AHLI UMNO JUMPA AZMIN GUGUR NAMA PRU15.



Tanpa menyebut nama secara khusus, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pemimpin parti itu yang cuba berpaling tadah tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU akan datang.
Mereka itu, berdasarkan perkembangan semasa, pastilah antaranya adalah 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa secara sulit dan tanpa pengetahuan parti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, baru-baru ini.
Termasuk dalam 17 Ahli Parlimen UMNO itu ialah Hishammuddin Hussein, bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Pertahanan serta merupakan sepupu kepada Najib Razak.
Menggelar pemimpin berkenaan sebagai ‘reptilia melompat’, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka apabila sampai waktunya.
Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN mengingatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk tidak memilih mereka sebagai calon pada PRU akan datang.
“Sewaktu kita diuji, kita mahu lihat siapa yang melompat. Jangan lupa saya memerhati.
“Jangan lupa kuasa menandatangani watikah untuk jadi calon adalah di tangan saya selaku Pengerusi BN.
“Ya, sekarang saya tidak ambil tindakan. Tiba masanya jangan harap saya akan tandatangani watikah untuk mereka yang tidak setia kepada parti,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA kali ke-66 di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini 17 Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan diketuai Hishammuddin telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Azmin kediamannya yang kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya.
Tun Mahathir Mohamad, sebagaimana yang diberitahu Azmin kepadanya, memaklumkan mereka itu sedang menimbang untuk keluar UMNO kerana melihat parti itu sudah hilang arah tuju.
Majoriti kumpulan 17 tersebut kemudiannya menafikan kenyataan Tun Mahathir itu dengan sebahagiannya mendedahkan, merekalah sebaliknya yang mengajak Azmin agar menyertai UMNO.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman yang turut pergi ke rumah Azmin berkata, perjumpaan hanyalah berkaitan permohonan projek-projek pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing, sambil Timbalan Presiden PKR itu didakwa menasihati mereka agar terus kekal serta setia bersama UMNO.
Yang mana satu betul berhubung perjumpaan itu tidaklah diketahui, tetapi banyak perkhabaran menyatakan ia lebih bertujuan sebagai percubaan Azmin menyelamatkan dirinya dengan berselindung di sebalik usaha mengekalkan khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga ke hujung penggal.
Yang nyata, dengan bayangan yang diberi oleh Zahid Hamidi hari ini, jelas bahawa perjumpaan di rumah Azmin itu lebih bermotifkan politik berbanding permohonan projek.
Juga tidak masuk akal mereka mengajak Azmin menyertai UMNO kerana perjumpaan itu pun tanpa pengetahuan UMNO dan hanya Zahid Hamid yang berhak berbuat demikian.
Jika tidak, mengapa Zahid Hamidi berani membayangkan mereka itu, termasuk Hishammuddin, bakal tidak akan dijadikan calon lagi dalam PRU akan datang? (ShahbudinHusin 01/12/2019)

*45 PENIPUAN DAN FITNAH PAS SEJAK BERKAWAN DENGAN UMNOBN -ISMA-IKSIM*

*LATEST UPDATE BY KKAKK*

*45 PENIPUAN DAN FITNAH PAS SEJAK BERKAWAN DENGAN UMNOBN -ISMA-IKSIM*

*✍🏿 Pencapaian Umno Dan Pas Sebagai Pembangkang.*

1. Fitnah bila PH berkuasa, *Lim Kit Siang Jadi PM*

Sebaliknya PM masih orang Melayu dan beragama Islam malah TPM juga wanita Islam pertama menjawat jawatan kedua tertinggi dalam Persekutuan Malaysia.

2. Fitnah *Jakim Nak Tutup*.

Sebaliknya Jakim makin diperkasa dan ditambah baik peranan serta bidang kuasanya.

3. Fitnah *MARA Hendak Dibuka Kepada Semua Kaum* .

Sebaliknya MARA kekal di bawah entiti Melayu di bawah menteri Melayu (Rina Mohd Harun).

4. Fitnah MRSM Hendak Ditukar Nama.

Sebaliknya kerajaan Kelantan pula guna bahasa penjajah, dulu tanah tinggi Lojing sekarang jadi Lojing Highlands.

5. Fitnah *Tahfiz Nak ditutup* .

Sebaliknya Menteri di JPM (Agama) terus beri bantuan tahunan dan akan ditambah.

6. Fitnah Menteri/PH Sokong/Iktiraf LGBT.

Sebaliknya PH mendekati mereka bagi memberi pendidikan dan dakwah, bukan mengiktiraf mereka.

7. Fitnah Malaysia Nak Jadi Negara Kristian.

Sebaliknya Agong sendiri murka fitnah yang cuba memalukan kerajaan Baginda yang kekal memartabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

8. Fitnah Agong Tidak Setuju Pelantikan Peguam Negara.

Sebaliknya malam mereka buat ‘solat hajat’, Agong dah perkenan pelantikan Tommy Thomas untuk dua tahun.

9. Fitnah PH Nak Hapuskan Kuasa RAJA MELAYU.

Sebaliknya Raja Melayu kekal bersemayam di istana dan kuasa mereka dikekalkan menurut perlembagaan.

10. Fitnah Seorang Walauntit, Dr. Ilyani Dikenakan Tindakan Tatatertib. 

Sebaliknya tiada tindakan dikenakan malah Ilyani sendiri yang mohon bercuti mungkin kerana malu sendiri.

11. Fitnah menteri pakai baju komunis. 

Sebaliknya itu antara pakaian resmi Kementerian Pertahanan. 

12. Fitnah harga tong gas naik. 

Sebaliknya yg naik ialah untuk harga penghantaran gas Petronas ke rumah. 

13. Tuduh Menteri Kewangan buat fitnah. 

Sebaliknya bila ditunjukkan surat permohonan dari Kerajaan Kelantan sendiri tertulis mohon bantuan untuk elakkan kelewatan bayar gaji. Lebai diam. 

14. Tuduh DAP menguasai Kerajaan. 

Hakikatnya jumlah Menteri Melayu ialah 16, Timbalan Menteri Melayu ialah 15. Manakala Menteri bukan Melayu ialah 10 dan Timbalan Menteri Bukan Melayu ialah 8 sahaja. Lebai kencing lagiiihhh. 

15. Tuduh DAP nak hapuskan Islam

Apa yg berlaku Menteri DAP Teo Nie Ching berkata KPM sedang mengkaji pelaksanaan tulisan Jawi dalam peperiksaan PT3 dan SPM. 

16. Lebai tuduh kerajaan nak hapus tahfiz dan sekolah pondok. 

Hakikatnya Menteri AGAMA dah mengumumkan *DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA*. Diumumkan juga peruntukan *TERUS* ke sekolah tahfiz dan sekolah pondok. 

17. Lebai tuduh peruntukan untuk sekolah Melayu sedikit. 

Hakikatnya peruntukan untuk sekolah Melayu termasuk MRSM, Sekolah asrama penuh, sekolah agama, SABK jauh 4~5 kali ganda lebih banyak dari sekolah lain. 

18. Lebai tuduh kereta mewah 1.5 cc pun dapat subsidi petrol 

Hakikatnya LGE kata kereta mewah bawah 1.5cc *JANGAN MIMPI NAK DAPAT SUBSIDI PETROL*

19. Lebai tuduh Melayu dan bumiputera diabaikan. 

Hakikatnya belanjawan meluluskan berbilion untuk Melayu dan bumiputera. 2 billion untuk pinjaman dan biasiswa pelajaran BUMIPUTERA SAHAJA. 

20. Isu DAP... ini kejahilan memahami tahaluf siyasi/ political coalition/persefahaman parti politik..... Dulu dalam BN ramai juga menteri Non Malay.... Waktu itu UMNO-PAS-ISMA-IKSIM tak kecoh pun...

21. Isu mara /tanah Melayu dan segala bagai... Kerajaan lalu dah merosakkan dengan kehilangan terlalu banyak tanah rizab Melayu dan ketirisan duit dalam Mara... Melayu sendiri merosakkan Melayu...

22. Projek Cina yg hutang jauh lebih besar dari jumlah projek sebenar yang akan membawa negara ke lembah hutang yg teruk .

23. Pelabur yg keluar ialah pelabur yg terlibat dgn Kerajaan  Umno BN Najib sahaja. Sekarang pelabur kerajaan baru/Tun Mahathir pula yg mula masuk. Bukan isu besar pun. 

24. Hutang negara memang 1 Trillion... Tanpa khilaf... Terlalu banyak penerangan yg telah dibuat oleh pimpinan kerajaan. Hanya penyokong UMNO-PAS-ISMA-IKSIM yg degil tidak mahu memahami dan menerima hakikat.

25. Isu GST... GST kutip 44B....SST kutip 20B....maknanya rakyat dapat berjimat 24B.... Susah sangat ka nak faham yg mana lebih baik untuk rakyat??? ...

26. Nak pergi haji kena simpan duit sendiri la bukan tunggu bantuan kerajaan. Siapa kata kuota haji turun. Ini penipuan disiang hari oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM .

27. *SEKARANG LEBAI NAK MENIPU ISU ICERD PULAK* Kekeke.....Akhirnya Kerajaan dan Kabinet sudah buat keputusan menolak ICERD. 

28. *LEBAI fitnah gambar 2 orang budak penunggang motosikal dibelasah di depan kuil Seafield* ...... Hakikatnya gambar adalah kemalangan motosikal di Kulai Johor

29. *LEBAI FITNAH TUDUH Tun Mahathir mengatakan angel/malaikat pun buat silap*......hakikatnya yg dimaksudkan oleh Tun bukan malaikat tapi merujuk kepada orang baik2. 

30. *LEBAI fitnah hina cerca tuduh Mujahid usung keranda kafir harbi*....hakikatnya itu adalah gambar lama Mujahid mengusung keranda ahli DHPP dari PAS yg meninggal suatu waktu dulu

31. *LEBAI fitnah Tabung Haji diletakkan dibawah MOF/LIM GUAN ENG, maka habislah Tabung Haji akan dikawal oleh Cina DAP dan banyak anak syarikat Tabung Haji akan dijual kepada Cina*......Hakikatnya pembohongan merapu lagi merepek ni amat memualkan. Di luar sana, Keseluruhan bank dalam negara ini pun diletakkan dibawah *KAWAL SELIA* Bank Negara. 

32. *LEBAI fitnah DAP akan ubah silibus pelajaran Sejarah*..... Hakikatnya semakan silibus itu sudah bermula sejak 2017...amat mustahil menteri masuk campur dan meletakkan orang DAP pula di dalam jawatankuasa panel pakar tersebut. 

33. *LEBAI fitnah 4 orang DAP dimasukkan oleh Lim Guan Eng sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH BANK ISLAM*...... Hakikatnya bila disiasat berita ini *ADALAH JELAS* termasuk dalam siri pembohongan dan fitnah UMNO-PAS-ISMA-IKSIM. 

34. FITNAH kerajaan beri bantuan banyak kepada sekolah Cina.. Hakikatnya bantuan untuk Cina/Non muslim tak sampai pun 20 %

35. Fitnah Mat Sabu naik helikopter ke PRK Cameron Highland. Hakikatnya itu gambar lama sebelum PRK

36. Fitnah kononnya Mufti Perlis kata duit pencen HARAM. Hakikatnya pembohongan UMNO-PAS-ISMA-IKSIM 

37. Fitnah kononnya Teresa Kok tak setuju Islam jadi agama persekutuan. Gambar edit di viral oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM 

38. Fitnah ada nya lantikan pimpinan dari kaum Cina dan India ke *MARA*... Hakikatnya telah dinafikan oleh Menteri Rina Harun. 

39. Fitnah Menteri akan pasang smoke detector dalam tandas disebabkan ramai merokok dalam tandas.... Hakikatnya itu semua baru peringkat cadangan kerana melibatkan kos yg besar jika dilaksanakan diseluruh tandas dalam negara ini. 

40. Video rakaman seorang yg menghukum menteri atas 1 kes wanita yg dihukum merokok.... Hakikatnya kes perempuan itu berlaku pada tahun 2017 yakni zaman kerajaan Umno BN Najib yg mana Pas waktu itu *MASIH BERCUMBU RAYUAN DENGAN UMNO DALAM GELAP*

41. Fitnah kononnya 2 pimpinan/ADUN PKR Pahang ~ seorang Melayu dan seorang CINA... bergaduh dan bertumbuk.... Hakikatnya FITNAH... Mereka berdua sudah buat laporan polis atas FITNAH dan PEMBOHONGAN berita pembangkang yg amat jahat yg jauh dari panduan Agama. 

42. Seorang pengundi PAS di Cameron yg VIRALKAN video ucapan nya selepas mengundi BN menuduh PH di belakang nya adalah Yahudi/Israel..... Hakikatnya fitnah dan pembohongan... Kita nak tanya... Adakah Nik Abduh yg mengaku punya ramai kawan CIA maka bermakna pimpinan Pas dan PAS sudah termasuk perangkap Amerika/Yahudi/Zionis/Israel??? 

43. Fitnah Najib yg kemudian di sebarkan Umno-PAS kononnya *KADAR MAKANAN DI SEKOLAH ASRAMA DIKURANGKAN*.... Hakikatnya berita Najib itu adalah penipuan bersiri Umno-PAS yg telah dinafikan dengan kerasnya oleh Menteri Pendidikan. 

44. Fitnah kononnya 6 MP Umno akan masuk balik BN, 8 MP PH dan Azmin bawa 20 orang lagi..... Untuk tumbang kan kerajaan PH.... Hakikatnya inilah *KHAYALAN BERSIRI* UMNO-PAS-ISMA-IKSIM untuk menjalankan perang saraf... Di kalangan MP PH.. Semua kuat dan bersemangat mempertahankan kerajaan PH dan terus bekerja di kuat di posisi masing2x.... 

45. Fitnah kononnya kerajaan PH memulakan skim pinjaman Cina PKS oleh BSN...... Hakikatnya skim ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi iaitu di waktu *Umno-PAS masih berkasih mesra bercengkarama dalam gelap*

Selebihnya, tanya laa walaun dan macai...

*Maka, pencapaian Umno dan Pas ialah 100% dalam membawa FITNAH dan ADU DOMBA.*

*Gred A++ 👍👍👍*

*Nota: Selamat pengantin baru Umno-PAS~Gabungan Nasional~GANAS*

*SEBARKAN*

*KKAKK*

PELIKLAH



Oleh Mohd Sayuti Omar ( MSO )

Pelik dan aneh orang yang melawan dan sengaja melawan Anwar Ibrahim menganggap dirinya hero. Padahal mereka lupa kelahiran mereka sebagai hero dan jaguh itu adalah hasil dari cetus perjuangan Anwar.

Saya tidak mahu bertanya di mana anda kalau tanpa mengarusi perjuangan Reformasi. Bukankah anda yang sengaja melupa asal usul itu boleh dianggap pengkhianat atau tidak mengenang budi. 

Sepatutnya semua orang memusuhi dan membenci Anwar selepas mereka mendapat sedikit nikmat menyedari asal mula mereka bersama Anwar dahulu atas satu nawaitu untuk memperjuangkan nasib rakyat dan bukan diri sendiri.

Jika anda mengenang itu tentu anda tidak tergamak melupai jasa dan budi Anwar yang meletakkan anda dalam kancah perjuangan seperti hari ini. 

Saya yakin dan percaya Anwar tidak pun memaksa anda memuja dan mengkeramatkan dia, tetapi cukup kalau anda tidak melawannya setelah agenda perjuangan demi rakyat hampir berjaya. Trims.

MPP KEADILAN Memperakukan Syor SPRM Dengan Memecat Zakaria Abdul Hamid dan Ismail Dulhadi

KENYATAAN MEDIA

MPP KEADILAN Memperakukan Syor SPRM Dengan Memecat Zakaria Abdul Hamid dan Ismail Dulhadi

Pada 23 Oktober 2019, satu surat serta laporan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, YB Dato’ Ahmad Kassim. Laporan tersebut telah memperincikan hasil siasatan lengkap terhadap dua individu, iaitu Zakaria bin Abdul Hamid (mantan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Cabang Bera) dan Ismail bin Dulhadi (anggota KEADILAN). Siasatan itu adalah berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh Syukri Razab, Setiausaha AMK, pada 25 September 2018, yang mendakwa dua individu tersebut telah membuat satu perjumpaan bersama ketua-ketua ranting KEADILAN Cabang Bera.

SPRM telah mendapati bahawa Zakaria telah memberitahu hadirin di pertemuan itu berkenaan peruntukan RM300,000 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan meminta setiap ketua ranting menyediakan kertas kerja bagi projek kecil bernilai RM20,000. Beliau turut memberitahu yang hadir untuk mengambil keuntungan RM2,000 ke RM3,000 bagi setiap projek.

Ismail pula telah didapati menyerahkan senarai nama kontraktor yang terdiri daripada mereka yang hadir itu kepada Majlis Daerah Bera. Apabila disiasat SPRM, pegawai Majlis Daerah Bera mengakui senarai yang dikemukakan Ismail mempengaruhi dirinya sewaktu membuat pilihan kontraktor.

SPRM mendapati bahawa tindakan Zakaria meminta ketua ranting mengambil keuntungan peribadi bagi projek adalah satu kesalahan. SPRM turun mendapati tindakan Ismail memberi senarai nama kontraktor itu adalah satu kesalahan.

Akhirnya, mengambil kira kepentingan awam, Timbalan Pendakwa Raya SPRM telah memperakukan agar tindakan tatatertib diambil parti terhadap kedua-dua individu tersebut.

Kesemua fakta ini telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, YB Dato’ Ahmad Kassim kepada Majlis Pimpinan Pusat pada 24 November 2019, dengan cadangan tindakan tatatertib iaitu dua anggota tersebut dipecat. 

Setelah mempertimbang semua fakta, dapatan dan hasil siasatan mendalam pihak SPRM beserta perakuan tegas Timbalan Pendakwa Raya SPRM, MPP telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan Lembaga Disiplin untuk memecat dua individu tersebut.

KEADILAN mengulangi kesungguhan parti menolak sepenuhnya amalan rasuah, seiring komitmen Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang ingin menzahirkan Malaysia Bersih dan bebas rasuah.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

1 Disember 2019

AUTA/FAKTA EKONOMI NEGARA MERUDUM..


Moh Shah Rim

Sebenar benarnya..pembangkang berjaya dalam perang persepsi tahap AAA...kenapa aku tulis macam tu.??  Huraiannya dibawah ini..

AUTA/FAKTA
EKONOMI NEGARA MERUDUM..

Pertumbuhan ekonomi negara pada jajaran 4.7% - 4.9% adalah sihat, walaupun hadir tekanan dari perang tarif antara USA dan Cina yang merupakan dua rakan dagang utama negara.. Malah menurut laporan CEOWORLD Magazine, Malaysia dinobatkan  sebagai negara terbaik  untuk pelaburan dan menjalankan perniagaan bagi 2019 dari 67 buah negara lain didunia..

Jengok pula, iklim dan suhu ekonomi tempatan, kemampuan berbelanja rakyat tidak berkurangan, Hypermarket sentiasa dipenuhi pelanggan, harga barangan indeks utama (CPI) yang menjadi penanda aras kadar inflasi dan barangan stabil..walaupun berlaku kenaikan 1.5% tetapi  tidak mencerminkan kelesuan ekonomi sebaliknya indikator yang positif.

Inflasi kekal rendah..pada jajaran  0.5% - 1.5% , kadar yang paling rendah didunia berbanding negara membangun yang lain..walaupun memang ada impak negatif kerana kadar  Inflasi yang rendah tapi lebih banyak kebaikannya berbanding Inflasi yang tidak terkawal yang meningkatkan kos sara hidup dan mengurangkan kualiti hidup..

Barangan mahal, rakyat tak mampu berbelanja..duit tidak ada, makan nasi putih saja..

Masa bila plak harga barang mahal sehingga rakyat tak mampu beli..??  Jika kau nak beli barangan berjenama memanglah mahal, tapi jika barangan makanan dan minuman, harga berubah mengikut lokasi, tapi tidaklah sampai harga itu tak masuk akal..peniaga masih berfikiran waras... kisah keluarga miskin tak makan ni, sejak dulu lagi, bukan saja di era PH , masuk METRO, Sinar Harian, keluarga hidup menumpang di kandang kambing - Kelantan kerana kemiskinan, dan tak lama kemudian, berpuluh puluh NGO, badan amal, agensi kerajaan pusat dan negeri meluru luru membantu..

Kerajaan diurustadbir dengan baik, tetapi kerajaan gagal mengambil tindakan sewajarnya pada penularan fitnah dan persepsi negatif yang dijaja pembangkang..

Ni, aku sentuh part ekonomi, bukan Manifesto PH.. kena jelas dan clear..

BARU SEBULAN TOLONG MCA, MELAYU KENA KENCING?

JAWAPAN MENTERI KEPADA PECACAI



Jawapan Tim Menteri kpd pencacai dan walaun pasmno yg selalu spin dan putar belit fakta..Terimalah hakikat yg pasmno mmg tdk mesra OKU,warga emas dan kanak2.. Penolakan Bajet Tambahan Utk golongan2 itu SAMALAH MEMBENCI GOLONGAN TERSEBUT..

INI JAWAPAN TIMBALAN MENTERI HANNAH YEOH:

Selepas saya membuat sidang media membacakan senarai nama Ahli Parlimen BN + PAS yang tidak menyokong peruntukan Kementerian kami, saya melihat ramai penyokong BN sibuk melakukan damage control apabila cuba mengalih perhatian umum dengan memainkan isu ketidakhadiran Ahli Parlimen PH di dalam Parlimen. Biar saya menjawab spin mereka:

(1) Kehadiran Ahli Parlimen Kerajaan + Pembangkang boleh dipertingkatkan. Kalau hendak mainkan isu senarai Ahli Parlimen yang tidak hadir pada malam itu - jangan kita lupa nama Najib Razak, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Hadi Awang, Tuan Ibrahim dan Wee Jeck Seng (yang baru dilantik untuk mewakili Tanjung Piai) juga.

(2) Tidak hadir ke dalam dewan tidak boleh disamakan dengan mereka 28 Ahli Parlimen BN + PAS yang hadir tetapi telah mengundi untuk TIDAK BERSETUJU dengan belanjawan Kementerian kami. Mereka ini secara terang-terangan telah mengundi tidak bersetuju dan cuba menggagalkan peruntukan untuk golongan miskin yang sangat memerlukannya.

(3) Ada juga 2 Ahli Parlimen GPS yang hadir tetapi memilih untuk berkecuali. Mereka ini lebih bijak berbanding 28 Ahli Parlimen BN + PAS. Mereka tidak menentang kerana mereka tahu ini adalah peruntukan untuk kebajikan.

(4) Ada juga penyokong BN yang mendakwa PH juga pernah mengundi tidak bersetuju dengan Belanjawan yang dibentangkan oleh BN zaman dulu. Itu adalah untuk KESELURUHAN Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Razak yang tidak dipercayai oleh rakyat (termasuk 1MDB dan gaya pentadbiran yang terbukti banyak pembaziran dan penyelewengan). Ini berbeza dengan malam 26 Nov yang lalu di mana peruntukan spesifik untuk bantuan kebajikan Kementerian kami telah ditolak secara bertulis oleh 28 Ahli Parlimen ini!

(5) Ada juga penyokong BN mengatakan mereka ini mengundi tidak setuju kerana mereka meminta peruntukan yang lebih tinggi. Walhal, tiada pertikaian fundamental tentang peruntukan yang telah dibentangkan semasa perbahasan. Inilah masalahnya apabila mereka tidak membaca buku Belanjawan 2020 dan hanya berminat main politik sahaja. Kementerian kami telah menerima kenaikan 4.44% untuk Belanjawan 2020 berbanding tahun lepas. Ini adalah penambahan sebanyak RM105,036,090 untuk golongan sasar kami. Itu pun ada yang tak nak sokong?

Jadi nasihat saya, terimalah hakikatnya bahawa selama-lamanya 28 Ahli Parlimen BN + PAS ini telah mengundi TIDAK BERSETUJU peruntukan untuk kebajikan. Ini adalah fakta. Itu adalah hakikatnya. Nama mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan peruntukan kebajikan untuk orang miskin yang sangat memerlukan. Spin tahap mana pun tidak dapat mengubah hansard pada malam itu.

Hannah Yeoh

TETAPKAN TARIKH SERAH KUASA DAN KRISIS AKAN SELESAI



Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan, semakin hari krisis yang berlaku dalam PKR ternampak lebih mempunyai satu tujuan – menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
Tetapi, jika diimbas detik awal sejak PH menang PRU14 lalu di mana Azmin Ali terus dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan dalam kabinet walaupun namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR kerana ketika itu sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor dan sekarang beliaulah yang menjadi punca krisis dan kuat mahukan Tun Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal, sukar untuk menolak bahawa semua ini adalah perancangan halus yang sengaja dicatur Perdana Menteri.
Sebab itulah juga sehingga kini Tun Mahathir masih berdolak-dalik mengenai tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, meskipun sebelum PRU14 pernah berjanji mahu memegangnya selama dua tahun saja.
Jika tempoh memegang jawatan pun sukar mahu beliau putuskan, menetapkan tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar tentulah lebih sukar lagi bagi Tun Mahathir melakukannya, walaupun sebelum ini bersetuju agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.
Sementara Majlis Presiden PH bermesyuarat hampir setiap bulan, malangnya sehingga ini isu penetapan tarikh peralihan kuasa belum lagi dijadikan agenda mesyuarat.
Dalam hal ini, tidak sedikit masyarakat umum membuat kesimpulan bahawa Tun Mahathir bukan saja mencatur pergolakan dalam PKR, malah tidak pernah ikhlas terhadap Anwar sebagaimana Presiden PKR itu sentiasa bersikap pemaaf dan menerima baik kehadiran Tun Mahathir dalam PH.
Sebaik saja kuasa dalam genggaman, Tun Mahathir tidak membuang masa untuk mencatur pergolakan dalam PKR dengan menjadikan Azmin sebagai umpannya.
Sama ada Azmin sedar atau tidak, umum percaya beliau sebenarnya tidak lebih seolah-olah alat yang sedang diperalatkan oleh Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan mengekang Anwar.
Ibarat habis madu sepah dibuang, itulah nasib Azmin selepas ini.
Dengan menjadi kumpulan serpihan kecil yang tidak mampu menandingi kekuatan Anwar, di samping kes “video Haziq” yang sedang dihadapinya, Azmin tidak akan ke mana-mana dan boleh dikata tiada masa depan lagi.
Masa depannya hanya ada selagi Tun Mahathir mampu melindunginya.
Bagaimanapun, dengan paparan yang terang dan jelas dalam paparan video yang dikaitkan itu dan terlalu sukar untuk dinafikan, terus melindungi Azmin hanya akan menjadi beban kepada Tun Mahathir sendiri.
Oleh itu, lebih lama Azmin dilindungi, lebih banyak kemerosotan sokongan akan diterima Tun Mahathir dan PH seluruhnya.
Mahu tidak mahu, Tun Mahathir kini mesti sedar dan tiada pilihan lain selain wajib segera kembali kepada janji asalnya iaitu hanya dua tahun saja menjadi Perdana Menteri.
Tun Mahathir, melalui mesyuarat Majlis Presiden PH, mesti dalam tempoh terdekat ini menetapkan tarikh pengunduran untuk seterusnya Anwar mengambil alih teraju kepimpinan negara daripadanya.
Hanya dengan menetapkan tarikh serah kuasa saja dapat mengakhiri krisis Azmin – Anwar dalam PKR ini.
Selepas disahkan tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri, Azmin pasti tiada selera lagi untuk terus berbalah dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu atau berani ponteng mesyuarat PKR lagi sepertimana sekarang.
Pilihan Azmin selepas adanya tarikh serah kuasa hanya dua – akur dengan kepimpinan Anwar menerajui PKR, sekurang-kurangnya sehingga pemilihan seterusnya dan menerima kedudukan Presiden PKR itu sebagai bakal PM8 atau jika masih berhati batu – tinggal dan keluar saja daripada parti itu.
Begitu dengan para penyokong Azmin, pilihan mereka juga sama ada akur dengan kepimpinan Anwar dan kekal dalam parti atau keluar mencari haluan lain.
Dengan itu, apa juga pilihan Azmin dan penyokong beliau seterusnya, ia tidak lagi menggugat PKR sebagai parti paling besar dalam PH.
Namun demikian, semua ini hanya akan menjadi kenyataan jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas terhadap Anwar, ikhlas mahu krisis PKR berakhir dan ikhlas mahu melihat PH terus stabil serta mampu menang lagi pada PRU15 nanti. (01/12/2019)

TIADA PERKATAAN ‘ANWAR PERLU MINTA MAAF’ DALAM DRAF AWAL

KEPADA DONG ZONG: KETEPI KEPENTINGAN DIRI DEMI PERPADUAN

LAPANGAN TERBANG BARU DI PAPAR, SABAH

PENYOKONG AZMIN DICABAR TUBUH PARTI BARU

*TENDER DIBEKUKAN, KARTEL UMNO-BN MULA MEROYAN*



Mohd Afendi Abas.

(Setelah kita siasat dengan pegawai KPM, ini cerita sebenarnya)

Berpuluh tahun mereka bermaharajalela. Tukar kerajaan pun, sistem tu mereka dah masak dah.

Dari tender kantin sampailah tender buku teks, mereka sapu bersih. Nama syarikat macam-macam, tapi belakangnya orang yang sama.

Sebab tu kita tengok sampai sekarang, media masih mereka pegang. Walaupun akaun UMNO-BN dibekukan, mereka tetap boleh bergerak laju. Sebab apa tuan-tuan?

Sebab wang masih berkepul-kepul keluar. Hari-hari kerajaan kena fitnah, kena putar belit. Dari mana datang benda ni kalau tak ada fund besar?

Lama jugalah nak faham taktik mereka. Tapi kali ini dah masuk perangkap.

*Selepas kantoi semua syarikat yang dapat tender lebih RM2 bilion, pengurusan tertinggi KPM terus bertindak bekukan tender ni serta-merta.*

Hari ini, meroyanlah puak-puak ni.

Yang paling menarik, kali ini kita juga dah dapat tangkap siapa pegawai di perolehan yang selama ini jadi pencacai manipulasikan hal-hal teknikal untuk pastikan syarikat-syarikat kartel ni menang.

Prosedurnya mereka tahu. Setiap pemilihan ada Jawatankuasa Khas yang pantau. Bila sampai ke mesyuarat JK mulalah mereka pening sebab ini mereka susah nak pegang. KPM dah rombak habis JK ni.

Semasa mesyuarat di hotel (kita tahu di mana meeting tu) untuk tentukan siapa yang dapat tender ni, pegawai yang bertugas sudah simpan senarai syarikat yang menang dalam CD dan Pendrive.

*Tapi bila sampai ke lembaga KPM, senarai ni berubah.*

Tapi rupanya bila semak balik senarai itu dan tup-tup, semuanya bertukar.

Rupa-rupanya, senarai pemenang tender berbeza dengan senarai pemenang sebenar yang telah dipilih di mesyuarat teknikal. Setelah disiasat, ada orang yang menukar senarai tanpa pengetahuan ahli lembaga pemilihan tender.

Tapi bila dah kantoi, pegawai bawah ni mulalah guna alasan macam-macam untuk pastikan KPM teruskan juga tender ni. Ada dari kalangan mereka yang sanggup kena tukar asalkan tender diteruskan.

Sebab apa tuan-tuan? Inilah yang ‘fishy-nya’.

Bila disiasat, pegawai ni (yang selalu bertopi jumpa dengan kontraktor-kontraktor besar untuk berurusan) rupanya dah dibayar untuk pastikan kartel ni dapat. Bila terkantoi, orang dah jerut tengkok, padanlah muka.

*Sekarang ni mereka tengah pening sebab duit dah habis keluar merasuah sana-sini tapi apa satu pun tak dapat.*

ANWAR DAKWA TANDATANGAN DIMANIPULASI



Anwar berkata tidak akan  melayan tuntutan mohon maaf dan kenyataan bersama yang ditandatangani 20 pemimpin parti itu  yang mengandungi desakan yang boleh dipertikaikan.

Beliau mendakwa dua pemimpin yang menandatangani kenyataan itu, naib presiden Tian Chua dan anggota MPP R Sivarasa, kini mempertikai sebahagian kandungannya.

"Mereka tak setuju bahagian yang meminta saya memohon maaf atas pemecatan Zakaria. Bahagian itu tiada dalam draf.

"Ini bermakna ada sesuatu yang memanipulasi surat itu kerana surat itu tidak betul seluruhnya," katanya ketika sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Ditanya berkenaan siapakah yang memanipulasi kenyataan itu, Anwar berkata: "Saya tak tahu tapi timbalan presiden yang tandatangan."

"Kenyataan perlu dipersetujui semua tetapi ada bahagian yang tiada dalam draf. Biar mereka jelaskan perkara itu dulu," katanya lagi.

Anwar juga berkata beliau terbuka jika lembaga disiplin PKR ingin menilai semula pemecatan Zakaria, kerana ia adalah hak yang dimiliki semua anggota parti.

"Lebih baik Zakaria membuat rayuannya sendiri terhadap pemecatannya," katanya lagi.

Katanya lagi, isu itu bukan persoalan politik atau pergeseran antara kem tetapi PKR ialah sebuah parti yang berasaskan dasar reformasi, termasuk melawan rasuah.


PAK AJI TERKEJUT BILA KE MARKET



Oleh : Muhammad Yahaya.
Malam ni pak aji pegi shopping barang dapur kat Aeon Rawang...

Terkejut, harga minyak masak jenama Saji 5 liter...harga turun jadi RM 16.99... sebelum ni masa zaman Najib, RM 24.00...

Lps tu beli minyak sunflower jenama Natural 3.3 liter...sebelum ni pak aji ingat, harga minyak tu RM 22.00, skrg dh tinggal RM 18.00...

Beli pulak Koko crunch... kotak besar, dulu RM 16.80, skrg tinggal RM 15.40... bila dah beli koko crunch, kena beli susu full cream Dutch Lady...dulu harga biasa RM 6.59...mlm ni tengok harga RM 4.99...

Ehhhh....betul lah kerajaan PH ni membebankan rakyat... Bayar RM 100, mcm2 benda kena pikul bwk balik.... berbanding zaman Najib dulu...bayar 100 hinggit, sikit jer kena pikul...

Kat mana lg ada PRK yer... pak aji tak sabar nak undi BN...😜😎😎😎

LEBAI TUTUP RESTORAN, PH DIPERSALAHKAN?