USTAZ BARU. TAPI DAH MULA BUAT FITNAH .
RMS
RMS
Ustaz Annuar Musa dah start jadi
penyebar fitnah.. kenyataan ni pada 2012 tapi diselitkan hari ni.. sedangkan
permohonan maaf telah dibuat oleh YB Ngeh Koo Ham pada 20 Sept 2012.
Dia tulis..sekarang ada tukang
cuci.. (dia maksudkan UMNO)..
Tapi permohonan maaf langsung
tidak dinyatakan..
Begitu lah Tuan Haji Annuar
Musa..
SAJA NAK TANYER....
RMS
Betul ker dakwaan TMJ, Tuan
Haji Annuar Musa beli kereta mewah Porsche Panamera setelah dapat duit dari Tun
M..?? tanjer..
Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4-PART 1
ALIRAN KESEDARN NEGARA.
Semasa mesyuarat Dewan Rakyat pada 6 Jun, blok pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli politik gabungan Perikatan Nasional (PN) telah sebulat suara membantah dengan lantang perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 dalam Parlimen.
Meskipun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul masih
meneruskan usul itu untuk membenarkan laporan tersebut dibahaskan, tiada
ahli-ahli politik pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat untuk perbahasan
tersebut; ini menunjukkan kurangnya sikap tanggungjawab mereka yang amat
mengecewakan.
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mengecam
perbuatan ahli-ahli politik yang cuba menyekat perbincangan suatu laporan
mustahak yang menunjukkan pembaziran dan ketirisan yang berkemungkinan berlaku
dalam perbelanjaan kerajaan, dan juga menegaskan semula pendirian bahawa
laporan-laporan ketua audit negara mesti tertakluk kepada penelitian dan
perbahasan Parlimen.
Tindakan ahli-ahli politik PN yang membantah sekerasnya
perbahasan laporan ketua audit negara membangkitkan kesangsian – laporan
tersebut merangkumi perbelanjaan yang dibuat semasa tempoh pemerintahan PN, dan
akan mendedahkan sebarang penyelewengan kewangan atau pembaziran yang berlaku
semasa pentadbiran mereka.
Syak wasangka tentang penyelewengan kewangan oleh PN telah
bertambah sejak kerajaan perpaduan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih
pentadbiran negara pada bulan November 2022.
Dakwaan dan penyiasatan mengenai penyelewengan berjuta-juta
ringgit yang diperuntukkan untuk bantuan kewangan Covid oleh Bersatu serta
pendanaan politik Pas yang menggunakan hasil perjudian telahpun berbangkit.
Hal-hal tersebut sedang disiasat secara aktif oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beberapa tangkapan telah dibuat atas
dakwaan ini, yang menunjukkan bahawa dakwaan tersebut bukannya khabar angin
sahaja. Oleh itu, siasatan harus dilanjutkan.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Reaksi yang terlampau oleh ahli-ahli politik PN ini menunjukkan bahawa tempoh pentadbiran mereka mungkin tercemar dengan rasuah dan kepentingan sendiri, yang bertambah teruk semasa pandemik Covid yang telah membuka peluang bagi ahli-ahli politik untuk menggunakan dana kerajaan kononnya demi “perolehan darurat”.
Oleh itu, perbuatan ahli-ahli politik PN ini yang amat
mengecewakan dan mencurigakan sama sekali kerana enggan bertanggungjawab
terhadap Parlimen dan rakyat Malaysia yang mengundi mereka sebagai ahli
parlimen.
Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4- PART 2
Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka
terhadap peneruskan perbahasan tersebut jelas menunjukkan mereka telah
mengabaikan tugas dan amanah dengan mengutamakan parti politik melebihi hal-hal
kepentingan awam.
Mengenai persoalan Jawatankuasa Kira-kira Wang, Takiyuddin
Hassan berpendapat bahawa laporan tersebut telah pun diteliti sepenuhnya oleh
jawatankuasa tersebut dan perbahasan selanjutnya akan membazirkan masa Dewan
Rakyat.
Ini adalah suatu isu yang mudah ditangani sekiranya
contoh-contoh penyelewengan kewangan yang amat buruk dibahaskan dalam Dewan
Rakyat berdasarkan tahap keseriusannya.
Walau bagaimanapun, Mas Ermieyati menyatakan bahawa laporan
tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang dan
bukannya Parlimen. Beliau juga telah menyatakan bahawa Dewan Rakyat patut
membahaskan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang,
dan bukannya laporan terus daripada pejabat ketua audit negara.
Walaupun begitu, ini menimbulkan persoalan penting: mengapakah
blok PN menentang perbahasan laporan ketua audit negara dengan sekeras-kerasnya
sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang sendiri telah meneliti laporan tersebut
di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa tersebut, Mas Ermieyati?
Tambahan pula, Mas Ermieyati juga menyarankan kerajaan bahawa
adalah lebih baik sekiranya sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang dibuka kepada
orang awam.
Sebagai respons kepada pernyataan ini, Pusat C4 ingin
mengingatkan pihak pembangkang bahawa ketelusan dalam mekanisme institusi
adalah mustahak untuk kepentingan awam dalam memperjuangkan tadbir urus baik.
READ MORE: Pursue decentralisation, not over-representation
for Sarawak and Sabah
Meskipun Jawatankuasa Kira-kira Wang mempunyai kebebasan di
bawah tadbir urus oleh Parlimen, jawatankuasa tersebut masih menyediakan
laporan-laporan yang secara amnya tidak terbuka kepada orang ramai.
Sebagai blok pembangkang, PN sepatutnya bertanggungjawab bagi
memastikan agar tadbir urus, khasnya dalam pengurusan dan penyimpanan rekod
kewangan oleh kerajaan, menepati standard. Ini amat membimbangkan bahawa kepentingan
PN tertumpu kepada pengabaian mekanisme semak dan imbang, dan percubaan dalam
mengurangkan penglibatan Parlimen dan ahli-ahli yang dipilih secara demokratik
dalam penelitian perbelanjaan kerajaan.
Sejak pertengkaran dalam Dewan Rakyat pada 6 Jun, wakil-wakil
daripada PN telah memberikan pelbagai alasan mengapa mereka enggan melibatkan
diri dalam perbahasan tersebut – kemungkinan untuk menyembunyikan hakikat
bahawa mereka cuma mengelak daripada menghadapi dapatan yang terkandung dalam
laporan ketua audit negara di suatu forum awam.
Dengan itu, Pusat C4 mengesyorkan perkara- perkara berikut:
·
Kerajaan mesti meminda peraturan-peraturan standing order untuk
menetapkan perbahasan laporan-laporan ketua audit negara sebagai sebahagian
daripada mesyuarat-mesyuarat Dewan Rakyat
·
Kerajaan juga harus menjadikan semua sesi Jawatankuasa Kira-kira
Wang terbuka dan mudah diakses untuk tontonan rakyat
·
Parlimen mesti membentangkan usul perbahasan laporan ketua audit
negara semula, dan ahli-ahli politik PN, termasuk mantan menteri,
harus hadir untuk memberikan penjelasan atas dapatan-dapatan penting
dalam laporan tersebut berkaitan dengan kementerian mereka
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4)
The
views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have
endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other
pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
WALAUN MASIH PERCAYA MAHATHIR
Itupun walaun still percaya lagi... Dah la
hilang deposit.... Itupun nak berlagak lagi kata nak bela melayu... Dapat jer
kuasa... Macam² melayu kau kutuk.... Adusss .. x bole bla aku ngan walaun
ni......
SEMBANG TAK SANGGA....TAPI ..MMMMMM.....HAMPAS..
MMMS
Sebelum di siasat Polis.
Sembang deras macam tong kosong, hingaq tak sangga tapi hanya
propa. Dia sendiri kata nak pinda perlembagaan persekutuan, bila kena siasat
terus ubah nada. Ikut pattern kes dia langgar pkp tengok raptor pun sama tapi
kali in ni zaman kerajaan madani, harap dakwa sebab hasut perpecahan dalam
masyarakat.
OWH MANTAN MP LA NI....
Ketika ini, suatu waktu dahulu...
Siapa punya kerja la ni kan? Agaknya mantan MP yang beristighfar
dalam posting dia baru-baru ni keluar parti tak kalau nampak gambar ni? Promote
makan bak kut teh tu... Guane boh?
MENTERI BESAR
MENTERI BESAR
Minggu ni dalam dunia politik kita, gossip
paling kuat berbunyi adalah mengenai Menteri Besar.
1. Dikhabarkan ada tujuh pemimpin yang
berebut jadi Menteri Besar Selangor. Antaranya:
- Senator yang sudah nak habis tempoh
- Bekas Menteri Besar yang pernah ada kes
- Peniaga Udang terkenal Malaysia
- Bekas Menteri Kanan yang hilang
kerusi
- DJ tall dark and handsome 😄
2. Dikhabarkan juga ada suatu negeri di
Utara. MB nya punya gah. Ada yang benci dan ada yang suka. Namun dengar cerita,
sebab Presiden kawtim dengan bekas Perdana Menteri dua kali. Besar kemungkinan
mereka nego MB nak diganti. Untuk bagi anak sendiri. So much of
proklamasi! Best punya strategi. 😊
Tu yang dapat saya kongsi minggu ni.
~LM~
TUHAN NAK UJI LAGI DENGAN AMALAN KITA .....TAPI KALAU KUAT SANGAT MERACAU...TU BALA NAMANYA
Kalau ikut hikayat dulu-dulu, yang bela hantu raya atau saka,
memang susah nak mati. Ada yang kata, mereka sebenarnya dah lama mati tapi saka
yang menghuni jasad mereka.
Jadi orang yang begini katanya sikap mereka agak pelik. Ada yang
jadi makan pelahap. Ada yang dulu kuat mencarut, sekarang jadi kuat maki hamun.
Ye la sebab perangai saka.
Menurut hikayat lagi, orang yang bela saka ni boleh mati hanya
kalau dibuka atap atas pembaringannya saya. Senang cerita, bila tebuk depan
saka, maka saka akan mati. Nak kabo tu je. Guane boh?
KALAU BAGI PN PERINTAH LAGI, JENUH LA KENA SAKAW LAGI
IBRAHIM MAT ISA
Kalau PN berpeluang memerintah lagi, ketirisan adalah mainan mereka kerana mereka suka tebuk atap. Berkat PMX, hal ketirisan jadi isu yang sangat sensitif.
BUKAN HEBATNYA SINAR HARIAN..TETAPI KELEMAHAN KKDM
Hebat Sinar Harian. Dapat layanan istimewa dari KKD dan MCMC.
Walaupun sering keluarkan tajuk berita yang seakan mempermainkan kerajaan dan
PMX, tapi seolah dihalakan pula. Guane boh?
JKOM DAH ADA ,KKDM DAH HEBAT- YANG PROBONO NI LAMA DAH SUKARELA. KALAU KENA KUTUK ITU KRITIKAN MEMBINA
RMS
Secara jujur, hanya Selangor dan P.Pinang sukar ditembusi PN
jika berdasarkan strategi medsos, kedua negeri terkaya diMalaysia ni memang
kekal milik PH, ni berdasarkan dapatan dimedsos saja tidak termasuk dapatan
diperingkat akar umbi.
Aku tidak melihat PN sebagai ancaman tapi jentera komunikasi
kerajan perlu mengunakan medsos dgn baik dan berkesan, jika tidak mereka akan
bertambah semangat untuk menjatuhkan kerajaan sebelum habis penggal.
Ada kelemahan ketara jentera komunikasi kerajaan sekarang,
kerana ada banyak pasukan yang ditaja atas prinsip 'dia geng kita' bukan kerana
kebolehan berkerja dan menandingi lawan, ni sekadar pandangan, aku tak dengki
pun cuma tulis untuk jadikan peringatan pada kerajaan khasnya mereka yang
handle aspek komunikasi.