BANTUAN KEPADA YANG SEPATUTNYA

 

Hari ini saya menziarahi Kak Norezah yang mengalami kemalangan jalan raya semalam yang telah mengorbankan nyawa anak bongsunya Nur Airis.
Adik Nur Airis hanya berumur 10 tahun. Ayahnya baru meninggal dunia tahun lalu akibat Covid-19.
Sedihnya hati saya.
Saya hulurkan khairat kematian namun tiada sebarang pemberian dapat menggantikan orang tersayang yang telah terdahulu pergi.
Hanya doa kepada Tuhan mampu mengubat kemasyghulan ibu yang kehilangan anak kecilnya.
Bertabahlah Kak Norezah, saya sudah pesan wakil kaum ibu saya di kampung untuk menjaga keperluan kak buat masa ini.
😔🤲🏽

INI BARU BIJAKSANA. BUKAN NAK MUDAH DUIT TANAM KETUM...KAH..KAH...KAH


 Shah Alam: Projek Usahasama Tanaman Jagung Bijirin di Gemas, Negeri Sembilan dan Kuala Langat Selatan dijangka mampu mengurangkan kebergantungan bekalan import itu sehingga dua hingga tiga peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek tanaman itu adalah usaha sama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan - Pemerbadanan (MBINS) menerusi Program Inisiatif Sekuriti Makanan."Projek ini sebagai tanda komitmen untuk menyelesaikan isu kenaikan harga makanan ayam sekali gus mengurangkan kebergantungan jagung bijirin import.
"Projek ini akan bermula sebaik kerja pembersihan selesai yang dijangka pada suku ketiga tahun ini."Projek di atas tanah seluas 283.2 hektar (700 ekar) di kedua-dua kawasan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM3 juta," katanya.
May be an image of 2 people, people standing and text that says "Metro Selangor, NS sepakat tanam jagung atasi kenaikan harga makanan ayam f Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my PERBADANANKEMJUAN LELANGOR PERTANANSEL PERTANIANSE MBI NEGERISEMBILAN ANGMOIA MBI AMIRUDIN (kiri) bersama Aminuddin pada sidang media selepas majlis menandatangani ΜοU berkenaan. FOTO BERNAMA Shah Alam: Projek Usahasama Tanaman Jagung Bijirin di Gemas, Negeri Sembilan dan Kuala Langat Selatan dijangka mampu mengurangkan"

SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH

 Marilah kita sama² doakan semoga Ustaz Kazim ini sembuh dari penyakit yang beliau sedang alami

🤲🤲🤲
Mungkin ada doa dari kita² ini makbul diterima Allah swt. Kalau khatib² baca khutbah selitkan doa buat Ustaz Kazim pun sangat dihargai.

Lagi lantikan politik dalam urusan kerajaan.

 Lagi lantikan politik dalam urusan kerajaan.

1. Di manakah rasionalnya pelantikan Ahli Parlimen yang juga Ahli Politik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia?
2. Sistem pelantikan Duta Malaysia ke negara asing yang diamalkan selama ini dibelakangkan akibat motif politik.
3. Rakyat sudah muak dengan adegan berkongsi "kek" dalam kalangan orang yang berkepentingan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang kritikal kini.
4. Sistem pelantikan bermotifkan politik ini bakal membuka "flood gate" terhadap kerosakan sistem pemilihan Duta yang sedia ada pada masa hadapan.
5. Indonesia adalah merupakan rakan strategik negara kita buat sekian lama. Mengisi posisi yang penting ini sepatutnya dibuat melalui proses yang sewajarnya bukan melalui pelantikan politik.
6. Perdana Menteri digesa menjelaskan perkara ini yang menjadi keresahan ramai pihak.
Salahuddin Ayub,
Pengerusi Biro Antarabangsa,
Parti Amanah Negara
May be an image of 1 person and text that says "Pelantikan Tajuddin dipersetujui Jokowi Oleh Rafidah Mat Ruzki Mei 18, 2022 @ 3:06pm fidahruzki@bh.com.my f + Ahli Parlimen Pasi Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.-"

MASA PH PERINTAH HANGPA NAK BOIKOT BARANG CINA BAGAI...BUAT KEMPEN BMF.....SAMPAI ADA SUPERMARKET TUTUP SEBAB MELAYU ISLE TAK SUPPORT...NIH AYAM TAK DAK...LAGU MANA ?


 Pergi Maslee tadi, ayam seekor tak ada. Yang ada ayam potong. Tengok harga sampai dekat RM18 sekilo. Rasanya mungkin taktik penjual potong potong ayam supaya boleh jual lebih harga siling.

Aku tak salahkan peniaga. Sebab benda datang pun dah memang mahal. Nak jual murah macamana? Penternak pun terpaksa naikkan harga sebab dedak naik melampau. Katanya antara bahan untuk buat dedak adalah tepung. Sebab itu jadi mahal.
Yang salahnya kerajaan. Sebab kerajaan tak pernah beri perhatian serius pun. Harga naik, dia tetapkan harga siling. Kemudian saman yang naikkan harga. Setakat macam tu, tak padan dengan gaji diorang.
Tadi aku dengar di radio, kononnya Isnail janji akan selesaikan isu tambang kapal terbang mahal ketika musim perayaan. Iyalah sangat. Bodoh bebenor la kalau ada yang nak percaya apa dia cakap.
Isu harga ayam ni pun langsung tak boleh handle walaupun dia ada kuasa. Tiba-tiba nak selesaikan isu tiket kapal terbang sedangkan itu berkaitan syarikat swasta. Sembang boleh la! Guane boh?

Seminar online SaveKelantan.

 Seminar online SaveKelantan.

Terima kasih kerana berminat dengan Siri seminar kami.
Sila isi maklumat 👉 whatsform.com/1DxJbK* supaya kami dapat memberi link seminar kepada anda.
Terima Kasih
May be an image of 2 people and text that says "SIRI BICARA PRO Save Kelaratan 22hb 9.00MLM MEI 2022 Moderator Dr Ir Mustafa Salleh ROHANA KAMARUDIN Mantan Ketua Program Kejuruteraan Bekalan Air Institut Kerjaraya JKR HQ ABC Bekalan Air Bersih Daftar SEKARANG! www.savekelantan.org.my Google Mect"

Catatan ‘KJ’, ‘bomoh’ direkod dalam buku faraid UKSB, saksi beritahu mahkamah

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Buku 555 dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi, adalah lejar
 yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada
 beberapa individu antara 2014 dan 2018. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa catatan ‘KJ’, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku ‘faraid’ Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Zahid ketika dirujuk buku faraid tersebut.

Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Ketika ditanya Zaidi, adakah Lee boleh mengesahkan bahawa ‘KJ’ yang dinyatakan dalam lejar tersebut adalah Khairy Jamaluddin, saksi itu menjawab, ‘itu saya tidak pasti.’

Zaidi: “Saya rasa anda kenal Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) yang pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?”

Lee: “Saya tidak begitu pasti beliau bekerja dengan KJ sebelum ini. Tetapi saya tahu beliau (Wan Quoris Shah) kata beliau sangat mengenali KJ.”

Dalam prosiding sebelum ini, Lee dalam pernyataan saksinya berkata, beliau membawa masuk Wan Quoris Shah sebagai pengarah dalam UKSB pada Mei 2013 kerana lelaki itu adalah ahli Umno dan syarikatnya memerlukan kelebihan individu tersebut bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan Zahid yang ketika itu menteri dalam negeri.

Saksi itu juga tidak dapat menjawab soalan Zaidi ketika ditanya mengenai pembayaran kepada individu dicatat dengan perkataan ‘bomoh’ dalam buku sama.

Selain catatan KJ dan bomoh, antara catatan lain yang tertera di dalam buku tersebut adalah KPU (ketua pengarah), FM (menteri luar), SUB (setiausaha bahagian) dan AK (Akbar Khan).

Saksi pendakwaan ke-15 itu juga bersetuju dengan cadangan Zaidi bahawa bayaran yang dibuat kepada menteri dan ahli politik yang dicatatkan dalam buku tersebut adalah sumbangan politik.

Lee turut mengesahkan bahawa sumber kewangan yang dibayar kepada individu dalam buku faraid tersebut diperoleh daripada sub kontraktornya di Hong Kong (syarikat itu dilantik UKSB bagi menguruskan sistem Visa Luar Negara (VLN) bagi pihak mereka dan sumber dana tersebut tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun UKSB.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku menteri dalam negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei.