BTN TUNGGU MASA DIMANSUHKAN

ROSMAH DISAMAN FIRMA EMAS LUBNAN


Diterbitkan 

Sebuah Firma ,  tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, namun ianya telah  dirampas oleh polis pada Mei.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa mereka seringkali menghantar barang kemas untuk dilihat oleh rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.
'Rosmah mengakui terima barangan'
Menurut Firma Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.
Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.
"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu.
Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas, dan bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.
Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.
Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.
Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Pada Mei lalu, polis menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari dua unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.
Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International.

‘NAJIB JANGAN BERLAKON MANGSA PENDAKWAAN POLITIK’

Dihukum salah, Himpunan Hijau tetap teruskan perjuangan


15 aktivis Himpunan Hijau termasuk pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Bentong Wong Tack didapati bersalah menyertai perhimpunan anti-Lynas empat tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Datuk Unaizah Mohd memerintahkan Wong Tack dan sembilan aktivis yang lain didenda RM1,500 manakala lima lagi tertuduh dihukum denda RM1,600 dengan penjara selama 30 dan 40 hari bagi setiap hukuman.

Jumlah keseluruhan denda ialah RM23,000 dan sebanyak RM24,000 berjaya dikumpul dalam tempoh tiga jam melalui sumbangan orang ramai.

Ketika dibubungi, Wong Tack menzahirkan rasa sedih dan kesal dengan keputusan berkenaan yang bukan sahaja telah memakan masa yang panjang, malah turut mengakibatkan pelbagai kesukaran kepada aktivis dan ahli keluarga mereka.

“Pihak kami akan berbincang dengan pasukan peguam untuk rayuan. Kita akan terus suarakan perkara ini dan saya telah pun bercakap dengan Menteri berkaitan mencadangakn penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji perkara ini.

“Saya berasa yakin kita akan menangani perkara ini mengikut undang-undang.

“Saya percaya kita akan lakukan yang terbaik supaya Lynas dapat diambil tindakan sewajarnya dan saya yakin sekurang-kurangnya kita boleh memastikan Lynas mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan derma bagi menampung bayaran denda yang ditetapkan.

Kerajaan kaji semula projek Lynas

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin semalam telah mengumumkan sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk  untuk mengkaji semula projek Lynas.

Jawatankuasa itu katanya akan diketuai oleh beliau, Wong Tack dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
“Saya telah bercakap dengan mereka dan mereka juga telah bersetuju. Jadi, kita akan lihat jawatankuasa itu pada minggu hadapan.

“Kami juga akan berjumpa Jabatan Alam Sekitar untuk membincangkan mengenai isu Lynas dan melihat bagaimana kami dapat membentuk jawatankuasa itu, dan kemudian mengambil langkah seterusnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bakri. 


Syahredzan Johan: DAP, Islam, sekularisme



Dinamik politik baru dalam tempoh 20 tahun kebelakangan pasca reformasi telah banyak mengolah corak fikir dan sudut pandang rakyat Malaysia. Tambahan lagi apabila politik arus perdana selama ini dibelenggu dalam rangka fikir idea feudal, perkauman dan agama, dengan wajah-wajah tua.
Justeru tidak hairan apabila regim lebih 60 tahun UMNO-Barisan Nasional (BN) tewas, ia disambut dengan pelbagai slogan; Malaysia Baru misalnya yang disebut-sebut sekalian masyarakat, termasuk sebahagian gerombolan cybertrooper BN yang masih setia kepada tuan lamanya.
Bermula dari revolusi aman tergulingnya kerajaan Najib Razak, ia membenarkan bahawa kesedaran politik rakyat sudah meningkat ke tahap yang lebih tinggi – termasuk Syahredzan Johan, yang beranggapan bahawa rakyat khususnya orang melayu sudah berani mengatasi segala ketakutan dan gelisah kaum-agama yang dimomok UMNO selama ini.
Syahredzan Johan, peguam muda yang baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang berkata keghairahan politik golongan muda untuk melakar sejarah baru Malaysia telah terbukti.
“Bagi aku rasanya orang mudalah yang berjaya realisasikan apa yang kita nampak. Jika lihat data, orang muda bawah 40 tahun, bawah 45 tahun, mereka paling terkesan dalam isu kos sara hidup dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, antara faktor yang turut menyumbang kepada ghairah perubahan politik golongan muda ialah tahap pendidikan, pembacaan, melalui teknologi maklumat dan tidak dibelenggu beban sejarah lampau seperti peristiwa 13 Mei.
Anak kelahiran Selangor itu ada sebab tersendiri mengapa beliau tertarik menyertai politik dan memilih DAP sebagai wadahnya.
“Aku masuk politik sebab sedar, nak beri sumbangan untuk buat perubahan bermakna, kena melalui parti politik. Ini bukan bermakna NGO tak berfungsi atau tak efektif (tetapi) secara peribadi aku nampak perkara yang libatkan dasar, undang-undang dan sebagainya perlu melalui parti politik.
“Kita boleh beri tekanan daripada luar tapi jika betul-betul nak lakukan sesuatu kena (masuk) dengan politik dan cuba buat perubahan melalui parti politik,” katanya.
Liberal, sekular, kafir
Penyertaan golongan muda dan Melayu sebagai kader DAP sejak sekian lama dibelenggu dengan tohmahan yang dikaitkan sebagai liberal, sekular malah sehingga ada yang dikafirkan sesetengah pihak.
Namun, bagi Syahredzan, segala dakwaan itu tidak tepat dan tuduhan dibuat hanya berdasarkan stigma serta salah faham terhadap konsep-konsep hak asasi yang sebenar.
“Orang salah faham tentang sekularisme mengatakan bahawa ia tak ada agama walhal sekular itu bermakna pemisahan agama dan pentadbiran.

“Kalau ikut konsep sekular Perancis, pentadbiran di Malaysia tak sekular. Perancis betul-betul terpisah (dengan agama) maknanya tak boleh ada agama langsung dalam pentadbiran, ataupun dalam politik. Tapi di Jerman pula lain – jadi, sekularisme Jerman pula berbeza dari Perancis. Kita (Malaysia) pun sekular juga tapi sekular acuan kita,” jelasnya.

Katanya, disebabkan stigma yang terlalu menebal, masyarakat Islam tidak melihat bahawa pentadbiran sekular yang di amalkan di negara barat telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada penganut agama Islam untuk beramal dengan ajaran mereka.
Justeru sekularisme katanya adalah penting dalam sesebuah pentadbiran agar tidak wujud diskriminasi ke atas mana-mana kumpulan.
“Aku dah lama rasa memang kita perlu sekularisme dan pandangan bahawa negara kita ini asasnya juga adalah sekular walaupun ada undang-undang syariah.

“Jadi bila kita nak buat undang-undang contohnya, orang yang akan gubal undang-undang tu siapa? Bukan orang Islam sahaja. Ia perlu melalui proses sekular di mana ia perlu digubal, dibincangkan dibahaskan oleh semua wakil rakyat.

“Jadi itu adalah proses sekularlah. Jadi untuk kata DAP sekular, memang aku tak ada masalah,” kata Syahredzan.

Beliau turut menyanggah dan menjawab segala momokan liar yang sering didakyahkan jentera propaganda UMNO-BN terutama berhubung kedudukan istimewa Raja, Melayu dan Islam yang kononnya semakin terhakis.