MASALAH DALAMAN PAS PUNCA HARAKAH JATUH..!!
Bekas Pengarang Harakah,
Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar
Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.
“Masalah merudum
penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku
tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu
banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program
‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustafa Ali mesti berundur.
Menurut beliau, dakwaan
penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca
daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang
didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak
benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”
Sebaliknya Tarnizi
mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS
serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.
“Kalau menguruskan
Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi
apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami
rasa tidak selamat.
“Malah ada pemimpin PAS
yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti
bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,”
katanya.
Pada masa sama Tarmizi
menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan
dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada
dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.
“Kami dalam editorial
berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau
nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa
tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama
dalam misi memperkukuhkan PR.
“Apa kita nak lapor
dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,”
ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih
profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam
seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja,
bukannya bertindak sesuka hati.
Tarmizi juga mendesak
Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut
terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi
perjuangan PR. ~ sumber