BAWA DAP KE HQ UMNO ISYARAT MCA, MIC TAK DIPERLUKAN LAGI
2 August 2025
Dalam satu peristiwa yang boleh dikategorikan sebagai “hari ini dalam sejarah”, lebih kurang 30 Ahli Parlimen DAP dibawa mengunjungi ibu pejabat UMNO, baru-baru ini.
Kuniungan itu dikatakan atas jemputan Presiden UMNO sendiri untuk taklimat mengenai Program TVET atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Majlis TVET Negara.
Kenapa taklimat diadakan di ibu pejabat parti, sedangkan TVET adalah program kerajaan?
Kenapa tidak diadakan di hotel atau di tempat-tempat lain?
Nampaknya taklimat TVET hanyalah alasan saja, yang utama ialah UMNO mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungannya yang sudah sah mantap dengan DAP sekarang ini.
Ertinya slogan “UMDAP Mantap” yang pernah dilaungkan oleh seorang pemimpin DAP, Nga Kor Ming bersama beberapa ahli UMNO ketika PRK Ayer Kuning tidak lama sebelum ini, kini sudah benar-benar mantap kedudukannya.
Sekaligus selepas ini, UMNO tidak harus malu-malu lagi mengakui dan melaungkan sama slogan “UMDAP Mantap” itu.
UMNO juga tidak perlu lagi menafikan kononnya parti itu tidak bekerjasama dengan DAP, sebaliknya hanya bekerjasama dengan PH saja untuk menubuhkan kerajaan.
Dengan kunjungan DAP ke ibu pejabat UMNO, ia dengan sendirinya mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua parti itu di mana sebelum ini kunjungan yang yang berlaku hanyalah ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO saja.
Sepanjang MCA dan MIC berada bersama BN dan bersama-sama menubuhkan kerajaan selama puluhan tahunan lamanya dan sehinggalah BN hilang kuasa, pernahkah Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua parti itu di bawa secara rasmi ke ibu pejabat UMNO?
Jika tidak pernah, ini sekali lagi mengesahkan bahawa DAP lebih bererti di hati UMNO berbanding MCA dan MIC.
Apa yang menarik lagi, kuniungan DAP ke ibu pejabat UMNO atas jemputan Zahid Hamidi itu berlaku di tengah-tengah dua parti komponen BN itu (MCA dan MIC) semakin lantang meluahkan rasa tak puas hati dan berhasrat ingin keluar daripada gabungan tersebut.
Dengan itu, isyarat yang jelas daripada tindakan membawa DAP ke ibu pejabat UMNO itu ialah MCA dan MIC semakin tidak diperlukan lagi.
Zahid Hamidi nampaknya ingin memberitahu MCA dan MIC – UMNO kini sudah ada DAP sebagai rakan baru yang lebih mantap kekuataannya.
Kalau mahu pergi – silakanlah!
Lalu kepada MCA dan MIC, masihkah mahu menunggu mesyuarat agung parti pada Oktober dan November depan untuk memutuskan kedudukan dalam BN? – ShahbudinHusin 02Ogos2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/08/bawa-dap-ke-hq-umno-isyarat-mca-mic-tak-diperlukan-lagi/
PRILIS NEGERI KU..TIKBOLEH LA LAGU TU-HANGPA DOK SEDAP ATAS KERUSI, KAMI DOK BERDARAH KAKI.
RM8.80 UNTUK AIR. PARKING BERPALANG. RAKYAT DOK KENA PERAH SIANG MALAM.
HANGPA DOK SEDAP ATAS KERUSI, KAMI DOK BERDARAH KAKI.
Mai sini sat. Hangpa tau dak, Perlis sekarang pegang rekod bil air paling mahal satu Malaysia, RM8.80 cas minimal bulanan.
Betul. RM8.80. Bukan silap taip.
Air yang kita guna hari-hari, yang selama ni hak rakyat, la ni jadi macam barang mewah.
Rakyat dok terkejut. Rasa macam duduk kat Dubai.
Padahal ni Perlis. Negeri kecik, tapi gaya kutip duit mengalahkan negeri kaya.
Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga perkenalkan sistem parking berpalang
yang menyusahkan rakyat dan membunuh peniaga kecil.
Nak singgah lima minit pun kena scan.
Nak buka gerai, kena minta izin.
Nak park depan kedai sendiri pun rasa macam pendatang.
Warung kampung, tukang gunting, makcik jual kuih, semua terasa tercekik.
Rakyat baru nak berdikari, baru nak hidup sendiri tanpa minta-minta
tapi dibalas dengan dua tamparan sekali gus, air mahal, parking berpalang- palang.
Ni dah makin megarut. Ni bukan pembangunan.
Ni kerja mudah, perah rakyat sebab hangpa tak reti nak cari hasil lain.
Kami bukan tak cerdik. Kami bukan bisu.
Hang dok kutip duit konon untuk pembangunan
tapi pelaburan takdak, peluang kerja takdak, kilang baru takdak.
Ekonomi negeri macam mayat hidup tinggal nak simpan.
Tapi kerajaan laju buat benda yang mudah kutip hasil, walau rakyat sengsara.
Mana janji nak bela rakyat
Mana janji nak bantu usahawan kecil
Mana janji nak jadi kerajaan bersih dan stabil??
Mana??
Yang kami nampak
Air naik
Parking kena bayaq
Rakyat makin tertekan
Ekonomi negeri makin merapu dan kecundang.
Menteri besar dan exco senyum dalam bilik aircond..bersiar2 naik kereta Honda Hitam.
Cikgu Shukri Ramli dan barisan kerajaan negeri
ini bukan soal politik semata. Ini soal nyawa rakyat yang hari-hari bergelut nak survive.
Kalau hangpa tak berani turunkan harga air
kalau hangpa masih rasa sistem palang tu bagus sangat
kalau hangpa terus berlagak pekak dan angkuh
kami nak habaq satu benda saja, kami akan balas melalui peti undi..
Rakyat tak lupa. Rakyat tengok semua
La ni rakyat sabar. Tapi bila sampai masa, rakyat akan bangkit
Hangpa menang bukan sebab hangpa hebat. Tapi sebab rakyat bagi peluang
Dan kalau peluang tu hangpa khianat
kami takkan teragak-agak nak tarik balik semuanya
Turunkan harga air
Buka balik jalan rakyat
Hentikan tindakan yang menindas rakyat marhaen
Kalau tak, rakyat sendiri akan turunkan hangpa dari kerusi empuk tu
Perlis bukan negeri gagal
Yang gagal hanyalah mereka yang malas fikir untuk rakyat
tapi laju sangat fikir cara nak cukai rakyat.
Dan kalau hangpa rasa posting ni menyakitkan, memang patut pun.
Sebab sakit yang rakyat rasa tiap-tiap hari jauh lagi pedih dari apa yang hangpa baca ni.
Kami dah lama berdarah.
Tapi darah tu bukan untuk tampung kegagalan kerajaan yang malas dan tak reti tadbir negeri.
Kalau betul hangpa ada maruah, jawab depan rakyat.
Jangan sembunyi belakang nama agama bila tangan sendiri yang menyusahkan orang.
Rakyat bukan bodoh.
Sabar kami ada had.
Dan bila rakyat bangkit,
kerusi empuk tu pun takkan mampu selamatkan hangpa.
Tunggu saja.
Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
KERAJAAN MADANI LAKSANAKAN TUNTUTAN BERSIH
Tak boleh dinafikan siri demonstrasi 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 adalah yang paling berjaya dalam sejarah. Tetapi apa yang menariknya, Bersih bukan 𝗱𝗲𝗺𝗼 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗮𝗿𝗮𝗵 macam demo baru-baru ini.
Siri demo Bersih punya senarai 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Ini 5 tuntutan Bersih dulu.
1. Pilihanraya yang bebas dan adil.
2. Kerajaan yang bersih.
3. Hak membantah.
4. Mempertahankan demokrasi berparlimen.
5. Memperkukuhkan Sabah dan Sarawak.
Boleh kata semua tuntutan Bersih 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮. Dan demo baru-baru ini membuktikan yang kerajaan 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶.
Mana pernah lagi demonstrasi berlangsung dengan aman, langsung tak diganggu oleh pihak berkuasa? Siap polis tolong jaga lagi. Ini sesuai dengan 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 3 dalam senarai tuntutan Bersih.
Dulu, 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 dulu, pakai baju kuning pun 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻. Zaman 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 lagilah. Dengan 𝘸𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘤𝘢𝘯𝘰𝘯, dengan cota, siap gas pemedih mata lagi. Dah macam komunis di China buat dah. Cuma tak sampai dia hantar 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗹 je.
Jadi demo 𝗧𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 hari tu menjadi bukti yang DS Anwar 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 kerana reformasi telah banyak yang dilaksanakan.
Malahan Sabah dan Sarawak juga dapat peruntukan yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮. Dan PMX sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗠. Bukti beliau itu seorang pemimpin 𝗷𝘂𝗷𝘂𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.
Bukan macam 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Dahlah 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗷𝘂𝗿, 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂, masa dia dulu 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗶𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁. Bertentangan dengan tuntutan Bersih. Tak kira yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 kepada YDP Agong lagi.
Untuk yang kata Reformasi dah mati, sebenarnya dia yang 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗶𝘄𝗮. Mereka yang masih hidup jiwanya, pasti akan nampak betapa Reformasi subur di Malaysia. Guane boh?
Raja Gelap II
KESIAN WALAUN. BARU SURUH ANWAR TURUN..BALIK DEMONTRASI BIL AIR NAIK.KIOK.
Di saat ramai rakyat yang seronok kerana dapat 𝗯𝗶𝗹 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 bulan ini, nun di negeri di mana makhluk 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴, terdapat kenaikan bil utiliti air.
Di saat PMX umumkan beberapa inisiatif bagi bantu 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, lebai-lebai pujaan walau pula berjaya menambah beban rakyat. Caj air naik walaupun bekalan air tunggang langgang.
Tapi walaun tetap 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂. Yang berusaha kurangkan beban rakyat disuruh turun. Yang tak reti nak bantu rakyat dipuja. Sebab tu aku kata dorang tu 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁. Guane boh?
Raja Gelap II
Kecoh isu Malaysia beli 30 pesawat Boeing untuk turun tariff 19% !!
Ikwan Razak
Rupanya yang nak beli ni adalah MAG dulu kita panggil MAS dan apa yang kita tak sedar lepas puluhan tahun rugi dan hampir bankrupt rupanya MAG ni kembali untung zaman madani lepas hampir 10 tahun rugi ..
So dalam plan pemulihan Malaysia Airlines oleh MAG (Malaysia Airline Group) memang mereka memerlukan pesawat baharu ..
Ini adalah strategi pemulihan Malaysia Airline kerana Malaysia Airlines sebelum ini mengalami kerugian besar selama bertahun-tahun.
Di bawah pelan pemulihan oleh Khazanah dan MAG (termasuk Pelan MAB 2.0), penggantian pesawat lama adalah syarat penting untuk kembali menjana untung menjelang 2027.
Boeing 737 MAX ini sebahagian daripada pelan jangka panjang 12 tahun untuk stabilkan Malaysia Airlines sebagai syarikat nasional yang berdaya saing.
Disebabkan kerugian bertahun tiada perancangan baru maka pesawat makin uzur dan kos melambung tinggi.
Banyak pesawat dalam Malaysia Airlines sekarang sudah melebihi 15–20 tahun usia operasi.Pesawat lama maksudnya lebih kerap rosak, kos penyelenggaraan tinggi, dan kurang efisien guna bahan api.
Boeing 737 MAX adalah 70% lebih senyap, 14% lebih jimat bahan api dan 20% lebih murah kos operasi berbanding model terdahulu (737-800).
Dengan pesawat baharu, MAG boleh jimat kos sehingga ratusan juta ringgit setahun dari segi minyak dan penyelenggaraan.
Kalau kita nak kompetitif di peringkat antarabangsa nak bersaing kita perlu agresif kalau tak kita tertinggal
Negara jiran seperti Singapore Airlines beli Airbus dan Boeing baharu,Thai Airways beli Boeing 787 Dreamliner ,Garuda Indonesia sudah buat perjanjian pembelian pesawat baharu.
Jika Malaysia Airlines kekal dengan pesawat lama,penumpang antarabangsa akan pilih syarikat lain dan Malaysia kehilangan pelancong, pelabur, malah penghantaran kargo bernilai tinggi
Rumusanya :
“Nak selamatkan Malaysia Airlines bukan sekadar baiki enjin — tapi tukar pesawat. Ini bukan kehendak politik. Ini tuntutan ekonomi dan kelangsungan nasional.”
“Kalau kita terus pakai pesawat lama, bukan je rugi — tapi nanti netizen yang sama juga akan kecam kata kerajaan tak moden, tak cekap. Jadi, bila kita buat pelaburan strategik, sokonglah. Jangan jadi batu api pakai fakta separuh masak.”
Jarang pagi-pagi cuti ni type panjang-panjang ..
JAWAPAN UNTUK ISHAM JALIL. LIHAT SEJARAH NAJIB DAN DUIT MANA PULA PM ANWAR BELI BOEING. KIOK. NAMPAK CAM CERDIK... SAMA LEVEL FADLI RUPANYA.
Norman
Isham Jalil tanya duit siapa yang beli Boeing tu? Kelakar soalan. Baik Saya jawab, duit Malaysia Aviation Group. Duit hasil perniagaan syarikat penerbangan. Bukan duit gaji cikgu, bukan duit tol, bukan hasil jual sawit FELDA. Bukan duit income tax rakyat.
Isham mungkin lupa atau buat-buat lupa. Tahun 2017, masa Najib pegang jawatan, Malaysia Airlines umum beli Boeing USD10 bilion. Masa tu tak ada rundingan tarif, tak ada potongan cukai eksport, tak ada pun alasan dagang yang kukuh. Tapi peliknya, Isham dan geng senyap sunyi. Tak dengar pun soalan “duit siapa?”. Jangan lupa masa tu isham adalah pegawai khas Najib di JPM (EPU), eh.. pegawai kanan kot takkan tak tahu guna duit siapa?
Bezanya, pembelian 2025 ini berlaku selepas kita berjaya turunkan tarif eksport dari 25 peratus ke 19 peratus. Maknanya ada pulangan ekonomi jelas untuk negara. Tapi ya lah, nak nampak fakta tu kena pakai cermin mata jernih, bukan kaca mata politik.
Hakikatnya, yang beli bukan kerajaan. Bukan Kementerian Kewangan, bukan Tabung Haji, bukan tabung masjid. Yang beli ialah Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu syarikat induk kepada Malaysia Airlines, Firefly dan Amal. MAG ni pula milik penuh Khazanah Nasional. Jadi ini pembelian korporat untuk kegunaan komersial syarikat penerbangan, bukannya projek kerajaan macam beli jet pejuang atau bina jambatan.
Nilainya besar, USD19 bilion atau lebih kurang RM89 bilion, tapi bukan semua dibayar sekali harung. Pesawat komersial macam ni biasanya dibayar ikut jadual penghantaran, malah ada yang guna kaedah leasing atau pinjaman bank antarabangsa. Jadi jangan bayang ada lori bawa duit cash keluar dari Bank Negara ke kilang Boeing. Nak siapkan sebijik kapal terbang bukan macam order kat Grab.
Sumber duitnya datang daripada modal dalaman MAG, pembiayaan bank atau syarikat sewa pesawat, dan kalau perlu ada sokongan daripada Khazanah sebagai pemilik. Tak ada satu sen pun gaji cikgu, duit tol atau cukai jalan yang terus digunakan untuk bayar Boeing ini. Kalau nak kira indirect, ya, sebab Khazanah milik negara. Tapi itu pelaburan yang ada pulangan, bukan belanja hangus.
MAG ni pulak bukan syarikat yang tak menjana keuntungan Masa 2023, MAG kutip keuntungan bersih RM766 juta, hasil dari revenue RM13.85 billion dan operating profit RM889 juta — ini kali pertama mereka untung sejak dibentuk semula pada tahun 2015 .
Tahun 2024 pula, keuntungan bersih jatuh mendadak kepada RM54 juta, menyusut 93% dari tahun sebelum ini. Operating profit pula mencatat RM113 juta, EBITDA RM788 juta, dan baki tunai sekitar RM3 billion . Keuntungan merosot adalah disebabkan isu kos penyelengaraan pesawat, jadi memang patut la kalau diaorang nak beli kapal terbang baru.
Kalau logik Isham pakai, semua syarikat milik Khazanah tak boleh berbelanja sebab kononnya “duit rakyat”. Jadi esok kalau Petronas beli pelantar minyak, Tenaga beli turbin, pun nak tanya “duit siapa?” juga ke? Kalau begitu baik kita tutup semua syarikat GLC, biar duduk diam, jangan berniaga. Senang cerita, tak payah maju.
Janganlah kerana nak serang kerajaan hari ini, sampai sanggup pusing fakta macam ni. Ya.. cerita cerita macam ni susah orang nak hadam, tapi berlaku jujurlah.. awak pegawai khas dulu, awak lagi tahu dan janganlah nak melahirkan masyarakat yang pincang pemikiran.
BERJUMPA GURU LAMA.
Baru-baru ini, saya dan isteri berpeluang menziarahi Bekas Guru Besar saya di SK Permatang Bertam, Cikgu Idrus Ibrahim, seorang pendidik yang sangat berdisiplin atau orang Utara kata "chenghe betui". Sebelum menjadi Guru Besar, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan di SK Hashim Awang.
Saya bersekolah di SK Permatang Bertam sekitar tahun 1979 hingga 1984, zaman yang membentuk banyak nilai hidup dalam diri saya dan rakan-rakan hingga ke hari ini. Namun, bagi kami sebagai murid-muridnya dahulu, beliau tetap Cikgu yang tegas, berwibawa, dan penuh kasih sayang terhadap anak didiknya.
Yang membuatkan hati saya lebih tersentuh, Cikgu Idrus dan keluarganya juga merupakan kenalan rapat kepada arwah bonda dan ayahanda saya. Cikgu masih mengingati arwah bonda dan ayahanda saya. Sambil duduk berbual, beliau dok cerita tentang bonda saya, seorang jururawat (misi) yang dikenali ramai di sekitar Kepala Batas dan Ayahanda saya, yang pernah menjadi Setiausaha Masjid Badawi.
Lebih istimewa, saya turut bertemu rakan sekelas saya, Aida Rafiza Idrus, anak kepada Cikgu Idrus yang pernah sekelas dengan saya dari 1979 hingga 1981. Bayangkan, dah lebih 40 tahun kami tidak berjumpa dan Allah izinkan kami bertemu semula. Zaman itu mungkin sudah jauh berlalu, tapi ikatan kenangan yang tercipta kekal utuh sampai hari ini.
Walaupun Cikgu Idrus adalah abang kedua kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, namun beliau dan keluarganya menjalani kehidupan yang amat sederhana dan dihormati oleh masyarakat sekitar.
Terima kasih, Cikgu. Jasamu kekal terpahat dalam ingatan dan doa kami. Semoga Allah terus merahmati dan memberkati kehidupan Cikgu sekeluarga.
#ZiarahGuru
#KenanganSKPermatangBertam
#TerimaKasihCikgu
#GuruPembentukJiwa
#RakanSeKelas1979/1981
Batik PMX vs Parlimen Cap Ayam: Antara Kelas Dunia dan Politik Kelas Dataran
Dalam politik, bukan semua yang memakai kot itu negarawan, dan bukan semua yang memakai batik itu tak tahu asal usul.
Hari ini, satu lagi babak kelakar terhidang dalam siri “Parlimen Cap Ayam” – kali ini dibintangi oleh YB Kuala Terengganu, dengan skrip seloroh tak sempat disemak.
Kononnya PMX pakai batik Indonesia. Padahal baju itu buatan anak tempatan, dari Tunjong, Kelantan.
Yang lebih ironi, pemilik Bujins Batik sendiri turun menjawab, menjernihkan air yang keruh dek sentimen murah dan sindiran dangkal.
Beginilah bila politik dikuasai oleh naratif cetek, bukan intelek. Bila hujah fakta tak mampu ditanding, mereka berpaut pada cebisan kain pun dijadikan senjata.
Baru pagi tadi kita dihidangkan aksi MB Perlis dengan sindiran tahap warung, petangnya pula YB dari Terengganu tampil menambah koleksi kenyataan tidak berfakta.
Mungkin sudah sampai masa PAS menukar nama – bukan lagi Parti Islam Se-Malaysia, tapi Parti Sentimen Cap Ayam.
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim membentangkan angka, dasar dan hala tuju — mereka pula membalas dengan seloroh, tohmahan, dan teori konspirasi kain baju.
Ini bukan politik khidmat, ini politik kebudak-budakan.
Tapi ya, kredit diberikan. YB tersebut telah memohon maaf dan memadam hantaran. Itu langkah yang baik.
Tapi seperti doa Qunut yang diaminkan di Dataran Merdeka tempoh hari, satu persatu YB PAS kini kena musibah dan “terbolah” — bukan kerana disihir, tapi kerana dungu sendiri.
Jika 18,000 yang hadir pakat doakan Israhell kerana membiarkan rakyat Palestin kebuluran boleh diterima akal la juga. Ini doakan sesama Muslim, yang hebat perjuangkan Palestin.
Kepada rakyat Malaysia, inilah bezanya:
Anwar Ibrahim, negarawan yang dihormati dunia, lawannya pula sibuk menghitung fabrik dan motif batik.
Nak pilih pemimpin atau penghibur?
Syam Ghaz
POLITIK MATANG PAS.
Tarmizi Mohd Jam
Politik matang & sejahtera dalam Pas telah lama berkubur. Langkahnya yang semakin sumbang dan pincang pada lantai politik Malaysia yang semakin kompleks menjadikan Pas hilang kawalan, arah dan pendirian. Sebaliknya mereka menjulang politik flip flop, kluk klik dan Machiavellianism demi sekangkang kuasa yg baharu digilai penuh berahi. Amacam?
BHAYA UMAT ISLAM BILA TUKANG BACA ITU SESAT.
Mudah saja kalau nak singkirkan ustaz sesat cam gini. Dalam PRU 16 nanti. Gabungan BNPH akan singkirkan dia supaya qunut yang dia baca kembali pada dia.
MALAYSIA BELI BOEING TAK SEPADAN DENGAN DISKAUN 6% TARIF?
Ezreen Muhaize
1. Malaysia komited untuk membeli 30 buah pesawat Boeing dengan nilai USD9.5 bilion (sekitar RM40 bilion).
2. Tapi kena tahu, RM40 bilion ini bukan perlu dibayar kepada Boeing pada tahun 2026 secara sekaligus.
3. Boeing mampu menghantar secara purata 40 ke 45 buah pesawat sebulan setakat pertengahan 2025 (~500 buah dalam tempoh setahun).
4. Namun gangguan seperti mogok pekerja, isu kualiti dan backlog menyebabkan banyak kelewatan untuk tempahan yang lepas.
5. Backlog boleh mengambil antara 13–20 tahun untuk dikosongkan pada kadar semasa, dan Malaysia juga bukan pelanggan utama Boeing yang perlu diberi keutamaan berbanding United Airlines, Emirates, Air India, Saudia dll.
6. Mengikut maklumat daripada pengguna Reddit, jika mahu menyempurnakan pembelian 10 unit pesawat, penghantaran boleh mengambil masa 5-10 tahun, dan pesawat pertama pun akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 tahun untuk siap.
7. Justeru untuk tempahan sebanyak 30 buah pesawat, lebih realistik penghantaran dapat disiapkan dalam tempoh 7 hingga 10 tahun, dengan pesawat pertama tiba selepas kira‑kira 1 tahun dan selebihnya dijadual secara berperingkat.
8. Jika Malaysia (atau MAS) hanya perlu membayar selepas setiap pesawat dihantar dalam tempoh 7 tahun:
USD 9.5 bilion ÷ 7 = USD 1.36 bilion per tahun.
9. Nilai eksport Malaysia ke Amerika pada tahun 2024 dianggarkan sekitar USD43.43 bilion.
10. Pengecualian tarif Trump ini diberikan kepada barangan semikonduktor dan farmaseutikal.
11. Anggaran nilai eksport yang dikenakan tarif adalah USD39.66 bilion (jika gunapakai angka 2024).
12. Jika Malaysia berjaya kurangkan tarif sebanyak 6% (25 turun ke 19), Malaysia berjaya berjimat sebanyak USD2.38 bilion setahun.
13. Walaupun Malaysia nampak seperti memberi ‘gula-gula’ Boeing untuk kurangkan tarif, Malaysia masih berjimat USD1.02 bilion setahun.
2.38 bilion - 1.36 bilion….USD
14. Itupun jika Boeing mampu deliver kesemua pesawat dalam tempoh 7 tahun dan nilai eksport Malaysia ke Amerika hanya kekal mendatar tidak bertambah.
15. Ini cuma anggaran, dan ini cuma bandingan angka tangible.
16. Jika nak kira kesan tak langsung, daya saing yang Malaysia berjaya kekalkan untuk semikonduktor sahaja pun suduh cukup besar nilainya khususnya daripada segi peluang kerja dan KDNK negara.
Wallahualam.
KELIRU SUNGGUH LA PUAK MUNAFIK NI. KALAU ORANG BACAKAN DOA LAMBAT KUTIP SAMPAH LAGU MANA PULAK. KIOK.
Jamzuri Ardani
Keliru sungguh. Abis tu kalau LPT3 tu nanti disambung, Qunut Nazilah tu boleh tarik balik ka? Isu pengurusan pentadbiran dan pembangunan negara tidak boleh dijadikan asas untuk mengharuskan doa laknat ke atas pemerintah.
Jika tidak, nanti akan ada pulak rakyat yang mendoakan laknat buat MB Tganu kerana kontraktor Majlis Perbandaran lambat kutip sampah sampai bau busuk.
Abu Lu' Lu' membunuh Amirul Mukminin Umar Al Khattab kerana mendakwa Umar tidak berlaku adil kepadanya. Apa isunya? Abu Lu' Lu' pernah mengadu kepada Umar bahawa majikannya (tuannya) telah menzaliminya tetapi Umar tidak bertindak membelanya.
Dia kata, "Umar seorang yang adil kepada semua orang kecuali terhadap diriku".
Tak boleh sewenang-wenangnya tuduh pemerintah zalim lalu terus mengharuskan Qunut Nazilah. Saya bukan ustaz ... tapi bab ni saya lebih faham dari 'ustaz'. Jangan berfikir seperti Abu Lu' Lu'. Tak kanlah sebab isu LPT3 dan royalti pun nak mendoakan laknat sesama orang Islam? Ini ghuluw. Ini pemikiran takfiri.
Oh yaa ... mungkin perlu juga saya ingatkan, orang yang tarik royalti minyak Tganu ialah orang yang sama berdiri sebelah MP Jasin mengaminkan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh MP tersebut.
Oh yaa .. jangan lupa PM yang meminda Akta Wilayah Laut pada tahun 2012 yang menghapuskan terus hak Tganu ke atas royalti minyak ialah orang yang sama yang PAS berhimpun bersolidariti minta dibebaskan dari penjara.
Nak berpolitik tak ada masalah. Tapi janganlah mengelirukan ajaran agama sampai begitu.
MUDAH JA NAK SINGKIRKAN LEBAI QUNUT NI.
Che Ibrahim
Ada orang atar ke ambo.... InsyaAllah PHBN amat berpeluang cerah untuk merampas semula P139 Jasin dari PN jika berlaku pertandingan 2 penjuru.
KENAPA MALAYSIA BELI BOIENG DARI US.
Norman Daud
Ada seorang kenalan dalam FB yang saya perasan adalah penyokong kuat PN tanya saya, kenapa Malaysia beli Boeing dari US? Patut takyah la beli…
Dia macam nilah… kita semua tahu tariff US ni adalah satu bentuk buli ke atas negara-negara lain oleh US. Bukan Malaysia je kena… negara Eropah, negara Amerika Selatan pun kena… senang cerita satu dunia la kena termasuk la negara kita.
Kita semua kena terima hakikat yang US adalah negara ke-3 besarnya import kita. Banyak produk kita yang dieksport ke sana terutamanya dari sektor semikonduktor dan barangan getah.
Kita tak boleh nak elak dari tariff ni. Kita lawan, makin teruk kita kena. Nak tak nak kita kena nego.
Sebab tu bila orang tanya, “Kenapa Malaysia beli Boeing dari US?” jawapan dia tak semudah “patut takyah beli.” Hubungan perdagangan ni bukan macam kita beli barang kat kedai runcit, marah tokey terus boikot.
Negara berurusan macam satu ekosistem — kita eksport, kita import, kita runding, kita buat kerjasama strategik. Kadang-kadang pembelian besar macam kapal terbang Boeing tu jadi sebahagian dari trade-off dalam perbincangan perdagangan. Kita beli dari mereka, mereka pun ada insentif untuk kekalkan hubungan baik, kurang tekan dari segi tariff, dan buka ruang untuk rundingan lain.
Nak “tunjuk garang” memang sedap bunyinya, tapi realitinya negara kita bukan kuasa besar. Kita perlu main bijak — pilih medan yang kita mampu menang, elak konfrontasi yang akhirnya rugikan industri dan pekerja kita sendiri. Kalau kita degil dan putus terus, yang paling terkesan nanti bukan ahli politik, tapi pekerja kilang, peladang, pekebun, pelabur kecil — ringkasnya, rakyat biasa.
Benda ni bukan kita sorang yang buat. Banyak negara lain pun terpaksa ambil pendekatan sama:
📌 Singapura – Walaupun rapat dengan China, mereka tetap beli jet pejuang F-35 dari US. Bukan semata-mata kerana keperluan ketenteraan, tapi strategi diplomatik untuk kekalkan hubungan baik dan akses pasaran.
📌 Korea Selatan – Ada industri pembuatan pesawat dan kapal perang sendiri, tapi tetap beli teknologi dan senjata dari US supaya eksport kereta Hyundai dan Kia tidak tergugat.
📌 Brazil – Pernah kena tariff tinggi untuk eksport keluli ke US. Penyelesaiannya? Mereka buat perjanjian beli pesawat dan kelengkapan pertahanan dari syarikat US sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan.
📌 Kes EU – Tahun 2018, US kenakan tariff ke atas keluli dan aluminium Eropah. EU balas dengan beli lebih banyak kacang soya dan gas asli cecair (LNG) dari US untuk redakan perang perdagangan.
Kesemua contoh ini tunjuk bahawa dalam dunia sebenar, pembelian besar dari US kadang-kadang jadi “pelincir” hubungan diplomatik dan ekonomi. Bukan sebab kita lemah, tapi sebab kita faham permainan kuasa besar — kadang-kadang kita kena bayar “harga masuk” untuk kekal dalam liga perdagangan global.
Kalau kita pilih untuk melawan habis-habisan, kita kena bersedia tanggung akibatnya — tariff lebih tinggi, eksport kita merudum, pelaburan asing lari, dan akhirnya rakyat biasa yang paling sengsara. Dalam diplomasi antarabangsa, kadang-kadang langkah bijak itu bukan tentang siapa menang hari ini, tapi siapa yang kekal relevan dan mampu bertahan untuk 10 atau 20 tahun akan datang.
Salam subuh
MASA ADA KUASA KAMU TAK TUNTUT PUN HAL INI. INILAH BODOHNYA KAMU.
Che Ibrahim.
1. Allah menjanjikan tidak ada hijab antaraNya dengan doa orang yang dizalimi, sebab itu umat Islam diingatkan supaya gerun dan takut kepada doa golongan yang dizalimi.
2. Qunut Nazilah disyariatkan dibaca dalam solat 5 waktu, bukan dibaca di luar solat.
3. Qunut Nazilah sunnat dilakukan dalam 2 situasi;
i) ketika berhadapan dengan ancaman/serangan dari musuh Islam.
ii) ketika umat Islam ditimpa musibah seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau yang dahsyat dan seumpamanya.
4. Lafar qunut nazilah hendaklah disesuaikan dengan situasi yang dihadapi.
5. Haram membaca qunut nazilah untuk perbalahan sesama Islam, Haram melaknat dan mendoakan kehancuran sesama Islam.
6. Pembinaan lebuhraya atau pemberian royalti adalah urusan kerajaan, bukan urusan atau ketetapan syarak, terserah kepada kerajaan untuk menentukan mengikut maslahah dan peraturan yang ada.
BERITA PALESU YANG BERLEGAR
Betul ke Malaysia gadaikan standard halal untuk dapatkan kadar tarif yang lebih rendah?
Tak betul! Kita cuma memudahcara proses tersebut agar ia lebih pantas dan efisien. Import produk halal dari Amerika Syarikat masih perlu memenuhi standard Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.
Betul ke Malaysia akan bekalkan bahan nadir bumi/REE secara eksklusif kepada Amerika Syarikat?
Haa, yang ni pun tak betul! Perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa rundingan tarif dengan pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuma meminta agar Malaysia tidak menyekat eksport nadir bumi atau REE ke Amerika Syarikat. Pada masa ini memang kerajaan tidak mengenakan sekatan ke atas eksport nadir bumi yg telah diproses.
Habis tu, apa yang Malaysia perlu beri untuk dapat tarif lebih rendah?
Amerika Syarikat meminta agar produk-produk tertentu dikenakan tarif yang lebih rendah, jadi kita bersetuju dengan permintaan tersebut khususnya bagi produk yang tidak menjejaskan industri tempatan.
Inilah antara soalan cepumas yang diterima semasa sidang media tentang tarif timbal balas Amerika Syarikat.
Dalam rundingan yang diadakan, kedua-dua pihak berbincang secara jujur dan terbuka. Alhamdulillah, keterbukaan inilah yang membawa kepada keputusan menang-menang bagi kedua-dua pihak.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini, khususnya team burung hantu MITI. Rundingan dengan US ni kita buat ikut masa mereka, jadi dari malam sampai ke pagi pun #TeamMITI masih lagi berunding dengan rakan mereka di Amerika Syarikat, dah macam burung hantu!
Takpa, sekarang ni dah boleh tidur malam balik!
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA
BILA ORANG SETIA ATOK KOMEN
Jamzuti Ardani
Malaysia import dari AS cuma USD18 bilion sedangkan Malaysia eksport ke AS sebanyak USD55 bilion.
Bandingkan dengan Singapura yang import dari AS sebanyak USD30 bilion manakala eksport je AS pula USD34 bilion.
Malaysia trade surplus dengan AS sebanyak USD37 bilion. Singapura trade surplus cuma USD4 bilion.
Itu yang membezakan kenapa produk Singapura dikenakan tarif lebih rendah.
Tarif 19% bukti strategi & keupayaan Anwar, kata pemimpin PH. Tapi Singapura kena 10% saja.
























