KERAJAAN KATAK
BOB KELANANG
Kerajaan PN yang memerintah la nih bukan sahaja sekadar Kerajaan
Katak... tapi segala jenis jenayah DAN maksiat ader dalamnya... Ini realiti...
Penjenayah rogol pun ader, penjenayah pedophilia pun ader,
penjenayah seksual pun ader, penjenayah rasuah itu paling ramai... DAN
macam-macam lagi penjenayah...
KOH KOH KOH… skang depa tengah kumpul seberapa banyak yang
ader...
Sebab apa... sebab ader pendalil... sebab ader lobai yang akan
bersih cucikan semua penjenayah nih...
ALA… lobai pon bukan bersih sangat lar... https://m.malaysiakini.com/news/566422
KOH KOH KOH… tunggu masa jer akan terdedah...
KOH KOH KOH…
Aper pun.... Ini bukan berita palsu...
KOH KOH KOH… ini berita realiti...
KOH KOH KOH… jilaker!!
WISDOM DSAI mendekati pembaca Utusan Malaysia
Meskipun Media Mulia Sdn Bhd sudah ambil alih dan UMNO tiada
lagi cengkaman ke atas UM, ia tetap sebuah akhbar yg sentimental bagi org
Melayu. Ramai yg ternanti-nanti kemunculan semulanya satu ketika dulu.
Dibaca ramai Melayu atas pagar dan juga yg totok, yg dulunya
menolak DSAI. Soal mereka yakin, percaya atau tidak, tolak tepi dulu.
"Pintu" harus mula dibuka.
Ia adalah gelombang yg harus dibina dalam keadaan masing-masing
sudah tersangat rimas dengan tekanan demi tekanan ekonomi dan kos sara hidup di
bawah kerajaan sediada.
Apapun...yang takut akan kerjasama PKR-UMNO tak akan tidur
lena...Org Tua "TERTENTU" akan panas hati. Yg jenis rit dan khianat
khabarnya dah merayu pada UMNO utk runding 13 kerusi yg dianggap punca
pertikaian dan sengketa.
Begitu juga yang acah-acah berprinsip, nak ikut ke nak lawan?
Ada yg keras dan menyanggah. Tapi ada yg dulu acah2 berprinsip tetiba mula
lunak dan sedia pertimbangkan kerjasama dengan UMNO.
Masing-masing dah menggelabah, gelisah menunggu apa yang akan
berlaku seterusnya. Apakah mereka akan tertinggal "bahtera jajaran
baru" yg terus belayar?
Wallahualam.
- Zus Din
15 March 2021
************************
Katanya, matlamat kerjasama itu adalah untuk membentuk KERAJAAN
BAHARU yang mana DASAR EKONOMInya mengutamakan RAKYAT JELATA, selain
menyelamatkan NEGARA dari kebobrokan yang ada sekarang.
"Kita memberikan ruang dan kita lihat beberapa kenyataan
pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA dan
MENOLAK kerajaan Perikatan Nasional (PN) yg TAK SAH ini".
"Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya PRO RAKYAT,
itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti),"
katanya.
Tanpa menyebut nama, Anwar berkata, BEBERAPA PERTEMUAN dengan
PIMPINAN UMNO telah dibuat dan hasilnya POSITIF.
Hal ini, katanya, susulan PERSEFAHAMAN antara KEDUA-DUA PARTI
yang BERJAYA dibentuk, malah beliau MEYAKINI IDEALISME dibawa UMNO.
"PERBINCANGAN ADA, perbincangan tidak rasmi dengan pimpinan
parti, dan ia hanya prbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini apa yang
saya dapat kesan? Ia satu yg POSITIF. Sebab kita lebih FAHAM mereka (UMNO), dan
mereka lebih FAHAM kita".
"Maka kalau kemungkinan KERJASAMA kita, yang kita lakukan
dengan Amanah dan DAP, dan KINI DENGAN UMNO yang SEHALUAN ini, kalau mereka (UMNO)
terima landasan ini, ia landasan berteraskan IDEALISME".
"Saya berpuluh tahun dengan UMNO sebab apa? Sebab saya
YAKIN dengan IDEALISME itu. Jadi kalau idealisme itu dijadikan landasan, saya
tak fikir ada masalah," katanya.
- Petikan Laporan Wawancara Mingguan Malaysia (14/03/2021)
PENYOKONG PH PRO DSAI DAN PKR PERLU FAHAM NARATIF SEBENAR.
#PERLU DIJAWAP
SEBAB MEREKA SEDANG SELEWENGKAN FAKTA.
*KRONOLOGI BAGAIMANA SERANGAN PANtuk TERHADAP DSAI DAN PKR
BERMULA SEJAK JUNE & AWAL JULY 2020*
1) MESKIPUN DIAJAK KEMBALI KE MUAFAKAT SEJAK JUNE 2020, PANtuk
TIDAK PEDULI DAN TERUS MENUNJUKKAN KECENDERUNGAN TERHADAP SAKATua dan MULA
ATTACK DSAI.
2) Pada 08 July 2020 PANtuk dari PAN Kedah terus menulis dan
menghentam DSAI. Penyokong PH pro DSAI termasuk saya masih merayu supaya
hentikan serangan ini tapi tidak diendahkan.
3) Pada November 2020 saya CUBA STANDOWN tapi dengan perangai
PANtuk yg tak reti nak hentikan penghinaan pada Pengerusi PH dan tidak lsg
peduli tentang semangat muafakat PH maka perbalahan penyokong PH pro DSAI dgn
PANtuk Namgoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 TELAH TIBA KE "POINT OF NO
RETURN..!!"
4) Macam yang berkali-kali saya dah tulis : "TRUST IS TO BE
EARNED, NOT GIVEN..!!". Saya tidak lagi mempercayai PANtuk Nangoi Kartel
Oren Masam meskipun ada yg 20 thn pernah menjadi sahabat saya sejak mereka
dalam PA$.
5) Kini selepas PANtuk LUNYAI diserang oleh penyokong DSAI dan
PKR yg lebih ramai, si PANtuk Abdul Manaf Shafiei kata sejak 23 September 2020
"PKR" buat kerja sia-sia serang PAN? Siapa yg buat kerja sia-sia
sebenarnya? MENYERANG PENGERUSI PH adalah kerja sia-sia atau MEMPERTAHANKAN
Pengerusi PH kerja yg sia-sia? tak boleh beza ke?
6) Siapa yg MULAKAN PROVOKASI? JOLOK SARANG TEBUAN?? Anda harus
faham, mereka yg mulakan tapi mereka nak tuduh penyokong-penyokong DSAI.
Hati-hati. Simpan SCREENSHOTS YG TELAH SAYA SUSUN BAIK-BAIK. Ini jawapan kepada
TEMBERANG mereka. Pemuka NARATIF CELAKA...!! Berhentilah MENIPU. Jangan jadi
MUNAFIK dalam PH.
7) PERNAH anda tengok AMK atau Ahli PKR yang berjawatan dalam
parti menyerang PANtuk dan PAN? Mereka tidak buat kerja bodoh dan sia-sia. tapi
kita boleh tengok dan ada BUKTI SS ramai PANtuk yg jadi ahli PAN yg berjawatan
di peringkat Kawasan, Negeri malah Nasional yg menyerang DSAI dan PKR sehingga
ke hari ini. Semua itu direkodkan dan pimpinan PKR tahu sape yg khianat dan
menyerang kawan.
8) ANDA RASA kita buat kerja sia-sia membalun sampai lunyai sbb
MEMBALAS SERANGAN PANtuk Nagoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 atau
MEREKA YG SEBENARNYA BUAT KERJA SIA-SIA MENYERANG DSAI PENGERUSI PH dan PKR??
Wallahualam.
- Zus Din
15 March 2021
Politik | Akar umbi PKR sokong Izzah dan Rafizi kembali aktif
VIDEO ; Azmin politikus ‘terjahat’, Xavier elak media, 'Durjana politik' semua b...
KOMPAUN UNTUK RAKYAT MARHAEN MENYIKSAKAN
HAMZAH RIE NA
Kompaun untuk pelanggaran SOP
dan undang-undang berita palsu digubal di bawah ordinan darurat tanpa dibahas
di parlimen.
Apa manfaat pengisytiharan darurat ni untuk rakyat?
Darurat ni lebih kepada menghukum rakyat berbanding
menyelesaikan masalah rakyat. Majoriti rakyat Malaysia tak mampu pun bayar
kompaun RM10,000 tu berbanding menteri² yg dah byk kali langgar SOP tapi tiada
satu kompaun pun dikenakan terhadap menteri berikut.
SR
ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BELANDA
Menerima kunjungan hormat Duta
Besar Belanda ke Malaysia TYT Aart Jacobi pagi ini.
Perbincangan kami menyentuh hubungan dua hala Malaysia dan
Belanda.
Kami juga bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan
antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Saya yakin hubungan kedua-dua negara akan terus erat dan
diperkukuh.
-
Receiving courtesy call from Netherlands Ambassador to Malaysia
H.E. Aart Jacobi.
Our discussion pertains to the bilateral ties between Malaysia
and Netherlands.
We also exchanged views on domestic and international issues
which are pertinent to our shared interest.
May relations between both countries remain strong and stable.
DSAI.
VIDEO : PAKATAN HARAPAN MENANG PILIHAN RAYA UMUM KE-15
24 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.
SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.
JADI EDITOR PUN BANGGANG JUGA YA...........
Negara ini bukan hak peribadi sesiapa, tak boleh buat sesuka hati – Tok Mad
Sistem demokrasi pasca moden Malaysia kini semakin susut dan merosot, sedangkan ia seharusnya lebih kukuh dan baik berbanding sebelumnya.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara ini semakin mundur daripada kualiti kepimpinan apabila Ahli Parlimen bertindak sesuka hati atas perkiraan peribadi dan bukan prinsip serta nilai.
Kebebasan bersuara dan berekspresi juga semakin mengecil dengan pelbagai ordinan dan tindakan yang menanam ketakutan dan bukannya pertanggungjawaban.
Menurutnya, apabila Parlimen digantung dan Perlembagaan dilumpuhkan, semua ini adalah kesusutan nilai demokrasi yang sangat dibimbangi.
Oleh itu, katanya, Malaysia mesti keluar dari defisit demokrasi ini.
“Kita sepatutnya lebih baik dan lebih unggul dalam mengurus negara ini dan menampilkan amalan demokratik yang lebih maju,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, membiarkan potensi Malaysia dalam kedudukan seperti sekarang sangat mendukacitakan.
Sehubungan itu, menurutnya, rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memperbaiki kedudukan demokrasi Malaysia.
”Sama ada kita seorang Menteri Kabinet, atau penjawat awam, atau ahli politik pembangkang, atau kumpulan masyarakat sivil mahupun hanya orang biasa, marilah kita mengembalikan amalan demokrasi di Malaysia ke tahap dan kedudukan lebih baik,” ujarnya.
Tambah beliau, negara ini adalah tanahair yang istimewa buat semua penduduknya, bukan hak milik peribadi atau sesiapapun dan tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.
Negara ini adalah hak semua untuk semua. Rakyat negara ini mengimpikan watan idaman yang benar-benar akan memberikan mereka rasa kepunyaan kepada Malaysia.
”Lalu marilah kita memperbaiki demokrasi di Malaysia ini tanpa lelah. Lakukan apa jua yang termampu, agar akhirnya, dengan usaha kolektif semua, demokrasi di Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih maju,” katanya
Denda RM10,000 langgar SOP: KEADILAN Johor tawar khidmat guaman percuma
KEADILAN Negeri Johor menawarkan khidmat guaman percuma kepada
rakyat Johor yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar Prosedur Operasi
Standard (SOP) pencegahan Covid 19 yang mula dikuatkuasakan pada 11 Mac lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor,
Jimmy Puah Wee Tse, khidmat guaman itu bagi membantu individu yang mungkin
membuat rayuan ke atas kadar kompaun atau sebarang masalah berkaitan hukuman
tersebut.
"Bermula 11 Mac lalu kerajaan telah kuatkuasakan hukuman berat iaitu kompaun berjumlah RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara maksimum 7 tahun sekiranya rakyat ingkar SOP pencegahan wabak Covid-19.
"Tidak menjadi kesalahan jika kerajaan menguatkuasakan sesuatu hukuman bertujuan mendidik rakyat agar mereka patuh kepada undang-undang, tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi seperti kehilangan kerja, pendapatan dipotong atau perniagaan merosot kesan daripada pandemik Covid 19.
"Sudah tentu nilai RM10,000 itu besar buat mereka untuk meneruskan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, ADUN Bukit Batu itu mencadangkan agar kerajaan bertimbang rasa dengan mengenakan hukuman yang lebih ringan dan secara berperingkat menaikkan kadar kompaun sekiranya melakukan kesalahan berulang.
"Saya berpandangan, lebih molek jika kerajaan melaksanakan kompaun yang dinaikkan secara berperingkat. Contohnya, kesalahan pertama RM1,000, kesalahan kedua RM3,000, kesalahan ketiga RM5,000 dan kesalahan seterusnya RM10,000.
"Selain itu, kerajaan juga wajib bersikap adil dan tidak memilih kasih atau membezakan darjat antara hukuman kepada rakyat biasa dengan wakil rakyat kerajaan.
"Jika rakyat dikenakan kompaun RM10,000 maka Menteri juga patut dikompaun dengan jumlah yang sama. Tolong jangan ulangi peristiwa di mana ‘Makcik Gelang Pink’ dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 tetapi Khairuddin, Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi cuma didenda RM1,000. Walhal keduanya melakukan kesalahan yang sama iaitu ingkar arahan kuarantin," katanya lagi.
Justeru kata Jimmy, pasukan peguam dari KEADILAN Negeri Johor akan memberikan khidmat guaman pro-bono (percuma) kepada semua rakyat negeri itu yang dikompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
'Kita akan menang selagi dalam kerangka reformasi' - Amirudin
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor, Datuk
Seri Amirudin Shari menegaskan pemergian pimpinan utama parti tidak akan
mengugat semangat juang ahli akar umbi selagi mereka terus istiqamah dalam
menegakkan agenda reformasi.
Menurut beliau, KEADILAN masih menjadi pilihan utama rakyat
Selangor biar pun wujud sedikit masalah sejak Langkah Sheraton pada Februari
tahun lalu
“Kita tetap jadi tiang seri di Selangor dan jadi pilihan ramai.
Selagi dalam kerangka reformasi, kita akan menang.
“Dalam politik kita tidak boleh terus berpuas hati walaupun sudah
menang sebaliknya terus bekerja.. terus bergerak untuk rakyat. Pengundi lebih
penting dari calon dan jentera,” katanya dalam majlis makan malam KEADILAN Shah
Alam di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Majlis penutup siri jelajah Kita Selangor sepanjang hari itu turut
dihadiri Timbalan Pengerusi MPN, Hee Loy Sian; Ketua Wanita negeri, Rodziah
Ismail dan Ketua Angkatan Muda Selangor, Najwan Halimi.
Arafat sokong Nurul Izzah kembali aktif lawan kerajaan ‘tebuk atap’
Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kedua-dua mereka ialah bekas Naib Presiden parti, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Beberapa pemimpin akar umbi PKR yang ditemui berkata, kedua-dua tokoh muda itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk membantu Pakatan Harapan menghadapi PRU15.
“Dua tokoh ini ada kelebihan, ada kebolehan, bersih dan wibawa. Kita perlukan tokoh-tokoh ini untuk kembali aktif dalam Keadilan dan inilah masa untuk menggembleng, kekuatan untuk kita nak lawan kerajaan ‘pintu belakang’ ni. Maka kita kembalikan ke arah usaha nak kembalikan kerajaan mandat rakyat, itu amat penting,” kata Ketua Cabang PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Sementara itu, Ketua Ranting PKR Seksyen 8, Shah Alam, Monaliza Mohtar berpendapat bahawa kemenangan Pakatan Harapan sebelum ini sebenarnya adalah kerana ketajaman (strategi) Rafizi dan juga Nurul Izzah.
“Nurul Izzah memang terkenal sebagai Puteri Reformasi yang dididik baik oleh Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) sebagai Ibu Reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Bapa Reformasi yang ingin membuat reform (perubahan) dalam negara kita.
“Rafizi juga anak didik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan prinsip dan berkaliber sebagai pemimpin yang ada pengikut, serta boleh menerima corak perjuangan yang begitu ikhlas,” ujarnya.
Pada Ahad, Anwar berkata, PKR cuba memujuk dua pemimpin mudanya itu untuk kembali aktif ke pentas politik menjelang PRU15.
Malah, Anwar sendiri mengakui pemimpin berusia 44 dan 41 tahun itu masing-masing sebagai orang muda memiliki idealisme, baik dan berketokohan.
Pada 15 November 2019, Rafizi mengumumkan berehat daripada politik selepas bebas daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Sementara itu, Izzah yang juga anak sulung Anwar meletakkan jawatan dalam parti pada 17 Disember 2018.
KAH...DULU BUKAN PAS NAK LANTIK KU LI NI JADI PM..LANGKAH SAILANG PAKATAN RAKYAT ?
Kesal dilabel pelacur politik, PAS hantar surat pada Ku Li
PAS dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bagi menzahirkan kekesalan berhubung tindakan veteran Umno itu melabelkan parti itu sebagai ‘pelacur politik’.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu adalah sesuatu yang tidak wajar apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan secara terbuka menggunakan saluran media.
“Kita (PAS dan Umno) ada hubungan baik dalam Muafakat Nasional (MN) dan kita ada platform untuk bincang apa-apa yang kita rasa tidak setuju. Mesyuarat MN pun terus berjalan dua minggu sekali dan di situ kita tidak ada isu pun. Kenyataan yang tidak membantu seperti ini perlu dihentikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang menyifatkan ia adalah pendapat peribadi Tengku Razaleigh dan bukan mewakili keseluruhan Umno.
Tuan Ibrahim, yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undi Perdana Kerja-kerja di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Baru-baru ini,Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan sebuah portal berita dilapor melabelkan PAS sebagai ‘pelacur politik’ yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau menyifatkan tindakan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.
Sementara itu pada program berasingan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata meskipun terdapat segelintir pihak melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan, parti itu tetap sentiasa mengutamakan dan meneruskan usaha penyatuan Ummah yang telah diperjuangkan sejak sekian lama.
“Penyatuan Ummah ini yang pertama orang Islam, yang kedua (penyatuan) manusia. Mana yang ekstrem kita tolak. Kita bukan sahaja hendak satukan PAS dan Umno tetapi semua sekali. Kita tidak terhad,” katanya.
Ditanya adakah kenyataan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, itu dirasakan keterlaluan, Abdul Hadi sekadar berkata, “Itu terpulang kepada orang ramai untuk menilai”.
Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini hari ini.
Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia bagi fasa pertama ini selain bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, 96, dan isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, 95.
Kartel Azmin, MP Alor Setar yang aku kenali ….
Dalam PKR ni aku tak kenal sangat, Mana kartel Azmin..Mana tidak.. Tapi tengok kan List, ada seorang MP Chan Ming Kai.. Tak tahu lah betul atau tak.. geng kartel..Tapi aku kenal lah dia.. Dia ni dulu Adun kawasan aku, Adun Simpang Pulai.. Duduk dalam Parlimen Dr Lee Boon Chye.. Tak tahu kalau Dr Lee Boon Chye pun kartel..
Dia ni muda lagi..kelahiran Ipoh…kira Ipohmali lah.. Rajin buat kerja, Jumpa rakyat bawahan, Program masjid dan Surau pun aktif.. datang Surau pakai baju melayu ngan songkok..orangnya Humble..Selalu kemana mana naik motor jer.. tak pun kereta Kelisa dia.. Adun dan MP skarang, tahun pertama wajib pakai Vellfire,baru nampak mcm YB..
Sama mcam MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye.. depa ni memang orang yang rajin buat ,kerja bertemu rakyat.. Bukan Berlakon macam sesetengah Pemimpin Politik.. Dok berfalsafah dengan ungkapan reformasi sana sini..berteori sana sini..Apa pun kerja tak buat, melainkan buat kerja Politik….
Aku sentiasa nampak Pajero, SUV berlogo PKR kesana kesini buat kerja.. Biarpun MP dan Adun nya Cina, yang gerakkan kerja ramai budak Melayu yang depa manfaatkan.. gerak kerja depa sama seperti DAP.. Cukup dekat dengan rakyat.. cara depa manfaat orang muda, Penyokong parti jauh lebih baik dari Amanah yang pada aku organisasi depa Fail..kat Ipoh lah..
Dia ni bernasib baik.. Dari Adun Simpang Pulai, 2013 dia dicampak ke Indera Kayangan Perlis, Aku terkejut Dia boleh Menang..Harun din pun tak menang..Situ pekat UMNO jugak, tau lah kawasan Mufti Utara…. tapi tak heran dia ni dekat dengan orang Melayu di Surau dan Masjid.. PRU 2018, depa campak lagi dia ke Alor Setar Kedah..Dia menang lagi.. Apa maknanya? tu petanda dia orang buat kerja..Dekat dengan Rakyat..
Kebelakangan Entah geng Jual Tshirt Reformis mana letak List senarai MP geng Kartel.. zaman PAS berpecah dulu ada juga geng Jual Bihun Sup, meniaga Expo Ceramah PAS buat Cai list geng pro Ulama dan Anwarinas.. Rupanya berlaku lagi dalam PKR.. watak macam ni sebab Parti Berpecah.. mcm Geng geng Ulama dulu..Geng Azli Taliban, Din Ayam ,Nik Abduh dan Takiri..
Tapi kalau MP Alor Setar ni keluar PKR… Bagi aku satu kehilangan Besar pada PKR.. Dah pasti ada sesuatu yang tak kena dalam PKR kalau orang sebaik dia disenaraikan geng Kartel..Pemakan dedak oleh pemecah Belah disekeliling Presiden PKR sebagaimana geng Sekeliling Haji Hadi.. Sudah sudah esok, Dr Lee Boon Chye pun angkat kaki..
Sedap jer depa ni senaraikan nama Pengkhianat.. Mana tak pemimpin depa lari..hat ada sekeliling Presiden ,Pengampu ni ganas sangat..Lagi ganas dari geng Chegu bard dulu.. Cakap main sedap Mulut..Tuduh orang sana sini.. Buat ramalan Bodoh membodohkan Pengikut bawahan macam PAS dulu..
Orang lain aku tak sembang lah..sebab Tak kenal..Kalau MP Alor Setar..Bekas Adun kawasan aku, kawasan Parlimen Gopeng tu, Itu aku boleh komen.. Esok esok geng jenis Buat kerja habis keluar, Tinggal geng kerja depa sembang kat Facebook ngan youtube.. 🙂
Ipohmali
Jadi Perdana Menteri? Bukan gagal, cuma belum lagi... - Anwar Ibrahim
Azmin tidak layak komen isu moral lompat parti - Syed Badli
Menteri Kanan, Mohd Azmin Ali tidak layak untuk bercakap mengenai
soal moral atau lompat parti apatah lagi mengecam pimpinan KEADILAN.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Azmin wajar mencermin dirinya sendiri terutama dalam hal politik toksid yang diamalkan beliau sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.
"Datuk Seri Azmin Ali langsung tidak layak bercakap soal moral dengan menuding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu lompat parti.
"Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan Parti Keadilan Rakyat dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.
"Malah rancangan untuk merosakkan KEADILAN telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Syed Badli, politik toksid Azmin yang menyusupkan 'anak buah' beliau ke dalam sayap pemuda dan wanita KEADILAN sebelum ini telah menimbulkan pertentangan meruncing.
Azmin juga, kata Syed Badli sengaja meletakkan rakan-rakan beliau sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dan kemudian melompat parti bersama-sama beliau membentuk Perikatan Nasional.
"Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing.
"Beliau juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihan raya yang lalu. Akhirnya mereka yang dipilih telah berkhianat dan melompat.
"Azmin adalah punca kepada kerosakan yang berlaku di peringkat dalaman KEADILAN," katanya lagi.
Bagaimanapun, Syed Badli bersyukur kerana sekutu-sekutu Azmin satu demi satu berundur dari KEADILAN, yang akan memudahkan pemilihan calon-calon lebih berwibawa dalam PRU ke 15 kelak.
"Namun begitu usaha untuk memperbaiki imej parti semakin berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Azmin memilih untuk keluar dari KEADILAN.
"Justeru itu saya menyeru agar beliau insaf dan bertaubat," katanya lagi.
Untuk rekod, Azmin mengecam Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana sejarah bertukar-tukar parti. Namun penghijrahan Saifuddin direstu pimpinan parti dan tidak menimbulkan sebarang bencana politik sebagaimana dilakukan oleh Azmin dan para sekutunya.