Meluncurkan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di
Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak.
Pelaksanaan Malaysia MADANI harus menitikberatkan keseimbangan
komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan masyarakat.
Saya sebut antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara
restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada
taman-tamannya untuk rakyat keseluruhannya.
Ini kerana mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak
hanya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata namun ia perlu keseimbangan
antara golongan atasan dan rakyat bawahan.