KECOH PEMBERI MAKLUMAT YANG JUGA PEMBERI RASUAH MAHU PERLINDUNGAN. NAK UGUT KERAJAAN ATAU APA SEBENAFNYA. BAGAIMANA SEKIRANYA PROJEK ITU JADI KEJAYAAN?

 


Kecoh tentang 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 8 𝗔𝗱𝘂𝗻 terima rasuah daripada seorang ahli perniagaan. Khabarnya ahli perniagaan itu meminta 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶.



Perlindungan macamana? Kalau setakat perlindungan dari gangguan atau 𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗺𝗮𝗳𝗶𝗮 (ugutan pukul/bunuh) oleh mereka yang terbabit itu aku rasa patutlah.


Tapi kalau 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮, aku rasa ia perlu dielakkan. Jangan gunakan SPRM untuk balas dendam. Sebab marah duit dah keluar tapi projek tak dapat, baru nak lapor kepada SPRM.


Kalaulah misalkan projek tak batal, kes ni 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺. Ahli perniagaan tu pun akan 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵  𝗔𝗱𝘂𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁. Sampai bila-bila pun kita takkan tahu.


Kena hati-hati dalam berikan perlindungan tersebut. Bagi aku, paling lebih pun SPRM boleh tawarkan untuk 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝘀𝗮𝗺𝗮.


Namun untuk tak didakwa, itu keterlaluan. Takut nanti ini akan jadi rujukan masa hadapan. SPRM jadi 𝗮𝗹𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗴𝘂𝘁 bila hasrat tak kesampaian. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KO TERINGIN SANGAT KOT NAK MASUK JEL.





 Teruk sangat sakit mental 𝘭𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳 kapok ni. Berita Daim meninggal pun nak dipolitikkan. Tanya soalan tu pada siapa? Pada 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 ke? Bercakap tu dah macam orang tak ada iman.


Daim mati sebab apa? Kena siksa dalam penjara ke? Kena 𝘁𝘂𝗺𝗯𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮? Daim kena dakwa je. Masuk lokap pun tak. Apa kaitan kerajaan?


Memang dia dah uzur. Umurnya pun dah hampir satu abad. Tapi kalau salah, pendakwaan tetap kena buat. Payah la kalau penyakau lepas hanya sebab uzur.


Mamat ni dah keterlaluan sangat berpolitik. Kalau dah tak ada isu nak mainkan, nak hasut orang pun, jangan sampai 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻 tu.


Dah alang-alang tanya, aku jawablah. 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶, aku tak puas hati lagi. Sebab masih ada lagi saka yang 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻. Tunggu saka tu pulak. Amacam? Puas hati dengan jawapan macam ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAKI MULA ADA SYMTOM KELIRU


 𝗧𝗮𝗸𝗶 ni seorang 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 bahkan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴. Tapi disebabkan 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶 yang keterlaluan, dia rela 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.





Bila 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 jelaskan Menteri Undang-undang bukan ahli 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻, dia tuduh pula Azalina 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻. Siapa yang keliru ni?


Nak katakan si Taki keliru sebab 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 (𝗕𝗛𝗘𝗨𝗨) berada di bawah 𝗝𝗣𝗠 pun pun payah sebab dia mantan menteri. Takkan dia tak tahu prisedur? Dulu baru kerja macamana? Ke 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 je?


BHEUU cuma terlibat dalam penyelarasan mesyuarat 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻. Lporan pun diberi terus kepada 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 dan bukannya Menteri Undang-undang.


Betul la tu sebab kalau ikut perlembagaan pun, ahli Lembaga Pengampunan adalah 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿. Untuk WP, yang setara dengan MB tu 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 la.


Apa yang susahnya nak faham?


Bukan Taki tak faham. Tapi memang dia nak kelirukan dewan dan walaun sebenarnya. Lepas ni walaun pun akan guna cakap Taki tu 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗵𝘂𝗷𝗮𝗵.


Lepas tu dicanang seluruh negara. Kena pula 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗶 je tanpa penjelasan sewajarnya. Maka tersebarlah 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 ini secara meluas.


Tapi nak pelik apa. Pemimpin pembangkang 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 fakta dan kemudian walaun pula akan sebarkan tanpa ada rasa takut kepada Allah. Begitulah sampai Abang Jamil... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HARUS BERTINDAK SEGERA.


 

HASIL LANTIKAN SAPA NI?


 

BILA TAK CERDIK. TAPI BANGGANG.


 

LAAAA... SAMPAH


 

KEH KEH KEH.. NI SATU LAGI... BENGRAP MODAL GAYANYA.


 

KES PERANGKAP KA KES APA CRITA NI.


 

INNALILLAH...


 

MERANSANG EKONOMI



 Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Feb tahun depan, akan merangsangkan lagi ekonomi negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.



Beliau berkata ini kerana pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews




Lawatan Rasmi PM Anwar Diteruskan Ke Peru Hadiri Sidang Kemuncak APEC 2024

Kredit Harapan Daily

Sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan empat hari ke Mesir dan meneruskan lawatan rasmi ke Peru bagi menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LIMA, 13 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Lima, Peru, esok dan menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan rasmi itu merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke rantau Amerika Latin sejak menjawat jawatan itu pada November 2022.

Pada lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Peru, termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta industri halal dan mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki pesawat menuju ke Lima, Peru bagi menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2024 setelah mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Mesir pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim. 

Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, akan menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. Negara Amerika Selatan itu bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Peru dari Januari hingga Julai 2024 berjumlah RM1.16 bilion, meningkat 36.3 peratus daripada RM847.7 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Peru bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 pada 14 hingga 16 November dan akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru”. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa di forum serantau dan pelbagai hala, khususnya ASEAN dan APEC, serta akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Anwar juga akan menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC Dengan Tetamu dan Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), pada 15 November.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dijangka akan membuat Pencelahan Malaysia semasa Sesi Pemukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada 16 November.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Mesir dan meneruskan lawatan rasmi ke Peru bagi menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2024 di Peru. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya daripada Ekonomi APEC yang lain.

Sepanjang lawatan beliau, Perdana Menteri akan berkongsi keutamaan-keutamaan Malaysia di bawah Kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan keterangkuman, pembangunan mampan dan pengukuhan kerjasama untuk manfaat semua.

Malaysia adalah satu daripada 12 ekonomi pengasas APEC.

Oleh itu, penyertaan aktif Malaysia dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC mencerminkan komitmen berterusan Negara dalam memajukan kerjasama ekonomi, mempromosikan kesejahteraan bersama, dan mendorong pembangunan inklusif di seluruh rantau Asia Pasifik.



𝗗𝗔𝗛𝗦𝗬𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗠 𝗚𝗛𝗔𝗭 : 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗟𝗔 𝗡𝗔𝗞.....𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗣𝗔$ 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗬𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗛 𝟭.𝟬 𝗧𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗬𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗗𝗜...


#MestiTonton #Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham


1) SUNGGUH berat masalah industri pertanian di Malaysia ni. Bukan setakat NAFAS yg penuh dengan masalah korupsi dan kartel, MoA sendiri 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂 "𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲" 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘆𝗴 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽, 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 "𝗥𝗘𝗦𝗛𝗨𝗔𝗛" 𝗱𝗮𝗻 "𝗶𝗻𝗰𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁" menyebabkan petani-petani kita susah. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯𝘁𝘂 𝗦𝘆𝗮𝗺 𝗚𝗵𝗮𝘇 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶-𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗔𝗚𝗨𝗦 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗗𝗜𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗱𝗹𝗺 𝗠𝗼𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻. 


2) Dunia ini memang begitu, org yg baik, jujur, "competent" dan bagus biasanya akan tertindas. Baik dlm Agensi, Jabatan Kerajaan mahupun dalam parti Politik. Yg kaki bodek lebih ramai berbanding dgn yg layak dan tahu buat kerja. Akhirnya menjadi beban kpd pegawai-pegawai yg bagus ini.


3) Yg paling IRONI, menurit Syam Ghaz adalah ketika PH 1.0 ambil alih tahun 2018 kita sudah betulkan NAFAS dari negative 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗰𝗮𝘀𝗵 𝗥𝗠𝟴𝟬𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗔$ 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗮𝗹𝗶𝗵 𝟯𝟯 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 dan akhirnya wang NAFAS jadi negatif. Baja, racun dan benih semua kualiti rendah kerana rasuah dan pegawai yg tidak amanah di era PA$ dan Parti BUNGA, akibatnya hasil padi jadi rendah maka berlaku kekurangan beras tempatan yg ketara lalu walaun meroyan salahkan Kerajaan MADANI. Walhal puak mereka yg cipta masalah dalam NAFAS. GILA.


4) Orang macam Syam Ghaz yg pernah jadi Ahli Lembaga Pengarah NAFAS dan panel penasihat pertanian sewaktu era Almarhum DS Salahuddin Ayub sepatutnya dilantik semula kerana pengetahuan luasnya dan beliau punya kelulusan dalam bidang perniagaan Pertanian. Malang sekali Menteri Pertanian Bang Mat Sabu tidak beri perhatian kpd "asset" seperti ini.


5) Semua Menteri PH macamtu. Yg "competent" dan boleh buat kerja jarang dilantik malah diketepikan. Faham2 shjlah siapa MAJORITI yg dilantik. PMX sepatutnya campurtangan dalam masalah NAFAS dan Pertanian ni. Kalau setakat Mat Sabu saya tidak fikir ada political will yg kuat utk lawan kartel dan "reshuah" dalam NAFAS malah MoA sendiri. Nak jumpa penyokong pun kemain sukar.


6) Semua Menteri PH mcmtu memang tak boleh jumpa. Memang taknak jumpa pun. Buat appointment pun taknak kecuali org2 tertentu yg biasa. Ini open secret berlaku pada RAMAI penyokong. Sebab itu maklumat2 penting di bawah ni mereka bukan tahu sangat. Saya percaya apa yg disebutkan oleh Syam Ghaz termasuk pendedahan-pendedahan tentang sabotaj oleh 𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗠𝗮𝘁 𝗦𝗮𝗯𝘂 𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨. 


7) 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗦𝗱𝗿. 𝗦𝘆𝗮𝗺 𝗚𝗵𝗮𝘇, 𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘂𝘁𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗠𝗫.


Wallahualam.


-Zus Din 

12112024


https://youtu.be/KKdVlrharFI?si=qTCmRl7thtuhY8mW


Copy Paste Zusdin Kembali