BUAT APA JADI PM KALAU PENGECUT LAWAN RASUAH


 

HALATUJU EKONOMI MADANI DILANCAR OGOS


 

KES TANAH PDRM MILIK SEBUAH GEREJA


 

KERAJAAN AKAN TERUSKAN TAJAAN BAGI PROGRAM JPA BAGI KURSUS PERGIGIAN DOKTOR DAN FARMASI.


 

MAHASISWA YANG BIJAK ANTI RASUAH


 

USTAZ ZULIASIN MENJELASKAN TENTANG SIKAP SANUSI


 

GANG SAKAW KENA SERBU


 

DENGAN SIAPA PUN SEMUA ORANG TAK BETUL. DIA SAJA BETUL.

 



Dengan siapa pun 'Parti itu bersama, pasti kena tendang.



SEDIA APA....TAK CUKUP JOOMMMLAH...


RMS



Pulak dah..?? patutlah asyik berkonvoi.. rupanya nak suruh buat referendum..rakyat nak kerajaan buat kerja bukan parti politik  yang asyik buat konvoi..




HAH YIDDIN.ESOK AJAK HADI AWANG N HAMZAH SEKALI. WAKTU PMQT. HANG TANYA. JANGAN TUANG DEWAN. INGAT. JANGAN TUANG DEWAN.


 

ESOK WAKTU PMQT


 

JOM DENGAR TENTANG SEJARAH PENANG


 

NAK TAWAN NEGERI LAIN BOLEH- TAK PAYAH SOAL ISLAM DAN MELAYU- RAYA AIR TAK DA CAMANA?


 

MMMM- BILA KITA TANYA APA YANG SILAP DAN TERUK..TAK ADA SIAPA YANG JAWAB


 

Haram untuk kamu, halal untuk aku.




Itu mantra kebanyakan politikus. Rakyat di bawah pun confuse. 

 

Maki orang lain LGBT, liwat dan etc. Tetapi geng depa, video kabur XXX ditutup rapi. Buat2 dunno sampai la ni… 

 

Maki orang rasuah dan Kleptokrasi, geng depa jenuh salur berbilion duit rakyat kepada kroni, nak dijatuhkan semua Perdana Menteri. 

 

Maki Kerajaan dulu tak betul, kita perlu reformasi. Tapi dilantiknya geng dia berderet kes di Mahkamah sebagai Timb Perdana Menteri. Depa kata ini yang Agong ingini. 

 

Maki kenapa tiada tindakan tegas kepada isu rasuah LCS kini, tapi kes dia sendiri pun dah prima facie. Duit parti masuk akaun sendiri. Siap melabur dalam ASB. 

 

*********************

 

Pengundi yang bijak dan bukan taksub, akan nampak dari sudut pandang helicopter. Setiap parti dan pemimpin ada baik dan buruknya. 

 

Mereka tak suka melampau seorang pemimpin. Atau membenci melampau lawannya. Kita chill2 aje. 

 

Orang tanya siapa nak kita percaya? Mereka ni lebih kurang sama. 

 

Jawapannya, setia kita kepada Raja dan Negara. 

 

Mana baik untuk negara kita sokong. Paksinya Majlis Raja2. MRR ilhamkan Kerajaan Unity. Dan untuk Kerajaan last one term. Itu pada Baginda2 baik untuk kita. 

 

 

 

Kita ikutlah buat masa sekarang. Bagi Kerajaan ni peluang. PRU16 tak lama lagi pun, 4.5 tahun cepat je datang. Kalau tak nampak bayang reformasinya, kita tendang. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


 

MELAYU TERANCAM


 


1. Sejak dari kecil, kita dibagitau, hak Melayu sentiasa terancam. Orang lain akan cuba rampas negara dari kita. Naratifnya: Tengokkan Singapura. Orang lain berkuasa di sana.

 

2. Masa saya kecil, saya duduk di kampung Melayu, selalu saya rasa tak percaya dengan bangsa lain. Skeptikal itu tinggi, kadang tu borderline racist juga dibuatnya. Asal nama dan rupa lain semua saya tak percaya. 

 

3. Dah besar masuk sekolah menengah dan masuk universiti, bercampur dengan bangsa lain, baru saya sedar, darah merah mereka sama dengan saya. Ya, ada juga yang ektrimis kaum, namun berapa kerat saja. Majoriti pentaksub parti. 

 

4. Kebanyakan rakyat pelbagai kaum nak hidup sejahtera. Dan mahukan Malaysia yang aman, yang sama2 kita boleh cari makan. Kita nak bersukan, dan bermain di taman, sebelah2 takde hal. Ini yang idamkan. Tapi politikus, far left dan far right, permainkan. Sentimen agama dan perkauman. 

 

5. Parti Melayu selalu propagandakan Melayu terancam di bumi sendiri. Tapi kalau tengok data yang ada, ekuiti bumiputera dari 21% tahun 1990-an, turun ke 16% tahun 2018. Selepas 50 tahun DEB dilaksanakan. Masih tiada peningkatan. Malah lagi teruk ada penurunan. 

 

6. Tanah Rizab Melayu yang dijadikan sebagai satu daripada 7 wasiat Raja Melayu, untuk dikekalkan pada 50% sepanjang masa, sekarang hanya tinggal 12% sahaja, walaupun baru 65 tahun kita merdeka. Sedih kita melihatnya. 

 

7. Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan yang ada, dari Menteri ke Ketua Setiausaha, dari DO ke piun Pejabat Tanah semua orang kita. Hilangnya hak dan kuasa kita adakah kerana orang lain juga?

 

8. Mereka kata, jangan Malaysia jadi seperti Singapura. Namun kita lupa, orang kita sendiri gadaikan Singapura kepada orang luar. Sampai pendatang menjadi penduduk majoriti di sana. Bila dah lebih ramai dari orang kita, nescaya kuasa politik mereka yang punya. Tapi perspektif ini dihilangkan saja. 

 

9. Sama sahaja dengan Pulau Pinang, tanah tergadai ke British kerana persengketaan. Berebut menjadi Sultan. Lepas tanah tergadai, mereka ubah besar2an. Sampai terjejas anak watan. Lanskap sosial bertukar, pendatang jadi majoriti dan kuasai politik negeri. 

 

10. Sejarah sudah mengajar kita, penguasaan hak milik tanah paling utama dalam setiap pembinaan negara bangsa. Itu sebab Yahudi Israel berebut tanah dengan Palestine, untuk dapatkan negara sendiri.

 

11. Bila saya dah besar, saya sedar, penduduk majoriti akan hilang kuasa politik kalau mereka lemah. Lemah melawan tamak haloba nak berkuasa, lemah kerana pegangan Cash is King, lalu merebak ke rasuah dan salahguna kuasa. Ini terbukti dalam sejarah kita. 

 

12. Saya percaya, selagi kita penduduk majoriti negara dan kita angkat Melayu berintegriti dan berwibawa memerintah kita, bangsa saya tidak akan terancam. Malah orang lain akan hormat jua. 

 

13. Melayu terancam bukan sebab orang lain, sebab sikap dan budayanya. Tambah sikap feudal sentiasa, yang diangkat perompak, penyangak dan gangster. Di samping penunggang agama. 

 

14. Kalau tidak dibendung, Malaysia akan jadi Sri Lanka. Berpuluh tahun, politik kaum dan agama diguna. Untuk cover rasuah dan salahguna kuasa pemimpin mereka. Tadbir urus lemah, kerana pemimpin haprak. Akhirnya, negara jadi bankrap. Rakyat merana. Banyak persamaan yang kita perlu belajar. 

 

15. Sesungguhnya, bangsa saya tidak terancam, yang terancam ialah golongan elitis bangsa, yang makin hilang kuasa. Tiada ruang untuk merompak kantung negara. Untuk anak cucu mereka. 

 

16. Demi untuk anak cucu cicit kita, angkat pemimpin yang berintegriti dan berwibawa. Tolak propaganda sempit politik kaum dan agama. Itu sebenarnya parasit paling teruk dalam membina negara berjaya. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

[NB: Posting seminggu sebelum PRU15 dan masih relevan hingga kini]

 

 


SHAHIDAN KASIM VS DR ZUL


 

LAGI SKANDAL OPETRONAS DAN PETROFAC


 

PROJEK KECIL SELIAAN JKR DISELIA PEJABAT DAERAH





KERTAS SIASATAN HADI AWANG DAN SHAHIDAN DISERAH PADA PEGUAM NEGARA


 

ANWAR ARAHKAN SUPAYA PROJEK UNTUK RAKYAT YANG DILULUSKAN DISEGERAKAN . ATAU JIKA JKR TERBEBAN..PINDAHKAN KEPADA PEJABAT DAERAH


 

KEH..KEH..KEH.....


 

ANWAR SALAH PILIH? Menteri PKR tak perform? Iswardy jawab! *MAAF musik l...

ANNUAR MUSA TIADA NILAI TAMBAH KEPADA PAS




Bekas pemimpin UMNO yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Annuar Musa akhirnya memilih Pas sebagai wadah baru bagi meneruskan perjuangannya.

Sesuai dengan kemasukannya menjelang PRN enam negeri tidak lama lagi, beliau juga dilaporkan bersedia untuk bertanding lagi jika dipilih sebagai calon oleh parti barunya itu.

Tentulah dalam hal ini, Annuar bermaksud untuk bertanding di Kelantan, bahkan beliau pasti lebih gembira jika diletakkan sebagai calon di Dun dalam kawasan Ketereh di mana beliau merupakan Ahli Parlimen di situ sebelum ini.

Kawasan paling terbuka untuk Annuar bertanding ialah di Dun Kok Lanas yang kini diwakili Alwi Che Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang baru selepas Annuar dipecat daripada UMNO.

Tambahan lagi, Alwi yang merupakan “protege” Annuar serta memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebelum ini dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politiknya telah pun mengumumkan untuk bersara, sekaligus tidak bertanding lagi pada PRN akan datang ini.

Siapa yang untung sebenarnya bila Annuar masuk Pas?

Pas untung atau Annuar yang untung?

Melihat sejarah Pas di Kelantan dan jenama parti itu diketahui sudah cukup kukuh di kalangan pengundi negeri tersebut, sejujurrnya kemasukan Annuar langsung tidak memberi nilai tambah kepada Pas.

Untuk mengekalkan penguasaannya di Kelantan, tanpa Annuar pun, Pas sebetulnya mampu melakukannya secara sendirian.

Ada atau tidak ada Annuar bersama Pas, Pas tetap dengan keunggulannya yang tersendiri di bumi Kelantan.

Malah, sejak Pas menawan Kelantan pada 1990 dan Annuar beberapa kali dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kelantan, dijadikan menteri lagi, tetapi tidak pernah sekali pun beliau berjaya menggugat penguasaan Pas.

Sejak 1990 sehingga sekarang, selama 33 tahun, Pas berjaya berkuasa tanpa henti di Kelantan melalui barisan kepimpinan sedia adanya di mana di waktu yang sama, Annuar adalah berada di pihak yang mahu menjatuhkan Pas sepanjang tempoh tersebut.

Makna kata, kalau Pas tak mahu terima Annuar sebagai ahlinya pun boleh sebenarnya kerana tiada rekod menunjukkan beliau mampu membawa nilai tambah kepada parti itu.

Cuma tinggal lagi, Pas ini parti yang berjiwa besar dan terbuka untuk menerima sesiapa saja sebagai ahlinya.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga sangat berjiwa besar dengan tiada masalah memilih penghijrah baru seperti Annuar sebagai calonnya dalam pilihan raya.

Dengan itu, kemungkinan Annuar dipilih sebagai calon Pas pada PRN akan datang ini bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan sangat mungkin menjadi kenyataan.

Yang untung tidak lain hanyalah Annuar kerana dapat menjadi wakil rakyat dan bergelar Yang Berhormat semula.

Pas tiada untung apa-apa, sebaliknya dengan memberi laluan kepada Annuar sebagai calon, ia akan menyebabkan ada pula di kalangan pemimpin Pas sendiri yang berputih mata kerana tergendala cita-cita mahu bergelar wakil rakyat.

Selain tidak memberi nilai tambah kepada Pas, jika menang sebagai Adun pula, Annuar juga tersangat sukar untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri, jauh sekali untuk berangan-angan jadi Menteri Besar Kelantan, manalah tahu kalau-kalau parti itu ingin memanfaatkan pengalaman luasnya sebagai menteri sebelum ini untuk dibawa menerajui negeri.

Sebagaimana semua orang sedia maklum dan rasanya rakyat Kelantan pun belum lupa, Annuar pada 1993 ketika berlaku kemelut Istana Kelantan, telah menobatkan Tengku Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan.

Berdasarkan tindakan itu, amat mustahil pihak Istana Kelantan sekarang sedia untuk merestui Annuar bagi dilantik sama ada sebagai Exco atau pun Menteri Besar Kelantan.

Pas juga pasti tidak lupa mengenai perkara tersebut dan jalan selamat bagi parti itu ialah tidak mencadangkan namanya untuk apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri.

Ertinya, kalau menang sebagai Adun nanti, Annuar tidak akan jadi apa-apa, melainkan sekadar wakil rakyat biasa saja.

Pas dan kerajaan negeri pun tidak dapat apa-apa kelebihan daripada kemasukan beliau itu.

Mudah kata, beliau tidak memberi apa-apa nilai tambah, bukan saja kepada Pas sebagai parti politik, tetapi juga kepada kerajaan negeri yang diterajui parti itu.

Lainlah jika Annuar sedia dicalonkan di Negeri Sembilan misalnya, sesuai dengan pengumuman kemasukannya ke dalam Pas diumumkan di Seremban dan kemudian berjaya pula menjatuhkan kerajaan PH sekarang, maka barulah beliau betul-betul ada nilai tambah.

Tetapi, berjiwa besarkah Annuar untuk bertanding di luar daripada Kelantan? – ShahbudinHusin 12/06/2023.

 

 


Perjumpaan PM Anwar Ibrahim Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi B...

HEBATNYA KERAJAAN PERPADUAN


“Kalau orang tanya apa hebatnya Kerajaan Perpaduan saya jawab pada pimpinannya yang bertekad untuk hentikan kerosakan amalan menyebabkan negara ini dihina oleh dunia. Ini kerana amalan untuk memperkayakan diri dan salah guna kuasa,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada sesi pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dipetik Astro Awani.


POLITIK POLITIK JUGA. KEBAJIKAN PERLU DIJAGA BAGI YANG MEMERLUKAN.






 Mohon bantuan kepada yang sudi. Maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada Menuju Keabadian II. Semoga Allah berikan sebaik-baik balasan kepada yang memberikan sumbangan. Guane boh?


 

Raja Gelap


.

J

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA. PN KANTOI PENYELEWENGAN





 Order 500 unit

Barang sampai 136 unit

Boleh gunakan cuma 28 unit


Masa tu hopital sesak dengan pesakit yang perlukan alat pernafasan. Kematian kemain ramai.


Order atas kertas 500 unit sampai 136. Baki tu sakau ke apa? Siapa empunya angkara tak mau tau ke? Siapa sakau ni? 30 juta duit pembayar cukai kena rembat tak nak tau ke masuk kantung sapa?



MINTA MAAF SEBAB BUKAN MAS DAN AIRASIA SAJA LAMBAT-KAPAL TERBANG KERAJAAN PUN ROSAK


 

NIK AZIZ TIDAK PERNAH MEMUSUHI DAP


CARA NAK DAKWAH. BUKAN MAKI HAMUN....TU CILAKA NAMANYA




 Setakat aku ingat, di hari-hari terakhir Almarhum TG Nik Aziz, beliau tidak memusuhi DAP dan Lim Kit Siang. Bahkan beliau mendoakan DS Anwar jadi PM.


Pakatan Rakyat musnah selepas kewafatan beliau. Jadi silap kalau ada budak baru nak up yang kata DAP dan Lim Kit Siang musuh Allahyarham hingga hujung nafas.


Mereka yang menyanjungi perjuangan Allah
yarham pasti tahu PAS yang ada sekarang terlalu lari dari garis perjuangan yang Allahyarham lukiskan dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


Ada dua unsur fitnah di sini:-


SHAHBUDIN HUSIN.






Pertama, keratan akhbar ini adalah berita lama tahun 2014 dan tiada kena mengena dengan soalan Ahli Parlimen Beruas itu.


Kedua, yang disebarkan hanyalah soalan beliau di Parlimen tanpa disertakan jawapan menteri berkaitan. Ia dengan sendirinya berunsur fitnah secara sengaja.


Jadi, ini jawapan menteri agama berkenaan kepada soalan yang ditanyakan.



MALAYSIA DIHINA KERANA PEMIMPIN KORUP


Menurut sesawang tersebut, 82 peratus kertas siasatan masih dalam tindakan manakala 18 peratus kes telah diselesaikan dalam tempoh sama. Untuk rekod, selain PDRM, EAIC menyelia 20 jabatan lain antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.







Isu Kedah, Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan


Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini. Jelas Anwar, sejarah telah tertulis akan perubahan yang berlaku ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan ia perlu dihormati.




PEMIMPIN UMNO DIGANTUNG KEAHLIAN ENGGAN BUAT RAYUAN




Penggantungan keahlian dan pemecatan ahli Umno dibuat tanpa mengikut prosedur jadi mengapa perlu merayu? soal bekas ketua Umno bahagian Tebrau Maulizan Bujang.

Maulizan turut mempersoal keterbukaan Umno menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat atau digantung daripada parti.

Bekas Adun Tiram itu menegaskan, rayuan yang perlu dibuat seakan tidak wajar memandangkan proses penggantungan yang dibuat ke atasnya sebelum ini tidak dibuat mengikut prosedur.

“Kenapa perlu buat rayuan jika proses penggantungan dan pemecatan dibuat tidak mengikut prosedur?,” Saya tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti sebelum digantung.

“Saya menjadi ahli Umno dan aktif semenjak umur saya 17 tahun dan amat menyayangi parti Umno yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.

Maulizan berkata, beliau juga tidak pernah mengkhianati atau melakukan sabotaj parti malah bertungkus lumus nak memenangkan parti dalam setiap PRK, PRU dan PRN.

Pada 27 Jan lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dilaporkan menggantung keahlian Maulizan selama enam tahun serta tiga lagi pemimpin.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presiden Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan ketua Umno Bahagian Jempol, Mohd Salim Sharif.

Sementara, bekas ketua Umno Selangor,Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut dipecat Umno berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.

Maulizan berkata, kebanyakan nama besar yang dipecat dan digantung adalah kerana tidak sehaluan dengan Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

“Pemecatan serta penggantungan adalah untuk membolehkan presiden Umno, menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan menggunakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk menyokong hasrat presiden.

“Bagaimanapun, isu pokok yang melanda Umno masa kini ialah soal kepimpinan yang ditolak rakyat dan majoriti ahli Umno serta orang Melayu ekoran keputusan keputusan yang dibuat tidak selari dengan kehendak mereka,” katanya.

Katanya, kepimpinan Umno juga dilihat gembira dengan terus menjadikan parti itu sebagai penumpang dalam kerajaan apabila presiden menyokong kerajaan yang terdiri daripada DAP dan PKR yang lebih dominan.

“Sebilangan besar orang Melayu juga tidak boleh menerima kehadiran DAP yang masih angkuh apabila tidak mahu memohon maaf kepada orang Melayu atas apa yang dilakukan sepanjang lebih 60 tahun terutamanya peristiwa 13 Mei 1969 apatah lagi perjuangan menuntut hak kesamarataan yang masih didokong hingga sekarang.

“Saranan Pemuda Umno juga ditolak mentah mentah oleh presiden kerana beliau seolah olah menjadi jurucakap DAP,” jelasnya.

Maulizan berkata, Umno kini menjadi semakin lemah apabila orang Melayu mula merasakan parti itu kehilangan identiti sebagai parti yang asas perjuangannya ialah untuk membela agama, bangsa dan negara.

“Umno di bawah kepimpinan sekarang tidak lagi sama dengan Umno yang dahulu. Keramatnya yang sering diperkatakan dahulu semakin pudar. Amat menyedihkan. Ubahlah sebelum semakin rebah,” katanya.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata, parti itu Umno sedia untuk menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat atau digantung daripada parti.



SEMPAT MELAWAK


 

Azmin jadi 'bomoh' lepas kalah Pilihan Raya Umum



Datuk Seri Amirudin Shari dengan nada berseloroh menyindir rakan seterunya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi bomoh selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.




OTAK TAK BERFUNGSI DENGAN ELOK

 

PAS ada 49 kerusi @ paling berkuasa tapi sembah atok yang TIDAK ada kerusi.




PATUT LAMA DAH KAU DI SINI.- WALAU LAMBAT NAK GEMPUR LEBIH BAIK DARI TAK TAHU BUAT KERJA






 Terima kasih YB Menteri Fahmi Fadzil di atas kepercayaan untuk lantikan Setiausaha Kerja Penerangan pusat Parti Keadilan Rakyat bagi menguatkan Parti. Saya dan pasukan penerangan diberikan amanah untuk menerajui dan mengemaskini kerja penerangan cabang dan negeri dan fokus utama di 6 negeri yang bertanding PRN.


Pesanan buat diri saya, JAWATAN IALAH BEBANAN DAN TANGGUNGJAWAB DAN BUKAN KEMULIAAN. 


Insya-Allah kita akan memulakan lawatan kerja dan fact-finding di


Kedah / Penang

17-19 jun 2023


Kelantan / terengganu 

23-25 jun 2023


Selangor dan Negeri sembilan akan di tentukan kemudian.


#Kitagempur

#ltl


Iswardy Morni



BIASISWA JPA TERHADAP PROGAM DOKTOR FARMASI DITERUSKAN....


 

ADAKAH MUKHRIZ YANG GAGAL NAK DILANTIK.


 

Indian leaders must be united to resolve community's issues, says PM



Speaking at the Indian Community Education Development and Future Masterplan programme in Shah Alam on Saturday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said Indian leaders in the country must be united if they want to resolve issues faced by the community in the country..

He said although the call was not new, he urged leaders to unite under one umbrella for a stronger front.

KALAU NAK IKUT SEJARAH...JOHOR AMBIK SINGAPURA. BRUNEI TUNTUT SARAWAK.


 

SAYA BAB HASIL KENA MINTA PADA YANG KAYA KAYA. ORANG SUSAH BAYAR, ORANG KAYA TAK MAU BAYAR. TAK AYAR SPRM PI IKUT.


 

MEMBONGAK LA EHH