SELEPAS AKHBAR KINI SASARANNYA MUNGKIN BLOG DAN WEBSITE

KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu - Hishammuddin

09/07/2010 7:09pm

PUTRAJAYA 9 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri adalah sebagai urusetianya.

"Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas, tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu tiga hari lepas, dua ketetapan telah diambil iaitu mewujudkan satu pasukan bertindak tahap tinggi dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang turut dihadiri Nazri dan Rais, membincangkan juga pindaan undang-undang, latihan untuk pegawai penyiasat, layanan terhadap saksi dan definisi “berita palsu”. – Bernama


APA YANG AKAN DI KENAKAN IALAH MENGENAI BANYAK BLOG DAN WEBSITE YANG MENYEDARKAN RAKYAT.MENJELANG PILIHANRAYA INI YANG AAN I PANTAU.HANYA BLOGGER UMNO YANG MEMFITNAH AHLI PAKATAN DI BIARKAN DENGAN MAKI HAMUN MEREKA.

PETRONAS DALAM PENURUNAN PEROLEHAN

ZUNAR:AKU AKAN BERKARYA SAMPAI DAKWAT YANG TERAKHIR

BILA SAHAJA MENJELANG PILIHANRAYA ....INILAH YANG AKAN DI KENAKAN KEPADA AKHBAR YANG MELAWAN ARUS...RAKYAT DAH CELIK..LAGI BUAT LAGI ORANG MELUAT


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak secara adil kepada akhbar milik pembangkang dan jangan menjadi seperti ‘budak bodoh’ apabila berdepan dengan akhbar milik kerajaan.

Justeru, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (kanan) menyeru KDN supaya bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam ‘melayu’.

Begitupun, tegasnya, Pemuda PAS menempelak tindakan KDN yang bertindak menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS.

Sebelum ini, KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.

Suhaizan berkata, tindakan KDN itu jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah.

Buktinya, kata beliau Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh Perkasa yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya diberikan amaran sahaja sedangkan kenyataan yang dikeluarkan sememangnya berbaur perkauman.

Tambahnya, Suara Perkasa itu sendiri pun tidak melambangkan konsep 1Malaysia yang sibuk dilaungkan oleh Kerajaan Umno BN sekarang ini.

“Kemudiannya jika dilihat pula kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian, kenyataan-kenyataan dan artikel-artikel yang dikeluarkan saban hari memfitnah pembangkang dan membohongi rakyat secara terang-terangan akan tetapi selamat dari sebarang tindakan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, akhbar milik kerajaan itu sentiasa cuba memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan isu yang dimainkan sememangnya jelas berbaur perkauman.

Beliau mengambil contoh bagaimana Utusan Malaysia memutar belit kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu lawatan beliau ke Washington, baru-baru ini.

Begitu juga, katanya dalam isu tanah Melayu di Pulau Pinang, mereka menggambarkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng bertindak sesuka hati merampas tanah orang Melayu tanpa belas kasihan.

Baginya, akhbar berkenaan cuba menimbulkan isu perkauman daripada isu ini.

“Jadi sudah terang dan jelas Utusan bermain api perkauman tetapi mengapa tiada tindakan diambil?

“Bukankah ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di antara kaum di negara ini?” soalnya.

Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan mengapa KDN hanya membisu dalam hal itu.

Bahkan, ujarnya banyak lagi rencana yang kalau hendak diambil kira sememangnya cukup layak KDN bertindak, namun KDN hanya mengambil sikap butakan mata, pekakkan telinga.

Itu, katanya belum lagi dilihat kepada lambakan majalah-majalah separuh bogel dan berbaur lucah serta kurafat yang boleh memesongkan akidah umat Islam dalam negara kita.

Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar KDN bertindak ke atas Utusan Malaysia dan Berita Harian yang saban hari mengeluarkan artikel yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam serta membohongi rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali terhadap pembangkang.

“KDN perlu bertindak secara adil kepada semua. Jangan bertindak hanya kerana akhbar tersebut milik pembangkang namun menjadi seperti ‘budak bodoh’ bila berdepan dengan akhbar milik kerajaan. Bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam ‘melayu’,” katanya lagi.



SEBELUM ITU RAMPASAN DI LAKUKAN KEATAS AKHBAR KABAR ERA PAKATAN, YANG KINI MASIH LAGI DALAM PROSES PEMULIHAN.

Makan angin, YB?


Azrul Abu Hassan



Sudah lama agaknya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia. Terpanggil pula untuk mengarang dalam bahasa tercinta ini. Almaklumlah, sudah agak lama berjauhan dari negara Malaysia.

Lagipun elok juga berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia agar tidak kekok apabila pulang ke tanah akhir nanti.

Saya baru-baru ini telah menerima sepotong undangan melalui kiriman e-mel ke Perasmian 'Friends of Pakatan Rakyat'. Bulat-bulat saya sudah tolak pelawaan itu.

Bukanlah apa, sekadar mengingatkan diri agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik dalam waktu ini.

Teringat juga ketika dahulunya saya dijemput bermain pertandingan bola sepak dan berkali-kali saya memberitahu pihak UMNO London supaya tidak mempolitikkan sukan. Dalam masa yang sama, semua rakyat Malaysia di kota si hidung tinggi berkaki panjang ini akan lebih berminat untuk bermain tanpa dicop 'orang UMNO'.

Saya ada bertanyakan saudari Nurul Izzah secara sinis adakah Parti Keadilan Rakyat kini sudah begitu kaya sampaikan program ini perlu dianjurkan di dunia asing ini?

Beliau begitu cepat membalas secara 'defensive', bak kata orang putih, dengan menyatakan 'tiada siapa yang paksa saya hadir ke majlis itu'. Sabar-sabar lah kakak oi! Baru dicuit sedikit, terus mahu melatah?

Saya ini bukan siapa-siapa pun. Cuma seorang rakyat Malaysia yang risau jika gelombang baru ini kini mahu mengikuti perangai gelombang lama pula.

Lagipun kami di sini tidak mengundi pun. Malah, kami tidak membayar cukai kepada kerajaan Malaysia pun. Yang bekerja di sini, tidak boleh mengundi pun.

Jadi, saya cuma nak tahu. Adakah berbaloi kehadiran para Yang Berhormat di sini untuk rakyat di Malaysia? Bukannya saya nak halang pun. Cuma takut-takut perangai suka jalan-jalan makan angin 'oversea' ini menyelinap masuk pula dalam badan 'suci dan murni, nyah korupsi' tuan-tuan dan puan-puan pula.

Dahulu bukan main mengutuk gelombang lama suka makan angin pakai duit rakyat, membeli-belah Dolce Gabbana, Gucci atau Prada. Kumpulan berbadan tegap berkaca mata hitam kiri dan kanan pun mendapat saguhati masing-masing seperti topi GAP. Walaupun murah di waktu 'Summer Sale' ini, janji GAP, bukan GAGAP buatan Indonesia. Tetapi selalu sangat gelombang baru ini hadir di sini. Apakah tujuan sebenarnya?

Macam saya cakap, bukannya tak bagi... Tapi cerita-lah supaya rakyat yang mahu keadilan dan perubahan ini tahu yang gelombang baru ini bukannya dua kali lima. Apabila ditanya, yang mampu dijawab ialah "apa jawapan sekalipun nampaknya tak memadai untuk saudara. Tentunya banyak lagi yg dirancang".

Mengapa begitu 'defensive'? Apa yang mahu disorokkan? Saya ini bukanlah seorang ahli SB, PERKASA atau Umno.

Walaupun nama ayah saya Abu Hassan, tetapi beliau bukanlah bekas Menteri Besar Selangor. Jika rakyat tanya soalan yang susah-susah sedikit, cepat pula melatah dan ada menganggap kami ini 'khadam' atau penyokong Umno pula. Habis tu, takkan nak setuju sahaja dengan gelombang baru ini seperti sang memerang dungu?

Sambil menyelam, minumlah air. Ya, macam seekor memerang.

Jikalau hadir semata-mata kerana 'Friends of Pakatan Rakyat' yang bakal dirasmikan di kota yang gah, hebat, penuh riang-ria London, maka apakah faedah kepada rakyat di Malaysia yang membayar zakat, cukai dan mengundi? Apakah 'Greater Kuala Lumpur' tidak cukup hebat seperti 'Greater London' yang sebenarnya 'dodgy'?

Setakat detik ketika ini, YB Nurul Izzah masih gagal menjawab soalan ikhlas saya di Twitter.

YA LA....DARI DULU BUAT NEGARA MACAM ANAK BERANAK PUNYA


Jul 8, 10 8:36PM
mahathir at umno assembly 280309 Teater Muzikal Tun Mahathir, yang menceritakan kehidupan dan kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad pasti memberi kenangan manis kerana ia turut dijayakan oleh anak-anak mereka.

INI BERITA RACIST.....

KUALA LUMPUR 8 Julai - Berapa bilionkah yang akan dihabiskan supaya calon Melayu boleh menewaskan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang?

Ha..ha..bukan berperang dengan melayu tetapi berperang dengan parti melayu yang tak pandai jaga melayu dan juga dengan sikap egoistik blogger upahan.....umno

TAK NAMPAK PULAK MUKA PIMPINAN MELAYU?INI BUKAN RACIST...

ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang turut hadir hari ini tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya dan mendesak siasatan bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana dituduh terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.

PSM STATEMENT

psm with wording logo

PSM PRESS STATEMENT


7 JULY 2010


PSM STATEMENT ON APPOINTMENT OF COUNCILLORS

Parti Sosialis Malaysia (PSM) is unhappy that the recent councilors’ appointment has reduced PSM’s representative in the council from three to two. We base this from newspaper reports as there has been no prior consultation on the reduction of the seats now offered to us.

PSM councilors were the only councilors to declare asset in public and who have been bringing a pro-people approach in the council. Meanwhile PSM State Assemblyman and MP have stood by PR and have not jumped ship or declared themselves independent in the Selangor State Assembly and Parliament unlike several PR representatives. It therefore came to us as a shock that the decision to reduce our council representatives were done unilaterally without any consultation.

If at all, PSM Councilors under-perform, then we think that PR should have consulted us; but by reducing the number of PSM councilors, we think it is an act of undermining the work done by PSM and tantamount to bullying as well as tarnishing the good relationship PSM has with the PR.

PSM on its part has written official letter to the Menteri Besar and are seeking a meeting with the Menteri Besar and with Datuk Seri Anwar Ibrahim to seek clarification, register our protest and call upon PR to restore the three councilors position currently held by PSM.


Released by


S.Arutchelvan

Secretary General


019-2537791

CAKAP BERDEGAR-DEGAR..BILA DI AJAK BERDEBAT ..ENGGAN.KAN MUDAH JIKA SIARAN LANGSUNG DI ADAKAN.BIAR PENEROKA LIHAT KEBAIKAN BN

ebat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.

Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.

MENGENAI SIDANG AKHBAR P.BALASUNDRAMANIAM

Raja Petra Kamarudin

Setelah sidang akhbar P. Balasubramaniam penyiasat '
swasta terakhir, alih-alih saya menulis laporan saya, saya pergi ke Queensway untuk makan siang dan di malam harinya saya pergi menonton ' we will rock u 'di Dominion teater.

Saya pikir saya akan membenarkan 24 jam atau lebih untuk berlalu sebelum saya menulis laporan saya kerana saya ingin melihat apa yang dikatakan orang lain terlebih dahulu. Well, sebahagian besar telah melaporkan sekitar satu minit dari sidang akhbar 100-minit. Dan berbicara paling hanya satu titik titik begitu banyak yang dibesarkan dalam sidang akhbar.

Pikiran anda, ini satu titik tentang Razak Baginda tidak bersalah atas pembunuhan Altantuya adalah hanya pendapat peribadi Bala, dan dia berkata begitu. Tetapi orang-orang yang membuat liputan sidang akhbar lebih suka bercakap tentang satu titik, yang merupakan pendapat peribadi Bala's. Mereka sama sekali mengabaikan begitu banyak masalah lain tentang peristiwa dan kejadian sebelum, semasa dan selepas pembunuhan Altantuya's.

Saya rasa ketidakadilan telah dilakukan, tidak hanya untuk Bala dan penguamnya yang menaruh begitu banyak persiapan ke dalam sidang akhbar, tetapi juga kepada semua orang Malaysia yang telah menunggu dengan nafas tertahan dan diharapkan lebih daripada sekadar satu kenyataan - sebuah pendapat tentang apakah Razak Baginda bersalah atau tidak.

Itu mungkin kerana mereka yang diutus oleh Allah untuk menutup sidang akhbar yang sambilan atau freelance wartawan yang mungkin ada meliputi sidang akhbar untuk pendapatan tambahan dan kerana tidak ada yang lebih baik untuk dilakukan juga. Hal ini mungkin menjelaskan high laporan, atau lebih tepatnya kekurangan wang.

Bagaimanapun, seperti yang saya katakan, alih-alih menulis laporan saya tentang persidangan akhbar, saya pergi ke ini untuk mendengar muzik , dan anak-anak melihatnya dengan agak mengagumkan .

Putriku mengakui ia tidak mendengar sebahagian besar lagu The Queen's sebelum dan saya berkata kepadanya bahawa ini adalah pada hari-hari ketika mereka membuat musik yang nyata dan bukan hal-hal yang anda dengar di radio saat ini.

Anyway, saya akan mula menulis laporan saya sekarang dan dalam beberapa jam anda boleh membaca apa yang dikatakan dalam sidang akhbar terakhir P. Balasubramaniam - 99 minit lain bahawa agensi berita lain dan halaman tampaknya tidak tertarik untukmembuat laporan tentangnya.