PMX MERASMIKAN EMPANGAN HIDROELEKTRIK HULU PENAS

 













Hadir merasmikan majlis pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Tenom dalam suasana persahabatan yang utuh dan erat antara Persekutuan dan Negeri. 


Saya diapit Ketua Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, selain Timbalan Ketua Menteri, dan barisan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri serta pengurusan tertinggi Sabah Energy Corporation. Sahabat saya yang juga Adun Kemabong saudara Rubin Balang turut sama dalam majlis ini.  


Projek Hidroelektrik Ulu Padas adalah selaras dengan tekad pembangunan Kerajaan Perpaduan yang antara lain menjamin hak asasi rakyat terutamanya di Sabah akses kepada bekalan air dan elektrik. 


Projek ini pasti akan memberi manfaat yang baik kepada negeri selain melonjak pertumbuhan sosioekonomi rakyat. Aliran air yang bersih dan stabil sejumlah 6000 juta liter sehari dijangka akan dihasilkan empangan ini kelak. 


Saya turut menegaskan bahawa projek ini akan terus dipantau pihak saya dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berjalan dan siap mengikut jadual yang ditetapkan. 


Dalam kesempatan yang sama, saya mengulangi dan memperteguh keputusan Kerajaan memberi peruntukan terbesar kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2024 tatkala ada pihak yang telah mempersoalkannya dalam sesi perbahasan yang lalu di Dewan Rakyat. 


Ini kerana Sabah sedikit ketinggalan dalam aspek hak asasi seperti air, elektrik dan jalanraya ketimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung meski negara telah capai kemerdekaan lebih enam dasawarsa. 


Saya hairan mengapa pihak-pihak ini mempersoalkannya serta apakah mereka tidak sedar akan keperluan mendesak di negeri Sabah yang sekian lama dipinggirkan. 


Ingin ditegaskan bahawa pembangunan di Sabah mesti terus dipacu dan dilonjak kerana negeri ini banyak potensi yang mesti diberi tumpuan dan dikembangkan demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah. 


#MalaysiaMADANI