ADAKAH HARAKAH BAKAL DILETAKKAN DI BAWAH UTUSAN?



Media mana yang melaporkan Tun Mahathir Mohamad akan kembali menyertai UMNO?

Utusan, Berita Harian, TV3 atau RTM?

Atau oleh portal yang dibayar dan dibiayai UMNO serta kerapkali sebelum ini menyiarkan berita-berita palsu?

Bukan...ia dilaporkan oleh Harakah, media rasmi milik parti Islam, Pas!

Apa...? Harakah...? 

Terkejutlah segala beruk, kera dan monyet di hutan mendengarnya kerana biasanya berita-berita seumpama itu hanya mainan akhbar yang tidak laku atau portal yang dibayar tunai saja.

Akhbar parti, lebih-lebih lagi milik sebuah parti Islam tentu saja akan menjauhi laporan sedemikian kerana ia tiada asas dan kebarangkalian sama-sekali untuk menjadi kenyataan berdasarkan tindakan-tindakan Tun Mahathir berlawan dengan Najib Razak sejak 2015 yang lalu yang begitu mudah untuk difahami.

Tetapi, kenapa Harakah menyiarkan laporan sedemikian?
Sejak bila akhbar parti Islam pandai membuat spekulasi sampah?

Itukah yang yang menjadi sebab mengapa Harakah semakin tidak laku kebelakangan ini, membuang ramai pekerjanya  dan menawarkan gaji bulanan hanya RM1000 sahaja kepada wartawannya?

Mungkinkah  juga ini petanda bahawa Harakah akan berada di bawan naungan Utusan atau Media Prima tidak lama lagi?

Gerrymandering mungkin boleh dikalahkan, bagaimana pula dengan ‘pengundi hantu’?






Gerrymandering adalah amalan di mana sempadan sesebuah kawasan pilihan raya dilukis bagi menjadikan kawasan itu didominasi sesuatu kaum atau segerombolan penyokong bagi memberi kelebihan kepada si pelukis sempadan.
Ini terbukti pada tahun apabila Perikatan yang kemudiannya Barisan Nasional (BN) mengukuhkan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1959, 1974, 1986, 1995 dan 2003 setelah persempadanan semula dilaksanakan setahun sebelum PRU dilangsungkan.
Menurut Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya di Institut Darul Ehsan baru-baru ini, persempadanan semula adalah ‘rahsia di sebalik kemenangan besar BN’.
Namun, dinamik baru politik negara seperti dialami saat ini memberi kesan terhadap langkah great design BN ini.
“Apa yang berlaku, design 2004 ternyata menjadi, tapi tidak bagi pilihan raya 2008,” kata Prof Redzuan.
Keputusan PRU tahun 2008 menjadi bukti kukuh bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya bukan lagi azimat kepada UMNO-BN untuk kekal di tampuk kuasa. Pemerintahan UMNO-BN boleh tumbang mudah dalam pilihan raya akan datang melalui kesedaran politik yang sedang rancak berlaku dari kota hingga ke desa.
Bagi bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman beranggapan persempadanan semula yang sedang dilakukan saat ini merupakan satu ‘tindakan bodoh’.
“Dia longgok Melayu 75%, 80% dia ingat Melayu bodoh sekarang. Melayu sudah dewasa, Melayu sudah cerdik, Melayu sudah tahu apa yang telah dilakukan,” tegasnya.
Pengundi hantu
Namun, apa yang menjadi kegusaran saat ini ialah mengenai lambakan ‘pengundi hantu’ yang muncul tiba-tiba dengan nama dan alamat yang meragukan sebagaimana yang dilaporkan media di seluruh negara.
Cerita pengundi hantu yang mendiami tanah-tanah lot kosong atau rumah tidak berpenghuni bukan dongeng. Ia benar-benar terjadi dan telah dibuktikan.
Terbaru, seramai 782 ‘pengundi hantu’ yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai berjaya dihalau’ dari kawasan itu setelah sesi pendengaran semula SPR dijalankan.
Tangan-tangan ghaib BN juga jelas wujud apabila sebahagian mereka juga didaftarkan di beberapa premis milik pemimpin MCA tempatan terdiri daripada pengundi berketurunan India dan Melayu.
Meskipun kes ini mencatatkan kejayaan kepada HARAPAN, bagaimana pula dengan kawasan lain yang turut dilanda gelombang pengundi meragukan ini?
Jika pada PRU13 kita dikejutkan dengan pengundi hantu dari kalangan warga asing, pada kali ini – hantu itu mungkin jiran sebelah rumah anda.
Jika ia tidak ditangani dengan baik, hantu-hantu ini akan terus beranak-pinak dan merampas segala kebahagian masa hadapan yang bakal kita kecapi – sebuah harapan dan kerajaan baru!
Maka, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang cintakan tanah air untuk membanteras segala ‘hantu’ dan ‘bapak hantu’ yang cuba merampas kedaulatan negara ini.

Lebih baik bincang isu rakyat daripada soal calon PM


Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu fokus merangka dasar serta tawaran yang ampuh bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang daripada menghabiskan masa berbincang mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.
Menyifatkan perbincangan itu sudah ‘meleret-leret’ sehingga ‘melebihi daripada apa yang perlu, pemimpin muda DAP berkata, ia juga mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar iaitu tentang salah guna kuasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN.
“Perbincangan lebih membina berkaitan isu-isu dasar serta kerangka tawaran yang lebih ampuh oleh HARAPAN bagi mendepani kebejatan ekonomi yang dilakukan BN seharusnya diberikan keutamaan,” ujar mereka dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu mengulas kritikan orang ramai termasuk aktivis politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan anak muda mengenai kemungkinan Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.
Menegaskan bahawa kepelbagaian pandangan perlu diraikan, pemimpin muda DAP bagaimanapun merasakan bahawa HARAPAN sudah tidak punya cukup masa untuk berbalah mengenai isu calon Perdana Menteri memandangkan PRU semakin hampir.
“Justeru itu, kami generasi muda dalam DAP ingin menzahirkan sikap serta pendirian kami untuk memberikan kepercayaan serta menyokong sepenuhnya apa juga keputusan pucuk pimpinan tertinggi DAP dan HARAPAN dalam menamakan calon Perdana Menteri.
“Asalkan ianya melalui proses perbincangan yang cukup matang dan masak dengan meletakkan agenda reformasi serta membela nasib rakyat di hadapan, kami akur dan akan berkerja ke arah menjayakannya,” kata mereka.
Mereka juga menyeru agar semua pihak menghalakan semula kompas perjuangan bagi membawa harapan rakyat yang mahu melihat Malaysia diselamatkan daripada pentadbiran buruk BN di bawah pimpinan Najib Razak.
“Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa muafakat Pakatan Harapan sebagai alat kepada rakyat untuk menumbangkan rejim BN menerusi pilihan raya ke-14 ini mestilah diperkukuhkan,” ujar mereka.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh:
1. Sheikh Omar Ali – Penolong setiausaha Publisiti DAP Johor
2. Mahdzir Ibrahim – Pengarah Pendidikan Politik Dap Johor
3. Normiswary – Pengerusi Dap Subang Jaya
4. Young Syefura Othman – Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan
5. Muhammad Shakir Ameer – Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan
6. Dyana Sofya – AJK DAPSY Kebangsaan
7. Syerleena Abdul Rashid – Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan
8. Mugheelan Sellathoray – Setiausaha DAPSY Klang
9. Lim Yi Wei – Naib Pengerusi DAPSY Petaling Jaya Utara / Setiausaha DAP Taman Mayang
10.Farhan Haziq bin Mohamed, Timbalan Pengerusi DAPSY Subang
11. Shukri bin Mokhtar –
Setiausaha Eksekutif Publisiti DAPSY Kebangsaan
12.Ahmad Irfan bin Hani -DAPSY Subang
13. Dr Kelvin Yii – Setiausaha DAPSY Sarawak
14. Edry Faizal – Pengerusi DAPSY Subang
15. Raja Ahmad Iskandar Fareez – Penolong Bendahari DAPSY Kebangsaan
16. Keristinah Philip – Bendahari Wanita DAP Johor

Hampir 800 ‘pengundi hantu’ DUN Nilai berjaya dihalau




Hampir 800 ‘pengundi hantu’ gagal ditempatkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai dan Parlimen Seremban apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 782 nama yang didaftarkan dari senarai pengundi kawasan berkenaan.
ADUN Nilai, Arul Kumar Jambunathan berkata kesemua 787 individu yang didaftarkan tersebut tidak hadir dalam sesi pendengaran yang dijalankan oleh SPR.
Dedahnya, nama-nama meragukan tersebut telah pun dikenalpasti didaftarkan sejak bulan Oktober, November dan Disember 2016 yang dibuat menggunakan alamat yang tidak diduduki oleh mereka.
Lebih mengejutkan, kebanyakan alamat yang digunakan untuk mendaftarkan ‘pengundi hantu’ tersebut beralamatkan alamat rumah pemimpin-pemimpin MCA tempatan.
“MCA adalah sebuah parti yang mengkhianati pengundi-pengundi DUN Nilai dan Parlimen Seremban kerana tindakan pendaftaran pengundi boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya jika bantahan tidak dilakukan atau diterima oleh SPR.
“Nasihat saya kepada MCA adalah jangan setiap kali menggunakan jalan dan cara pintu belakang dan menipu untuk menang dalam pilihanraya!” katanya dalam status Facebook beliau.
Roketkini sebelum ini melaporkan, selain ditempatkan di premis dan rumah pemimpin MCA, sebahagian ‘pengundi hantu’ itu juga didaftarkan di tanah lot kosong dan rumah-rumah tidak berpenghuni.
Setakat ini, sebanyak 782 ‘pengundi hantu’ telah dikenalpasti dan ‘dihalau’ dari DUN Nilai manakala keseluruhan Parlimen Seremban pula mencatatkan jumlah 1,047 senarai nama meragukan. 

TIGA PENJURU: PAS KALAH TERUK PRU 14 DI TERENGGANU?

PH MESTI TUNJUK DNA BERBEZA DENGAN BN