KASIHANILAH MEREKA INI.REKOD HAK ASASI KEMANUSIAAN MALAYSIA MASIH DITAHAP BURUK






Gambar-gambar ini dan beberapa lagi mungkin akan menjadikan kita rakyat Malaysia merasakan bahawa hak asasi manusia di negara kita begitu teruk.Namun gambar in mungkin antara yang menjadi bahan betapa desakan dan tekanan harus di berikan kerana ianya bukan sahaja di lihat tidak sepatutnya berlaku, malahan haruslah di insafi kita tidak seharusnya melakukan perbuatan ini atas dasar perikemanusiaan.
Kasihanilah keluarga ini kerana ianya bukan sahaja akan menjatuhkan imej pihak berkuasa, namun ianya juga menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional yang pernah dituduh zalim.Mana mungkin jika ianya berterusan pihak pemerintah dapat membaikpulih imej dan ini sudah tentulah sukar bagi pihak pemerintah ntuk membaik pulih sistem yang koyak rabak di sana sini.Untuk membetulkan disana, ianya koyak di sini. Maka kerana itu saranan beberapa cerdik pandai bahawa satu rombakan yang menyeluruh harus di lakukan oleh Umno/Bn untuk mengembalikan zaman kegemilangan meraka sebagai pemerintah yang di sukai.


Ianya mungkin sukar untuk dilakukan?????





YB HAMDAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN


Permatang Pauh-YB Hamdan menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada mangsa kebakaran di kampung Tok Panjang.Sumbangan di sampaikan kepada Ibrahim b Othman.Sumbangan di terima oleh anakanda beliau Pn Syarifah Bt Ibrahim.Baru-baru ini satu kebakaran berlaku di mana rumah keluarga En Ibrahim dan kerugian dianggarkan sebanyak 80,000.

SATU LAGI BERITA LUCON


SPRM bantu pulihkan UMNO


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin UMNO berhubung politik wang akan membantu memulihkan imej parti itu.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi melihatnya sebagai sesuatu yang positif, ketika imej UMNO semakin tidak disenangi ramai.

"Tindakan tegas SPRM itu membantu mengembalikan kepercayaan umum. Ia membuktikan kerajaan dan UMNO telus membanteras rasuah," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam politik wang.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo memberitahu, Lembaga Disiplin UMNO perlu meneliti kes politik wang membabitkan ahli-ahlinya sebelum ia diserahkan kepada SPRM.

"Jika individu berkenaan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin barulah mereka diserahkan kepada SPRM untuk didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Berbeza dengan Mohd. Puad dan Mohd. Khir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee pula mahu skop siasatan SPRM diperluaskan daripada tertumpu kepada UMNO saja.

Beliau memberitahu, siasatan SPRM juga perlu adil agar masyarakat tidak menyalah tafsir dan berpandangan serong terhadap UMNO.

"Masalahnya, SPRM hanya tertumpu kepada UMNO seolah- olah parti ini saja yang korup sedangkan gejala rasuah membabitkan banyak pihak termasuk agensi kerajaan," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, SPRM perlu memastikan individu yang bakal didakwa benar-benar bersalah.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Kulai, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, dalam politik tiada individu yang benar-benar bebas daripada perbuatan memberi wang.

Bagaimanapun, katanya, ia dibezakan sama ada ia berbentuk sumbangan atau meraih undi.


Jika generasi kini membaca berita sebegini ianya bukan sahaja akan merosak kan UMNO malah menjadi bahan lelucon orang ramai dan rakyat marhaen.mana mungkin satu badan yang lain menolong badan yang lain sedangkan 800 aduan belum selesai diambil tindakan.Ada berapa suruhanjaya yang masih gagal berfungsi dengan sejujur-jujurnya.