ADA SEKOQ NI SUKA LAK DAH...
Zuwairi Md Yusof
Rakyat Malaysia bekalkan 6 SENJATA API dekat Yahudi Zionis ejen Israel?Nasib baik PDRM kita cekap dan dah kutip.Ini level International Assassin weh.Kebetulan pula ada sekor Melayu Isley Cytro PN cabar PMX pergi bazar Ramadan TAKYAH pakai Bodyguard.Lu nak something happen kat PMX ke?Suratan atau kebetulan elok PDRM terus tangkap soal siasat sekali SOLISIDTOR mana tahu dia pun terlibat sebab lain macam ciapan dia itu
Lepas PMX bantai kat Jerman, ejen assassin Israel masuk Malaysia.
Yg tolong supply senjata dah kena kutip.
Yg jadi driver pon dah kena kutip.
Kena kutip kat bazar plak tu.
Yg cabar PMX turun bazar TAKYAH bodyguard bila nak kutip?
Mohon @PDRMsia tahan dan siasat segera SOLISIDTOR
WAJARKAH ORANG BUKAN ISLAM DIPANGGIL KAFIR???
WAJARKAH ORANG BUKAN ISLAM DIPANGGIL KAFIR???
Che Ibrahim
Sebenarnya ulama telah lama bincang tajuk ini, cuma apabila ada puak yang terasa terpaling Islam lebih cenderung kepada politik kebencian dan permusuhan terutama dengan kaum cina yang di segi politiknya lebih memihak kepada Dap, maka berlakulah apa yang sebenarnya tidak wajar di segi Islam.
Sila baca apa ulama' kata dalam hal ini, tak faham tanya yang reti...
NAK JAGA HATI ORANG KAPIR KE?
Isu sebut Kafir atau Bukan Muslim hanyalah isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian, tidak timbul langsung sebenarnya isu melarang daripada guna perkataan yang diguna oleh al-Quran. Pihak yang menuduh sedemikian terang-terang sedang memanipulasi isu dan bersungguh-sungguh mahu menuduh lawannya meninggalkan ungkapan al-Quran, padahal Al-Quran sendiri TIDAK HANYA menggunakan perkataan kafir dan sebanding dengannya seperti kafirun dan kuffar setiap kali merujuk kelompok bukan Muslim.
Bahkan, dalam al-Quran, ada ayat-ayat yang memanggil mereka sebagai “wahai ahli kitab” dalam cukup banyak ayat seperti dalam surah Ali ‘Imran: 64, 65, 70, 71, 98 dan 99, dan surah al-Nisa’: 15, 19, 59, 68 dan 77.
Selain itu, al-Quran juga mengandungi ayat yang berbicara kepada semua termasuk orang kafir dengan memanggil mereka “wahai manusia”. Contohnya dalam surah al-Baqarah: 21, 168 dan 264, dan al-Nisa’: 1, 170 dan 174.
Al-Quran juga memanggil secara umum termasuk bukan Muslim dengan sebutan “wahai anak Adam” sebagaimana dalam surah al-A’raf: 26, 27, 31, 35 dan 172. Di sesetengah ayat, al-Quran merujuk kepada manusia termasuk bukan Muslim sebagai “wahai para hamba-Ku” seperti dalam surah al-Zumar, ayat 53.
Malah, menurut al-‘Allamah Yusuf al-Qaradawi rahimahullah, al-Quran tidak menyebut perkataan “wahai orang kafir” melainkan dalam dua ayat sahaja iaitu surah al-Tahrim, ayat 7 dan surah al-Kafirun.
Penggunaannya dalam surah al-Tahrim, ayat 7 adalah dalam konteks bicara Allah kepada golongan kafir di akhirat. Manakala perkataan “wahai orang kafir” dalam surah al-Kafirun pula ditujukan kepada golongan musyrik penyembah berhala yang sedang membuat tawaran kepada Rasulullah SAW untuk mereka menyembah berhala satu tahun dan kemudian menyembah Allah pada tahun yang lain.
Surah al-Kafirun mahu menolak tawaran ini dengan gaya bahasa yang tegas dan arahan yang nyata tanpa sebarang kompromi. Lantas, baginda diperintahkan agar berbicara kepada mereka dengan muktamad termasuk dengan mengulang dan mempertegas. Meskipun begitu, surah ini tetap diakhiri dengan ayat yang membuka pintu toleransi kepada bukan Muslim iaitu “Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.”
Malah, kata al-Qaradawi lagi dalam karangan beliau yang berjudul Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah:
“… Termasuk dalam makna berdakwah dengan hikmah dan mau’izah hasanah (pengajaran yang baik) dan berdebat dengan cara terbaik yang menjadi tuntutan kepada orang Islam khususnya pada zaman globalisasi ini adalah untuk tidak berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan nama al-Kuffar (wahai golongan kafir) walaupun sememangnya kita beriktikad dengan kekufuran mereka. Apatah lagi jika pihak yang berbeza dengan kita itu adalah dari kalangan Ahli Kitab.”
Timbul pula dakwaan bahawa tindakan ini bererti menjaga hati orang kafir dan tindakan mengalah kepada mereka. Namun al-‘Allamah al-Qaradawi membantah dakwaan itu dengan menjawab:
“Saya tidak faham mengapa bentuk ucapan yang sopan santun begini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak kita? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Kita tidak sesekali mengalah dari segi iktikad bahawa agama kita adalah agama yang benar dan selainnya adalah batil. Kita juga tidak mengalah dari pegangan kita bahawasanya mereka yang tidak beriman dengan risalah Baginda Nabi Muhammad SAW adalah kafir. Inilah pegangan golongan beragama yang meyakini bahawa agamanya adalah benar, manakala selainnya adalah batil. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan keyakinan ini.
Namun demikian, berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan yang menyakiti mereka, mencederakan perasaan mereka atau menjauhkan mereka dari agama Allah adalah satu isu yang berbeza. Allah SWT tidak menuntut pun kita untuk berbicara sedemikian, sebaliknya Allah SWT mengarahkan kita dengan arahan yang sepenuhnya berbeza.” (Al-Qaradawi, Yusuf, Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah, hlm. 44-45)
Maksudnya, dalam berinteraksi dengan mereka, Allah mengarahkan kita agar berbicara dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan jika berdebat pula, perdebatan itu berlaku dengan cara terbaik. Malah, panggilan yang baik juga sebenarnya sesuai dengan fitrah kita.
Oleh itu, di tanah air kita, panggilan bukan Muslim sudah digunakan secara meluas, malah kumpulan Islam yang kononnya bertegas dengan isu ini juga menggunakan perkataan “Bukan Muslim” semasa merujuk anggota dan penyokong mereka dalam kalangan bukan Muslim.
ROH ROH ROH. CEH CEH CEH.
Ruh ruh ruh,
Ceh ceh ceh,
Daftar PADU Bro,
Nanti tercicir.
Kadar pendaftaran & pengemaskinian PADU naik mendadak sejak dua hari lepas.
Setakat 11:59 malam, 29 Mac 2024, lebih 9.8juta rakyat Malaysia berjaya daftar dan kemaskini maklumat mereka di PADU.
Mungkin makin ramai sedar dan risau akan keciciran.
Belum terlambat lagi untuk daftar. Layari www.padu.gov.my atau pergi ke kaunter PADU berhampiran kawasan anda
#ElakkanKeciciran
#DontGetExcluded
JIJIK.
JIJIK
Rafidah Abdullah
Didalam bulan Ramadan yang mulia ini, ada manusia terus menerus berperangai JIJIK.
Mereka tuduh orang macam saya tidak boleh melatih pakar. Hanya mereka di institut pengajian tinggi sahaja boleh. Kata kami yang menipu, saya mohon anda lihat cermin siapa PENIPU dan PENGANIAYA yang sebenar. Kawan-kawan saya Universiti tidak ada masalah pun menghantar doktor-doktor MASTERS kepada saya khususnya dan KKM, amnya. Saya JIJIK membaca penulisan yang nama penulis tidak disebut. Baling batu, sorok tangan - PENGECUT.
Selepas Itu, ada hati nak serang saya, tapi tidak mahu buat sendiri. Uğut orang lain suruh buat. PENGECUT.
Ingin saya mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia, memberi saya dan rakan-rakan seperjuangan kekuatan untuk keadilan dan masa hadapan rakyat Malaysia. Manusia yang dah tua, dah bersara, dekat bersara dan secara jelas ada kepentingan diri - SILA KETEPI.
LITAR LUMBA LEMBU
Najib Bakar.
Ni rupa litar lumba Sungai Petani. Depa kata ada lembu sekali. Laaa memang pun litar tu lembu yang nak race.
Hampa tak tengok ka rancangan realiti TV baru di TVGK (TV Greater Kedah)?
Rancangan Lembu Yang Berusaha (LYB).
Dah masuk episod 5. Hat leading la ni lembu baka Jeneri.
PAS PANGGE BALASUBRAMANIAM KAPIR?
Che Ibrahim
Semasa Dr Balachandran berjumpa puak yang terpaling Islam itu, agak2 apa panggilan mereka kepada Dr Bala??
Dr Bala Al Kafir?...
Jemput kafir Bala naik ke pentas??
Ke lagu mana???
ISU KAFIR.
Che Ibrahim
Betul dalam al Quran ada berpuluh puluh Kali Allah sebut golongan tidak beriman sebagai KAFIR, tapi:
1. Adakah Rasulullah saw setiap kali berurusan dengan Non Muslim, Rasulullah saw akan memanggil mereka wahai si kafir???
2. Pernahkah dalam mana mana majlis rasmi, pengunaan perkataan kafir telah digunakan selaras dengan apa yang al Quran sebut??
Contoh : Wahai Si Kafir Dr Bxxx..... Dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan ceramah....
Wahai YB xxxxx kafir laknatullah, dijemput utk membahagikan sumbangan hariraya....
YB Kafir.... Minta penjelasan.....
Dah Quran sebut, takkan kita tak mahu atau tak boleh sebut????
KENAPA?
Mohd Farul
Seekor Hajah yang jahat pemikiran.
Apabila kita nak noktahkan miskin tegar, bukan bermakna kita nak buang perkataan miskin dalam al-quran.
Bila kita nak hapuskan zina, bukan bermaksud kita nak hapuskan perkataan zina dalam al-Quran.
Bila kita haramkan anak-anak kita, dalam rumah kita sebut bodoh, celaka, juga bukan bermaksud kita nak lawan al-Quran yang menggunakan perkataan tersebut.
Begitu juga bila Menteri cakap, saya haramkan anak-anak saya sebut kafir dalam rumah.
Sebelum dia sebut tu, dia kata dia terkejut sebab anak dua cakap tak berkat bekerja dengan orang kafir.
Dalam rumah, adalah hak eksklusif seseorang. Dia boleh didik cara dia, Bahasa dia, budaya dia.
Kenapa kita nak marah Menteri sebab tak bagi sebut kafir?
Saya dah pernah ulas isu kafir ni.
Link
https://www.facebook.com/share/p/HbVaKzERNZLZyXE2/?mibextid=oFDknk
Satu lagi, perkara yang perlu kita faham, Malaysia ni terdiri dari negeri Borneo juga. Di Sabah dan Sarawak, mereka guna Injil berbahasa Melayu.
Kenapa bahasa Melayu? La..kan itu bahasa kebangsaan kita.
Dalam Injil bahasa Melayu, mereka juga menggunakan perkataan kafir. Merujuk bukan beragama Kristian.
Kita kata dia kafir sebab bukan Islam, dia kata kita kafir sebab bukan Kristian. Sebab itu harmoninya kita sebut Non-Muslim atau bukan Islam.
Tak perlu saling kafir mengkafir. Kita faham apa maksud kita, cukup. Bukan wajib pun guna bahasa Arab untuk sebut kafir pada bukan Islam.
Bukan wajib pun panggil orang bodoh, celaka sebab ada perkataan itu dalam al-Quran.
Kalau tuan-tuan nak didik anak-anak tuan puan silakan. Nak panggil kapior, kapiaq, ikut lah anak anda.
Tapi jangan maki, hina dan label orang lain tali barut kafir kerana mereka enggan ajar anak mereka dengan perkataan tersebut.
Tuan puan yang belajar agama, mesti belajar istilah waqi'. Kita nak dakwah, nak addeen(cara hidup) kita ikut waqi' tempat tinggal kita.
Kat utara, releks ja panggil orang India bukan Muslim sebagai hindu.
"Hang pi kedai hindu tu beli santan"
Tapi di peringkat nasional, ia tak sesuai dan dianggap menghina.
Di Melaka, la..Itam budak ni macam anak koling.
Tapi di peringkat nasional tak sesuai.
Jadi mengapa marah sangat apabila perkataan yang dianggap tak sesuai di peringkat nasional?
Kenapa nak bawak juga budaya setempat kita?
Berpada-pada lah. Bulan Ramadan bulan habis lagi, syaitan belum dilepaskan lagi, tapi kita dah ambil tempat syaitan.
ATADAFA
(Ambil tahu dan faham)
Muhammad Fairul Al Qasas
Puncak Alam.
Fadhlina Sidek
SALAH UNDI DAPAT TAHI
Zuwairi Mohd Yusof
Salah undi dapatlah tahi perkauman dan pelampau PN PAS,BERSATU untuk tempoh 5 tahun lamanya.Anda harus hadap semua ini sampai PRU16 nanti.Gaji pemain2 bola sepak yg asalnya bawah kerajaan PN KEDAH sudah di swastakan kepada KDA FC pun masih tak berbayar gaji bukti PN memang pandai sembang kencang tak reti mentadbir negeri.
Jika pemain2 tidak di bayar gaji ape nasib 24 kakitangan KEDAH AGRO HOLDING BERHAD yg juga tak dapat gaji berbulan lamanya sendiri mahu ingatlah ramai2 di KEDAH.Mulutnya bukan sekadar celupar dan biadap malah panglima PN ini juga suka bocorkan maklumat2 mesyuarat antara kerajaan MADANI melibatkan wakil2 dari semua negeri2 di pentas2 ceramah PN menunjukkan dia memang tidak boleh di percayai barua talibarut Malaysia sebenar.
AKSES KESIHATAN RAKYAT SARAWAK TERUS DITINGKATKAN
KKM sentiasa komited dalam memastikan akses kesihatan yang saksama untuk semua rakyat di seluruh negara termasuk negeri Sarawak.
Beberapa inisiatif penting telah dan akan dilaksanakan. Perbincangan pembinaan Pusat Kanser Sarawak bersama Kerajaan Negeri sedang giat dijalankan, RM8.7 juta telah dibelanjakan pada 2023 untuk membaik pulih dan menaik taraf 39 buah klinik. Usaha ini akan diteruskan pada 2024 dengan peruntukan RM19 juta untuk 39 buah lagi klinik bagi kerja-kerja yang lebih komprehensif. KKM juga merancang pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Asap yang baharu dan komprehensif di bawah RMK-13. Setakat ini, RM450 ribu telah diperuntukkan pada tahun ini bagi menaik taraf kemudahan sedia ada di klinik berkenaan. Dengan pelbagai usaha ini, KKM berharap dapat terus meningkatkan akses kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Sarawak.
#SarawakMajuMakmur #KKM #kesihatanuntuksemua
Orang kata Khawarij kan marah.
Abu Mishkat
Orang kata Khawarij kan marah.
Tetapi bila dia label orang liberal @ neo Muktazilah boleh pula. Siap pemimpin pun dituduh liberal dengan makna negatif ciptaannya sendiri.
Sedangkan masa Pas berkuasa, tidak pula diusahakan untuk DBP hapuskan makna liberal yang baik dalam Kamus Dewan.
Tidak juga diusahakan untuk hapuskan seruan mengamalkan cara hidup liberal terhadap kepelbagaian dalam Rukun Negara.
Yelah, masa berkuasa tu Pas sibuk dengan 'kera dan tupai' kan.. 😆
Jihad mu itu jihad umat Pas jer Ust Duan weh. . Umat Islam lain ok dan semakin support kerajaan Madani yang praktikal dalam sebiah negara berbilang kaum dan agama.
𝗣𝗔𝗗𝗨 : 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟
Zus Din
𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗦𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟
𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝘂 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝟵.𝟮𝟰 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝟭𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮.
TAK MASUK AKAL NAK BUNUH RAKAN SENEGARA DARI ISREAL KERANA MASALAH KELUARGA, TAPI GUNA ENAM PISTOL DAN 200 PELURU
Pertama sekali diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel kerana masalah keluarga.
“Lelaki berkenaan telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).
“Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini,” katanya.
Razarudin memberitahu, pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.
Beliau berkata lagi, suspek telah membeli kesemua senjata dan peluru yang dimilikinya itu dengan menggunakan wang crypto.
Ada beberapa persoalan meragukan berdasarkan siasatan awal polis terhadap penahanan lelaki warga Israel itu.
Pertama, bagaimana lelaki Israel itu begitu mudah dapat membeli sehingga enam pistol dan 200 peluru di negara ini?
Tidak mustahil ada rangkaian lain, mungkin di Israel, yang menghubungkannya dengan pihak yang menjual senjata itu di Malaysia.
Tidak mungkin dia yang baru sampai ke negara ini boleh begitu mudah berurusan untuk membeli senjata dan peluru dengan jumlah sebanyak itu.
Kedua, langsung tidak masuk akal pengakuan lelaki Israel itu bahawa kedatangannya ke negara ini adalah untuk membunuh rakan senegaranya kerana masalah keluarga.
Jika hanya seorang lelaki yang ingin dibunuh kerana masalah keluarga, kenapa perlu membeli sampai enam pistol dan 200 peluru?
Untuk membunuh seorang lelaki biasa, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru sudah memadai.
Ketidakmunasabahan ini menyebabkan pengakuan lelaki itu tertolak dengan sendirinya.
Ketiga, tidak munasabah kedatangannya ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya daripada Israel yang dikatakan berada di negara ini.
Persoalannya, mana mungkin warga Israel boleh ada di Malaysia kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik, malah menguatkuasakan larangan kedatangan warganya ke Malaysia.
Keempat, oleh kerana lelaki Israel itu memiliki enam pistol dan 200 peluru, adalah dipercayai dia mempunyai beberapa rakan kumpulannya yang masih bebas berkeliaran di negara ini.
Dengan dipercayai berkumpulan sebegitu, adalah tidak masuk akal yang ingin dibunuh hanya seorang rakan senegaranya atas masalah keluarga semata-mata.
Beliau dipercayai ada agenda lain yang lebih besar yang hanya menunggu masa untuk melakukannya.
Dalam hal ini, sebagaimana dimaklumkan oleh Razarudin, adalah tepat sekali bila mana pihak polis mengambil pendirian tidak mempercayai pengakuan lelaki Israel itu.
Pihak polis kini akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap lelaki Israel itu untuk mengetahui motif kedatangannnya dan tujuannya memiliki sejumlah senjata serta peluru yang dirampas daripadanya.
Serentak dengan itu, pihak polis juga mula mengambil sikap berwaspada tentang keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beberapa VVIP yang lain.
Sekali lagi, tahniah serta syabas kepada PDRM dan mengetatkan lagi aspek keselamatan kepada VVIP negara ini, khususnya Perdana Menteri yang diketahui lantang bersuara dalam isu Palestin, adalah langkah paling wajar sekali. – ShahbudinHusin 30/03/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/03/30/tak-masuk-akal-nak-bunuh-rakan-senegara-kerana-masalah-keluarga-dengan-guna-enam-pistol-200-peluru.html
RUU PERLEMBAGAAN 2024
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.
#MalaysiaMADANI
#JabatanPenerangan
DIAM DIAM NAK SIAP. YANG BISING SATU DUNIA JADI HUTAN BALIK SEMULA.
Kerja-kerja terakhir keatas Horizon Beranang Circuit kini telah selesai dan ianya bakal dibuka secara rasmi kepada orang awam tidak lama lagi.
Diilhamkan oleh tenaga kerja Horizon Motorsports, litar ini direalisasikan diatas tanah berkeluasan 6 ekar dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang, menempatkan litar sepanjang 1km serta kemudahan sokongan seperti pit, tempat penonton, kafe dan lain-lain.
Apa yang menjadikan Horizon Beranang Circuit istimewa dan berbeza dari litar-litar kecil yang lain adalah dari segi susun atur litar dimana HBC mempunyai 12 pilihan susunan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan serta jentera lumba anda.
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menguji litar ini kelak. Sabar ya, min turun ‘test’ dulu. 🫣
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #HorizonMotorsports #Horizon #HBC #Beranang
PMX MENERIMA KUNJUNGAN MENTERI DARI NEGARA CHINA
Lewat petang tadi saya menerima kunjungan hormat TYT Liu Jianchao yang merupakan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat, Parti Komunis China (CPC), Republik Rakyat China.
Kami membincang serta menyentuh mengenai acara kenegaraan yang akan berlangsung pada tahun ini yakni kunjungan rasmi Premier Li Qiang bersempena ulangtahun ke 50 tahun hubungan persahabatan Malaysia-Republik Rakyat China sejak termeterainya Kenyataan Bersama (Joint Communique) antara Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Zhou Enlai pada 31 Mei 1974.
Kami juga bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ekonomi terutamanya pelaburan dari China, mempertingkat kesalinghubungan, selain terus berpadu dalam lapangan pendidikan dan sektor belia. TYT Liu dan saya bersependapat untuk mempererat hubungan intra-parti dan berkongsi pendirian yang jitu dan kukuh terutamanya dalam konflik kemanusiaan melibatkan Palestin.
Hubungan Malaysia dan China pasti akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sahabat.
#MalaysiaMADANI