KASIHAN....


PKR KUALA TERENGGANU



 TAK NAK DEMO KE WALAUN?


Kesian Rakyat Terengganu, Dua kali kenaikan Tarif Air.








Tahun lepas dah naik. Tahun ni naik lagi. Bermula Semalam iaitu 1 Ogos 2025, 

Kerajaan PAS Terengganu telah menaikkan caj bulanan minimum tarif air.


Sudah diwartakan, penduduk Terengganu akan menikmati kadar baharu caj bulanan minimum RM6.60 selepas naik 80 sen.


Tahniah kepada walaun kerana menjadikan negeri ni sebagai negeri yang membebankan Rakyat.


Dan bukan setakat Terengganu, negeri SG4 yang diperintah PAS turut naik. Air paling mahal setakat ni dipegang oleh Perlis yang mencatatkan kenaikan tertinggi di Malaysia apabila naik RM1.60 menjadi RM8.80.


Satu lagi negeri yang dipimpin PAS, Kedah pula mencatatkan kenaikan ke-2 tertinggi negara apabila Tarif Air minimum mencecah RM8.10 apabila naik 60 sen.


Kelantan naik ke-3 tertinggi di Malaysia dengan menaikkan caj bulanan minimum kepada RM8.00 selepas naik RM1.2O.


Tahniah dan syabas PAS. Mana dia penasihat SG4, Mahathir Mohamad. Sebab Air ni dibawah bidang kuasa negeri. Sebab itulah mereka sewenang-wenangnya naikan harga air. Tambahan pula walaun yang jadi Pokki Angguk. Sebab tu mudah kerja MB mereka naikkan tarif air.


Berbeza negeri Kerajaan PH/BN, dimana pengguna air dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikekalkan caj bulanan minimum pada harga RM6.50.


Kadar tarif air dinikmati penduduk di Lembah Klang itu sekaligus jauh lebih rendah berbanding Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Pulau Pinang lagi bagus, mereka menangguhkan kenaikan tarif air dan ianya memberi kelegaan besar kepada Rakyat Pulau Pinang.


Manakala Perak pula hanya menaikkan tarif air kepada pengguna komersil sahaja. Pengguna isi rumah tidak kena dan ini tidak membebankan mereka langsung.


Jadi buat Rakyat Terengganu, apa pilihan yang ada pada anda. Kalau berterusan sokong PAS, tak mustahil bil air akan terus naik hingga mencecah RM 10 tak lama lagi. 


Jadi sebelum bil air kita terus naik, baik kita naikkan kerajaan Baru. Yang cakna Rakyat.


Kalau tak, tentu darah kita akan naik setiap kali menerima bil air bulanan yang dihantar ke rumah kita. Itu je pilihan yang kita ada sebenarnya.




HARE... AFNAN KA SAFWAN


 

BERITA PALESU.

 Norman Daud

 

Ada orang hantar petikan berita dari Business Times cakap malaysia setuju jual REE kepada US sebagai syarat penurunan tariff.  Saya semak dengan Ai, tapi menurut Ai.. petikkan berita tu PALSU.









ADA MP AKAN LETAK JAWATAN


 

TARIF US TURUN


 

JOM TOLAK SANUSI


 

BARANG MAHAL KAH?


 

LEBAI TESLA.


 





KEH KEH KEH...

 

Oh sure, go ahead and mess with me. But the moment you stop, I’ll suddenly become the victim. 😅




Cerdik betol strategi PMX nih.






Semalam waktu Himpunan Turun Anwar berlangsung , PMX turun ke Kedah berjumpa dgn kepala Ngo dan Pertubuhan Beladiri Melayu. 


Langkah PMX di Kedah ini bukan langkah biasa. 

Ia adalah ‘silent offensive’ keatas naratif dominan PN di utara tanah air. 


Ngo yg hadir ini bukan biasa² tetapi mereka org yg ada pengaruh dalam kalangan masyarakat khususnya org kampung. 


Kalau mereka hari ini sudi duduk semeja dan senyum ketawa dengan DSAI, itu petanda perubahan arus sedang berlaku di peringkat akar umbi.


Kedah kini jadi medan uji kekuatan PN vs Kerajaan Perpaduan


Selepas Johor dan Selangor kekal di bawah PH-BN dan Pulau Pinang terus kukuh, fokus PN adalah mengekalkan dominasi di negeri seperti Kedah dan Kelantan. 


Lawatan PMX ke Kedah dgn berjumpa dgn kepala melayu ni adalah untuk mematahkan benteng awal mereka.


PMX membina kekuatan bukan dengan perpecahan, tapi penyatuan melalui politik rentas parti , Ngo dan juga masyarakat kampung. 


Sedangkan PN pula menjadikan NGO sebagai alat protes dan propaganda mereka, PMX sebaliknya menjadikan NGO sebagai rakan dialog dan pembangunan. 


Ini selari dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang mengiktiraf peranan masyarakat sivil dalam menyampaikan dasar kepada rakyat.


Disitu bijaknya strategi PMX nih dgn memanfaatkan ‘touch point’ dikalangan rakyat Kedah supaya dasar dan aspirasi Madani itu sendiri sampai ke akar umbi. 


Anwar Ibrahim tahu , jika hati orang kampung dan NGO tempatan dapat ditawan, maka automatik jentera politik lawan dinegeri itu akan goyah. 


Bila mereka tengok sendiri gaya Anwar yang duduk makan dan berbual mesra, ia mengalahkan propaganda TikTok PN yg keras , penuh fitnah dan caci maki.


PMX bawa gaya ‘pemimpin turun ke bawah’ yang tulen, bukan lakonan musim PRU saja. 


Apa yang rakyat Kedah sedang lihat harini ialah pemimpin nombor satu kerajaan turun tanpa protokol yg melampau, tanpa kempen politik murahan tapi dgn senyuman dan keikhlasan. 


Ini lawan kepada gaya elit politik zaman lama yang penuh dgn karpet merah dan VIP block. 


Ia membuka jalan kepada pemulihan persepsi bahawa Anwar Ibrahim bukan sekadar perdana menteri tetapi juga wakil rakyat sejati.



Hanya Sijil Kematian yang Tinggal”




Tq sahabat yang menhantar.

Salam Jumaat. 


Seorang bekas Pesuruhjaya Polis yang telah bersara baru sahaja berpindah keluar dari rumah rasmi kerajaan ke rumah miliknya sendiri yang terletak di sebuah kawasan kejiranan yang tenang. Dia sangat berbangga dengan pencapaiannya dan kedudukannya yang terdahulu.


Setiap petang, dia akan berjalan-jalan di taman kejiranan. Namun, dia tidak pernah menegur atau menyapa sesiapa. Dia merasakan bahawa orang lain di kawasan itu tidak setaraf dengannya — tidak layak menerima perhatian atau masanya.


Suatu hari, ketika dia duduk di bangku taman, seorang lelaki tua datang dan duduk di sebelahnya. Lelaki tua itu memulakan perbualan secara mesra, tetapi Pesuruhjaya itu tidak berminat untuk mendengar. Sebaliknya, dia hanya bercakap tentang dirinya — pangkatnya, kuasanya, pencapaiannya. Dia sering mengingatkan orang lain bahawa dia tinggal di kawasan itu bukan kerana terpaksa, tetapi kerana dia pemilik harta itu.


Perkara ini berulang selama beberapa hari. Lelaki tua itu hanya mendengar dengan tenang setiap kali, tidak pernah menyampuk.


Kemudian, pada suatu petang, lelaki tua itu akhirnya bersuara.


“Pesuruhjaya,” katanya lembut, “mentol elektrik hanya bernilai selagi ia menyala. Setelah ia terbakar, tidak kira sama ada ia 10-watt atau 100-watt — semua mentol yang sudah terbakar adalah sama — senyap, tidak bernyawa, dan dilupakan. Saya sudah tinggal di kawasan ini selama lima tahun, dan tidak pernah sekali pun saya memberitahu sesiapa bahawa saya pernah menjadi Ahli Parlimen — dua penggal.”


Wajah Pesuruhjaya itu berubah.


Lelaki tua itu menyambung dengan tenang: “Lihat lelaki di hujung sebelah kanan itu? Itu Encik Verma. Dia bersara sebagai Pengurus Besar di Keretapi India. Lelaki yang sedang berbual dengannya — Rao — ialah bekas Leftenan Jeneral Tentera. Dan lelaki yang berjalan perlahan memakai putih itu, Encik Shiva. Dia dulu ialah Pengerusi ISRO. Tiada seorang pun antara mereka bercakap tentang gelaran atau jawatan mereka dahulu. Mereka tidak rasa perlu pun untuk berbuat demikian.”


“Saya cuma memberitahu apa yang saya tahu,” katanya, sebelum menyambung,

“Sebab, akhirnya, kita semua adalah mentol yang sudah terbakar. Sama ada kita dulu 0-watt, 40, 60, atau 100-watt — sama ada kita LED, CFL, halogen, atau hiasan — apabila kuasa terpadam, kita semua sama sahaja.”


“Selepas bersara, sama ada anda Pesuruhjaya Polis atau Konstabel Polis, ia tidak lagi membawa makna.”


Dia memandang Pesuruhjaya itu dengan penuh makna dan berkata,

“Matahari terbit dan matahari terbenam — kedua-duanya indah. Tapi dunia hanya tunduk kepada matahari yang sedang terbit. Begitulah sifat manusia. Kita harus terima hakikat itu.”


“Jawatan kita, kedudukan kita — semuanya sementara. Jika kita biarkan semua itu menentukan siapa diri kita, kita pasti hilang arah bila semuanya pergi.”


“Dalam permainan catur, setiap buah — raja, permaisuri, gajah, bidak — hanya ada nilai semasa permainan berlangsung. Apabila permainan tamat, semuanya dimasukkan semula ke dalam kotak yang sama, dan penutup ditutup rapat.”


Dia tersenyum perlahan sambil memandang sekeliling taman.

“Jadi, berbahagialah pada saat ini. Harapkan kebahagiaan di masa depan. Tapi jangan sesekali berpaut pada sesuatu yang bukan lagi milik kita. Sebanyak mana pun pingat atau sijil yang kita kumpul sepanjang hidup, akhirnya, kita semua hanya akan menerima satu — Sijil Kematian.”




PAS NAK SERTAI KERAJAAN PERPADUAN? HENTIKAN LAH.


 

ISU HANGAT


 

WALAUN JOM DEMO...REGA AIR DAH NAIK..ZALIM..AIR ANUGERAH TUHAN KERAJAAN KAMU BAGI NAIK...WOIIIII....


 Zainuddin Omar



Walaun SG4 minta Anwar TURUN, tetiber kadar harga air negeri-negeri SG4 NAIK mendadak. Nasiblah korang. Ahaks.


Ini yang korang patut berhimpun dan bantah.




NOHHHH HAIHHHH ...NYANYUK


 

MOTOR KAMU BERAPA KALI DAH SAMPAI MASJID


 

Dari 25% ke 19%!






Syukur, rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuahkan hasil positif. Setelah mengadakan rundingan yang kompleks sejak 6 Mei 2025, AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif timbal balas ke atas eksport kita dari 25% kepada 19% mulai 1 Ogos 2025! Keputusan ini adalah bukti hubungan ekonomi yang kukuh dan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai. 


Apa yang sama pentingnya ialah penurunan tarif ini telah dicapai tanpa menjejaskan kedaulatan negara kita, membolehkan kita terus melaksanakan dasar-dasar penting untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi. Kami di MITI akan terus bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan tarif ini dan pada masa yang sama, meneroka peluang baharu untuk syarikat Malaysia, terutamanya PKS. 


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini.  Bersama-sama, kita akan terus memacu potensi global Malaysia!


#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA




SEJARAH DAH PERHIMOUNAN NI... JADI KERAJAAN DULU TAK SEMPAT LAKSANAKAN


 

LEBAI DOLLAH BUAT HAL LAGI


 

SELAMAT DARI GOLD DINGGER


 

Comfirm Pembangkang akan serang Kerajaan Perpaduan kes tarif air ni.







Sham Ghaz


Padahal SEMUA NEGERI minta kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) utk naikan tarif air.


SPAN hanya meluluskan permohonan mereka.


Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu semua nak naik.


Selangor dan Perak tak naik.




ISU BAJU PUN PMX KENA JAWAB. YANG SAKAN BERTANDING MENANG DIAM JA SAMOAI SEKARANG.

 




Terima kasih Bujins Batik. Hari ini saya gayakan batik tempatan tatkala menghampar Rancangan Malaysia Ke-13. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI

#RMK13




TAHNIAH.. RAKYAT KEDAH SEDANG SENGSARA.

 

Em Jay


Selamat menjalankan tugas DS Saifuddin Nasution Ismail demi kecermelangan negeri Kedah.




KES HUSAM VS KPK: BILA BANGKIT ISU AMANAH, MEREKA BALAS DENGAN SAMAN, JUMPA DI MAHKAMAH RAYUAN.





Ramai yang mungkin tak tahu – kes saman oleh syarikat kerajaan negeri Kelantan, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) terhadap Datuk Husam Musa bukan kes baharu. Ia bermula sejak 2017, bukan kerana Husam mencuri atau menyeleweng, tapi kerana beliau bangkitkan isu tadbir urus dan pengurusan harta negeri.


Yang peliknya, bila pemimpin tanya pasal duit negeri, mereka jawab dengan saman. Bila rakyat tanya pasal integriti, mereka jawab dengan diam dan mahkamah.


Kronologi Kes: Fakta Sebenar dan Bukti


 1. September 2017

KPK memfailkan saman sivil terhadap Husam Musa. Ia berkait kenyataan terbuka beliau di Facebook dan ceramah awam yang menyentuh dakwaan salah urus syarikat dan projek tanah kerajaan negeri.


 2. 1 Oktober 2019

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Husam bersalah dan perlu membayar gantirugi, tanpa sebarang perbicaraan penuh atau panggilan saksi.


 3. 26 Ogos 2021

Mahkamah Tinggi mengeluarkan arahan supaya Husam membayar RM100,000 ganti rugi, dan kos sebanyak RM110,933.92 – semuanya masih tanpa pembicaraan merit.

(Sumber: Malaysiakini, 26 Ogos 2021)


 4. 14 September 2021

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana mendapati wujud kekhilafan serius — defendan (Husam) tidak diberi peluang membela diri secara adil. Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi.


 • Rujukan kes: Mahkamah Rayuan [Putrajaya], No Rayuan: W-02(NCVC)(A)-1340-09/2020

 • Petikan: “Keputusan dibuat tanpa memanggil saksi dan tanpa perbicaraan penuh, adalah tidak adil.”

(Sumber: Malaysiakini, 14 Sept 2021)


 5. 31 Julai 2025

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan semula keputusan memihak kepada KPK, arah bayar RM260,000 kerana KPK tetapi keputusan ini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan kembali.


 • (Sumber: Kenyataan peguam Husam, melalui Malaysiakini).


APA ISU SEBENARNYA? 


Yang dibangkitkan oleh Husam bukan fitnah. 


Ia bersumberkan laporan audit terhadap pejabat SUK sendiri.


Jadi soalan yang patut ditanya kepada PAS:


Kalau benar PAS bersih dan tiada apa yang disembunyikan, kenapa takut untuk siarkan laporan audit itu kepada rakyat?


Kenapa perlu gunakan mahkamah untuk tutup suara yang bertanya? 


Bila rakyat minta jawapan tentang aset negeri dan syarikat GLC, adakah ini caranya untuk menakutkan semua yang berani bersuara?


Kes ini belum selesai. Ia masih dalam proses rayuan. 


Sebelum ini, Mahkamah Rayuan sebelum ini pun sudah buktikan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi 2019 bias kerana tidak beri ruang kepada Husam bela diri.


Jadi, jangan terburu-buru buat kesimpulan kononnya Husam bersalah. 


Yang bangkitkan isu ini bukan pencetus fitnah – tapi pejuang integriti.


Kalau PAS betul-betul yakin mereka di pihak yang benar, buka laporan audit itu. Biar rakyat tengok sendiri.


Kerana kebenaran tak pernah takut pada cahaya. Yang takut cuma mereka yang ada sesuatu mahu disembunyikan.


Mengenali Husam, dia jenis tak akan berhenti; tak mustahil akan lawan habis habisan.


Lawan tetap lawan! Jalan Terus Datuk Husam Musa.


Jumpa di Mahkamah Rayuan nanti. Jalan Terus!


Syam Ghaz



Aaauuuummm.... Kiok.. Kepenatan memfitnah


 

JANGAN MASUK LAH....


 

BAGI SALAH, TAK BAGI SALAH... TAK MO JANGAN AMBIK LA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

WOIII LEBAI DOLLAH BUAT QAMAI


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA