Kenapa LRT Penang tak tender terbuka? – MOT tampil jawab dakwaan ‘projek kroni’


 


Kementerian Pengangkutan (MOT) tampil menjelaskan dakwaan tular kononnya kontrak Pakej Pertama projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang diberikan secara rundingan terus tanpa proses telus.

Menurut MOT, penggunaan mekanisme Single-Sourcing Request for Proposal (RFP) dibuat atas pertimbangan teknikal dan perundangan selepas Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek itu daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2024.

Kementerian menjelaskan projek tersebut pada asalnya merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang diuruskan kerajaan negeri dengan SRS Consortium dilantik sebagai Project Delivery Partner (PDP) menerusi tender terbuka sejak 2015.

Apabila kerajaan pusat mengambil alih pembiayaan dan pelaksanaan projek itu melalui MRT Corp, kerajaan tidak mempunyai obligasi kontrak secara langsung dengan SRS kerana perjanjian asal dibuat antara kerajaan negeri dan syarikat berkenaan.

“SRS Consortium telah terlibat sejak peringkat awal dan memiliki pengetahuan institusi serta teknikal yang mendalam berkaitan penjajaran landasan, kajian kejuruteraan, EIA, SIA dan Skim Kereta Api,” menurut kenyataan MOT hari ini.

Menurut kementerian itu, kesinambungan tersebut penting bagi mempercepat pelaksanaan projek pengangkutan awam yang sudah lama dinantikan rakyat Pulau Pinang.

MOT turut menegaskan bahawa mekanisme Single-Sourcing RFP tidak sama dengan rundingan terus biasa kerana ia tetap melalui proses penilaian menyeluruh.

“MRT Corp menjalankan penilaian kejuruteraan terperinci, semakan kos dan penilaian bebas oleh dua firma juruukur bahan berasingan,” katanya.

Proses rundingan kontrak itu dilaporkan berlangsung selama lapan bulan bermula April 2024 dan turut melalui proses Value Management Exercise pada April 2025 bagi memastikan pengoptimuman kos.

Hasil proses tersebut, jumlah kontrak muktamad ditetapkan sebanyak RM7.93 bilion.




Bersatu ambil serius kenyataan Hadi, mula cetus tekanan dalam PN?


 


Parti Bersatu mengakui kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dipandang serius dan akan dibincangkan secara mendalam oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata setiap isu yang dibangkitkan perlu diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan serta tanggungjawab bersama demi memastikan perpaduan gabungan PN terus diperkukuh.

“Kami berpandangan bahawa setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan Perikatan Nasional,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dilihat sebagai reaksi rasmi pertama Bersatu selepas Hadi sebelum ini secara terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap beberapa tindakan melibatkan Bersatu khususnya berkaitan kemelut politik di Negeri Sembilan dan Perlis.

Bersatu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi keras terhadap Pas, sebaliknya memilih pendekatan lebih berhati-hati dengan memaklumkan perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam masa terdekat.

Sejak beberapa hari lalu, hubungan antara Pas dan Bersatu menjadi perhatian selepas Hadi dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan.

Presiden Pas itu turut memberi bayangan bahawa parti berkenaan akan menilai semula beberapa aspek kerjasama bersama Bersatu dalam PN sekiranya isu berkaitan tidak diselesaikan dengan baik.

Situasi itu mula mencetuskan spekulasi mengenai ketegangan dalaman dalam gabungan pembangkang berkenaan, walaupun kedua-dua parti masih cuba menampilkan imej hubungan yang stabil di peringkat rasmi.

Dalam pada itu, tular di media sosial dan ramai yang meramalkan ekoran kenyataan tegas Hadi itu sudah mencetuskan tekanan kepada Perikatan Nasional(PN).



Pelawat, Pesakit Hospital Kuala Lumpur Terkejut Kehadiran PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Pelawat dan pengunjung Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dikejutkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan lawatan ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi lawatan yang dikongsikan di media sosial hari ini, Anwar turut berkesempatan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ambil kesempatan tinjau operasi di HKL hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.

“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja HKL yang berkhidmat dengan kesabaran dan ihsan menurut beberapa keping foto yang disertakan bersama hantaran itu.

“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar dan belas ihsan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” ujarnya.




Kenyataan Abdul Hadi Cara Pas ‘Cari Jalan’ Untuk Bersama ‘Reset’?

 


Pas sedang mempertimbangkan semula kerjasama dengan Bersatu, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pimpinan gabungan berkenaan selepas ‘kegagalan Langkah Bangkok’ tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketegangan dalam parti-parti politik Perikatan Nasional (PN) semakin ketara susulan kenyataan ‘keras’ Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyatakan mengenai ‘sabar ada batas’ selain mendakwa Pas sedang mempertimbangkan semula kerjasama dengan Bersatu, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pimpinan gabungan berkenaan.

Kenyataan tersebut, menurut sumber pemimpin Bersatu memberi isyarat bahawa mereka seolah-olah ‘merintis jalan’ untuk bersama dengan gerakan ‘Reset’ diketuai bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dan meninggalkan PN ‘tenggelam’ bersama Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

Rasa tidak puas hati itu mungkin tercetus kerana di saat Pas sedang ‘memperkuatkan’ kedudukannya dalam PN walaupun ‘menyingkirkan’ Hamzah dari kerusi Ketua Pembangkang, mereka sebenarnya lebih berminat untuk bersama Hamzah dan kira-kira 18 ahli parlimen Bersatu yang dipecat berbanding Muhyiddin yang sudah kehilangan ‘aura’ sejak 2022.

Bagaimanapun, percaturan tersebut semakin menjejaskan keyakinan penyokong PN sendiri selain menggugat semangat setiakawan dalam gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Ia dipercayai ada kaitan dengan pertemuan sulit dinamakan sebagai ‘Langkah Bangkok’ antara pemimpin Bersatu dan Pas dengan Umno tahun lalu tanpa pengetahuan Muhyiddin.

“Bersatu ambil tindakan pecat terhadap mereka yang pergi berjumpa Ahmad Zahid (Hamidi) di Bangkok kerana dianggap melanggar disiplin dan mengkhianati parti.

Dalam kekalutan Perikatan Nasional (PN) bercakaran mencari pengganti Hamzah yang ‘akhirnya’ ditemui, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencari jalan membantu rakyat walaupun menggunakan subsidi RM7 bilion bagi April 2026 tanpa mengira bila PRU16 diadakan. Foto Janaan AI

“Tetapi apa pula tindakan Pas terhadap Takiyuddin dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut dikaitkan dengan pertemuan itu?

“Bukankah tindakan pergi berjumpa Ahmad Zahid tanpa memaklumkan kepada Muhyiddin dan kepimpinan Bersatu juga boleh dianggap melanggar semangat setiakawan dalam PN?” soal sumber berkenaan.

Terdahulu, pada 13 Mei, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan rasmi mengingatkan semua pimpinan dan ahli parti komponen supaya tidak membuat kritikan secara semberono terhadap mana-mana parti dalam PN.

‘Langkah Bangkok’ merujuk kepada satu pertemuan sulit hujung tahun lalu kononnya bagi membincangkan isu penyatuan parti Melayu dan Islam.

Menurut laporan media, beberapa sumber daripada parti politik memaklumkan, selain Hamzah, Ahmad Zahid juga dikatakan bertemu dengan Ahmad Samsuri, dan Takiyuddin dikatakan atas ‘restu’ Abdul Hadi.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung pada awal Disember tahun lalu sewaktu Ahmad Zahid, melakukan lawatan kerja ke ibu negara Thailand itu.




GEMPAK! LOKMAN DISERANG PEMIMPIN UMNO! FIKIRKANLAH SECARA MENDALAM!


 

LAWAN TETAP LAWAN


 

SAYA TIDAK DIAJAK


 

JEPUN BAYAR RM1.1 BILION BELI STARTUP BATERI MALAYSIA YANG BARU WUJUD 5 BULAN. ORANG KITA MASIH INGAT KILANG BATERI TU TEMPAT CAS POWERBANK.



Baca 3 minit. Lepas baca baru kau faham kenapa Jepun sanggup bakar RM1.1 bilion untuk syarikat Malaysia yang ramai pun baru dengar nama minggu ni. Dan kenapa dunia sekarang tengah berebut bateri macam dulu rebut minyak.


1. Cerita dia senang je, jangan cakap admin goreng pulak


20 Mei 2026, TDK Corp Jepun umum nak beli Linergy Power Sdn Bhd, syarikat bateri lithium-ion kat Malaysia. Harga dia sekitar US$241.1 juta = RM1.1 bilion.


Pembeli bukan direct TDK Jepun. Tapi anak syarikat dia kat Singapore, Amperex Technology Singapore. Deal target selesai 15 Jun.


Yang buat orang garu kepala:

Linergy Power baru ditubuhkan 19 Disember 2024.


Belum sempat syarikat tu sambut birthday pertama, Jepun dah datang bawak cek 10 angka.


2. Kenapa benda ni nampak gila, tapi sebenarnya sangat masuk akal


TDK bukan beli nama. TDK beli teknologi, supply chain dan positioning.


Linergy fokus pada lithium battery cooling system dan energy storage. Benda ni penting gila untuk AI, data center, EV dan grid storage.


Dunia sekarang bukan berebut minyak je. Dunia tengah berebut siapa boleh simpan elektrik paling efisien.


Linergy pula ada model end-to-end manufacturing. Dari sourcing supplier sampai mass production semua dia urus.


TDK nampak satu benda:

Kalau tunggu bina semua dari kosong, lambat. Lagi murah beli terus pemain yang dah ada tapak.


3. Kenapa Malaysia tiba-tiba jadi rebutan


Jujur cakap, Malaysia takde nama besar macam CATL atau BYD.


Tapi kita ada benda yang dunia nak:


1. Lokasi tengah ASEAN

2. Ekosistem elektronik & semikonduktor dah matang

3. Polisi EV, solar dan BESS tengah naik laju


Malaysia sekarang tengah masuk radar “China+1 strategy”.


Maksud mudah:

Syarikat global dah tak nak letak semua kilang kat China. Terlalu banyak risiko geopolitik, tariff dan perang dagang.


Jadi Malaysia tiba-tiba nampak sexy balik dalam mata pelabur luar 😅


4. Sebab tu Jepun laju masuk


Demand bateri sekarang meletup sebab:

AI server naik.

Data center naik.

EV naik.

Grid storage naik.


Semua benda moden sekarang telan bateri macam budak sekolah telan air kotak.


TDK pula dah lama cari cara kukuhkan supply chain luar China.


Malaysia bagi benda yang Jepun suka:

kos operasi kompetitif, supply chain matang dan akses rantau ASEAN.


Sebab tu syarikat luar sekarang masuk Malaysia bukan nak jual ramen lagi dah. Dorang datang nak secure masa depan tenaga.


5. Apa kena mengena dengan kau dan aku


Kalau industri bateri terus naik, permintaan untuk:

engineer,

technician,

automation,

cooling system,

power electronics,

AI-energy integration


semua akan naik sekali.


Maknanya kerja kilang masa depan bukan setakat tekan button conveyor lagi. Dunia dah bergerak ke energy-tech manufacturing.


Kalau Malaysia main betul, kita boleh jadi hub bateri ASEAN.


Kalau kita tidur, Vietnam dan Indonesia sapu semua investment ni sambil kita masih gaduh siapa patut bayar parking EV.


6. Kita nak jadi kilang upah, atau jadi pemain sebenar?


Ini pattern yang ramai tak nampak.


SK Nexilis Korea masuk.

Enovix US masuk.

Sekarang TDK Jepun masuk.


Semua nampak Malaysia sebagai tapak penting industri bateri dan storage Asia.


Soalan dia:

kita nak terus jadi tempat orang datang pasang kilang,

atau kita nak mula bina IP, R&D dan teknologi sendiri?


RM1.1 bilion bagi TDK mungkin duit kecil.

Tapi signal dia besar:


Malaysia dah masuk radar perang bateri global.


Last nak tanya


Kau nak Malaysia terus jual tenaga kerja murah,

atau jadi negara yang pegang teknologi bateri sendiri?


Kau nak startup tempatan terus dijual awal,

atau satu hari nanti syarikat Malaysia pula beli syarikat Jepun?


Pilihan ada 2 je.


Sama ada kita mula serius labur dalam R&D bateri sekarang walaupun lambat nampak untung.

20 tahun lagi kita pegang teknologi sendiri.


Atau kita terus jadi tukang pasang benda orang lain sambil tepuk tangan tengok pelabur asing kaya atas tanah kita.


Dunia sekarang tengah berebut bateri untuk AI, EV dan grid tenaga.


Kalau kita masih fikir bateri ni setakat untuk telefon dan powerbank, memang kita tinggal jadi pengguna je.


Kalau rasa Malaysia patut serius jadi kuasa bateri ASEAN, SHARE post ni.


Biar ramai sedar, masa depan tenaga sekarang bukan sekadar minyak bawah tanah je. Dah pindah masuk dalam bateri.


Sumber: The Edge Malaysia, Nikkei Asia, Tech in Asia 20 Mei 2026


Olahan & Susunan: Mohammad Alif Zabri




SALAH FAKTA DOK BUAT MODSL CERAMAH


 

KEH KEH..


 

MUDA SAMPAI TUA..JADI BARUA PEMBOHONG PENIOU ..CAKAP DALAM POLITIK TAK PERNAH BETOI..


 

NOHHH...PAK YUS..

 




WALAU NI KALAU KATA DEPA MANHKAQ BODO..DEPA MARAH.

 


PARTI DEDALU..MAMPOS BERSAMA PAS.



Aman Muhamad


 Allah dah tunjuk berkali-kali.

PAS memang tak boleh buat kawan sampai kiamat.

:)



KERAJAAN SEDANG DAN TELAH LAKUKAN


Syukri Abdullah


 Faham pun....






Ini yang sedang dilakukan oleh kerajaan yang mana di-troll oleh beberapa ahli Parlimen PN dan penyokong²...


Statement ini sangat umum, cuba detailkan dengan fakta dan angka bagaimana.?




3 berita.. hala tujunya sama..


Norman Daud







UMNO + PAS + RESET = Rumah Bangsa.


BERSATU main jauh jauh.. bukan level korang ni😂


So.. PRU nanti berapa penjuru?


PH VS Rumah bangsa VS Bersatu + Bersama +MUDA 


Atau 4 pemjuru?


PH VS Rumah Bangsa VS Bersatu VS Bersama + MUDA (BERSAMAMU)


At the end... Melayu tetap berpecah.


Hemmm





OTAK KOLOT KALAU DOK MALAYSIA NAK PERINTAH MACAMANA. NAK HALAU BANGSA LAIN KELUAR ? TANPA PAS NEGARA LEBIH BAGUS DAN SELAMAT DARI ISU KAUM.

 



Pemimpin Melayu DAP, Sheikh Omar Ali tampil membalas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya yang mendakwa Malaysia boleh mencapai keamanan sebenar tanpa DAP.






Menurut Sheikh Omar, keamanan negara tidak boleh dibina atas kebencian terhadap mana-mana kaum atau parti politik.


“Saya tidak setuju dengan kenyataan bahawa 'Malaysia aman tanpa DAP'. Kalau hari ini kita mula normalisasikan idea bahawa keamanan hanya boleh dicapai dengan menghapuskan parti tertentu, esok lusa akan ada pula pihak berkata negara hanya aman tanpa PAS, tanpa UMNO, tanpa PKR atau tanpa mana-mana kelompok lain. Itu bukan demokrasi. Itu budaya politik kebencian.”


Katanya, Malaysia terbina atas kepelbagaian masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Muslim dan bukan Muslim. Oleh itu, keamanan sejati tidak mungkin wujud jika rakyat terus dipisahkan dengan rasa curiga dan permusuhan.


Beliau turut menegaskan bahawa perbezaan pandangan dalam negara majmuk seperti Malaysia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melabel mana-mana parti atau kaum sebagai musuh negara.


Katanya lagi, isu seperti pendidikan, bahasa kebangsaan, halal dan hak bukan Islam telah lama dibahaskan dalam kerangka demokrasi dan Perlembagaan.


Sheikh Omar Ali juga mengingatkan bahawa sejarah politik negara menunjukkan ramai pemimpin daripada pelbagai parti, termasuk PAS dan Bersatu, pernah bekerjasama dengan DAP demi kestabilan politik. Ada dalam kalangan mereka pernah menyokong UEC, membentuk kerajaan bersama dan mempertahankan konsep masyarakat majmuk ketika berada dalam gabungan politik yang sama.


Tambah beliau, Malaysia memerlukan politik matang yang menghormati perpaduan rakyat, bukannya politik yang mengajar masyarakat saling membenci.


"Malaysia tidak perlukan politik yang mengajar rakyat membenci antara satu sama lain," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


#sheikhomarali #ahmadyahaya #dewanulamapas #DAPMalaysia #PakatanHarapan #politikmalaysia #isusemasa



DIA NAK CAKAP BAB EKONOMI. WALAUN BOLEH LA KO TIPI

 





Ahmad Mursi


"Ekonomi Malaysia MERUDUM!!!" Kata 'Ulamak' PAS Nik Zawawi dalam ceramahnya yang Hina Sahabat Nabi dan lakukan Qazaf.


Tapi trend syarikat besar pindah operasi dari Singapura ke Malaysia makin jelas...




KEH KEH.. PUNYA NAK TUNJUK KEGAGALAN KERAJAAN MADNI



Norman Daud


 Punya la bersungguh nak suruh AI cakap kerajaan Madani gagal😂😂😂









AI ni menjawab berdasarkan fakta bro.. bukan ikut sedap tekak ko dan sentimen politik ko.


Kerajaan Madani tak gagal.


Period.😂😂




LEBAI OTAK KEMETOT. MASA PKP BARANG KEPEELUAN MAHAL DSN HILANG.. DIA PI TANGKAP IKAN KELAH... N MAKAN KENDURI...

 


TANPA PAS PUN MALAYSIA BOLEH BAHAGIA. TAK ADA FATWA PEMBOHONG DAN SONGSANG



 Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahaya mendakwa Malaysia mampu mengecap keamanan sebenar tanpa kehadiran DAP yang dituduhnya sebagai punca ketegangan kaum dan keretakan dalam kalangan rakyat.






Dia mendakwa parti berlatarbelakangkan cauvinis itu tegar "bertembung" dengan institusi istana meskipun titah sultan telah diulang beberapa kali.


"Kedegilan mereka sebenarnya menjarakkan keharmonian sesama kita selama ini. Kedegilan merekalah menyebabkan negara dan rakyat terus retak dalam sengketa dan perpecahan.


"Oleh sebab itulah, sebenarnya Malaysia boleh kecapi keamanan sebenar tanpa mereka. Malaysia yang aman tanpa DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/775719




MAIN ISU HUTANG PMX DAN NAJIB. BAB MELINGKUP 1MDB TAK CERITA PULAK.

 


Man Toba


Dekat Thread, pembangkang main isu nih. Dia nak bandingkan 3 tahun pemerintahan PMX dengan 9 tahun Najib.






Boleh pulak dia abaikan masa PMX ambik aleh negara berapa kadar hutang Najib tinggalkan masa tu.


Bila buat grafik, nampak la PMX tu banyak hutang lebih banyak dari Najib. Pastu puak² minda iq low hadam dan kecam la PMX sesama dia. Kena bodo gitu je.


Kalau tanya, Hutang Najib buat 1MDB tu ko dapat apa manafat? Mau berbuih mulut nak jawab.


Hutang PMX buat tu untuk rangsang ekonomi, bantu rakyat susah dan semua tu untuk rakyat!  Bukan macam Najib, ceramah atas pentas siap kecam rakyat yang tak bayar cukai pendapatan adalah musuh negara!


Last² dia lepas jawatan, tau² kantoi cukai pendapatan dia je lebih 1000 juta bai!! Tak bayor!!