APA LAK CRITA NI


 

LIVE: BERSATU SUDAH JADI BERSEPAI

BETUL. SAYANG NGAT KE ANAK...


 

CARI MINYAK MASAK KE TEWWW


 

KENAIKAN CAJ AIR


 

KITA PERLU AWAS ANAK ANAK KITA


 

RM6K PER YEAR PN FOR THE PEOPLE! RAFIZI'S SCHOOLING TO BE A SPECIAL AMBA...

Alasan Shafie Pertahan Pemberian Khas RM53.4 Juta Tak Boleh Diterima – GRS

 


Mohd Shafie Apdal diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi proses lanjutan tahanan reman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah pada 23 Oktober 2017. Foto Bernama

KOTA KINABALU, 16 Okt – Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah makin panas apabila seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengkritik bekas ketua menteri Shafie Apdal yang mempertahankan pentadbirannya menerima pemberian khas RM53.4 juta dari Putrajaya pada 2019, susulan dakwaan kerajaannya tunduk dalam memperjuangkan hak Sabah.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Masiung Banah berkata alasan Shafie kononnya hutang Putrajaya tinggi yang menyebabkannya dilihat ‘berlembut’ dalam menuntut hak kewangan negeri itu sebagai tidak boleh diterima.

Tegasnya, kepentingan dan keutamaan rakyat harus menjadi dasar utama bagi memastikan agihan lebih besar dapat digunakan untuk menyelesaikan isu asas seperti kemudahan infrastruktur luar bandar.

Masiung berkata pentadbiran Hajiji Noor lebih konsisten dan pendekatan diplomasi 
beliau membuahkan hasil apabila Sabah kini menerima pemberian khas RM600 juta.

Berbanding Shafie, Masiung berkata pentadbiran Hajiji Noor lebih konsisten dan pendekatan diplomasi beliau membuahkan hasil apabila Sabah kini menerima pemberian khas RM600 juta.

“Iktibar kepada pengundi ialah jangan lagi memilih pemimpin yang cepat mengalah.

“Sabah memerlukan suara yang tegas, bukan suka beri alasan,” kata penyandang DUN Kuamut itu kepada FMT.

Kelmarin, Shafie yang menjadi ketua menteri dari Mei 2018 hingga September 2020 menjelaskan pentadbirannya menerima RM53.4 juta pada 2019 disebabkan kekangan kewangan serta hutang kerajaan persekutuan ketika itu.

Joniston Bangkui tolak dakwaan Shafie Apdal yang dana negeri digunakan untuk
 menyerang Parti Warisan Sabah (PWS) menjelang PRN Sabah tidak lama lagi.

Adun Senallang itu menafikan dakwaan pentadbirannya tunduk dalam memperjuangkan hak Sabah seperti dibangkitkan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, baru-baru ini.

Armizan mendakwa Warisan ketika menjadi pembangkang lantang menentang Barisan Nasional (BN) kerana mengekalkan kadar RM26.7 juta selama lebih empat dekad.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Arthur Sen turut mempertikai alasan Shafie, sambil menegaskan kerajaan persekutuan kini mampu menyalurkan RM600 juta walaupun hutang dan liabiliti negara mencecah RM1.69 trilion.

Secara perbandingan, katanya, Penyata Kewangan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2020 memberitahu kerajaan persekutuan mencatatkan jumlah hutang RM792.9 bilion.

Presiden Parti Warisan Sabah (PWS), Mohd Shafie Apdal diiring pegawai Suruhanjaya
 Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu
 pada 27 Oktober 2017. Foto Malai Rosmah Tuah.


“Jumlah hutang sekarang jauh lebih tinggi berbanding pada 2019. Jadi mengapa selepas kerajaan Shafie ditukar, jumlah pemberian khas meningkat daripada RM120 juta, kemudian RM300 juta dan kini RM600 juta?” kata Arthur.

Arthur percaya pendekatan berhemah dan diplomasi pentadbiran Hajiji memudahkan rundingan dengan Putrajaya serta memperkukuh justifikasi Sabah dalam permohonan mereka.

“Kerajaan negeri kini pimpinan GRS jelas mempunyai alasan kukuh untuk berjuang hak Sabah, bukannya mudah mengalah atas nama kepentingan rakyat,” katanya.




HANG CAKAP BIAQ BETOI...BERSESAK ATAS JALAN ..JALAN JAMM MERATA HANG TAK TENGOK KA APA...LAIN KALAU ULANG ALIK RJMAH BINI.


 

PRU Sabah: SPR Peruntuk RM116.8 Juta

 


Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

KOTA KINABALU, 16 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan RM116.8 juta bagi melaksanakan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadual pada 29 November depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata jumlah itu termasuk untuk pelantikan seramai 33,002 petugas pilihan raya bagi melicinkan perjalanan pilihan raya.

Katanya, seramai 25 Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) dan 196 Penolong RO dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya itu di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November dan tarikh pengundian awal pada 25 November.

Beliau berkata, SPR juga akan menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Tempoh kempen, katanya selama 14 hari bermula pada 15 November 2025 hingga jam 11.59 malam, 28 November 2025, manakala sebanyak 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

“Seramai 33,002 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17, manakala sebanyak 882 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi/saluran dan 58 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 87 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 dengan 3,645 tempat mengundi atau saluran. PRU DUN Sabah Ke-17 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM116.8 juta,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR berhubung PRN17 Sabah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.




Jenayah Di Sekolah: Kabinet Akan Putuskan Esok – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2025. Foto PETRA

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Beberapa insiden membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk jenayah kes rogol seorang pelajar di sebuah sekolah di Melaka dan kes pelajar lelaki menikam rakan sekolahnya hingga mati di Bandar Utama, Petaling Jaya, akan diputuskan pada mesyuarat kabinet yang diadakan esok, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perincian perkara berkenaan akan dibincangkan secara terperinci bersama dengan agensi-agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan bersesuaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2025. Foto PETRA

“Esok kita akan bincang dalam Kabinet, secara terperinci. Saya sudah berbincang secara ringkas dengan menteri dan beberapa pihak. Kita akan buat keputusan esok,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di sini, hari ini.

KPM berdepan kritikan sejak dua minggu lalu susulan tiga kejadian membabitkan dua kes rogol dan satu kes pelajar maut ditikam di sekolah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2025. Foto PETRA

Terdahulu hari ini, dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Melaka minggu lalu didakwa di Mahkamah Juvana Alor Gajah.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadapkan atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan rogol secara berkumpulan, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan melakukan amang seksual fizikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2025. Foto PETRA

Sementara itu, pada Selasa lalu, seorang pelajar perempuan 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.



PENANTIAN SATU PENYIKSAAN.



 14 tahun menanti tapi bukan untuk berkahwin.



Gambar masa muda Jack Ma, billionair China dan pengasas Alibaba.


Wanita sebelahnya bukan teman wanita beliau.

Tapi itulah antara pekerja beliau yang paling setia, Tong Weng Hong.


Mula bekerja sebagai penyambut tetamu ketika Alibaba tiada apa-apa lagi, modal pun tak cukup.


Jack Ma berinya sebahagian saham Alibaba dan minta beliau tunggu sehingga nilainya cecah 100 juta dollar bila disenaraikan di bursa saham.


Tong percaya dan tunggu. 


Tahun demi tahun tahun berlalu.


Beberapa kali beliau tanya Jack Ma bila nilainya akan jadi 100 juta dollar. Jawapan standard Jack Ma ;


"Tak lama lagi."


Akhirnya lepas 14 tahun menunggu, Alibaba akhirnya disenaraikan. 


Nilai saham milik Tong cecah 320 juta dollar.


Dan beliau bukan lagi penyambut tetamu tapi Naib Presiden Alibaba pada masa itu.


Tak sia-sia pernantiannya.




PENJELASAN MENTERI PENDIDIKAN


 

KIOK


 

TAKI PERASAN DIA HEBAT SAJA.

 


Ternampak satu video 𝗧𝗮𝗸𝗶 𝘴𝘰𝘶𝘯𝘥 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗼𝗼𝗿 kenapa dia beri peringatan tentang perbahasan gunakan bahasa yang elok 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 giliran 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.


Tali kata 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗿𝗲𝗷𝘂𝗱𝗶𝘀. Tapi tak difahami kenapa Taki nak terasa. Menurut Ramli, masa dia naik 𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀𝗮 tengah berucap. Jadi peluang dia nak berikan peringatan cuma selepas itu yang kebetulan sebelum Hadi berucap.


Tali kata mereka, MP PAS 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮. Dan aku rasa ianya 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿. Kenapa kelakar? Sebab nampak Taki sendiri pun tahu 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 Hadi Awang. Sebab tu bila Timbalan Speaker bercakap secara 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭, dia rasakan macam tuju ke Hadi Awang.


Biasalah kan. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗹𝗶, 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗱𝗮𝘀. MP PAS memang banyak makan cili. Sebab tu la dia rasa 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 bila Timbalan Speaker cakap begitu.


Baguslah kalau Taki sendiri pun dah sedar. Sekarang ni bolehlah nasihatkan sesama MP PAS supaya cakap tu 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸. Bahas dengan fakta, bukan sentimen. Dan kepada Hadi Awang, ajar dia 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 dengan betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


BORAK ORANG KAMPUNG


 Pn Ainul






Ada lagi yang main isu konon Zahid menipu orang UMNO dengan slogan “No DAP, No Anwar, No Bersatu.”

Padahal kalau ikut balik kronologi dan konteks sebenar masa PAU 2020, benda tu dah jelas.



Dalam ucapan dasar Presiden UMNO masa PAU 2020, Zahid Hamidi sendiri tegaskan bahawa UMNO akan hadapi PRU15 secara berdiri sendiri, tanpa kerjasama dengan DAP, Anwar atau Bersatu.


Dan itulah yang bergema satu dewan PWTC masa tu ..

“No Anwar, No DAP, No Bersatu”


Tapi dalam ucapan yang sama, dia juga jelaskan sesuatu yang ramai sengaja lupa ,

Zahid kata,


"Pasca pilihan raya umum, kita sedia berunding dengan sesiapa sahaja (parti politik) untuk membentuk kerajaan, namun UMNO perlu dominan dan barulah kita relevan."


Nampak tak?

Dia dah siap letak garis masa, masa hadapi PRU, UMNO jalan sendiri tanpa DAP, tanpa Anwar, tanpa Bersatu.


Tapi lepas PRU, kalau perlu bentuk kerajaan demi kestabilan, UMNO boleh berunding, asalkan UMNO tetap dominan.


Dan kalau tengok balik, itulah yang berlaku pun.


Selepas BN tarik sokongan daripada Muhyiddin dan PN, timbul tuduhan kononnya Zahid nak bawa UMNO berpakat dengan PH dan DAP.


Disebabkan tuduhan tu, Zahid sampai bersumpah depan beberapa ahli MKT untuk nafikan.

Dan akhirnya, bukan Anwar yang jadi PM masa tu, tapi Ismail Sabri.


Maknanya, semua yang berlaku tu selari dengan apa yang dia sebut kat PAU 2020.


Bukan pusing, bukan tipu  tapi cuma ramai yang tak nak terima hakikat.

Mereka ambil separuh ayat , "No DAP, No Anwar, No Bersatu",

tapi buang 'No Bersatu ' dan bunag separuh lagi yang Zahid dah sebut pasal kerajaan pasca PRU.


Susah sangat ke nak faham konteks?

Zahid cakap pasal strategi sebelum PRU, bukan pasal bentuk kerajaan lepas PRU.

Kalau masa tu UMNO-BN pilih ikut PN lepas PRU-15 ,

saya yakin sangat mulut-mulut bising tu, yang acah-acah tak faham walaupun dia sendiri ada dalam PAU  masa tu , pun dah senyap lama dah.




SEMBANG


 

KERAJAAN MALAYSIA BAIK...


Che Ibrahim


 Pemilik pemilik akaun seperti ini yang sepatutnya dikenakan tindakan keras, jauh lebih bahaya dari pasang bendera terbalik.






KENA BANTAI DENGAN ANWAR..HANG SAPA.


 

MUDAH KALAU NAK LAWAN WALAUN. KITA GUNA OTAK..WALAUN GUNA LUTUT.

 

KEMPEN WALAUN




MARHAEN Jawab



Jgn letak jawatan, bukan menteri yg ajar. Itu sebab anak anak yg kurang ajar dan ibu bapa berlagak pandai.



Yg ni suruh MB kelantan letak jawatan




Yg ni suruh MB kelantan letak jawatan





DIA NAK TERKENAL


Aman Muhammad



 Penjawat awam di KDN ni buat uqutan roqol terhadap anak Menteri Pendidikan.


Dia nak glemer, kita bagi glemer.


👍