Fathi Aris Omar
Apakah Bersatu mati-matian akan pertahan berada dalam PN? Siapa yang akan tandatangan watikah calon Johor dan Negeri Sembilan?
Tetapi aku suka orang yang melawan macam ini 💪
Sebenarnya perlawanan Bersatu dalam PN kali ini menentukan jatuh bangun TS Muhyiddin Yassin dan juga DS Azmin Ali, dua tokoh nasional yang dianggap penyusun politik terbaik (sebelum ini).
Muhyiddin mungkin sudah lanjut usia tetapi Azmin masih bertenaga. Begitu juga anak muda Bersatu, apakah mereka tidak mahu melawan sepak terajang DS Hamzah Zainuddin dan gengnya?
Muhyiddin mungkin bersara. Tetapi Azmin dan pengikut yang muda hendak ke mana? Mereka pernah berada di puncak ketika Muhyiddin ketuai negara dan mereka kini di titik terendah di saat Muhyiddin dipijak Hamzah dan PAS.
Tak kan hendak tengok sahaja? Dahlah putih tulang, terpaksa berputih mata! Babak ini cukup menarik. Alang-alang celup pekasam PAS, biar sampai ke pangkal lengan Parti Wawasan Negara.
Kerajaan PH 1.0 yang menang besar itu pun boleh tumbang. Rampas kuasa, naikkan Muhyiddin. Bergegar negara. Tak kan PAS dengan Hamzah duk dalam PN susah sangat, kan? Lekeh sangatlah ... Kalau tidak melawan. Malu, bro, malu ...!
NOTA: Sesiapa yang pernah ikut Hamzah dahulu, tak kan satu ilmu tak diturunkan? Kalau dah kenal siapa dia, bila lagi nak kenakan?
