Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM

wan-salim-mahathir

 | January 25, 2018
Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata lebih baik bekas perdana menteri itu membetulkan kerosakan lalu daripada berdoa semata-mata.
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling baik buat seorang ahli politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ialah kembali membetulkan kezaliman dan kejahatan yang dikaitkan dengannya.
Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam harus faham bahawa taubat bukan sahaja diucapkan melalui kata-kata seperti beristighfar tetapi yang lebih utama dilakukan dengan perbuatan dan amalan.
“Jika seorang hamba Allah yang pernah menjadi pemimpin atau pemerintah dan banyak melakukan kezaliman dan kejahatan ketika memimpin rakyat jelata dan memerintah negara, maka taubat yang paling baik ialah dengan menegakkan keadilan dan melakukan kebajikan jika dia berpeluang kembali berkuasa.
“Jadi jika Dr Mahathir ada berniat untuk bertaubat dengan cara yang demikian maka eloklah jika dia kembali memegang kuasa dan menjadi pemimpin negara sekali lagi,” katanya kepada FMT.
Wan Salim mengulas kenyataan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin baru-baru ini, yang antara lain menyeru Dr Mahathir masuk sekolah pondok dan bertaubat atas dosa-dosanya semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Dr Mahathir, 93, yang mempengerusikan Pakatan Harapan, adalah calon gabungan itu untuk perdana menteri.
Salim berkata orang Islam yang baik mesti bertaubat daripada segala dosa dan kesalahan sementara kesempatan masih ada.
Oleh itu, sekiranya Dr Mahathir ingin kembali ke arena politik dengan hasrat untuk memperbetulkan kesilapan, maka tiada salahnya dari sudut pandangan Islam.
“Tetapi jika tujuan beliau hanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kroni maka tindakan sedemikian adalah salah dan merupakan suatu yg tidak wajar dilakukan,” katanya.

Peruntukan Adun: Husam mahu Pas laksanakan dulu di Salor


Peruntukan Adun: Husam mahu Pas laksanakan dulu di Salor



Adun Salor Datuk Husam Musa dijangka akan menghantar senarai peruntukan untuk Dun Salor kepada kerajaan negeri Kelantan hari ini,   susulan kenyataan yang dibuat  Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan disokong oleh Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Che Abdullah  berkaitan peruntukan kepada Adun  Pas di Selangor yang dibekukan.
“Saya ingatkan Kerajaan Selangor tunggu Kerajaan Pas Kelantan buat keadilan kepada kami di Salor dulu.
“Esok (hari ini) saya akan menghantar senarai peruntukan untuk rakyat Salor.
“Saya berharap kerajaan Selangor mengikuti tindakan adil, demokratik dan Islamik Kerajaan Pas Kelantan nanti,” ujarnya dalam kenyataannya semalam.
Pada Ahad lalu Abdul Hadi  mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mencampuradukkan isu politik dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri kerana membekukan peruntukan kepada Adun Pas di negeri itu.
Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan yang juga exco negeri itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, pada Selasa, turut menyokong kenyataan  dibuat Abdul Hadi.
Husam yang gembira dengan dua kenyataan pemimpin parti Islam itu  bertindak segera atas ‘keadilan’ tafsiran Pas itu untuk dilaksanakan pula oleh kerajaan Kelantan.
“Presiden Pas yang menegur Menteri Besar Selangor berkenaan perkara ini disambut dengan mengajuk cakap yang sama oleh Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, dengan tambahan ‘tidak adil’.
“Saya selaku Adun Kelantan nampaknya akan memperolehi semula hak saya mengagihkan peruntukan Dun Salor.
“Terima kasih Presiden Pas dan Exco Kelantan kerana memperjuangkan keadilan untuk saya,” katanya.
Sebelum itu pada 18 Januari lalu Pas Selangor menyatakan mereka tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah jika peruntukan dana kepada Adun parti itu dibekukan.
Peruntukan itu dikatakan berjumlah RM800,000.

PILIHAN VIDEO HARI INI: Hj Hadi: Minum Kopi Bersama DAP Lebih Baik...



JANJI OH JANJI


Perdana Menteri, Najib Razak mengulangi pendirian kerajaan bahawa kadar cukai GST akan kekal pada kadar 6 peratus.

Saya beri jaminan, kerajaan tiada cadangan menaikkan kadar GST, katanya.

Ada sesiapa mahu percaya janji ini?

Ini namanya janji bulan madu sebelum pilihanraya, selepas menang dan dapat kuasa, sudah pasti lain ceritanya.

Ketika itu, pelbagai alasan dan rasional akan diketengahkan untuk menghalalkan tindakan menaikkan kadar GST.

Oleh kerana undi dan mandat sudah diberi, jika itu berlaku, alamatnya terpaksalah menderita lima tahun lagi.

Masih ingat apa janji orang yang sama sebelum ini?

Antaranya ialah tidak menaikkan kadar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat demi keselesaan rakyat kononnya.

Tetapi, apa jadi akhirnya?

Adakah janji-janji itu sudah ditunaikan sekarang ini?

Jadi, adakah kita mahu percaya satu lagi janji manis daripada orang yang sama? 

WARISAN TERAJUI PERTEMPURAN BN – PH DI SABAH

‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak membayar sesen pun untuk projek terowong dasar laut di negeri itu.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan dakwaan media pro-Barisan Nasional (BN) kononnya ahli politik kerajaan negeri menerima rasuah sebagai penipuan semata-mata.
“Laporan media BN mengenai sogokan kepada ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini jelas merupakan satu penipuan kerana bagaimana sogokan berlaku apabila tiada satu sen pun yang dibayar untuk projek terowong dasar laut ini,” tegasnya dalam kenyataan.
Malah, menurut Guan Eng, projek terowong dasar laut termasuk tiga lebuh raya yang bernilai RM6.3 bilion dijalankan melalui tender terbuka.
“Di manakah rasuahnya apabila keseluruhan projek dijalankan melalui tender terbuka kompetitif yang dibuat oleh Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang?” soal Setiausaha Agung DAP itu.
Selain itu, menurut beliau, HSSI Sdn Bhd dilantik selaku Jurutera Pemeriksa Bebas (ICE) bagi melindungi kerajaan negeri daripada penyelewengan dan salah laku.
Namun laporan media pro-BN tidak menyatakan mengenai penglibatan HSSI dalam laporan palsu mereka.
“Jika benar berlaku sogokan, ini bermakna HSSI juga terlibat dalam perbuatan rasuah ini. Tetapi tiada sebarang laporan dalam media BN yang mengatakan HSSI Sdn Bhd juga terlibat.
“Jadi bagaimana sogokan yang didakwa berlaku itu boleh terjadi apabila tiada kebenaran dan persetujuan dari HSSI Sdn Bhd?” soalnya.
HSSI kata Ahli Parlimen Bagan itu mengesahkan dan memperakui reka bentuk dan tuntutan yang dibuat kontraktor projek, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).
Malah, katanya, HSSI juga dilantik Lembaga Tender Negeri dan sebarang bayaran akan dibuat hanya dengan syor syarikat terbabit.
“Mekanisme kawalan dalaman telah melantik pihak profesional bebas dari luar untuk mengesyorkan pembayaran sama ada secara tunai atau pertukaran tanah.
“Ini menjadikannya mustahil untuk ahli politik atau pegawai kerajaan bagi menentukan jumlah bayaran, dan sama ada perlu atau tidak pembayaran tersebut dibuat.
“Jadi, bagaimana ahli-ahli politik dikatakan boleh menerima sogokan apabila mereka sendiri tidak diberikan kuasa untuk membuat pembayaran, atau sama ada membayar atau tidak membayar?” soalnya lagi. – Roketkini.com

DAP jelajah seluruh negara cari pekerja ‘malang’


DAP akan menjalankan siri jelajah seluruh negara mulai bulan hadapan bagi ‘mencari’ golongan pekerja yang tertindas, dibuang kerja dan berdepan risiko ditamatkan pekerjaan.
Pertemuan tersebut akan digunakan untuk menerang serta memberi panduan mengenai hak-hak pekerja, kaedah untuk mempertahankannya serta segala bentuk tindakan undang-undang yang boleh digunakan.
Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad berkata, siri jelajah tersebut akan turut menemui pimpinan parti peringkat negeri dan ahli-ahlinya untuk memberi taklimat mengenai aspek perundangan pekerjaan dan penjelasan mengenai isu 14 juta golongan pekerja di Malaysia.
“Biro kami juga akan membariskan para peguam yang memberi perkhidmatan secara professional untuk membela golongan pekerja kerana ramai daripada 14 juta pekerja di negara ini masih terpinga-pinga mengenai hak-hak mereka,
“Kebanyakannya tidak mempunyai kesatuan sekerja di tempat kerja mereka dan selalunya terpinga-pinga dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa apabila ditindas majikan,” ujar beliau.
DAP semenangnya terkenal dengan barisan pimpinan yang perjuangankan isu-isu pekerja sejak awal penubuhannya pada bulan Mac 1966.
Antaranya bekas presiden CUEPACS yang juga bekas naib pengerusi MTUC, arwah Ahmad Nor, bekas setiausaha agung MTUC, mendiang V David dan bekas pengerusi MTUC, Zainal Rampak yang turut membawa isu pekerja ke Parlimen selain aktif di lapangan.
Mengulas lanjut, berkata, siri jelajah tersebut adalah permulaan kepada gerakan besar-besaran mempertahankan hak dan periuk nasi pekerja dalam suasana ekonomi yang suram di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pada masa yang sama, biro berkenaan mendapat nafas baru dalam gerakan perjuangannya apabila Pengerusi Biro, Sivanesan Achalingam telah mendapat restu dari Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP untuk memperkasakan keanggotaannya.
Selain Sivanesan dan Amran, biro tersebut turut dianggotai oleh K.A. Ranu selaku setiausaha, S. Lavenyia, S. Muhendaran, Tan Yee Poh dan Sivananthan sebagai ahli jawatankuasa.
“DAP peringkat negeri atau sesiapa jua yang berminat untuk berjumpa dan mendengar taklimat dari kami boleh menghubungi biro kami dengan menghantar email kepada amran@dapmalaysia.org ,” jelas Sivanesan.

Guan Eng umum elaun RM4.11 juta untuk 1,157 pegawai masjid





GEORGE TOWN, 25 JAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.
Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.
“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.
“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.
“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, Kerajaan Negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya.
Pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pulau Pinang sering ditohmah bersifat perkauman hanya kerana menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Untuk rekod, peruntukan hal ehwal Islam dari tahun 2008 sehingga kini dianggarkan sebanyak RM457.05 juta, meningkat 84 peratus berbanding tempoh sama pemerintahan UMNO-BN.
Ekoran itu, pentadbiran HARAPAN yang diterajui DAP di negeri itu sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina dan anti Melayu.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan media pada 7 Februari tahun lepas berkata: “Kerajaan DAP masa memerintah Pulau Pinang, masa pilihan raya ambil undi Cina, tapi hanya jaga orang Melayu, yang rugi adalah orang Cina”.
Manakala, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 19 Disember tahun lepas antara lain menyatakan: “Kita takut apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini, pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika mereka memerintah lagi”