KISAH SEORANG KANAK KANAK..



 Ada seorang bapak ni bawak anak dia dtg klinik. Dah lama menunggu dekat sejam, masuk jumpa doktor. Tanya “anak sakit apa?”. Bapak jawab, “entah, mak dia suruh bawak. Cuba doktor check”. Check atas bawah semua normal. Macam sihat ja. Aku suh bapak dia Call mak dia tanya anak sakit apa. Mak jawab sambil marah2 “aku suruh pegi kedai roti depan klinik, bukan pegi klinik!” . Terus keluar pegi kedai roti 😧


Perkongsian Sheith Muhaimin


[TERKINI] Description: 🔹PM Anwar akan beri keutamaan tambah gaji penjawat awam sekiranya hasil negara bertambah




[TERKINI]

Description: 🔹PM Anwar akan beri keutamaan tambah gaji penjawat awam sekiranya hasil negara bertambah

Description: 🔹PM Anwar umum naik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Tambun daripada Balai Kategori D ke Balai Kategori C

Description: 🔹Kerajaan zahir penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di atas prestasi cemerlang pasukan

Sumber : Perdana Menteri Anwar Ibrahim

 

PM LUNCUR HARI LANSKAP NEGARA DI IPOH

 









Meluncurkan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak.

Pelaksanaan Malaysia MADANI harus menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan masyarakat.

Saya sebut antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada taman-tamannya untuk rakyat keseluruhannya.

Ini kerana mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak hanya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata namun ia perlu keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat bawahan.

#MalaysiaMADANI

 

ISU KWSP- SILA DENGAR - MASA DEPAN ANDA


 

ANWAR ZIARAH RAKAN LAMA MCKK

 

ANWAR IBRAHIM

Berkesempatan menziarahi sahabat saya tatkala menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), saudara Ahmad Fawzi Shafii di Desa Seri Ampang, Ipoh.

Saya mendoakan beliau terus diberi afiyah serta kekuatan di samping keluarga dan sahabat tersayang.

#MalaysiaMADANI

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Ahmad Fawzi Shafii, 75, rakan sekolahnya semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang terlantar sakit di Desa Seri Ampang, Ipoh.




KEH..KEH...KEH


 

MANA PAS DAN GERAKAN ?




SELAMBA! Anwar perli PN semua benda tak setuju, waktu jadi kerajaan tak ...

KUMPULAN PRO PRESIDEN UMNO MULA CEMAS?

 

Menjelang pemilihan MT UMNO pada 18 Mac ini, kumpulan pro Presiden dilaporkan semakin agresif menyusun gerakan agar mereka berjaya menguasai sebahagian besar kemenangan, kalau pun tidak sepenuhnya.

Keadaan ini tentunya berikutan dapatan atau kajian umum setelah beberapa negeri selesai mengadakan majlis pengenalan calon setakat ini mengunjurkan bahawa calon pro Presiden masih lagi ketinggalan.

Calon Naib Presiden pro Presiden iaitu Khaled Nordin, Wan Rosdy Wan Ismail dan Azalina Othman Said ketika ini didapati hanya berada di kelompok empat terbawah daripada lapan calon yang menawarkan diri.

Kedudukan empat teratas sehingga ini diungguli oleh Mahadzir Khalid, Johari Ghani, Reezal Merican Naina Merican dan Hasni Mohamad.

Keadaan ini dilihat agak merunsingkan kerana calon pro Presiden semuanya berjawatan sama ada menteri atau menteri besar, berbanding empat calon teratas itu yang sekadar bekas menteri dan bekas menteri besar saja.

Berikutan itu, Geng 30 Ketua-Ketua Bahagian yang pro Presiden difahamkan telah mengadakan mesyuarat tergempar dua hari lalu untuk memastikan kedudukan yang buruk itu dapat diperbaiki atau diterbalikkan.

Matlamat mesyuarat itu dikatakan tidak lain adalah untuk memastikan cai pro Presiden mesti beroleh kemenangan.

Geng 30 ini adalah sebahagian daripada Ketua-Ketua UMNO yang mengadakan sidang media sebelum PAU2022 baru-baru ini yang mendakwa kononnya 140 Ketua-Ketua Bahagian sebulat suara menyokong kepimpinan Zahid Hamidi.

Dalam pertemuan itu, dikatakan bukan saja ditekankan agar calon Naib Presiden yang pro Presiden iaitu Khaled Nordin, Wan Rosdy dan Azalina wajib dipastikan kemenangannya dengan apa cara sekali pun, malah juga mesti disertai dengan memenangi sebahagian besar jawatan dalam MT.

Dengan itu, dalam pertemuan tersebut, selain calon Naib Presiden pro Presiden itu mahu diperkuatkan lagi kempennya, cai bagi jawatan MT turut sama disebarkan.

Sasarannya ialah agar gerakan kempen dipertingkatkan lagi ke bahagian-bahagian di seluruh negara.

Ia bertujuan supaya selepas pemilihan pada 18 Mac ini, Presiden dan Timbalan Presiden hanya memiliki pasukan yang sealiran, sehati sehiwa atau dalam erti kata lain, hanya yang sedia menjadi “yes man” kepada Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan saja akan beroleh kemenangan.

Antara nama-nama yang dikatakan disebut mesti dipastikan kemenangan bagi kerusi MT ialah Shafie Abdullah, Lokman Nor Adam, Dr. Puad Zarkashi, Jamal Yunus yang lain-lain yang selama ini diketahui memang kuat dan lantang mempertahankankan kedudukan Presiden UMNO.

Dalam usaha untuk memastikan gerakan kempen itu benar-benar beroleh kejayaan, difahamkan beberapa isu telah dibangkitkan dalam mesyuarat itu seperti upah menyokong, pemberian jawatan dalam GLC serta agensi kerajaan dan lain-lain lagi.

Adalah dipercayai, dalam minggu terakhir sebelum 18 Mac ini, gerakan kempen tersebut akan tambah memuncak melalui pelbagai kaedah komunikasi, baik secara langsung atau hubungan secara maya, pertemuan sulit atau perjumpaan terbuka.

Pokoknya, ketakutan paling utama bagi Geng 30 ini ialah kumpulan pro Presiden bagi jawatan Naib Presiden dan MT akan kalah sebahagian besar atau kecuncang semuanya. – ShahbudinHusin 11/03/2023.



Guan Eng tidak sentuh intipati apa yang saya katakan - TSMY


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa kenyataan yang dimuat naik oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkaitan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al Bukhary tidak menyentuh langsung berkenaan intipati yang dikatakan olehnya sebelum ini.


PM minta semua pihak berfikir luar kotak untuk cari solusi masalah bekal...


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak yang terlibat dengan isu air supaya berfikir di luar kotak untuk mencari penyelesaian kepada masalah bekalan air. Perdana Menteri berkata, semua pihak tidak patut terus menggunakan kaedah lama yang telah digunakan sejak berpuluh tahun lalu.


Dengar!! Lagi Padu Penjelasan Esmee Bongkar Pasal Muhyiddin

AGAR DILIHAT BERBEZA DENGAN ZAHID HAMIDI, MAHIADDIN TIADA PILIHAN LAIN SELAIN HARUS UNDUR DIRI ATAU BERCUTI

 

Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin pagi tadi didakwa di mahkamah dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan wang berjumlah RM232.5 juta serta dua pertuduhan penggubahan wang haram sebanyak RM195 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin serta passport antarabangsanya dikehendaki diserahkan kepada mahkamah.

Isnin nanti beliau akan berdepan satu lagi pertuduhan di mahkamah Shah Alam, menjadikan jumlah tujuh semuanya.

Berdepan dengan semua pertuduhan tersebut, Mahiaddin bagaimanapun enggan melepaskan jawatannya secara serta-merta sebagai Presiden Bersatu.

Beliau sebaliknya mahu menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan kedudukannya.

“Saya akan bawa kedudukan saya kepada MKT parti untuk mereka putuskan.

“Saya akur dengan apa saja ketetapan MKT yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini,” katanya lagi.

Kenapa Mahiaddin enggan melepaskan jawatannya serta-merta?

Bukankah beliau sebelum ini selalu mengecam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang tidak melepaskan jawatannya setelah didakwa di mahkamah?

Lebih daripada itu, ketika Wan Saiful Wan Jan didakwa di mahkamah baru-baru ini, Mahiaddin sendiri setuju menerima perletakan jawatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebagai Ketua Penerangan Bersatu.

Bahkan beliau berkata, perletakan jawatan itu bererti Bersatu telah menetapkan satu standard supaya apabila seseorang itu dituduh di mahkamah ia tidak menimbulkan salah pandangan terhadap parti.

Kenapa sekarang Mahiaddin sendiri enggan melepaskan jawatannya secara sukarela dan masih mahu menyerahkan kepada MKT?

Melihat kecenderungan beberapa pemimpin Bersatu yang gila-gila mempertahankan pertuduhan terhadapnya sekarang ini, kebarangkalian untuk MKT Bersatu setuju membuat keputusan memintanya berundur atau bercuti ternampak amat tipis sekarang.

Mungkin sekali Bersatu akan membuat keputusan sebulat suara agar Mahiaddin terus kekal menerajui Bersatu.

Sekiranya terus dikekalkan menerajui Bersatu, tidakkah ini bermakna mereka cuba meletakkan parti sebagai perisai diri kepada Mahiaddin. selain tidak berapa kisah dengan wujudnya salah pandangan di kalangan rakyat?

Sedemikian, apa beza Mahiaddin dengan Zahid Hamidi?

Mungkin ramai yang berhujah bahawa sandaran tidak perlu berundur atau bercuti itu adalah kerana pertuduhan ternadapnya berupa pendakwaan terpilih dan bermotif politik oleh parti yang menguasai kerajaan bagi tujuan untuk melemahkan Bersatu.

Jika begitu, sekali lagi, apa bezanya dengan Zahid Hamidi yang juga menggunakan alasan yang sama sebelum ini?

Pokoknya, jika Bersatu telah menetapkan satu standard yang berbeza dengan lain-lain parti, tiada langkah terpuji lain bagi Mahiaddin selepas didakwa ini melainkan mesti secara sukarela mengambil pendirian berundur diri atau bercuti daripada menerajui Bersatu.

Bersatu mesti diterajui oleh pemimpin lain yang bersih dan tiada kes mahkamah.

Kalau tidak, bagaimana Bersatu mahu dilihat lebih baik di mata rakyat, sambil diiringi cita-cita untuk menjadi pengganti kepada UMNO kalau perangai Mahiaddin lebih kurang sama saja dengan Zahid Hamidi? – ShahbudinHusin 10/03/2023.



MASA ITU JUGA DIBAWAH GERAK DAN PR TERMASUK PARTI TAKIYUDDIN


 

ANWAR JAWAB DALAM DEWAN- JANA WIBAWA 1.0 DIBAWAH MUHYIDDIN YASSIN- JANA WIBAWA 2.0 BAWAH BERA ISMAIL SABRI- FITNAH TAPI BAWA OBOR AGAMA.


 

JAMUAN SAKAN JUGA SEMALAM


 

ZAMAN PN SATU KETIKA TU RAKYAT JAGA RAKYAT


 

TANYA BAB JANA WIBAWA DAN AKAUN KONTRAKTOR DIA CEPAT NAK BLAH


 

KENA TAHAN SPRM KENA BERMALAM -TAPI SEMALAM TU TELAH KE TAMAN MELEBAR TAK APA PULAK


 

GUAN ENG NAFI KECUALI CUKAI TERHADAP SYED AL BUKHARI


 

ADAKAH PROJEK MEWAH INI BAGUS ?


 

JANAWIBAWA.


 Jana Wibawa..Lu Jana Wa Bawa lari duit maa..🤣


Wa...Bumiputela...kasi sama wa...wa boleh settle.....kawtim...lu kasi acc number....wa bankin...




ORANG YANG SAMA. JAWATAN YANG SAMA....MASA TU LA...MASA DULU....


 

DULU ADA JUGA SEKOQ TUDUH PENANG TAK ADA AZAN.,TANAM JERAT CINA...NAK SAMAN KALUT MINTA MAAF....NI SAMA JUGAK...


Mohad Mukhlis


Akai serban besar talam...tapinya...adoiii...Sebab itu kena ada tauliah, ini cakap main lepas, bila tanya bukti tak boleh jawap, lepas tu "selawat" pula.



SAMA TARAF

 


Tahniah kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kini sudah sama taraf dengan parti keramat orang Melayu UMNO kerana kedua-duanya berpresidenkan kluster mahkamah.


Hari ini rakyat boleh lihat apa erti integriti pada parti ini. Bila kena pada orang lain, dia kata integriti. Tapi bila kena parti sendiri, dia buat selamba. Konon ahli yang tak beri presiden letak jawatan.


Alasan apa nak beri? Sebab kononnya kena fitnah? Itu jugalah yang Zahid katakan. Sebab belum jatuh hukum lagi? Begitu juga Zahid. Jadi apa bezanya? Kalau sebelum ini kutuk UMNO, sekarang semua kutukan itu kembali kepada Bersatu.


Sebenarnya aku ok je kalau tak letak jawatan pun. Tunggulah keputusan mahkamah dulu. Tapi sebab dulu Bersatu kata orang sampai tak ingat dunia, jadi sekarang buatlah macam yang dia kata ke orang lain dulu tu.


Aku ucapkan tahniah kepada ahli PAS kerana mulai esok, mereka akan berketuakan seorang tertuduh dalam kes menyeleweng dana negara. Pencapaian yang membanggakan. Ini barulah Islamik cara PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


PEMIMPIN SENDIRI TAK MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG PUN...MALAH WALAUN TUKANG JADI KULI SAJANUNTUK ANGKAT ORANG LAIN JADI PEMIMPIN. LEPAS ITU BISING KUAT

 


Walaun ni kata, doa orang yang teraniaya ni makbul. Memang betul. Ini buktinya. Kami rakyat menderita kerana urus tadbir yang curang.


Kami berdoa supaya orang yang bertanggungjawab buatkan kami menderita diberi pembalasan yang setimpal. Maka ini pun berlaku. 


Jelaslah doa orang yang teraniaya itu makbul. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana tunaikan doa kita. Alhamdulillah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


INGAT KATA HADI MASA MAHIADDIN JADI PM.


 

INI BERCAKAP DI PARLIMEN : Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek...


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary akan membantu pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, sebahagian daripada rancangan Aerotropolis Kedah. Bercakap di Dewan Rakyat semalam, Anwar berkata Sanusi menulis untuk memujuknya mempertimbangkan meluluskan projek itu kerana ia cadangan daripada sebuah syarikat swasta – yang dimiliki oleh Syed Mokhtar. Menurut Anwar, Syed Mokhtar memaklumkan kepadanya bahawa pihaknya belum bersedia memulakan projek itu kerana ia akan menelan kos RM7 bilion.



POWER! Anwar bidas hujah PN satu persatu #nextstepshorts.MENUNGGANG AGAMA UNTUK MENIPU ORANG. DIMANA CELANYA ?



ANWAR IBRAHIM

Kerajaan tidak membatalkan Jana Wibawa sebaliknya ia melalui proses runding semula berikutan terdapat banyak perlanggaran sebelum ini.

Perlanggaran yang dimaksudkan termasuk 'membumiputerakan' syarikat milik Cina, sedangkan Jana Wibawa sepatutnya dikhususkan kepada Bumiputera sahaja.

#MalaysiaMADANI

 


KEH..KEH..KEH....MEMANG KENA

 

Rupa2nya peruntukan untuk kelantan, Tganu, Kedah dan Perlis ditambah oleh Kjaan Perpaduan berbanding 3 tahun di era kjaan tebuk atap Melayu Isle......patut la lebai2 tak dtg parlimen petang semlm waktu PMX gulung bajet, kalau datang kompom semua lebai sorok muka bawah meja parlimen....haha


KELANTAN 2.5 BILLION- BACA LAH....





HAAA....LAGU ORANG PUNG NAK SAPU JUGA


 

PENAKUT RUPANYA- TAKUT KENA BANTAI DALAM DEWAN- PMX BUKAN SAHAJA MENGGULUNG BAJET BAHKAN 'LIPAT" TERUS TUDUHAN PEMBANGKANG DI PARLIMEN PETANG TADI





W.FAUDZIN


Seperti yang dijangka, lebai2 dan Pembangkang hanya berani berkokok ketika PMX tiada di dalam Parlimen. Segala tuduhan dilemparkan waktu itu. Kerajaan tidak adil, kerajaan zalim, pendakwaan terpilih dan bermacam2 lagi tuduhan mereka sewaktu PMX tiada di dalam Parlimen.

Petang tadi seperti dijangka, mereka mengetahui PMX selaku Menteri Kewangan akan menjawab dan menggulung perbahasan, maka mereka awal2 lagi cabut kecuali dua tiga yang bersikap profesional dan agak berani menerima kenyataan dan mendengar jawapan. Bermula dari Ketua Pembangkang hingga kesemua Presiden parti di dalam PN tidak berani berada di dalam Parlimen ketika PMX menggulung perbahasan.

Mereka hanya berani menuduh dan bertanya soalan, tetapi tidak mahu mendengar jawapan. Hanya seorang MP dari Muslimat yang bangun bertanya, itu pun ditangkis oleh PMX dengan hujah dan fakta, terus tidak bangun lagi hingga ke akhir.

Ucapan penggulungan PMX petang tadi rengkas tapi padat dan menjawab semua tuduhan. Skandal Jana Wibawa juga turut disentuh oleh PMX. Isu kononnya kerajaan menganaktirikan Kelantan, Terengganu dan Kedah telah dijawab dengan baik. PMX juga banyak menjawab soalan2 dari Pembangkang sebelum ini meskipun mereka tiada di dalam parlimen,

Ternyata kewibawaan Pembangkang tercalar teruk kerana gagal menampilkan imej Pembangkang yang berkualiti. PMX berjaya menampilkan imej berani serta tegas beliau.

WFAUZDIN NS

 

Suatu ketika dahulu Mahiaddin pernah berpesan... Guane boh? Raja Gelap .

 



SYAFIQ TOLON TOLON......ABAH NAK JATUH..




Mahiaddin kata dia serahkan kepada MKT untuk tentukan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu. Pulak dah! Ingatkan berintegriti sangat terus letak jawatan lepas kena dakwa. Ni serah ke MKT pulak.

Dah begitu, tak ada bezalah Mahiaddin dan Zahid. Zahid pun seperti mana ditetapkan dalam PAU baru baru ini agar jawatan presiden tak dipertandingkan. Itu maknanya perwakilan mahu dia lagilah.

Hm... Ingatkan tegas sangat Mahiaddin ni. Rupanya bila kena batang hidup sendiri, tak sikit pun kurang dari orang yang dia kutuknya. Aku dah agak. Jenis gila jawatan, jangan haraplah nak lepaskan jawatan yang sedang disandang. Guane boh?

Raja Gelap