AMPUNILAH KAMI

 

Hamdan Taha

Kita di kejutkan kisah seorang gadis malaysia islam agamanya berkahwin dengan seorang bukan islam di india. Mereka berkenalan dari tahun 2012 di zaman muda mereka


Kisah ini sangat bahaya kepada generasi akan datang. Kita orang biasa dan orang luar cuma terkejut bagaimana ini boleh berlaku. Apakah perkahwinannya mendapat restu keluarga beliau semua kita tidak tau dan tidak ada pekabaran. Perkahwinan sebegini di benarkan di india dan di indonesia juga tetapi di malaysia tidak di benarkan itu sebab majlis mereka di buat di india.


Saya terasa sedih kerana dia telah Allah lahirkan sebagai islam. Lahir sebagai islam ini satu rahmat nikmat dan anugerah juga hidayah dari Allah kepadanya. Di mana silapnya hanya beliau dan keluarga lebih memahami kenapa bole jadi begitu....semuanya kerana hubungan cinta...


15 tahun dulu saya pernah lihat di depan mata saya seorang lelaki bernama mustaqim orang indonesia bekas pelajar pondok di surabaya dan bapanya pula orang beragama imam pula di kampungnya begitu lah kisah di beritahu kepada saya. Saya selalu satu meting dengan mustaqim ini kebetulan dia mula berjaya dalam perniagaan. Kawin sebentar dengan gadis seislam dan sebangsa tapi berpisah. Ikut ceritanya kepada saya nafsunya hanya pada gadis cina atau orang barat katanya. Nafsunya mati pada sebangsa


Kemudian dia jatuh cinta dengan seorang gadis cina beragama kristian. Punya lah dasyat dia suka gadis cina itu sehingga di beri syarat jika nak juga kawin silakan tapi kena masuk kristian. Langsung tidak fikir panjang dia setuju dan tukar agama,bapa dan ibu di kampung dapat tahu pengsan. Akhirnya berkahwin dan menariknya kawan kawan mustaqim yang bangsa cina pun tak suka perkara itu berlaku...


Tapi saya di beritahu perkahwinan itu tak lama juga kerana mustaqim itu jatuh perniagaannya. Isterinya tinggalkan dia...cuma saya tengok isterinya tu...maaf kata lah jika kita kat malaysia ni rupa dia tu kita boleh jumpa di mana mana kat pasar ikan jer tak cantik pun. Tapi sanggup keluar islam dan murtad...sama seperti kisah anak saudara kepada menteri pepaduan kita....


Semoga Allah jauh kan peristiwa seperti ini berlaku kepada kita dan keluarga kita. Juga jauhkan perkara ini berlaku lagi dalam negara kita. Kita  wajib didik keluarga kita....pegangan bahawa agama itu sama sahaja mula membesar jumlahnya di dunia. Tuhan itu sama sahaja bagi semua agama juga sangat bahaya. Benar tuhan hanya satu iaitu Allah....tapi tuhan bagi agama lain sudah tentu bukan Allah kerana fahaman mereka mengikut agama mereka. Dari segi hukum Tuhan hanya satu bagi semua makluk di dunia ini...iaitu Allah...


Ya Allah ampun kan dosa kami...


NAMPAKNYA ZURAIDA DIAMPANG.


 Hamdan Taha

Hari ini saya baca kenyataan dari YB Zuraidah. Beliau menyebut jika parti bersatu membenarkan beliau bertanding semula tempatnya ialah parlimen ampang.


Biar lah kalah atau menang tapi tempatnya ampang dan tidak lari ke tempat lain. Apa pun serangan terhadap beliau di situ lah tempat yang lebih baik untuk dia bertanding kerana parlimen itu telah pun dia wakili tiga penggal sudah tentu dia ada jasa pada rakyat di situ ada kenalan di situ dan ada penyokongnya di situ. Beliau berharap umno dan pas beri sokongan kuat.


Apa pun pandangan saya terhadap yb zuraidah ini satu perkara beliau berani dan bekerja keras berbanding dari azmin ali. Azmin ali apa pun keadaan umno dan pas telah buat kenyataan menolak beliau.....zuraidah lebih jantan dari azmin...


Nampaknya team azmin ali yang 10 orang itu yb zuraidah lebih awal mengorak langkah....kita tunggu 10 orang lagi....dan yb zuraidah juga lebih hebat dari mp umno yang lompat ke bersatu....sampai sekarang tak tahu depa nak bertanding di mana

SAKA MAKAN TUAN NI ...

 

Menteri digesa jelaskan kenapa kos baiki sekolah daif naik mendadak


Oleh Teo Nie Ching

(Ahli Parlimen Kulai)

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan menyebut dalam ucapan beliau pada 6hb November 2020 bahawa kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada saya, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun 2016 hingga tahun 2020, sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif bagi 773 buah sekolah di seluruh negara.

Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM415 juta adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 245 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di Semenanjung Malaysia.

Sejumlah RM1.388 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 291 buah sekolah di Sarawak manakala RM1.252 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 237 buah sekolah di Sabah.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Ahli Parlimen Baram, beliau juga menyatakan bahawa bagi tempoh mulai tahun 2018 sehingga tahun 2020, sebanyak 241 buah sekolah daif di negeri Sarawak telah dinaik taraf dan dibangunkan semula dengan kos projek berjumlah RM1.216 bilion.

Khusus di Parlimen Baram, sebanyak 15 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan bagi tahun 2018 hingga 2020 dengan kos projek berjumlah RM167.48 juta.

Pelaksanaan projek berkenaan meliputi skop pembinaan bilik darjah, bilik sains, dewan makan, tandas dan kemudahan-kemudahan lain.

Menteri Pendidikan harus menjelaskan kenapa kos purata bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif melonjak secara mendadak.

Menurut jawapan beliau semasa peringkat jawatankuasa, perbezaan kos ini disebabkan oleh perbezaan skop. Ada keadaan di mana sekolah-sekolah ini tidak digantikan sepenuhnya, ada sekolah yang diganti baharu.

Sekolah yang ada di bandar kosnya makin rendah tetapi apabila hendak bawa bahan-bahan binaan ke kawasan luar bandar ini, kosnya akan tinggi.

Penjelasan ini kurang memuaskan dan tidak menyakinkan. Projek-projek pembinaan semula sekolah daif yang dilaksanakan pada tahun yang lalu juga telah mengambil kira faktor-faktor tersebut. Kesemua kos projek juga telah diperakukan oleh JKR.

Baram sebagai contoh. Sebanyak 90% sekolah di PPD Baram adalah sekolah Pedalaman 3. 5 adalah sekolah P1 manakala 3 adalah sekolah P2.

Oleh sebab itu, kos purata pembinaan semula sekolah daif di kawasan Baram memang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, saya menggesa KPM untuk memberi senarai 50 sekolah daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai. 




Gadis Melayu kahwin pemuda Sikh, mana suara lebai Pas?WOIIII....DEMONTRASI WOIIII.....NAK KIAMAT.....

 

Gadis Melayu kahwin pemuda Sikh, mana suara lebai Pas?


KALIAN INI BAGAIMANA...?

 Image may contain: 8 people, crowd

KALIAN INI BAGAIMANA...?

Kau kata Anwar sudah tua...

Lalu Mahathir itu yg hampir 100 thn usianya...

Masih muda ?

Kau kata Anwar tidak berjaya menjadi ketua

Tak sampai 10 bulan dia mengetuainya

Sdgkan org tua itu 22 bulan berkuasa

Dia sendiri menjatuhkan kerajaannya sendiri..gila

Kau pilih Syafie Apdal... kenapa?

Syafie dia pun gagal di Sabah...

Di Sabah dia kata tolak parti Malaya...

Lalu kalian ini bagaimana...?

Kalian suruh Anwar buktikan nombor

Anwar terpaksa siang malam kerja cari nombor

Bila Anwar kata dia ada nombor

Kalian kenakan pula syarat... tidak mahu UMNO !

Kalian kata parti kami tidak mahu UMNO

Di Perak kalian kata boleh bekerjasama dgn UMNO

Cakap kalian tak ubah seperti parti lama

Berubah dalil mengikut selera

Anwar gila jawatan atau kalian yg gila

Kalian beri dalil perlu pimpinan baru

Tapi Mat Sabu, Salahuddin muka2 pencen juga

Kenapa tidak ubah diri sendiri

Baru minta org lain lakukan

Cakap tak serupa bikin

Kalian kata Anwar hentikan mengejar bayang2

Tapi kalian kejar si tua hampir 100 tahun?

Itu bukan bayang2...itu khayalan

Menyuruh 73 berhenti tapi mahu mengangkat 96

Kalian sudah dirasuk apa?

Kalian kata Anwar gagal cari nombor

Tapi kalian tidak pernah kata Mahathir gagal

Kalian tidak pernah paksa Syafie mencari nombor

Gila ada pelbagai jenis gila...

Tapi ini org Melayu panggil gila babi

Kalian perdagangkan Anwar

Hingga kalian ada menjadi Menteri Besar

Menjadi Menteri walaupun hanya SPM saja

Sdgkan kalian terpukau dgn jawatan

Duduk enak di kerusi empuk dgn driver

Anwar sendirian di dlm penjara...

Ketika keluarga Anwar dihujani air mata

Sedangkan kalian sekeluarga bergembira

Siapa sangka belajar tak habis jadi Menteri

Umpama mimpi menjadi realiti

Bila seronok dgn jawatan

Sampai kalian dibutakan kuasa

Siapa pengkhianat siapa kwn setia

Malah kalian menjadi lidah kpd pengkhianat

Kalian ini bagaimana?

Lebih baik berkawan dgn musuh

Daripada berkawan dgn pengkhianat

Dia mengkhinati jawatan yg dulu kalian jadi gila

Lebih dasyat mengkhianati harapan jutaan rakyat

Kalian mahu gabungkan parti

Bukan perkuatkan parti

Kalian akn hilang separuh pengundi

Kalian ini sudah kenapa?

Kalian tuduh...teruk sungguh pentaksub Anwar

Lebih baik taksub kpd org yg sanggup dipenjarakan

Demi membela nasib rakyat

Daripada taksub dgn org yg mengkhianati rakyat

Dan pentaksub2 kpd pengkhianat

Sudah sudah lah mendengar kata org tua itu

Yg tidak pernah puas mengejar dunia

Dgr kata2 indah ini dan fahami erti yg tersirat

'Pak tua menangis sendiri

Mengenangkan nasib diri

Walaupun puas mencari

Namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu

Damai dan senang hati

Walaupun tak berusaha

Dia ketemui

Dia ketemui

Apa dicari

Alam yang membawa cerita

Pancaindera yang memang lemah

Mudah terkeliru.....'

Buat kalian fahamilah...

Pancaindera mu mudah tertipu

Mudah juga terkeliru

Sudah sudah lah jgn lagi aku bertanya

Kalian ini bagaimana?

( Ilham dari Gus Mus )

 

APA BARANG BANTAH...DEMONTRASI LAH ....

 

Yadim bantah penganjuran Grand Final Gala Night

Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan berkata, program Grand Final Gala Night bersifat eksploitasi terhadap wanita dan penyuburan budaya hedonistik.

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membantah penganjuran Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 yang bakal berlangsung pada 2 Jan tahun depan di sebuah hotel di ibu negara.

Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur dan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara itu Isnin ini.

“Program itu bersifat eksploitasi terhadap wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun yang telah pupus.

“Tambahan pula dalam keadaan pandemik COVID-19, sebarang bentuk perhimpunan tidak mendesak harus dielakkan kerana berisiko menularkan jangkitan virus itu walaupun jaminan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, pihaknya menyeru kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan program itu tidak dilaksanakan.



DENGAR LAH CAKAP SI TUA ITU..ANDA TERTIPU.


Image may contain: 15 people, people sitting, text that says "Pyol Din 31 31m. m Tahniah Pemuda Amanah Kelantan... Amanah Pejuang மமேà®®் NN"

Mahathir taknak Anwar jadi PM atas sebab dendam peribadi dan dosa2 silam.

Syafie bedal taknak Anwar sebab dendam pribadi jugak, pastu di api apikan hal tu oleh Mahathir.

Mcm mana nak gabungkan 2 siamang nih untuk capai hasrat tumbangkan PN teman2 ? Minyak takkan bercampur dengan air, kerja sia sia dan buang masa. Namun inilah yg diushakan oleh pemimpin2 PANDAP sekarang. Tentu ada sesuatu yg "misteri" sampai diorg mcm kena nasik kangkang dek menurut perintah si tua 95 tu kan?

Apa yang situa 95 tu dah perangkap PANDAP masa jadi menteri dulu? Songlap projek2 ke? If betul lah PANDAP nih terkena nasik kangkang, kalian pemimpin jangan libatkan kapal besar parti masing2. Cukoplah kaptennya terjun laut dan serah kepada kapten baru yang bebas dari nasik kangkang.

Ada reti ka bedul?

Gambar hiasan*



DIMANAKAH MOYET MONYET ITU?

 

MAN TOBA

2017 masa tu kerajaan BN perintah. Kerajaan BN jugak luluskan undang2 keluar agama.

Sebab BN lulus. PN ( clone sama + lebai ) masing-masing dok diam-diam isu ni. Doa-doa netizen tak tau berita ni.

Bayangkan kalau PH ubah dasar RUU apa bagai dan kejadian sama berlaku. Maka riuh rendahlah sosmed dengan berita-berita  kecam, NGO-NGO pakat buat report polis seluruh Malaysia. TV  dok ulang-ulang cerita ni tiapkali berita.

Kenapa masa PH perintah kecoh gegak gempita, tetapu masa BN/PN perintah tak riuh?

Sebabnya ialah, masa PH perintah, monyet-monyet berkeliaran.

Masa BN/PN perintah.. monyet-monyet ini dah jadi kerajaan.

 

NAK KUTIP LAGI ORANG TUA MACAM NI..

 

W.FAUDZIN

Orang tua camni korang sibuk nak kutip berada dalam Grand Coalition kononnya? Mana korang punya otak tak tau la..


Image may contain: 1 person, text that says "Home MG Malaysia Gazette SPROUT YOUR MIND Utama UTAMA Saya tidak perlu tunduk, taat kepada Anwar -Tun M Saya tidak perlu tunduk, taat kepada Anwar Tun M By Kasthuri Jeevendran- 14 December 2020 MalaysiaGazette" Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidamg media khas diiringi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku"

KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN

 Image may contain: 2 people, including Faezuddin Puad, people sitting and indoor


Faezuddin Puad

1. Saling pertikai antara satu sama lain secara terbuka hanya merugikan kita. Jika tidak dihentikan segera, di mata rakyat, PH seolah-olah sebuah parti yang tak stabil dan berpecah.

2. Kita kena sedar pada PRU-15 nanti, rakyat akan memilih sebuah gabungan parti yang stabil dan kuat. Dengan menjadi kerajaan yang stabil dan kuat saja mampu tarik pelabur dan memberi keamanan kepada negara.

3. Kebanyakan rakyat sudah mula muak melihat politikus bergaduh. Bayangkan, sudahlah kita bergaduh dengan PN atau BN, dengan rakan satu gabungan pun kita ajak bergaduh?

4. Rakyat akan persoal, semasa jadi pembangkang sudah bergaduh, apa jaminan kepada rakyat selepas menjadi kerajaan kita tidak bergaduh?

5. Oleh itu, kita perlu buat rakyat percaya dan yakin dengan Pakatan Harapan. Juga menjadi tanggungjawab kita bersama menepis semua persepsi buruk ini.

6. Saya berpendapat, seeloknya kita kembali ke meja rundingan. Keadilan, Amanah dan DAP wajib bermusyawarah bagi menyelesaikan apa jua masalah yang timbul. Selesaikan dalam bilik mesyuarat bukan keluar kenyataan terbuka menghentam antara satu sama lain.

7. Dalam masa sama, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan dakyah musuh yang sememangnya mahukan kita berpecah. Boleh jadi juga JASA sudah mulakan kerja mereka.

8. Apa-apa pun, Sekarang ini bukanlah masa untuk bergaduh, sekarang masa untuk kita perkukuhkan Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

KETUA AMK PULAI

 

KEADILAN HANYA SETUJU KERJASAMA POLITIK, BUKANNYA GABUNGAN BESAR YANG BARU - SAIFUDDIN NASUTION, SUA KEADILAN

Image may contain: 1 person, text that says "sinarharian.com.my/ar >> BERITA POLITIK politik PKR selesa sekadar kerjasama PKR selesa politik kerjasama || 19 Disember 2020 PREMIUM Saifuddin Nasution"

Lega rasanya apabila akhirnya SUA Keadilan menyatakan Keadilan hanya setuju adakan persefahaman atau kerjasama politik sahaja dengan mana2 parti politik selain dari tiga parti di dalam PH sekarang.

Maksudnya, Keadilan menolak diadakan "Grand Coalition" bersama parti Mahathir (Pejuang) dan parti Shafie (Warisan) dan beberapa parti lain. Tindakan bijak Keadilan ini wajar dipuji kerana telah dapat membaca lebih jauh muslihat musuh-musuh Anwar Ibrahim. Bacaannya mudah kerana mereka sendiri pamerkan betapa antinya mereka terhadap Pengerusi PH itu sendiri. Jika gagal 'bunuh" Anwar dari luar, boleh dicuba melalui dalam.

Tahniah Keadilan yang tidak tunduk kepada tekanan mana2 pihak. Parti yang bermaruah adalah parti yang berpegang kepada janji dan persepakatan bersama rakan2 dan tidak khianat dengan rakan serta lebih mempercayai rakan sendiri dari pihak luar.

WFAUZDIN NS

Ahli ekonomi perjelas kenapa pelabur lebih suka negara ASEAN lain

 

Ahli ekonomi perjelas kenapa pelabur lebih suka negara ASEAN lain

Seorang ahli ekonomi berkata, pelabur terpengaruh dengan dasar anti-rasuah Indonesia dan pasaran domestik yang sangat besar. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Prospek pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik, iklim pelaburan yang menarik, dan dasar konsisten antara sebab yang mendorong pelabur antarabangsa memilih negara ASEAN lain berbanding Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.

Bercakap kepada FMT, profesor ekonomi di Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, turut berkata kestabilan politik, tadbir urus yang baik, rasuah yang rendah, dan “usaha promosi terselaras dari peringkat tertinggi” sebagai beberapa faktor mengapa Singapura, Indonesia, dan Vietnam berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.

Ketiga-tiga negara itu menerima lebih 80% daripada pelaburan langsung asing (FDI) AS$156 bilion ke negara-negara ASEAN tahun lalu, menurut agensi perdagangan PBB, UNCTAD. Hanya 5%, atau sekitar RM31.7 bilion (AS$7.8 bilion), ke Malaysia.

“Malaysia perlu meningkatkan prestasinya dalam semua ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran, dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.

Menyatakan usaha Indonesia dalam membasmi rasuah menghasilkan peningkatan mendadak pada ranking dunianya, Yeah juga berkata pemilihan semula Presiden Indonesia, Joko Widodo, tahun lalu “mencetuskan minat pelabur antarabangsa” terhadap pelan prasarana dan perindustriannya.

Yeah, bekas ketua kumpulan ahli ekonomi di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga berkata strategi promosi pelaburan yang terselaras di Indonesia membolehkan kerajaan republik itu “menguja syarikat global terkemuka” dengan pasaran yang besar dan berkembang sekitar 270 juta penduduk.

Tambahan pula, Yeah berkata potensi Indonesia untuk membangunkan sumber alam yang luas diperhatikan syarikat global yang mencari peluang pelaburan berasaskan sumber.

Yeah mengulas catatan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook baru-baru ini yang mengatakan terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam 2 tahun lalu.

Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS seperti Tesla, Amazon, dan Google melihat Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan mempersoalkan apa yang dibuat agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.

Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada 2018 kepada RM31.7 bilion pada 2019, ini penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia melaporkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.

Menyatakan negara mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan, dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli, tidak setuju agensi pelaburan Malaysia “tidak berbuat sehabis baik” untuk menarik pelaburan.

Jelas beliau, agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas dalam ruang peraturan sekarang.

“Apa kelebihan kita?” soal beliau. “Itu persoalannya”.

“Peraturan kita bagus untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi apabila negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri kepada bersaing di ruang yang kita akan kalah.”

Senada dengan Yeah mengenai betapa besarnya pasaran domestik Indonesia, Nazari Ismail dari Jabatan Strategi Perniagaan dan Dasar di Universiti Malaya menyifatkannya sebagai “sebab utama” pelabur antarabangsa masuk ke Indonesia – dengan kos operasi yang lebih rendah juga menjadi faktor utama.

“Indonesia mempunyai 267 juta penduduk, jadi tentunya sukar untuk menyaingi mereka dari segi potensi pasaran dan juga kos operasi,” katanya.

“Itulah sebabnya syarikat (Tesla, Amazon, dan Google) juga mengabaikan Singapura, yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Indonesia.

“Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan kerajaan dalam isu ini kecuali jika anda juga mahu meningkatkan jumlah penduduk kita sebanyak Indonesia dan menurunkan gaji agar setanding mereka, di mana kedua-duanya bukan pilihan yang realistik.”



DSAI OPTIMISTIK - "HYPOTHETICAL ISSUE"

POLITIK CACAMARBA PH SEKARANG BUKAN BEERTI LALUAN MUDAH BAGI PN, MN DAN BN DI PRU15

 


Image may contain: textNo photo description available.No photo description available.



1) MEMBACA apa yg dinukilkan oleh MMMS dalam Grand Coalition : Satu Utophia hujahnya simple dan mudah, logik akal yg semua org sepatutnya faham dan tak perlu jadi cacamarba sebegini dalam memikirkan "Grand Coalition" yg belum tentu memenuhi harapan dan sentimen rakyat kerana ia hanya bakal menyingkirkan satu sosok yg sinonim dgn perjuangan rakyat marhaen bukan Kapitalis durjana kaki buli dan lintah darat.

2) PH belum pun diperkukuhkan dah ada KELOMPOK KEMARUK KUASA yg gila nak seret org2 luar. Yg biolnya org2 luar tu parti2 "comel lotey" dan tak ramai ahli mahupun penyokong akar umbi. Masuk akal kah kita nak seret masuk tetamu ke rumah PH sdgkan mereka mahu tendang keluar Ketua Keluarga PH? Ini kerja PENGKHIANAT..!!

3) TAPI....saya lebih tertarik bila disebut bab "Economic Voters" dan ia jadi tumpuan utk "elaborate" bagi kita semua memahaminya kerana sejak awal saya ramal kelompok pengundi ini akan memainkan peranan besar di PRU15 nanti. Meskipun dia sudah mengundur diri dari politik, saya tetap bersetuju dgn pandangan Rafizi Ramli pada 09 Januari 2020 di Regional Outlook Forum 2020 bahawa di PRU15 faktor ekonomi dan kos sara hidup masih akan mempengaruhi pengundi. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=XpCL6WJ-dsk

4) Sbb itu saya sering menulis, biar KERAMITA PN bergelut dgn masalah Ekonomi Pandemic COVID-19 ini hanya akan membuatkan rakyat terseksa dgn kos sara hidup. Sape yg selalu beli brg akan perasan harga barang dah gila2 punya tinggi. Cili Sos yg dulu RM2.95 pun skrg dah RM4.65. Itu sekadar CONTOH. Byk lagi brg keperluan kita akan temui naik harga kalau kita perhalusi betul2 tapi saya hairan, walaun-cai tak pulak bising?

5) Saya memg yakin yg "Economic Voters" akan ajar puak PN, MN dan BN ni. At least SEKITAR 50 kerusi (PH menang 40 kerusi di PRU14) dikira marginal, semi urban dan campuran ini TIDAK peduli pasal lain2 isu atau bab-bab sentimen Bangsa dan Agama, lalu apa yg mereka peduli? Mereka lebih kalut nak fikir soal survival, soal nak sediakan makanan utk family, bayar bil dan kerja cari duit. "Economic Voters" tidak bias, tidak taksub pada mana2 gabungan parti samada BN, PN, MN mahupun PH. Mereka boleh swing ikut cuaca ekonomi.

6) So siapa yg kata PH atau PKR akan tewas dgn mudah pada saya sgt "naive" dan tidak memahami sentimen pengundi yg rencam dan gagal memahami REAL Politics. Sokongan Politik sgt dinamik begitu juga percaturan yg cacamarba yg kita lihat skrg. TAPI...dah byk kali dah saya kata, biarkan KERAMITA PN ni teruskan sbb puak tu AKAN GAGAL tangani masalah ekonomi pandemic. Skrg 1 juta org hilang pekerjaaan menjelang PRU15, katakanlah max thn 2023 agak2 berapa ramai yg akan hilang pekerjaan? 2 juta? Dari 2 juta yg hilang income tu takkan le takde yg mengundi dgn perasaan marah pd KERAMITA PN yg gagal menyediakan peluang baru pekerjaan baru?

7) Mcm mana nak ada peluang pekerjaan baru jika FDI dan DDI pun cacamarba. Both Foreign and Domestic Investors hilang percaya pd KERAMITA PN yg tidak stabil dan boleh tumbang bila2 masa. Bukankah dah berulang kali saya kata ini kesan "TRUST DEFICIT"? Ini jelas menyebabkan tiada bisnes atau industri baru yg dibuka bagi mencipta peluang pekerjaan yg baru.

8) So? Anda rasa "Economic Voters" (EV) senang2 nak beri undi pada PN, MN, BN yg bertggjawab merampas kuasa utk tubuhkan KERAMITA kemudiannya GAGAL tangani ekonomi? EV adalah golongan paling TERKESAN akibat kejatuhan Ekonomi atau "Economic Downturn". Dah byk kali saya ulang...."ONE CARDINAL RULE" masih VALID..!! Tak faham? Cari dan baca apa saya tulis mengenai OCR yg pernah diberi amaran oleh Rafizi Ramli pada 14 April 2018. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=QxJ4ERO6wwc

9) Oleh itu, bagi mereka yg terlalu skeptikal PH atau PKR boleh menang byk kerusi sekurang2nya menjadi pembangkang yg kuat dan mereka yg punya "pre conceived idea" KUNUNnya PH tak boleh berpecah, tak boleh bina koalisi baru....berhentilah RATIB dan bimbang konon jika PH pecah maka PKR yg MUNGKIN jalan solo pun akan kalah teruk lalu mereka anggap PN, MN dan BN akan menang besar KUNUNnya. Bullshit..!! kata org kampung saya. TIDAK SEMESTINYA BRADER...It's too simplistic utk berfikiran begitu.

10) ANDAI PH berjaya diselamatkan, saya yakin DSAI mampu memacu kejayaan. Menyerang beliau selepas hanya 9 bulan menerajui PH dgn pelbagai gangguan dalam usaha untuk memperbetulkan keadaaan adalah TIDAK ADIL. Beliau patut terus disokong dan diberikan keyakinan. Hakikatnya DSAI juga menyedari bahawa pelbagai faktor yg tidak menyebelahi PN, MN dan BN selain kos sara hidup dan "Ekonomi Pandemic", termasuklah undi protes dan Outliers. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=ymrKLRAaNLc

11) TAPI jangan lupa, sebahagian rakyat dah menyampah bab-bab koalisi ni sbb anytime MP boleh lompat parti dan buat koalisi baru. Skrg ada dikalangan PH sendiri yg bercakap soal "Grand Coalition" yg baru pulak. Grand Coalition Atuk kamu...!! Oleh itu sebuah pakatan bukanlah merupakan 100% jaminan akan diterima pengundi atau jadi faktor keputusan memangkah oleh pengundi kerana rekod buruk org politik byk sgt yg jadi katak masa kini.

Wallahualam.

- Zus Din

19 Disember 2020

 

PIMPINAN AMANAH PERLU NILAI SEMULA SARANAN GC.


MD ZULAIMI KAZIN

Saya selalu juga bersama MSO, bincang dan minum sambil jumpa kawan2. Kadang-kadang jumpa anak-anak muda yang datang dari jauh, ada dari Kelantan dan Terengganu. Ada juga dari Kedah dan Penang.

Sering MSO dirujuk oleh Pemuda2 Amanah tentang banyak isu. sejak dua tiga minggu lepas banyak menyuarakan nak keluar Amanah, tapi MSO nasihatkan jangan, masuk mana2 parti pun sama je keadaanya. Tak puas sana dan tak puas sini. Biasanya mereka semua dengar nasihat.

Semalam semasa saya menemani MSO ke PVC TV di Puchong, ada seorang Ketua Pemuda Amanah negeri wasap MSO yang beliau telah ambil keputusan keluar Amanah. Terkejut saya bila MSO baca wasap tersebut sambil mengeleng kepala.

Kami mengeleng kepala bukan kerana kesal dgn tindakan tersebut tapi kesal dengan punca mereka ambil keputusan. Sejak kenyataan Bang Mat dan Guan Eng dan Status Bang Din dalam fb semalam dah menjadikan ramai anak2 muda Amanah mula agresif tolak Amanah. Saya juga rujuk pada komen fb Bang Mat dan Bang Din semalam, saya termenung betapa penolakan secara terbuka apa yang Bang Mat dan Bang Din bawa dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Saya rasa Bang Mat dan Bang Din kena nilai semula dan membuat kajian kembali tahap penolakan ini dengan keputusan yang mereka buat, Kalau setakat tolak kpd mereka sahaja tak apa tapi terkesan secara langsung kpd Amanah.