APA KATA LOMAN ADAM


 

Jenayah Qazaf: Implikasi Ke Atas Moral & Kesaksian*



 Semoga generasi akan datang tak lahirkan anak zina...


*Jenayah Qazaf: Implikasi Ke Atas Moral & Kesaksian*


Sesungguhnya syariat cukup menjunjung isu maruah seorang insan dan Surah An Nuur adalah di antara surah terpenting yang mendidik kita dalam soal menjaga maruah. Mengapa saya mesti tegaskan isu qazaf ini?


Kerana jenayah qazaf ini melibatkan maruah keluarga dan menurut fuqaha’ Mazhab Shafiiy dan Hanbali, semua waris berhak meneruskan pendakwaan qazaf. Bermakna satu-satunya pendakwaan yang boleh diteruskan selepas kematian adalah pendakwaan dalam jenayah qazaf. Mengapa? Kerana ia melibatkan maruah dan keluarga atau waris berhak mempertahankan maruah ahli keluarganya yang dilemparkan tuduhan yang jijik atau tuduhan zina/liwat.


Tidak ada satu jenayah pun dalam Islam yang hukumannya digandakan kepada tiga jenis hukuman melainkan hukuman terhadap qazaf iaitu sebatan, digugurkan kesaksian dan dijatuhkan nilai dirinya dengan kecaman dan gelar fasiq meskipun selepas dia bertaubat.


Selain daripada hukuman sebatan terhadap mereka yang melakukan qazaf, hukuman moral dan sosial juga dikenakan di mana kesaksiannya dalam urusan kewangan, sosial, sivil, politik tidak boleh diterima pakai.


Perkataan kesaksian dalam ayat Surah An Nur tersebut diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh yang demikian ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya dan terlebih lagi hak untuk diundi.


Dan hukum agama, kamu adalah orang-orang yang fasiq. Sekalipun kamu bertaubat, menurut Imam Abu Hanifah, taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir iaitu penggelaran dirinya sebagai fasiq. Taubat tidak akan memansuhkan “gugurnya kesaksian” dalam ayat yang disifatkan Allah sebagai kekal, “Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya”.(An Nuur: 5).

 

Pesan saya, pelihara keluarga kita, lindungi keluarga kita daripada jenayah qazaf ini. Bayangkan jika suatu hari nati akibat kecuaian kita, salah seorang ahli keluarga kita dijatuhkan hukuman sebat dan digelar fasiq. Malah kesaksiannya juga tidak diterima. Bayangkan jika dia pula yang menjadi saksi pernikahan anak perempuan kita…maaf, pernikahan itu tidak sah kerana kefasikannya dan jenayah qazaf yang dilakukannya. Kita sudah berjanji untuk berkumpul bersama di jannah. Jaga keluarga kita sebaik-baiknya.




HAI BANYAKNYA BARANG


 Isteri mantan TYT Toh Puan Ragad kelihatan mem-packing barang. 


Banyaknya 'harta'





Yang tidak pasti ialah apa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut?


             UN.. JANGAN SILAP KIRA



 Kalau setiap Dun 1 buah bas, maknanya 45 buah bas....sikit tu, baru kira kira 1800 orang, bukan 180,000 orang. 


Yang pasti tauke bas dah nampak rezekinya, penumpangnya pula dah pasti ada duit poketnya selain dapat melancong ke Putrajaya.


Yang tidak pasti ialah apa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut


Adakah Dun Kelantan ada kompetensi @ kebolehupayaan undang undang untuk menjadikan kesalahan kesalahan yang telah diperuntukkan dalam apa apa undang undang jenayah Persekutuan sebagai satu kesalahan di bawah enakmen jenayah  syariah negeri?? 


Dengan kata lain, kesalahan kesalahan seperti liwat, bersetubuh dengan binatang, bersetubuh dengan mayat, menipu sukatan, timbangan dan ukuran serta beberapa lagi kesalahan lain yang telah termaktub dalam undang undang Persekutuan, boleh dijadikan sebagai satu kesalahan syariah dan boleh dibicarakan di Mahkamah syariah kerana kesalahan tersebut ada kaitan dengan pelanggaran hukum syarak. 


Tapi yang pastinya juga apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu ini, ianya akan terus dikaitkan sebagai ancaman kepada Islam demi maslahat politik, walaupun keputusan mahkamah nanti adalah satu tafsiran undang undang dan penjelasan kepada kuasa Persekutuan dan Kuasa Negeri.



KENA BUAT ISU BARU DEDAK MASUK




 Gara-gara ketandusan isu nak menyerang. Beginilah jadinya. Lagi pun diorang ni memang suka isu lendir.


Lantaklah kalau dia nak bongkar. Ini pun isu peribadi Prof. Agus dan Wahab. Tak ada kena mengena dengan PH pun. Kedua-dua mereka bukan orang politik.


Ini kira macam kes Guru Besar kahwin lagi. Lantak pi lah. Dorang cuma penjawat awam. Takkan la penjawat awam punya isu peribadi pun PMX kena jawab gak?


Cuma, kalau dah alang-alang nak tanya tu, tanya sekali apa cerita dengan kes video Azmin dulu. Video tu lagi hebat. Kalau Prof. Agus dan Wahab setakat berbual je. Teori je. Video Azmin siap dengan kerja amali lagi.


Sedangkan Azmin tu orang politik. Lebih sesuai kalau kelakuannya nak dijadikan isu politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RINGGIT JATUH LEBIH 10 KALI TERUK DI ZAMAN PN




Adrian Lim Chee An


Biar fakta berbicara.

Ini nilai Ringgit berbanding Dolar semasa PN naik jadi kerajaan dan semasa Perpaduan naik jadi kerajaan.


Zaman PN: RM4.21

Zaman Perpaduan: RM4.67

Sekarang: RM4.71


Sepanjang zaman PN, nilai Ringgit telah jatuh 46 sen, iaitu RM4.67 tolak RM4.21.


Semasa zaman Perpaduan, nilai Ringgit hanya jatuh 4 sen, iaitu RM4.71 - RM4.67.


PN jatuhkan 46 sen VS Perpaduan jatuhkan 4 sen


Kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar adalah 11.5 kali ganda (lebih 10 kali ganda) lebih teruk di zaman PN berbanding zaman Perpaduan. Ini fakta.


Dalam erti kata lain, kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar ke tahap “all time low” pada masa kini, 90% adalah disebabkan oleh pentadbiran terdahulu.


Anwar dan Perpaduan cuma masuk pada ketika Ringgit sudah jatuh ke paras begitu teruk, dan lengkapkan 10% terakhir.


Akhirnya semua kesalahan diletak di atas bahu Anwar dan Perpaduan yang menjadi kerajaan sekarang.


Tetapi realitinya apa?


Realitinya ialah 90% kejatuhan ini disebabkan ketidakstabilan politik yang bermula sejak Langkah Sheraton pada 1 Mac 2020.



YDP AGONG TAK BODOH CAM KAU. KAU TAK SEKOLAH.

 



Kahkahkah walabod oi! Ingatkan dah siuman rupanya makin weng.


Siap pelik kenapa YDP Agong diam diri. Memanglah YDP Agong akan diam diri sebab Baginda insan yang cerdik. Cuma makhluk bengap yang hina-dina je yang percaya Gomo punya temberang.


Sekarang mantan YDP Agong, as-Sultan Abdullah dah jelaskan sejelas-jelasnya. Malah Baginda siap cakap Baginda tak setuju tukar PM begitu kerap. Harap otak walabod tumbuh semua lepas ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HADAM ISU TAX 8%. BACA DAN FAHAM. BUKAN BACA SAJA TAPI TAK FAHAM.

 Baca bagi HADAM.



Ramai orang bagi salam SST 8 peratus hari ni.


Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul.


Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih.


Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza.


Sales tax dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi service tax sebelum ni ialah 6 peratus.


Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus. 


Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax.


Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus


Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus


Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus.


Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan still kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah.


Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari 6 peratus kepada 8 peratus.


Kau check in hotel hari-hari ke?


Soalnya, adakah akan wujud tekanan pada harga? ya jika yang dinaikkan itu adalah sales tax. Tapi yang naik ni ialah service tax.


Kenaikan mungkin ada tapi minimal sebab yang naik ni ialah service tax terhadap perkhidmatan bukan makanan dan minuman.


NazriHamdan

BroEconomist



PUAD NAK AJAK PERANG SEMULA KAH ?


 Puad nak ajak perang balik ke? Sebenarnya dah ramai cytro PH yang menahan diri dari serang Najib sebab menghormati keberadaan Kerajaan Perpaduan. Kalau Puad nak perang sangat, jangan sampai bunuh diri lak tak tahan kena serang nanti.


Kalau nak bengang dengan Tony Pua, silakan. Sebab Tony pun bukan sesiapa dalam PH. Malah ramai yang dah hilang kepercayaan kepada Tony selepas nampak dia tak ubah macam kuda Trojan Mahathir. Tapi nak tembak Rafizi sekali kenapa?


Puad dan beberapa pemimpin berotak mandul dalam UMNO suka kata Rafizi tak perform. Sebab mereka tak faham masalah ekonomi nak diselesaikan kena dari dasar. Kena baja dan siram air di akar, bukan tiba-tiba sembur booster di pucuk.


Mungkin Puad tak pernah dengar tentang IPR - Inisiatif Pendapatan Rakyat sebelum ini. Di mana rakyat dari kelompok B40 diberi peluang sama ada menceburi bidang pertanian komersil, atau jadi vendor makanan atau vendor pembersihan.


Cuba cerita sikit, berapa kali Najib pernah beri peluang begitu kepada rakyat? Yilek! Najib terkenal dengan GST dia selain 1MDB. GST bukan salah tapi itu tambah pendapatan negara. Pendapatan rakyat Najib ada beri apa? Apa inisiatif Najib?


Rafizi buat PADU ni pun nak betulkan kesilapan Najib yang banyak menyusahkan rakyat. Najib cipta sistem kasta separuh masak. Ikut gaji kasar, labelkan orang tu sebagai T20, M40 dan B40. Tak fikir orang bebanan yang dihadapi individu tersebut.


Sebab tu ada yang M40 sebab gaji besar tapi hidup macam orang miskin sebab tanggungan besar. Lepas tu tak dapat bantuan sebab atas kertas dia M40. Gaji besar. Itu kegagalan kerajaan waktu itu untuk faham masalah rakyat. Jadi Rafizi selesaikan isu ini dengan perkenalkan PADU. Beginilah cara yang sepatutnya.


Kalau aku nak cerita kedangkalan dan kelemahan Najib memang banyak sangat. Tapi sebab kenangkan Kerajaan Perpaduan, kita simpan semua tu. Lagipun Najib dah dalam penjara. Biarlah dia mereput di sana. Kita kisahkan negara kita je.


Tapi walajib yang sama macam walaun, ada kegagalan fungsi otak yang serius, tak boleh nak diam. Kalau ko nak sangat Najib bebas, ko pergi la operate muka bagi nampak macam Najib, lepas tu ganti tempat dia kat dalam penjara tu. 


Nak bodoh pun biar berpada-pada. Soal Najib tu biar pemimpin atasan uruskan. UMNO ada Zahid sebagai TPM dan Azalina sebagai Menteri Undang-undang. Dah cukup kuat dah. DS Anwar beri jawatan penting pada pemimpin UMNO. Berikan mereka masa untuk uruskan.


Level-level machai ni tak payah nak komen banyak la. Tak payah nak gegarkan Kerajaan Perpaduan. Jangan undang kami serang UMNO balik. Kita diam bukannya sebab UMNO betul tapi atas dasar hormat. Tapi kena ingat, hormat tu mutual.


Kalau orang hormat kita, kita hormat orang tu. Tapi kalau nak kurang ajar, kita boleh double kurang ajar. No hal. Bring it on! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAU SETAKAT MACAM INI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS MT UMNO, APA PERLU SAMPAI DITANGGUH KOLOKIUM KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA?




Berikutan keputusan Lembaga Pengampunan WP berkaitan Najib Razak diumumkan secara rasmi petang semalam, MT UMNO pagi tadi mengadakan mesyuarat MT khas secara mengejut lagi tergempar sebagai respon kepada keputusan tersebut.


Susulan itu, Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang djangka dihadiri 2,000 pimpinan daripada 191 bahagian UMNO di seluruh dan dijadual berlangsung hari ini, turut ditangguhkan.


Gambarannya seolah-olah UMNO benar-benar tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu sehingga kolokium yang menjadi medan untuk mencambah idea bagi kepentingan ekonomi orang Melayu tidak lagi dilihat sepenting berbanding memperjuangkan nasib Najib.


Gambarannya juga tentulah ada sesuatu keputusan yang besar dan mengejut akan diambil oleh MT berikutan hanya pengampunan separuh, bukan pengampunan penuh diterima Najib.


Logiknya, kalau tiada sesuatu besar bakal diputuskan, kenapa perlu ditangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijangka dihadiri 2,000 peserta?


Tetapi, apakah keputusan mesyuarat khas MT UMNO itu?


Berikut adalah kenyataan media berkaitan mesyuarat khas tersebut.


UMNO mengambil maklum tentang keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Kita menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mu’stain Billah.


Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut.


UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara di samping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan Dato’ Seri Najib diteruskan.


UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Dato’ Seri Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.


Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini.


Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO

3 Februari 2024.


 Ada nampak apa-apa yang besar, mengejutkan dan luar biasa?


Ternampak jelas lagi nyata bahawa tiada apa-apa yang mengejutkan dan luar biasa daripada keputusan mesyuarat khas MT UMNO pagi tadi.


Yang ada hanya luahan rasa sedih, akur terhadap hak Agong dalam membuat keputusan dan akan terus memperjuangkan pembebasan Najib.


Langsung tiada apa yang besar dan luar biasa diputuskan dan barangkali sebab itu hanya satu dua media saja yang melaporkan hasil keputusan mesyuarat khas MT UMNO itu.


Kalau sekadar keputusan seperti ini yang dirumuskan, apa perlunya sampai ditangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera untuk memberi laluan dipentingkan mesyuarat khas MT UMNO?


Tidakkah sebenarnya mesyuarat khas MT UMNO itu boleh diadakan pada lain-lain waktu yang tidak bertembung dengan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera?


Adakah semua ini hanya drama yang sengaja dipentaskan untuk mengambil hati keluarga dan penyokong Najib semata-mata?


Tipah tertipu lagikah kali ini? – ShahbudinHusin 03/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/03/kalau-setakat-ini-keputusan-mesyuarat-khas-mt-umno-apa-perlu-ditangguh-kolokium-kongres-ekonomi-bumiputera.html



OPS BELANJA, OPS SAPU DAN OPS KUTIP OLEH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU






















BESUT, 2 Februari 2024 - Seorang lelaki warga Myanmar cuba memperdaya pegawai penguatkuasa JIM Terengganu dengan mengemukakan kad pelarian UNHCR palsu ketika pemeriksaan untuk meloloskan diri gagal apabila semakan mendapati pemilik asal kad tersebut adalah seorang wanita. Dia kemudian mengaku telah mendapatkan kad palsu tersebut dengan harga RM150 dari seorang rakan di Johor Bahru. Lelaki itu kemudiaannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).


Lelaki tersebut adalah antara PATI yang ditahan dalam operasi pemeriksaan Ops Belanja, Ops Sapu, dan Ops Kutip oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Terengganu di sekitar Daerah Besut, Terengganu pada 2 Februari 2024.


Seramai 25 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIMNT telah menyerbu beberapa lokasi ‘hotspot’ yang dikenalpasti hasil risikan dan maklumat orang awam. Antara premis yang turut diperiksa adalah beberapa premis perniagaan dan tapak pembinaan yang disyaki menggajikan warga asing secara tidak sah di sekitar Bandar Jertih dan Kuala Besut. 


Keseluruhannya seramai 154 individu telah diperiksa dan 24 orang ditahan yang terdiri daripada 8 lelaki warga Bangladesh, 5 lelaki warga Myanmar, 2 lelaki warga Pakistan, 4 lelaki warga Thailand serta 5 lelaki warga Indonesia. Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. JIM Terengganu turut menyita 3 buah motosikal yang telah diubahsuai untuk menjaja makanan tanpa kebenaran.


Pengarah Imigresen Negeri Terengganu; YBrs. Tuan Azhar bin Abd Hamid bersama Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Terengganu (Kawalan); YBrs. Tuan Mat Amin bin Hassan turut hadir meninjau pelaksanaan operasi ini.


Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasaan JIMNT melalui saluran-saluran berikut :


 09-622 3425

 enforce_trg@imi.gov.my 

 https://imi.spab.gov.my 


Identiti anda DIRAHSIAKAN 


#imigresen #terengganu #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu



NAK SINDIR ANWAR.TAPI NAJIB TAK LEPAS PUN




 Dia menyindir DS Anwar sebab Najib dapat diskaun hukuman. Tapi apa yang dia nak sindiran tu? Najib tak lepas pun. Masih kekal di penjara.


Yang lebih seronok, ketika DS Anwar memerintah kita dapat lihat makhluk kebal disiat kulitnya. Pernah ada sesiapa berani dakwa Daim?


Zaman Madani ni, pecah rahsia anak menteri sorok minyak masak bersubsidi. Terlondeh kisah PM bantu anak menantu sakau dana negara.


Sekarang baru nampak banyak rahsia dah terbongkar. Rahsia yang kita tak pernah percaya akan terbongkar. Masih tak cukup lagi reformasi?


Ya, Reformasi masih berjalan. Untuk info, kes Najib tu masih kira kecil lagi. Akan kes yang jauh lebih besar bakal terbongkar. Terima kasih DS Anwar. Dan terima kasih reformasi. Reformasi takkan mati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TANAMAN BAWANG BESAR BESARAN

 

ZAMAN 33 bulan idea tak ada. 

Fikir nak sakau. Walaun tidur.




DIA TAK MINTA PUN 50%

 



Cuba tanya oghang2 Sebelah, Berdosa tak bebaskan pencuri dari Penjara? Adil ataupun tidak pencuri billion2 dapat pengampunan sedangkan pencuri RM 100 tidak diberikan pengampunan.


Kegembiraan orang lain, ada juga yang sedang merenung nasib. Hidup ini sememangnya keras.



BODO TU FREE...

 

Dzulkifly Shaari


Walauntit nampak bijik mata pun dah terer buat posting bodoh... Tau la bodoh tu free... Habis diborongnya bodoh sampai licin...

Jambatan kat Kelantan nak disamakan citer dgn jambatan di Pulau Pinang... Hahaha 😂😂🤣🤣🤣 Good job &  well done.. You dah buktikan puak2 walaun walauntit ekstrem kaki fitnah dan bodoh...





OLEH KERANA NAJIB DIAMPUNKAN 50%, MAKA KITA NAK BANTAH.JOM SOKONG PN LAK LAH..SEBAB PN YANG PENJARAKAN NAJIB..MANA TAU NANTI TUKAQ KERAJAAN BOLEH MINTA AMPUN LAGI


 Ramai yang tak puas hati kes Najib? Walaupun sudah dijelaskan yang pengampunan itu kuasa mutlak YDP Agong, bukan kuasa Perdana Menteri m


Aku baca komen, ada yang kata gadai prinsip, ada juga yang mengaku penat berjuang. Mungkin dia pun ada usaha cari bukti sabitkan Najib dulu.


Aku tak salahkan mereka yang kecewa. Memang bila dah benci, kita nak tengok orang yang kita benci tu menderita secara maksimum. Kan?


Jadi kepada yang kecewa ni, kalau rasa dah tak boleh nak percaya lagi ahli politik, lepas ni nak buat apa? Tak nak ambil tahu pasal politik lagi?


Ok juga tu. Penyokong PH yang kecewa, abaikan saja politik. Biar saja PRU akan datang PH kalah terus. Tak apa. Sebab PN sedia ambil alih.


Kita kecewa Najib dikurangkan jumlah hukuman (tetap kena penjara sampai 2028) walaupun banyak kegiatan rasuah lain sedang diperangi.


Jadi usah percaya lagi DS Anwar. Kita boleh percaya pada Mahiaddin pula. Atau Hamzah Zainuddin. Atau Mahathir. Atau Azmin pun boleh.


Biar mereka ini pula yang tadbir negara. DS Anwar dah tak boleh dipercayai. Jadi biarlah Mahiaddin dah para pemimpin PN pula yang perangi rasuah lepas ni. Nak?


Untuk penyokong UMNO yang kecewa Najib tak diberi pengampunan penuh, tak apa. Bolehlah bawa parti tu keluar Kerajaan Perpaduan.


Lepas ni boleh sokong Mahiaddin dan Mahathir pulak. Walaupun mereka yang mula dakwa Najib dulu. Dan sekarang pun pemimpin dan penyokong mereka yang asyik mengejek PH lepas hukuman Najib dikurangkan.


Itulah bukti yang Mahiaddin atau siapa pun pemimpin PN tu akan bebaskan Najib. Cuba nasib dengan PN pula lepas ni. 


Mereka sakau pun tak apa. Duit boleh cari lagi. Yang penting Najib bebas. Betul. Aku setuju. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MUDA NAK CUCUK JARUM




Learry Jabul


Hahaha... MUDA lemparkan rasa tidak puas hatinya kepada Anwar... Dimintanya Anwar nyatakan pendirian... Hehehe... Konon-konon cuba nak perangkap statement PMX la tuhhh... Tak cukup dengan itu, dimintanya menteri Wilayah Persekutuan dipecat... Hahaha... dalam lembaga pengampunan itu ada sorang lagi yang berkuasa namun MUDA tidak berani petik nama dan pangkatnya...

( EJAAN TELAH DIBETULKAN)


KEJAYAAN KHAIRUL AMING, MASYARAKAT CINA TURUT BERBANGGA






Adrian Lim Chee An


Semalam, akhbar China Press menyiarkan berita dengan tajuk “USAHAWAN INFLUENCER JUAL DENDENG SECARA LIVE, 3 MINIT 39 SAAT CECAH SALES SEJUTA RINGGIT”.


Secara umumnya, ramai komen berbahasa Cina (sebab posting berita dalam bahasa Cina) mengucapkan tahniah dan berasa bangga untuk Khairul Aming.


Komen-komen mereka telah diterjemahkan. Boleh baca sendiri.


Boleh dikatakan 99% memuji Khairul Aming. Tak dengki langsung walaupun berbeza kaum dan agama.


Sebabnya mudah…


Khairul Aming tak tunggang agama, tak tunggang kaum dalam perjalanan mencapai kejayaan ini.


Kejayaan Khairul Aming adalah hasil titik peluh dan kerja keras bertahun-tahun ini sejak zaman Covid-19. R&D dibuat, marketing dibuat, teknologi terkini diaplikasikan dan sebagainya.


Sebab saya membesar dalam komuniti berniaga yang besar, saya boleh dengan yakin mengatakan bahawa majoriti mutlak masyarakat Cina yang berniaga kat Malaysia ini, tak kisah pun sebenarnya, kalau pesaing daripada kaum lain lebih hebat dan lebih berjaya dan lebih kaya daripada mereka.


Yang penting, cara berjaya itu bukan melalui menunggang agama, menunggang kaum, cantas mencantas atau kabel politik.


Bersainglah secara sihat seperti gentleman. Siapa menang dia lah pemenang. Pesaing lain akan akur dan tabik spring.


Tapi ada sesetengah pihak, bukan dia hebat tapi kabel dia tebal. Kebetulanlah anak-anak dia semua jadi billionaire semasa bapa dia berkuasa.


Apa macam orang lain tak ragu-ragu??


Hukuman lebih ringan untuk Najib: Reaksi dalam media sosial, aplikasi pemesejan mencerminkan kebimbangan yang meluas

 


3 Feb 2024

 


Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Aliran terkejut dan amat kecewa dengan keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengesyorkan hukuman penjara Najib Razak dikurangkan separuh daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berdasarkan reaksi merentas media sosial dan platform pemesejan, kebimbangan ini dikongsi oleh ramai orang lain di Malaysia dan luar negara.

Kami menggesa Lembaga Pengampunan untuk mendedahkan kepada umum alasan bagi keputusannya dan faktor-faktor yang mempengaruhi kelonggarannya terhadap Najib.

Kita perhatikan bahawa Najib tidak pernah menyatakan kekesalan atau penyesalan secara terbuka atas kesalahannya.

Dalam semakan terhadap sabitan Mahkamah Persekutuannya, panel lain Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa panel terdahulu telah mempertimbangkan 94 alasan rayuan, penghujahan bertulis dan keputusan mahkamah rendah sebelum ini yang telah mendengar kes Najib.

Mereka membuat kesimpulan, dengan majoriti 4-1, bahawa tidak ada merit untuk semakan keputusan mahkamah terdahulu untuk mensabitkan dan menghukum Najib.

“Pemohon berpendapat bahawa haknya telah dilanggar,” kata hakim Mahkamah Persekutuan. “Bagaimanapun, di sini, jelas pemohon adalah punca nasib malangnya sendiri. Kami tidak nampak sebarang sebab untuk menyemak sebarang keputusan panel Mahkamah Persekutuan yang terdahulu.”

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Memandangkan ini, reaksi orang ramai dan penelitian antarabangsa yang diterima kes ini, Lembaga Pengampunan perlu mendedahkan kepada umum alasan untuk cadangannya supaya hukuman Najib diringankan.

Kami juga bimbang tentang implikasi keputusan ini terhadap usaha pencegahan rasuah kerajaan, terutamanya siasatannya terhadap tokoh berprofil tinggi lain dan ahli keluarga mereka.

Ramai juga tertanya-tanya apakah mesej yang dihantar oleh keputusan ini kepada orang lain – hakim yang mempengerusikan kes masa depan yang melibatkan tokoh berprofil tinggi, bakal penjenayah kolar putih, banduan yang menjalani hukuman kerana rasuah dan kecurian, dan pelabur yang memutuskan sama ada Malaysia adalah tempat yang selamat untuk dilakukan. perniagaan.

READ MORE:  Zahid's case: Appalling optics; hire external prosecutors  

 

Apakah ertinya apabila seseorang yang telah menyebabkan banyak kemudaratan kepada negara diringankan hukuman? Apakah maksud ini kepada banduan lain yang telah melakukan jenayah yang lebih ringan tetapi terpaksa menjalani hukuman penuh?

Sesungguhnya, keseluruhan sistem pentadbiran keadilan kini berada di dalam perhatian umum.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Februari 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 

TIRU ZAMAN UMNO DULU ANGKUT NAIK BAS


 

NI PUN SAMA JUGA.. PENUH SAGON YA


 

KEDAH ELOK DAH.. CEROI...


 

Ada yang mahu penjelasan untuk diskaun hukuman Najib.


Dahsyat rakyat Malaysia sekarang. Tak pernah terjadi lagi rakyat berani persoal keputusan Sultan. Sekarang ni bukan setakat persoal, siap tuntut penjelasan pula.


Dah taraf derhaka ni. Siapa la yang menghasut rakyat agar derhaka agaknya? Mungkinlah pihak yang dah biasa derhaka. Dia dah derhaka, dia ajak orang pulak.




Hakikatnya, Sultan tak perlu akur kepada tuntutan itu. YDP Agong mempunyai hak mutlak, sesuai dengan peruntukan dalam perlembagaan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MURAH DAH


 

KUASA YDPA... DAPAT DISKAUN 50% OK LA.

 

Ramai yang tak puas hati kes Najib? Walaupun sudah dijelaskan yang pengampunan itu kuasa mutlak YDP Agong, bukan kuasa Perdana Menteri. 


Aku baca komen, ada yang kata gadai prinsip, ada juga yang mengaku penat berjuang. Mungkin dia pun ada usaha cari bukti sabitkan Najib dulu.


Aku tak salahkan mereka yang kecewa. Memang bila dah benci, kita nak tengok orang yang kita benci tu menderita secara maksimum. Kan?


Jadi kepada yang kecewa ni, kalau rasa dah tak boleh nak percaya lagi ahli politik, lepas ni nak buat apa? Tak nak ambil tahu pasal politik lagi?


Ok juga tu. Penyokong PH yang kecewa, abaikan saja politik. Biar saja PRU akan datang PH kalah terus. Tak apa. Sebab PN sedia ambil alih.


Kita kecewa Najib dikurangkan jumlah hukuman (tetap kena penjara sampai 2028) walaupun banyak kegiatan rasuah lain sedang diperangi.


Jadi usah percaya lagi DS Anwar. Kita boleh percaya pada Mahiaddin pula. Atau Hamzah Zainuddin. Atau Mahathir. Atau Azmin pun boleh.


Biar mereka ini pula yang tadbir negara. DS Anwar dah tak boleh dipercayai. Jadi biarlah Mahiaddin dah para pemimpin PN pula yang perangi rasuah lepas ni. Nak?


Untuk penyokong UMNO yang kecewa Najib tak diberi pengampunan penuh, tak apa. Bolehlah bawa parti tu keluar Kerajaan Perpaduan.


Lepas ni boleh sokong Mahiaddin dan Mahathir pulak. Walaupun mereka yang mula dakwa Najib dulu. Dan sekarang pun pemimpin dan penyokong mereka yang asyik mengejek PH lepas hukuman Najib dikurangkan.


Itulah bukti yang Mahiaddin atau siapa pun pemimpin PN tu akan bebaskan Najib. Cuba nasib dengan PN pula lepas ni. 


Mereka sakau pun tak apa. Duit boleh cari lagi. Yang penting Najib bebas. Betul. Aku setuju. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN







3 Febuari 2024

23 Rajab 1445H


Saya percaya seluruh teman-teman Ahli Parlimen tidak terkecuali yang pernah menjadi Ahli Parlimen akan sentiasa berusaha memahami Perlembagaan Persekutuan dan bersama-sama mempertahankannya.


Selaku Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) satu ketika dahulu, saya mengikuti isu 1MDB dengan teliti dan kami menyambung perjuangan teman-teman lama PAC yang memulakan siasatan dan pendedahan.


Pada zaman kami, “process proceeding” berjalan dengan lancar. Kami memanggil sesiapa sahaja yang sepatutnya kami panggil.


Sehinggalah kes itu ke mahkamah, dan mahkamah telah memutuskan tanpa campur tangan mana-mana pihak.


Rakyat Malaysia perlu hormat mahkamah dan keputusan-keputusannya. 


Kini kita sekali lagi ditagih untuk hormat Perlembagaan khusus terkait Perkara 24 Jawatan Kuasa Pengampunan.


Ketika kita menyambut KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu, jangan kita lupa, selain menjadi ketua tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, antara bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah baginda boleh mengampun, menunda dan mengurangkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 


Hal ini dijelaskan dalam peruntukan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

 

Yang di-Pertuan Agong sebagai kuasa pemutus yang bijaksana. Kadang kala kes-kes tertentu, dia meringankan dan tidak terus dibebaskan berdasarkan fakta-fakta kes kesalahan.


Kami yakın baginda tiada niat meringan-ringan keputusan mahkamah dan begitu juga tiada niat mengaibkan atau melemahkan mana-mana individu atau parti politik tanah air.


Perlembagaan Persekutuanlah menjadi rujukan dan penawar kepada masalah pentadbiran negara kita yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum dan agama. 


Tidakkah kita terfikir kedamaian yang kita kecapi selama ini, berbanding di negara lain, diikat oleh Perlembagaan Persekutuan, yang telah disepakati sejak merdeka lagi, selain kuasa Allah S.W.T Tuhan Pencipta semesta alam.


Hormatilah Perlembagaan Persekutuan.


Sayangilah Majlis Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Pemerintah.


Ayuh!  Bersama perkukuhkan negara di bawah pimpinan  Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan Timbalannya YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.


HASANUDDIN MOHD YUNUS 

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat



MOHONG JA... MASA HANGPA DALAM KERAJAAN DALIL JA YANG BOLEH BUAT


 

ISTIHAR ASET ADA DALAM PERUNTUKAN UNDANG UNDANG


Learry Jabul 

 Tidak isytihar harta bukan jenayah meehh?? Kalau bukan jenayah, kenapa ada dalam peruntukkan undang2?? SPRM siasat aset yang tidak diisytiharkan saja... Bagi tahu dulu apa tujuan tidak isytihar aset?? Sampai 5 kali minta tangguh isytihar aset, Tapi bila  SPRM mula bertindak menyiasat. Seolah-olah SPRM pula yang tidak betul... Sekarang nihh bola dikaki SPRM, kamu cari la goalkeeper (peguam) terbaik utk mempertahankn kamu n menangkis serangan (pendakwaan) pendakwaraya di mahkamah... Rasanya itu tugas sukar kottt...

(EJAAN TELAH DIBETULKAN )