SETAHUN PMX: POLITIK, EKONOMI MALAYSIA CEMERLANG





Ketokohannya Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Persekutuan dalam tempoh setahun telah melakar landskap politik baharu dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada prinsip demokrasi.

Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di sebalik kritikan dan cercaan pembangkang kepada sosok Anwar, Pengerusi Pakatan Harapan itu terbukti telah berhasil mengamankan percaturan politik yang bejat sejak pasca Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang mana menyaksikan Malaysia dalam keadaan tidak stabil serta tidak mempunyai kepimpinan yang jelas.

Hal itu, katanya, amat berbeza dalam setahun pentadbiran PMX yang dihadapkan beberapa cubaan menjatuhkan kerajaan namun tidak sedikit pun mencalar imej beliau di mata rakyat atau mengurangkan keyakinan dunia ke atas Malaysia.

“Keupayaan PMX meyakinkan rakyat untuk bersama membina negara dapat kita saksikan apabila 19 parti politik dapat bersama membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Berbanding di era tahun 2020 hingga penghujung 2022, suhu politik dalam negara sangat membimbangkan rakyat dan para peniaga.

“Keupayaan Datuk Sri Anwar membawa dan membentuk Kerajaan dengan sokongan 2/3 sangat dihargai oleh rakyat semua lapisan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, Onn berkata, kebijaksanaan Ahli Parlimen Tambun itu didapati bukan sahaja telah menyakinkan blok parti dari Sabah dan Sarawak menyertai kerajaannya malah pentadbiran PMX juga berjaya menarik sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang satu demi satu menyatakan sokongan sejak bukan Oktober lalu.

“Terkini 5 lagi Ahli Parlimen pembangkang telah mengisytihar menyokong ke atas pimpinan PMX. Ahli Parlimen terkini yang menyokong adalah Bukit Gantang.

“Ia sekali gus membawa kestabilan dan meredakan suhu politik negara,” ujarnya.

Dari segi aspek ekonomi pula, wakil rakyat KEADILAN itu yakin keupayaan Anwar selaku Menteri Kewangan boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang gemilang.

Katanya, untuk menilai keupayaan sesebuah negara ia perlu melibatkan tiga pemboleh ubah utama, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Kadar Inflasi dan Penganguran.

“Kerajaan berjaya mengurangkan defisit dari 5.6% pada 2022 dan kini pada Belanjawan 2024 ia berkurang kepada 4.3%.

“Selain itu, KDNK meningkat pada kadar yang positif sekitar 4 -4.5% pada tahun 2023.

“Laporan 3 sukuan pada tahun ini pula menunjukkan Malaysia mampu mencapai pertumbuhan yang mampan selari dengan unjuran tersebut. Pada tahun 2024 unjuran pertumbuhan KDNK adalah sekitar 6-7%,” katanya lagi.



 

07.12.2023 - MADANI TERKINI | BANGUNKAN NEGARA, HARUMKAN NAMA MALAYSIA




“Sekarang tumpulah untuk membangunkan negara dan elakkan daripada unsur-unsur negatif kerana saya yakin kalau ini dapat kita lakukan dalam satu tahun, kita akan dapat tingkatkan Malaysia, lebih harum dan hebat di rantau ini.”




RENTASAN 1499 | GEMPAR!! BERSATU KINI SUDAH 'TAK BERGUNA' BUAT PAS?




MENARIK DALAM RENTASAN 1499

1. BERSATU YANG SUDAH TIDAK ADA MAKNA 2. KENAPA TIADA KOMEN LANJUT? 3. AMANAH MENANG MAJORITI 73 RIBU, ADA KECOH MACAM KALIAN?


06.12.2023 - FOKUS 6.45 | PANAS!! MB TERENGGANU TERNYATA BUKAN CALON PM ...



Ternyata pengundi di Kemaman sudah kena game dan termakan ‘janji palsu’ PAS dan PN. Melodi dan skrip kini sudah bertukar.





[[LIVE]]5.12.23 Pendedahan MP Bukit gantang mengejutkan!



Pendedahan MP Bukit gantang mengejutkan. MP Pembangkang tidak pernah dipanggil berbinang mengenai peruntukan. PN Bukit Gantang tidak puas hati dengan Syed Abu Hussin. Benarkah beliau di sogok RM30 juta? PAS catat prestasi terbaik bawah hadi. Apa taktik Hadi yang menjadi? Matlamat menghalakan cara. MCA kata Zahid bermimpi di siang hari. Tuan Ibrahim akui PAS lebih besar. Apa jadi kalau PAS tidak dapat lunas hutang pencetak?




KPDN BANTU RAKYAT BELI BARANG MURAH DI MUSIM TENGKUJUH

 







Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan usaha untuk mengurangkan masalah rakyat mendapatkan bekalan makanan murah menghadapi musim tengkujuh monsun timur laut pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, program di negeri negeri terjejas dengan musim tengkujuh tersebut disertai oleh pasar raya besar bagi menyediakan barangan keperluan mencukupi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jualan RAHMAH Negeri Pahang Tahun 2023 pada Sabtu.

“Program yang diadakan di Dataran Sayangi Kuantan ini dibuat dengan kerjasama strategik bersama Pasar Raya AEON Big Kuantan, Pasar Raya Jaya Gading, FAMA Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, yang menawarkan sehingga 60 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Program berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Disember 2023 dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih lima ribu pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Fuziah, pada program jualan itu, harga ayam standard dengan anggaran berat 1.7 kilogram dijual pada RM10 seekor dan telur ayam gred B pula dijual pada harga RM10 sepapan berbanding harga siling RM12.90 sepapan

Katanya, antara barang-barang lain yang dijual dan ditawarkan adalah seperti telur ayam, minyak masak 2 kg dan 5 kg, tepung gandum, biskut, milo, bawang besar, susu pekat, bihun, maggi, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan, sabun basuh baju, sos cili dan tomato, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan lain-lain barangan keperluan asas.

“Sehingga 2 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 376 lokasi di seluruh 14 parlimen dan 42 DUN di Negeri Pahang. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 190 lokasi, di luar premis sebanyak 30 lokasi dan secara bergerak sebanyak 156 lokasi,” kata Fuziah lagi.

Selain daripada itu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke syarikat pemborong Golden HP Agency di Bandar Indera Mahkota.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kesiap siagaan syarikat Pemborong yang merupakan Pemegang Stok Mini Terpilih yang telah dilantik oleh KPDN bagi memastikan bekalan barang kawalan dan barangan keperluan pengguna mencukupi dalam menghadapi musim tengkujuh.

Syarikat pemborong terpilih telah diberi kebenaran untuk menambah had simpanan barang kawalan sebanyak lebih 30% dari had simpanan sedia ada yang dibenarkan di dalam lesen CSA sehingga berakhirnya musim tengkujuh.

Untuk rekod, Negeri Pahang telah melantik sebanyak 99 Pemegang Stok Mini Terpilih dari kalangan pemborong dan peruncit. KPDN Pahang juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Bekalan dan Pusat Pemindahan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menguruskan bekalan barang kawalan dan keperluan asas dalam menghadapi musim tengkujuh.


BERI KEPADA SAMSURI, MUHYIDDIN PERLU BERUNDUR PENGERUSI PN

 




Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kelmarin sewajarnya memberi lonjakan semangat kepada pemimpin Pas untuk mendesak pengunduran Muhyiddin Yassin dari kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional.

Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, Muhyiddin seharusnya berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Samsuri setelah beliau mengisytiharkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri PN sekiranya menang di PRK Kemaman.

“Kalau dah diumum sebagai calon PM, sewajarnya hari ini Muhyiddin Yassin berjiwa besar memberikan jawatan pengerusi PN itu kepada Samsuri.

“Saya rasa sewajarnya Samsuri menggalas tanggungjawab Pengerusi PN (lanjutan daripada calon PM). Dari 74 Ahli Parlimen PN B48 adalah Ahli Parlimen Pas, hanya 26 Ahli Parlimen dari Bersatu. Jadi sewajarnya Muhyiddin menyedari Bersatu menang pun menumpang kekuatan Pas. Wajar Pas diberi mandat, calon PM ambil alih Pengerusi PN,” katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.

Bagaimanapun, Lokman berkata, beliau tidak menolak bahawa penyokong Pas akan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka pernah diperbodoh oleh pemimpin Bersatu kononnya PN akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada selepas Hari Raya Aidilfitri, selepas pilihanraya 6 negeri dan terbaharu selepas bulan Oktober 2023.

“Namun percayalah Muhyiddin tidak akan menyerahkan kerusi Pengerusi PN. Apa yang dia buat sebelum PRK hanyalah menipu rakyat negeri Terengganu, khususnya di Kemaman.

“Saya rasa orang Pas akan kecewa sekali lagi. Mereka telah kecewa, janji nak tawan 6 negeri, gagal. Mereka ambil alih parlimen Pulai gagal, mereka yakin DUN Pelangai akan menang besar kerana majoriti orang Melayu, itu pun gagal,” katanya.

Mengulas kekalahan calon BN di Kemaman pula, Lokman berkata hal itu telah diduga kerana Pas memperalatkan agama untuk memastikan calon mereka beroleh kemenangan.

“Saya percaya 2/3 yang beri undi kepada Pas percaya masuk Pas ialah masuk Islam.

“Politik 3R dimainkan Pas juga memberi kesan kepada sokongan BN. Mereka menguar uar kononnya undi BN, undi kerjasama dengan DAP akan hancur orang Melayu dan Islam.

“Ramai terpedaya, khusus di pantai timur termakan benda ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Lokman mengakui faktor pengundi BN yang tidak pulang mengundi mendorong kekalahan yang lebih buruk berbanding Pilihan Raya Umum 2022 lalu kerana seharusnya BN mendapat sekitar 37,000 undi bukan di bawah 28,000 undi.


ISHAM JALIL HARUS CEPAT MASUK BERSATU, MASA DEPAN POLITIKNYA CERAH DI SITU

 

Walaupun belum ada pengumuman rasmi lagi sehingga ini, Isham Jalil sebenarnya sudah pun dipecat daripada UMNO.

Beliau dipecat dalam mesyuarat MT UMNO yang tidak dihadirinya pada malam semalam.

Selain beberapa ahli MT UMNO yang hadir dalam mesyuarat malam semalam telah mengesahkan pemecatan itu, penyingkiran Isham daripada Grup Whatsapp MT UMNO tambah mengukuhkan lagi perkara itu.

Jika tidak dipecat, kenapa beliau dikeluarkan daripada Grup Whatsapp berkenaan?

Isham, dilaporkan dipecat atas kesalahan, antaranya mendesak Ahmad Zahid, Presiden UMNO agar meletakkan jawatan, mencabarnya berdebat, mengeluarkan label “barua” DAP, menentang secara terbuka pendirian UMNO menyertai kerajaan perpaduan dan tidak hadir mesyuarat MT sebanyak empat kali.

Dengan dipecat daripada UMNO, Isham kini menuruti jejak nasib beberapa pemimpin yang menerima nasib sama sebelum ini seperti Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Noh Omar dan beberapa yang lain.

Bermakna, terputus sudah hubungan bekas pegawqi khas Najib Razak itu dengan UMNO dan tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukannya untuk meneruskan perjuangan bersama parti tersebut.Nasib dan masa depan Isham kini terpulang kepada beliau membuat pilihan dan penentuannya.

Apakah yang terbaik patut dilakukannya?

Untuk meneruskan karier dan kerjaya kehidupan, Isham barangkali ada banyak pilihan di depannya, tetapi dalam konteks perjuangan masa depan, pilihan terbaik untuknya hanya satu – masuk Bersatu.

Dengan menyertai Bersatu, beliau bukan saja boleh meneruskan karier politiknya dengan lebih baik dan melakukan pelbagai serangan lagi terhadap Ahmad Zahid Hamidi, malah berjuang bersama parti itu mungkin amat bersesuaian dengan jiwanya.

Dalam waktu yang sama, berjuang bersama Bersatu yang merupakan parti gabungan PN juga bertepatan dengan pendiriannya yang menolak DAP sebagai rakan kongsi.

Berkaitan hal ini, Isham tidak harus berlengah lagi untuk mengisi borang keahlian Bersatu, ditambah beliau juga telah menetapkan pendirian tidak mahu merayu atas pemecatannya.

Masuklah Bersatu secepatnya dan mulakan langkah perjuangan daripada sekarang, maka harapan lebih terbentang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU16 akan datang.

Kalau pun PN tak menang dalam PRU16 akan datang, kalau bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sekali pun atas tiket PN, harapannya untuk bergelar YB amat cerah sekali.

Kalau PN menang pula, silap-silap boleh terus jadi menteri!! – ShahbudinHusin 07/12/2023.


MYDIGITAL ID PASTIKAN TRANSAKSI ATAS TALIAN LEBIH SELAMAT

 

Melalui pengesahan diri yang tepat, transaksi atas talian yang selamat dan kemudahan log masuk tunggal dan MyDigital ID mampu mengurangkan risiko penipuan dan memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan dalam talian.

Hal itu dinyatakan oleh MIMOS. Dalam infografiknya MIMOS menyatakan MyDigital ID tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti pengenalan.

Ia juga tidak menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, iris/mata atau pengecaman wajah sebagaimana yang didakwa di media sosial. MyDigital ID juga tidak mengawal data dan pergerakan pengguna secara digital atau mendedahkan data peribadi secara terbuka dan meluas.

Kata MIMOS lagi, seseorang itu tidak boleh mempunyai lebih dari satu identiti digital dan tidak menyimpan pangkalan data peribadi pengguna.

Justeru itu, kaedah digital itu merupakan satu langkah maju bagi memastikan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian tanpa mengorbankan privasi.

“MyDigital ID merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien di Malaysia seperti pengagihan subsidi bersasar dan peningkatan akses ke sistem perubatan MADANI.

“Melalui identifikasi digital, transaksi seperti pembahagian bantuan menjadi lebih mudah dan telus serta memastikan hanya individu yang layak dapat menerima manfaat,” kata agensi berkenaan lagi.



𝟮 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗘 𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗜𝗦𝗨 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥


Ingat Telur hilang masa kerajaan Ismail Sabri? hampir setahun tak boleh selesai. Naik kerajaan Madani ni 2 bulan je selesai. First time kita import dari luar. Next time tahu dah nak import mana kalau ada gangguan lagi sebab proses dah pernah buat.


21 Pencapaian & Inisiatif Mat Sabu selepas Setahun tengok sini:

https://www.facebook.com/amanahnegara/posts/906917060782288



KEH KEH...

 

Wang Xiang


MACAM ni punya alasan (dalil?) pun lobai dan walaun boleh picaya sama RPK.

Memang sakit kepala nak brain.

🤣🤣🤣




TU YANG DEPA KATA BERTELOQ SEBIJI RIUH SAKAN


 

KISAH KHAWARIJ


 

TU DIA WALAUN.


 

MANA DIA TAK TAU..DEPA KATA DOK ALAM GHAIB LAGI.NAK HABIH TAHUN DAH PUN.


 

ISHAM JALIL MEMANG MINTA DIPECAT


 

LAPORAN TERHADAP HADI AWANG


 Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara telah membuat laporan Polis di IPD Dang Wangi  terhadap Presiden Pas atas kenyataan menghasut serta fitnah yg menyamakan Pakatan Harapan dengan Israel.






PMX MERASMIKAN EMPANGAN HIDROELEKTRIK HULU PENAS

 













Hadir merasmikan majlis pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Tenom dalam suasana persahabatan yang utuh dan erat antara Persekutuan dan Negeri. 


Saya diapit Ketua Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, selain Timbalan Ketua Menteri, dan barisan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri serta pengurusan tertinggi Sabah Energy Corporation. Sahabat saya yang juga Adun Kemabong saudara Rubin Balang turut sama dalam majlis ini.  


Projek Hidroelektrik Ulu Padas adalah selaras dengan tekad pembangunan Kerajaan Perpaduan yang antara lain menjamin hak asasi rakyat terutamanya di Sabah akses kepada bekalan air dan elektrik. 


Projek ini pasti akan memberi manfaat yang baik kepada negeri selain melonjak pertumbuhan sosioekonomi rakyat. Aliran air yang bersih dan stabil sejumlah 6000 juta liter sehari dijangka akan dihasilkan empangan ini kelak. 


Saya turut menegaskan bahawa projek ini akan terus dipantau pihak saya dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berjalan dan siap mengikut jadual yang ditetapkan. 


Dalam kesempatan yang sama, saya mengulangi dan memperteguh keputusan Kerajaan memberi peruntukan terbesar kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2024 tatkala ada pihak yang telah mempersoalkannya dalam sesi perbahasan yang lalu di Dewan Rakyat. 


Ini kerana Sabah sedikit ketinggalan dalam aspek hak asasi seperti air, elektrik dan jalanraya ketimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung meski negara telah capai kemerdekaan lebih enam dasawarsa. 


Saya hairan mengapa pihak-pihak ini mempersoalkannya serta apakah mereka tidak sedar akan keperluan mendesak di negeri Sabah yang sekian lama dipinggirkan. 


Ingin ditegaskan bahawa pembangunan di Sabah mesti terus dipacu dan dilonjak kerana negeri ini banyak potensi yang mesti diberi tumpuan dan dikembangkan demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah. 


#MalaysiaMADANI



HADI SEMAKIN BURUK AKHLAKNYA






Hadi Awang menulis dalam Harakahdaily.  Dia cuba kata kerajaan ini munafik kerana sekat peruntukan kepada negeri2 bawah Pas.


Faktanya, kerajaan madani tidak pernah sekat peruntukan kepada mana2 negeri termasuk negeri bawah Pas bahkan negeri mereka paling tinggi dapat peruntukan, jauh berbanding sewaktu kerajaan yang lebai Hadi perintah dulu.  Siapa yang menipu dan siapa munafik sebenarnya?


Di era Din cirit atau abah cow perintah dulu yang mana parti lebai Hadi turut berada di dalamnya, semua MP dari Pembangkang pun tidak pernah terima peruntukan dari Din Cirit.  Waktu itu tidak munafik kah Hadi ?  


Cabutan judi dari 8 kali, kerajaan kamu dulu naikkan kepada 22 kali setahun, dan kamu lebai2 kata kamu tidak tahu, apakah itu tidak munafik ? 


Kamu janji untuk laksanakan RUU 355 yang kamu sendiri pernah bawa ke parlimen, tetapi bila kamu berkuasa, kamu tidak pernah bawa ke parlimen pun, tidakkah itu munafik ?


Kamu salahkan "kerengga" bila kamu gagal melaksanakan apa yang kamu janjikan.  Siapa yang munafik?  Kerengga munafik?


Cukup2lah Hadi menunggang agama.  Berhentilah dari terus menyesatkan umat Islam.  Dosa2 Memali pun belum terhapus, janganlah buat dosa kering lagi dengan menfitnah kerajaan madani.  Nafsu kamu untuk berkuasa nampaknya mengatasi iman dan ilmu yang kamu ada.  Insaflah Hadi.  


WFAUZDIN NS



KEH..KEH..KEH...KALAU TENGAH MAKAN , JANGAN TERSEDAK....



Nazril Iznil

 Sessi penerangan mudah memahami sifat walaun sejati



RAMAI KELUARGA GEMBIRA DAPAT DUIT eMADANI


Malam semalam, selepas waktu Isyak, saya pergi ke sebuah pasaraya terkenal yang cawangannya ada di merata-rata untuk membeli makanan kucing.


Ketika tiba di depan pasaraya waktu itu, jam sudah hampir 9.30 malam, tetapi saya dapati agak ramai pengunjung sedang beratur di kaunter bayaran.


Oleh kerana hari sudah agak lewat, saya terus juga masuk untuk mencari barang yang ingin dibeli. walaupun dalam hati terfikir, ini mesti nanti kena beratur agak lama sikit.


Memasuki kedai, saya dapati masih ramai pengunjung sedang memilih barangan, kebanyakannya datang bersama isteri dan anak-anak.


Ketika beratur di kaunter bayaran, rata-rata pengunjung didapati membeli barangan keperluan seharian – beras, bihun, minyak masak, biskut dan lain-lain lagi.


Yang membawa anak pula didapati turut membeli keropok, coklat serta lain-lain makanan ringan.


Ketika beratur untuk membuat pembayaran, baru saya sedar semua pengunjung membuat bayaran menggunakan perkhidmatan e-wallet melalui telefon bimbit masing-masing.


Menoleh ke kaunter bayaran lagi satu, juga didapati semuanya membuat bayaran melalui kaedah yang sama.


Malah, ada yang sudah siap dengan telefon bimbit dalam genggaman untuk ditunjukkan kepada juruwang di kaunter bayaran.


Ketika tiba giliran saya membayar makanan kucing yang dibeli, saya sempat menyapa juruwang – semua ni guna duit eMadani ke?


“Haah, sejak semalam lagi memang ramai macam ni,” balas juruwang berkenaan.


Sewaktu hendak berlalu pergi, saya sempat menoleh ke belakang melihat mereka yang masih ramai lagi beratur, ternampak ada sinar kegembiraan di wajah-wajah mereka.


Nampaknya pemberian tunai eMadani benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat untuk membeli barangan keperluan seharian bagi seisi keluarga masing-masing.


Walaupun jumlahnya hanya RM100, tetapi jika mereka suami isteri, ertinya sudah menjadi RM200 untuk belanja dapur.


Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, jumlah tersebut amat bermakna dalam memberi kelegaan kepada kehidupan.


Dalam perjalanan pulang, saya terfikir – alangkah baiknya jika kerajaan dapat memberi duit eMadani itu kepada rakyat sebanyak dua atau tiga kali setahun.


Ia pasti membuatkan rakyat lebih gembira, selain ekonomi negara juga juga akan berkitar dengan lebih laju lagi.


Sementara itu, dalam perlembangam berkaitan, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata, sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMadani telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini.


Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perbelanjaan menggunakan eMadani di sebuah pasar raya, Ahmad menambah, sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan yang mengambil masa satu hingga lima hari dari tarikh permohonan untuk diluluskan.


“Begitu ramai yang memohon sepanjang tiga hari ini walaupun kita membuka hingga 20 Feb 2024 dan boleh digunakan hingga 29 Feb depan.


“Bagaimanapun, mereka yang rasa layak tetapi permohonan gagal, mereka masih boleh membuat rayuan untuk permohonan semula,” katanya.


Beliau berkata mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui beberapa platform termasuk menghantar e-mel menerusi emadani@treasury.gov.my atau menghubung talian 03-88824565 dan 1800882747.


Empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-wallet yang boleh dipilih bagi memohon eMadani ialah Shopee, MAE Maybank, Touch N’ Go atau Setel Petronas. – ShahbudinHusin 07/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/07/ramai-keluarga-gembira-dapat-duit-emadani.html




MELAMBAT LAMBAT BAYAR HUTANG ADALAH SATU PERBUATAN ZALIM. TAK BOLEH MASUK SYURGA....DAK PUN AMALAN TAK SAMPAI. WOII NABI TAK MAU JADI IMAM SOLAT JENAZAH.






Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam  Al Bukhori dan Muslim, dari Abi Hurairah, Rasulullah saw bersabda: 


مطل الغنى ظلم

(Melambat lambatkan bayar hutang oleh seorang yang mampu adalah satu kezaliman)


Syeikh Ibn Uthaimin ketika mentafsirkan hadis dalam kitab Al Riyadus Solihin ini berkata;


"Keenganan (sengaja tak mahu) seorang insan untuk segera membayar hutangnya, sedangkan dia mampu melakukannya adalah satu kezaliman kerana dia telah sengaja menghalang perkara wajib. 


Adalah wajib ke atas setiap insan segera melunaskan hutangnya jika dia mampu, tidak boleh dia tangguh tangguhkan kerana menangguh nangguh atau melewatkan bayar hutang adalah satu kezaliman"


Ulama sepakat mengatakan apabila suatu hadis itu disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim, maka ianya adalah hujah atau dalil terkuat selepas Al Quran.


Sejauh manakah Pas yang mendakwa berjuang Islam berpegang kepada hadis ini?? 


Hussin Jan 


"


ELOK LA PECAT. DURI DALAM DAGING


 

LAWAN TAUKE. TAPI PENAKUT NAK HADIR MESYUARAT.


 

KENA CING

 ALAHAIIII ...


Wang Xiang





1.  Jadi pengumuman itu sekadar nak tipu PENGUNDI @ WALAUN ajelah ... hanya gimik semata-mata? Memang PN suka menipu pengundi @ rakyat.

2.  Bila pengundi @ walaun dah seronok Shamsuri akan jadi PMXI, lobai2 dah mengelabah. Kepimpinan geng ularmak akan terkubur. Cakap pun mula berpusing-pusing.


Hantam saja baiiiiii ....




CUBA DENGAR. KALAU NAK PILIH WAKIL RAKYAT JANGN PILIH YANG TONGONG


 

UN DOK TIBAI SEMUA PARTI YANG ADA DALAM MALAYSIA NI. TAPI KALAU KETUA MEEWKA KELUAR DALIL. KAHAK PUN MEREKA JILAT SWMULA. NAK HERAN GAPO.


 

KERAJAAN TUMPU PULIH EKONOMI



SETIAP TINDAKAN AKAN MEMBAWA INFLASI.NAMUN.....


 

INI BUKAN ZAMAN JANAWIBAWA....SAPAU SAPU SAKAW BAWA PELARI.

 




Saya mendengar desakan ramai pihak, khususnya golongan elit liberal yang menggesa segala janji reformasi segera dilaksanakan. 


Saya tegaskan bahawa saya tidak sama sekali melupakan janji-janji reformasi yang menjadi raison d’etre atau asas perjuangan saya sejak puluhan tahun lalu. 


Benar, semua janji reformasi ini boleh dipacu dengan pantas namun kesannya adalah kemusnahan sistem jika ia dilaksanakan secara gopoh tanpa mengambil kira kesediaan dan kesedaran rakyat.


Kita harus belajar daripada malapetaka yang tercetus tatkala pimpinan sebelum ini membangkitkan soal Statut Rom dan ICERD tanpa penerangan kepada rakyat dan tidak dirunding dengan Majlis Raja-Raja.


#MalaysiaMADANI



KATA CERDIK LAM PAS. RUPANYA TAK JUGA ....TAK CERSIK

 


Che Ibrahim



Ambo pun jadi runsing juga nak claim eMadani, nanti habis data peribadi kena curi, hilang pah ke nama ambo, pahtu ambo nak kena guna nama gapa pula lepas ni?? penat juga ni....


FAHAMAN MENYELEWENG DAN TAKFIRI.

 

Jamzuri Ardani


Kalau ini bukan perbuatan takfiri ... apa lagi? 



Jelas lagi bersuluh bahawa Presiden PAS adalah penghasut kebencian dan perpecahan di kalangan umat Islam. 


Saya merayu kerajaan bertindak tegas melalui saluran undang-undang ke atas beliau.  


Jangan pandang remeh kesan pemikiran seperti ini kerana ia mendorong ramai pengikutnya bertindak di luar jangka.