KES COVID19 TERUS MENINGKAT, INI SURAT TERBUKA UNTUK ELIT BERKUASA

 

Berita Antarabangsa CNN tengahari ini menyatakan Parlimen United Kingdom akan menyiasat Kerajaan United Kingdom pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson dalam hal bagaimana Kerajaan UK itu menangani Pandemik Covid-19.

Ini adalah satu contoh proses semak dan imbang antara badang perundangan Parlimen dengan badan kerajaan yang dipanggil Eksekutif.

Ini juga satu contoh prinsip pengasingan kuasa antara Parlimen dengan Eksekutif.

Ini juga amalan yang dipakai dalam sistem demokrasi berparlimen.

Parlimen United Kingdom yang telah berusia 800 tahun itu bukanlah satu contoh ideal, unggul dan sempurna.Banyak kekurangan dan kelemahannya juga.

Walaubagaimana pun, hakikatnya Parlimen Malaysia menggunapakai dan mengamalkan sistem demokrasi parlimen corak dan bentuk Parlimen United Kingdom itu.

Bezanya, Kerajaan United Kingdom pimpinan PM Boris Johnson mempunyai keabsahan atau legitimasi. Manakala Kerajaan PM Mayuddin Yassin di Malaysia tidak ada keabsahan atau legitimasi.

Kerajaan Konservatif di United Kingdom sekarang memiliki majoriti yang lebih dari cukup di Parlimen.Manakala Kerajaan Perikatan Nasional di Malaysia tidak ada majoriti dan takut menghadapi Undi percaya atau undi tidak percaya di Parlimen.

Kerajaan United Kingdom tidak mengisytiharkan Darurat untuk menangani Pandemik Covid-19. Mereka mengutamakan program vaksinasi yang segera, dan meluas di seluruh negara mereka. Manakala di Malaysia Darurat diisytiharkan tetapi krisis Covid-19 semakin teruk dan jumlah kematian semakin bertambah.Program vaksinasi di Malaysia antara yang paling lembab dan perlahan di Asia Tenggara sehingga meresahkan rakyat.

United Kingdom sama ada sistem monarkinya di Buckingham Palace, institusi parlimennya di Westminster dan Kerajaan kolonialnya yang berpusat di No.10 Downing Street semuanya mempunyai dosa menjajah wilayah dan umat manusia hampir separuh planet bumi pada satu ketika dulu termasuk tanahair kita, Malaysia.

Hakikat itu kita tidak pernah lupa dan tidak pernah kita maafkan.

Namun dalam segala yang buruk dan menjengkelkan itu masih ada yang positif dan yang waras lahir dari United Kingdom iaitu PM Boris Johnson dan Queen Elizebeth II tidak mengisytiharkan Darurat di UK dan tidak menggantung Parlimen UK.

Dalam krisis Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia, saya Hassan Abdul Karim meminta supaya Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara mengeluarkan satu dekri supaya Parlimen segera dibuka dan Darurat ditamatkan.

Sebagai seorang ahli parlimen yang menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan, saya telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Saya telah memohon melalui Judicial Review atau Semakan Kehakiman supaya Darurat segera ditamatkan dan Parlimen dibuka.

Malangnya permohonan saya itu telah ditolak oleh Mahkamah. Saya telah membuat rayuan seterusnya di Mahkamah Rayuan Malaysia.

Saya bimbang rayuan saya itu akhirnya menjadi akademik semata-mata. Saya sudah tidak sanggup menutup mata, memekakkan telinga dan mengunci mulut ketika setiap hari semakin ramai rakyat mati kerana Covid-19.

Angka jangkitan positif sudah melebihi setengah juta, tetapi peratusan rakyat menerima suntikan vaksin terlalu sedikit.Krisis kesihatan awam sekarang di Malaysia menghampiri keadaan malapetaka.

Saya percaya tugas dan tanggungjawab ahli parlimen sebagai wakil rakyat ialah bersuara untuk rakyat.Maka inilah yang saya lakukan.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Golongan Elit yang berkuasa sekarang.Sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

26 Mei 2021 (Rabu).

BYE..BYE..TAJUDIN.....BEBAN BUAT PN...

 


Image

KAU LOYAR BUROK LAGI- HAAA..TEPUK...DARI KERAJAAN KENA BEDAL,BAIK KAU DIBUANG.Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

 

Hasimi Muhamad
Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.
"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat tersebut, hari ini.
Sementara itu, pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika dihubungi Astro AWANI turut mengesahkan surat berkenaan.
Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.
Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

GAGAL LAGI. PENDAFTARAN FASA 2 VAKSIN TIDAK CUKUP BILA DISERBU JUTAAN PENGGUNA

 

Fail! Pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca jem bila diserbu jutaan pengguna

Pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca yang dibuka pada pukul 12.15 tadi kelam-kabut apabila ia diserbu oleh jutaan pengguna dari empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mendapati, ramai mengadu bahawa mereka gagal menekan butang daftar bagi vaksin AstraZeneca tersebut.

Laman web pendaftaram vaksin yang cuba diakses oleh orang ramai.

Ada juga yang mengatakan mereka dihalang daripada memasuki laman web berkenaan.

Seorang pengguna, Sarah Shaharom berkata: “Hi. Kenapa saya kena halang ya? Saya hanya tekan butang refresh?”

Masalah sama turut dihadapi dan disuarakan oleh pengguna bernama Nazmi menerusi ciapannya: “Sampai hati tak nak bagi saya ambil vaksin.”

Ada juga pengguna, Zue Isa yang gagal meneruskan langkah pendaftaran apabila tidak dapat menekan butang pilihan negeri ditawarkan.

“Sudah beberapa minit saya cuba tetapi butang itu masih gagal ditekan. Bagaimana mahu daftar kalau macam ini?” ciapnya.

Antara ciapan dimuat naik orang ramai

Masalah sama turut disuarakan Jy yang berkata: “Oi, dah boleh, tapi negeri tak boleh klik? Apa ni?”

Ada juga pengguna yang berkongsi videonya menekan butang ‘Mohon Sekarang’ berulang kali namun masih gagal meneruskan pendaftaran.

Turut dikongsi pengguna adalah video dirinya gagal mendaftar apabila butang ‘Hantar’ ditekannya tidak memberikan maklum balas.

Lima negeri terlibat dalam pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Netizen dengan bangga dakwa dapat kesan Sajat di Johor Bahru, sekali polis buat spot check, ini yang jumpa

 


Panas! Netizen dengan bangga dakwa dapat kesan Sajat di Johor Bahru, sekali polis buat spot check, ini yang jumpa

Usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikatakan berada di bandar raya ini.

Kelmarin, Nur Sajat yang dibu.ru p0lis didakwa kini berada di bandar raya ini berdasarkan gambar yang dikongsikan dia di laman Instagram pada Sabtu lalu yang memaparkan lokasinya berada iaitu di pusat komersial Bandar Baru Uda, di sini.

Ia berdasarkan gambar yang dikongsikannya di laman Instagram pada Sabtu yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di sini.

Keberadaan Nur Sajat di Johor Bahru turut menjadi tular dalam Facebook.

Seorang netizen mendakwa, usahawan kontroversi itu dipercayai menetap di salah sebuah kondominium mewah di bandar raya ini bersama pekerjanya.

Menurut netizen tersebut, ia hasil pemerhatian terhadap latar belakang video Tik Tok Nur Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berkenaan.

MUHAMMAD Sajjad Kamaruzzaman memuat naik gambar di Instagram miliknya yang didakwa berada di Bandar Baru Uda di Johor Bahru, Johor.

Muhammad Sajjad tiada di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan dakwaan usahawan kosmetik yang menjadi bur.uan pihak berkuasa, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali Nur Sajat berada di daerah ini setelah ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jen4yah negeri, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, ia selepas polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis di pusat perniagaan di Bandar Baru Uda serta di kondominium mewah di Danga Bay, di sini semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat pihak polis mendapati tidak ada kelibat Nur Sajat di lokasi yang dikatakan. Saya harap netizen jangan layan sangat isu seperti ini. Polis banyak lagi kerja lain yang lebih penting berbanding isu Sajat ini, lebih-lebih lagi ketika berdepan isu C0vd-19.

“Kalau betul-betul nampak depan mata, barulah maklumkan kepada pihak polis. Jika tidak, tak perlulah membuat cerita yang akhirnya membuang masa p0lis untuk menyi4sat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Nur Sajat dipercayai berada di luar negara.

Ia berdasarkan maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan.

Nur Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Manusia Bertopengkan Sy4itan

Dalam pada itu Usahawan kosmetik sensasi yang masih hilang jejak, Nur Sajat terus memuat naik kenyataan kontroversi menerusi Instagramnya.

Terbaharu, Nur Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menyifatkan kebanyakan manusia bersifat munafik.

“Biarlah tiada agama daripada ada agama, rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertopengkan syaitan,” tulisnya melalui InstaStory.

ANTARA luahan Sajat dalam Instagramnya.

Tulis Sajat juga, orang cerdik agama yang membuatkan dirinya menjauhi dari agama Islam.

“Orang agama yang minta sangat aku jauh dari agama Islam. Lagi aku pertahankan, lagi mereka buli aku. Orang-orang acah alim, semua sibuk maki, hina, herdik dan beri sindirian yang menghina.

“Aku dengan cara aku dan aku tak percaya mana-mana dah. Bagi aku semua itu karut,” ujarnya.

Untuk rekod, sudah Sajat sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sehingga kini, usahawan itu masih belum berjaya dijejaki sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara

Sumber: hmetro, utusan




Panas! Nazri bidas Zahid, enta yang salah jika rakyat marah dengan UMNO

 


Panas! Nazri bidas Zahid, enta yang salah jika rakyat marah dengan UMNO

Dua orang pemimpin Umno berkata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab ke atas kemarahan yang meningkat terhadap ahli parti itu yang menganggotai Jemaah Menteri pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan seorang lagi pemimpin parti itu berkata ini kerana Zahid tidak mengarahkan ahli parti dalam Jemaah Menteri untuk meninggalkan kerajaan yang kini berdepan kritikan hebat terhadap caranya mengendalikan krisis Covid-19 dan ekonomi.

Zahid sebelum ini cuba mempertahankan Umno, dengan berkata parti itu tidak sepatutnya dipersalahkan atau dikaitkan dengan kegagalan kerajaan, kerana ia tidak terlibat dalam keputusan berkaitan mana-mana dasar negara.

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan orang Umno sepatutnya dipersalahkan dalam situasi Covid-19 yang semakin memburuk, program vaksinasi yang perlahan, dan sekatan yang tidak dirancang dengan sempurna.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin adalah semua ahli Umno.

Nazri memberitahu FMT, beliau tidak bersetuju menteri dari Umno tidak patut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan kerana keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif.

Bagaimanapun, kata beliau, rakyat tidak boleh dipersalahkan menuduh Umno dan menteri-menterinya, kerana bukan semua orang tahu bagaimana keputusan kerajaan dibuat.

“Jika ada sesiapa yang boleh dipersalahkan, orangnya adalah Zahid. Beliau tidak boleh salahkan rakyat marah dengan menteri Umno kerana beliau sendiri tidak mengarahkan (menteri-menteri berkenaan) keluar daripada Jemaah Menteri.”

Pada perhimpunan agung Umno Mac lau, Zahdi diberi mandat untuk memutuskan sama ada parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

“Ini termasuk mengarahkan menteri-menteri Umno keluar daripada kerajaan.

“Kegagalan beliau berbuat demikian menunjukkan kepemimpinannya yang lemah dan pengecut,” kata Nazri.

Beliau berkata, inilah sebabnya Umno perlu mengadakan pemilihan parti secepat mungkin kerana parti itu tidak lagi mampu diterajui “kepimpinan seperti itu”.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin tertinggi Umno. yang tidak mahu dinamakan, berkata, beliau risau kemarahan yang meningkat terhadap kerajaan akan memberi impak kepada parti.

“Zahid mesti berani dan arahkan mereka berhenti (daripada kerajaan). Mungkin beliau takut menteri-menteri Umno tidak akan dengar cakapnya, dan ini akan lebih menunjukkan kelemahan beliau,” kata pemimpin yang tidak ingin dinamakan itu.

“Namun, (ini bermaksud) Umno yang akan menanggung akibat kelemahan kepemimpinannya. Jika rakyat marah dengan kerajaan, kita akan turut terkait.

Katanya, parti itu memerlukan kepimpinan yang lebih tegas sekiranya mahu menang pada pilihan raya akan datang.

“Kita tidak boleh, dan tidak patut tunda pemilihan parti. Keadaan akan jadi lebih buruk kalau kita terus begini.

“Rakyat akhirnya akan membenci kita,” katanya. 

VIDEO : KE MANA PERGINYA 66.7 JUTA DOS VAKSIN COVID-19?




"Ia juga sebagai usaha menggerakkan sektor ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan," menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, dipetik Bernama. Jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang Dr Sallehuddin Ishak menegaskan inisiatif itu juga hanya dibuat selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh kerajaan Persekutuan selesai menerima vaksin mereka.









VIDEO ADAKAH JUDI SEBAGAI SUMBER UTAMA NEGARA?


"Orang ramai juga diingatkan supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja bagi memastikan perkhidmatan diperolehi adalah terbaik dan selamat. "Pada masa ini Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik syarikat berkenaan digantung buat sementara bermula 4 Mei 2021 sehingga dimaklumkan kela




VIDEO : KES COVID-19 SELANGOR, APA YANG ANDA PERLU TAHU



Menyeru Kerajaan Persekutuan mempertingkatkan jumlah penerima vaksin sepantas mungkin di Selangor, memandang kes harian yang tinggi. Kadar vaksinasi di Selangor wajar dipertingkatkan. Menggunapakai sepenuhnya aplikasi digital dalam mengesan dan memantau pesakit dalam kuarantin, termasuk di dalam 'Low Risk COVID Assessment Centre (CAC)'.

VIDEO PARODI | Sidang Media perang-sarana - if you know! If you know By Dougl...

Tajuddin Rahman, letak jawatan; reformasi pelantikan GLC segera!


Tajuddin Rahman

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak agar pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tajuddin Rahman, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak meletak jawatan dengan segera berikutan sikap beliau yang tidak profesional dan kompeten dalam menangani kemalangan LRT Kelana Jaya baru-baru ini.

Sikap beliau yang tidak semenggah dan profesional menunjukkan bahawa pelantikan ahli politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan akan menatijahkan kesan yang serius terutamanya apabila ahli politik yang dilantik tidak mempunyai kelayakan sama sekali untuk menerajui badan yang penting seperti Prasarana.

Sidang media yang dikendalikan oleh beliau jelas menunjukkan beliau tidak ada idea yang kukuh untuk membela mangsa yang terlibat, malah seperti memandang enteng kemalangan yang melibatkan 213 orang penumpang di mana seramai 47 penumpang cedera parah dan 166 lagi cedera ringan.

Adakah masuk akal negara perlu membazirkan jutaan ringgit hanya untuk menjaga ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar sesetengah pihak terus memegang tampuk kekuasaan? Sangat terang lagi bersuluh bahawa lantikan politik sebegini tidak memberi keuntungan kepada rakyat dan perkara ini perlu diubah dengan segera.

Justeru, Bersih 2.0 menggesa agar suatu siasatan bebas dilakukan segera untuk menyiasat punca kemalangan dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan. Pampasan dengan jumlah yang wajar juga perlu diberikan kepada semua mangsa terutamanya mereka yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Bersih 2.0 juga mengajak semua rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan persekutuan agar segera menggubal akta syarikat berkaitan kerajaan supaya ahli politik terutamanya wakil rakyat tidak lagi dilantik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan sebagai habuan sokongan kepada kerajaan.

Kita boleh memulakan usaha mulia untuk mendesak agar Tajuddin Rahman meletakkan jawatan sebagai pengerusi Prasaran dengan segera dengan menandatangani petisyen di https://www.change.org/p/prasarana-letakjawatantajuddin

Bersih 2.0 telah melancarkan satu laporan kajian untuk mereformasikan proses pelantikan pengarah atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan badan berkanun yang komersial.

Akta syarikat berkaitan kerajaan ini penting bagi memastikan calon yang benar-benar berkelayakan secara profesional serta berintegriti dipilih dan dilantik melalui proses yang telus, adil dan berakauntabiliti. Laporan tersebut boleh dimuat turun di pautan ini. – Bersih 2.0

Gerhana: Fenomena 'bulan berdarah' bermula petang ini

 

Astro Awani
Gerhana: Fenomena 'bulan berdarah' bermula petang ini
Gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit. - Foto Agensi Angkasa Malaysia
KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh atau 'bulan berdarah' dijangka dapat disaksikan bermula sekitar jam 4.47 petang ini dan berakhir kira-kira jam 9.50 malam.
Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia mencapai fasa gerhana separa manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.
Menerusi laman webnya, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh.
Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).
Ia berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.
Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.
Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih bersinar kepada kemerahan. Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar.
Kemudahan teleskop di Planetarium Negara tidak dibuka susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun orang ramai boleh menyaksikan penstriman langsung di akaun media sosial Facebook dan YouTube Planetarium Negara.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, arahan Nabi Muhammad ialah, apabila melihat gerhana maka disunatkan untuk melakukan beberapa perkara.
Antaranya termasuk menunaikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat khusuf), berzikir mengingati Allah, berdoa dan beristighfar memohon keampunan Allah.

SAMPAI BILA

 

DANIEL ZAIRIN


But we cannot do anything la. Istana so sayang with #KerajaanGagal

Tak tahu la sampai bila TDPA  nak terus lindungi kerajaan yang dah terbukti gagal ni. Kita nak cakap lebih-lebuh  pun x boleh. Nanti kena charge derhaka.

So pendam je la dalam hati tunggu pru 15. Tak tahu la kalau ada rancangan nak sambung darurat sampai khiamat.

 

May be an image of 4 people and text that says "Only Anwar Ibrahim Can Bring Sanity Back Το Malaysia The Rakyat voted for Pakatan Harapan with the hope that Anwar Ibrahim would ead the country!!! The Rakyat didn't vote for this fool to be Prime Minister"


'Kerja kerajaan bukan berharap tetapi harus memberi harapan kepada rakyat' - Anwar



POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu gunakan data dan sains data bagi mengoptimumkan keberhasilan program vaksinasi Covid 19 kebangsaan.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Strategi Pasca Covid-19 (PSPC19) yang dilaksanakan oleh sekumpulan pakar di bawah pejabat beliau merupakan sebuah inisiatif untuk mengajak semua pihak berkepentingan bekerjasama dan berkongsi, serta memanfaatkan data serta kepakaran bagi membawa negara dan rakyat keluar dari pandemik Covid-19 secara tuntas.

"Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang wabak Covid-19 melalui program-program temubual, perkongsian maklumat dan data

"Ia melibatkan para pemegang taruh, pihak berkuasa dan juga pakar dari Malaysia dan dari mana-mana negara untuk mencari formula terbaik untuk membendung Covid-19

"Juga membangunkan suatu sistem yang mampu mengumpul, menapis, menganalisa serta berkongsi data dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk penyelidikan, analisa serta membantu dalam merangka kebijakan," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kesal dengan sikap kerajaan PN yang tidak mencari solusi bersesuaian mengekang wabak Covid 19 yang menyerang Malaysia sejak setahun lalu.

"Saya merasakan tahap kesabaran rakyat sudah di tahap maksimum dan mereka kecewa melihat kepada kebijakan pemerintah terkait pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.

"Kerja kerajaan bukan berharap, tetapi harus memberi harapan kepada rakyat. Apa yang kita lihat hari ini sangat bercelaru.

"Melihat ke depan, kita perlukan lebih banyak kerjasama dan juga sikap keterbukaan. PSPC19 akan menyumbang ke arah ini, dengan jaminan kepada beberapa prinsip, yakni inklusif, kolaboratif, serta pendekatan yang mampu menyelesaikan permasalahan," katanya.

Perkara yang penting, kata Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, pasukannya akan menggunakan data dan sains data dalam mengesyorkan jalan menambahbaik strategi vaksinasi, mendukung warga yang terkesan teruk dengan langkah PKP dan juga meningkatkan Intervensi Bukan Farmasi (NPI) dengan matlamat melindungi rakyat serta membuka kembali sektor ekonomi dengan selamat.

 

AMK sediakan bantuan guaman mangsa kemalangan LRT

 


POSTED BY AMIR WRLR


Mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kelmarin perlu memahami hak-hak mereka dan mendapat pembelaan undang-undang yang sewajarnya.

Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Chiew Choon Man bersama Exco Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Gavin Way, mangsa kemalangan boleh mendapatkan nasihat perundangan percuma dari pada AMK berhubung kejadian tersebut.

"Biro Guaman dan Undang-undang AMK Malaysia dengan kerjasama sekumpulan peguam bertauliah amat berbesar hati untuk menawarkan khidmat nasihat guaman kepada semua mangsa terbabit, sekiranya mereka ingin memahami hak individu masing-masing secara lebih lanjut di bawah undang-undang sedia ada," kata mereka.

Difahamkan, pampasan segera bernilai RM1,000 disediakan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kepada 213 mangsa terbabit selain syarikat berkaitan kerajaan itu juga akan menanggung bayaran kos perubatan mangsa yang dirawat di hospital.

Justeru, AMK menurut kenyataan itu lagi, turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada semua mangsa yang terbabit.

"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga perubatan di Hospital Kuala Lumpur atas rawatan rapi yang diberi kepada semua penumpang selepas kemalangan.

"Kami menuntut agar laporan yang teliti mengenai kemalangan ini dapat diumumkan secepat mungkin oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meyakinkan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam Malaysia," kata mereka lagi.

Vaksin kurang dos: Aktifkan jawatankuasa Parlimen lakukan siasatan

 



POSTED BY AMIR WRLR


Kejadian beberapa penerima vaksin AstraZeneca mengadu disuntik dengan dos berkurangan sewajarrnya disiasat oleh satu jawatankuasa bebas dan boleh melapor ke Parlimen.


Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini untuk melakukan siasatan peringkat kementerian adalah tidak mencukupi.


"Parlimen khususnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu memastikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh berfungsi semula serta merta walaupun Parlimen belum bersidang.


"YB Menteri Kesihatan serta semua yang terlibat di dalam kontroversi pemberian vaksin AstraZeneca pada dos kurang dari yang sepatutnya wajib dipanggil untuk memberi penjelasan.


"Adalah tidak memadai sekiranya hanya siasatan dalaman dilakukan. Siasatan tersebut mesti bersifat bebas dengan pakar-pakar dari luar serta rentas parti perlu dipanggil untuk memastikan tidak berlaku sebarang perkara mengelak pertanggungjawaban.


"Jika tidak pun, sebaiknya siasatan tidak dilakukan dengan melibatkan mereka yang terlibat secara terus dalam program pemberian vaksin AstraZeneca," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab dalam siastan yang bakal dijalankan iaitu: Berapakah jumlah penerima vaksin yang telah terkesan akibat pemberian dos yang kurang?; Berapakah jumlah penyuntik yang telah memberi dos AstraZeneca yang salah?; Mengapakah penyuntik-penyuntik tersebut memberikan dos AstraZeneca yang salah?


Juga pertanyaan, Apakah yang telah dan akan dilakukan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengenalpasti serta menghubungi semua penerima vaksin yang telah diberi dos salah?; Berapa ramai yang telah diberi dos tambahan untuk melengkapkan dos sebenar?; Siapa yang akan dipertanggungjawab di atas kontroversi ini dan mengapa sehingga kini tiada permohonan maaf dari mana-mana pihak, terutama Menteri Kesihatan kepada semua penerima vaksin AstraZeneca yang telah diberi dos salah?

"Laporan siasatan ini perlu diumumkan agar rakyat Malaysia terutama pembayar cukai, yang membolehkan pembelian serta pemberian vaksin ini berlaku dapat memahami apa yang telah terjadi serta cara terbaik untuk mengelak ianya dari berulang," kata Fahmi lagi.


Panas! Che Ibrahim gesa kerajaan PAS Kelantan beli vaksin guna duit RM400 juta

 


Panas! Che Ibrahim gesa kerajaan PAS Kelantan beli vaksin guna duit RM400 juta

AMANAH Kelantan hari ini mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar memanfaatkan wang one off yang diterima sebanyak RM400 juta dahulu untuk diguna bagi tujuan pembelian vaksin Covid 19.

Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed, kadar jangkitan Covid-19 di Kelantan terus mencatatkan peningkatan dengan angka yang semakin menggerunkan, malangnya proses suntikan vaksin di negeri ini masih lagi rendah.

“Semakan kita di laman web JKJAV untuk Kelantan hari ini menunjukkan hampir 360 ribu sudah mendaftar, tetapi yang baru disuntik vaksin hanya lebih kurang 73 ribu atau 6 peratus dari jumlah yang mendaftar”.

“Jadi selain dari kempen daftar untuk vaksinasi, Kerajaan Pas Kelantan juga mesti ada inisiatif untuk bantu ringankan beban Kerajaan Persekutuan melalui pembelian tambahan vaksin ini untuk diagih kepada rakyat”, kata beliau yang juga Ketua AMANAH Kawasan Ketereh.

Katanya, sebelum ini Pengerusi AMANAH Kelantan turut mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya mengguna duit RM 400 juta itu untuk pakej bantuan dan sumbangan kepada rakyat, tapi pihak kerajaan negeri masih diam tanpa sebarang maklum balas

“Kali ini, kita minta supaya Kerajaan Pas Kelantan realisasikan slogan Membangun Bersama Islam dengan beli vaksin guna duit RM 400 juta itu untuk kebajkan dan kesejahteraan rakyat kita.

“Adakah para pimpinan Kerajaan Pas Kelantan sudah pekak telinga buta mata tak lihat situasi Covid 19 di negeri kita sudah semakin parah, rakyat hidup semakin susah, tapi ada duit RM 400 juta yang diberi percuma, masih tak mahu guna untuk rakyat?”, bidas beliau kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Setakat hari Ahad, Kelantan menunjukkan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid 19 dan beberapa daerah serta kampung di negeri ini sudah dikenakan PKPD.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Pas Kelantan masih diam membisu tanpa sebarang pengumuman sama ada untuk menyalurkan pemberian bantuan kewangan kepada rakyat, atau membuat pembelian tambahan vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinisasi kepada rakyat.

Sehingga kini, Kerajaan Pas Kelantan masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung status terkini wang one off RM 400 juta yang diterima dahulu, sama ada sudah digunakan, atau masih tersimpan dalam perbendaharaan negeri, walaupun kes Covid 19 semakin parah dan rakyat negeri ini sudah semakin hidup susah akibat perlaksanaan PKP yang berlarutan.

Kerajaan Pas Kelantan memberitahu bahawa mereka telah menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember lalu sebelum wang dimasukkan pada 25 Disember 2019.