mengadakan program seperti bual bicara ini ke seluruh negara sehingga Majlis Presiden PH dan Tun Mahathir akur kepada proses peralihan kuasa.


Jika terus tiada kemajuan, Otai Reformasi juga bersetuju untuk menggerakkan kekuatannya dengan mengadakan himpunan aman di depan Pejabat Perdana Menteri pada setiap minggu bagi menuntut penentuan tarikh peralihan kuasa itu.


Ditegaskan bahawa semua langkah ini adalah bagi memastikan PH dapat bertungsi dengan baik sebagai kerajaan serta tidak berpecah belah akibat lupa kepada janji setelah beroleh kuasa.


Kesimpulannya, malam semalam adalah permulaan dan segala-galanya pasti akan jadi lebih menarik selepas ini.


Tunggguuuu..... (ShahbudinHusin 22/01/2020)


ISU TOL: PH BERJAYA CIPTA ‘WIN-WIN SITUATION’

SELAGI TIADA TARIKH PENYERAHAN KUASA..ORANG RAMAI PASTI BERCAKAP MENGENAINYA.



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Tun Mahathir Mohamad telah menetapkan garis masa untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata beliau, Majlis Presiden PH akan membuat keputusan dan mengumumkan tarikh penyerahan kuasa itu pada masa yang “sesuai”.
“Perdana Menteri telah menetapkan garis masa. Semestinya, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut.
“Saya pasti tarikh akan ditetapkan dan ia akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya lagi.
Walaupun kenyataan Guan Eng ini nampak melegakan, ia sebenarnya belum mampu menyelesaikan masalah sebenar berkaitan peralihan kuasa itu.
Ini kerana, yang ingin diketahui ramai bukan garis masa, tetapi bilakah tarikh sebenar peralihan kuasa itu sedia dilakukan oleh Tun Mahathir?
Selagi tarikh khusus tidak ditetapkan, ketidaktentuan dan kecelaruan akan berterusan dalam PH.
Dan selagi tiada tarikh khusus juga, tidak munasabah melarang sesiapa bercakap mengenainya.
Kalau mahu orang tidak bercakap mengenainya, cepat-cepat umumkan tarikhnya. Titik.
Namun demikian, adakah garis masa yang disebut telah dinyatakan oleh Tun Mahathir itu bermaksud selepas Sidang Apec November 2020?
Kenapa garis masa itu seolah-olah sudah mahu dipersetujui, sedangkan ia belum dibincangkan lagi dalam Majlis Presiden PH?
Mengapa tidak berpegang kepada Mei 2020 iaitu dua tahun setelah Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri?
Bukankah itu janji asal Tun Mahathir sendiri?
Selain itu, bilakah Majlis Presiden PH mahu bermesyuarat bagi membincangkan tarikh peralihan kuasa itu?
Kenapa susah sangat untuk membincangkannya dan perlu ambil masa terlalu lama untuknya?
Lagi lama perkara ini tergantung di awang-awangan, haruslah disedari bahawa lagi berpecah PH kerananya.
Untuk itu, mahu tidak mahu, Majlis Presiden PH harus proaktif dan tidak berlengah menyelesaikan isu peralihan kuasa ini demi kebaikan bersama.
Lagi pun, yang dituntut bukan pengunduran atau perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi cuma untuk memenuhi janji dua tahun penyerahan jawatan sebagaimana yang selalu disebut-sebut oleh beliau sendiri. (ShahbudinHusin 22/01/2020)

Tabung Haji Plantation - Malu Apa Bossku..?



Tabung Haji Plantation - Malu Apa Bossku..?

Najib terus menerus menyerang Mujahid dengan mendedahkan beberapa maklumat berkaitan penjualan Aset Tabung Haji Plantation dan mengaitkan penjualan Aset-aset tersebut dengan syarikat yang mana pemiliknya ialah “Cina”.

Dalam pendedahan tersebut, Najib juga mancabar mana-mana pihak terutama Mujahid supaya menyaman beliau sekiranya apa yang didedahkan Najib adalah fitnah semata-mata.

Pertama sekali aku nak sahkan bahawa pendedahan Najib berkaitan penjualan tersebut adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Disahkan bahawa 3 Aset tersebut ialah:

1. Bumi Suria Ventures Sdn Bhd
2. Warisanmas Sdn Bhd
3. THP-YT Plantation Sdn Bhd

Alasan penjualan Aset-aset tersebut juga disahkan benar sepertimana pendedahan Najib iaitu bagi menyelesaikan masalah hutang Tabung Haji Plantation.

Cuma aku tak pasti ada atau tidak Najib mendedahkan bahawa Tabung Haji Plantation sedang menanggung kerugian dan tidak mampu menanggung kos operasi lantaran bebanan hutang yang tinggi – High Borrowing, Insufficient Repayment.

Najib juga nampaknya hanya menyerang daripada satu sisi sahaja tetapi tidak berani (kerandut tak cukup besar) mendedahkan sejak bila Tabung Haji Plantation menanggung kerugian.

Personally aku nak tanya Najib:

1. Kenapa tak didedahkan sekali sejak bila Tabung Haji Plantation menanggung kerugian.
2. Siapa Perdana Menteri ketika Tabung Haji Plantation mula menanggung kerugian.
3. Siapa yang berada dalam Pengurusan Tabung Haji Plantation ketika Tabung Haji Plantation berada berada dipuncak kegemilangan dan kemudiannya prestasi Tabung Haji Plantation jatuh merudum.
4. Pertama kali Tabung Haji Plantation menjual Aset utamanya ialah pada tahun 2015.
5. Kali kedua Tabung Haji menjual Aset utamanya ialah pada tahun 2016
6. Siapa Perdana Menteri Malaysia ketika mula-mula Tabung Haji Plantation menjual Aset Pioneernya.

Aku jangkakan Najib akan jawab hanya beberapa soalan diatas, itupun alasannya akan dispin dari tujuan utama. Aku jamin Najib akan cakap – 2 Aset yang dijual pada tahun 2015 dan 2016 adalah Aset yang “tidak menguntungkan”.

Soalan nombor 1 aku jawab terus bagi pihak Najib dan mohon Najib sahkan benar atau tidak.

Tabung Haji Plantation berada pada zaman kegemilangannya pada tahun 2006, pada ketika itu THP HANYA MEMILIKI Aset seluas 15,740 hektar SAHAJA.

Hanya dengan Aset seluas itu, THP berjaya disenaraikan di Bursa Saham lantaran kekuatan dan keuntungan yang dibuat dan pada ketika itu juga Najib belum menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Antara tahun 2006 hingga tahun 2014 (8 tahun), THP mula mengembangkan lagi pelaburan dan menambah Aset sehingga Aset THP bertambah sehingga lebih dari 5 kali ganda.

Masalah THP sebenarnya mula timbul selepas Najib menjadi Perdana Menteri iaitu bermula dari tahun 2009.

Kebanyakan Aset-aset yang dibeli oleh THP bermula dari tahun 2009 adalah Aset-aset yang bermasalah terutama Aset-aset di Sarawak dan Indonesia.

Cukup dekat situ bagi soalan nombor 1. Kalau Najib cakap banyak lagi, aku detailkan lagi – Malu Apa Bossku..?

Penjelasan bagi soalan nombor 2 (aku tolong jawab bagi pihak Bossku lepas tu kalau Najib nak merapu – silakan, kita dedahkan lagi detail – Malu Apa Bossku..?

Tabung Haji Plantation mula menanggung kerugian - tak mampu bayar Loan Bank, tak mampu tanggung kos pengurusan Aset-aset, hatta gaji pekerja-pekerja Tabung Haji Plantation dari Jawatan Tertinggi dalam THP hingga ke kontraktor cuci bangunan sejak tahun 2015 dan ketika itu Najib adalah Perdana Menteri Malaysia.

Bermula dari tahun 2015 SEHINGGA HARI INI (bermula dari zaman Najib), SEMUA kos operasi Tabung Haji Plantation DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh Lembaga Tabung Haji dengan menggunakan wang lebih dari 9 JUTA PENDEPOSIT TABUNG HAJI…!!!

Kenapa yang ni Najib Bosku tak dedahkan..?

Soalan 3, 4, 5 dan 6 aku tunggu Najib jawab – Malu Apa Bossku..?