*UMNO DAN REFORMASI.*



1.UMNO dalam mesyuarat MKT pertama setelah mendapat kembali jawatan PM mengeluar kenyataan mahu menjadi PELOPOR REFORMASI INSTITUSI. 


2.Saya masuk dan keluar UMNO 2 kali.Kali pertama dipecat.Kali kedua keluar atas keputusan sendiri. 


3.Kedua-dua kali saya masuk atas dorongan dan semangat melakukan islah, reformasi. 


4.Kali pertama saya sertai UMNO didorong atas kesungguhan Dato Seri Anwar Ibrahim mahu lakukan reformasi.Semasa menjadi pemangku PM pada tahun 1997 beliau melakukan reformasi atas Akta BPR yang mengancam kepentingan elit rasuah.Setahun selepas itu beliau dipecat. 


5.Kali kedua saya sertai UMNO didorong rencana Tun Abdullah Badawi, PM ketika itu yang mengajak saya membantu beliau membuat penggubalan besar Akta BPR kepada Akta SPRM pada tahun 2008.Setahun selepas itu dia didesak meletakkan jawatan PM. 


6.Saya sendiri tinggalkan kerajaan dan keluar daripada UMNO apabila kes 1MDB mula muncul,meletakkan jawatan dan melakukan saman sivil terhadap seluruh Ahli Lembaga 1MDB. 


7.*Pokoknya, tiada ruang buat reformasi dalam UMNO.Makanya, kenyataan kelmarin UMNO mahu lakukan reformasi institusi adalah kosong dan tidak punya makna apa2.Sekadar MUSLIHAT politik dengan menggunakan perkataan reformasi DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.* 


8.Berhati-hati lah.Baru 3-4 tahun lalu landasan reformasi dipergunakan oleh musuh no1 reformasi sejak 1998 hanya sekadar MUSLIHAT. DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR 


28 Ogos 2021, 19 Muharam 1443H


DAH BAYAR BIL KA BELUM..JANGAN MINTA SEDEKAH LAGI ..GUNALAH DUIT YURAN PELAJAR DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN BUKAN UNTUK OERIBADI.

 

Aku juga berharap sangat agar lebai gatal penjual agama sekor ni tidak lagi minta sedekah atau derma dari rakyat untuk bayar bil letrik madrasah dia.  Semoga Allah buka hati dia agar dia gunakan duit-duit yuran pelajar madrasahnya dengan baik dan jangan culas bayar bil.....semak la kau.







DSIS Tertekan Menguruskan Kabinetnya Sendiri? Makcik Gemuk Masih Berkuasa?

PM REMOTE CONTROL? MEREKA NAK APA SAJA TEKAN BUTANG PASTI DAPAT/UNTUNG 1...

KONSEP KELUARGA MALAYSIA TIRU PERJUANGAN ANWAR

 

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri Ahad lalu, Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan frasa Keluarga Malaysia sebagai pendekatan baru untuk kerajaan yang dipimpinnya.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif.

“Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan tetap mengikat mereka semua,” demikian antara ucapannya dalam perutusan tersebut.

Dalam pemahaman yang lebih mudah, Ismail Sabri mahu menggunakan konsep Keluarga Malaysia dalam kerajaan yang dipimpinnya dengan tidak mengenepikan mana-mana kaum sekali pun.

Sebaik beliau mengungkapkan pendekatan tersebut, ramai pihak dalam UMNO menyifatkan Ismail Sabri meniru konsep 1 Malaysia yang digunakan Najib Razak sebelum ini.

Kata mereka, Keluarga Malaysia dengan 1 Malaysia tiada beza apa pun, cuma sebutannya saja yang berbeza.

Konsep Keluarga Malaysia yang cuba diperkenalkan Ismail Sabri semakin diperkatakan apabila beliau kemudian menjemput Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng datang ke pejabatnya pada Selasa lalu, selain sebelum itu menawarkan pembangkang untuk bersama dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Menangani Covid19.

Seolah-olah dengan konsep Keluarga Malaysia oleh Ismail Sabri itu, kerajaan yang dipimpinnya adalah sebuah keluarga besar yang menjadikan ketetapan No Anwar No DAP yang menjadi pegangan UMNO selama ini telah bertukar menjadi Yes Anwar Yes DAP.

Semalam pula, dalam mesyuarat MT UMNO yang pertama kali dihadiri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, nama Keluarga Malaysia telah dipersetujui sebagai nama baru bagi kerajaan untuk menggantikan Perikatan Nasional atau PN.

Kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menukar nama kerajaan daripada PN kepada Keluarga Malaysia adalah antara panduan yang diberikan UMNO kepada Ismail Sabri selaku Naib Presiden parti itu bagi mengemudi negara ini.

Ia juga, tegas Zahid Hamidi, telah dipersetujui oleh Ismail Sabri di mana selepas ini tiada lagi penggunaan nama PN dalam kerajaan yang dipimpinnya.

“Kerajaan selepas ini akan menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan nama kerajaan PN memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), PN (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS,” katanya lagi.

Jadi, apa sebenarnya Keluarga Malaysia ini?

Jika kita perhatikan, frasa Keluarga Malaysia ini tiada apa-apa yang menarik pun, cuma Ismail Sabri ingin menunjukkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dan bukan untuk orang Melayu semata-mata.

Terutama dalam kerajaan yang sedang berdepan dengan sokongan bukan Melayu yang kian menipis, meski kaum tersebut mewakili 35 peratus komposisi penduduk negara, memperlihatkan pentadbiran atau pendekatan yang mewakili semua kaum adalah sangat penting untuk menunjukkan sikap inklusif.

Sebab itu, sebaik berkuasa pada 2009 lalu, Najib terus memperkenalkan konsep 1 Malaysia dan kini Ismail Sabri pula dengan Keluarga Malaysia.

Begitu pun, jika kita teliti lebih mendalam, keinginan dan keikhlasan menjaga semua kaum di negara ini dengan konsep kekeluargaan tanpa memingkirkan mana-mana pihak telah lama diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim.

Tentu kita masih ingat, sejak puluhan tahun dulu lagi dalam kempen-kempen pilihanrayanya Anwar selalu menyebut – anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya dan anak India anak saya.

Sebenarnya apa yang disebut Anwar itulh konsep Keluarga Malaysia yang baru cuba mahu diperkenalkan oleh Ismail Sabri sekarang ini.

Malah, berbanding dengan Najib dan Ismail Sabri yang hanya menyebut 1 Malaysia dan Keluarga Malaysia setelah menjadi Perdana Menteri, Anwar telah melakukannya lebih dulu dan sebelum beroleh kuasa lagi.

Dengan itu, Anwarlah sebetulnya Bapa Keluarga Malaysia bagi negara ini. –

 ShahbudinHusin 28/08/2021.


Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Kita rakyat Malaysia lihat bagaimana menteri ini nak laksanakan.Kalau tidak..makna kata walaun kena bertubi tubi dibohong.

 Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema


Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Rata-rata rakyat negara ini khususnya umat Islam menaruh harapan begitu tinggi agar pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355 direalisasikan dalam kerajaan baru setelah Menteri Agama diberi kepada Pas.

Ketika Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyyuddin Hassan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang beliau menegaskan RUU355 bukan keutamaan dan sebab itulah RUU itu tidak dibentangkan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berharap peluang kedua diberikan kepada Pas apabila naib presiden parti itu Idris Ahmad dilantik Menteri Agama ianya tidak disia-siakan

“Peluang keemasan untuk Pas bentang RUU355, ketika SUA PAS, Takiyuddin memegang jawatan Menteri JPM (Hal Ehwal Parlimen dan Undang2).

“Peluang itu telah disia-siakan PAS dengan alasan RUU355 bukan keutamaan pada masa 17 bulan itu.

“Kini, Peluang kedua PAS hadir lagi, bila Naib Presiden PAS, Idris dilantik Menteri Agama. Timbalan Menteri Agama, Marzuk dari PAS dikekalkan,” katanya.

Menurut Zaidi, pada 10 Mac 2021 Idris menegaskan Pas masih komited memperjuangkan RUU355.

“Apakah Idris akan melakukannya kali ini?

“Bila mereka bawa usul RUU355 dahulu, mereka tolak mentah-mentah hujah orang lain yang kata RUU355 bukan keutamaan.

“Bahkan mereka naik ke mimbar-mimbar masjid dan berkhutbah, membaca ayat-ayat mengenai orang munafik.

“Mereka tidak sebut nama, tapi terang dan jelas kepada siapa mereka tujukan dan maksudkan. ‘Sangat panas’ ketika itu, mereka begitu berapi-api menghukum orang yang tidak setuju dengan keutamaan mereka sebagai munafik.

“Ini bukan rekaan cerita. Ini sejarah yg benar,” tulisnya di Facebook.

Justeru katanya, Pas tidak boleh gagalm dalam memenuhi gesaan rakyat negara ini apabila peluang keemasan kali kedua yang terbuka kepada Pas.

“Jika kalian terus gagal kali ini, bertaubatlah kalian kerana menghukum orang sebagai munafik akidah suatu masa dulu.

“Jangan salahkan orang lain lagi. Jangan memunafikkan (munafik akidah) orang lain lagi. Orang lain kata bukan keutamaan, dihukum munafik akidah.

“Mereka kata bukan keutamaan, orang bertanya pun dikatakan ‘bisikan syaitan’,” katanya lagi.

Mac 2021, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan pusat sudah bersedia untuk dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri dan memakumkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Bil 159 telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lalu.

RUU355 menjadi agenda utama Pas dalam memperkasakan Mahkamah Syariah sehingga berlakunya satu himpunan di Padang Merbok bagi mendesak kerajaan BN ketika itu melaksanakan RUU355

POOOODAH..MASA KAU JADI MENTERI UNDANG UNDANG KAU DERHAKA.....RUU355 PUN KAU LUPA ?

 

Takiyuddin kata jawatan Menteri Agama memang sesuai dengan perjuangan Pas



Takiyuddin kata jawatan Menteri Agama memang sesuai dengan perjuangan Pas

Tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diberikan kepada Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dalam kabinet baharu adalah tepat dan selari dengan dasar perjuangan Pas.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan pelantikan itu Pas sedia menggunakan pengalaman ketika mentadbir Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam memperkasa syariat Islam di negara ini.

“Kami amat mengalu-alukan pelantikan ini dan Pas sedia memberikan khidmat serta memikul tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Bharu berkenaan melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-64.

Kata Takiyuddin, Pas optimis memainkan peranan penting dalam menggerakkan kementerian tersebut sekali gus untuk memperkasakan Islam di Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Idris sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Anak jati Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak berusia 58 tahun itu diberi mandat untuk menggantikan Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tambah Takiyuddin, secara dasarnya Pas berpuas hati dengan agihan kerusi untuk kuota menteri penuh yang diberikan kepada parti tersebut.

Katanya, Pas mahu memberikan komitmen sebaik mungkin dalam menjayakan proses pemulihan negara akibat serangan pandemik Covid-19 ketika ini.

Dalam pembentukan kabinet baharu pada Jumaat, Takiyuddin dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli manakala Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik semula sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Lima lagi Ahli Parlimen Pas dilantik sebagai timbalan menteri iaitu Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan; Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Hal Ehwal Agama) dan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Turut dilantik Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia).

DAH TAK RELEVEN LAGI

 

Ramzan Ahmad


Politik suku agama suku yg amanat tu dah tak releven lagi dah ka aji ??🤭




MUSTAHIL....

 

Memang tak mustahil...takkan allah buat hukum benda yang mustahil.  Masalahnya mustahil PAS nak buat ..tu je..😁



ANWAR IBRAHIM NAK JUAL NEGARA.?



bila anwar Ibrahim tercalon sebagai pm ni, 

aku saja la nak check dia ni punya background mcm mana.. nak tau jugak apa dia punya jasa yg dia pernah buat untuk negara. kenapa org melayu benci sngt dgn dia. aku dengar dia ni kaki bontot, khadam dap. nak jual negara kat cina. mcm2 lagi. aku bkn pro Anwar  tapi just saja2 nak tahu apa yg dia dah buat untuk negara sampai org benci dia sngt ni.? meh kita tngok apa yg dia dah buat. berapa bnyak aset negara dia dah jual kat cina masa dia dalam kabinet dulu.


1. yg sekolah sekitar 70an akan jumpa buku pembelajaran nama tata rakyat.  dalam buku ni ada satu tajuk "mandi safar" org dulu2 bila masuk bulan safar dorg akan buat mandi safar(mandi tolak bala) tempat mandi safar paling top masa tu kat pandai merdeka kedah.. perbuatan ni sebenarnya syirik n khurafat takde dalam hadith, quran pun. 

oleh sebabkan aku tak pernah hidup pada zaman tu, so tanyalah mak mentua aku sebab dia cikgu. untuk dapatkan kesahihan pasai buku ni. ternyata mmg ada tajuk mandi safar dalam buku tu dulu.

insan bertanggung jawab yg padam subjek tu adalah anwar Ibrahim. dia menteri pendidikan pada masa tu yg arahkan untuk padam semua tajuk mandi safar dalam buku pembelajaran tata rakyat ni. bg aku tindakan anwar ni bkn je berjasa pada negera tapi jugak  pada agama.. ini membabitkan akidah. benda mcm ni kalo biar akan jadi amalan dalam masyarakat Melayu. 


2. Memperkasakan sistem perbankan Islam. bank islam yg wujud hari ni hasil dari idea anwar Ibrahim. dan memperkenalkan pinjaman pendidikan tanpa interest.


3. Mengislamisasi pendidikan hingga pakaian menutup aurat mula diamalkan di sekolah2 arus perdana pada era 90an ketika jadi Menteri Pendidikan dan menerapkan aspek Nilai Murni dlm tiap subjek.


4. tertubuhnya University islam antarbangsa hasil idea anwar Ibrahim


5. anwar yg angkat idea pemikir USM hingga lahirnya Amanah Ikhtiar Malaysia dan tekun. yg bnyak membantu org melayu  untuk buat pinjaman perniagaan. sampai skrg masih wujud lagi.


6. Menubuhkan Yayasan Anda, sekolah swasta utk anak2 Melayu kg pada era 70an.


7. anwar pernah dijulang Menteri Kewangan no.2 terbaik Asia.


8. Euro Money Magazine 1993 menobatkan anwar sbg Menteri Kewangan no.5 Terbaik Dunia.


9. Pada 1998 menjadi Menteri Kewangan Malaysia pertama di anugerahi ‘Asian Of The Year’ oleh majalah Asia Week.


10. Sepanjang anwar menjadi Menteri Kewangan, 5 tahun berturut2 Malaysia mencatatkan budget lebihan.


11. Mencetuskan idea SUKMA ketika sebagai menteri belia dan sukan(1983) dan pada 1986 SUKMA pertama lahir.


12. anwar yg wujudkan pasar tani untuk perniaga2 kecil.


kesemuanya masih relevan dan bermanfaat kepada rakyat sampai sekarang.. so?


......


aku sebenarnya lama dah tak aktif berpolitik2 ni. dah lama tinggal. last masa arwah tok guru nik aziz meninggal.. lepas pada tu aku mmg tak ambik tahu dah.. 


tapi itu lah politik. akan sentiasa ada dalam kehidupan kita. suka or tak kita kena hadap.

masing2 ada pendapat sendiri. 


ini pendapat pribadi aku. antara sabri dgn anwar better anwar lagi. kita dah tngok hasil kerja PN 17bulan tadbir negara. adakah kita nak angkat org yg sama tadbir negera lagi dgn sop caca marba..? kita tak pernah bg anwar peluang.. dulu dalam ph dia hanya ahli parlimen biasa. takde dalam kabinet pun.. lagi pun yg ada dalam ph dulu ada dalam pn jugak skrg so apa bezanya??


islam melarang kita menjadi taasub dan ghuluw kenapa pemimpin. yg salah tetap salah.


oklah ni last aku update pasal politik 😜


yg nak kecam sila ke ruang komen😘


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR....NI KALAU DI PENANG BUAT..AKU RASA MAU RUNTUH KERAJAAN DAP ATAU PH..


 Masjid dengan senibina Melayu yang tidak jauh dari bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kini tinggal kenangan apabila di robohkan..






Masjid ini merupakan contoh yang baik sebelum ini dimana elemen senibina Melayu masjid Kelantan dikaji dan diterapkan sebagai binaan masjid yang baru.


*Masjid ni di robohkan kerana kawasan ni akan dijalankan kerja pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.


(Tambahan) Hampir semua struktur binaan masjid ini menggunakan batu bata.bukan kayu.

HARAP MENTERI YANG SAMA TUNGGU DAN UMUMKAN KETIBAANNYA



 

JOM IKUTI BENGKEL LAWAN UMNO...., AKHIRNYA MAKAN TAIK UMNO JUGA

 

Dia buat bengkel lawan Umno, last-last dia masuk bengkel umno " cara- cara cuci taik dalam tong taik".  Tu la, dalam dunia jangan sombong dan mulut celupar, ustaz.  Haha....

W.faudzin




SATU DUNIA TAHU

 


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor

 ‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor.Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang tampil menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara.

Antara yang selalu kita lihat adalah parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang. Antara yang menyerlah dan berjaya menarik menghiburkan rakyat Malaysia adalah azmannaim44mantra yang pernah viral dengan lagu raya PKP.

Terbaru Azman telah menaikkan satu lagi lagu parodi bertajuk ‘My Sejahtera Way’ dan seperti biasa lirik serta nyanyian yang bersahaja amat menarik untuk kita dengar. Apa yang paling mengejutkan, Sultan Johor turut menitahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mencari Azman.


First class, Legend – TMJ

Perkara ini dikongsikan TMJ dalam Instagram Story yang memaklumkan telah dititah Sultan Johor untuk mencari pemilik akaun tersebut. TMJ turut memuji Azman ‘First class’ yang pastinya dapat menghiburkan TMJ dan Sultan Johor.

Menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

Diharapkan agar rakyat Malaysia meneruskan aktiviti seperti azmannaim44mantra kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Apapun, salah siapa semua ini, kau tak dapat vaksin? Haha!

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar

 Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet ‘kitar semula’.

Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan lima menteri dan empat timbalan menteri baru.

Selebihnya 26 menteri (tidak termasuk Ismail Sabri) dan 34 timbalan menteri sama ada dikekalkan dalam portfolio yang sama atau dirombak.

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari - Anwar

“Negara menghadapi krisis akibat Covid-19, yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekankan rakyat terutama golongan bawahan.

“Tetapi, langkah yang diambil (oleh Ismail Sabri) hanya dikitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan, menangani masalah ini secara berkesan,” katanya secara langsung menerusi Facebook.



MOGA SAMPAI JUGA KE SUNGAI BULOH

 

Tahniah juga untuk PM Facebook Najib Razak yang serba tahu dan TPM Facebook


Acap Wajdi. Moga istiqamah mengembiri followers sampai ke Sungai Buluh.


May be an image of 2 people, including Roslin Ahmad and text that says "Tahniah kepada YB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD RAZAK Perdana Menteri FB dan DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI Timbalan Perdana Menteri FB kerana masih mengekalkan jawatan"

Mengapakah Shahidan yang tidak tinggal di Lembah Kelang dilantik Menteri Wilayah?

 


Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya 'lebih serius' dalam memikirkan hal-hal penting seperti lantikan menteri kabinet.

Menurut beliau, Shahidan Kassim yang tidak pernah menetap di Kuala Lumpur atau kawasan Lembah Kelang dan tidak faham dengan kehendak warga di sana maka tidak seharusnya menjawat Menteri Wilayah.

"Pengumuman kabinet PM, Datuk Seri Ismail Sabri lebih kepada proses 'rombakan kabinet' dengan majoriti menteri masih mengekalkan jawatan mereka.

"Namun apa yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ia adalah satu keputusan yang amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat tempatan. Menteri Wilayah seharusnya seorang yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.

"Keadaan masyarakat miskin di kota raya Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami oleh seseorang berlatar belakang seperti beliau," katanya.

Bagi Zahir, Shahidan yang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri Perlis yang jauh berbeza latar sosial penduduknya akan sangat sukar untuk memberikan input idea baharu kepada masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.

Zahir mengingatkan Shahidan bahawa terdapat rencam masalah yang dihadapi populasi bandar, yang seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza berbanding di negeri yang penduduknya majoriti tinggal di kawasan luar bandar.

"PM dalam ucapannya telah memberikan satu jaminan dalam tempoh 100 hari yang pertama, kesemua Menteri perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka. Suka saya ingatkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, ada beberapa isu yang sepatutnya diberikan tumpuan sepenuhnya.

"Perancangan jangka pendek dan panjang harus segera dirangka untuk isu kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, kehilangan pendapatan harian penjaja bandar, dan isu kehilangan pekerjaan. Dalam tempoh 100 hari, beliau sepatutnya telah merangka perancangan tindakan untuk kesemua isu di atas," katanya lagi.

Justeru, Zahir berkata, masalah di Wilayah Persekutuan memerlukan tingkat kefahaman yang rumit dari menterinya dan tekad politik untuk melakukan perubahan.

Hal itu juga, kata Zahir, memerlukan tindakan yang mencabar status quo. Namun, melihatkan kepada pencapaian politik Shahidan selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Untuk rekod, Menteri Wilayah sebelum ini Annuar Musa biar pun Ahli Parlimen dari Kelantan namun memiliki rumah dan sering tinggal di Kuala Lumpur.


NOTA PANJANG PAGI SABTU Description:




NOJJAH


Bertugas di Stor pagi ni... Nyipe nyipe keluarkan peluh.. brg banyak brabuk, bunga pun nampak kena mandikan dah.. skerat stor penuh dgn bunga.. Sebahagian kecil tak balut dgn plastik...kijoe ore jate , meme tak cakna mana.. Description: 😥

Besi2 , kayu2 , backdrop pelamin bertimbun2 memenuhi stor..Hasil kijoe 24 tahun.. sebahagian dok dlm stor lain di Dewan Beta..

Melihat semua ni, aku mari baso sebak dan sayu... Ini la minat aku selama ini.. yg aku buat sepenuh hati dan dgn rasa penuh kasih sayang..

Dgn kijoe jadi Wedding planner, aku ramai kawan..networking dari seluruh negara, segenap negeri, segala ceruk kapong, segala laluan bandar di klate aku gi..

Di Seluruh Selangor, aku jajak serata Hotel, serata Balai rakyat, srato Dewan Org ramai, segenap perumahan..Aku boleh kenal pelbagai jenis manusia dari peringkat menteri2 di Putrajaya jame tu, hingga ke peringkat tuke sapu ..Aku bertemu customer dr level kayangan ke level marhaen, dari level kaya raya duit bagai pasir, hingga customer peringkat nak makan pun bersisa sen sen ..

Banyak kenangan pahit manis aku lalui.. Semua itu la yg membentuk aku seadanya hari ini..

Maka, kerana pergaulan , krn hubungan perniagaan yg byk bertukar menjadi sahabat, aku mendapat satu jaringan persahbatan yg sgt besar, memungkinkan segala urusan kerja2 kebajikan dan kerja amal aku menjadi lebih mudah .Ramai sahabat yg bersedia membantu bila bila masa saja.. Asal aku oyak je, berebut2 sahabat yg nak membantu..Bukan aku nak menunjuk atau riak..aku catat di sini sbg satu bukti, bagaimana aku mudah mendapat tajaan, sumbangan atas apa saja program yg aku terlibat..

Aku catatkan di sini, sbg bukti bagaimana aku mudah mendapat maklumat ttg apa apa isu..even atas isu2 yg agak ketat pun, kdg dgn mudah aku mendapat maklumat..Tetapi sebahagian besar, tidak la aku buka utk tatapan dlm medsos..Dalam persahabatan, aku sgt ketat menjaga kerahsiaan..Jika dipesan, simpan, simpan la aku sampai ke liang lahad..Jika boleh diwar2kan, tokde 2 saat, aku segera berkongsi jika ia perlu dan bawa manafaat kpd Amanah dan PH..

Oleh krn itu la. Utk kali terakhir, lepas ni aku tak akan sebut lagi hal ni.. Utk kali terakhir, aku menafikan sekeras2nya tuduhan terhadap aku, yg menyatakan aku SB Umno, yg hadir ke dalam Amanah dgn niat yg tidak baik.. Aku tahu di dalam al Quran Allah tidak menggalakkan bersumpah, tetapi dlm hal2 tertentu, ia diharuskan.. Lillahitaalla, aku hanya la manusia biasa, yg kebetulan saja mempunyai hubungan yg agak baik dgn pelbagai peringkat manusia..maka kelebihan itu menjadi masalah pulak bagi aku di dalam penglibatan aku dlm Amanah selama ini..

Kenapa aku sebut hal ni secara serius hari ni?

Kerana aku ingin menoktahkan tuduhan dan fitnah terhadap aku.. Dan aku jugak tidak lagi akan menjawab apa saja persoalan berkaitan fitnah itu..

Kpd sahabat2 yg percaya kpd fitnah itu, samada dari Awan dan Amanah klate khasnya.. aku cuma ingin berpesan .. Belajar la menilai siapa musuh, siapa sahabat sebenar dlm laluan perjuangan kita.. Seumpama di sebuah padang yg luas, byk kemucuk di jalanan.. kelihatan cantik dari kejauhan, tapi bila penuh di kaki seluar, gatal merenyam kita sudahnya..byk kerikil di jalanan, byk kaca yg kelihatan bersinar..Walau kaca, walau kerikil, walau kemucuk..Allah letakkan ia di sepanjang perjalanan kita dgn peranan masing2.. Tidak Allah jadikan segala sesuatu atas muka bumi ini sia2.. Atas kita la nak nilai staro mana..

Aku tidak ingin mendabik dada..Tetapi org2 seperti aku, kalau kalian percaya kpd fitnah yg dihalakan kpd aku, maka ketahui la kalian adalah org2 yg rugi.. krn kalian tidak tahu bagaimana aku telah berikrar menginfaqkan diri utk berbuat kebaikan, aku telah berikrar utk hanya berpihak kpd kebenaran walau di mana aku berada..Aku hanya akan bercakap perkara yg benar, walaupun pahit..

Darah yg mengalir dlm tubuh aku, adalah darah Puteri Saadong, yg tidak mudah mengalah dlm setiap cabaran.. Tetapi seperti jugak manusia biasa yg lain, Puteri akhirnya membawa diri jauh ke dalam rimba, apabila sudah tidak mampu berada di keliling manusia yg tidak punya rasa ..

Tidak seperti Puteri , aku tidak ada rimba utk dituju.. Dan aku pun tidak akan mengalah selagi hayat masih ada. Byk hala byk haluan, banyak cabang, Amanah tetap di hati, sekurang2 selagi beberapa org yg aku yakini masih berada di dalam Amanah..

Insyaallah semoga dikuatkan hati dan semangat meneruskan langkah dlm perjalanan yg sangat panjang ini..

Salam perjuangan semua!

Lawan tetap Lawan!

Nojah Fendi

28/8/2021

3 hari menjelang hari Kemerdekaan ke 64..

Semoga jiwa kita juga merdeka sepenuhnya ..

 

Selepas Ismail Sabri umum barisan Kabinet baru, MKT Umno bermesyuarat malam ini

 


Selepas Ismail Sabri umum barisan Kabinet baru, MKT Umno bermesyuarat malam ini


Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.

Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21 Ogos lepas.

Bahkan, ini juga kali pertama sidang MKT berlangsung dengan Perdana Menteri datang dari kalangan pimpinan kanan parti UMNO, tetapi bukan sebagai Presiden parti tersebut.

Difahamkan, mesyuarat khas ini sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri bersama timbalan masing-masing.

Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden UMNO kembali ke dalam barisan Kabinet, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Dalam pada itu, portfolio Kementerian Pertahanan kini kembali semula kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein biarpun beliau bukan lagi sebahagian daripada pimpinan pusat parti tersebut.

Turut menjadi tumpuan ialah pelantikan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan, satu lagi portfolio yang dianggap kanan oleh pemerhati politik.

Beberapa veteran UMNO juga dilantik ke dalam kabinet iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Sementara Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO, diserap semula ke dalam Kabinet selepas meletak jawatan sebagai menteri sewaktu di era Muhyiddin.

Perubahan landskap politik berlaku selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan Putrajaya selepas 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri selepas mendapati Ahli Parlimen Bera itu mempunyai sokongan yang mencukupi oleh majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

DIUPDATE LEWAT KERANA GANGGUAN TALIAN...AKAN DISAMBUNG SEMULA JAM 4 PETANG....MAAF KERANA GANGGUAN #KERAJAAN BOTOI KICAP

 



      GANGGUAN TALIAN..HARAP MAAF


Pihak ketiga punca TNB tak dapat bekal elektrik tanpa gangguan

HAAAA.....HANGPA GADUH LA PULAK...PN KA BN ? LETAK LA KERAJAAN MELAYU ISLE 69... KERAJAAN #69..KERAJAAN LORI SAMPAH...KERAJAAN BOTOL KICAP....

 


Terkini! MKT Umno buat ketetapan reject nama kerajaan PN

Terkini! MKT Umno buat ketetapan reject nama kerajaan PN

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan dengan beberapa panduan utama selepas perbincangan dan dipersetujui bersama Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara panduan itu adalah kerajaan perlu terus menggunakan jenama Keluarga Malaysia dan Kerajaan Malaysia dengan tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini kerana kerajaan yang dibentuk ketika ini merupakan kerjasama politik longgar antara Parti Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS; Parti Perikatan Nasional (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan STAR); Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Yaakob di Menara Dato Onn di sini pada Jumaat.

Katanya, beberapa perkara lain yang dicapai mesyuarat yang berlangsung selama hampir tiga jam itu adalah UMNO menyahut titah saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus.

“Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambahbaikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC).

“Ia termasuk moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik,” jelasnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, MKT turut menetapkan parti itu mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.

“Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, parti itu turut menggesa penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.

((LIVE)) KABINET LORI SAMPAH - YB MAHFUZ OMAR