ZAID KRITIK PEMIMPIN PEMBANGKANG TERUS BERUNDING DENGAN PAS

Rekod menunjukkan Najib adalah diktator kleptokrat, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad melebelkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai diktator kleptokrat berbanding dirinya yang pernah dilebelkan sebagai diktator ketika menjawat jawatan perdana menteri dan  lebel  itu  kekal sehingga ke hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hari ini menulis berkaitan pelabelan yang sering diberikan pihak tertentu terhadap pemimpin politik yang memerintah.
Dr Mahathir berkata, pelebelan adalah salah satu cara berkesan untuk digunakan bagi mengalahkan musuh politik apabila melabel seseorang itu sebagai lebel yang buruk.
Sebagaimana dirinya yang pernah diberikan beberapa label ketika menjadi perdana menteri 22 tahun dan menghadapi lima kali pilihan raya umum dalam negara.
Beliau menceritakam bagaimana pernah dilebelkan sebagai 'ultra Melayu' yang mana beliau anti kepada Cina dan seorang pelampau.
"Tidak kira apa yang saya katakan atau lakukan, mereka semua beranggapan saya sebagai melampau, sebagai ultra, sebagai tipikal ekstremis.
"Saya banyak alami dugaan dengan pelebelan ini.
"Sebaik sahaja label diberi semua orang akan secara automatik menyebutnya ketika bercakap atau menulis tentang anda dan bahkan ketika bercakap dengan anda. Anda tidak akan diberi peluang untuk membantah kerana mereka akan meneruskan soalan atau berbincang seolah-olah label itu benar-benar menggambarkan anda.
"Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan orang ramai, terutamanya orang Cina daripada memikirkan saya sebagai seorang ultra Melayu dan seorang cauvinist.
"Sekali saya berjaya menyingkirkan lebel saya ini dan saya dapat mendapat sokongan Cina yang kuat pada Pilihan Raya 1999 walaupun orang Melayu menolak saya, saya dapat memenangi undi Cina.
"Tetapi malangnya label lain pula tersekat kepada saya oleh pengkritik saya. Saya dilebel sebagai diktator," tulisnya di blognya.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Presiden Umno itu ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah pada Selasa.
Najib dipetik berkata, pada zaman kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme undi kuota dan undi bonus setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa dan mempersoalkan siapa yang lebih diktator ketika menjadi perdana menteri?
"Sekarang Najib memanggil saya seorang diktator. Datang dari dia, penegasan ini tidak masuk akal. Dia tidak pernah membenarkan apa-apa cabaran terhadapnya dalam parti itu.
"Timbalannya telah dipecat dan beliau merancang mengeluarkan anak saya, MB Kedah, menggantikannya dengan salah satu rakan karibnya.
"Sekarang terdapat penapisan media cetak dan elektronik. Dia mengunakan polis untuk menangkap dan menahan orang-orang yang melaporkan kepadanya dakwaan kegiatan jenayah dilakukannya.
"Di bawah Najib, Lembaga Hasil Dalam Negeri menyerbu perniagaan dan menuntut cukai tambahan dikalangan tersenarai hitam. Buku-buku milik perniagaan disita dan dibekukan sehingga perniagaan tidak dapat dilakukan.
"Najib menguatkuasakan undang-undang baru yang memberinya kuasa untuk menahan sesiapa tanpa perbicaraan. Jika orang itu mati, tiada inkues akan dijalankan.
"Dalam Umno, tiada seorang pun yang dibenarkan menentangnya. Malah 1MDB dan RM2.6bilion dalam akaun peribadinya tidak dibenarkan disebut oleh para perwakilan pada mesyuarat agung Umno atau pada bila-bila masa lain.
"Rekod membuktikan Najiblah diktator, diktator kleptokrasi," ujarnya.
Sambung Dr Mahathir lagi seorang diktator tidak akan gagal disebabkan label 'diktator' itu mereka berupaya mendapatkan sokongan 99 peratus jika bertanding dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum sebuah negara, namun ujarnya keadaan itu tidak berlaku terhadap dirinya ketika berkuasa.
"Saya tidak pernah mendapat 99% undi dalam mana-mana pilihan raya. Selalunya pembangkang akan mendapat hampir satu pertiga daripada kerusi. Mereka juga berjaya menakluki beberapa negeri.
"Apabila dicabar dalam pemilihan parti jawatan Presiden Umno saya hanya mendapat margin 43 undi walaupun 80% daripada bahagian itu menamakan saya sebagai calon presiden mereka.
" Saya mengetuai lima pilihan raya umum. Diktator sering tidak mengadakan pilihan raya, atau jika mereka melakukannya, mereka akan memenangi 99% undi.
"Diktator tidak pernah meletakkan jawatannya. Mereka akan mengekalkan tempat mereka sehingga mereka mati. Dan selalu mereka akan digantikan oleh anak-anak mereka.
"Sebaliknya saya meletak jawatan secara sukarela.Tiada diktator yang pernah meletak jawatan secara sukarela atau sebaliknya. Sebagai diktator mereka akan menimbulkan kebencian rakyat. Mereka tahu apabila mereka kehilangan kuasa rakyat akan menyalahgunakan mereka dan menghukum mereka.
"Selepas saya meletak jawatan, walaupun usaha oleh pengganti saya untuk memburuk-burukkan saya, rakyat terus menerima dan menyokong saya. Malah parti-parti pembangkang yang pernah mengutuk saya sanggup menerima saya dan parti yang saya tubuhkaan.
"Mereka juga memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka yang mempunyai pengalaman diktator ini?," soalnya.

Tangkapan 15 ahli AMK bukti Najib tidak hormati demokrasi



Fahmi Fadzil Najib
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesa pihak polis melepaskan 15 ahli Angkatan Muda (AMK)yang ditangkap selepas mengadakan flashmob di pintu masuk Politeknik Seberang Prai pagi ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil (Gambar atas) berkata, tindakan dilakukan itu adalah satu tamparan hebat terhadap amalan demokrasi di Malaysia.
"Ia menjadi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak menghormati prinsip demokrasi dan hak bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan, khusus di kalangan anak muda.
"Anak-anak muda yang berkumpul ini tidak membaling kerusi, suar mahupun selipar terhadap sesiapa malah hanya memegang plakad secara aman untuk menyatakan pendirian politik mereka.
"Adakah ini ditakrif pihak berkuasa sebagai satu "ancaman" sehingga perlu menangkap peserta flashmob aman?," soalnya dalam kenyataan hari ini.
"Adakah Datuk Seri Najib dan pentadbiran beliau sudah begitu panik dan takut tentang sentimen rakyat hinggakan peserta flashmob aman juga dilihat sebagai "musuh politik" yang perlu ditahan?," soalnya.
Justeru beliau mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memohon maaf dan membebaskan ke semua yang ditahan.
"Saya menggesa agar anak-anak muda ini segera dibebaskan dan Datuk Seri Najib perlu meminta maaf kepada mereka kerana apa yang mereka buat itu tidak salah malah hanya mengukuh dan mematangkan politik di Malaysia," ujarnya.
Dalam perkembangan sama AMk Selangor turut melahirkan rasa kesal di atas penangkapan 15 pimpinan AMK Pulau Pinang yang mengadakan 'flashmob' sempena kehadiran Presiden Umno itu ke Politeknik Seberang Prai.

Afzanizam Rahman Ketua AMK Selangor Afzanizam Rahman
 (Gambar kiri) melihat tindakan itu sebagai satu penzahiran yang tidak munasabah dan pengecut selain pembunuhan demokrasi dan hak berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
"Di Negeri Selangor, acapkali gerombolan biadap Jamal Yunos (Datuk Seri Jamad Md Yunos) bertindak berhimpun, mempersenda institusi Kerajaan Negeri dan memperbodohkan diri tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
"Malah tindakan kurang siuman gerombolan biadap ini turut ditegur pihak istana tetapi tidak pernah ditahan atas alasan-alasan yang digunakan terhadap himpunan seperti di Pulau Pinang.
"Tindakan bertuala, membawa van jenazah milik masjid, membawa poster provokasi biadap menaiki MRT dan terbaru memakai pakaian sekolah ke Unisel seolah-olah direstui tindakannya dan flashmob aman adalah lebih merbahaya," ujarnya.
Justeru AMK Selangor menyeru mereka yang ditahan dibebaskan.
"Kami mengecam tindakan dwi standard yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalang yang mempergunakan Polis Diraja Malaysia. Malah kami menyeru agar hak mereka sebagai tahanan dijamin disisi undang-undang negara," ujarnya.
Hari ini dijadualkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melawat Pulau Pinang dan sekali gus menggempur kubu kuat bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Perdana menteri akan ke program ‘Makan Bersila Bersama PM” di Padang Politeknik Seberang Perai bersama kira-kira 20,000 hingga 25,000 orang.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata orang ramai dijemput menyertai Najib untuk menjamu nasi kandar dan masakan Melayu tradisional bagi mencipta rekod kebangsaan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.
Bagaimanapun, Pemuda PKR merancang untuk mengadakan satu ‘flashmob’ yang akan dilakukan diperkarangan politeknik itu.

Akta Rahsia Rasmi tekan media, bodohkan rakyat


PETALING JAYA, 17 OGOS: Kekangan untuk menzahirkan maklumat tertentu akibat halangan  Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) secara langsung memberi kesan kepada kebebasan media menyalurkan maklumat kepada rakyat negara ini.
Ketua Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq, OSA telah menyebabkan laporan melibatkan penyiasatan media terganggu apabila maklumat yang diperolehi wartawan tidak dapat digunakan akibat kekangan akta tersebut.
Jahabar berpandangan, meskipun wujud kebebasan media di Malaysia, namun kebebasan tersebut amat terhad.
Beliau turut berkongsi bagaimana kerajaan menggunakan undang-undang untuk menyekat akses kepada portal The Malaysian Insider yang diketuainya pada 2016 lalu.
Sekatan tersebut dibuat kononnya telah melanggar Suruhanjaya Multimedia Malaysia 1998 di bawah seksyen 233.
“Sebagai wartawan, tugas kami adalah untuk sahkan, sahkan dan sahkan maklumat, tapi OSA ini jadi halangan.
“Rakyat Malaysia perlu ada dan diberi maklumat, perlu dimaklumkan-barulah boleh buat pembaharuan kepada negara,” katanya dalam Forum ‘OSA: Time to Renew or Repeal?’ di Gerak Budaya malam tadi.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan OSA, perjuangan membentuk masyarakat bebas bermaklumat telah dirintis kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.
Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015 manakala di Selangor pula telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013.
Enakmen ini bertujuan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu mendapatkan daripada jabatan atau agensi-agensi negeri melalui permohonan yang dikemukakan.
Tiada tempat dalam masyarakat moden
Ahli panel dalam forum ‘OSA: Time to renew or repeal?’
Sebarang dokumen meski pun tidak melibatkan keselamatan negara boleh diklasifikasikan oleh kerajaan sebagai ‘Sulit’ di bawah OSA.
Menurut peguam dan aktivis hak asasi manusia, Syahredzan Johan, OSA memberi kuasa kepada menteri, menteri besar atau ketua menteri, dan juga kepada mana-mana penjawat awam yang dilantik untuk mengklasifikasikan apa-apa dokumen datau maklumat sebagai ‘Rahsia’, ‘Terhad’ atau ‘Sulit’.
“Akta ini memberi kuasa seluasnya kepada kerajaan untuk mengklasifikasikan apa-apa jua dokumen atau maklumat sebagai rahsia.
“Contohnya, adik saya membuat urusan perniagaan dengan kerajaan, ia boleh diklasifikasi sebagai sulit dan jadi dokumen rahsia,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan itu menyebabkan kesalahan yang disabitkan di bawah akta tersebut sukar dicabar individu yang didakwa dan memungkinkan lebih banyak penyelewengan dilindungi.
“Sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu dirahsiakan seperti keselamatan seumpamanya. Namun ia perlu dipinda.
“Akta sebegini tak ada tempat dalam masyarakat moden sekarang,” katanya lagi

APAKAH ISA AKAN TERLEPAS SEPERTI ‘YANG LAIN’

PAS TIDAK MINAT LAWAN BN, MENGAPA PERLU BERKERJASAMA? – GAH

PROGRAM PM PAKSA GURU DAN PELAJAR MENGHADIRINYA..???


Image may contain: one or more people and crowdImage may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoorImage may contain: 2 people, people smiling, people sitting, shoes, crowd and child

Image may contain: 2 people, motorcycle and outdoor
Image may contain: 1 person, sitting

Kehadiran wakil Pas YDP Pas kawasan Permatang Pauh Omar Hassan meraikan kedatangan Najib. Manakala Seramai 12 orang ahli AMK ditahan.Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YDP Pas kawasan Permatang Pauh ke majlis tersebut.

Kehadiran dianggarkan seramai 20-ke 25k dan beliau secara berseloroh berkata jika kurang dari itu, maka kpi Zaidi sebagai Ketua Bahagian Permatang Pauh gagal..namun katanya ianya berjaya kerana kehadiran..

No automatic alt text available.
Sebelum itu keluar surat dimana arahan untuk kebenaran dari ibubapa untuk membenarkan pihak sekolah membawa murid murid ke program tersebut, namun di arahkan dibatalkan kerana murid murid sekolah akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Akhirnya guru guru dikerah ke majlis tersebut dimana setiap sekolah diarahkan menghantar seramai 6 orang guru ke program tersebut dan bagi pelajar Politeknik pula, diwajibkan menghadirinya.

Walaupun dijangkakan 3 penjuru, PH masih berpeluang untuk memenanginya.

Semasa \pm sedang berucap para penyokong Zaidi dikatakan berteriak agar beliau dicalonkan...Malah dikatakan penyokong beliau memakai pakaian hitam dan bertulis penyokong Zaidi.

Image may contain: one or more people, crowd, sky, car and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

kredit photos: Anillnetto

HARAPAN akan menang PRU14, Kit Siang dedah formula-Siaran ulangan untuk kita yakin kemenangan



KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) berpotensi besar untuk memenangi majoriti kerusi parlimen serta mempertahan dan memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum akan datang melalui formula ‘10 dan 5 peratus’.
Formula itu kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang boleh berjaya meskipun jika PAS bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menyebabkan pertembungan kerusi.
“Tsunami rakyat Malaysia ini akan berlaku jika 10 peratus pengundi Melayu dan 5 peratus pengundi bukan Melayu mengubah undi mereka daripada Barisan Nasional (BN) kepada HARAPAN dalam keadaan pengundi jelas membezakan HARAPAN dan PAS.
“Dalam keadaan ini, meskipun PAS bertindak sebagai ‘penganggu’, HARAPAN bukan sahaja akan memenangi majoriti kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia malah akan berjaya mentadbir Perak, Negeri Sembilan dan Johor serta terus mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.
Dalam senario ini, 10 peratus pengundi PAS dan beberapa peratus pengundi bukan Melayu telah pun diambil kira ujarnya.
Berdasarkan formula itu, bagi negeri Perak; BN dijangka hanya mempertahankan 20 kerusi (34%) manakala HARAPAN memenangi 39 kerusi (66%) Dewan Undangan Negeri (DUN).
Negeri Sembilan pula bakal memperlihatkan BN memenangi 17 kerusi (47%) didahului HARAPAN dengan 19 kerusi (53%).
Johor pula dijangka menyaksikan BN kecundang dengan hanya 20 kerusi (35%) manakala HARAPAN muncul juara dengan kelebihan 36 kerusi (65%).
Di Pulau Pinang, BN diramal hanya berjaya mempertahankan 3 kerusi (7%) manakala HARAPAN pula memenangi 37 kerusi (93%).
Bagi Selangor, BN dijangka mengalami kemerosotan dengan 6 kerusi (11%) manakala HARAPAN pula mencatatkan peningkatan kemenangan sebanyak 50 kerusi (89%).
Menurutnya lagi, kemenangan HARAPAN di peringkat Persekutuan dan Negeri akan memberi kesan kepada transformasi pertumbuhan ekonomi.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh terbaik dalam tempoh lapan tahun pentadbiran pakatan yang telah menerajui pembaharuan dan mempraktikkan urus tadbir yang baik,” katanya lagi.

Amanah Kelantan pilih model Nabi Yusuf bila dapat tadbir negeri


Husam Musa calon MB Kelantan
Negeri Kelantan akan menggunakan model yang ditunjukkan Nabi Yusuf alaihissalam dalam mengurus khazanah negeri bila dipilih mentadbir negeri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata ketelusan dan usaha meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat adalah teras utama yang akan digunapakai nanti.
"Sikap tidak peduli terhadap pekerja dan golongan daif yang jadi amalan kerajaan sekarang akan diganti dengan perancangan khas meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau  turut menyentuh mengenai guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan  penerima bantuan ladang rakyat. Beliau berkata penyelesaian dapat dibuat jika kerajaan benar-benar mengambil langkah wajar.
"Isu guru-guru YIK yang tidak dapat diserap ke jawatan tetap telah berlarutan begitu lama.
"Saya sendiri amat faham masalah ini kerana ayah saya mengajar di sekolah YIK dan ramai adik beradik saya bersekolah di situ.
"Sebenarnya jika khazanah hasil negeri diurus dengan betul dan sistem YIK diubahsuai sedikit satu penyelesaian amat mudah dilakukan.
Beliau yang juga Adun Salur  enggan mendedahkan semua kaedah mengenai hal itu,  berjanji kepada semua guru di YIK  mereka akan diserap ke jawatan tetap bila AMANAH mentadbir kelak.
"Kita tak perlu terangkan semua sekarang nanti mereka tiru.
"Tapi kirim salam kepada semua guru YIK kita janji akan selesaikan masalah mereka," katanya.
Berkaitan Ladang Rakyat beliau amat kesal kerana pihak kerajaan seperti tersepit dengan kaedah pembangunan ladang oleh pihak swasta yang berjalan sekarang."Apabila saya dedahkan semua anak syarikat ladang rakyat kerugian dan ada yang tutup mereka kata saya fitnah."Akhirnya seorang Exco kerajaan menjawab Ladang Rakyat rugi kerana saya tak datang mesyuarat.

"Memang betul apabila saya dilantik menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat hanya sekali saya hadir.
"Saya ambil pendirian tidak mahu terus duduk di situ kerana perjalanannya terpesong dari rancangan asal.
"Asalnya Ladang Rakyat dirancang untuk dimajukan sendiri oleh pihak kerajaan melaui anak syarikat tetapi apa yang terjadi ialah ia diurus pihak swasta," katanya.
 Kini katanya yang mengaut untung adalah pengusaha swasta yang ditaksirkan mengumpul keuntungan tahunan sekurang-kurang RM11 juta.
"Sedangkan apa yang diperolehi kerajaan sekarang hanya RM2 juta setahun.
"Dari hasil ini 4500 peserta ladang Rakyat mendapat imbuhan bulanan RM200.
Jika AMANAH bersama Pakatan Harapan menerajui kerajaan menurutnya, Menteri Besar bahari boleh mengkaji semula perjanjian berat sebelah ini.
"Paling kurang dalam mas sebulan kerajaan boleh tingkatkan perolehan dua kali ganda kepada RM4 juta.
"Dari perubahan ini saja kita boleh tambah imbuhan peserta kepad RM400 sebulan dan jumlah peserta boleh ditambah kepada 7 000 orang." katanya.
Menyentuh perkembangan positif gabungan Pakatan Harapan beliau mahu sikap hormat menghormati antara parti-parti komponen ditingkatkan.
"Tidak perlu ada yang merasa lebih tinggi dan lebih rendah dalam gabungan ini.
"Semua pihak penting untuk mencapai misi penting mengalahkan Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara ini," katanya.

PELAJAR SEKOLAH DIPAKSA KE JAMUAN PM DI PERMATANG PAUH???


No automatic alt text available.

Berbagai pihak mempertikaikan kenapa pihak sekolah seolah olah di paksa untuk hadir ke sekolah sedangkan peperiksaan semakin hampir.Adakah jamuan itu suatu paksaan terhadap pihak sekolah, atau ibubapa? 

Berdasarkan surat, ianya diberikan kebenaran melalui ibubapa. Jadi kalau nak makan nasi kandaq, tak payah p jamuan tu pun masih boleh makan dimerata kedai.Kawasan ini bukan macam kawasan di Pekan. Buat jamuan keluaq semua orang kampung Penang tak sama macam di Pahang...kah..kah..kah...woiii negeri dah maju la PM.

Bawa sampai dari Pulau naik bas cuma nak sambut PM..Rasanya PM dulu dulu tak pernah buat macam ni laaa..akhirnya budak budak sekolah dilarang hadir oleh pihak kementerian.