PERANGAI WALAUN


Husnul Zulkarnain



 Halo brader Mirul..dalam kapei terobang tu bukan sahaja PMX dan DSWAWI sahaja yang ada.

Pilot & co Pilot, 4-5 krew kabin, pegawai2 kerajaan dan mungkin beberapa menteri pengiring.




Kau pula mendoakan flight ni meletop..kau sedar tak doa kau tu utk mematikan puluhan nyawa seagama demgan kau…


By the way, mohon KKM pindahkan si mirul (Pre Registered Pharmacists) ke kaunter no pendaftaran. 


Risau dia berada dalam halusinasi, tersalah bagi sukatan ubat kepada pesakit.. naya yopp…




Menjawab Kenyataan DR Sam




Alfah Cannel


Macam mana Dr Sam boleh kata dia sign pembentukkan PN?







Sedangkan

Gabungan politik Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2020, dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik gabungan yang sah pada 7 Ogos 2020


PAS setuju sertai PN pada 19 Aug 2020


Pas sertai Perikatan Nasional


19 August 2020


KUALA LUMPUR – Selepas empat hari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menyertai Muafakat Nasional (MN), Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini tampil menjelaskan  pendirian parti itu terhadap Perikatan Nasional (PN)


Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai PN bersama Bersatu.


Jelas beliau, Pas merupakan antara parti penaja gabungan politik baharu, yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.


“Pas ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.


Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO turut serta sebagai jawatankuasa penajanya.


“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”


Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.


Katanya, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


Untuk rekod, rakan kerjasama Pas dalam Muafakat Nasional, UMNO sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.


Pendirian itu dibuat UMNO pada 30 Julai lalu malah perkara itu diumumkan sendiri presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Malah Ahmad Zahid berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2020/08/19/pas-sertai-perikatan-nasional/





SANUSI OWH SANUSI


 

GEMPAK! RATU BADAK STRESS BERPISAH DENGAN PAS! LAPORAN POLIS PN SELEWENG DANA!


 

HA... TU DIAA..


 

KITA NAK JADIKAN MALAYSIA INI KEHADAPAN .SUPAYA POLITIK STABIL


 

BANGGA JUGA LA BILA PMX DISAMBUT..


 

LAPORAN POLIS TERHADAP ALBERT TEH


 

ROHINGYA DIA NAK BAGI KERAKYATAN...DENGAN UMNO NAK KAWAN BALIK...SANUSI.


 

TUUU DIA MUHONG RAKYAT KEDAH


 

INI CITA CITA PAS.,.NAK MELINGKUP PILIH PAS.


 

PELIK TAPI BENAR.

 


MSO



Adalah pelik dan ganjil kalau Umno Johor bubar DUN bukan atas keyakinan parti itu akan menang. Kenapa Onn Hafiz nak nafi, yang tindakannya bukan atas perkiraan akan menang besar. 






Apakah dia sudah sedar bahawa peluang untuk UBN mengekalkan 40 kerusi sudah lebur ekoran keceluparan dan kelantangannya cabar orang Cina menerusi DAP.


Itulah cakap siang kena pandang pandang cakap malam kena dengar dengar.


Hari ini juga Onn Hafiz buat lawatan ke TV3 dan kumpulan Media Perima, kenapa nak minta bantuan publisiti ke? Trims.




MASAALAH ROHINGYA INI BERPULOH TAHUN...TAPI TAK LA SAMPAI NAK BAGI KERAKYATAN MACAM SANUSI CAKAP. KITA SIMPATI, TAPI MEREKA HARUS BERADAP.


 

BEKUBUR.

 


Habis madu sepah dibuang,

Dahan patah tidak dipandang,

Saat perlu datang menjulang,

Bila senang terus menghilang.





PALESU

 


Amin Ahmad



Ada pihak sengaja mengulang-ulang cerita pelawaan DAP kepada YAM Tunku Zain. Saya tahu cerita ini kerana pada waktu itu saya berkhidmat di IDEAS yang dipengerusikan beliau. Waktu itu juga Wan Saiful masih ahli seumur hidup PAS menjadi CEO IDEAS dan Wan Mohd Firdaus mantan Presiden UKEC, seorang ahli UMNO berkhidmat dengan Najib Razak menjadi pengasas bersama. Nama IDEAS menjadi besar antaranya kerana ia menghimpunkan anak-anak muda pelbagai parti dan YM Tunku Zain sendiri adalah kerabat. Malah Lembaga Penasihat IDEAS memang terdiri rentas parti cuma dipilih berdasarkan keyakinan bahawa mereka positif kepada prinsip-prinsip yang dipegang oleh IDEAS. 





Beliau tidak pernah menyertai DAP, atau menunjukkan minat menyertai DAP. Tetapi beliau kekal menjadi seorang kerabat yang bersuara dalam banyak isu demokrasi, Perlembagaan, hak asasi, pendidikan, seni-budaya dan pelbagai lagi melalui tulisan-tulisannya malah penglibatan beliau sendiri dengan pelbagai pertubuhan, sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya belajar di London School of Economics and Political Science dan bekerja di luar dan dalam negara termasuk antaranya Bank Dunia dan Bangsa Bersatu. 


Ramai tidak tahu YAM Tunku Zain juga ada bersuara kepada pentadbiran Madani dalam beberapa isu. Dakwaan konon beliau mahu menyertai DAP adalah tuduhan jahat untuk mencemar reputasi beliau dan ayahandanya terutama dalam krisis semasa di N9.



URUSKAN DENGAN BAIK


 

Ooo.. Mesti sekolah tak tinggi. Mak lum...


 

INI CERITA APA PULAK ? PAS AMBIL TANAH RAKYAT


 

SEMBANG APA FAWWAZ... PI LA REPORT... KERAJAAN NEGERI BUAT DAN BANTU BANYAK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT..


 

MTEN Teliti Impak El Niño, Kesiapsiagaan Akar Umbi Dipertingkat – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya pada 11 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 11 Jun – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memutuskan Kerajaan mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) supaya memperhebat usaha penerangan berkaitan fenomena El Niño di seluruh negara bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat menghadapi cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat itu yang turut meneliti pembentangan METMalaysia mengenai fenomena El Niño serta implikasinya terhadap negara, menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

“Mesyuarat bersetuju agar METMalaysia segera memperhebat usaha penerangan dan turun ke semua negeri bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan yang menyeluruh selain kesiapsiagaan di peringkat akar umbi mesti diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mendepani kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu,” ujarnya.

Turut diteliti dalam mesyuarat itu, pembentangan daripada Malaysia Petroleum Resources Corporation berhubung hala tuju syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) negara.

“Kerajaan berpandangan bahawa urusan perniagaan serta pengembangan industri wajar dipacu oleh kecekapan, ketangkasan dan kebijaksanaan para penggiat industri sendiri, dengan Kerajaan terus menyediakan dasar yang jelas, kondusif dan menyokong pertumbuhan ,”menurut hantaran itu.

Beliau menegaskan bahawa dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan pelbagai krisis antarabangsa, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh kebijaksanaan dan berpandangan jauh agar kepentingan rakyat sentiasa terjaga, ekonomi negara kekal mampan, berdaya tahan serta teguh menghadapi sebarang cabaran mendatang.



Ini Nasihat PM Anwar Kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat di pejabatnya di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

“Tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkasa SPRM sebagai institusi berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.

“Demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

Abdul Halim memulakan tugas secara rasmi bermula 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM.