DEEN SAMSUDDIJ
Tambahan kawasan yang terlibat gangguan air di Jajahan Pasir Mas dan Tumpat
DEEN SAMSUDDIJ
Tambahan kawasan yang terlibat gangguan air di Jajahan Pasir Mas dan Tumpat
Deen Shamsuddin
Owhh..inilah TIMAH, ingatkan teh tarik tadi..
Yang dulu menentang nak hapuskan arak ni dah kenapa bila jadi kerajaan boleh keluarkan arak buatan Malaysia sendiri?
Carlsberg & Heineken tu jenama dari barat kot, sebab tu dulu menentang minta dihapuskan,
Kalau jenama buatan Malaysia boleh sangat lah kan???
Ok lah ada pelaburan baru, boleh bayar gaji 70 menteri dengan Duta-Duta Khas ke Timur Laut (dapat gaji boleh buat modal candat sotong)..🥴🥴🥴
#PASTIMAH
Roshan.
Wahai saudara Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor. Rasanya saudara ni perlu belajar sejarah berkenaan struktur industri air Selangor sebelum 2008. Sebelum 2008 terdapat 3 syarikat yng berperanan sebagai perawat air iaitu ABBAS, Puncak Niaga dan Splash. Manakala agihan air dipertanggungjawabkan kepada Syabas. Kesemua entiti2 di atas adalah berorientasikan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada kebajikan pengguna air. Air merupakan nadi kehidupan yang dikurniakan Allah, dijadikan komoditi komersial semenjak 1994 oleh kerajaan Negeri ketika itu. Rasanya saudara amat arif berkenaan siapa yang memegang tampuk kerajaan negeri ketika itu.
Maka pada 2008 ketika berlaku peralihan kerajaan maka PR yang memenagi PRU 12, telah mengorak langkah untuk mengembalikan hak asasi rakyat iaitu air. Ditawarkan kepada syarikat2 di atas laba dan wang bedasarkan bermacam2 asas penilaian yang mana saudara patut maklum bedasarkan kelulusan saudara. Kecuali jika saudara pemalas nk ingat balik apa yang dipelajari. Almaklum dah jadi politikus. http://dewan.selangor.gov.my/question/masalah-pengambilan-syarikat-air-di-selangor/
Dalam bab penyelengaraan, pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air sila rujuk balik laporan berita dan mohon saudara berfikir sejenak, patut ke bekalan air diterukan dalam keadaan aset hampir rosot dan rosak akibat kegagalan konsensi 3 syarikat menyelenggara aset2 air Selangor. Bab pencemaran ia merupakan tanggungjawab Pusat dan ia benar berlaku bkn alasan. Sedih bila orang belajar tinngi sampai luar negara tak faham perkara ini.
Jika saudara berpendapat yang cara nak menyelesaikan masaalah air di Selangor ini adalah dengan menukar kerajaan, rasanya elok fikir dua kali. Bwh Umno BN air dijadikan komoditi komersial dan tarif yang menjerut rakyat mungkin dikenakan sepertimana perjanjian konsesis asal semasa 1994. Masaalah air di tempat lain rasanya lagi serius.
https://www.satuwater.com.my/index.php/ms/pages/notis
Jadi nasihat saya yang kurang bijak ini adalah, elok Saudara cuba nasihatkan negeri lain yang juga tak henti2 bermasaalah bekalan airnya, dari sibuk nak mengajar kami di Selangor cara memilih kerajaan negeri. Kerana kami berpuas hati dengan pentadbiran sekarang yang ada kelemahanya, tetapi sentiasa memastikan kebajikan rakyat terjaga. Untuk pengetahuan saudara ramai tengah marah sekarang dgn kerajaan Selangor. Marah kerana terlalu banyak air dah ditakung, tapi rupanya belum sempat nak digunakan air paip dh mengalir semula hasil kecekapan Air Selangor. Satu lagi nasihat. Kalau nk memenangi hati rakyat Selangor usah dimarah penyokong PH kerana kami juga pengundi dan kami majoriti. Mungkin jugak yang atas pagar yang bakal menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan Negeri. Belajarlah berjiwa besar dan cuba menangi hati semua pihak. Saudara orang bijak lulusan luar negara. Jgn malukan taraf saudara.
HAMZAH RIE NA
Selangor bagi notis 4 hari untuk selenggara paip uzur. Dapat settle 2 hari. Walaun komplen.
MOHD MUKHLIS
Lebai semakin baryani! - Mulut penuh sagon sambil di pairing dengan Al-Timmah, keluaran kerajaan Melayu Isley.
600 penyokong dan ahli Pas dalam Dun Gual Ipoh Parlimen Tanah Merah dilaporkan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penulis politik Mohd Sayuti Omar mendedahkan penyertaaan ahli dan penyokong Pas itu merupakan gelombang kemarahan rakyat Kelantan kepada kerajaan Pas atas kegagalan kerajaan lebih 30 tahun.
Katanya kegagalan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat sudah mula meletus dengan penghijrahaan beramai-ramai para penyokong dan ahli Pas di Tanah Merah.
“Malam semalam diumumkan 600 orang penyokong ahli dan penyokong Pas dalam Dun Gual Ipoh parlimen Tanah Merah menyertai parti Keadilan (PKR).Majlis penghijrahan beramai-ramai itu diraikan oleh Setiausaha Agong Keadilan Saifuddin Nasution Ismail.
“Antara yang mengumumkan menyertai Keadilan, Ketua Pas Cawangan Kampung Liku, Gual Ipoh Che Rahim dan Ketua Pengundi luar Pas Sdr Roslan,” tulis beliau di Facebooknya.
Beliau percaya, penghijrahan beramai-ramai itu dilihat sebagai satu permulaan protes besar-besaran rakyat Kelantan terhadap kerajaan Pas yang kini makin dipertikaikan mengenai kewibawan mereka mentadbir dan mengurus Kelantan.
“Antara isu yang meruncing di Kelantan dan menekan rakyat ialah masalah air bersih, kenaikan cukai tanah serta kemiskinan yang ketara dan pengangguran."
Hadir sama dalam majlis penghijrahan itu Pengerusi Keadilan Kelantan Supardi Mohammad Noor.
Dalam ucapan Supardi merasa pelik dengan tindakan ahli dan panyokong Pas itu kerana sesudah berpuluh tahun akhirnya meninggalkan Pas.
“Tindakan itu menurut Supardi menandakan masa dan peluang terbaik untuk Keadilan membawa perubahan di Kelantan dengan memulakan langkah menawan parlimen Tanah Merah,” kata beliau.
Parlimen Tanah Merah pernah menjadi milik Keadilan dalam pilihan raya ke12 lalu.
PETALING JAYA: Umno masih mengumpul maklum balas daripada banyak pihak, termasuk kepemimpinan parti itu dalam membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, parti itu juga tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.
Katanya, maklum balas mengenai kerjasama itu akan diperhalusi pada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijangka diadakan selepas pengumuman berkaitan PRN Melaka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita membincangkan semua perkara pada mesyuarat MKT malam tadi, namun belum membuat keputusan (mengenai kerjasama dengan PN). Kita juga mendapatkan maklum balas dan pandangan sebelum membuat keputusan.
“Tiada keperluan mendesak untuk membuat keputusan itu dan kita juga tidak boleh mendahului SPR yang akan menentukan sama ada PRN boleh diadakan atau sebaliknya.
“Jika SPR menentukan pilihan raya itu boleh diadakan dan tarikh sudah diumumkan, kita akan membuat keputusan mengenai kerjasama berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Melaka.
Dalam pada itu Ahmad memaklumkan, kunjungannya ke Melaka adalah untuk meninjau persiapan menghadapi PRN.
Beliau berkata, beberapa lagi siri kunjungan akan dilakukan oleh pucuk kepemimpinan parti, termasuk lawatan ke kawasan DUN oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa dan Khamis depan.
Bekas menteri agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers.
Padahal, kata ahli parlimen Parit Buntar itu, skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers melibatkan kehilangan wang trilion ringgit yang sepatjutnya menjadi hasil cukai untuk negara.
“Trilion cukai dilarikan dari kalangan oligarki politik dan korporat.
Beliau mengecam perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang mendiamkan diri ekoran pendedahan itu, begitu juga pejuang Melayu dan Islam dari Umno dan Pas
“PM diam, parti Melayu Islam jadi bisu,” kata Mujahid yang ditujukan kepada Ismail serta Umno dan Pas.
Padahal, katanya, ketika Pakatan Harapan memerintah dahulu, di mana beliau adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tabung Haji telah diserang dan didesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
“Bab TH mereka sibuk nak buat RCI walaupun terbukti berjaya dipulihkan. RCI Pandora mana?
KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, kepimpinan parti akan mengadakan mesyuarat sekali lagi tidak lama lagi.
Katanya, langkah itu diambil setelah tiada keputusan dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.
“Saya tidak tahu. Tiada keputusan lagi.
“Kita akan meeting lagi sekali,” katanya ketika mengulas mengenai mesyuarat MKT UMNO yang diadakan sebentar tadi.
MKT UMNO malam ini bermesyuarat selama 3 jam untuk membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dalam masa sama, mesyuarat juga dikatakan turut membincangkan mengenai sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka. – MalaysiaGazette
Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menjadi duri dalam daging bagi hubungan antara Malaysia Timur dan Semenajung sejak beberapa dekad lalu, terutama dari segi pembahagian hasil bumi dan percukaian yang dianggap merugikan Sabah dan Sarawak.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).
Ketua PH itu berharap pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan lebih banyak kuasa dan menjadikan kedud-dua negeri sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia boleh diluluskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat bermula 25 Oktober ini.
“Saya ingin tegaskan bahawa saya akan melakukan sedaya upaya saya untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 akan diselesaikan, dan saya berharap dengan penambahan usul ini dalam Memorandum Persefahaman akan menjadi titik permulaan yang baik untuk rakyat Sabah dan Sarawak,” kata Anwar di Facebooknya.
Isu MA63, terutama mengenai status rakan kongsi setaraf pernah cuba diselesaikan oleh kerajaan PH pada 2019 lalu. Namun pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti itu tidak berlaku apabila Gabungan Parti Sarawak enggan menyokong usul berkenaan.
Bagaimanapun dengan MoU dan blok Perikatan Nasional serta PH menyokong, diharapkan MA63 boleh dipinda kali ini yang membolehkan hasil royalti dan pengembalian hasil cukai lebih banyak kepada kedua-dua negeri.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tidak salah untuk membenarkan mana-mana pihak membahas isu Kertas Pandora di Parlimen.
Menurut Najib, dengan membenarkan perkara tersebut dibahas, ia mampu mengelakkan salah faham rakyat atau dijadikan modal politik oleh individu atau kumpulan tertentu.
“Saya berpendapat tak ada salahnya untuk membenarkan mereka bahas isu Pandora papers ini.
“Jangan dibenarkan rakyat ada salah faham, dikelirukan atau dijadikan modal politik mereka.
“Saya juga nak tahu bagaimana seorang tertentu berupaya membeli 13 buah bank seluruh dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Sebelum ini media melaporkan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan laporan Pandora Papers di Dewan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Menurut Azhar Azizan, usul tersebut boleh dirujuk dalam prosedur lain termasuk dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Dalam hantaran yang sama, Ahli Parlimen Pekan itu mahu melihat bagaimana Pakatan Harapan (PH) menjawab isu aliran keluar wang haram seperti laporan Global Financial Integrity yang sebenarnya berpunca daripada aktiviti Trade Mispricing bagi mengelak cukai Malaysia.
Melalui hantaran sama, Najib turut mengakui tidak sabar mendengar jawapan PH mengenai pembatalan GST yang sangat membantu melawan Trade mispricing tersebut, yang banyak merugikan negara dengan menguntungkan pemilik syarikat.