PENJUAL AGAMA DAKWA BERJUANG UNTUK ISLAM
Mokhtar anak Senik kata, memang parti lebai gila kuasa, sebab kami mahu kuasa untuk laksanakan agenda Islam.
Nak muntah aku dengar lebai mahu kuasa mahu bawa agenda Islam. Ada kuasa kat Kelantan, apa agenda Islam di sana selain dari air berkarat dan hutang setiap tahun untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri? Agenda Islam waktu Covid rakyat susah, hilang pekerjaan, lebai2 tukar kereta mercedes? Agenda Islam naikkan gaji sesama kamu ketika rakyat berdepan dgn Covid?
Agenda Islam kah dapatkan kuasa dengan cara bersekongkol dengan pengkhianat di Putrajaya? Zaman Nabi dan sahabat dulu, mereka bekerja keras dan berkorban nyawa untuk dapatkan kuasa bukan dgn cara berkongsi kuasa dgn puak khianat yg Allah laknat.
Cukup-cukup lah lebai jual agama.
W.FAUDZIN
ADUN LOMPAT DAN KHIANAT KINI ADA HARGA-PARTI SONDOL MACAM PAS TENGOK UNTUNG
UMNO cuma perlu sokongan 3 Adun Bebas dan 3 Adun PAS untuk bentuk kerajaan, kalaulah Bersatu merajuk. Kalau tak, cuba UMNO intai PKR.
Tapi bila sebut je UMNO nak kerjasama dengan PKR, kompom PAS akan u-turn. Takkan lebai sanggup tengok Ghanimah dia orang lain bedal.
Tapi untuk kali ini, rasanya mungkin Sultan Perak ada perancangan yang tersendiri. Biarlah PH menghadap Sultan dan dengarkan apa Sultan nak kata.
.
- R a j a G e l a p -
PARTI LEBAI PUNYA HAL...BETUL LA ADA ORANG KATA DIA AKAN SONDOL DEMI KEUNTUNGAN DIA
HAMDAN TAHA
Ini parti lagi pening....dalam banyak kes bartukar pendirian terlalu kerap....atas nama agama....kononnya lah
Pencapaian Kerajaan Melayu Isle: Kredit Rating BBB+ yang terburuk semenjak 18 tahun lepas
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Ramai yang tak perasan Fitch telah keluarkan satu rating credit
yang baharu untuk Malaysia dari A- kepada BBB+.
Kenapa rating kredit itu penting untuk sesebuah negara?
Secara ringkas rating kredit akan memberi pelabur penilaian
untuk melabur dalam sesebuah negara, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih
baik mengenai bon mana yang akan dilaburkan. Ia juga menujukkan kemampuan dan
kesediaan entiti kerajaan, untuk memenuhi tanggungjawab kewangannya dengan
lengkap dan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau rating kredit itu teruk,
pelabur mungkin teragak2 untuk melabur di sesuatu negara dan untuk negara yang
banyak bergantung pada pelaburan asing, ini akan menyukarkan pelan pemulihan
ekonomi.
Bila rating kredit dah jatuh pada BBB+ nampaknya rating kredit
kita sama level dengan Botwsana, Thailand dan Philippines. You give peanut, You
get monkey. Nak sangat Perdana Menteri clueless tapi pandai baca doa macam
sertuan SSST, dapat la kita hadiah kerdit rating BBB+.
Ini juga membuktikan yang hendak jadi Perdana Menteri bukan
sahaja perlu bijak dalam politik dan merancang ekonomi dalam negara, tapi
kehilangan kepercayaan pelabur antarabangsa juga perlu di atasi. Selagi tak ada
undi percaya pada Perdana Menteri dan tak bertukar leadership, jangan mimpi
pelabur akan datang melabur di negara kita.
Anwar sendiri kata dia demokratik; tapi kalau hendak suruh dia
berundur, kena ada penganti yang sama
hebat
atau lebih
hebat
lagi; dan bukan pengganti yang dah di beri kepercayaan tetapi
gagal. ( sama tak macam saya sebut?)
Secara ringkas ini apa yang Fitch sebut; mana-mana umat melayu
Isle kena cakna bab ini sebab kalau kemelesetan ekonomi, semua akan kena dan
ianya bukan salah DAP. Fitch juga kata Kerajaan PN kena KURANGKAN PERBELANJAAN
MENGURUS DAN TINGKATKAN PENDAPATAN Negara.
Sebab itu ramai yang kata belanjawan 2021 adalah membusung;
tengok MITI buat sidang APEC maya 66 juta, Menteri Sawit renovate OPIS 24 juta;
toksah dok cerita pasal rahmatlah.
----------------------------------------
Ini ringkasan dari komen Alan seorang economis ( let me know if
you want the credit for the writing as someone forward this to me in FB)
Rating ️penurunan kredit mengejutkan
kerana ini hanya kira-kira lapan bulan setelah kita menyemak semula prospek
rating kredit Malaysia dari stabil ke negatif pada 9 April 2020.
Kami percaya
penurunan BBB + disebabkan oleh kemerosotan mendadak dalam kewangan awam, serta
kesan dan jangka masa pemulihan COVID-19 pada ekonomi.
Fitch
memperingatkan kelemahan dalam beberapa metrik kredit utama Malaysia, seperti
pelaburan yang lemah dan penerimaan sektor pelancongan yang rendah kerana wabak
Covid.
Fitch juga
memetik ketidakpastian politik yang berlanjutan berikutan perubahan
pemerintahan Mac lalu ( Langkah Shereton yang di sertu oleh
).
Kali terakhir
Malaysia dinilai BBB + oleh Fitch adalah pada 7 Ogos 2002.
Walaupun Fitch
juga mengingatkan kewangan luaran Malaysia akibat lebihan akaun semasa semasa
penyempitan imbangan pembayaran (BOP), agensi ini menjangkakan akaun semasa
akan kekal lebihan (3.4% daripada KDNK pada tahun 2021 berbanding 4.2% dari
KDNK pada tahun 2020).
Fitch
menjangkakan pertumbuhan KDNK menyusut 6.1% pada tahun 2020, tetapi melonjak
semula pada 6.7% pada tahun 2021 disebabkan oleh kesan asas, dan defisit
anggaran projek sebanyak 5.4% daripada KDNK pada tahun 2021, dari anggaran
-6.0% daripada KDNK pada tahun 2020, dan defisit purata 4.5% daripada KDNK dari
2021 hingga 2023.
️Berdasarkan ramalan oleh Fitch
ini, kami menjangkakan tidak akan ada penurunan lagi oleh Fitch dalam masa
terdekat, kerana prospek kredit negara berubah menjadi stabil.
Standard ️ Kedua-dua Perkhidmatan
Penarafan Standard & Poor (S&P) dan Perkhidmatan Pelabur Moody
(Moody's) mengekalkan penarafan tukaran mata wang asing jangka panjang negara
masing-masing pada A- dan A3.
️Untuk mencegah penurunan taraf
kredit negara yang lebih tinggi oleh agensi penarafan antarabangsa, kami yakin
Kerajaan perlu mengkaji semula strategi baru dan menunjukkan komitmen tegas
dalam MENGURANGKAN DEFESIT BELANJAWAN, setelah pandemik Covid-19, seperti
mengurangkan perbelanjaan mengurus Kerajaan serta meningkatkan pendapatan
kerajaan.
Ringkasnya,
kami mengekalkan pertumbuhan KDNK sebenar tahun 2021 pada 6.0% (-5% pada tahun
2020), dan mengunjurkan Ringgit kekal stabil pada RM4.10 / USD pada akhir 2020
dan RM4.20 / USD sebanyak akhir 2021.
----------------------------------------
Penarafan kredit Malaysia merosot bukti belanjawan gagal, kata Chin Tong
PETALING JAYA: Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata, belanjawan tahunan kerajaan adalah punca kemerosotan penarafan negara semalam.
Dalam kenyataan, Liew berkata, belanjawan yang “lebih lemah daripada yang diharapkan itu” terlalu konservatif dari segi kewangan bagi menjamin pemulihan ekonomi lebih kukuh dan menghalang kemerosotan penarafan kredit Malaysia.
Berikutan penurunan penarafan itu katanya, kos pinjaman negara akan meningkat, sekali gus menyebabkan pelaburan ekonomi tersekat.
“Jelas sebelum ini bahawa pusingan belanjawan memerlukan pemikiran di luar kotak berdasarkan kos ekonomi pandemik Covid-19 yang tinggi.
“Belanjawan itu sepatutnya memberi tumpuan kepada langkah yang perlu diambil bagi memulihkan ekonomi semata-mata, bukan cuba mematuhi peraturan agensi penarafan yang tidak telus dan sewenang-wenang.
“Peluang itu telah terlepas dan kini rakyat Malaysia berdepan risiko terpaksa membayar harganya,” katanya.
Semalam agensi penarafan AS, Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia dari “A-“ ke “BBB+” dengan unjuran negatif ke stabil.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abd Aziz berkata, kerajaan kecewa terhadap hasil penarafan itu, dengan menambah bahawa penurunan itu didorong oleh kesan wabak Covid-19 ke atas kedudukan kewangan negara dan keadaan politik domestik.
Sekali PN kalah undi Belanjawan 2021, kerajaan goyang - Dr Azman
Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) perlu berjaya meluluskan kesemua Rang Undang-undang
Perbekalan (Belanjawan 2021) yang dibahaskan pada Peringkat Jawatankuasa
(kementerian) sekiranya mahu kekal teguh dan berkuasa.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, sekali sahaja pihak PN gagal meluluskan belanjawan pada Peringkat Jawatankuasa maka hal itu menghantar isyarat kerajaan lemah dan bermasalah.
"Dalam ruang belanjawan kalau berlaku tersungkur (gagal lulus belanjawan) satu kementerian, ia akan membawa kepada satu masalah yang mungkin membuka ruang yang lebih luas (kejatuhan kerajaan).
"Kalau itu tak berlaku, usaha (menukar kerajaan) akan berjalan terus. Sekarang pun untuk membuktikan sokongan padu kepada PN menjadi masalah, tak sampai pun jumlah yang dikehendaki oleh Perlembagaan, iaitu lebih dari separuh (111 Ahli Parlimen). Tak ada," katanya dalam forum bertajuk 'Apa selepas undian Belanjawan 2021' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.
Menurut Dr Azman lagi, Pakatan Harapan (PH) masih mempunyai peluang luas untuk menubuhkan kerajaan melalui cara menggagalkan undian akhir Belanjawan 2021 pada 17 Disember atau secara Akuan Berkanun selepas sesi Parlimen.
Semua strategi berkenaan disesuaikan mengikut situasi mengambil kira Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan belanjawan.
Namun sekiranya hal itu tidak berlaku, kata Dr Azman, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin mengambil tempat dan akan diadakan selepas wabak Covid 19 reda.
"Keadaan terburuk ialah mengadakan PRU (tergempar). Ini juga perlu mengambil masa lebih kurang setahun sebab syaratnya jika Covid reda baru boleh buat. Maksudnya kita perlu bersedia pada tahun hadapan.
"Tetapi PRU ini tidak mudah kepada kita dan kepada PN kerana menjadi kerajaan semasa Covid juga sakit, banyak benda perlu dijawab.
"Juga akan ada persefahaman dari parti-parti politik walaupun sekarang ini berada di dalam blok lain. Ruang dan peluang masih ada untuk PH menjadi kuasa dominan dalam politik Malaysia.
"Apa yang kita lihat sekarang kerjasama politik bertambah baik seperti ditunjukkan dalam perbahasan belanjawan. Ini kerana kali pertama parti-parti politik tidak mengira kerajaan atau pembangkang, tidak bersetuju dengan dasar tertentu.
"Mereka memberitahu kerajaan, walaupun kami kerajaan tetapi kami menolak. Hal itu belum pernah terjadi dahulu," katanya.
Oleh yang demikian, Dr Azman menjangkakan lebih banyak penjajaran politik akan berlaku selepas PRU 15. Tidak semenstinya pertandingan akan berlaku sebagaimana 3 PRU lepas, iaitu satu lawan satu di setiap kawasan.
Belanjawan 2021: Skuad KEADILAN sokong penuh strategi Anwar
Skuad KEADILAN Malaysia menyokong penuh keputusan Pengerusi
Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli-ahli Parlimen PH untuk
tidak menggagalkan undian Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan
(Belanjawan) 2021 pada 26 November lalu.
Menurut satu kenyataan, Skuad KEADILAN percaya tindakan itu diputuskan oleh Datuk Seri Anwar sebagai satu strategi jangka panjang dan tidak sebagaimana didakwa sesetengah pihak memperlihatkan kelemahan PH.
"Walaupun keputusan tersebut tidak menyenangkan pelbagai pihak dan menjadi punca kekecohan di peringkat pemimpin PH hingga ke akar umbi, namun melalui siri penerangan yang telah dilakukan, masyarakat kini faham dengan jelas bahawa keputusan Datuk Seri Anwar adalah di atas dasar kematangan politik, demi meletakkan keutamaan kepentingan rakyat dan negara.
"Kami di Skuad KEADILAN Malaysia mempunyai keyakinan tinggi terhadap kebijaksanaan, kejujuran, pengalaman dan kepimpinan Anwar serta ke semua pimpinan PH dalam menangani pembentangan Belanjawan 2021 ini.
"Kami tegas menyokong sepenuhnya tindakkan yang telah dan bakal diambil demi mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan masa depan negara.
"Kami mendoakan seluruh saf kepimpinan PH dikurniakan kebijaksanaan, perpaduan dan kekuatan untuk menangani Belanjawan 2021 dengan jayanya," tulis kenyataan tersebut.
Pada 26 November lalu Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat undian dasar apabila PH tidak bersetuju menggagalkannya melalui undi belah bahagian. Belanjawan tersebut lulus melalui undi suara.
Penarafan kewangan Malaysia turun, kerajaan PN hilang keyakinan antarabangsa
Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) menghadapi satu lagi cabaran berat di tengah-tengah
pandemik Covid 19 yang belum selesai.
Semalam Fitch Ratings, agensi penarafan kewangan antarabangsa telah menurunkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) matawang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘ untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun lalu.
Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penurunan itu dan juga komen Fitch mengenai ketidakstabilan politik telah membawa Malaysia ke jurang ketidakyakinan antarabangsa dari pelbagai sudut.
Katanya, jawapan balas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkait penarafan IDR tersebut juga amat membimbangkan.
"Beliau gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch yakni kestabilan politik dan tatakelola.
"Langkah Sheraton bulan Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik, tetapi juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Kerajaan minoriti ini tidak punya keabsahan sama sekali dari rakyat dan telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan (kuasa)," kata Anwar dalam satu kenyataan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, wabak Covid-19 telah menunjukkan kelemahan Malaysia dalam pelbagai penjuru termasuk aspek keselamatan modal, pengemudian tatakelola yang jelas dan tegas
Juga menurut beliau, kerajaan PN tidak berupaya merangka polisi untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan terbaik yang boleh mencorak jalan keluar dari pandemik ekonomi.
Sebaliknya, kata bekas Menteri Kewangan terbaik Asia itu, pemimpin politik Malaysia lebih senang membandingkan negara dengan pesaing yang jauh kurang keupayaan dan mundur.
"Membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi jauh lebih rendah dari kita adalah tidak tepat dan mengelirukan. Kita harus lihat Malaysia hari ini dan era lalu di mana negara tercinta ini adalah antara kuasa ekonomi serantau.
"Tidak ada perubahan yang nyata, sedangkan negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam telah mula mendakap realiti digital dunia hari ini," katanya lagi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut kecewa dengan peranan yang dimainkan Tengku Zafrul selaku ahli perbankan kerana tidak mahu membawa keluar negara daripada kemelut politik yang tidak sepatutnya disokong oleh seorang teknokrat seperti beliau.
"Wujud sedikit harapan pelantikan seorang teknokrat seperti Menteri Kewangan akan dapat meminimakan jurus dan langkah politik.
"Namun jelas beliau gagal menggarap tanggungjawab dalam mempersiapkan negara ini dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.
"Kita masih belum tahu dari mana sumber dana bagi memperoleh vaksin Covid-19, dan kita juga belum pasti bagaimana kerajaan akan bangunkan semula tunjang ekonomi negara, perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk dan rata-ratanya dari kalangan orang Melayu atau Bumiputera," katanya.
Tegas Anwar, semak turun penarafan mengukuhkan tanggapan rakyat selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited kepada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya halatuju yang jelas.
Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada rakyat, kata Anwar, adalah kekeliruan dan ketidakstabilan yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar dari wabak Covid 19 dengan jayanya.
MUHYIDDIN PASTI BALAS DENDAM.SALAH SATUNYA DENGAN MELANTIK PEJA JADI TPM?
Dalam politik, sepertimana pertelingkahan yang lain, membalas dendam boleh dikata suatu perkara biasa.
Malah, disebabkan keinginan membalas dendam itulah politik sentiasa kelihatan hidup dan menarik.
Kalah pilihanraya atau kalah bertanding merebut jawatan dalam parti, perbuatan membalas dendam biasanya diteruskan dalam pilihanraya atau pemilihan parti yang seterusnya.
Begitulah lumrahnya, membalas dendam untuk menuntut kembali kekalahan bukan saja berlaku dalam semua parti, bahkan berlaku di seluruh dunia sejak dahulu kala lagi.
Dalam kes Peja yang dijatuhkan UMNO di Perak melalui undi percaya, selain ia memalukan Bersatu dan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, kejadian itu mahu tidak mahu sebenarnya menuntut perlunya tindakan balas dendam dilakukan.
Sebagai parti yang menunjangi kerajaan di Pusat, Bersatu tidak harus hanya berdiam diri saja atas apa yang dilakukan UMNO kepada mereka.
Kalau tidak bertindak balas, nampak sangat Bersatu begitu lekeh dan lemah.
Parti yang ternampak lekeh dan lemah, pasti tidak dilihat sebagai wadah perjuangan yang menarik dan mungkin juga tidak mampu untuk bertahan lebih lama.
Lantaran itu, untuk membuktikan kekuasannya dan menunjukkan kepada UMNO bahawa ia bukan parti yang lekeh, Bersatu tiada pilihan lain selain mesti melakukan sesuatu untuk membalas dendam.
Setidak-tidaknya, ada dua cara untuk Bersatu mahu membalas dendam terhadap apa yang telah berlaku di Perak itu.
Pertama, sepertimana yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian, Bersatu perlu melakukan gerakan politik yang segera untuk menumbangkan Menteri Besar Johor yang kini dipegang oleh Hasni Mohamad daripada UMNO.
Pada PRU14 lalu, Johor telah jatuh kepada PH dan UMNO hilang kekuasaannya di negeri tersebut.
Tetapi, berikutan tumbangnya PH di Pusat dan berlakunya penjajaran politik setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Johor antara negeri yang mendapat rahmat dengan UMNO dapat kembali berkuasa di negeri itu.
Antara sebab UMNO dapat berkuasa semula di Johor ialah kerana kemurahan hati Bersatu yang sedia memberi laluan dan sokongan kepada pemimpin parti itu untuk menerajui kerajaan negeri.
Kini, dengan apa yang berlaku di Perak, Bersatu perlu bertindak berani dan menunjukkan kekuasaannya dengan merampas balik teraju negeri itu daripada UMNO.
Hanya dengan cara itu, Bersatu dapat mengajar UMNO untuk menghormati semangat setiakawan, di samping menunjukkan siapa yang sebenarnya paling berkuasa.
Kedua, untuk menunjukkan Bersatu sebenarnya ada “power” dan Muhyiddin benar-benar berkuasa melalui kerajaan PN yang dipimpinnya, beliau harus melantik segera Peja sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Melantik Peja sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan saja sesuai dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Bersatu, malah jawatan itu memang selama ini ada kekosongan.
Selain itu, dengan melantik Peja ke jawatan nombor dua tersebut, setidak-tidaknya maruah beliau yang dimalukan UMNO dapat segera dibela.
Yang penting, dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, UMNO akhirnya terpaksa menghormati Peja kembali setelah menjatuhkan dan memalukannya pada Jumaat lalu.
Bahkan, jika Peja balik ke Perak selepas ini, Menteri Besar Perak daripada UMNO pun terpaksa menyambut dan tunduk hormat kepadanya.
Bak kata budak-budak remaja, baru ada akal dibuatnya!!!
(Shahbudindotcom 05/12/2020)
APA GUNA MELAYU BERSATU DALAM PN TAPI BERGOCOH
Apa guna Melayu bersatu dalam PN tapi bergocoh
Ipohmali
MB Perak Melayu(Bersatu).. Semua Exco Perak Melayu.. Speaker Melayu(UMNO)… Timbalan Speaker Melayu(PAS)… Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Melayu.. Datuk Bandar Melayu..Ketua Polis Perak Melayu.. Mufti juga Melayu..Tidak ada seroang pun Exco Cina atau India, Apalagi DAP.. Maksudnya Kerajaan PN di Perak 100% kalangan bani Melayu Islam…
Tapi Malangnya, Biarpun Kerajaan 100% Melayu Islam.. Yang usul Jatuhkan MB Melayu.. Tetap Melayu.. Yang Jatuhkan Kerajaan 100% Melayu Islam adalah Melayu.. Yang Khianat MB Melayu adalah bani Melayu UMNO sendiri..
Jadi Apa guna Melayu Bersatu, Jika Melayu sama Melayu Kerajaan tetap Jatuh..Melayu menjatuhkan sesama Melayu..
Apa Manfaat Kerajaan 100% bani Melayu, Hatta Kerajaan tanpa Exco CIna dan India…. Kedai arak , Pusat hiburan dan Judi tetap wujud… Hak dan Tanah orang melayu tetap tergadai…Gunung Ganang habis licin tergadai kepada bukan Melayu..
Jadi Slogan Melayu Bersatu itu hanya retorik parti Melayu UMNO dan PAS..apakah Melayu Sudah Faham.. ?
25 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada WRLR.
Sila tekan > u membaca berita awal....
Terima kasih.
MENGAPA SAYA TETAP SOKONG ANWAR?
Mengapa saya tetap sokong Anwar?
Oleh: Pentadbir
Dr Mai Sargeant
Berita baru-baru ini mengenai Anwar di media arus perdana dan dalam talian tidak menunjukkan kesungguhan seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan untuk membuat sejarah. Adakah dia artis flip flop? Adakah dia pemimpin yang lemah? Sesungguhnya adalah “kesepian adalah orang yang memakai mahkota sebagai Ketua Pembangkang” untuk memetik kata dari Shakespeare.
Sebilangan besar dari kita tidak mengetahui apa yang terlintas dalam fikiran Anwar. Dalam senario perang, jika kekuatan anda tidak dapat tiba tepat waktu – Adakah anda masih menyerang? Anwar melakukan penarikan balik taktikal. Dalam perang, anda mungkin kalah dalam satu atau dua pertempuran tetapi fokus pada kemenangan utama.
Akibatnya, banyak penyokong PH kecewa dan berlumuran darah. Malah ada yang meminta perubahan kepimpinan PH. Mengapa perlu berubah? Adakah Anwar kalah? Adakah anda membuang bayi dengan air mandi? Seterusnya, kriteria apa yang anda gunakan untuk memilih Ketua Pembangkang yang baharu.
Mengapa saya menyokong Anwar?
1) Anwar secara harfiah adalah ‘warganegara dunia’. Dia adalah “lelaki dari semua musim” dan selesa dengan jemaah di masjid tempatan di sarungnya; atau dengan sarjana Confucius di Universiti Tsinghua, Beijing; atau sarjana Muslim di Universiti Al-Azhar di Kaherah; memberikan ucaptama mengenai Demokrasi Reformasi di George Washington University, Amerika Syarikat atau teh tete-a-tete over tea dengan Ahli Parlimen Britain di Ruang Makan Anggota di House of Commons, London.
Tidak ada kumpulan ahli politik masa kini yang mempunyai kemahiran kaleidoskop ini. Perdana Menteri kita, TSMY tidak dapat memberikan dan menyatakan pendapatnya dengan begitu fasih di pentas dunia.
2) Anwar adalah pembangun konsensus dan pandai menyelesaikan konflik. Pakatan Rakyat ditubuhkan olehnya yang merupakan gabungan PKR, PAS dan DAP yang sememangnya merupakan keajaiban pelanduk pelik. Malangnya ketika dia berada di penjara, ‘Yang Terurap’nya mempunyai rancangan tersembunyi yang lain. Adakah kita mempunyai pemikiran pembina yang lain?
3) Anwar mempunyai imej jenama yang terkenal di seluruh dunia, semua orang mengenalnya sebagai seorang reformis dengan mata hitam dan tahanan hati nurani. Bekas PM kami terkenal dengan alasan yang salah sebagai kleptokrat No. 1 dunia. PM lain terkenal dengan mulut yang keras dan anti-Yahudi. PM sekarang tidak dikenali ramai kecuali di Singapura dan kerana dia dikenali sebagai “Saya 1Melayu, 2Malaysia” yang dengan segera melepaskan dirinya di Malaysia yang majmuk.
4) Anwar mempunyai jaringan antarabangsa yang baik di Amerika Syarikat, EU, Timur Tengah dan lain-lain. Ini PENTING kerana pada masa krisis ekonomi kita memerlukan rakan baik dengan wang. Kita memerlukan seorang PM yang menjadi teman kepada Timur Tengah, EU, China dan Amerika Syarikat untuk tujuan perdagangan dan pelaburan (FDI). Kami mempunyai seorang bekas PM yang mempunyai kawan yang kaya dan wang itu dimasukkan ke dalam poketnya dan dikenali sebagai Kleptocrat.
Seorang PM lain membuat marah India ketika dia menyebut kriteria kewarganegaraan baru India dan rakan dagang lain dengan ucapan vitrioliknya yang terkenal. PM pintu belakang sekarang tidak dapat difahami di arena antarabangsa dan hanya beberapa negara (mungkin Singapura) yang mengucapkan tahniah untuk merebut kekuasaan pintu belakangnya
5) Anwar dan The Renaissance Asia. Dia meramalkan dan menulis sebuah buku yang dia berkongsi visi untuk Asia yang lebih toleran dan pluralistik yang menuju ke arah kemerdekaan dan otonomi dari Barat.
Buku ini digambarkan sebagai “Koleksi karangan yang brilliant, cerdik dan memikir pemikiran merangkumi pembelajaran dan persepsi suara yang bersemangat dan resonan dalam politik Asia Tenggara”. Anwar merasmikan dan menjadi pembicara utama di Konfederasi Konferensi Akauntan Asia Pasifik Oktober 1996 pada The Renaissance Asia.
6) Anwar dan berhemat kewangan. Anwar terkenal dengan kehebatannya dalam menguruskan kewangan Malaysia sebagai Menteri Kewangan. Dia dipilih sebagai 4 Menteri Kewangan Terbaik untuk tahun 1996 oleh EuroMoney dan Menteri Kewangan Terbaik Tahun Ini oleh Asia Money.
7) Anwar dan Krisis Kewangan Asia. Ketika Krisis Kewangan Asia melanda Korea, Thailand dan Indonesia, ketiga-tiga negara ini memilih untuk menerima bantuan kewangan dari IMF dengan peringatan reformasi kewangan. Anwar sebagai reformis bersetuju untuk menerima syarat reformasi kewangan IMF tetapi bosnya membantah pakej reformasi IMF.
Anwar kemudiannya dipecat dari kabinet dan selebihnya adalah sejarah. Sangat menarik untuk diperhatikan bahawa ketiga-tiga negara yang diselamatkan IMF pulih dan melakukan yang lebih baik daripada kaedah Do-It-Yourself (DIY) atau kaedah “My Way” PM yang terkenal ketika itu. Kini, tanpa pembaharuan kewangan, Malaysia terperangkap dalam negara perangkap “status berpendapatan sederhana”.
Anwar pejuang untuk orang miskin dan tertindas. Dalam Demonstrasi Baling 1974, ribuan penoreh getah dan pelajar universiti turun ke jalan untuk memprotes harga getah yang rendah. Dilaporkan di media, beberapa kanak-kanak kampung mati kerana memakan ubi liar beracun (ubi gadong) kerana lapar. Tidak diketahui oleh banyak ahli politik sekarang, para pelajar itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Berapa banyak ahli politik yang hadir akan memperjuangkan penduduk miskin yang kelaparan sehingga ke Baling. Anwar ditangkap di bawah ISA yang jahat dan dikurung selama 2 tahun.
9) Anwar sebagai tahanan hati nurani. Dua hukuman penjara Anwar telah didokumentasikan dan dilaporkan dengan baik di seluruh dunia. Walau pun dipenjarakan selama bertahun-tahun, Anwar tidak pahit tetapi memaafkan;lebih kuat daripada sebelumnya mengenai hak asasi manusia dan kebebasan awam; penyayang dan penyayang terhadap orang yang tertindas dan terpinggir.
Yang terpenting, lebih bertekad untuk memerangi ketidakadilan dan rasuah. Hari ini Anwar diiktiraf sebagai Nelson Mandela dari Malaysia Baru. Bolehkah kita mencari ahli politik sekarang yang telah melalui penderitaan dan penderitaan Anwar?
10) Anwar n pluralisme. Dia telah dan masih percaya bahawa jalan ke depan untuk Malaysia adalah pluralisme. Pengecamnya menyamakan liberalisme dengan pluralisme. Pluralisme adalah sistem pemerintahan yang mempunyai kumpulan yang berbeza yang menjaga identiti mereka semasa bersama dengan kumpulan lain atau kumpulan yang lebih besar yang dominan. Malaysia mengecam apartheid di Afrika Selatan sebelum ini dan sekarang kita menyaksikan kejahatan “White Privilege” di Amerika Syarikat.
11) Anwar adalah berlian kita – dengan banyak aspek berlian ini, banyak orang mempunyai pendapat mereka yang terpaku pada “zon waktu” yang mereka kenal dia sebagai pemimpin pelajar yang memberontak, pemimpin pemuda ultra UMNO, DPM, tahanan hati nurani, reformis dll. Tetapi Anwar sememangnya sangat penting dalam semua aspek. Anwar adalah ‘Mohican Terakhir’ yang menghentikan kita semua daripada tenggelam dalam pusaran negara yang gagal.
Bagi pengkritik Anwar, nampaknya dia tamak untuk berkuasa. Sekiranya demikian, dia boleh dengan mudah meninggalkan DAP dan Amanah untuk bergabung dengan TSMY dan menjadi Timbalan PM. Dia boleh menawar masanya kerana TSMY tidak begitu sihat
12) Anwar sekarang seperti Custer’s Last Stand – ini juga merupakan pendirian terakhir kami. Dengan lintasan masa kini, Malaysia telah kehilangan kompas moralnya, kehilangan kelebihan daya saing kita dalam pendidikan, pelaburan dan banyak bidang lain. Kecuali dan sampai bila-bila, kita dapat mencari orang lain dengan spektrum pengalaman, kemahiran, jaringan, reformasi dan agenda pluralistik Anwar – kita rakyat harus menyokong Anwar sebagai PM. Tiada lagi ‘Ifs and Buts’.
Pemimpin parti komponen PH harus BERHENTI mencari pukulan untuk alternatif. Sekiranya ada pemimpin PH yang mempunyai orang yang mempunyai tauliah yang jauh lebih baik daripada Anwar, maka BICARA SEKARANG. Sekiranya TIDAK, kumpulkan pasukan dan bersiap sedia untuk PRU-15. Masanya SEKARANG.
UMNO MENGKHIANATI PEJA DAN BERSATU?
NORMAN RADZUAN
Sekelip mata UMNO dikaitkan dengan DAP
' I MISS YOU..' PEJA BUKAN BIASA-BIASA...HALUSI
Apa yang berlaku di Perak kita akan dapat 1001 pengajaran samada dari
sudut agama dan politik itu sendiri. Tapi apakah mesej ini mampu menyedarkan
orang Melayu?
Kita ikuti dahulu apa yang berlaku di DUN Perak pagi tadi....
1. Yang membawa Usul, ADUN Pengkalan Baru dari Parti UMNO, Dato
Manap.
2. Usul berbunyi, Undi Kepercayaan kepada. Menteri Besar Perak
tetapi, sebenarnya Vote of No Confident.
3. Bermakna, Usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar
Perak, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.
4. Seramai 10 ADUN menyokong Usul ini. Bermakna menyokong masih
memberi kepercayaan kepada. Peja sebagai MB Perak.
5. Daripada 10 ADUN ini, 3 ADUN yang menyokong ialah daripada
ADUN PAS kerana Hj. Hadi di Putrajaya 2 hari yang lalu, telah menyatakan
sokongan beliau, supaya Peja di kekalkan sebagai MB Perak.
6. Sesungguhnya the move mengemukakan Usul Percaya ini di DUN
Perak membawa pelbagai implikasi politik.
7. Ianya menunjukkan pepecahan antara BERSATU dengan UMNO.
8. Ianya menunjukkan PAS kini bersama dengan BERSATU didalam
Gabungan PN.
9. Peja MB Perak perlu letak jawatan.
10. Menunjukkan UMNO Perak sanggup bekerjasama mengundi
bersama-sama dengan DAP dan PKR, bagi menjatuhkan Peja.
PERSOALANNYA
1. UMNO Perak perlukan sokongan dari 30 ADUN daripada
parti-parti politik di Negeri Perak, untuk jadi MB.
2. UMNO ada 25 ADUN. Perlukan sokongan dari 5 ADUN lagi. Untuk
mendapat angka : 30 ADUN menyokong.
3. Adakah UMNO Perak sanggup menjalinkan kerjasama politik
dengan Parti DAP atau PKR, demi jawatan Menteri Besar Perak sekiranya ADUN PAS
dan ADUN Bebas tidak menyokong Calon dari kalangan Parti UMNO untuk di
persembahkan kpd. Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Yang menyokong Peja
Sokong 10
1. Peja PPBM
2. Nolee PPBM
3. Yunus PpBM
4. Zainol PBBM
5. Razman PAs
6.Akmal PAS
7. Khalil PAS
8. Paul X DAP
9.Siva x DAP
10. Azniel UMNO (setpol)
Apa yg org Melayu perlu belajar dari kejadian ini?
1. Nama DAP hanya menjadi retorik politik utk membodohkan org
Melayu. Dulu PAS lebih 10 tahun duduk bekerjasama di dlm Barisan Alternatif dan
Pakatan Rakyat. Kenapa ketika itu PAS kata lebih baik bersama DAP dari bersama
UMNO?
2. Hari ini atas nama politik PAS bekerjasama dgn UMNO. Selepas
perlantikkan Menteri dan Exco PAS bekerjasama dgn PBBM ( Bersatu ). Jelas yg
pertahankan Peja selain PBBM ialah PAS. Sudah ada suara menyalahkan UMNO
bersengkokol dgn DAP. Kenapa DAP kerana itulah modal paling berkesan mana2
parti politik utk memburukkan lawan. Akhirnya bom atom yg UMNO sering gunakan
dlm survival UMNO makan tuan.
3. Adakah UMNO boleh dipercayai? Sebenarnya PBBM telah silap
mencari rakan perjuangan. PH terbina daripada kemahuan parti2 mengubah nasib
Malaysia menjadi negara yg bersih dgn menghapuskan salah guna wang rakyat,
salah guna kuasa eksekutif, undang2 yg berbeza pendek kata kleptopkrasi.
Akhirnya Peja menzahirkan dlm kata2nya ..." I miss you Pakatan
Harapan."
4. Dari sudut agama ia adalah pengajaran sgt berguna. Jgn kita
mengkhianati... rakyat dan rakan seperjuangan telah dikhianatu kerana kuasa.
Allah telah tunjukkan pengkhianatan tidak akn kekal. Tidak ada pengkhianatan
akan kekal.... percayalah kerajaan PN ini atau PBBM ini akn dimalukan oleh rakyat
dan UMNO sendiri dlm PRU15 nanti. Muhyiddin akn menjadi PM paling singkat dlm
sejarah Malaysia.
5. Saya percaya nama DAP akan digunakan sehabis habisnya dlm isu
ini walaupun yg bawa usul UMNO, speaker UMNO, undi paling ramai dari UMNO.
Lihat ucapan sinis "Tahniah kpd DAP dan parti2 yg bekerjasama
dgnnya". DAP adalah talian hayat samada PAS, PBBM dan UMNO utk terus
memperbodohkan org Melayu. Ia masih relevan walaupun negara sudah Merdeka 60
tahun lamanya. Akhirnya ia memakan diri sendiri.
Masalah negara kita bukan parti Cina, India dan lain2. Masalah
negara kita pemimpin ingin berkuasa utk mengkayakan diri mereka masing2. Kita
terlalu ramai pemimpin yg korup dan mementingkan diri sendiri.
Siapa bakal MB...?
Ayat ' I miss you' jgn dipandang begitu sahaja. Ia makna yg
paling besar.
1. Peja mesti terasa terhina dgn apa yg dilakukan oleh UMNO kpd
dirinya. Dlm sejarah Perak atau Malaysia inilah undi pertama rasanya yg
memalukan Ketua Eksekutif.
2. Peja tahu akn timbul permasahan siapa yg bakal menjadi MB.
Samada dari PH atau dari UMNO. Jgn terkejut jika Peja membawa penyokong DUNnya
utk menyokong PH sebagai MB bagi menidakkan bakal MB daripada UMNO. Dendam
peribadi? ... Politik memang sukar diramalkan.
3. Siapa bakal MB sebenarnya bukan ditentukan oleh PH atau UMNO
tetapi siapa yg Peja dan teamnya akn menyokong....
ADAKAH KEKALAHAN TANPA PILIHANRAYA INI JUGA ANUGERAH ALLAH
SEPERTI DIKATAKAN PAS SEBELUM INI?
Subscribe to:
Posts (Atom)