PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

 



Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan secara baik menerusi rundingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata, beliau menghormati pandangan akar umbi yang menggesa hanya menggunakan logo PKR.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, katanya, terdapat juga gesaan daripada parti komponen untuk menggunakan logo PH.

“Kita perlu berunding secara baik kerana masing-masing ada hujah yang kuat,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon PH yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada PRU-14 2018 lalu, semua parti komponen termasuk Bersatu ketika itu bertanding menggunakan logo PKR/

ABANG PM DILANTIK PENGERUSI NAFAS- BERMULA DAH NEPOTISME YANG UMNO SUKA SANGAT

 


Abang PM dilantik jadi Pengerusi Nafas

smail dan abangnya, Zamri.

Abang Perdana Menteri dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu.

Ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Zamri Yaakob itu dimuatnaik menerusi laman Facebook rasmi NAFAS pada 13 September lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang.

Untuk rekod, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno dan Ahli Parlimen Bera merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.






GAMBAR HARI MERDEKA...KEH..KEH

 May be an image of 6 people and headscarf

KADAR FAEDAH MORATORIUM DIKECUALIKAN, HASIL PERTAMA MOU PN – PH


AKTIVIS MAHASISWA TERKENAL, ADAM ADLI SERTAI KEADILAN


HIMPUNAN BERITA "KENAIKAN" SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2021- PENYYELESAIANNYA BAGAIMANA? JAWAPANNYA DI BAWAH...

 NORMAN RADZUAN



Sesungguhnya "kenaikan" yang diperolehi rakyat Malaysia bukannya terhasil dengan mudah. Ia terhasil daripada keringat dan air mata rakyat. Justeru peranan 2 tokoh besar pemimpin Melayu Isle di bawah harus dihargai dan disyukuri kerana berjaya menghadiahkan pelbagai nikmat "kenaikan" untuk rakyat.

Semoga tiada rakyat yang naik darah atau naik hantu membaca berita² "kenaikan" ini.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021.

 

MUDAH SAJA PENYELESAIANNYA- 5 HARI SELESAI-PAS JADI KERAJAAN PUN SELESAI-GEBANG PARTI LEBAI......MACAM ORANG TAK KENAL...POOOODAHHHH....

TAKAT MAKAN GAJI BUTA BOLEH SEMBANG JA LA......

May be an image of 1 person and text that says "IGHH #MindaPresidenPAS HARGA BARANG NAIK KERANA TIDAK LAKSANA ISLAM ABDUL HADI WANG Utusan Malay 8Feb2014 "Kenaikan harga barang adalah berkait dengan tindakan kerajaan yang tidak melaksanakan Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW serta sebuah kerajaan yang mempersendakan Islam""


RASUAH TAK KENAL SIAPA -HATTA ORANG AGAMA???

 




ZUWAIRI MOHD YUSOF

Data kematian backlog ni menjadi satu bukti yang ringkas dan mudah, bahawa kerajaan PN-BN sebelum ini memang menipu rakyat Malaysia mengenai data Covid-19.Entah apa lagi yang di tipu dan di rahsiakan oleh kerajaan PN-BN dan PAS pula berada dalam kerajaan yang menipu rakyatnya.Bukankah terdapat hadith Nabi yang kata tidak akan sesekali masuk syurga seorang pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya?

Teringat jugak tok guru mengajar dulu:

"antara orang awam menipu dengan ulama menipu, ulama menipu masuk neraka dulu".

Bukan aku kata, tok guru yang kata.

Apa sangatlah kuota masjid tu ada khas untuk VIP dan rakyat biasa sedangkan undang-undang pun ada khas kuota untuk VIP.Tengok undang2 SOP sebelum ni.Menteri langgar SO relaks je.Ada yang tak kena dakwa langsung.Kalau kena denda pun dengan nilai yang rendah.Kalau rakyat langgar SOP siap tangkap dan berkas macam penjenayah berat lagi.Begitulah amalan undang-undang di zaman undang-undang ketika PAS jadi kerajaan.Pastu nak harap puak ni laksanakan Hudud pula? Hanya rakyat mencuri sahaja yang akan di potong tangan sahaja nanti.Kalau lebai mencuri pula kena takzir hukuman paling ringan sekali.

Baru jadi Imam yang di bayar gaji oleh duit pembayar cukai rakyat sudah angkuh.Cepat koyak pula tu.Biasa perangai macam ni mesti dari parti lebai PAS pis pus.Cuba jual tiket masuk masjid macam jual tiket masuk wayang Insya Allah kerajaan ISMAIL BUFFALO/KERBAU akan segera umum kapasiti masjid lebih 50%.Kejadah apa nak suruh orang minta redho dari WALAUN PAS macam engkau? Isu solat Jumaat pun Menteri,Timbalan Menteri Agama PAS gagal selesaikan walaupun mudah ja kesnya apelagi nak setel isu lebih besar macam RUU355,JUDI,ARAK,ADIB,DONG ZONG,UEC lagilah ruyup basah lencun.

Exco PAS Terengganu kata kerajaan negeri bersedia untuk laksana hudud dan qisas sepenuhnya jika RUU355 dipinda.

Hebat

...! Pada masa yang sama,MB umum 8 syarikat kerajaan negeri bakal di tutup kerana rugi semenjak 2016. Hah sudah...! Macam mana nak buat hudud kalau rakyat jadi miskin? Sedangkan kemiskinan antara punca:

- murtad kerana putus asa dengan Tuhan.

- orang muda berzina kerana tak mampu berkahwin.

- wanita menjual diri untuk sara hidup.

- minum arak untuk hilangkan stress.

- bunuh orang lain untuk ambil harta.

- mencuri / merompak untuk makan.

Kemiskinan kerana tiada atau tidak cukup pendapatan mendorong orang ramai melakukan pelbagai jenayah di bawah kategori hudud.

Sanggup potong tangan orang miskin? Sanggup rejam pemuda penzina kerana tak mampu kahwin, atau wanita penjual diri untuk cari pendapatan? (Heh... Nanti ada lebai tanya, hang tak yakin dengan hukum tuhan ke? Hang setujulah wanita jual diri cari pendapatan...?) Jika sanggup silakan cuma satu perkara nak di peringat.Islam dan hudud bukan hak milik kerajaan Terengganu.Orang Islam tak akan biarkan Terengganu menghitamkan wajah hudud dan Islam kerana kejahilan pemimpinnya.Faham?

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

CHECK AND BALANCE

 


HAMZAH RIE NA


Ketua pembangkang adalah pm in waiting, apa sahaja faedah-faedah  yang DSAI dapat adalah memang patut dia perolehi sebagai ketua pembangkang.

Sebab tu shafie afdal dan mahathir pun mahu jawatan tersebut sekarang. Kalau Tak ada faedah buat apa pegang jawatan tersebut?

Kerja sebagai Ketua pembangkang bukan kerja mudah. Ketua pembangkang wajib mempastikan semua perkara serta isu2 kerajaan tangani melalui jalan dan sumber yang betul.

Mempastikan checks and balance itu seimbang dan mengikut lunas2 demokrasi.

Korang yg dengki tu memang Tak layak punnnnn, maka kekallah Gila meroyan sawan dlm medsos.

Cuba kalau atok saka kutty atau orang dia mcm pie yg naik mesti korang akan kata mael dan madey gandingan

hebat

slurpppp! Booooo pendengki hati iblis sakit hati korang tu memang Tak akan padam. Sebab hati hitam mcm hati Firaun ehhhh tah2 lagi teruk dari Firaun hahaha suka aku tengok caitok meroyan.

 

(LIVE) Sidang Media Anwar Ibrahim 16/09/2021

MISKIN NYA MALAYSIA-RAKYAT SENDIRI TAK DIBANTU-MSYARAKAT LUAR TOLONG BANTU- MACAM NI PUN ADA..BIASA LA...LAIN KALI MINTA BUAT STADIUM...PISHANGGGG

 


Komuniti Texas bersatu bantu penyanyi promosi Malaysia di pesta muzik AS



Kempen kutipan dana sedang dijalankan di Jefferson, Texas, untuk Lyia Meta mempromosikan Malaysia dan membuat persembahan di ‘2021 Texas Sounds International Country Music Awards’ bulan depan. (Gambar Lyia Meta)

PETALING JAYA: Sebuah komuniti di Jefferson, Texas bersatu untuk membantu penyanyi yang mendapat anugerah antarabangsa, Lyia Meta membuat persembahan dan mempromosikan Malaysia di pesta muzik Amerika Syarikat bulan depan.

Acara kutipan dana itu dilancarkan selepas Lyia dinafikan sokongan kewangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atas alasan “tiada dana”.

Lyia memohon RM60,000 untuk lawatan 10 hari ke Jefferson bersama suaminya merangkap pemuzik, Zack, yang akan membantu beliau mempromosikan budaya dan pelancongan Malaysia di dua seminar.

Kempen di Jefferson itu diketuai Preston Taylor, naib presiden East Texas Performing Arts, Inc, yang mempelawa Lyia ke “2021 Texas Sounds International Country Music Awards”.

Taylor dalam pesanan teksnya kepada Lyia berkata: “Kami mempunyai individu yang sedang mengumpul dana. Isteri dan anak perempuan saya menjadikannya misi mereka untuk membawa anda ke sini. Tiada apa yang pasti lagi, tetapi ia kelihatan baik.”

Lyia Meta menerima anugerah Artis Dunia Tahunan di Anugerah Muzik Josie di Tennessee pada 2018. (Gambar Lyia Meta)

Katanya, masyarakat di Jefferson sedang mengumpul wang untuk penerbangan, penginapan dan perbelanjaan tambahan yang diperlukan untuk bayaran perjalanan serta kuarantin sekembalinya mereka dari Malaysia.

Lyia dan Zack turut dipelawa oleh Institut Pembelajaran Seumur Hidup Osher, dengan kerjasama Universiti Teknologi Texas untuk mempromosikan Malaysia sebagai “destinasi menarik buat pelancong AS”.

Mereka diminta mengetuai persembahan pelancongan dan kebudayaan di seminar yang akan dihadiri kira-kira 500 peserta dari pelbagai negara ketika pesta muzik dari 13 hingga 17 Okt itu.

“Penyertaan anda akan mendedahkan aspek Malaysia yang tidak diketahui kebanyakan hadirin.

“Kebanyakan rakyat AS tidak tahu mengenai kecantikan dan gaya hidup dinamik di negara anda,” demikian menurut jemputan Taylor.

Katanya, kehadiran Malaysia dalam pesta itu membuka peluang kepada penganjur meneruskan usaha mereka meningkatkan pemahaman budaya dan mempromosikan pelancongan antara negara.

Taylor, yang juga penerbit pesta itu berkata, wawancara televisyen akan “menyokong misi kami untuk merapatkan seluruh dunia”.

Lyia turut menerima surat daripada Presiden Dewan Perniagaan Daerah Marion, Paul Moore, yang mengalu-alukan beliau sebagai “aset” kepada komuniti mereka, yang berjanji akan mempromosi dan menyokong seminar itu.

Sejak 2014, pesta itu memfokuskan “muzik country” dan menarik pemuzik dari semua benua.

Lyia, yang dicalonkan untuk beberapa anugerah dalam pesta itu berkata: “Walaupun saya kecewa, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan permohonan saya tahun depan kerana manfaat untuk negara dari segi promosi budaya dan pelancongan sangat besar.”

Katanya, ketika berada di Tennessee dan memenangi anugerah Artis Dunia Tahunan (2018) dan Artis Tahunan (pelbagai genre – 2019) di Anugerah Muzik Josie untuk artis bebas, ramai yang ingin tahu mengenai Malaysia.

“Mereka teruja mendengar mengenai negara kita yang mempunyai kepelbagaian budaya, perayaan agama dan makanan.”

Lyia berkata, perjalanannya ke Tennessee dengan suaminya ditaja individu yang “meminta kami membanggakan Malaysia”.



KERAJAAN PRIHATIN....





 

MAKAN GAJI BUTA TAK APA.....JANJI ISLE....


May be an image of 1 person and text that says "IGHH #MindaPresidenPAS HARGA BARANG NAIK KERANA TIDAK LAKSANA ISLAM ABDUL HADI WANG Utusan Malay 8Feb2014 "Kenaikan harga barang adalah berkait dengan tindakan kerajaan yang tidak melaksanakan Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW serta sebuah kerajaan yang mempersendakan Islam""






ATOK SAKA LAGI

 





Ray Hunter


Mukhriz mahathir mengesahkan Mahathir membuat perjanjian sulit di belakang tabir bersama Ismail Sabri untuk menyokongnya sebagai PM asalkan Ismail Sabri memberi jawatan MPN..Inilah punca PH tidak dapat kembalikan mandat rakyat..Mahathir penghianat PH.

PARLIMEN BUBAR SELEPAS 21 JULAI 2021 BERI PELUANG ISMAIL SABRI AMBIL ALIH KEPIMPINAN UMNO LEBIH DULU.

 

Antara perkara yang dipersetujui dalam MOU yang dimetrai oleh kerajaan dengan PH ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan.

Ia bertujuan agar beberapa rang undang-undang yang dipersetujui bersama dalam MOU itu dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan tanpa banyak masalah.

Antaranya ialah rang undang-undang anti lompat, undi 18 dan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun.

Bermakna, sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai tahun depan, Ismail Sabri Yaakob akan terus kekal mengetuai kerajaan yang dipimpinnya sekarang.

Selain tidak membubarkan Parlimen sebelum Julai tahun depan, secara tersiratnya juga melalui MOU itu Ismail Sabri memperolehi jaminan sokongan daripada PH untuk terus menyokongnya jika ada pihak lain seperti kelompok tertentu dalam UMNO atau puak kiri Bersatu misalnya, yang ingin menjatuhkannya.

Tarikh tersebut adalah berbeza dengan tawaran kerjasama rentas parti oleh Mahiaddin Md Yasin sebelum ini yang menjanjikan PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya Julai 2022.

Dalam erti kata lain, Mahiaddin menawarkan PRU15 akan diadakan sebelum Julai, manakala Ismail Sabri hanya akan membubarkan Parlimen selepas Julai 2022.

Apakah makna selepas Julai 2022 itu?

Dalam hal berkaitan, harus difahami bahawa dalam surat kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS memberi kebenaran penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan ialah pemilihan parti itu mesti diadakan sebelum Disember 2022.

Boleh jadi atau atau biasanya pemilihan UMNO peringkat pusat akan diadakan pada Oktober atau November 2022.

Biasanya juga pada Julai sehingga Oktober akan berlangsung pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian-bahagian.

Ini bererti, adalah tidak mungkin Ismail Sabri bertindak membubarkan Parlimen sebaik saja bulan Julai berakhir kerana pada waktu itu UMNO peringkat cawangan dan bahagian seluruh negara sedang sibuk mengadakan mesyuarat masing-masing.

Tempoh selepas itu juga tidak sesuai untuk diadakan PRU15 berikutan pemilihan UMNO peringkat pusat mesti diadakan sama ada Oktober atau November iaitu sebelum Disember 2022.

Apatah lagi dengan UMNO sudah jadi kerajaan sekarang, kemeriahan berkempen, membelanja perwakilan makan di hotel-hotel dan sebagainya seperti sebelum ini sudah pasti kembali semula dengan sendirinya.

Ia bermakna tempoh berkempen yang munasabah haruslah diperuntukkan.

Makna kata, tarikh paling sesuai untuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen ialah pada awal 2023 iaitu selepas pemilihan UMNO diadakan.

Berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika ini sementara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang dibicarakan di mahkamah, begitu juga dengan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan, hampir pasti pemilihan UMNO tahun depan akan menyaksikan perubahan teraju kepada kepimpinan baru.

Mudah kata, melalui MOU yang memberi keselesaan kepada Ismail Sabri mengadakan PRU15 hanya selepas Julai 2022, ertinya selamat jalanlah buat kumpulan kluster mahkamah dalam UMNO dan mereka yang menjadi penyokongnya sekarang ini.

Tiada ruang atau kalau ada ruang pun, semakin sempit untuk kluster mahkamah mampu mengekalkan jawatan mereka.

Ismail Sabri akan mendepani PRU15 dengan beliau sendiri akan mengetuai UMNO pada waktu itu. –


 ShahbudinHusin 16/09/2021.




TAHNIAH - AKTIVIS MUDA DIKETUAI ADAM ADLY SERTAI KEADILAN


Kita masih ingat, pada 13 Mei 2013, Adam Adli ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.


Beliau ditahan pada 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[2] Adli digari di pejabatnya di Bangsar dan didakwa mengikut Akta Hasutan dan disiasat di bawah Seksyen 125b Kanun Keseksaan kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia. Pada 19 Mei 2013, Adli telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penangkapannya kerana menghasut.  Dikatakan, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum 13 Mei.  Adam Adli telah dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 23 Mei 2013 di Kuala Lumpur.


Hari ini, anak muda bekas pemimpin mahasiswa tersebut secara sahnya telah menyertai KEADILAN bersama lebih 20 orang lagi anak muda termasuk wanita muda.  Satu lagi suntikan buat KEADILAN yang membuktikan bahawa KEADILAN kini telah menarik minat golongan muda kerana prinsip dan dasarnya tidak pernah berubah iaitu untuk memperjuangkan keadilan, melawan kezaliman dan melaksanakan reformasi.  


Pengumuman beliau bersama beberapa wakil anak muda telah diadakan di HQ Keadilan bersama Presiden, DSAI dan Ketua AMK, YB Akmal Nasir.    Tahniah, anak muda !!


WFAUZDIN NS


Kenapa Melayu tidak sokong DAP? Rosli Khan

 

Perakuan 220 Ahli Parlimen mengenai calon pilihan mereka sebagai perdana menteri yang dipersembahkan kepada Istana Negara beberapa minggu lalu, masih menjadi perbualan sehingga sekarang.

Menurut banyak laporan, Ismail Sabri mendapat 114 undi sedangkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendapat 105 undi. Berbagai spekulasi yang diutarakan termasuk telahan bahawa Ahli Parlimen membuat pilihan mereka atas faktor perkauman. Di satu pihak (Umno-Perikatan Nasional), majoriti Ahli Parlimen adalah Melayu dan di pihak kedua (Pakatan Harapan) jumlah wakil rakyatnya hampir sama rata antara Melayu dan bukan Melayu.

Antara kesimpulan dibuat ialah Anwar tidak diundi kerana dalam kumpulan beliau (PH) terdapat ramai Ahli Parlimen bukan Melayu. Menurut golongan wakil rakyat yang menolak presiden PKR itu, undi untuk Anwar sebagai PM akan membawa ‘risiko’ kuasa kerajaan akan berada di tangan bukan Melayu.

Saya benar-benar berharap Ahli Parlimen kita, tidak kira sebelah mana pun, tidak berfikir sedemikian kerana pandangan begitu amat merbahaya untuk sistem demokrasi negara dan rakyat sendiri.

Tetapi sekiranya faktor ini menjadi pertimbangan dalam Ahli Parlimen memilih Perdana Menteri, nyatalah Malaysia dan sekaligus kumpulan PH yang mengandungi ramai Ahli Parlimen DAP (seramai 42 orang dan juga bukan Melayu dalam PKR) mempunyai masalah maha besar untuk bergerak di masa akan datang.

Faktor ini perlu ditangani oleh pihak PH (khususnya DAP) sendiri kerana ia akan menjuruskan lagi negara ke arah perkauman yang lebih kronik, dan sebelum ianya menjadi lebih serius, isu perkauman ini mesti ditangani dengan segera.

Soalannya ialah bagaimana caranya? Persoalan ini terkait rapat dengan isu yang dinyatakan diatas; Kenapa Melayu (termasuk Ahli Parlimen) tidak sokong DAP.

Tak kenal maka tak cinta

Ada pepatah Melayu yang sering kita dengar, ‘tak kenal maka tak cinta’. Ini membawa maksud ramai pengundi Melayu tidak begitu kenal dengan DAP, pemimpin parti, atau calon-calon dari DAP.

Mereka kurang pasti apakah intipati perjuangan DAP sebenarnya. Apa tujuan atau motif yang dibawa oleh ahli-ahli parti yang ramai dianggotai oleh kaum Cina dengan sedikit kaum India dan cuma segelintir saja ahli Melayu, Iban, atau Kadazan-Dusun-Murut (KDM) di dalamnya.

Parti yang rata-rata berpusat di kawasan bandar ini dikatakan banyak membawa isu-isu yang berkisar dengan pendidikan, pembelajaran, dan sumber kewangan sekolah jenis kebangsaan untuk kaum Cina sahaja. Lawan utama DAP ialah MCA. Dari perspektif kaum Melayu, parti ini berjuang untuk mewakili kaum Cina.

Sebagai contoh, bagaimanakah pemimpin DAP yang ramai berbangsa Cina dan sedikit kaum India dapat membantu penduduk Melayu di bandar yang majoritinya menginap di PPR?

Seperti yang diketahui, di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi DAP seperti Damansara, Puchong, Bangi, Kepong, Seputeh dan banyak lagi, rata-rata dimenangi wakil rakyat bukan Melayu. Faktor utama di sebalik kemenangan itu ialah bukan Melayu menjadi majoriti pengundi di kerusi-kerusi tersebut.

Pengundi Melayu di kawasan-kawasan itu golongan minoriti. Jadi fokus DAP dikatakan adalah kepada puak majoriti. Lagipun parti ini tidak mempunyai ramai ahli-ahli Melayu, apa lagi pemimpin-pemimpin tempatan yang berbangsa Melayu. Malah beberapa kerat yang ada di dalamnya kelihatan seperti dipinggirkan.

Apakah program-program parti ini yang tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja dan tidak melibatkan masyarakat pengundi Melayu di bandar-bandar yang disebutkan tadi?

Berlainan dengan keadaan di Singapura, di mana PAP, yang mewakili semua kaum termasuk golongan Melayu, banyak melantik ahli-ahli Melayu sebagai pemimpin masyarakat setempat walaupun Melayu adalah minoriti. Perbandingan dalam kaedah dan program PAP dan DAP amat jauh berbeza, dari segi kepimpinan, kewibawaan, penguasaan Bahasa Melayu serta tata-susila politik dan sosial antara Lee Hsien Loong dan ketua DAP, misalnya.

Walaupun ramai yang berkata parti mereka itu asalnya dari rumpun yang sama tetapi sekarang amatlah berbeza sekali.

Contoh yang amat ketara ialah sewaktu PH menang pada pilihan raya yang lalu dan memerintah selama 22 bulan misalnya. Ramai menteri dari kalangan DAP yang dilantik ke dalam kerajaan termasuk Menteri Kewangan itu sendiri. Apakah langkah besar yang mereka buat? Cuma seperkara menonjol iaitu satu firma konsesi tol yang mempunyai beberapa jalan tol di sekitar Lembah Klang ingin menjual kembali konsesi tol mereka kepada kerajaan dengan harga yang tinggi.

Ramai yang terpinga-pinga dan bertanya, untuk apa semua itu dilakukan?

Pulau Pinang

Mari kita lihat negeri yang di tadbir oleh DAP, iaitu Pulau Pinang.

Ramai yang berpendapat bahawa tumpuan utama kerajaan yang dipimpin oleh DAP di sana terkait dengan projek yang kononnya dipanggil pembangunan terowong bawah tanah dan tiga pulau selatan atau Penang South Reclamation (PSR).

Konsesi untuk memajukan terowong dan tiga pulau ini dikatakan ada kaitan dengan firma yang sanggup menjual kembali konsesi jalan tol mereka kepada kerajaan pusat tadi.

Akhirnya, isu ini dikatakan menjadi salah satu sebab utama kenapa kerajaan PH ditumbangkan oleh segolongan ahli-ahli politik Melayu dan bukan Melayu, yang tidak mahu memihak kepada rancangan perniagaan DAP.

Dari sini, timbul persepsi merentasi kaum di Pulau Pinang bahawa kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak telus. Mereka dianggap mempunyai keutamaan lain sehingga dan kurang perihatin dengan masalah orang ramai di Pulau Pinang, termasuk kaum Melayu setempat yang akan terjejas dengan projek PSR.

Tentangan dari nelayan

Secara kebetulan pula kaum nelayan yang bergerak bersama Penang Forum (NGO berbagai kaum) yang menentang projek PSR di Pulau Pinang ini ramai dari kalangan Melayu, yang juga tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Tentangan sebenar terhadap reklamasi pulau selatan (PSR) ini datangnya dari banyak NGO berbagai kaum yang tidak senang dengan kerosakan yang akan melanda alam sekitar. Puak nelayan cuma sebahagian kecil tapi penting.

Juga asas tambakan yang akan menggunakan pasir-pasir yang akan dikorek dan diangkut dari negeri Perak, juga melibatkan kerosakan alam sekitar di sana. Jelas, projek PSR itu dikatakan bukan sahaja merosakkan alam sekitar di Pulau Mutiara dan Perak, tetapi juga merosakkan imej DAP di dua negeri itu.

Isu berikutnya yang menjadikan DAP tidak popular berkisar kepada kelewatan projek. Dalam politik, isu-isu besar biasanya silih berganti, menjadikan ramai pengundi lupa dan terpesong dengan isu-isu baru. Tetapi kelewatan mencecah lapan tahun menjadikan isu terowong dasar laut dan projek PSR itu kekal, nyata tidak berlalu, dan tidak pernah reda dari perhatian media.

Projek yang tidak siap-siap, tidak mendatangkan hasil ekonomi kepada penduduk setempat. Apa lagi bagi menyempurnakan permintaan pengangkutan awam yang sekarang ternyata telah gagal. Ia memberi gambaran bahawa kerajaan DAP terpesong jauh dari tujuan asal dan tidak lagi mendapat keyakinan dari rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

Kesilapan demi kesilapan telah berlaku dalam menangani projek gergasi yang hilang arah, objektif, dan matlamat asal iaitu memberi pengangkutan awam yang terbaik untuk semua penduduk.

Akhirnya pengundi melihat kerajaan yang dipimpin oleh DAP itu tidak cekap, tidak membantu penduduk setempat, gagal melaksanakan program pembangunan yang mereka sendiri rancang dan tidak terhasil apa-apa dari perbelanjaan yang dikeluarkan.

Yang melihat ini semua bukan sahaja pengundi Melayu tetapi pengundi Cina dan India juga. Jadi bagaimana pengundi Melayu harus menilai pencapaian yang dicanang oleh pemimpin DAP tadi?

Tambah lagi dengan keadaan sekarang, dalam keadaan politik yang bercelaru, senang saja pemimpin parti lain ‘menangguk di air yang sudah keruh’ itu. Ahli PAS, contohnya, dengan lantang meminta kerajaan negeri membatalkan rancangan terowong dan PSR. Sebelum ini mereka pernah tidak bersuara. Mereka tidak jujur dan hanya mahu meraih sokongan sampingan.

Hilang keyakinan

Tujuan asal DAP untuk mendekati dan mendapat sokongan dari pengundi Melayu tidak tercapai oleh kerana strategi politik mereka banyak yang tersilap, hilang fokus, dan tidak menitik berat isu kemiskinan, serta berlandaskan perancangan yang tidak teratur dan tidak dapat dilaksanakan.

Apa lagi apabila pengundi Melayu yang terkesan dan tertekan dari perancangan PSR mereka.

Seperti juga kaum-kaum lain, simpati sesama kaum terhadap ketidakadilan, tekanan, dan kehinaan amat tebal dan merentasi sempadan negeri. Apa yang berlaku di Pulau Pinang memberi kesan simpati yang sama di Sarawak atau Terengganu, misalnya, terutama kepada kaum yang sama. Melalui persepsi, jelas mereka menolak parti yang terlibat.

Di sinilah letaknya kesilapan DAP yang memanjang itu. Lapan tahun berjuang untuk isu sama yang hanya menimbulkan prasangka, keresahan, dan rasa tidak puas hati masyarakat Melayu.

Kepercayaan adalah sesuatu yang amat dalam. Permulaannya ialah dari keyakinan. Pengundi Melayu di seluruh negara dapat melihat dan mempunyai persepsi tidak yakin dengan tindak tanduk pemimpin DAP.

Jadi bagaimana mereka mahu mempercayainya? Apa lagi untuk memberi sokongan?

Justeru, DAP sekarang merasa perlu untuk bekerjasama dengan kerajaan semasa dengan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU-TPS) di Parlimen dua hari lepas.

Mungkin ini titik permulaan untuk parti ini menilai kembali pendekatannya dalam menguruskan isu-isu kepentingan awam, khususnya yang melibatkan golongan miskin dan tertindas, yang terdiri dari berbagai kaum termasuk kaum Melayu juga, sama ada di bandar atau di desa.

Mereka harus lebih cekap dalam menangani kebimbangan rakyat, khususnya tentang isu yang melibatkan periuk nasi golongan miskin, agar tidak dilihat angkuh, tidak peduli, dan ‘terlebih pandai’.

Lihat kembali kepada PAP, bagaimana kaum Melayu di sana mendapat peluang sama rata dan berdiri sama rendah dengan kaum-kaum lain. Bagaimana negara itu berjaya membangunkan barisan pemimpin Melayu yang berintegriti serta diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam negara itu.

Mereka juga mampu meleraikan persepsi yang parti itu hanya mementingkan warna kulit dan memilih bulu tertentu sahaja, secara berkesan.

Selamat Hari Malaysia, Malaysians.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.