SEMOGA DIHUKUM.

Semoga Walaun ini diberikan hukuman semaksimum sebagai pengajaran kepada Walaun yang lain yg bermain isu 3R

Kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan, (individu tersebut) boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” .

KALAU IKUT CAKAP PEMBANGKANG 33 BULAN, BUKAN DIA ORANG NI KISAH..ASAL JADI ISU BOLEH DITUNGGANG . RAKYAT KELUAR KWSP..MASA TUA..NAK MAKAN APA ?

Menarik 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis tentang orang kampung yang katanya lebih kaya dari orang bandar. Tapi kalau baca betul-betul, kita akan perasan. Dia bukan cerita tentang orang kampung. Dia sebenarnya cerita tentang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻!

Buat rumah 𝙘𝙖𝙨𝙝, hutang kereta 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 (ada geran), tak payah pergi kerja, lepak kedai kopi, itu kan gaya hidup orang pencen. Paling jelas, dia tulis 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮.

Eh kalau orang pencen, nak pelik apa. Aku sendiri pun, InsyaAllah pencen nanti ada sejuta lebih KWSP aku. Memang itulah 𝘱𝘭𝘢𝘯 aku. Buat rumah 𝘤𝘢𝘴𝘩, beli kereta 𝘤𝘢𝘴𝘩, habiskan masa di surau.

Tapi tak semua orang pencen dapat hidup macam tu kot. Yang 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹 mungkin la tak dapat merasa. Dan lagi yang 𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗞𝗪𝗦𝗣 zaman 33 bulan dulu.

Memang ada orang kampung yang kaya. Tapi ramai juga yang 𝘴𝘵𝘳𝘶𝘨𝘨𝘭𝘦. Ada yang sampai 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 nak hantar anak belajar di universiti. Lepas tu anak dia tu sibuk 𝙗𝙚𝙧𝙘𝙤𝙪𝙥𝙡𝙚 dan beli 𝗶𝗣𝗵𝗼𝗻𝗲 16 𝗣𝗿𝗼 𝗠𝗮𝘅.

Tak pasti apa motif 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis macam ni. Tapi aku cuma nak nasihatkan, kalau nak rasa hidup macam yang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis dah pencen nanti, duit KWSP tu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗯𝘂𝗿-𝗵𝗮𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.

Jangan dengar hasutan pembangkang yang 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹, asyik nak gunakan isu pengeluaran KWSP untuk burukkan kerajaan. Duit tu untuk kegunaan kita di hari tua nanti. Supaya kita 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 di hujung usia.

Bukan soal orang kampung kaya, orang bandar miskin, tapi soalnya siapa bijak merancang perbelanjaan dan memperkemas masa depan. Tu je. Guane boh?

Raja Gelap II 

.

UMNO AKAN TERJERAT DENGAN PENGUNDI YANG SAMA..HADI CUBA BUNUH UMNO

Tak pasti kalau 𝗛𝗮𝗱𝗶 memang betul-betul bodoh politik atau dia 𝗯𝘂𝗮𝘁-𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 untuk 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 ahli UMNO. Sebab hakikatnya, tindakan bersama PN dan PAS-lah umpama UMNO 𝗯𝘂*𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶.

Buat perumpamaan, semua parti politik ibarat bengkel kereta. 𝗨𝗠𝗡𝗢 bikin enjin, 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 bikin aksesori dan 𝗗𝗔𝗣 pula jual tayar. Manakala 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 dan 𝗣𝗔𝗦 bikin enjin, sama macam UMNO.

Sekarang ni UMNO bersama Keadilan dan DAP. Walau sama bisnes bengkel kereta, tapi produknya tak sama. Mereka 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 bahkan 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗶. Lepas bikin enjin, boleh terus buat 𝘢𝘭𝘪𝘨𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 tayar atau 𝙨𝙝𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 aksesori.

Sedangkan dengan PAS dan Bersatu tak dapat begitu. Sebab UMNO, PAS dan Bersatu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Ertinya, kalau UMNO tambah pelanggan, PAS dan Bersatu 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻.

Tak mustahil PAS dan Bersatu akan rasa 𝘁𝗲𝗿𝗴𝘂𝗴𝗮𝘁 bila melihat 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 UMNO 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗮𝗷𝘂. Jangan terkejut kalau tiba-tiba PAS dan Bersatu 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 dan akan cuba bu*uh UMNO.

Begitulah realitinya. UMNO, PAS dan Bersatu adalah 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Mereka berharap kepada pengundi dengan 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮. Parti-parti ini juga akan bertanding di tempat yang sama.

Ingat PAS nak ke bertanding di 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴? Jangan haraplah. Walaupun PAS asyik kutuk DAP, tapi mana PAS berani nak singkirkan DAP dari Pulai Pinang. PAS akan bertanding di kerusi UMNO bertanding.

Ingat PAS nak benarkan UMNO kuasai 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 dan 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀? Jangan haraplah. Nak bertanding di negeri tu pun 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝗣𝗔𝗦. Lebai punya tamak sebijik Yahudi 

Perkara itu takkan terjadi bila UMNO bersama dengan PH. Sebab profil pengundi PH berbeza dengan UMNO. DAP di kawasan majoriti bukan Melayu. Keadilan pula di kawasan urban majoriti Melayu. UMNO boleh kuasai kawasan 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.

PH takkan cemburu dengan kebangkitan UMNO sebab ia akan bawa keuntungan buat PH juga jika sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tak macam Bersatu dan PAS yang rasa tergugat dengan kebangkitan UMNO. 

Bodoh sangat ke Hadi tak boleh nak faham benda ni? Sebenarnya tak. Tapi dia nak 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗨𝗠𝗡𝗢. Hadi bukan kira kebangkitan UMNO. Dia cuma nak dapatkan kuasa je.

Bila UMNO ikut PN, cengkaman PAS kawasan Melayu selamat dan takkan tercabar. Lepas menang, UMNO dah boleh 𝗱𝗶𝘀*𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗵. PAS bukan asing pun dengan perbuatan khianat ni. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦.

Tapi terpulanglah kepada pimpinan UMNO. Kalau rasa nak UMNO terus 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘦, UMNO kena hapuskan PAS dan Bersatu. Kalau UMNO pilih bekerjasama dengan mereka, sedialah 𝗴𝗮𝗹𝗶 𝗹𝘂𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?

Raja Gelap II 

UMNO BOLEH LINGKUP KALAU ADA ORANG MACAM DIA NI

Biasanya 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 ni orangnya hebat. Cerdik dan ada idea. Tapi 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 sekarang ni nampaknya tak ada ciri-ciri tersebut.

Selain 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿, 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗱𝗲𝗮 dan 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯, dia juga terkenal dengan perangai 𝗷𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Macam yang terbaru ni. Konon nak 𝘀𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿 𝗣𝗠𝗫.

Apa yang PMX buat pada SEB sekarang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 dengan apa 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri.

Tahun 2001, aku ada kawan yang buat bisnes 𝙗𝙧𝙞𝙙𝙖𝙡. Pada masa tu bisnesnya 𝗱𝗶 𝗮𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻. Dia nak pinjam duit dari aku.

Tapi takkan aku nak beri suka-suka. Sorang pekerjanya  cadangkan 𝗮𝗸𝘂 𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂. Maksudnya, aku bukan beri pinjam tapi aku 𝙟𝙤𝙞𝙣 bisnesnya.

Aku setuju. Jadi aku keluarkan duit. Tapi duit tu aku tak beri padanya. Sebaliknya buat selesaikan 𝘀𝗲𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶, 𝗯𝗶𝗹-𝗯𝗶𝗹 dan lain-lain hutang.

Disebabkan aku dah keluar modal, jadi aku ada 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 dalam bisnes tu. Jadi lepas tu aku pun terlibat dalam 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 dan sebagainya.

Alhamdulillah, untuk beberapa bulan selepas tu kedai tu mula buat untung. Tapi untung tu aku tak ambil lagi sebab nak selesaikan baki hutang lain. Sampailah...

Kawan aku tu 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. Semua baju pengantin dia jual, kedai ditutup tanpa aku tahu apa. Sampai hari ni aku tak tahu dia pergi mana.

Tapi yang aku nak cerita, itulah yang PMX buat untuk SEB sekarang. Beri RM1.1 bilion tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻. Sebaliknya untuk 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 syarikat itu kepada 𝘃𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿-𝘃𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.

Selain itu, dibuat juha audit forensik dan pengurusan syarikat ditukar, bagi memastikan syarikat itu tak terus alami 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.

Konsep Najib macamana pula?

Konsep Najib macam yang lawan aku cuba buat mula mula dulu. Mintak pinjam duit. Bila beri duit, dia boleh buat apa dia suka. Mungkin 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 dan akhirnya, 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮.

𝗕𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 ni sesekali jadilah cerdik. Nak bercakap tu, cuba 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗹𝘂. Kaji fakta, dapatkan segala maklumat, baru bercakap. Taklah kelihatan dungu.

Tak. Dia bukan bodoh. Tapi dia nak perbodohkan ahli UMNO. Dia tahu ada perbezaan sebab ianya 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀. Tapi sebab dia nak 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, dia pusingkan fakta nak bagi nampak konon Najib betul.

Tapi rakyat boleh nampak tindakan terdesak dia untuk angkat Najib. Makin dia buat makinlah rakyat nampak yang Najib tu sebenarnya 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿. Guane boh?

Raja Gelap II 

.

KAMUNTING MENGIMBAU KENANGAN LAMA.

Dalam lawatan kerja ke Perak hari ini, saya berkesempatan mengunjungi Bazar Ramadan Kamunting. Dalam kesibukan orang ramai memilih juadah berbuka, saya luangkan masa menyantuni warga setempat, berbicara, dan menelusuri sejarah yang pernah terukir di sini.

Kamunting bukan sekadar sebuah tempat bagi saya. Ia menyimpan sebahagian daripada perjalanan hidup yang sukar namun penuh makna. Hampir lima dekad berlalu, tetapi masih segar di ingatan saat saya ‘disimpan’ di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun pada 1974 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Hari ini, dalam hiruk-pikuk bazar yang sesak dan meriah, saya bertemu wajah-wajah yang masih mengenali saya, sambil mengingat tentang perjuangan lalu, dan berkongsi kisah tentang kemiskinan yang pernah menghimpit petani serta pesawah miskin di Baling, termasuk di Perak pada ketika itu.

Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan dan amanah ini terpikul di bahu saya, saya akan terus berjuang untuk rakyat dan memastikan agar tiada lagi yang terpinggir, agar setiap jiwa dapat merasai nikmat kemakmuran yang sepatutnya menjadi milik semua.

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

TAK BANTU SALAH.. BANTU PUN HANGPA NAK SALAH. TAK GUNA PUNYA PEMBANGKANG

 Pembangkang menyalak dengan tindakan PMX. Sebaliknya jika PMX xbertindak apa kata mereka

PENCERAHAN MANTAP ISU SAPURA.

Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Iftar Bersama Pimpinan Masyarakat Tempata...

Sarimah Teringin Hendak Jumpa Anwar

Menyantuni Pengunjung dan Peniaga di Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam

RESPON TERKINI ISMAIL SELEPAS DISIASAT! ZAFRUL BERSUA MUKA DENGAN PRESID...

Berdepan siasatan SPRM, bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai. "Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan. "Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai," katanya dalam kenyataan media ringkas, hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan selepas dia memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya. Malaysiakini pagi tadi melaporkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.45 pagi. Difahamkan proses siasatan terhadap Ismail Sabri berlangsung lebih empat jam dan tamat pada jam 3 petang. Ismail Sabri dijangka hadir sekali lagi memberi keterangan esok.

DI BULAN RAMADAN BEKAS CIKGU FITNAH DATUK FAHMI! SANGAT MEMALUKAN APA NI?

UJIAN DUNIA YANG MENJADIKAN PMX BERJIWA KENTAL

Tiga Syarikat Tambah Penerbangan Ke Sarawak Sempena Aidilfitri

Ketiga-tiga syarikat penerbangan bersetuju menambah penerbangan menambah kekerapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

KUCHING, 14 Mar – Batik Air, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia bersetuju untuk menambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penerbangan tambahan itu diperlukan untuk mengatasi peningkatan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.

“Bermula 26 Mac hingga 6 April, ketiga-tiga syarikat penerbangan tersebut akan menambah penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Miri serta Bintulu.

Ia bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan rakyat Sarawak dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggalakkan para pengembara supaya menempah tiket lebih awal bagi memastikan perjalanan mereka terjamin.

“Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan utama untuk memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan awam,” tambahnya.

FOTO BERITA | Anwar seru pemimpin masyarakat perjelas kejayaan Kerajaan MADANI

FOTO BERITA: Majlis Berbuka Puasa MADANI 2025 YAB Perdana Menteri. Turut hadir YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama-sama pimpinan masyarakat tempatan Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 13hb Mac 2025 (Khamis)

SHAH ALAM, 13 Mac 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru pemimpin masyarakat agar membantu memperjelaskan dasar dan kejayaan kerajaan MADANI kepada rakyat serta tidak melayan persepsi negatif yang dimainkan oleh pihak tertentu, termasuk pembangkang.

Berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, beliau menegaskan bahawa lebih baik menumpukan kepada penerangan tentang kejayaan kerajaan, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam, berbanding melayan tohmahan tidak berasas.

“Hampir semua rakyat mendapat STR dan bagi tahun 2025, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion. Pelaburan serta ekonomi juga semakin baik, dan gaji penjawat awam telah kita tambah baik selepas 12 tahun tiada perubahan ketara,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta barisan Exco kerajaan negeri.

Dalam ucapannya, Anwar turut menasihati pimpinan kerajaan dan masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan dalam menyalurkan bantuan, sebaliknya menggunakan sumber sendiri.

“Sebagai pemimpin, kita harus berlumba-lumba melakukan kebaikan dengan menggunakan imbuhan yang kita terima. Jangan hanya mengharapkan peruntukan kerajaan, barulah kita benar-benar memahami makna Ramadan,” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan Ramadan dalam memperbaiki integriti dan moral dalam pentadbiran serta kehidupan seharian.

“Masih ada kebocoran, rasuah, penyelewengan, dan wang yang disimpan secara tidak sah. Ramadan sepatutnya mendidik kita untuk hidup dengan nilai yang betul,” ujarnya.

Beliau berharap nilai-nilai yang diterapkan sepanjang Ramadan dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam memperkukuh tata kelola kerajaan MADAN

ISementara Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa pentadbiran Selangor komited dalam meneruskan agenda pembangunan negeri berlandaskan prinsip MADANI, yang menekankan keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi, dan kemakmuran rakyat.

Beliau turut menyeru pemimpin tempatan untuk terus memainkan peranan dalam menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat serta membantu dalam menjayakan program-program pembangunan negeri.

Poster tular palsu, Saifuddin bidas pihak berulang kali main isu 3R

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution membidas pihak yang masih berulang kali membuat fitnah mengenai isu pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Saifuddin menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemberian kerakyatan kepada pendatang China seperti poster yang sedang tular ketika ini.

Ujarnya, sejak tahun lepas beliau telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini tetapi sehingga kini masih ramai yang memainkan sentimen 3R itu.

“Kenyataan ini adalah fitnah. Kelulusan kewarganegaraan adalah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub sejak sekian lama dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar fitnah tersebut.

“Sepanjang tahun lepas, saya telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini. Namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen yang berbaur 3R.

“Perbuatan yang tidak bertanggujawab ini sangat bahaya, ianya mampu mengganggu gugat keselamatan dan keamanan rakyat di dalam negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau menggesa rakyat mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul dan tepat, dengan cara membuat pengesahan sebelum ianya dikongsi.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan menyebar fitnah dan berita palsu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ismail Sabri Sambung Keterangan Hari Kedua Di SPRM

Ismail Sabri Yaakob hadir untuk sambung beri keterangan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 14 Mac 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 14 Mar – Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi menyambung proses beri keterangan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Beliau tiba di pejabat SPRM pada jam 8.46 pagi memakai kurta warna putih menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam diiringi kenderaan peronda polis.

Ahli Parlimen Bera, Pahang itu sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu sejak jam 8 pagi bagi membuat liputan berkenaan kes dihadapi beliau.

Semalam Isail Sabri hadir bagi memberi keterangan dan tiba di pejabat SPRM pada jam 9.45 pagi dan meninggalkan pejabat SPRM pada jam 3.13 petang selepas lima jam memberi keterangan kepada pegawai SPRM.

Dalam sidang media SPRM minggu lalu mendedahkan penemuan wang tunai pelbagai mata wang serta jongkong emas yang secara keseluruhannya berjumlah RM177 juta.

Pendedahan itu dibuat menerusi siri serbuan membabitkan tiga premis termasuk sebuah ‘safe house’ di sekitar ibu negara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan berkenaan.

Semua hasil rampasan itu juga turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sewaktu sewaktu beliau mentadbir kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam baki sebelum ini menyatakan, Ismail Sabri dikategorikan sebagai suspek kes terbabit selepas memanggil beberapa saksi termasuk beliau sendiri.

Siasatan terhadap beliau sebelum ini tergendala beberapa kali susulan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dilaporkan rebah di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Siasatan terhadap Ismail Sabri dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ini adalah kali kedua Ismail Sabri beri keterangan kepada SPRM selepas Azam Baki menyatakan PM9 adalah suspek. Sebelum ini Ismail Sabri ada hadir membantu siasatan selepas SPRM menahan empat pegawai beliau serta merampas RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’.

VIRAL ‼️AHLI PARLIMEN PN TAK PUAS HATI DENGAN DR ASYRAF WAJDI

Persatuan Penjaja Nak Ambil Balik Tapak Bazar Dari DBLK??

WALAUN ...JOM SERBU BELI BERAS MURAH....Beras Tempatan Sudah Ada Tapi Pembeli Pula Hilang??AUAN...

MASA INILAH PELUANG BAGI SPRM SIASAT JIKA DAHULUNYA TAK BAYAR HUTANG.

BAGAIMANA SELAMA INI SAPURA BOLEH TAK BAYAR HUTANG VENDOR?

Dalam isu apa yang disebut sebagai pelaburan strategik atau pinjaman atau bailout atau  usaha menyelamatkan Sapura Energy dengan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion, tujuan utamanya ialah untuk membayar hutang kepada vendor-vendor yang gagal dilunaskan oleh syarikat tersebut.

Tidak disebutkan berapa jumlahnya daripada RM1.1 bilion itu untuk membayar hutang-hutang vendor terbabit.

Cuma yang disebut ada kira-kira 2,000 vendor yang masih tidak dibayar oleh Sapura dan 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera.

Selain sudah disebut dalam penjelasan Sapura sebelum ini berkaitan dana itu untuk membayar hutang vendor, Perdana Menteri juga mengulangi perkara yang sama ketika berucap dalam perhimpunan di Kementerian Kewangan, pagi semalam.

“Daripada kira-kira 2,000 vendor, 80 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera yang telah menyumbang kepada Sapura Energy.

“Bagaimana mereka (vendor) boleh dihukum?

“Kalau saya tak tolong, (dituduh) Anwar khianat (sebab) dan kata dia bukan lagi membantu perjuangkan nasib bumiputera, dia hanya jadi jurucakap DAP.

“Kalau kita buat, dia kata: oh ini kita bantu (syarikat terbabit).

“Saya tak bantu selamatkan tauke-tauke kaya. Wang itu setiap sen terus (dibayar) kepada vendor yang telah bekerja (untuk Sapura Energy) dan tidak dapat bayaran,” kata Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu, menurut Anwar lagi, bayaran tersebut adalah untuk memastikan syarikat minyak dan gas itu (Sapura) tidak bankrap serta dapat terus beroperasi dalam industri hiliran supaya negara tidak bergantung kepada pengusaha asing.

Apa yang menjadi persoalan dalam hal ini ialah, mengapa selama ini Sapura tidak membuat bayaran sepenuhnya kepada vendor-vendor yang melakukan kerja untuk mereka?

Bukankah apabila Sapura memperolehi sesuatu projek, mereka telah dibayar oleh syarikat yang memberikan kontrak tersebut?

Ke mana hilangnya duit yang sepatutnya dibayar kepada vendor-vendor terbabit?

Sudah berapa lamakah hutang-hutang kepada vendor itu gagal dibayar oleh Sapura?

Sebab itu, sebagaimana gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, audit forensik yang disebut oleh Perdana Menteri telah dilakukan terhadap Sapura, ia kini wajib didedahkan kepada umum.

Tiada guna audit forensik yang telah dilakukan, tetapi hanya tersimpan dalam peti besi semata-mata.

Hanya dengan didedahkan kepada umum saja barulah diketahui apa “penyakit” sebenar dalam Sapura Energy sehingga hutang kepada vendor-vendor pun terbiar tidak berbayar dan akhirnya dana kerajaan terpaksa digunakan untuk langkah penyelamatan.

Cisssss…- ShahbudinHusin 14Mac2025.

NASIB BAIK ANWAR JADI PM. TIDAK SAPA NAK PEDULI ISU SEB

SANUSI BOHONG APA RINI

HRC LIVE!! - RM170 JUTA - SIAPA 3 PIMPINAN PAS TU? | PMX LUAH PERASAAN -...

ATOK TERKEJUT ???

RESHUAH-3 PIMPINAN PAS TURUT DIPANGGIL.

Pernah membesar di flat, lelaki ini kongsi kenapa dia sokong penuh Akta PSB

Sebagai seseorang yang pernah membesar di rumah flat kos rendah, seorang individu menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan melaksanakan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Individu dikenali sebagai Ustaz Salman Ali berkata, dia tidak memahami mengapa ada pihak yang membantah dan menyarankan pihak itu merasai sendiri kepayahan tinggal di rumah-rumah flat yang tidak mempunyai lif.

“Sebagai seorang yang membesar di rumah flat, saya sokong penuh URA. Yang membantah kena rasa duduk di tingkat 3 atau 4 di flat-flat lama yang tak ada lif.

“(Rasa duduk di) rumah flat 500 square fit satu bilik yang didiami keluarga lima orang, atau tiap-tiap minggu ada jiran bergaduh berebut tempat letak kenderaan.

“…atau dinding dan bumbung lama yang dah mereput, atau paip yang ditumbuhi pokok liar, dan banyak masalah lain yang hanya orang duduk di situ merasa,” katanya di Facebook.

Ustaz Salman berkata, untuk keseimbangan semua adalah memadai untuk pihak berkuasa mendapatkan persetujuan 75 peratus penduduk.

“Apatah lagi jika ditawarkan gantian rumah yang lebih luas di kawasan sama atauberhampiran dengan tawaran membeli unit kedua, ketiga di bawah harga pasaran.

“Saya tak faham yang membantah, apa cadangan penyelesaian kamu selain dari menakutkan orang dengan isu komposisi kaum,” katanya.

Isu pelaksanaan Akta PSB agak panas dibincangkan. Biarpun tujuan kerajaan untuk menaiktaraf kehidupan majoriti penduduk Melayu, namun ia mendapat tentangan dari pembangkang yang memainkan isu kaum.

Pembangkang mendakwa Akta PSB adalah untuk menyingkirkan Melayu dari kawasan bandar, biarpun pada 2020 PN sendiri yang mencadangkan akta tersebut.

Ia tidak dibantah oleh seorang pun ahli politik PN waktu itu.

Untuk rekod Perdana Menteri telah memberi jaminan Akta PSB tidak akan menafikan hak atau mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di sesuatu kawasan.

Undang-undang PSB yang akan dibawa ke Parlimen kelak juga tidak akan memaksa mana-mana pemilik rumah atau tanah untuk diusir, termasuklah mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di mana-mana kawasan.

PM Anwar Lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, Nasihat Peniaga Jaga Harga Jualan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto RTM

SHAH ALAM, 13 Mar – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Anwar, yang diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi, tiba pada 6.15 petang serta meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau dan berbual dengan peniaga serta pengunjung di bazar itu yang menempatkan 42 gerai.

Beliau kemudian bergerak ke Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7 bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan Negeri Selangor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto RTM

Sementara itu, peniaga otak-otak Baharudin Bahman, 49, berkata ketika berkunjung ke gerainya, Perdana Menteri sempat memberi nasihat supaya dia berniaga dengan berhemah serta mengawal harga jualan agar kebajikan pengguna dapat dijaga di samping menjana keuntungan ketika Ramadan.

“Datuk Seri Anwar juga berpesan supaya mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan kepada kami sebagai peniaga,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi melawat peniaga di bazar itu.

Peniaga kuih Nooramimi Rosdi, 40, pula menyifatkan lawatan tersebut sebagai bukti keprihatinan pemimpin nombor satu negara itu terhadap situasi rakyat di peringkat akar umbi khususnya golongan peniaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto RTM

“… tadi memang gementar tapi teruja sebab ini kali pertama jumpa Perdana Menteri dan saya terharu juga bila lihat dia datang dan sanggup luangkan masa sebentar untuk lihat kami di sini,” katanya.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri juga sempat meninjau reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bagi menyaksikan pelaksanaan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata tambah nilai Touch ‘n Go sebanyak RM20 ditawarkan kepada 6,000 pengguna yang hadir ke reruai kementerian itu di bazar tersebut hari ini selaras dengan aspirasi untuk merancakkan pendigitalan transaksi dalam kalangan peniaga.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Anwar menyatakan hasrat untuk meninjau harga dan kualiti makanan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri turut mengarahkan agar pemantauan harga makanan di bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan.