POLITIK KONSOLIDASI PERLUKAN KERJASAMA BARU


May be an image of text


1) TERKADANG terasa lelah utk diperjelaskan berulang-ulang bahawa kita perlu buka minda utk menerima REFORM dalam Politik. Tapi itu adalah sebahagian dari bentuk "Psywar" yg penting dan perlu utk persediaan kempen kesedaran. Ia jadi bertambah sukar jika berlawanan arus dgn pendapat ramai atau merupakan sesuatu yg baru dan tidak diterima kerana menyanggah norma serta pemikiran lama.

2) Bila membaca wawancara DSAI dgn Mingguan Malaysia saya tersenyum sendirian. Tahun lepas saya dah dedahkan soal Politik Konsolidasi, usaha DSAI, PKR bekerjasama dgn pimpinan, MP-MP UMNO demi ekonomi rakyat dan negara.

3) Tapi ada penyokong PH yg maki hamun, tuduh saya lapaqkan UMNO dan jaja sana sini walhal saya sekadar menceritakan perkara benar dlm usaha DSAI, DHM mengubah landskap politik Malaysia yg sudah jauh tenggelam ke dasar kebencian dan kejumudan Politik Dunia Ketiga.

4) Hari ini DSAI dedahkan wujud pertemuan dan perbincangan dgn pemimpin UMNO. Nak kata apa? Adakah saya telah mendedahkan sesuatu yg tidak betul?

5) Politik dan demokrasi di negera-negara maju bukan berkisar tentang soal kebencian dan permusuhan yg tajam sebaliknya soal idealisme, buah fikiran, kaedah dan siapa boleh melakukan perkara lebih baik buat rakyat. Rakyat mereka boleh kembali bersatu membina negara selepas Pilihanraya tapi rakyat kita terus bermusuh dan berpolitik setiap hari walau PRU dah berlalu. Kerosakan ini adalah berpunca dari sikap Ahli-ahli Politik sendiri sejak Merdeka.

6) Rakyat ditanamkan pemahaman songsang bahawa mereka mesti membenci dan bermusuh dgn ahli atau pemimpin parti lain ke tahap memutuskan silaturrahim dan lsg tiada ruang utk perbincangan secara "gentleman" mengenai kemaslahan umum. Pernah kita dengar ahli politik Malaysia menasihati ahli-ahli parti supaya melakukan "engagement" secara bertamaddun dgn ahli parti musuh? TIADA. Ini menggalakkan perseteruan berpanjangan.

7) JIKA kita menelusuri pemikiran DHM kita akan melihat visi DSAI itu. DHM adalah pemimpin pertama yg bercakap mengenai Politik KONSOLIDASI yg cuba dibawa oleh DSAI. Dr. Mujahid terkemudian mula melihatnya sebagai jajaran baru yg perlu meskipun utk sementara waktu demi menyelamatkan rakyat dan negara dari cengkaman PNKhianatan.

8) Ada shbt2 yg gusar kerana dlm usaha Konsolidasi LGE pula asyik meroyan menyanggah DSAI dan berulang kali "melantunkan" kehendak OT95 supaya tidak bersetuju PH bekerjasama dgn UMNO.

9) Saya kata biarlah dgn perangai acah-acah berprinsip LGE tu. Itu bukan suara seluruh DAP. LGE tu terikat dgn OT95 apa kita nak heran sgt? Akhirnya terpulang kpd konsensus DAP. Apa kita sudah lupa ke LGE pernah mengaku dia pandai-pandai sendiri calonkan Shafie Apdal sdgkan itu BUKAN pendirian parti DAP? Ertinya dia memg suka buat kenyataan sendiri mendahului parti sehinggakan pimpinan DAP tak dapat nak kata apa.

10) Sikap keras LGE itu lsg tidak menguntungkan imej DAP. Banyak perkara dapat dilenturkan jika DAP dapat menerima kerjasama UMNO. Ia mampu membuatkan DAP lebih diterima org Melayu dan mengendurkan ketegangan, kebencian kaum dan agama malah isu 3R tidak lagi berkesan, tidak akan laku utk dipergunakan oleh mana-mana parti politik selepas itu.

11) Sewaktu isu pembentukan kerajaan Perak, Ronnie Liu pernah berkata demi rakyat dan negara PH perlu berani meneroka kerjasama baru atau "Uncharted Territory". DAP sudah tak bleh lagi terus jumud mcm skrg ni kerana ia akan memberi gambaran yg DAP adalah RASIS dan benci kpd parti Melayu sehingga sanggup ketepikan kepentingan Rakyat dan Negara.

12) Ronnie Liu juga mengingatkan kita perlu lebih positif dalam sebarang kerjasama demi kesan perubahan, REFORM dgn mengutamakan Rakyat dan Negara. Kata beliau :

" In politics, we should be more positive and be willing to working together to affect change and reform for the greater good of all Malaysians.

While I can understand why some quarters are concerned about the cooperation between PH and Umno, we have to remind ourselves that the political landscape in the country is going through a metamorphosis.

While a number of the leaders from Umno are facing corruption charges, PH leaders and supporters have to understand that we must be brave to accept changes and work out the best combination for the sake of the people."

13) Politik KONSOLIDASI perlu kerjasama baru antara parti sambil mengenepikan permusuhan lama. Ia sebenarnya mampu MENGENEPIKAN, MENINGGALKAN DAP SEANDAINYA PA$, GPS dan Warisan turut serta sbb itu DAP harus memikirkan pendirian LGE itu berkali-kali dan jgn terlalu "capoi" mulut tu.

Wallahualam

- Zus Din

14 March 2021

**************************

Dari FB wall MSO....

LAKAR BENTUK KERJASAMA BARU POLITIK

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi pendiriannya (parti) DAP tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dengan menyebut DAP tidak akan bekerjasama dengan "kleptokrat" daripada kalangan pemimpin Umno yang menghadapi kes rasuah.

Kenyataan itu menunjukkan Guan Eng tidak bersetuju ura-ura PH (baca PKR) untuk menjalini kerjasama dengan Umno untuk mengambil alih dan menumbangkan kerajaan PN dalam pilihan raya akan datang.

Tindakan Guan Eng itu baik bagi partinya kerana kalau DAP tidak bekerjasama dengan Umno, parti itu dilihat mampu mengekalkan pengaruhnya. Dalam Piraum lalu, kemenangan DAP dikira maksium apabila mendapat 42 kerusi.

Justeru bagi mengekalkan kekuatan itu, DAP tidak perlu sokongan Umno. Tetapi parti itu kena sedar pancapaian 42 kerusi itu apabila beliau bersama dengan Keadilan menerusi PH. Tanpa sokongan Keadilan, tidak mungkin DAP mendapat kemenangan besar itu.

Apakah apabila DAP berkeras untuk tidak sedia bersetuju dengan Keadilan untuk berkerjasama dengan Umno, parti itu dapat mengekalkan pencapaian dalam pilihan raya lalu jika bertanding bersendirian atau mencari patner lain?

Sikap tegas DAP yang dilantunkan oleh Guan Eng itu memberi sedikit masalah kepada penjajaran politik baru politik khasnya Keadilan dengan Umno. Sekiranya Keadilan mempeduli atau alert kepada kehendak DAP itu, harapan untuik melihat wujud kerjasama politik Umno - Keadilan tidak akan berlaku.

Gambaran yang tertera kini memberi lakaran wajah Piraum ke-15 seban dan boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai bentuk.

Apakah DAP akan kembali mengambil sikap bersendirian seperti pilihan raya 2008 dahulu? Atau DAP akan menjalani dengan parti inkubator yang benci kleptokrasi sehinggakan akan sanggup orang parti inkubator itu bertanding menggunakan lambang Roket nanti kerana partinya tidak akan diluluskan.

Atau pun DAP hanya akan bersama parti "Rumput Gelang Samal" RGS)"? Sikap tegas ditunjukkan Guan Eng itu juga selain memberi tanda tanya kepada bentuk kerjasama politik dalam Piraum akan datang ia juga boleh memberi kesan tidak baik kepada DAP, kerana pegangan Guan Eng itu ada yang tidak disetujui. Apakah dari ini akan berputik bibit-bibit perpecahan dalam parti itu? Trims.

- MSO