SHAHROZAT MEMPERLEKEH WARGA TUA PULAU PINANG
Sosial:KOPI MAHAL DI DUNIA
Cappucino? Expresso? Mocha?
What? Kopi Janda? Tu yg mahal bukan kopinya.. tapi jandanya. Kah kah kah...
Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia.
Kenapa mahal? Sebab ia ada ingredient tambahan.. diproses dan diadun secukup rasa, bukan dalam periuk belanga, tapi dalam perut haiwan.. Haa, jangan terkejut beb. Sebab tu la mahal.. Hehe.
Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama 'Doi Chaang'.
Kopi Luwak keluaran Filipina berjenama 'Alamid'.
Eh.. menatang ape ni? Apa kaitan dengan kopi lak ni?
Haa.. menatang ni la yg buat kopi ni sedap. Menatang ni la yg telah menaiktaraf status kopi ni jadi the most expensive coffee in this world!
Cane jadi gitu pulak? Haa.. relek.. follow story kat bawah ni...
Menatang ni namanya Civet. Lebih kurang macam musang la, badan bintik2.. membiak area Asia, Afrika dan Eropah.
Petani di Jawa Timur memetik biji kopi sebagai makanan Civet.
Hanya biji kopi yg elok dan terpilih je dijadikan makanan Civet.. demi menghasilkan kopi yg berkualiti tinggi.. Errkkk..
Civet diberi makan biji kopi terpilih. Masa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ni. Bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yg unik dan tasty.. Gulp!
Najis Civet dipungut untuk diproses.
Haha.. amacam, ada macam wafer cereal tak? Kah kah kah...
Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.
Inilah hasilnya... Kopi Termahal di Dunia!! Wahaha..
PRK Hulu S’ngor : Cadangan yang perlu dipertimbangkan
PRK Hulu S’ngor : Cadangan yang perlu dipertimbangkan
Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.
Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan.
Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
Perkara yang mesti diminta;-
*
Universiti 1Malaysia
*
Hospital yang moden dan canggih
*
Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
*
Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
*
Kolej Komuniti
*
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
*
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
*
Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
*
ADTEC
*
Institut Latihan Perindustrian (ILP)
*
Pusat Latihan Kemas setiap DUN
*
Masjid Baru 3 buah
*
Kuil Baru 3 buah
*
Tokong Baru 2 buah
*
Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
*
Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
*
Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
*
Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
*
Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
*
Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
*
Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
*
Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
*
Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA
*
Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
*
Sebuah MRSM baru
*
Sebuah Sekolah Teknik
*
Sebuah Politeknik baru
*
Sebuah Pusat Serenti
*
Sebuah Kolej Matrikulasi
*
Sebuah Penyelidikan MARDI
...dan lain-lain.
Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.
SOSIAL: KISAH PRAMUGARI......
Pramugari dari negara Thailand. Siapa sudi tidur jika pramugari seperti ni yang jalan sana sini dalam kabin kapal terbang?
Pramugari dari negara Amerika. Jika pramugari Malaysia berpakaian sebegini, siapa nak naik bas balik kampung lagi?
Pramugari dari negara Jepun. Mekap nampak nipis
je...tapi cukup lawa sudah...
Pramugari dari negara Saudi Arabia. Pakaian seragam dia mesti paling mahal jika berbanding dengan airline yang lain. (Sebab kain banyak sikit...)
Selepas gambar-gambar pramugari dari luar negara, marilah kita fokus balik kepada pramugari
Malaysia...
Ehh...boleh tahan juga...Nape tak pernah aku nampak pramugari seperti ni walaupun dah banyak kali aku travel?
Pramugari dari Fireflies Malaysia. Kira okay juga lah...malahan ni budget airline...Standard memang tak boleh banding dengan airline dari luar negara
....................ni problem mekap atau problem pramugari ni? (Yang seolah-olah pelakon opera cina tu...)
Mesti ramai yang tengah marah-marah dan komplain tentang standard pramugari negara kita depan skreen komputer anda sekarang. Tapi anda patut rasa gembira, sebab sekurang-kurangnya paras muka pramugari kita ni dah kira menonjol...jika banding dengan yang seterusnya.........
Pramugari dari negara Afrika. Penumpang akan tidur lenyap je sepanjang masa penerbangan.
20 tahun tiada bekalan air bersih dan elektrik
20 tahun tiada bekalan air bersih dan elektrik
Oleh Masdar
KUALA LUMPUR : Siapa tidak kenal, Taib Mahmud, Ketua Menteri BN paling lama di Malaysia dan di Sarawak yang memerintah negeri itu sejak era mantan Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussien Onn.
Sepanjang memerintah negeri itu, Sarawak yang kaya dengan pelbagai khazanah alam selain memiliki minyak, tetap dikategorikan sebagai antara negeri miskin di negara ini.
Fenomena kemiskinan rakyat Sarawak misalnya dapat dilihat di Kampung Tudan, dalam kawasan Miri di negeri itu sepertimana lawatan pimpinan Pas Kawasan Miri bersama pimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat baru baru ini.
Bendahari Pas Kawasan Miri, Zaidin Subri berkata, lawatan mereka yang lebih dikenali sebagai ziarah dakwah itu pada 4 April lalu berjaya menemui puluhan rakyat miskin di kampung itu.
Zaidin memberitahu, beliau dimaklumkan oleh penduduk yang merupakan perintis di kampung itu bahawa sejak kampung itu dibuka kira-kira 20 tahun lalu, kerajaan BN sehingga kini gagal menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada mereka.
“Penduduk melahirkan rasa kesal mereka terhadap kerajaan BN yang gagal menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka walaupun ia telah wujud sejak 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Zaidin menambah, apalah ertinya pelaburan asing (FDI) di bumi kenyalang yang kononnya dikatakan teringgi di Malaysia jika rakyat marhaen terus dicengkam dengan kemiskinan sepanjang masa.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sarawak khususnya dalam kawasan Miri agar menilai dengan adil fenomena kemiskinan itu dengan kekayaan Sarawak yang gagal diuruskan oleh kerajaan BN sejak puluhan tahun lalu.
Pada majlis itu, PAS Kawasan Miri melalui Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Tuan Haji Jofri Jaraiee (gambar) berbesar hati menyumbang pelbagai keperluan asas kepada kira-kira 15 keluarga di Kampung Tudan.
Turut serta di majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharudin Tantawi, Exco Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri, Khairul Nizam, Timbalan Setiausaha PAS Kawasan Miri, Arifiriazul dan puluhan pimpinan PAS negeri serta pemuda PAS Pusat.
Terdahulu, PAS mengadakan program Orang Muda Geng Kamek", Jom Sertai PAS ; Jejak Faqir dan Pentas Pemuda yang bertemakan "Sarawak : Kearah Kerajaan Rakyat dan Berkebajikan" yang mendapat sambutan memberangsangkan dari rakyat pelbagai kaum di negeri itu.NAH AIIIHHHH...AWAT LAGU TU...MACAM MANA TAK LAGU TU...DAH NEGERI DAN TEMPAT TU DIA KATA MAK BAPA DIA PUNYA.....