KELIRU SUNGGUH LA PUAK MUNAFIK NI. KALAU ORANG BACAKAN DOA LAMBAT KUTIP SAMPAH LAGU MANA PULAK. KIOK.

 Jamzuri Ardani


Keliru sungguh. Abis tu kalau LPT3 tu nanti disambung, Qunut Nazilah tu boleh tarik balik ka? Isu pengurusan pentadbiran dan pembangunan negara tidak boleh dijadikan asas untuk mengharuskan doa laknat ke atas pemerintah. 




Jika tidak, nanti akan ada pulak rakyat yang mendoakan laknat buat MB Tganu kerana kontraktor Majlis Perbandaran lambat kutip sampah sampai bau busuk. 


Abu Lu' Lu' membunuh Amirul Mukminin Umar Al Khattab kerana mendakwa Umar tidak berlaku adil kepadanya. Apa isunya? Abu Lu' Lu' pernah mengadu kepada Umar bahawa majikannya (tuannya) telah menzaliminya tetapi Umar tidak bertindak membelanya. 


Dia kata, "Umar seorang yang adil kepada semua orang kecuali terhadap diriku". 


Tak boleh sewenang-wenangnya tuduh pemerintah zalim lalu terus mengharuskan Qunut Nazilah. Saya bukan ustaz ... tapi bab ni saya lebih faham dari 'ustaz'. Jangan berfikir seperti Abu Lu' Lu'. Tak kanlah sebab isu LPT3 dan royalti pun nak mendoakan laknat sesama orang Islam? Ini ghuluw. Ini pemikiran takfiri. 


Oh yaa ... mungkin perlu juga saya ingatkan, orang yang tarik royalti minyak Tganu ialah orang yang sama berdiri sebelah MP Jasin mengaminkan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh MP tersebut. 


Oh yaa .. jangan lupa PM yang meminda Akta Wilayah Laut pada tahun 2012 yang menghapuskan terus hak Tganu ke atas royalti minyak ialah orang yang sama yang PAS berhimpun bersolidariti minta dibebaskan dari penjara.


Nak berpolitik tak ada masalah. Tapi janganlah mengelirukan ajaran agama sampai begitu.



No comments: