NAMPAKNYA RAKYAT RAGUI AG,IGP,KP SPRM



Dari FB Hamdan Taha

Malam ini di surau kami berjalan seperti biasa,hari ni kami baca yasin dan adakan doa selamat untuk dua ahli kariah yang akan menunaikan umrah...

Selesai isyak kami adakan sedikit jamuan dan selalunya kami makan bersama dalam dulang atau talam. Hari ini masakannya sotong goreng kunyit,masak lemak cili padi ikan kembong salai,sambal belacan dan ikan gelama masin.

Sambil makan saya sempat bertanya sahabat kami ini bekas pegawai tinggi pdrm,pernah jadi ketua polis negeri dan ketua polis trafik malaysia. Sudah tentu kami ambil peluang  bertanya dua isu yang sedang hangat di pasaran. Kes pendedahan sprm oleh Latifa koya...dan keputusan AG ke Azmin Ali...

Jawapannya ringkas sahaja...

1. Apabila Latifa sebut bahawa audio itu adalah tulin mengikut forensik sprm itu sesuatu yang bercangah dengan SOP sprm. Bukan kerja sprm untuk menentukan ketulinan audio itu. Itu kerja polis jika ada report kepada polis maka akan ada siasatan. Ini bila dia kata tulin maknanya dia dah ambil tugas polis dan siasatan...gila...

2. Ini kerja orang yang tak pernah ada dalam jawatan kerajaan. Cara KP sprm seperti ahli politik dan aktivis NGO. Buat pendedahan melampau dan tidak beradab...jika dia nak dedahkan percakapan najib dan bekas ketua pengarah sprm saya bole terima lagi....tapi dedahkan perbualan najib dan rosmah...dan najib dengan pemimpin negara luar ini bodoh tidak boleh di ajar dan dendam yang melampau....saya tak suka najib...tapi ini jahat...

Isu azmin....lagi mudah jawapannya

1. Saya rasa AG dan Polis juga IGP sekarang ni BUTA kot....semua orang tengok video tu kenal itu Azmin tapi pakar forensik dan IGP juga AG dan semua jabatan AG dan Pdrm tak kenal....kabur....tapi filem tulin....lawak apa depa ni...penat kerajaan keluar berjuta juta hantar pdrm supaya jadi pandai...tapi kebelakangan ini jadi bodoh pula....

Saya biasa kerja sudah tentu tun m telah di berikan taklimat baik kes sprm dan audio juga kes azmin...tidak logik tun m tak tahu dan tak bagi arahan apa apa...

Tamat

TARIKH SERAH KUASA BOLEH DIPAKSAKAN


Tarikh persaraan yang jelas boleh dipaksakan ke atas Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap peralihan kuasa menjelang awal tahun depan, kata seorang pemimpin kanan PKR.

Menurut Rafizi Ramli, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung penyerahan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim.

"Jika (Mahathir) melepaskan (jawatannya) dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar," kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena forum Iseas – Institut Yusof Ishak di Singapura.

Untuk rekod bekas ahli parlimen Pandan itu merupakan seorang daripada tokoh yang bertanggungjawab merangka perjanjian di antara Mahathir dan Anwar menjelang pilihan raya umum pada 2018.

Persetujuan itu dicapai dalam usaha pembangkang - pada waktu itu - untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya.

Sebelum persefahamam dicapai, sejarah yang panjang menyaksikan Mahathir dan Anwar sebagai seteru ketat. Mahathir ialah pengerusi Bersatu - iaitu salah satu parti komponen PH - manakala Anwar ialah presiden PKR.

Pada masa sama Mahathir juga menduduki jawatan pengerusi PH.

Tiada langkah nekad

Kata Rafizi, isu peralihan jawatan perdana menteri pada akhirnya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PH - yang turut dianggotai Anwar serta Mahathir.

Kata Rafizi - yang dilihat menjadi antara penyokong Anwar - beliau adalah antara orang yang bertanggungjawab merangka perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pada 7 Jan 2018.

Menurutnya, perjanjian itu memang tidak menyatakan secara jelas tarikh penyerahan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.

Namun katanya, disebabkan Mahathir yang memberi bayangan peralihan itu akan berlaku dalam tempoh dua tahun selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri, ramai yang yakin proses tersebut akan berlaku pada Mei tahun ini.

Pada masa sama, Mahathir memang tidak menyatakan secara muktamad tarikh beliau akan berundur, namun berkali-kali menegaskan janji tersebut akan ditunaikan seperti yang dipersetujui PH.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau tidak yakin ada mana-mana pihak sanggup mengambil tindakan nekad bagi memaksa agar peralihan kuasa itu berlaku tahun ini kerana mereka enggan mengeruhkan keadaan

Rafizi hari ini berkata beliau tidak percaya mana-mana pihak akan membuat "percubaan berani" untuk memaksa penggantian tahun ini kerana secara naluriah para peniaga tidak mahu menyulitkan keadaan.

Mengenai peluang Anwar menjadi perdana menteri adalah tidak menentu, Rafizi menegaskan, ahli parlimen Port Dickson itu memiliki sokongan besar dalam kalangan ahli parlimen PKR dan DAP.

Berdasarkan keadaan semasa PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen. Dengan jumlah itu mereka hanya memerlukan 20 kerusi saja lagi bagi mendapatkan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.

SOKONG IRAN TIDAK DISERANG BUKAN SOKONG SYIAH

IMPAK PENDEDAHAN RAKAMAN TELEFON KONTROVERSI- Rikhat Niffha



Rakaman perbualan telefon kontroversi didakwa membabitkan Najib dan beberapa individu lain sebagaimana didedahkan pihak SPRM, bukan hanya sekadar isu Kak Mah jadi singa semata-mata.

Sebaliknya kita perlu juga beri tumpuan pada intipati daripada perbualan tersebut. Cuba kita teliti apa matlamat tersirat pihak SPRM mendedahkan penemuan terbaru ini.

Di pihak pembangkang, mereka hanya mempertikai kononnya tindakan agensi anti rasuah itu satu tindakan "contempt of court", mencerobohi privasi dan bercanggah dengan undang-undang.

Sebenarnya di sebalik rakaman perbualan ini, tindakan penama-penama berkenaan boleh mendatangkan mudarat dan memberi impak negatif kepada sistem pentadbiran negara. 

Antara yang boleh kita andaikan:- 

1. Terdapat pihak yang disebut namanya yang menjadi sebahagian daripada konspirasi jenayah mencuri wang negara perlu juga dituduh di mahkamah. 

2. Perdana Menteri ketika itu boleh dianggap menggunakan kapasitinya sebagai pemimpin tertinggi negara bagi mempengaruhi ketua-ketua agensi tertentu kerajaan.

3. Perbincangan dalam isu melibatkan pentadbiran kerajaan, turut dicampuri dan dipengaruhi mereka yang tidak berkenaan antaranya isteri kepada pemimpin kerajaan ketika itu.

4. Manipulasi sistem perundangan dilakukan sesuka hati oleh pemimpin negara bagi melindungi hal-hal menjurus kepada perlakuan jenayah tersembunyi.

5. Jawatan tertinggi agensi strategik/penguatkuasa undang-undang dilantik atas kepentingan peribadi, tidak berdasarkan merit dan kelayakan. Ianya boleh dicatur pemimpin tertinggi negara sehingga menganiaya pihak tertentu.

6. Sistem pentadbiran kerajaan melibatkan tiga cabang iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman boleh "collapse" akibat salah satu cabang mencampuri cabang lain.

7. Kes berkait 1MDB sepertimana disentuh dalam perbualan penama-penama disebut SPRM menggambarkan seolah-olah  ia tidak melalui kabinet.

Justeru, mereka ini tidak boleh dibiarkan bebas begitu sahaja dan inilah masa sesuai untuk menghadapkan pengkhianat negara ke muka pengadilan.

Bayangkan jika mereka masih kekal berkuasa sehingga hari ini, entah apa lagi yang mereka akan dan mampu lakukan tanpa kita semua sedari.

PERANG AS – IRAN JIKA BERLAKU GUGAT EKONOMI MALAYSIA

AMBIL ALIH TOL PLUS: KEPUTUSAN MINGGU DEPAN Ambil alih tol PLUS: Keputusan minggu depan

POLIS KENALPASTI LELAKI PAW DUIT DAN SEPAK PELAJAR



Ibrahim Mat Isa.

Penyokong BOSS kur koni.?
Polis kenal pasti mangsa, suspek peras ugut



KOTA BHARU - Polis sudah mengenal pasti mangsa dan suspek terlibat dalam video tular yang menunjukkan seorang lelaki meminta wang daripada pelajar sebuah sekolah agama di Machang hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, polis juga telah menerima laporan daripada mangsa dan melakukan siasatan berikutan video tersebut tular di media sosial.

“Mangsa sendiri tampil membuat laporan dan polis juga meneliti video serta suspek sudah dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Video berdurasi 30 saat yang tular sejak tengah malam tadi menunjukkan seorang lelaki meminta wang dan turut menyepak seorang pelajar kerana tidak memberikan duit kepadanya.

PENDEDAHAN AUDIO UNTUNGKAN NAJIB,RUGI MAHATHIR


Sehingga ini masih tidak jelas apakah tujuan lain SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak yang dikaitkan dengan percubaan menutup skandal 1MDB, selain untuk memalukan bekas Perdana Menteri itu.
Pada tanggapan umum, memalukan Najib adalah satu-satunya tujuan SPRM berbuat demikian, meskipun Najib sudah pun dihadapkan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah dan semakin hampir menuju ke penjara.
Seolah-olah, meskipun Najib sudah dihadapkan ke mahkamah dan dikatakan dalam perjalanan menghuni penjara, tetapi berikutan sokongan rakyat terhadapnya dilihat terus bertambah, gambarannya masih ada yang tidak puas hati dengan kian bertambah sokongan yang diterimanya.
Lalu, dikatakan kerana itulah rakaman audio itu didedahkan kepada media, bukan diserahkan terus kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Malah, menjadi perbualan di mana-mana bagaimana mimik muka Latheefa Koya menahan ketawa dan tersenyum-senyum ketika memperdengarkan perbualan Najib dimarahi Rosmah Mansor, seolah-olah itulah matlamat yang mahu disasarkan kepada rakyat, selain perbualan-perbualan lain yang menjurus ke arah usaha menutup skandal 1MDB.
Kalaulah berdasarkan rakaman audio itu terdapat kesalahan tertentu dilakukan oleh Najib, Rosmah Mansor, Dzulkifli Ahmad (bekas KP SPRM) dan lain-lain yang membolehkan mereka didakwa di mahkamah, langkah yang sepatutnya diambil oleh SPRM, sebaik menerima rakaman audio daripada sumber yang tidak diketahui itu ialah menyerahkannya kepada pihak polis agar siasatan segera dapat dilakukan serta lebih banyak pendakwaan di mahkamah dapat diambil.
Ini kerana SPRM adalah agensi penguatkuasa undang-undang, bukan sebuah parti politik atau agensi perhubungan awam yang boleh disuruh itu dan ini asalkan ada ganjaran serta upah lumayan diberikan.
Sebagai agensi penguatkuasa undang-undang dan mencegah rasuah, SPRM harus bertindak secara profesional dan berlandaskan undang-undang.
Memang SPRM boleh menyiasat, menahan dan seterusnya menyediakan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan, tetapi memalukan orang dengan hebahan rakaman audio kepada media, khususnya terhadap bekas pemimpin negara sebelum rakaman itu diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat, tentulah tidak termasuk dalam skop tugas badan tersebut.
Tak tahulah jika sejak Latheefa mengetuai SPRM, sudah ada bidang tugas tambahan badan itu yang tidak diwartakan kepada umum.
Begitu pun, percubaan SPRM untuk memalukan Najib, menjejaskan reputasi atau mengurangkan sokongan terhadapnya dengan hebahan rakaman audio itu jelas nampak tidak menjadi.
Sebaliknya, SPRM dan Latheefa lebih banyak dipersalahkan kerana tindakannya yang dianggap tidak profesional itu.
Dalam PH sendiri, tidak ada yang mempertahankan tindakan SPRM itu di mana beberapa figura yang berlatar-belakangkan undang-undang seperti Ramkarpal Singh, Hanif Khatri Abdullah dan Rais Yatim terang-terang mengutuk dan mengecam SPRM serta Latheefa.
Tidak terkecuali, Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin turut serta melontarkan kecaman dengan menganggap SPRM di bawah Latheefa seperti sudah hilang profesionalismenya.
Apa yang diraih Najib, malah ialah simpati dan kasihan orang terhadapnya kerana Tun Mahathir Mohamad dianggap tidak putus-putus mahu membalas dendam, menyusah serta memalukannya melalui tindakan SPRM itu.
Bahkan, tindakan memperdengarkan rakaman audio itu dilihat suatu perlakuan “overkill” terhadap Najib kerana setelah jatuh, sudahlah disiasat, direman, didakwa di mahkamah dan kini dimalukan pula dengan babak beliau dimarahinya oleh isterinya.
Dalam konteks yang sama, rata-rata rakyat Malaysia percaya tidak mungkin Latheefa berani mendedahkan rakaman audio itu kepada media dalam sidang media khas yang dipanggilnya jika tanpa pengetahuan dan restu Perdana Menteri.
Apalagi dengan perlantikan Latheefa mengetuai SPRM adalah merupakan pilihan Tun Mahathir sendiri, ia secara tidak langsung menguatkan lagi keyakinan adanya restu dan lampu hijau diberikan sebelum pendedahan kepada media itu dilakukan.
Mereka yakin, adalah mustahil Latheefa bertindak sendirian kerana dari segi penanda aras pencapaian SPRM sebagai agensi pencegah rasuah, kejayaan badan itu adalah diukur melalui kes-kes yang berjaya dibawa ke mahkamah, bukannya dengan mendedahkan rakaman audio kepada media.
Makna kata, selepas dua tiga jam awal pendedahan orangramai terpana dengan tindakan SPRM itu, selebihnya lebih banyak kecaman diterima badan itu, termasuk membabitkan nama Tun Mahathir sama.
SPRM dikecam, Latheefa dikecam, Tun Mahathir juga dikecam, manakala yang perlahan-lahan meraih untung simpati rakyat ialah Najib.
Lebih daripada itu, keyakinan orangramai terhadap perbicaraan Najib berkaitan 1MDB yang sedang berjalan turut menjadi semakin pudar dengan munculnya rakaman audio yang didedahkan SPRM ini.
Apakah, berikutan namanya dan kerajaan kian dipersalahkan, Tun Mahathir selepas ini akan lepas tangan begitu saja dan menyalahkan Latheefa sepenuhnya atas tindakan tidak profesional mendedahkan rakaman tersebut?
Berapa lama lagi agaknya Latheefa mampu bertahan dengan jawatannya? (ShahbudinHusin 09/01/2020)

*Adakah ‘RAKAMAN SPRM’ kena dengan garis masa kes 1MDB?*




SPRM semalam menyiarkan sembilan klip audio yang mendakwa terdapat “konspirasi jenayah” besar untuk mengganggu proses keadilan berhubung penyiasatan 1MDB.

Agensi itu menegaskan bahawa klip audio itu tulen dan turut memaklumkan tarikh rakaman tersebut dibuat.

Ketika artikel ini ditulis, tiada seorang pun nama yang terlibat dalam klip audio itu menafikan kesahihannya.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, Malaysiakini menyusun peristiwa-peristiwa penting yang dikaitkan dengan dakwaan dalam klip audio berkenaan.

Klip audio berkenaan merujuk kepada dua fasa penting dalam penyiasatan 1MDB.

Yang pertama membabitkan pelantikan Dzulkifli Ahmad dan Mohamed Apandi Ali, masing-masing sebagai ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara.

Fasa kedua ialah selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

https://www.malaysiakini.com/news/506505

GAMBAR YANG ROSMAH MARAH PADA NAJIB


PINTASAN KOMUNIKASI ADALAH SAH DAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG*



Pada tahun 2012 pentadbiran Najib sendiri telah membuat pindaan kepada Criminal Procedure Code bagi membolehkan pihak berkuasa memintas, mendengar dan merakam komunikasi.

Selepas pindaan itu, maka kerajaan dibenarkan mengintip perbualan rakyat jika didapati melanggar undang-undang.

Maka hari ini kita dapat dengar konspirasi menutup skandal 1MDB dari perbualan Najib, Rosmah, Putera Mahkota Dubai, Azeez Rahim, Bekas Ketua Pengarah SPRM dan pembesar-pembesar asing.

Inilah yang dinamakan " SENJATA MAKAN TUAN ,"

*PINTASAN KOMUNIKASI ADALAH SAH DAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG*

Kanun Tatacara Jenayah amat jelas membenarkannya. Pelbagai peruntukan undang undang Negara yang membenarkan pintasan komunikasi dilakukan :

(1) Sek 116C Kanun Tatacara Jenayah
(2) Sek 6 Akta Kesalaham Keselamatan 2012( Langkah-Langkah Khas)
(3) Sek 11 Akta Penculikan 1961
(4) Sek 27A Akta Dadah Berbahaya 1952
(5) Sek 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Tindakan memintas komuniksi DS Najib tidak harus dipertikai atau dijadikan satu isu. Ini adalah satu senjata yang "memakan diri sendiri" yang mana pada zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri pindaan undang undang Kanun Tatacara Jenayah diluluskan. 

TIADA PENGECUALIAN diberikan pada mana-mana "SUSPECT" tidak kira golongan Istana, PERDANA MENTERI atau rakyat.


KABUR ATAU DIKABURKAN?



Kabur. Tidak memeranjatkan langsung dan telah dijangka.  Ertinya,  pengakuan Haziq sebelum ini juga kabur.  Video semburit kabur.  CCTV hotel pun kabur.  Buku rekod keluar masuk hotel pun kabur.  Siapa yang kata kabur sebenarnya?  Pakar dari Universiti ke atau Peguam Negara atau mamak bendahara? Kita tahu, semua tu akan jadi terang benderang kalau dlm video itu adalah Anwar.  Video hitam putih pun mereka tetap nampak itu adalah  Anwar.  

Katanya fail tidak ditutup.  Kalau ada bukti baru, kes ini boleh dibuka semula.  Mudah untuk dibaca.  Fail akan disimpan rapi, kalau kamu lawan aku atau kamu gagal tarik seramai mungkin MP sokong aku, aku akan buka balik fail kamu.  Bertambah ligat la si Kitol ini mencari sokongan dari MP-MP Umno kerana terhutang budi dan fail masih ada.  

Reformasi masih jauh.  Anwar perlu segera selamatkan negara ini sebelum semua sistem dan institusi dlm negara ini hancur.  Mei 2020, angkat Anwar jadi PM dan kita tamatkan semua mimpi buruk selama dua tahun PH  memerintah sejak Mei 2018.  Takkan Majlis Presiden masih tunggu dan lihat? 

WFAUZDIN NS

Pendedahan SPRM: Siasat Najib, Dzulkifli kerana sabotaj negara






Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad atas dakwaan mensabotaj negara. 

Ia susulan pendedahan oleh pihak SPRM semalam mengenai sembilan set rakaman percakapan didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Salah satu rakaman tersebut memuatkan percakapan didakwa membabitkan Dzulkifli membocorkan maklumat siasatan mengenai kes 1MDB kepada Najib pada 2016. 

“Adalah jelas daripada rakaman tersebut bahawa beliau adalah seorang pengkhianat kerana membocorkan maklumat daripada Pejabat Peguam Negara kepada Najib Razak yang 
merupakan suspek siasatan kes 1MDB. 
“Ini adalah salah laku jenayah yang serius dan tindakan harus diambil segera terhadap Dzulkifli,” tegas Poay Tiong dalam kenyataan, hari ini. 

“Malah jelas bahawa Najib Razak memberi habuan kepada Dzulkifli Ahmad dengan melantik dia sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016.

“Oleh itu, Najib dan Dzulkifli telah menjejaskan kredibiliti dan kemampuan SPRM untuk berfungsi sebagai sebuah badan pencegah rasuah yang efektif,” tambahnya yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka. 

Najib kini menghadapi perbicaraan selepas diperintah membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd pada November tahun lalu. 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Kepelbagaian budaya sumber kekuatan Malaysia



Oleh Quratulain Atiqah 
(Ketua Biro Undang-undang DAPSY Selangor)
Kebelakangan ini, isu perkauman dan agama semakin rancak dimainkan. Mungkin kerana dua sentimen ini adalah yang paling dekat dengan jiwa orang ramai, yang paling mudah dicucuk, paling mudah dihembus rasa kebencian dan ‘minyak’ paling berkesan untuk memarakkan api kemarahan. Mungkin. Belum reda satu isu, akan timbul pula isu-isu lain, dan yang terbaru, aduan kepada Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) mengenai hiasan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1. 
Pertama, bagaimana dengan mudah PUTRA mengelirukan fahaman orang awam berkenaan Perkara 3(1) dan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan, tanpa terlebih dahulu memahami apakah sebenarnya perayaan Tahun Baru Cina ini? 
Dua, bagaimana pemahaman PUTRA terhadap perayaan Tahun Baru Cina sehingga ianya boleh dianggap sebagai dakyah penyebaran agama lain? 
Tiga, apa yang cuba disampaikan oleh PUTRA, selain menanam rasa kebencian dan salah faham dalam kalangan orang awam berkenaan isu ini? 
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai amalan beragama di negara Malaysia dengan menggariskan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi tidak menghalang amalan agama-agama lain bagi penganutnya. 
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menggariskan amalan kebebasan beragama di Malaysia, tetapi undang-undang negeri atau persekutuan (bagi negeri-negeri persekutuan), boleh mengawal atau menyekat pengembangan fahaman agama lain kepada penganut Islam. Yang tidak dibenarkan adalah penyebaran ajaran fahaman agama lain dengan bertujuan untuk mengajak seseorang meninggalkan Islam dan menganuti agama tersebut. 
Manakala Perkara 12(3) menjelaskan, dalam mengamalkan hak mendapatkan pendidikan, tiada sesiapa pun boleh dipaksa menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama selain daripada agamanya sendiri. 
Jadi persoalannya, adakah perhiasan atau sambutan Tahun Baru Cina di sekolah ini melibatkan paksaan amalan dan upacara keagamaan sehingga menggugat iman dan pegangan agama seseorang individu? 
Perlu untuk kita fahami bahawa Tahun Baru Cina ini bukanlah satu amalan keagamaan, sebaliknya adalah satu perayaan meraikan dan menyambut kedatangan tahun baharu dengan semangat dan suasana positif, penuh kasih-sayang serta merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. Ianya bukanlah satu perayaan yang berdasarkan upacara keagamaan, malah tidak sedikitpun menggugat status agama Islam yang diperincikan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. 
Apa yang dikesalkan adalah tindakan PUTRA yang mencampuri urusan pentadbiran sekolah sehingga dengan angkuh memberi kata dua kepada pihak sekolah untuk menurunkan perhiasan di sekolah tersebut. Malah, tanpa merujuk kepada mana-mana rujukan yang jelas, PUTRA dengan mudah menyatakan perhiasan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ya, perhiasan yang tiada kena mengena dengan urusan dan amalan keagamaan, perhiasan yang bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dalam Malaysia ini. Warna merah dan tanglung sememangnya sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina dan tiada kaitan dengan unsur keagamaan. 
Sudah menginjak tahun 2020, sudah-sudahlah dengan isu berbaur perkauman dan agama sebegini. Cukup-cukuplah dengan hasutan api kebencian sebegini, janganlah kita turunkan dan hembuskan rasa kebencian dan prasangka sebegini kepada generasi akan datang. Anak-anak generasi akan datang, mereka ini tidak berdosa untuk menerima tempias api kebencian ini. 
Hanya kerana saya makan menggunakan chopsticks, tidak menjadikan saya Cina.
Hanya kerana saya mempelajari seni kolam, tidak menjadikan saya seorang Hindu. 
Hanya kerana saya sukakan tarian tradisi etnik Sabah dan Sarawak, tidak menjadikan keimanan saya terhadap Islam tergugat. 
Dan hanya kerana rakan-rakan bukan Islam memakai baju kurung, tidak menjadikan mereka Islam dan Melayu. 
Kerana ini semua adalah kepelbagaian budaya yang ada dalam negara kita yang seharusnya difahami dan diraikan bersama. Selama berpuluh-puluh tahun kita bersama, kita sentiasa gembira mengharmonikan pelbagai perayaan yang ada di Malaysia, mengapa hari ini dengan mudah api kebencian ini dimarakkan?
Kepelbagaian budaya ini adalah kekuatan kita, dan kekuatan ini hanya akan terus kuat sekiranya kita bersatu dan tidak mudah melatah dengan api kebencian sebegini. Setiap kebudayaan, perayaan dan perbezaan adat adalah keunikan yang membentuk kita, dan kita adalah Malaysia.

Usah jadikan perbezaan punca kita bersengketa’




Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk meraikan kepelbagaian dan memupuk semangat saling hormat-menghormati. 

Katanya yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, perbezaan yang wujud antara kaum dan agama tidak harus dijadikan punca persengketaan. 

“Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

“Malah pengenalan tiga muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama. Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya. 

“Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau turut menitipkan pesanan tentang perpaduan menerusi empat rangkap pantun yang termuat dalam Antologi Gema Sepi Gadis.

Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan, 
Untuk membina bangsa yang padu. 

KEKALKAN KEHARMONIAN, JANGAN EKSTREM – ANWAR

SHAFIE AFDAL MAHU SAMAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO