Macam-macam gelaran dilempar kepada kerajaan recycle 69. Kabinet kayu, lori sampah, lori taik. Adakah akan beri impak kepada mereka?
Mana mungkin kerana apabila Allah menutup hati dan mengizinkan kejahatan dilakukan, tiada siapa dapat membuka hati menginsafkan atau menghalang mereka.
Jalan2 kejahatan yg dipilih mereka adalah jalan2 yang akan mereka lalui. Yang penting janganlah kita ikut sama. Baik pun ada hadnya, ya PH.
DS Anwar Ibrahim dan MP PKR mohon jangan angkat tangan memberi kepercayaan kepada kerajaan 69 songsang tunggang langgang pada 6.9 nanti. AMANAH dan DAP tu kalau liabiliti, jalanlah sendiri bersama rakyat. Biar rakyat angkat DS sebagai PM.
Jangan kerana nak jaga hati kawan-kawan, harapan kami pula diperjudikan. DS dari dulu terkenal menjaga hati kawan-kawan sehingga mereka sanggup khianat dan cerca DSAI, kami ahli bawahan yang tidak tahan. Kami yang bermusuhan dengan mereka. Sedangkan DSAI senang memaafkan.
Rasanya Reformasi elok dimula dengan DSAI sendiri dengan berani melepaskan diri dan menjauhi pembodek-pembodek yang berpura-pura yang nampak DSAI akan tergelincir tetapi membiarkan dan kawan-kawan yang mengambil kesempatan dengan ketulusan dan kejujuran DSAI.
DSAI MESTI SENANTIASA ingat dan berwaspada bahawa lebih ramai ahli politik dan orang-orang sekeliling DSAI matlamat mereka hanya menyekat DSAI sebagai PM. Itu sahaja. Mereka sanggup dibayar jutaan demi menggagalkan cita-cita DSAI memerdekakan dan membina Malaysia semula.
Selagi pandangan penyokong setia dan rakyat menjadi kelas kedua, selagi itulah DSAI terdedah kepada pengkhianatan. Kami tidak letih berjuang disisi DSAI, kami cuma letih disaat kemuncak harapan, kami terpaksa kompromi dan berakhir dengan kekecewaan. DSAI pernah dengan bersendirian mengumpul ratusan ribu manusia yang bersedia dengan kebangkitan. Walau dalam penjara perjuangan reform DSAI kami teruskan dengan keyakinan ia terbaik untuk negara.
Namun apabila DSAI berkompromi dengan watak-watak munafik berselindung dengan janji reform, kami kecewa. Tiada keperluan mereka reform apabila mereka dapat manfaat dari sistem pincang. Semuga tiada lagi kompromi dari pihak DSAI untuk menghormati dan mengambil hati sesiapa selain dari RAKYAT yang menaruh segunung harapan pada DSAI. SESUNGGUHNYA SELAIN DARI MUNAJAT KEPADA ALLAH, HANYA DENGAN DSAI USAHA KAMI, TIADA SIAPA LAGI.
Tolong jangan kecewakan kami.
- kakIDAabd -