Kasihan...kasihan....kasihan....Annuar Musa.



Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa meminta Tun Mahathir Mohamad agar menceraikan DAP.
Kata beliau, sekiranya DAP membawa lebih banyak kemudaratan apabila semakin lama berada dalam kerajaan, ia dibimbangi akan merosakkan sistem nilai dan ideologi dalam jangka masa panjang.
“Cuba lihat kepada Perlembagaan DAP mereka, ideologi perjuangan mereka adalah sosialisme dan sekularisme,” katanya yang turut membangkitkan konsep Malaysian Malaysia dikaitkan dengan parti itu.
“Adakah Bersatu bersedia dan menerima sosialisme atau sekularisme?
“Kalau tak boleh bagaimana nak kawal sehingga rosakkan ideologi nasional yang ditanam sekian lama. Ia perlu dikawal sebelum terlambat,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.
Daripada apa yang disebut oleh Annuar mengenai DAP ini, jelas bahawa beliau seolah-olah tidak sedar bahawa UMNO kini adalah pembangkang dan tidak berhak lagi mencampuri urusan PH sebagai kerajaan.
Dengan PH mentadbir negara yang mana ahli gabungannya ialah PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta disokong oleh Warisan, meminta Tun Mahathir menceraikan DAP adalah suatu permintaan yang tidak masuk akal sama sekali.
Apa lagi, permintaan menceraikan DAP itu diusulkan oleh UMNO yang sudah kehilangan kuasa dan kini bergelar pembangkang.
Sebagai ahli gabungan PH dan memiliki 42 kerusi Parlimen, DAP berhak untuk terus berada dalam kerajaan kerana itulah pilihan yang dibuat oleh pengundi dalam PRU14 lalu.
Lagi pula, keberadaan DAP dalam PH menjadikan PH sebagai parti pemerintah yang berimej Malaysia dengan semua kaum ada wakil di dalamnya.
Dalam konteks yang lain, juga difahami bahawa permintaan Annuar agar Tun Mahathir menceraikan DAP itu tentunya dengan harapan terselindung dalam hatinya agar UMNO akan dijemput untuk menjadi penggantinya.
Nampaknya, baru setahun jadi pembangkang, Annuar dan UMNO sudah jadi tidak keruan hidupnya sehingga terpacul permintaan yang bukan-bukan daripada mulutnya.
Kesiannnn….
Untuk makluman Annuar, adalah mustahil Tun Mahathir sanggup menceraikan DAP kerana parti itulah yang turut menyumbang kepada kemenangan PH, bahkan Perdana Menteri tentunya tidak mudah lupa sumbangan DAP begitu saja.
Menceraikan DAP akan menjadikan PH tumbang sebagai kerajaan dengan sendirinya.
Dan jika pun perkara itu mahu dilakukan oleh Tun Mahathir dengan menjadikan UMNO sebagai gantinya demi memastikan PH kekal sebagai kerajaan, ia adalah sesuatu yang tidak baik untuk PH sebagai kerajaan.
Pertama, kerana rakyat sudah menolak dan membuang UMNO dalam PRU14 lalu, maka tiada kemunasabahan untuk meletakkan parti itu kembali sebagai kerajaan bersama PH.
Jika UMNO mahu kembali sebagai kerajaan, tunggulah PRU15 yang tempohnya kira-kira 3 tahun lebih lagi daripada sekarang.
Kedua, membawa UMNO masuk ke dalam PH untuk menggantikan DAP akan menjadikan PH tidak lagi berimej Malaysia yang berbilang kaum seperti sebelum ini.
Sebaliknya, PH akan bertukar menjadi seperti UMNO, selain sudah tentunya pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini menjadi kecaman ramai dan ada kes mahkamah, terpaksa diberikan kedudukan penting dalam kerajaan.
Jika itu sanggup dilakukan oleh Tun Mahathir, nama beliau sendiri akan terjejas dengan sendiri akhirnya. (Shahbudindotcom 21/08/2019)

MB SELANGOR AKAN DIPANGGIL MENGADAP ANWAR




ADUAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR TARIK BALIK BEBERAPA DASAR KEBAJIKAN, MB SELANGOR AKAN DIPANGGIL MENGADAP ANWAR

Banyak aduan telah mula kita dengar di Selangor tentang beberapa keistimewaan atau dasar kebajikan kepada rakyat Selangor telah ditarik di bawah MB Selangor sekarang.

Akhirnya, malam tadi sewaktu sesi dialog/forum bersama DSAI di Ceras, aduan ini ditimbulkan oleh salah seorang hadirin.  Anwar di dalam jawapannya berkata, beliau akan menyiasat isu ini dan selaku Presiden KEADILAN, beliau akan memanggil MB Selangor untuk beri penjelasan.  DSAI berkata, kalaupun Selangor kini hadapi masalah kewangan, janganlah sampai rakyat melihat mereka semakin dipinggirkan.

Betulkah ada masalah kewangan?  Apakah rizab Selangor yang dahulunya dikatakan berlebihan telah habis dikaut tanpa ada penambahan?  MB sekarang buat apa?  Khabarnya terlalu kuat bekerja hingga ponteng mesyuarat atau program parti? 

WFAUZDIN NS

P. PINANG PERUNTUK RM1.3 JUTA BANTUAN PELAJAR IPT

TIADA AMARAN, PENCETUS PERKAUMAN TERUS DITANGKAP – KPN