Perikatan Nasional gali semula warisan gelap BN
Saya tidak pasti sejauh mana kerajaan Perikatan Nasional tanpa mandat rakyat ini berhasrat serius mahu membawa negara ke era gelap kebebasan bersuara. Namun isyarat dan mesej semakin jelas dihantar, agenda pembaharuan akan dipatahkan, dan kebiasaan lampau sedang dimurnikan.
Sebelum Pakatan Harapan berjaya mengambil kuasa dalam PRU14 dua tahun lalu Malaysia tergolong dalam kategori negara yang menekan kebebasan akhbar dan mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat terhadap pemilikan media serta mengongkong operasinya. Begitu sukar untuk mendapatkan permit, tetapi agak mudah kebenaran itu ditarik balik. Pengedaran lidah rasmi pembangkang juga perlu melalui sekatan yang rumit
Regim Najib Razak runtuh selepas lebih 60 tahun BN-Perikatan berkuku. PH berjanji untuk membawa pembaharuan dan agenda reformasi, termasuk menghapuskan pelbagai akta drakonian yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen di Langkawi pada malam pengundian, 9 Mei 2018, bertekad mahu mewujudkan kerajaan yang tidak terlalu berkuasa.
Beberapa perubahan awal selepas menang mengejut itu, Dr Mahathir dalam pertemuan tertutup dengan pengamal media pro-PH, mengumumkan dasar-dasar terbukanya mengenai kebebasan bersuara dan pemilikan media. Parti kerajaan tidak lagi menguasai akhbar atau stesen televisyen strategik.
Semasa Umno berkuasa dahulu, akhbar-akhbar utama dan saluran TV dikawal mutlak; penerajui utama sidang editorialnya ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Jika berlaku perubahan kepimpinan tertinggi parti, termasuk di peringkat timbalan presiden, misalnya membabitkan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim, ketua-ketua editor juga turut dirombak.
Di kala kerajaan BN memerintah, semua akhbar utama, dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, dikuasai secara langsung oleh parti-parti komponen gabungan itu. Namun, apabila PH mengambil alih, tiada usaha serius bagi memiliki mana-mana media. Jika ada kecenderungan laporan ke arah mesra-PH, ia lebih kepada pilihan pemilik media tersebut, selain portal-portal berita yang sedia membuat liputan yang seimbang dan bebas.
Malah, timbul kritikan yang agak meluas, khususnya di kalangan pendukung PH, bahawa agensi-agensi media rasmi, seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan pun tidak berfungsi secara berkesan dan profesional bagi menyalurkan maklumat kerajaan, apatah lagi untuk menangkis serangan agresif pembangkang.
Seorang bekas Menteri Penerangan mendedahkan, “saya dua kali di Angkasapuri, di situ lubuk Umno dan mereka langsung tak berfungsi untuk pertahan kerajaan PH.” Ada juga yang mempersoalkan mengapa kementerian (komunikasi dan multimedia) yang begitu strategik, khususnya kepada masyarakat Melayu luar bandar boleh diserahkan kepada pemimpin DAP.
Masa sama, agak ramai juga yang mengeluh tidak puas hati dengan jaminan kebebasan bersuara kerajaan baharu sehingga dilihat berleluasa tohmahan tanpa asas, fitnah merebak, berita palsu dihebahkan tanpa kawalan, sentimen perkauman disuburkan, perasaan kebencian termasuk atas dalil agama tambah parah.
Kenyataan menghina Islam dan institusi Melayu digambarkan seperti tidak dipandang serius kerajaan. Kesimpulannya, seolah-olah kebebasan bersuara telah menyebabkan orang semakin berani menyentuh sensitiviti kaum-agama dan menikam balik kerajaan. Pemerintah pula dilihat tidak tegas atau berani menguatkuasa undang-undang.
Sehingga ada desakan dalaman agar kerajaan waktu itu mengetatkan kembali peraturan berkaitan kebebasan bersuara. Perlu tindakan dan hukuman yang keras ke atas penyebar berita palsu, juga fitnah dan pembohongan termasuk dalam kumpulan Whatsapp dan media sosial.
Malah tidak sedikit yang mahu kerajaan menarik balik ruang kebebasan yang dijamin kerajaan. Media awam pula digesa berfungsi sebagai jentera propaganda, terutama untuk menyanggah dakyah pembangkang. PH turut disaran agar memiliki media sendiri, seperti Umno dahulu, supaya rakyat mudah dibekalkan dengan informasi tepat.
Ada yang mempersoalkan, untuk apa kita membebaskan media jika akhirnya kerajaan terpaksa menanggung bebanan sehingga memungkinkan kuasa terlucut. Pada satu peringkat, seolah-olah PH telah kalah dalam perang persepsi. Kerajaan PH digambarkan hanya mampu bertahan sepenggal.
Gabungan pembangkang Umno-Pas yang membentuk Muafakat Nasional seperti menguasai naratif perkauman yang dilakar. PH dalam keadaan tertekan dan sekadar bertahan. Keputusan siri pilihan raya kecil, khususnya di Cameron Highlands, Semenyih dan paling teruk di Tanjung Piai memburukkan lagi keadaan.
Jarum halus rupanya menyelinap ke dalam Bersatu; tanpa diduga sudah berjalan perancangan licik untuk mengeluarkan parti itu daripada gabungan PH. Polemik peralihan kuasa perdana menteri dan krisis kepimpinan PKR, umpama retak menunggu belah, tetapi tidak ditangani secara serius.
Di kalangan teman-teman, sebahagiannya aktivis PH, juga luahan perasaan dalam media sosial, saya dapat mengesan mesej yang jelas, bahawa mereka tidak senang dengan perdebatan awam yang nampak begitu bebas, sehingga mengungkit isu-isu sensitif dan mudah memarak lagi api perkauman.
Lebih ramai tidak bersetuju dengan pengendalian media kerajaan terutama apabila banyak persoalan berkaitan dasar- dasar awam tidak dijawab dengan efektif. “PH berkuasa sekarang, tapi realitinya kita diasak kiri-kanan, dengan fitnah dan tohmah, malangnya ramai orang Melayu mudah terpengaruh. Tambah buruk bila ramai kakitangan tinggi awam seperti masih memihak Umno dan tidak mendukung pembaharuan. Faktor daulah terpendam ini kurang dipandang serius walhal impaknya cukup buruk,” hantaran FB seorang rakan dipetik.
Secara peribadi, saya tidak bersetuju kebebasan bersuara kembali dikongkong. Biarlah zaman gelap yang menjadi saksi perlawanan kebenaran-kebatilan itu ditimbus sejarah. Ia detik hitam yang memalukan negara. Usah digali semula. Pembohongan dan penindasan pasti tidak kekal lama. Mungkin pengkhianatan ada masanya nampak berjaya. Komplot jahat bersama gerombolan opurtunis yang sentiasa hadir dalam mana-mana zaman. Pembebasan seiring dengan pencerahan. Bagaikan sinar matahari pagi yang indah.
Mungkin ramai beranggapan kebebasan bersuara yang dipelopori PH yang lalu membuka ruang luas buat kritikan, kecaman, juga fitnah bertali arus sehingga melemahkan kerajaan. Sebenarnya pandangan itu tidak pernah dibuktikan. Keruntuhan kerajaan banyak disumbangkan oleh konflik dalaman PH, berpunca krisis kepimpinan PKR dan persepsi dangkal kelompok Bersatu tentang pengaruh DAP, dibantu kerakusan Umno-Pas untuk cepat berkuasa tanpa melalui PRU15.
Dalam setiap masa, pasti menyelinap oportunis yang licik menangkap peluang. Di pihak pemerintah pula, terutama apabila baru sahaja mengambil alih daripada regim berakar lebih separuh abad, dan dalam konteks Malaysia, risiko membaca-mengawal sentimen perkauman sentiasa terdedah. Gabungan pemerintah pula begitu lama terendam dalam budaya kepembangkangan dan sedang belajar saling memahami berkongsi kuasa.
Mungkin juga pengendali media awam, seperti Bernama dan RTM, tersilap menafsirkan dasar baharu. Polisi kebebasan media adalah hal berbeda dengan memastikan fungsi berkesan untuk agensi berita kerajaan. Ia harus sentiasa proaktif menjelaskan polisi pemerintah, menjelaskan kekeliruan dan menyanggah tohmahan, secara berkesan dan kreatif.
Mereka sendiri mesti arif dengan pendirian kerajaan dan cermat menghalusi sensitiviti dan tanggapan umum. Amat tidak bijaksana mengekalkan pengendali lama yang masih teragak-agak untuk menyokong agenda reformasi. Saya sendiri kurang faham mengapa cadangan menukar orang kuat Bernama dengan editor berpengalaman, yang pernah bertugas dengan akhbar DAP terpaksa dibatalkan sedangkan beliau lebih dikenali sebagai bekas wartawan ternama dengan pelbagai media popular. Nampak tiada ketegasan untuk membawa pembaharuan, hanya kerana segelintir membantah atas faktor beliau pernah bertugas dengan DAP.
Sebenarnya zaman kerajaan menguasai atau memonopoli segalanya, terutama maklumat, sudah berlalu. Kerajaan juga tidak boleh dilihat begitu berkuasa sehingga semua naratif mahu ditentukannya. Apa yang menyimpang terus dianggap berita palsu, dan boleh dijatuhkan hukuman.
Benar, tiada kompromi terhadap fitnah tetapi ia mesti dibedakan dengan komentar yang adil. Undang-undang perlu dikuatkuasakan kepada penyebaran fitnah tetapi ia tidak sewajarnya menghalang kritikan dan teguran. Ia juga bukan alasan untuk menafikan keterbukaan dan transparen. Media bebas selamanya tonggak penting dan tiang seri demokrasi.
Malah, kejatuhan kerajaan PH, bagi saya, tiada kaitan dengan dasar keterbukaan yang masih dalam proses penambahbaikan. Agenda pembaharuan dalam landasan yang betul, seperti janji manifesto. Biarpun dikatakan perang persepsi dikuasai pembangkang, tetapi ia bukan alasan untuk menamatkan dasar terbuka.
Setiap cabaran wajar ditangani dengan bijaksana; dan sebahagiannya perlu dijawab oleh media parti atau membiarkan kepada perdebatan awam yang bebas. Zaman memperkakas kemudahan kerajaan dan mengongkong kebebasan media demi kepentingan politik kepartian sudah berlalu. Sayang sekali media parti PH seperti kehilangan bisa selepas berkuasa. Rungutan keresahan rakyat terbiar tanpa jawapan.
Naratif perkauman dan keagamaan sempit tidak dicabar dengan berkesan. Mungkin tugasan rasmi kerajaan menarik sebahagian besar tumpuan. Lebih malang, menjelang separuh penggal, ketika hasil dijangka dapat dituai, kudeta merampas segalanya angkara pembelotan.
Peralihan kerajaan tanpa mandat rakyat itu bukan hanya menjejaskan komitmen pembaharuan berkaitan kebebasan bersuara, malah menimbulkan keresahan tentang usaha menyeluruh proses pembaikan yang mungkin terbantut atau terbatal.
Sudah terserlah bibit-bibit awal persamaan di antara regim Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional. Bukankah Umno menjadi teras kedua-dua pemerintahan itu, manakala sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu pula merupakan wakil rakyat Umno yang menang atas tiket BN dalam PRU14 lalu.
Saya sedar, idea tentang kebebasan media ini bakal menjadi polemik yang panjang; mungkin ramai aktivis PH tidak bersetuju khususnya ketika berkuasa dahulu. Ya, ia boleh mengheret penguasa ke kancah yang sukar dan kerajaan terdedah dengan pelbagai risiko.
Saya terbuka dengan perbahasan, sambil mengakui kemungkinan ada kesilapan sewaktu mengatur prioriti keutamaan dalam pentadbiran baharu dulu. Segalanya tidak pernah berakhir. Medan perjuangan ini belum tamat. Senario PRU15 tentu berbeda, namun iktibar pengalaman separuh penggal ini usah dipersiakan. Kita berdiri di atas korban yang rebah ditembak pengkhianat di depan.
PUTAR BELIT HARAKAHDAILY, BERKATA YANG ANWAR TIDAK KATA
Bukan sekali Harakahdaily menyiarkan berita karut dan bukan sekali dua media lebai ini memadam beritanya. Bahkan, media ini nampaknya lebih teruk dari Utusan.
Membaca tajuk " Perakuan Buat Muhyidin, Iktiraf Kerajaan Sah", yang disiarkan oleh Harakahdaily, saya terus mencari ayat atau patah perkataan dari Anwar yang mengiktiraf kerajaan pintu belakang. Tiada. Apa yang ada adalah patah-patah perkataan dari Anwar seperti yang beliau nyatakan di dalam kenyataan medianya.
Namun, akibat busuknya hati maka ditokok tambah oleh Harakahdaily bahawa Anwar iktiraf kerajaan tanpa mandat rakyat. Bila Anwar berkata sedemikian? Adakah bertemunya Anwar dengan Muhyidin membawa maksud Anwar boleh terima kerajaan tanpa mandat rakyat? Bila Hadi bertemu Ayatollah Iran, maka Hadi iktiraf ajaran Syiah? Hadi bertemu Najib dulu, maka Hadi iktiraf rompakan dalam skandal 1MDB?
Anwar tidak pernah mengajar para penyokongnya melakukan huru-hara di dalam negara ini meskipun akal yang waras pasti setuju bahawa kerajaan PH jatuh kerana pengkhianatan yang disokong oleh Pas. Itu fakta. Adakah kamu mahu Anwar memgajak rakyat memberontak? Anwar tidak sebodoh itu.
Kalau Hadi pernah keluarkan " Amanat" di Banggol Peradung, menggelar Umno parti kapir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah dan mengatakan "politik suku agama suku" sehingga tercetusnya tragedi Memali yang meragut belasan nyawa termasuk nyawa anggota polis hanya kerana perbezaan politik, Anwar tidak mempunyai hati perut seperti Hadi. Anwar tidak fanatik seperti Hadi.
Para penyokong PH yang masih setia dengan prinsip perjuangan telah biasa dizalimi dan dikhianati, namun mereka memilih untuk lawan secara anak jantan bukannya dengan emosi atau pemberontakan.
WFAUZDIN NS
Apa Perlunya Sidang Parlimen Sehari?
DS Anwar Ibrahim mengkritik sidang Parlimen singkat. Pakatan Harapan mencadangkan sidang khas membahaskan isu Covid 19 tetapi tidak diterima oleh PM Muhyiddin Yassin. Dicadangkan sidang pada 18 Mei. Mendengar titah Yang DiPertuan Agong dan balik. Apakah perlu ahli parlimen pergi ke Kuala Lumpur hanya untuk itu? Sidang Parlimen diperlukan bagi perbahasan isu Covid 19 secara telus. Tidak perlu kehadiran semua ahli parlimen. Misalnya wakil KEADILAN boleh dikurangkan kepada separuh. Oleh itu, terdapat andaian kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu sidang parlimen diadakan seperti biasa kerana takutkan usul undi tidak percaya. Menyentuh masalah bantuan makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada kawasan pembangkang yang masih belum diberi bakul makanan. Ada gambar di Perak bantuan makanan berlonggok di dalam pusat simpanan menunggu arahan politik. Rakyat dalam keadaan sukar untuk hidup, beri sahajalah bantuan tanpa perlu orang politik terlibat. Dulu kerajaan BN beri BR1M tetapi kalah juga dalam pilihan raya. Bakul makanan pula ada laporan di Parlimen Lembah Pantai dan Hang Tuah Jaya, peruntukan RM100 tetapi yang sampai kepada rakyat bernilai RM85 kerana proses tender. Berkenaan jawatan GLC untuk beri habuan kepada ahli parlimen yang bergaji berbelas ribu adalah tidak wajar. Terutama dalam keadaan kerajaan tidak punya banyak wang dan wang itu perlu diagihkan kepada rakyat, hal tersebut tidak sepatutnya berlaku.
MENTERI KESIHATAN BONGOK
Oleh Mohd Sayuti Omar II ( MSO )
Menteri Kesihatan kerajaan PN kata kerajaan PH gagal kawal kluster Tabligh menyebabkan berlakunya wabak Covid-19. Saya malas ulas panjang dan berkata-kata lebih kepada menteri ini kecuali nak kata menantang (cis) kerana kebodohannya. Kalau dia cerdik tentu dia tidak membuat tuduhan itu seperti mana dilaporkan.
Mungkin menteri ini juga bongok dan tidak mengambil tahu dunia seluruhnya. Kalau dia tidak bongok dia pasti tidak tergamak membuat tuduhan dan meletakkan jemaah Tabligh sebagai punca segala-galanya.
Di Italy, Sepanyol, Perancis, Amerika dan lain-lain apakah wabak Covid-19 itu disebabkan Tabligh? Berhentilah duhai meteri bongok sebelum kamu terus di sumpah dan dilaknat. Trims.
Maaf sahaja tak cukup, kata pimpinan PH
KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menegaskan permohonan maaf daripada Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mencukupi.
Menurut bekas Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Razman dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perlu dikenakan kompaun sebagaimana yang dikenakan kepada mana-mana pesalah yang bertindak melanggar arahan PKP.
“Tidak memadai mohon maaf! Menteri/timbalan menteri/timbalan speaker yang langgar PKP sila bayar kompaun,” katanya di Twitter.
Nada sama turut diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.
Young Syefura atau Rara berkata, apakah sekiranya perkara itu dilakukan rakyat marhaen, adakah kerajaan boleh menerima permohonan maaf dan tidak mengenakan sebarang tindakan keatas mereka.
“Cukup mohon maaf? Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?,” katanya di Twitter.
Razman yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak itu hari ini bertindak membuat permohonan maaf terbuka kerana melanggar arahan PKP.
Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa kenyataan atau permohonan maaf daripada Noor Azmi berhubung pelanggaran PKP itu.
Untuk rekod, pesalah akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Bagi kesalahan kedua bawah akta tersebut, ia membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
SEPATUTNYA MENTERI 500 BUAH NEGARA TU SALAHKAN MAHATHIR & MUHYIDDIN DLM HAL KLUSTER TABLIGH TU. INI JAWAPAN DARI DR DZUL.
Salam & Sejahtera Semua.
Satu Penjelasan:
1. Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID-19. Benar Kluster Tabligh, akhirnya menyumbangkan 40% dari seluruh kes positif di negara ini.
2. Untuk meletakkan rekod yang tepat, perhimpunan di Masjid Seri Petaling itu bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac.
3. 24 Februari Tun M meletakkan jawatan sebagai PM ini menyebabkan Jemaah Menteri juga melepaskan jawatan dan Tun M seorang dilantik sebagai PM interim. Hari terakhir saya berada di KKM adalah pada 24 Februari seperti bukti kicauan Tweet saya (yang mendapat 48.1K likes dan 38.5K RT).
4. Pada 8 April lalu, KP Kesihatan dalam rakaman video sidang akhbarnya, mengesahkan kesiapsiagaan awal KKM bermula pada Disember 2019 di bawah Kerajaan PH dan saya sebagai YBMK dipertanggungjawab mengawal wabak covid19 ini, bersama-sama kepimpinan KKM. Saya bertanggungjawab melaporkan kepada YAB PM & Jemaah Menteri pada setiap hari mula Mesyuarat Kabinet sejak bermula kes pertama pada 24 Januari 2020.
5. Nah, kalaulah ada Menteri yang lebih memaklumi kedudukan perkara perhimpunan Tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri KDN, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8. YBMK wajar bertanya beliau kalau ingin tahu letak duduk dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh. Mungkin sahaja YAB PM-8 tidak perasaan, kerana ada agenda lebih serius yang mengganggu tumpuan kerja beliau ketika itu.
4. Sesungguhnya, sangat mengecewakan, fokus mengurus krisis COVID-19 telah di'hijack' dengan keberantakan 'Sheraton Move' atau 'Langkah Sheraton'.
5. Pada 29 Febuari TSMY dilantik sebagai Perdana Menteri dan mengangkat sumpah pada 1Mac dan hanya dapat menubuhkan sebuah Kabinet pada 9hb Mac, sekaligus menyebabkan lebih dari 2 minggu pengurusan COVID-19, tidak punya kepimpinan politik dan strategik berbanding sebelumnya. Tidak dapat dinafikan kepimpinan KPK adalah cemerlang dalam saat 'Hari-Hari Kegelapan Politik Malaysia' itu.
6. Justeru, saya ingatkan Menteri Kesihatan supaya segera berhenti 'berpolitik' dalam suasana negara berdepan krisis COVID-19 ini, tambahan pula dalam tempoh lanjutan PKP ketika ini.
7. Lebih konstruktif seandainya beliau benar-benar menguasai realiti cabaran getir yang dihadapi negara mutakhir ini dengan menampilkan kepimpinan YB dengan mengesyorkan, antara lainnya:
A. Pemikiran dan cadangan yang jelas dan tuntas, Bagaimana 'Satu Exit Strategy' mampu diolah dengan pendekatan yang berteraskan 'Data and Evidence' guna membimbing PM & Kabinet, membuat langkah-langkah 'Penamatan PKP/MCO Bertahap-Berfasa' ke depan nanti.
B. Membimbing Kabinet dalam isu menangani 'Kajian lmmuniti' atau 'Sero-Surveillance' bagi mengenal pasti 'tahap infeksi dalam negara-komuniti', bagi merancang secara konkrit, 'Penamatan PKP' serta mengorak langkah untuk 'Jump Start The Economy'. Amat parah ramalan MIER yang mengunjurkan rakyat yang akan kehilangan 2.4 juta pekerjaan serta mengalami pertumbuhan negatif - 2.9% KDNK.
C. Menangani dan menyelesaikan tuntutan pembuatan PPEs (contoh gowns, face shields, plastic aprons, boots dan penutup kepala) serta pengedaran secara meluas dan seimbang, khasnya untuk 'Frontliners' samada untuk warga KKM serta seluruh 'sukarelawan dari pihak Swasta dan NGOs.
Sekali lagi saya menyeru semua pihak Kerajaan dan Pembangkang serta Swasta dan NGOs, supaya bersama menggembleng tenaga, dana dan kepakaran untuk segera mengurus seterusnya krisis COVID-19 dengan pendekatan yang lebih berkesan, bertanggungjawab, telus dan berintegriti.
Semoga Rakyat & Negara dilindungi AlLah Azza Wajalla..Amin.
*DR ZULKEFLI AHMAD*
Setelah dikecam hebat langgar PKP, Razman tampil mohon maaf
Mudah sangat mohon maaf.Beliau yang menjadi exco pendidikan dilihat tidak layak bagi jawatan itu memandangkan beliau pernah dijatuhi hukuman memfitnah Ir Nizar Jamalluddin.
IPOH: Setelah menerima kecaman hebat daripada masyarakat kerana didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Razman memberi penjelasan terhadap isu tersebut namun beliau berkata ia bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Razman menjelaskan usaha dilakukan setiap hari bagi memberikan bantuan serta merta terhadap sebarang kekurangan peralatan yang diperlukan petugas barisan hadapan terutama kepada petugas kesihatan.
Malah menurut Pesuruhjaya Pas Perak itu, setiap tindakan dilakukan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP Insya-ALLAH kami akan atasi,” katanya.
Beliau berkata, setiap malam petugasnya menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalan raya di sekitar Bagan Serai khususnya.
Menurutnya, daripada situ beberapa masalah dan keperluan petugas di atas, sebagai contoh tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya yang amat mendesak.
Semalam tular beberapa gambar menunjukkan Razman dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sedang makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong yang dikatakan melanggar arahan PKP.
Sementara itu, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah, Muhammad Rif’aat Razman dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan turut akan memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tersebut.
Beliau menjelaskan, kunjungan Dr Noor Azmi dan pengiringnya di maahad tahfiz tersebut bertujuan untuk singgah menunaikan solat Asar dan makan sebentar kerana tidak sempat makan tengah hari.
Katanya, pada masa sama diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung.
“Singgah solat, makan dan sampaikan sumbangan je, sebenarnya tiada isu besar pun. Tak pasal-pasal maahad tahfiz kami dapat publisiti percuma masuk berita dan tular meluas,” katanya yang juga anak kepada Razman.
Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan mengambil keterangan exco berkenaan bersama beberapa individu berkaitan gambar yang tular tersebut.
Kejadian tersebut juga mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian semalam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.
Langkah Sheraton pencetus sebenar krisis yang dihadapi
Kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, yang meletakan kesalahan utama menangani wabak Covid-19 ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah publisiti murahan yang menunjukkan persamaan sikap beliau dengan Presiden Trump yang menyalahkan semua orang lain tetapi menganggap hanya diri sendiri sempurna dalam menghadapi Covid-19.
Bagaimanapun satu perbezaan amat ketara antara Trump dan Adham adalah Trump sangat berani muncul membuat kenyataan media dan menerima kritikan media. Adham pula seolah-olah baru pulang bercuti dan baru muncul kembali selepas insiden kata-kata mutiara nasihat minum air suam menangani wabak Covid-19.
Ke mana dan kenapa beliau ‘menghilangkan diri’ di saat kritikal selepas episod air suam menjadi misteri dan kami menaruh harapan kemunculan semula membawa peningkatan prestasi kenyataan dari beliau.
Malangnya kenyataan Adham selepas begitu lama menyepi masih di tahap lama yang mengecewakan apabila beliau menyalahkan pihak PH yang beliau dan rakan pintu belakang PN telah nyahkan dari kerajaan.
Beliau sedia maklum sejak Disember 2019 lagi wabak Covid-19 telah melanda Malaysia dan dunia tetapi kerana nafsu amarah hendak menjadi kerajaan sangat, kepentingan rakyat dan negara diketepikan.
Semua maklum kalau sebuah kenderaan yang sedang bergerak akan dilanda masalah keselamatan kalau ditukar pemandunya di tengah tengah jalan berbukit dan akan berhadapan dengan bahaya.
Gerakan menukar kerajaan melalui ‘Sheraton Move’ bermula pada 23 Februari dan mulai 24 Februari tiada lagi Kabinet PH yang wujud dan sesi Tabligh Sri Petaling bermula pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2020..
Setelah merebut kuasa dari PH, Tan Sri Muhyiddin perlu melayani pula perebutan jawatan kabinet dari Pakatan Nasional (PN) yang mengambil masa lama sehingga 10 Mac untuk kabinet dilantik.
Ramai pihak melalui media telah menggesa Muhyiddin melantik Menteri Kesihatan interim dahulu untuk menangani wabak Covid-19 yang telah menular masa itu tetapi ia tidak di layan kerana PN terlalu asyik berebut ghanimah perang.
Sebagai seorang doktor berpengalaman yang mempunyai puluhan klinik di seluruh Malaysia Adham sepatutnya menasihati Perdana Menteri demi keselamatan rakyat tetapi tiada yang bertindak kerana terlalu kusyuk mengejar jawatan masing-masing.
Akhirnya selepas 17 hari menumbangkan kerajaan PH dan tawar menawar hadiah kedudukan, terbentuklah kabinet terbesar Malaysia dengan 70 orang ahli dan Idham dihadiahkan 2 Timbalan Menteri yang sepatutnya boleh membantu menghadapi Covid-19. Malangnya minggu-minggu awal dengan 3 orang Menteri dan Timbalan, Adham hanya mampu memberi demonstrasi pakai topeng dan nasihat air suam sebelum beliau hilang dari radar sehinggalah beberapa hari lepas.
Merujuk isu kluster Tabligh Sri Petaling yang Adham menyalahkan kerajaan PH, sebenarnya beberapa minggu dahulu saya telah berkali-kali menulis menggesa kerajaan mengumumkan tempat asal kampung serta bandar peserta Tabligh tersebut supaya warga kampung berkenaan boleh mengambil langkah berjaga-jaga sendiri apabila mendekati surau, masjid atau tempat pusat kumpulan tersebut. Ianya tidak dilakukan.
Dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan lokasi kluster lain seperti Pantai Dalam dan Petaling Jaya di Lembah Klang supaya orang boleh lebih berhati-hati.
Kenapa perbezaan diskriminasi di antara lokasi kluster di kampung dan di bandar besar seperti Petaling Jaya dan sebagainya yang boleh diumumkan? Adakah keselamatan orang bandar lebih penting daripada orang kampung? Kalau ini telah dilakukan saya percaya mangsa boleh dikurangkan.
Adham juga perlu ingat kelulusan Himpunan Tabligh Sri Petaling terletak di bawah kelulusan Menteri Dalam Negeri, dan bukan Menteri Kesihatan, yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa itu. Adakah Adham membuat sindiran Tan Sri Muhyiddin mungkin terlepas pandang meluluskan himpunan tersebut kerana terlalu ghairah berusaha membentuk Kerajaan Pintu Belakang PN?
Lagipun perlu diingat himpunan Tabligh Sri Petaling berakhir pada awal Mac 2020 di mana Perdana Mentri telahpun dilantik dan Kerajaan PH tidak lagi berkuasa sejak 24 Februari 2020.
Yang meluluskan himpunan Tabligh Sri Petaling adalah Kementrian Tan Sri Muhyiddin, pergolakan negara di peringkat kritikal krisis Covid-19 dicetus oleh rampaaan kuasa oleh PN, kelambatan melantik Kabinet adalah akibat masalah dalaman PN dan Adham dan dua orang Timbalan Menteri adalah Menteri bertanggungjawab menangani wabak Covid-19. Kenapa pula pihak Kerajaan lama PH dipersalahkan?
Sebenarnya adalah satu hikmah besar Adham telah hilang dari radar kerana Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah muncul sebagai wira negara menerajui perang wabak Covid-19. Penampilan profesional dan cekal Datuk Dr Noor Hisham telah memberi harapan dan kepercayaan kepada rakyat dengan pengiktirafan badan antarabangsa. Adham kelihatan cemburu terhadap kejayaan Dr Noor Hisham.
Dr Noor Hisham dari awal telah memberi pengikitirafan terhadap asas yang baik dan kukuh dari masa Kerajaan PH di bawah mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly sejak akhir tahun 2019 lagi. Dr Noor Hisham juga sering muncul bersama Dr Dzulkefly di media hampir setiap malam pada awal krisis Covid-19.
Perbezaan besar sejak era Adham menjadi Menteri Kesihatan dan perbandingan dengan negara-negara lain, termasuk semasa waktu mantan Dr Dzulkefly masih Menteri, adalah kemunculan setiap malam Menteri Kesihatan bersama dengan Pengarah Kementerian Kesihatan mereka di media serta kaca mata telivisyen.
Di mana dan kenapakah Adham menghilang diri dari sidang media kebelakangan ini selepas nasihat air suam beliau? Dr Noor Hisham banyak muncul bersendirian.
Adakah kebetulan Adham mula muncul semula sejak wabak Covid-19 mula kelihatan lebih terkawal?
Sebaik sahaja muncul semula di media berhujah tentang Covid-19, Adham menunjukkan igauan memburukkan mereka dari kerajaan PH sebelumnya yang telah mengasaskan landasan kukuh perang Covid-19 bersama Dr Noor Hisham.
Seperti juga contoh Presiden Trump, yang menyalahkan orang lain seperti Badan Kesihatan Dunia serta Governor Amerika negeri lain, ianya tidak akan mengubah persepsi orang terhadap kelemahan Adham sendiri.
Saya ingin menasihati dan menggesa Adham sekembalinya beliau semula ke barisan hadapan Kementerian Kesihatan, tanganilah gelagat Menteri-Menteri PN yang membazirkan pakaian PPE yang amat diperlukan, pelanggaran peraturan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang melanggar peraturan MCO dengan berkumpul dan menjamu selera beramai ramai.
Rakyat melihat orang kampung didenda kerana ke masjid dan keluar mencari keperluan sementara Menteri dan VIP dari PN masih mencerminkan budaya kebal di antara dua derajat seperti tular di media sosial. Jangan cuba mengalih pandangan masalah sebenarnya dari gelagat Menteri PN sendiri.
Adham perlu ingatkan rakan-rakan PN dan diri sendiri, mereka telah menggangu tumpuan mengambil alih kerajaan waktu kritikal fasa wabak Covid-19 di peringkat awal dan hingga kini masih bertelagah menuntut jawatan GLC dan Menteri untuk kepentingan diri sementara rakyat masih bergelut untuk survival.
Janganlah mencari kambing hitam dan mencari modal politik sekarang kerana perjalanan memerangi Covid -19 masih panjang dan jauh.
Sementara Kerajaan PN masih berebut hadiah rampasan kuasa, wira sebenarnya pada mata rakyat adalah Dr Noor Hisham dan kakitangan kerajaan Kementrian Kesihatan serta pasukan Kesihatan yang bertarung nyawa menyelamat pesakit.
Cukuplah ahli politik membazirkan pakaian keselamatan PPE mereka kerana ini boleh menyelamatkan nyawa mereka yang mengambil risiko berkorban besar dan juga pesakit yang sangat memerlukan bantuan berkesan mereka.
Jika perlu membuat lawatan politik rasmi di hospital sekali pun, Menteri-menteri bolehlah mengenakan topeng muka keselamatan sahaja sebagai tanda menghormati nyawa wira sebenarnya iaitu kakitangan kesihatan yang memerlukan PPE dan merupakan wira sebenarnya hari ini.
Cubaan Adham dan Kerajaan PN untuk mencuri perhatian murahan usaha memerangi Covid-19 sementara mereka masih juga asyek bergelut merebut kuasa dan kekayaan Negara melalui perlantikan GLC dan kerusi Mentri Kerajaan akan mengundang bahaya besar kepada nyawa rakyat Malaysia.
Rakyat Bagan Serai kena dakwa solat berjemaah, MP dan ADUN ‘relax’ makan berjemaah
IPOH: Baru-baru ini Perak Insights melaporkan seramai 13 jemaah sebuah masjid di Bagan Serai ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menunaikan solat Isyak.
Ke semua mereka ditahan oleh polis pada 28 Mac lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan selanjutnya.
Namun, semalam dua wakil rakyat di Parlimen Bagan Serai iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Ahli Parlimen Bagan Serai) Razman Zakaria (ADUN Semanggol) dilihat bebas makan beramai-ramai secara ‘berjemaah’ di dalam satu majlis di Lenggong.
Tindakan wakil rakyat ini telah mendapat kecaman hebat oleh masyarakat khususnya di laman sosial yang rata-rata menganggap seolah-olah berlaku ‘double standard’ sekiranya kesalahan pemimpin itu tidak diambil tindakan.
Tekanan yang diberikan oleh rakyat menyebabkan akaun Facebook Dr Noor Azmi Ghazali yang memuatnaik gambar makan ‘berjemaah’ itu telah dinyahaktif dan tidak lagi boleh diakses.
Mengulas perkara tersebut, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap ke semua pemimpin yang melanggar PKP.
Lebih menyedihkan, kedegilan melanggar PKP ini turut dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang sepatutnya lebih sensitif tentang perkara ini.
Tegasnya, adalah tidak adil jika pemimpin parti bebas melanggar PKP sedangkan rakyat yang melakukan kesalahan yang sama termasuklah pergi berjemaah di masjid didakwa.
“Pihak berkuasa tidak boleh double standard dalam mengenakan tindakan. Jangan biarkan mereka terus menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat.
“Saya berharap tidak wujud kluster baru iaitu kluster politikus oleh kerana kedegilan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional,” tegasnya.
Tangkap pemimpin-pemimpin politik sekarang!
Tangkap pemimpin2 politik sekarang!
#tangkapmerekasekarang
1.Semenjak PKP diwartakan dinegara ini kita dapati banyak perlanggaran undang2 berlaku.
2.Namun penguatkuasaan terhadap perlanggaran jelas memilih bulu, tidak profesional dan tidak adil.
3.Semalam jelas perlanggaran dilakukan oleh timbalan menteri pusat, exco kerajaan negeri secara terbuka dan terang-terangan.
4.Sebelum ini banyak perlanggaran berlaku oleh pemimpin2 politik lain, Menteri balik lawat kawasan,sambut hari lahir beramai2, dan macam2 lagi perlanggaran berlaku.
5.Sehingga saat ini seorang pun dikalangan mereka ini tidak ditahan apalagi didakwa di Mahkamah!
6.Dalam masa yg sama ratusan dan mungkin ribuan rakyat biasa sudah ditahan reman, didakwa, di denda dan dipenjarakan.
7.Inilah rupa kerajaan yang dibina atas asas khianat, tiada nilai moral dan nilai keluhuran undang2.
8.Kerajaan seperti ini tidak akan ada niat menjunjung undang2.Buktinya sekarang, tidak ada seorangpun pemimpin politik yang ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan mereka.
9.Negara lain maju kedepan menjunjung undang2.Pemimpin2 politik mereka ramai ditahan, letak jawatan kerana melakukan kesalahan.Tidak kira kesalahan kecil atau besar.Termasuk kesalahan perlanggaran PKP dinegara mereka.
10.Di Malaysia pemimpin politik kebal, boleh samun harta negara berbilion, punya aksi video seks sumbang, langgar perintah PKP , semua lepas ,bebas.
10.Kita tidak boleh biarkan negara ini terus seperti ini.Negara yang maju dan dihormati mesti dilihat menjunjung undang2.Kerana itu negara lain serius dalam hal ini.
11.Kita juga mesti serius dalam soal ini.Kita mesti terus desak dan tidak berganjak mendesak agar tangkapan terhadap pemimpin politik dilakukan segera.
#tangkapmerekasekarang
Mohamad Ezam Mohd Nor
19 April 2020, 25 Syaaban 1441H.
#tangkapmerekasekarang
1.Semenjak PKP diwartakan dinegara ini kita dapati banyak perlanggaran undang2 berlaku.
2.Namun penguatkuasaan terhadap perlanggaran jelas memilih bulu, tidak profesional dan tidak adil.
3.Semalam jelas perlanggaran dilakukan oleh timbalan menteri pusat, exco kerajaan negeri secara terbuka dan terang-terangan.
4.Sebelum ini banyak perlanggaran berlaku oleh pemimpin2 politik lain, Menteri balik lawat kawasan,sambut hari lahir beramai2, dan macam2 lagi perlanggaran berlaku.
5.Sehingga saat ini seorang pun dikalangan mereka ini tidak ditahan apalagi didakwa di Mahkamah!
6.Dalam masa yg sama ratusan dan mungkin ribuan rakyat biasa sudah ditahan reman, didakwa, di denda dan dipenjarakan.
7.Inilah rupa kerajaan yang dibina atas asas khianat, tiada nilai moral dan nilai keluhuran undang2.
8.Kerajaan seperti ini tidak akan ada niat menjunjung undang2.Buktinya sekarang, tidak ada seorangpun pemimpin politik yang ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan mereka.
9.Negara lain maju kedepan menjunjung undang2.Pemimpin2 politik mereka ramai ditahan, letak jawatan kerana melakukan kesalahan.Tidak kira kesalahan kecil atau besar.Termasuk kesalahan perlanggaran PKP dinegara mereka.
10.Di Malaysia pemimpin politik kebal, boleh samun harta negara berbilion, punya aksi video seks sumbang, langgar perintah PKP , semua lepas ,bebas.
10.Kita tidak boleh biarkan negara ini terus seperti ini.Negara yang maju dan dihormati mesti dilihat menjunjung undang2.Kerana itu negara lain serius dalam hal ini.
11.Kita juga mesti serius dalam soal ini.Kita mesti terus desak dan tidak berganjak mendesak agar tangkapan terhadap pemimpin politik dilakukan segera.
#tangkapmerekasekarang
Mohamad Ezam Mohd Nor
19 April 2020, 25 Syaaban 1441H.
Timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak, kata Ketua Polis Perak
ISUNYA SEKARANG LANGGAR PKP BUKAN DUDUK JARAK 1 METER.
PDRM HARUS PEKA,, JGN SALAHKAN RAKYAT BILA D LABEL PDRM DOUBLE STANDARD.
SKRG RAKYAT MENJADI MANGSA PKP SEDANGKAN VIP D LINDUNGI. PELBAGAI ALASAN D BERI BAGI MELINDUNGI VIP.
Timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak, kata Ketua Polis Perak
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil seorang timbalan menteri yang menghadiri jamuan makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata berdasarkan siasatan awal, timbalan menteri terbabit sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri.
Katanya, sebelum itu timbalan menteri meninjau persiapan kakitangan KKM diiringi sebahagian EXCO Perak, termasuk seorang pemilik maahad tahfiz berkenaan.
“EXCO yang juga pemilik maahad tahfiz itu membawa timbalan menteri ini melawat maahad tahfiz sebelum satu majlis makan diadakan oleh pengurusan maahad tahfiz berkenaan,” katanya lapor BH Online.
Razarudin berkata berkemungkinan kerana melihat pihak pengurusan sudah menyediakan makanan, maka timbalan menteri itu tidak menolak untuk menyertai majlis makan berkenaan.
“Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain.
“Namun siasatan tetap akan diadakan terhadap kesemua individu yang menghadiri majlis berkenaan,” katanya.
“Pihak polis ketika ini masih lagi melengkapkan siasatan termasuk memanggil kesemua yang terbabit dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No3) 2020.
MUHYIDDIN, NAK SIMPAN LAGIKAH MENTERI KESIHATAN YANG MERAPU INI?
Di sebalik wabak Covid-19, berdepan pula kritikan dan kemerosotan sokongan rakyat yang berterusan, paling ke depan akibat karenah Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba yang merapunya kian menjadi-jadi, Muhyiddin Yassin dalam hal ini mesti ada keberanian untuk pantas menanganinya.
Kegagalan bertindak, terus berdiam diri atau membiarkan saja gejala buruk dalam kerajaan berterusan, kerajaan tebuk atap PN ini mungkin lebih cepat runtuh bumbungnya.
Dr. Adham mula menimbulkan masalah kepada kewibawaan kerajaan pimpinan Muhyiddin apabila merapu memberi petua palsu berkenaan air suam yang didakwanya mampu membunuh virus Covid-19 dalam badan manusia.
Petua palsu itu kemudian disanggah oleh WHO, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dan sebilangan doktor yang berwibawa.
Sejak itu, Dr. Adham seolah-olah kena kuarantin daripada muncul dalam sidang media berkaitan Covid-19, meskipun jumlah kes baru bertambah setiap hari.
Setelah agak lama berdiam diri, tentunya rakyat mengharapkan ia adalah ruang untuk beliau melakukan koreksi diri, tetapi kemunculannya dalam sidang video bersama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi semalam menyerlahkan hakikat bahawa Dr. Adham masih tidak berubah dan kekal dengan dirinya yang lama.
Dalam sidang video itu, selain menjulang dirinya sendiri melakukan banyak perkara untuk menangani wabak Covid-19 sehingga konon diiktiraf dunia, beliau turut merapu lagi dengan mendakwa keanggotaan WHO di mana beliau melakukan sidang video adalah terdiri daripada 500 negara.
Video merapunya itu segera menjadi viral serta sarat diketawakan netizen alam maya kerana jumlah negara di dunia ini diketahui hanya ada 195 saja.
Oleh itu, daripada mana datangnya 500 negara yang menjadi anggota WHO sebagaimana didakwanya itu atau beliau cuba kelentong Zahid Hamidi untuk menunjukkan berapa besar wibawa dirinya?
Merapunya Dr. Adham dalam ilmu geografi ini sebenarnya bukanlah kali pertama, sebelum ini beliau dengan penuh yakin menyebut jumlah negeri di Malaysia ada sebanyak 15 buah jumlahnya.
Tetapi, yang paling menonjol dalam sidang video itu ialah apabila Dr. Adham cuba merapu menyalahkan PH kerana gagal menyekat perhimpunan Tabligh di Seri Petaling sehingga didakwanya menjadi punca wabak Covid-19 gelombang kedua merebak sebagaimana yang berlaku sekarang ini.
Kata beliau, jika perhimpunan itu tidak diadakan, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan Covid-19 yang kecil saja.
Tanpa mengkaji fakta, Dr. Adham dalam hal ini sebenarnya telah menyalahkan Muhyiddin sendiri sebagai punca berseleraknya wabak Covid-19 di negara ini.
Harus beliau sedar bahawa perhimpunan Tabligh berlangsung antara 27 Februari hingga 3 Mac, sedangkan kerajaan PH sudah pun menemui ajalnya apabila Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari.
Selepas meletakkan jawatan dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim antara 24 Februari hingga 1 Mac, tiada kerajaan dan tiada menteri PH lagi yang mentadbir negara ini.
Dalam tempoh tersebut, Yang Dipertuan Agong sedang melakukan proses temubual kepada semua Ahli Parlimen untuk melantik Perdana Menteri yang baru.
Dengan itu, berlangsungnya perhimpunan Tabligh pada 27 hingga 3 Mac bukan lagi di bawah tanggungjawab atau pemantauan PH kerana mereka bukan lagi kerajaan pada waktu itu.
Kalau mahu dicari pihak yang bertanggungjawab berhubung perhimpunan Tabligh itu tentulah mereka yang meluluskannya iaitu Kementerian Dalam Negeri atau menterinya ketika era PH iaitu Muhyiddin sendiri.
Kenapa Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu membenarkan perhimpunan Tabligh, walhal gelombang pertama Covid-19 belum lagi berakhir sepenuhnya?
Adakah kerana Muhyiddin turut sibuk dengan Langkah Sheraton yang bermula pada 23 Februari dan terlalu mengejar cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, lalu tidak mempedulikan ancaman wabak penyakit berbahaya ini?
Namun, apakah dengan merapu sehingga menyalahkan perhimpunan tabligh sebagai punca wabak Covid-19 berleluasa, Dr. Adham daripada UMNO sebenarnya cuba meletakkan beban kesalahan kepada Muhyiddin daripada Bersatu yang kini merupakan Perdana Menteri?
Jika diberi lebih masa, Dr. Adham ternampak bukan saja berpotensi untuk terus merapu yang akibatnya akan menjunamkan lagi kedudukan PN di mata rakyat, bahkan secara tidak langsung juga mencalarkan imej Muhyiddin sendiri.
Pertanyaan mudah buat Muhyiddin, mahu disimpan lagikah beban seperti itu dalam kerajaannya?
(ShahbudinHusin 19/04/2020)
Subscribe to:
Posts (Atom)