Sudah 8 jam ambo shared status ini, takde seorang pun pejuang pejuang enakmen syariah muncul untuk pertahankan enakmen syariah ini.

 



Sudah 8 jam ambo shared status ini, takde seorang pun pejuang pejuang enakmen syariah muncul untuk pertahankan enakmen syariah ini. 


Ulasan ambo ialah:


1. Memang suami ada hak untuk menceraikan isterinya, namun sebagai seorang warganegara, suami hendaklah menghormati undang undang/enakmen yang dibuat oleh Kerajaan. Apabila enakmen syariah memperuntukkan tidak boleh cerai isteri tanpa kebenaran mahkamah, maka undang undang ini perlu dihormati, tentu kerajaan ada maslahahnya ketika mengkanunkan peruntukan ini. Suami/warganegara yang ego, tidak mahu menerima Dan menghormati enakmen syariah wajar dikenakan hukuman yang berat demi martabat dan kesucian enakmen tersebut. 


2. Hukuman maksima bagi perceraian tanpa kebenaran mahkamah ialah rm1000. Keputusan Hakim mengenakan hukuman maksima mungkin pada pandangan Hakim pelaku bukan sahaja melanggar enakmen shariah, tetapi jelas tidak menghormati enakmen dan mahkamah shariah.


Hukuman dlm Islam ialah bagi tujuan "menta'dib" @ mendidik atau "mentakzib" @ mengazabkan pelaku.Sepatutnya pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat kerana ternyata denda rm1000 tidak mengtakdib, apalagi mengtakzib pelaku. 


3. Isteri yang berperangai spt do atas wajar diceraikan, tapi cerailah secara elok sebagaimana kamu mengambilnya secara elok. Jgn kerana kebencian kamu kepadanya menyebabkan kamu lupa segala kasih sayang yang pernah kamu bina sebelumnya.



HANG TAK TAU BUAT KERJA KA APA? BANYAK KALI DAH ORANG TEGUR... LANTIK SANA LANTIK SINI HAPA PUN TARAK... TAK RASA MALU PA KA PMX TEGUR.


 PMX TEGUR LAGI TENTANG KELEMAHAN PENERANGAN KERAJAAN - JANGAN PANDANG REMEH. ADA YANG DIBAYAR RM15K SEBULAN. MAKAN GAJI BUTA RUPANYA. 





Saya rasa sudah kerap PMX mengeluh tentang isu ini.  Apa yang PMX luahkan itu memang betul pun.  Kita perlu akui kelemahan ini dan wajib mengambil tindakan segera yang lebih efisyen.


Kerajaan Perpaduan telah banyak melakukan program-program yang baik untuk rakyat.  Mengapa masih wujud berita-berita palsu, fitnah dan mengelirukan masih mendominasikan alam maya sekarang ini?  Apakah ini salah aktivis-aktivis media sosial "probono" yang gagal menangkis serangan mereka?  Atau, media milik kerajaan masih "malu-malu" untuk menjadi benteng serangan puak mereka?  


Kita masih beruntung kerana masih ada lagi aktivis media sosial, Cytro dan Cyber Troopers  seperti di Tik Tok, Youtube, Facebook, "X' (dulunya Tweeter) dan beberapa medium lain yang masih tidak jemu mempertahankan kepimpinan PMX, siang malam menangkis serangan Cytro pihak pembangkang meskipun secara "probono'.  Namun, pengaruh mereka agak terhad dan mereka juga tidak mempunyai kemudahan atau akses kepada fakta atau data untuk memberikan penerangan lebih efisyen. 


Saya pernah mencadangkan agar RTM mengadakan satu slot setiap minggu di TV, iaitu seminggu sekali diadakan program "Bersama Menteri'.   Setiap minggu secara bergilir-gilir seorang menteri dari setiap kementerian dijemput di dalam program ini.  Menteri berkenaan akan memberikan penerangan berkaitan segala dasar kementerian masing-masing di samping menjawab semua tohmahan atau berita palsu berkaitan kementerian mereka yang tersebar di luar sana agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.  


Jika program ini dapat dilakukan berterusan, saya yakin rakyat akan lebih bijak dan bermaklumat.  Program seperti ini lebih fokus kepada isu-isu berkaitan mana-mana kementerian kerana menteri sendiri tampil untuk menjawabnya.  Jangan terlalu mengharap kepada pihak lain untuk mempertahankan kerajaan jika sang menteri pun tidak bersedia untuk mempertahankannya.


Apakah wajar kita hanya membiarkan PMX seorang diri berpencak silat untuk mempertahankan semua benda?  Ini belum lagi dikira adanya "deep state" di beberapa kementerian.  Saya benar-benar berharap teguran yang entah ke berapa kali ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan.  Pelajarilah kelemahan kita sewaktu 22 bulan menjadi kerajaan dahulu yang mana banyak fitnah dan propaganda tidak terjawab dan akhirnya memudahkan kerja pengkhianat melalui "Langkah Sheraton".  


Semoga kita bermuhasabah, lakukan usaha yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah.


WFAUZDIN NS


#wfauzdinns @ Tik Tok

#faudin channel @ youtube

#wfauzdin.blogspot



PEEEGEDAAAHHHH - MAHAL PUN TAK LA SAMPAI MINYAK MASAK 50 RINGGIT, TELOQ TAK ADA... PENIPU LA KAU ANNUAR MUSA.... TAK PERLU JIHAD PUN REGA DAH STABIL.



 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 Annuar Musa ni. Dia boleh kata tak pernah tengok harga barang semahal sekarang. Dia tak ingat ke masa PN berkuasa barangan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻!


Harga minyak masak sekarang 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗡 memerintah dulu. Begitu juga harga ayam. Harga sekarang 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗶𝗹𝗼 𝙟𝙚. Dah lah begitu, 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗶.


Begitu juga dengan telur. Senang cerita, hampir semua barang keperluan asas naik harga. Yang 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮 sebab ramai yang 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶 disebabkan tak tahan dengan tekanan hidup mereka.


Hari ini banyak barangan yang 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹. Cuma harga makanan siap masih mahal. Tapi sebenarnya harga makanan siap 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 lagi kesan kenaikan harga barangan asas.


Hari ini, walaupun selepas harga barangan asas sudah stabil, 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝗽. Itu kerajaan nak buat apa? Kalau barangan asas tak naik harga masa PN, 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 sekarang.


Sebab itu aku kata Annuar Musa penipu besar. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Dia dulu pernah jadi pengerusi JK Jihad menangani kos sara hidup. Tapi apa yang berjaya dia buat untuk bantu rakyat? 𝗭𝗘𝗥𝗢!


Hari ni sang 𝙡𝙤𝙨𝙚𝙧 ni nak tunjuk hebat dan nak kutuk kerajaan Madani. 𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Sebab tu dia memang sesuai dalam PAS. Sebab 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝗵 𝗺𝗮𝗹𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TU DIA SAMBUT NISFU SYAABAN DI KEDAH...NI BUKAN KONSERT NI....ZIKIR NI...TOYAMATMIN BETOI LA LEBAI LEBAI


 

TU DIA NO..ORANG KEDAH PUN PANDAI TUNJUK LANGIT NO...HALAI NI...ADA NAMA TOYAMATMIN DOK BUAT PALATAO DOK HINGGAQ KATA DI KOLOMPO TAK HALAI...KEH..KEH..KEH


 

DENGAR SAMPAI HABIS..SUPAYA FAHAM. JANGAN DENGAR WALAUN BUAT PERSEPSI.


 

BEZA RUPANYA KONSERT DI KEDAH DAN DI KOLOMPO....WALAUN TERMASUK LEBAI NAK KATA APA?


 

KISAH MAWLA PULAK..CEPAT SANGAT PERCAYA


 

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗞𝗦𝗜, 𝗕𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 𝗠𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡

 [TERKINI]



𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗞𝗦𝗜, 𝗕𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 𝗠𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡


📌 23 November 2023 - Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim


📌 23 Februari 2024 - Kerajaan menanggung sepenuhnya caruman Perkeso kepada 35 ribu pemandu teksi dan 18 ribu pemandu bas sekolah bermula bulan depan. 


✅ 90% caruman dibiayai Kementerian Kewangan


✅ 10% ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan 


✅ Hanya 3 bulan sahaja masa diambil untuk kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak dengan menjaga kepentingan dan kebajikan pemandu teksi.


⚠️ Sebelum ini Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin berkata mereka mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjaga kebajikan pemandu teksi setelah sekian lama tidak diendahkan sejak pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. 


🌐 InshaAllah, pelbagai usaha akan dilakukan dalam memastikan rakyat terbanyak dijaga, dibela dengan sebaik baiknya.


Sumber #AMKTambun


Muhammad Fairul Al Qasas 


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘵𝘢... 𝘉𝘶𝘵𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘬𝘶... 🎼


Cinta memang buta. Lebih tepat lagi, cinta buatkan 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮. Dan disebabkan butalah maka ramai yang 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗹𝗮.


Benar kita muslim amat 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ. Atas rasa cinta itulah kita ingin sekali 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮. Jika itu tak dapat, maka 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 pun sudah memadai.


Dan kerana itulah ramai yang diperbodohkan oleh 𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗽𝗼𝗿𝘁𝘂𝗻𝗶𝘀 yang ambil kesempatan dengan 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ.


Sebelum ini, ramai yang diperbodohkan dengan 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗹. Sampai ada yang 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 capal. Jatuh martabat manusia.


Sekarang ini dengan 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧 yang mengaku waris keturunan Nabi ﷺ. Mudah betul nak kena tipu. Tak reti nak periksa fakta langsung.


Lebih malang lagi, 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗡𝗔 mengesahkan mamat tu jangan DNA Quraisy, 𝗗𝗡𝗔 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗽𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮! Keturunan Nabi ﷺ apa begitu?


Betul kita mencintai Nabi ﷺ. Tapi kaedah untuk 𝗺𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 bukan dengan memuja orang atau barang peninggalan Baginda.


Sebaliknya dengan 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 serta beramal hanya dengan amalan yang Baginda ajarkan. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗼𝗸𝗼𝗸-𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵.


Mujurlah wajah Nabi ﷺ 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱𝗸𝗮𝗻. Jika tidak, mungkin hari ini sudah ada 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗹𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ dan 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Alangkan 𝗿𝗲𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗹 pun dimuliakan dan diletak atas kepala, 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴, inikan lagi kalau ada patung Nabi ﷺ. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RAKYAT MALAYSIA BERTUAH DAPAT PM SEPERTI ANWAR




Tadi saya mengikuti program Madani Rakyat Zon Tengah yang berlangsung di Kuala Selangor. Seperti biasa antara slog yang disediakan dalam program itu, dialog rakyat dengan para pemimpin termasuk dengan Perdana Menteri sendiri. 


Inilah keistimewaan Anwar sebagai perdana menteri beliau akan turun sendiri, tidak mengelak untuk berjumpa dengan rakyat dan sedia bersemuka secara langsung, dimana saja.


Dalam dialog tadi saya tertarik dengan seorang hadirin yang bertanya dan juga mengemukakan cadangan kepada kerajaan. 


Ada empat perkara yang disebut penanya berkenaan, pertama menyentuh mengenai program Rahmah dimana baginya prgoram itu bukan program jangka panjang untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat. Lantas beliau meminta agar kerajaan memikirkan program bersifat jangka panjang.


kedua, beliau merungut masih ada birokrasi dalam jabatan kerajaan, dimana sukar untuk berurusan pihak-pihak tertentu baik untuk mendapat maklumat atau pun menyampaikan maklumat. 


Ketiga, dia juga membangkitkan soal jumlah tol yang banyak dalam Kuala Lumpur. Akhirnya penanya itu yang yang mengakui seorang penyokong kerajaan Madani, ingin mengetahui apakah pelan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pendemik Covid khususnya yang terpaksa menutup perniagaan. 


Kesemua persoalan penanya itu dijawab secara jujur oleh Anwar Ibrahim. Misalnya beliau mengakui bahawa program jualan Rahmah bukan penyelesaian jangka panjang dalam menangani kos sara hidup rakyat. 


Program itu adalah program sementara. Maka itu katanya, beliau mengharapkan input atau cadangan dari semua golongan untuk sama-sama membina ekonomi negara.  


Anwar sempat memberi contoh apa dirancangkan oleh Kementerian Pertanian, untuk mengSkekinchan penanaman padi di beberapa negeri lain adalah program lanjutan bagi mengatasi masalah kekurangan beras. Justeru kata Anwar, semua pihak perlu mengambil bahagian untuk lebih kreatif mengemukakan idea untuk negara.


Mengenai tol Anwar menjelaskan, apa yang ada kini ia mewarisi daripada kerajaan terdahulu, dan kewujudan tol itu terikat dengan perjanjian. Justeru untuk mengurangkan tol apa dapat dilakukan apabila keadaan ekonomi negara stabil. 


Apapun yang paling menarik saya disini, dan perlu diberikan penekanan, apa disinggungkan penanya berkenaan tentang sukarnya untuk berhubung dengan pegawai kerajaan, khasnya di agensi-agensi tertentu untuk mendapat maklumat atau pun ingin menyampaikan maklumat. Menurutnya sesetengah pihak ambil sikap  sambil lewa saja. 


Katanya kerena birokrasi cukup menebal dalam sesetengah agensai, yang mana sikap itu tidak begitu baik buat kerajaan.


Dia juga turut menyinggung rasa kesal kepada sesetengah sikap kaktangan kerajaan yang minum dan makan waktu berkerja. Budaya ini katanya sesuatu yang tidak baik. 


Anwar menolak tanggapan itu ujarnya bukan mencerminkan sikap pegawai kerajaan, mungkin ia segelintir sahaja tetapi tidak melambangkan sikap semua pegawai kerajaan. 


Sebaliknya menurut PM sudah ada peningkatan dari segi nilai perkhidmatan kakitangan kerajaan, hasil daripada tindakan atau penekanan kepada tatakelola yang dilakukan. Horas. Trims.



PESANAN KEPADA SALLEH SAID KERUAK, JANGAN SAMPAI ANWAR JADI MANGSA KEDUA SELEPAS NAJIB

 


Walaupun Anwar Ibrahim sendiri akhirnya tampil menjelaskan tentang isu kejatuhan nilai ringgit yang ketika ini berada pada kadar paling rendah sejak lebih 26 tahun lalu, tetapi saya agak rimas dengan hujah yang dikemukakan oleh bekas menteri dari Sabah, Salleh Tun Said Keruak.


Saya yakin, ramai yang lain turut sama rimas dengan hujah beliau kali ini.


Dalam cubaannya untuk turut mempertahankan kerajaan atau barangkali lebih tepat mahu membodek Perdana Menteri, beliau berkata, pihak pembangkang patut dipersalahkan susulan kejatuhan nilai ringgit yang berlaku sekarang ini.


Bekas menteri ketika era Najib Razak dan pernah juga menjadi Ketua Menteri Sabah itu berkata, ini kerana pembangkang terus bercakap tentang agenda menjatuhkan kerajaan sehingga menyebabkan keyakinan pelabur terjejas.


“Kestabilan politik ialah kunci kepada keyakinan pelabur asing ke negara ini, dan memberi kesan terhadap pertukaran asing mata wang tempatan.


“Jika pembangkang asyik bercakap tentang hasrat mereka untuk menjatuhkan atau menukar kerajaan kepada media asing, ia tentunya memberikan gambaran negatif tentang negara ini, yang akan menjelaskan keyakinan pelabur asing dan menghindar pelaburan asing ke negara ini,” kata beliau.


Agaknya Salleh ini lupa, salah satu sebab Najib kalah PRU14 adalah kerana bodekannya yang keterlaluan ketika beliau diberikan jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada waktu itu.


Sebelum dilantik sebagai menteri pada 2015, beliau kerap tampil membodek Najib dengan menyerang pembangkang ketika itu, khususnya Tun Mahathir Mohamad yang mengetuai PH.


Bagaimanapun seni bodekan Salleh terbukti gagal apabila BN serta Najib kalah pada PRU14 yang diadakan di tahun 2018.


Kekalahan BN itu juga membuktikan Salleh gagal sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam peranan membina lebih kukuh pengaruh Najib sepanjang beliau memegang jawatan menteri antara tahun 2015 hingga 2018 itu.


Setelah BN kalah dan ketika Anwar terlihat hampir pasti menggantikan Tun Mahathir selepas PRU14 berdasarkan janji peralihan kuasa, Salleh pernah mengumumkan untuk menyertai PKR tetapi hasrat itu tidak menjadi kenyataan apabila Anwar juga tidak berjaya menggantikan Tun Mahathir.


Salleh lalu kembali semula kepada UMNO dan kemudian dipilih bertanding di Usukan mewakili BN dalam PRN Sabah tahun 2020.


Sebenarnya Salleh ini sudah jarang-jarang muncul bersuara, tetapi suara terbarunya dengan menyalahkan pembangkang dalam isu kejatuhan ringgit ini tidak lebih seperti cubaannya untuk kembali semula membodek Perdana Menteri.


Wahai Salleh, kenapa mesti disalahkan pembangkang?


Bukankah yang ada kuasa dan sedang mentadbir negara ialah kerajaan?


Memang kerja pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan, sama seperti kerajaan juga yang sentiasa mahu menjadikan pembangkang kekal sebagai pembangkang, jadi itu adalah norma yang harus diterima dalam sistem demokrasi yang ada.


Ia sama seperti PH yang sebelum ini berkali-kali cuba untuk menjatuhkan kerajaan ketika mereka bergelar pembangkang.


Pernahkah kerajaan pada waktu itu menyalahkan pembangkang atas masalah yang berlaku kepada negara?


Dengan kuasa yang ada, siapa pun sebagai kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurus negara, termasuk dalam soal menarik pelabur, mengukuhkan ekonomi, menstabilkan ringgit, menangkis persepsi dan sebagaimanya.


Menyalahkan pembangkang hanya memperlihatkan kerajaan tidak ada kekuatan.


Kalau begitu, apakah jika pembangkang tidak ada atau diharamkan, nilai ringgit akan serta-merta boleh naik?


Pesanan kepada Salleh, kalau ia pun mahu membodek Anwar, biarlah membodek dengan hujah yang logik, masuk akal dan tidak memperlihatkan kerajaan seolah-olah tiada wibawa mentadbir negara.


Berhentilah membodek dengan seni sebegini, takut nanti Anwar hanya jadi mangsa bodek semata-mata, tetapi gagal mengekalkan kuasanya kerana terlalu dikhayalkan sepertimana berlaku kepada Najib sebelum ini. – ShahbudinHusin 24/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/24/ingatan-kepada-salleh-tun-said-keruak-jangan-jadikan-anwar-mangsa-kedua-selepas-najib.html



BERSIH BERDEMO KE PARLIMEN SELASA INI TUNTUT #REFORMASI100PERATUS


Bersih akan berarak ke Parlimen pada Selasa ini bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi legislatif.


Dalam hantaran di media sosial, Bersih berkata demonstrasi itu merupakan aksi pertama kempen #Reformasi100Peratus mereka.


Dalam hantaran sebelumnya, gabungan itu berkata kempen itu akan membangkitkan mereka ingin “mengingatkan” kerajaan berkenaan tiga reformasi.


Pertama adalah untuk menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan.


Kedua adalah had tempoh untuk jawatan perdana menteri, yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya PH.


Ketiga adalah berkenaan Akta Hasutan, selaras dengan janji pilihn raya PH untuk menyemak semula dan memansuhkan undang-undang yang dilihat zalim.


Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan jawatankuasa untuk memilih dan menggabungkan manifesto parti-parti yang termasuk dalam kerajaan.


Bagaimanapun, hasil jawatankuasa itu tidak dibentangkan kepada umum setakat ini.


Dalam hantaran hari ini, Bersih menggesa orang ramai untuk menyertai demonstrasi itu yang akan bermula di Tugu Negara pada jam lapan pagi Selasa ini, dengan mengenakan pakaian berwarna hitam atau kuning.


Timbalan Pengerusi Bersih Wong Yan Ke mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa mereka merancang untuk berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum berkenaan gesaan itu.


Dewan Rakyat akan memulakan sidang pertama untuk tahun ini pada Isnin ini, dengan Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menyampaikan titah diraja.


Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/697183


https://shahbudindotcom.net/2024/02/24/bersih-berdemo-ke-parlimen-selasa-ini-tuntut-reformasi00peratus.html



KEJAYAN KERAJAAN MADANI DAN KEGAGALAN PN PAS

 

Zuwairi Md Yusof




SULTAN IBRAHIM dan MAJLIS RAJA2 MELAYU akan membawa PMX dan MADANI PH BN menerajui MALAYSIA ke arah lebih baik dari mimpi ngeri 33 bulan bawah MAHIADDIN dan ISMAIL SABRI 







KEUTAMAAN PN PAS,BERSATU 


1.PENGUMUMAN PDF,RAKAMAN TERTUNDA

2.SAKAU JANAWIBAWA,SOROK MINYAK MASAK,BERAS,DIESEL subsidi

3.SURUH RAKYAT KELUAR KWSP SENDIRI

4.AGIH TENDER,KONTRAK SESAME SENDIRI

5.BAGI JAWATAN2 KE SUKU SAKAT

6.TUTUP PARLIMEN BUAT DARURAT

7.TUTUP SEKOLAH,MANSUH UPSR,PMR


Di bawah kerajaan PN PAS,BERSATU


Ekonomi gagal.

Kewangan gagal.

Sains politik gagal.

Common sense / Budi Bicara gagal.


Anda semua rindu semua perkara2 di atas?Masih mahu beri kepercayaan kepada PN PRU16 nanti?Kebodohan terbesar PN PAS ialah kerajaan PAS KELANTAN ceduk apa yang ada dalam UNDANG2 SIVIL yg mereka sendiri bising kafir dan di jenamakan kepada UNDANG2 SYARIAH versi PAS bawah enakmen KELANTAN.Ini bukan setakat bodoh terlampau tapi terlajak bangang sampai berani melanggar apa yang termaktub di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang MENTERI BESAR,EXCO,ADUN YB, dari PAS sendiri akui akur untuk junjung ketika mengangkat sumpah masing2.Apabila mereka dapat manfaat dari semua ini mereka menjunjung Perlembagaan tapi apabila mereka tewas kes NIK ELIN dan SEKOLAH VERNAKULAR mereka menunjukkan wajah sebenar belang mahu mencabar dan mengubah apa yang ada.


Hati2 dengan PN PAS,BERSATU acah2 serba tahu berlagak pandai tapi hancur serba serbi menguruskan NEGARA,NEGERI dan RAKYAT.33 bulan bawah PN bukti kegagalan mereka.




AMANAH TEMERLOH SAMPAIKAN SUMBANGAN BAKUL RAHMAH

 





Norsazwani Binti Harmen,Ketua Warda Temerloh bersama NorSyahira Binti Idris,Setiausaha Warda Kawasan menyampaikan sumbangan wang tunai dan Bakul Rahmah Madani kepada ibu-ibu muda di sekitar Taman Temerloh Jaya,Taman Sri Semantan dan Kg Tok Embun.


Semoga dengan khidmat bakti Warda Kawasan ini dapat membantu keluarga dikalangan orang muda.


#WardaTemerloh

#AmanahProgresifPeduli 

#AmanahTemerloh 

#pedulitemerloh 

#MalaysiaMadani




Dakwaan perlembagaan digubal, dicipta penjajah: Abdul Hadi keliru dan mengelirukan


Abu Miskhat

1. Dalam satu penghantaran di portal media sosial Facebook pada 20 Febuari yang lepas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa: “Kita menerima Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal oleh penjajah yang merancang kemerdekaan yang menipu umat Islam, dengan tujuan tidak mahu sekali-kali memberikan kuasa kepada Islam.”


2. Beliau juga menyatakan: “…mereka (penjajah British) meninggalkan warisan yang masih menjajah kita melalui perlembagaan yang dicipta oleh Suruhanjaya Reid tanpa melibatkan ahli undang-undang kita seorang pun.” Beliau menyenaraikan ahli Suruhanjaya Reid iaitu Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) sebagai pengerusi dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William McKell (bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B. S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India), dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).


3. Begitu mudah Abdul Hadi membuat kesimpulan bahawa penjajah Inggeris telah menggubal dan mencipta perlembagaan negara kita hanya dengan logik tiada seorang pun ahli undang-undang kita dilibatkan.


4. Dakwaan perlembagaan kita digubal atau dicipta oleh penjajah British adalah tidak berasas dan menyimpang jauh daripada fakta-fakta sejarah.


5. Dalam usaha untuk meringankan beban pentadbiran selepas Perang Dunia Kedua, British memperkenalkan gagasan Malayan Union sebagai asas perlembagaan Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945. Kerakyatan liberal berdasarkan prinsip jus soli dalam gagasan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan bangsa Melayu.


6. Kemarahan ini mendorong bangsa Melayu berhimpun dan bersatu lalu bersetuju menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 di Johor Baharu.


7. Pada tahun 1948, British memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sejurus selepas Malayan Union dibubarkan akibat penentangan keras bangsa Melayu. Perlembagaan ciptaan British ini memberi perlindungan kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan mengetatkan syarat kerakyatan. Namun sebaliknya, kaum bukan Melayu pula menentang perlembagaan ini kerana menyukarkan mereka mendapat hak kerakyatan dengan mudah.


8. Pada tahun 1954, parti-parti berasaskan tiga kaum utama iaitu Umno, MCA dan MIC telah menubuhkan Parti Perikatan lalu mereka menang besar dalam Pilihan Raya 1955 dengan manifesto antaranya untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa empat tahun.


9. Pada 22 Ogos 1955 satu pertemuan kerajaan Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman dengan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British telah diadakan di Kuala Lumpur.


10. Pertemuan pada 22 Ogos 1955 telah membawa kepada perbincangan yang lebih serius tentang kemerdekaan Tanah Melayu antara delegasi Kuala Lumpur dengan kerajaan British di London pada 18 Januari hingga 6 Febuari 1956.


11. Persidangan di London itu telah membuahkan hasil apabila pihak British bersetuju mengiktiraf Tanah Melayu sebagai full self-government dan bersetuju menubuhkan suruhanjaya bebas seperti tuntutan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955.


12. Pada Mac 1956, satu suruhan jaya bebas telah dibentuk dan dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Di samping 131 buah memorandum yang dihantar oleh individu dan pertubuhan, Suruhanjaya ini juga turut mengambil cadangan dan penerangan lisan daripada pelbagai pihak, individu dan kumpulan. 


13. Suruhanjaya turut menemui Raja-Raja Melayu untuk mengetahui pandangan mereka. 


14. Suruhanjaya ini menghadapi tuntutan pelbagai kaum dalam empat isu utama iaitu kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.


15. Setelah selesai mengutip cadangan dan maklumat, ahli-ahli Suruhanjaya itu meneruskan kerja menulis cadangan serta draf perlembagaan. 


16. Sebaik sahaja laporan Suruhanjaya itu siap dan diserahkan kepada Kerajaan British dan Raja-Raja Melayu pada awal 1957, ia terus dikaji dan dibahaskan oleh pihak-pihak tersebut dan juga Parti Perikatan.


17. Hasil kajian dan pengubahsuaian ini dinamakan Kertas Putih.


18. Sebahagian besar daripada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid dikekalkan. Bagaimana pun, Kertas Putih telah merubah beberapa perakuan Suruhanjaya; termasuk peruntukan tentang Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan kuasa Majlis Raja-Raja.


19. Suruhanjaya pada asalnya tidak memasukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan walaupun telah dipersetujui Parti Perikatan secara sebulat suara, disebabkan peguam kepada Raja-Raja Melayu melaporkan bahawa Raja-Raja tidak mengalu-alukan cadangan Parti Perikatan tentang peruntukan Islam sebagai agama persekutuan. 


20. Perjuangan Hakim Abdul Hamid (ahli Suruhanjaya dari Pakistan) dengan menyediakan nota tersendiri dan berasingan daripada ahli-ahli Suruhanjaya yang lain telah berjaya meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.   


21. Pada 27 Jun 1957 Majlis Raja-Raja Melayu telah memberikan persetujuan rasmi terhadap draf Perlembagaan Merdeka 1957.


22. Pada 11 Julai 1957 draf itu diluluskan sebulat suara dalam Dewan Undangan Persekutuan.


23. Pada 31 Ogos 1957 kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan berdasarkan Perlembagaan yang berkuatkuasa. 


24. Berdasarkan kronologi di atas, dakwaan Abdul Hadi bahawa perlembagaan kita (Perlembagaan Persekutuan 1957) digubal atau dicipta oleh penjajah British adalah jauh tersasar, tidak berasas dan bersifat fitnah. Sebaliknya semua fakta sejarah di atas membuktikan perlembagaan Persekutuan adalah asli hasil daripada perbincangan atau syura semua pihak berkepentingan. 


25. Ternyata Abdul Hadi telah terkeliru dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah termansuh dengan sendiri (rujuk para 7 di atas) sebaik sahaja British memberikan kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957.


26. Tanggapan bahawa perlembagaan Persekutuan 1957 adalah ciptaan penjajah telah menjadi satu doktrin yang mencetuskan perpecahan dahsyat orang Melayu sejak 1980-an kerana mereka diwajibkan melawan Umno atas tuduhan Umno mempertahankan perlembagaan penjajah.   


27. Tuduhan perlembagaan negara ini digubal dan dicipta penjajah juga telah menghina Majlis Raja-Raja Melayu yang telah memberikan persetujuan rasmi akan perlembagaan itu pada 27 Jun 1957.


28. Dengan pembentangan kronologi pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 ini, diharapkan orang Melayu tidak lagi terpesona dengan dakwaan palsu Abdul Hadi dan PAS kononnya perlembagaan negara kita digubal atau dicipta penjajah. 


*****************************

Rujukan untuk bacaan lanjut yang menjadi sumber saya menulis fakta-fakta di atas:


1. Abdul Aziz Bari (2005), Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

2. Abdul Halim Ali (2015), Perlembagaan Malaysia: Isu dan Persoalan Hubungan Kaum

3. Shamrahayu A. Aziz (2016), Isu Penguatkuasaan Jenayah Syariah di Malaysia

4. Shamrahayu A. Aziz (2019), Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan



𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗗𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘁𝗮 𝗟𝗮𝗺𝗮. 𝗗𝗶𝗮 𝗧𝘂 𝗦𝗰𝗮𝗺𝗺𝗲𝗿! 𝗦𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗦𝗮𝗵𝗶𝗵 '𝗗𝗶𝗮' 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶? - DrMAZA



Dengar penjelasan DrMAZA, semua orang boleh "claim" sebagai Ahlul Bait tapi nak membuktikan sanad itu bukan mudah. Ada dokumen pun tetap dokumen itu perlu disahkan.


Sepanjang sejarah penipu pun ada pengikut. Disebalik kesesatan ada org tukang kempen sebab mereka dapat manafa'at darinya. 


𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗴𝗼𝗾, 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗵𝗹𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗼𝗺 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮 "𝘄𝗮𝗵𝗮𝗯𝗯𝗶", 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗗𝗿𝗠𝗔𝗭𝗔.


Wallahualam.


- Zus Din 

23022024

***********

Video Credit : PROmediaTAJDID 

Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=Jyzij-spRT4