HENTI LA DOK NAK TEBUK ATAP TU. TAK JADILAH..TUNGGU LAGI RAMAI SOKONG ANWAR.


 

ORANG MELAYU TAK MAU DAH. PARTI SENDIRI PUN BERKUBUR. SEMUA KERUSI KALAH...GOMO JA NDAK KE DIA LAGI


 

PERSEMPADANAN SEMULA

 Semakan FAKTA:

Adrian Lim


Persempadanan semula TIDAK memerlukan majoriti 2/3. Cuma majoriti mudah diperlukan. Buktinya persempadanan semula pada tahun 2018, BN tidak mempunyai majoriti 2/3.


1958: Persempadanan semula pertama

1974: Persempadanan semula kedua

1984: Persempadanan semula ketiga

1994: Persempadanan semula keempat

2003: Persempadanan semula kelima

2018: Persempadanan semula keenam


Menurut Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu membuat semakan semula kepada sempadan pilihan raya dalam satu tempoh tidak kurang daripada 8 tahun.


Ertinya persempadanan semula paling awal pun tahun 2026.


Kalau SPR nak buat persempadanan semula, PN menang kalah pun SPR tetap boleh buat pada tahun 2026. Tiada kena mengena langsung dengan PRN Pulai.


Kerja membodohkan rakyat je Abah Korang.


HARGA AYAM- PREDATOR PRICING

 HARGA AYAM- PREDATOR PRICING



Adrian Lim


Selepas kerajaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan subsidi ayam, harga ayam kat seluruh negara turun 10 - 20%. Ini fakta. Fakta yg mematahkan hujah kononnya harga ayam akan naik.


Sy selalu tanya kawan-kawan saya. Kalau betul lah menternak ayam ini suatu perniagaan yg merugikan sehingga syarikat-syarikat penternak gergasi terpaksa meminta subsidi, kenapalah syarikat-syarikat penternak gergasi ini tidak tutup je ladang mereka?


Kau buat bisnes dan kedai makan, kedai makan itu rugi, tutup je lah. Betul tak?


Ada ke pengusaha restoran ke, kedai tayar ke, bengkel ke, dia minta subsidi daripada kerajaan apabila perniagaan dia tak buat duit? Tidak!


Syarikat gergasi penternak ayam je minta subsidi. Dan kerajaan terdahulu pun bersetuju. Akibat keputusan bersetuju dengan syarikat penternak ayam gergasi, negara telah membayar RM3.8 BILION kepada syarikat penternak ayam.


RM3.8 BILION ini masuk poket siapa?


Jadi, anggapan bahawa "penternak ayam perlukan subsidi" itu mungkin hanya mitos. Mereka sebenarnya untung. Mungkin tak untung besar je lah. Dan demi mengekalkan margin keuntungan lebih besar seperti sebelum ini, mereka desak lah kerajaan memberi subsidi. Kerajaan terdahulu pun bersetuju dengan mereka.


Tetapi hakikat hari ini berbeza, selepas subsidi dihentikan.


Namun, saya mengambil sikap jangan pancut awal dan lebih berhati-hati kerana apa yg sedang berlaku mempunyai mirip PREDATOR PRICING.


PREDATOR PRICING ialah kaedah perniagaan sengaja menjatuhkan harga, agar syarikat lebih kecil tidak mampu melawan harga dan terpaksa gulung tikar.


Apabila syarikat lebih kecil gulung tikar, syarikat gergasi akan kembali mendominasi dan memonopoli harga.


Ini penjelasan yg seiring kepada suara-suara yg mengatakan "pasaraya besar je mampu jual harga rendah sebegitu".


Namun, PREDATOR PRICING ini sebenarnya boleh dipatahkan sekiranya kerajaan tegas dan meneruskan dasar open market. Janji jangan u-turn.


Kita baru je mula penghentian subsidi ayam dan harga ayam di pasaraya pasaraya besar telah semakin kompetitif. Tidak mustahil syarikat-syarikat kecil akan menjadi mangsa PREDATOR PRICING syarikat lebih besar.


Tetapi, dengan dasar terbuka yang konsisten, syarikat-syarikat besar yg melakukan predator pricing akan menemui saingan baharu daripada syarikat-syarikat lebih besar. Mungkin penternak domestik lebih besar, mungkin penternak antarabangsa lebih besar.


Syarikat A yg kini mendominasi pasaran dan melakukan PREDATOR PRICING, dia mungkin akan berjaya menyingkir syarikat B dan C.


Tetapi oleh kerana pasaran terbuka, bukan mustahil untuk syarikat A menemui saingan baharu daripada syarikat A1, A2, A3.


Ianya satu kitaran. Keindahan open market ialah persaingan itu akan sentiasa ada, persaingan di antara syarkat lama vs syarikat lama, persaingan di antara syarikat lama vs syarikat baharu, persaingan di antara syarikat baharu vs syarikat baharu.


Apa yg lebih penting ialah di peringkat rakyat, biarlah syarikat-syarikat gergasi ini bersaing dan terus bersaing sesama sendiri.


Semakin berpanjangan persaingan itu, semakin lamalah rakyat boleh menikmati harga ayam yg lebih murah.


It is a problem when competition stops.


TIADA SALAHNYA ANWAR TERUS TARIK AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SOKONG KERAJAAN



Setelah dua Ahli Parlimen Bersatu tampil menzahirkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin nampaknya mulai cemas dan gundah gulana.


Seiring dengan desas-desus ada lima atau enam lagi Ahli Parlimen PN mungkin mengambil langkah yang sama, beliau semalam menggesa agar Anwar berhenti daripada menarik Ahli Parlimen blok pembangkang untuk menyokong kerajaan.


Selain membuat gesaan itu, beliau bagaimanapun sekali lagi mendakwa bahawa Ahli-Ahli Parlimen PN diugut dan ditawarkan ganjaran untuk berbuat demikian.



Walaupun Anwar sebelum ini sudah menafikan segala dakwaan itu, bahkan meminta Hamzah mengemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar apa yang didakwanya itu, tetapi sehingga sekarang, bukan saja gagal menunjukkan bukti, tetapi juga tidak langsung membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa.


Maka, di mana ada asasnya mereka yang mengalih sokongan itu sebab diugut dan ditawarkan ganjaran?


Dalam erti kata lain, sehingga ini segala dakwaan adanya ugutan dan tawaran ganjaran sebagaimana disebut Hamzah itu hanyalah cakap dengar semata-mata – sembang tanpa bukti yang tidak boleh dipakai sama sekali.


Dengan demikian, apa asas untuk Hamzah meminta Anwar berhenti daripada menarik Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang untuk menyokong kerajaan?


Sebagaimana disebut dalam kenyataan media Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang mengumumkan sokongan mereka kepada Anwar, namun ingin terus kekal dalam Bersatu, tindakan mereka tidak lain adalah disebabkan kesukaran menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika tanpa peruntukan kewangan daripada kerajaan.


Berdepan isu kos sara hidup dan ramai pengundi berharap kepada bantuan, mereka merasakan hanya dengan menyokong kerajaan dan kemudian diberikan peruntukan saja merupakan jalan pilihan untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.


Maknanya, tindakan mereka memberi sokongan kepada Anwar dan kerajaan adalah pilihan mereka sendiri, tanpa terkait dengan ugutan atau tawaran apa-apa ganjaran.


Lagi pula, sokongan Anwar di Parlimen ketika ini sudah cukup stabil, bukan dengan satu atau dua majoriti macam Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri sebelum ini, logiknya untuk apa beliau mahu mengugut dan menawarkan ganjaran kepada Ahli Parlimen blok pembangkang untuk menyokongnya?


Begitu pun, kiranya betul usaha menarik sokongan itu memang dilakukan oleh Anwar atau atas keinginan beliau, ia juga bukanlah sesuatu yang salah, asalkan tidak membabitkan ugutan, ancaman, menawarkan ganjaran, rasuah dan perkara-perkara lain yang menyalahi undang-undang.


Bukankah selalu disebut orang, politik ini adalah “game of numbers” – siapa yang memiliki banyak sokongan, bermakna dia semakin kuat?


Meyakinkan mereka yang ada dipihak pembangkang untuk menyokong kerajaan bagi memperlihatkan kedudukan lebih kuat adalah perkara biasa dan tidak merupakan suatu dosa.


Jika semua Ahli Parlimen PN pun dapat ditarik untuk menyokong kerajaan, ia tetap tidak salah.


Apatah lagi dalam keadaan PN bukan lagi gabungan yang ada masa depan untuk menjatuhkan kerajaan, kecenderungan Ahli Parlimen blok pembangkang untuk mengalih sokongan juga adalah lumrah.


Dalam hal ini, Hamzah sendiri yang biasa melakukan kerja-kerja menarik Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Bersatu sebelum ini, tentu lebih arif mengenai hal ini.


Tidakkah Ahli-Ahli Parlimen UMNO ditarik untuk mengalih kiblat menyertai Bersatu selepas PRU 2018 yang dikatakan diusahakan oleh Hamzah pada waktu itu adalah bagi tujuan memperlihatkan kerajaan lebih kukuh juga?


Lagi pulaz, sebagai Ahli Parlimen, dalam tempoh empat tahun masih berbaki sebelum tibanya PRU16, keutamaan mereka tentunya untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pengundi di kawasan masing-masing.


Jika dengan sokongan itu, mereka diberikan peruntukan, apa salahnya?


Tambahan lagi, PN sebagaimana ditegaskan oleh Takiyuddin Hasan semalam, mereka sudah pun mengambil keputusan tidak mahu berunding lagi dengan kerajaan berkaitan soal peruntukan tersebut.


Lalu, janganlah terkejut jika tiba-tiba selepas ini menderu lagi sokongan Ahli Parlimen pembangkang kepada Anwar dan kerajaan. – ShahbudinHusin 04/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/04/tiada-salahnya-anwar-terus-tarik-ahli-parlimen-pembangkang-sokong-kerajaan.html

KEJAYAAN BRIGED AL QASSAAM BUKAN AL PEQASSAM


 

Sebagaimana walaun menjaja tentera walaanon bagai, maka untuk pulang paku buah keras ada yang menggambarkan mereka diatas sebagai....tertera sepertinya.




LAIN KALI NAK BERCAKAP DALAM DEWAN , SELIDIK,KAJI ELOK ELOK. BARU CAKAP. TIDAK ORANG KATA TAK CERDIK


 

PAPA GOMO TAK SEKOLAH TINGGI MAT HUSSEIN. KAMU BELAJAR SAMPAI UNIVERSITI. DIA BUKAN BACA FAKTA DIA AUTA.TIDAK TAK KENA SAMAN LA 1 JUTA DENGAN ANWAR DULU. PADAN MUKA DIA.


 

SALAH TAPI TOLAK DENGAN DALIL

 


Dalam ketika nak solat, seorang tok guru yang sepatutnya jadi imam terkentut. Bunyinya halus je tapi ada seorang makmum di belakang tok guru tu dengar.


Makmum pun tegur, "tok guru dah terkentut tu. Tak nak ambil wudhu balik ke?" Tok guru toleh kepada makmum tu sambil tersengih.


"Mung dop bau ouk? Kali dop bau, boleh jatuh jadi syak. Kalu yakin dop ketut, dakpe. Buloh teruskan solak" jawab di tok guru.


Si makmum terkedu sambil garu kepala. Lain betul apa yang diajar oleh tok guru dengan apa yang dia belajar selama ini. Malah tok guru sendiri pun ajar lain dulu.


Cerita ni rekaan saja. Memang tak wujud tok guru yang dah terkentut tapi teruskan solat. Kalau ada, sah-sah kita boleh labelkan tok guru itu sebagai sesat. 


Malangnya ada tok guru yang buat perkara yang hampir sama. Iaitu bila dia, atau orang yang penting baginya menipu, diubah hukum menipu itu sebagai harus.


Lebih malang lagi, tok guru ini tak pula dianggap sesat. Malah ada yang gelarkan dia sebagai wali Allah. Entah kenapa begitu.


Tapi tok guru tu bukan di Malaysia. Dengarnya tok guru tu menetap di Tel Aviv sekarang ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BETUL ATAU TIDAK ....ILE LE JAWAB

 



Owh wow... Surat daripada PM7, Mahathir kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Mahiaddin yang kini merupakan Pengerusi PN.


Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku di sini.


Pertama, Mahathir yang mencadangkan agar Tamil Tigers tak lagi dianggap terrorist. Rupanya ia bukan datang daripada DAP.


Kedua, Mahathir juga menggelar Hamas sebagai pengganas. Macamana orang yang PN kata begitu kuat bela Palestin anggap Hamas pengganas?


PAS bukan main lagi main isu Tamil Tiger ni. Teruk PH dikecam ketika itu. Rupanya ia kerja Mahathir. Dan kini, Mahathir jadi penasihat ekonomi negeri yang ditadbir PAS. How time flies.


Tak pasti surat ini benar atau palsu. Aku ada sedikit keraguan sebab berbahasa Melayu. Sebab Mahathir setahu aku tak minat bahasa Melayu.


Tapi harap Mahathir dan Mahiaddin dapat nafikan surat ini. Kalau tiada penafian, bermakna surat ini adalah tulen.


Dan Mahiaddin pun tak pernah nafi video Mukhriz yang dakwa Mahaiddin beri laluan kepada Ismail jadi PM dengan syarat dia dapat separuh daripada peruntukan untuk PM dan keseluruhan peruntukan untuk TPM.


Harapnya surat ini pun jangan disenyapkan macam video Mukhriz itu juga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PEMBANGKANG TIDAK MAHU BERUNDING DENGAN KERAJAAN


Perikatan Nasional (PN) tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan mengenai peruntukan sama rata Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, menjelaskan rundingan diketuai Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan jaminan tertentu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan jaminan atau aku janji diminta oleh pemerintah.

“Dulu masa Ismail Sabri Yaakob (PM9), kerajaan yang tawar kepada pembangkang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU)…kali ini kenapa kita pula kena hantar surat dan memberi aku janji tertentu?

“Sebab itulah terhentinya, kita tak akan tulis apa-apa untuk dapatkan peruntukan Ahli Parlimen,” katanya pada sidang media.

Beliau turut mengulangi dakwaannya bahawa janji untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Pada September lalu, Fadillah mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan di sebalik pelawaaan kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keperluan berunding dengan pemerintah untuk peruntukan sama rata.

Beliau juga mahu pemerintah nyatakan apakah matlamat rundingan itu dan syaratnya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pemerhati politik menjangkakan fenomena Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus berlaku kecuali suatu persefahaman dimeterai antara pemerintah dan PN.

Pada September lalu, Fadillah mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan di sebalik pelawaaan kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keperluan berunding dengan pemerintah untuk peruntukan sama rata.

Beliau juga mahu pemerintah nyatakan apakah matlamat rundingan itu dan syaratnya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pemerhati politik menjangkakan fenomena Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus berlaku kecuali suatu persefahaman dimeterai antara pemerintah dan PN.

Pada September lalu, Fadillah mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan di sebalik pelawaaan kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keperluan berunding dengan pemerintah untuk peruntukan sama rata.

Beliau juga mahu pemerintah nyatakan apakah matlamat rundingan itu dan syaratnya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pemerhati politik menjangkakan fenomena Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus berlaku kecuali suatu persefahaman dimeterai antara pemerintah dan PN.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, percaya pemeteraian suatu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) seperti ketika pentadbiran Ismail akan meredakan tekanan dalam kalangan Ahli Parlimen PN.

Pada 30 Okt, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Anwar pada 12 Okt lalu, selepas mengambil kira rintihan pengundi mereka mengenai beban kos sara hidup dan masalah setempat.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/03/pn-tak-teruskan-rundingan-peruntukan-pembangkang/




KERUGIAN MESIN VENTILATORS - INI ULASAN SAYA


Nazri Hamdan


1. Dilaporkan KKM telah mengalami kerugian besar akibat dari pembelian mesin ventilators sebanyak 136 buah dan majoritinya yang gagal berfungsi.


2. Perolehan ini adalah perolehan darurat. Jadi ia dibuat dalam keadaan terdesak. Akan tetapi, ia tak bermakna asas governance itu boleh diabaikan sebab ia melibatkan wang pembayar cukai dengan jumlah besar.


3. Pembelian ini melibatkan tiga pihak; KKM, PLSB dan syarikat dari China. KKM adalah pembeli akhir dan PLSB dilantik untuk membawa mesin tersebut dari China ke Malaysia.


4. Pada pandangan saya, KKM sepatutnya ada perjanjian dengan PLSB untuk logistics handling. Jika berlaku sesuatu keadaan di mana mesin-mesin tersebut jatuh semasa proses penghantaran, PLSB perlu bertanggungjawab.


5. Malangnya, perjanjian ini tiada. Kenapa tak ada? saya tak tahu. Tapi nasib baik dalam perjalanan itu tak ada masalah. 


6. Bila mesin itu sampai di Malaysia, ada masalah pada titik palam (plug). Maka KKM melantik IDSMED untuk jalankan kerja-kerja naiktaraf.


7. Bila mesin dihidupkan, ada pula masalah lain yang melibatkan software, accessories dan sebagainya. Ini menyebabkan mesin-mesin tersebut tak boleh digunakan.


8. Daripada 136 mesin, hanya 32 sahaja (24 peratus) yang mendapat piawaian dari IDSMED. Maka sebanyak 104 mesin tak boleh pakai dan rugi.


9. Jadi masalah di sini ialah masalah spesifikasi mesin. Soalnya, adakah sebelum KKM membeli mesin tersebut, mereka sudah memastikan ia boleh diguna bila dibeli? jawabnya ya, mereka telah melantik pakar-pakar KKM untuk mengesahkan melalui brochure.


10. Bila KKM puas hati dan setuju untuk beli, maka mereka meminta PLSB mendapatkan sebut harga.


11. Di dalam sebut harga tersebut, ia memang ada waranty. Akan tetapi, waranty itu bukanlah untuk semua mesin. Tapi yang lebih menarik lagi, sebut harga tersebut tidak ditandangani.


14. Persoalannya, siapakah yang patut lulus dan tandatangan sebut harga tersebut? dan kenapakah tidak tandatangan? Jika A tidak ada dan bercuti, sudah pasti B boleh tandatangan.


15. Walau sebut harga itu tak ditandatangan, PLSB telah di arah oleh KKM untuk membuat bayaran secara advance payment. Maknanya PLSB bayar dulu dan kemudian KKM akan bayar balik pada PLSB.


16. Saya percaya, jika ada orang yang meneliti sebut harga itu, sudah pasti "it will make a lot of differences".


17. Malangnya, bila tak ada orang yang sain, tak ada perjanjian, maka wang yang rugi ini lebur begitu sahaja. Mereka yang cuai dan lalai dibiarkan begitu sahaja.


18. Saya setuju dengan kenyataan MMA (Malaysia Medical Association) bahawa "why heads not rolling" selepas kecuaian ini berlaku.



MEMANG MEMBAWA MALANG


 

Di mana lebai memerintah d situ akan berlaku krisis air. Lebai mmg pembawa suwei.



SOKONG ANAK MUDA NI






 Ini cerita seorang anak Malaysia, yang struggle seperti kita semua. Tapi dugaan nya harus diketahui rakyat Malaysia. 


Ada seorang sis ni DM saya, katanya dia nak mintak tolong promosikan online business dia. Dia buat setiap Jumaat untuk tambah pendapatan. Dia buat kecil2an dengan kawannya seorang ibu tunggal. Mereka ada kerja lain jadi meniaga ni part time. 


Katanya, mereka ada hanya motor untuk bisnes. Kadang pinjam dari keluarga kereta yang ada. Hasrat mereka lepas ni nak beli kereta second hand. Agar mudah urusan perniagaan. 


Tersentuh saya. Dia tanyakan alamat saya, untuk hantar makanan yang ada. Harap boleh test dulu makanan, kalau sudi saya nak promosikan. 


Saya terus katakan, sis takyah susah nak hantar lah. Saya tengok gambar dan packaging pun dah terliur. Saya akan promo. Saya turut tanyakan cerita dia, macam mana boleh start meniaga. 


Maka terbukalah segala cerita. 


Dia bagitau kan dia seorang penukis skrip drama. Baru2 ni, dia kena kecam teruk dengan warganet. Skrip nya “Surat Dari Tuhan” ada Ustazah femes membantai. Puncanya, ada video seorang retis di Mekah lafazkan “Di depan makam Rasulullah, Aku bersumpah nak bunuh kau”. 


Makanya Ustazah ni pun melompat la. Membantai pelakon dan penulis skrip. Walhal babak yang tu penulis skrip tak tulis, pelakon tetiba ad-libbed (tak tahu atas arahan siapa). 


Dia nak saman sebenarnya, tapi ada yang menghalang. Katanya mereka perlukan rating dan kontroversi. Makanya backlash nya makan dalam. Bila netizen bantai, dia terpaksa diamkan saja. Walhal dia tak bersalah pun sebenarnya. 


Saya bayangkan kalau saya dalam kasutnya. Sure depress. Namun, instead of being negative, dia berperangai positif. Dia channel segala perkara negatif untuk fokus berniaga. Maka dengan itu saya akan sokong jua. 


Saya akan buat order dengan sis dan saya galakkan rakan2 sini yang baik hati. Mari kita bantu sis ni dan rakannya. The least we can do. Bagi dia bersemangat semula. 


Sis Soula Nordin, kami nak buat kenduri doa selamat dengan follower Jangan Pajak Otak in sya Allah hujung bulan ini. Saya nak sis jadi caterer kami. Nanti kita bincang menu. 


Saya tak nak mintak discount, saya nak sis masak sedap2 je dan buat service terbaik. Moga Allah panjangkan rezeki sis selepas tu, bila jemputan kami puas hati, maka mereka boleh order lagi. 


Ini ceritera rakyat marhein tuan/ puan. The real struggle. Maka wajiblah kita jaga kita. 


Mari bantu rakan senegara. Kita tak tahu bila masa kita pula. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TENGOK SEMUA...MEREKA HANYA SUKA BERMAIN PERSEPSI SAJA.- BUATLAH LAPORAN POLIS DAN JUGA TUNJUKKAN BUKTI WASSAP DI SIDANG MEDIA . SENANG KAMI PUN NAK BUAT KERJA DEDAHKAN....KALAU TAK ADA MEMANG KEDUANYA PEMBOHONG DAN BAKAL NAK KE DALAM...KEH..KEH...

 





Kelakar sebenarnya aku tengok sidang media ni. PN dakwa MP mereka nak dibeli. Ada terima pesanan melalui aplikasi WhatsApp. Panggilan telefon pun ada. Email pun ada. https://tinyurl.com/yck6emed.


Kalau dah ada semua tu tunggu apa lagi? Dedahkan la. Tunjuk mesej WhatsApp tu. Beritahu nama siapa yang terlibat. Apa tawaran yang diberikan. Setakat main cakap macam ni, taraf budak tadika la.


Yang dia dedahkan pun tawaran nak buat hotel. Apa masalah? Takkan tawaran buat hotel, yang boleh berikan peluang pekerjaan untuk rakyat di parlimen itu pun dikatakan rasuah? Lainlah tawaran nak beri dia saham dalam hotel yang bakal dibina tu.


Paling kelakar, Hamzah kata MP mereka ditawarkan sertai PH (atau BN - tak dijelaskan). Ini yang paling mengarut. Sekarang ni dah ada Akta Anti Lompat Parti la. Mana boleh main lompat macam tu je.


Gila sangat PMX atau wakilnya nak tawar jawatan timbalan menteri atau pengerusi GLC. Lagipun PH dah kata GLC takkan ada lantikan ahli politik. Kalau jadi pengerusi agensi tu nampak la realistik sikit.


PMX dan Kerajaan Perpaduan faham sangat Akta Anti Lompat Parti ni. Yang tak faham cuma PN je. Sebab tu PN dok sibuk kata nak tukar kerajaan. Tak faham-faham kalau lompat boleh hilang kerusi.


Sebab tu aku yakin tak mungkin PMX nak tawarkan mereka lompat parti. Sebab tak ada hasil. Bukannya dapat kerusi terus. Kena buat PRK dulu. Dari sini boleh kita simpulkan ini semua cerita rekaan.


Hamzah siap cakap, kalau tak tanya dia tak cerita. Eleh... Benda tak ada pun boleh diada-akan. Inikan benda siap bukti. Tak mungkin dia nak diam. Dah tentu sepantas kilat dia akan buat sidang media.


Sekarang ni, ada bukti kan? Pergilah buat laporan. Beri bukti semua tu. Ketua Pesuruhjaya SPRM tu lantikan Mahiaddin. Peguam Negara pula bukannya 'budak' DS Anwar macam zaman Mahiaddin dulu.


Rasanya kalau Hamzah buat laporan, siasatan akan dibuat dan kalau betul, aku jamin tindakan pastinya akan diambil. Tapi, kalau ini semua rekaan Hamzah, memang dia tak berani la nak laporkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA MENULIS DAN BERFIKIR TAK GUNA OTAK....SIAPA LAGI.,..

 





Hm... Tujuan boikot supaya syarikat itu rugi agar tak dapat lagi beri sumbangan untuk Israel. Kan? Bila syarikat rugi, memang biasanya beberapa langkah kawalan perlu diambil.


Jadi kenapa nak melenting bila syarikat yang kena boikot potong gaji atau cutikan pekerja? Itu langkah biasa bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.


Aku tak sokong mahupun tentang boikot ni. Bagi aku itu pilihan peribadi. Cumanya, bila kita dah pilih nak boikot, jangan marah bila syarikat yang diboikot tu ambil langkah kawalan begini.


Cutikan dan potong gaji adalah langkah awal. Jika kerugian terus melanda, mungkin mereka terpaksa berhentikan pekerja pula.


Sekarang sebagai langkah kawalan dari pihak yang memboikot, bantulah pekerja-pekerja yang terkesan ini dengan carikan mereka pekerjaan yang baru..


Kalau ada duit, boleh buat bisnes alternatif kepada syarikat yang diboikot tu dan ambil pekerja mereka bekerja. Begitulah caranya. Bukan merungut. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEH..KEH...APA LA HANG SAMSOL OIIII.


 

PN MEMANG SUKA CAKAP KOSONG




 PN 33 bulan dalam kerajaan sebelum ini. Kerajaan Perpaduan baru berusia 11 bulan.


33 bulan isu royalti tak timbul masa PN berkuasa. Malahan menteri PN sendiri yang katakan tak wujud royalti untuk Kelantan. Tiba ke Kerajaan Perpaduan, baru 11 bulan dia nak tekan dalam isu ini?


Samalah macam Akta Hasuttan. Masa dia kerajaan, langsung tak sentuh. Tiba-tiba bila jadi pembangkang, dia persoal pula bila kerajaan nak hapuskan. Dulu dia kenapa tak buat? 33 bulan bukan sekejap.


Itu tak cerita RUU355 dan hudud lagi. Pendek kata, masa PN memerintah, dengan saiz Kabinet yang besar gedabak, satu apa kerja pun tak buat. Semua dia kata tak sempat. Lagi banyak hasil Perpaduan yang belum setahun ni daripada PN 33 bulan.


Marzuk konon tak puas hati dengan DS Anwar pasal royalti. Masa dia jadi Timbalan Menteri dulu tak ada pulak tak puas hati ke Mahiaddin. Agaknya masa tu sibuk kira duit gaji dan elaun sampai lupa nak tanya Mahiaddin pasal royalti ni.


Inilah petanda jelas sifat hipokrit mereka. Mereka ni tak fikir langsung pun soal rakyat. Mereka main isu royalti sekadar nak tarik perhatian penyokong je. At least nampak macam ada fungsi la.


Lagi pun sekarang ni dah tak ada kuasa. Income tak lebat macam dulu. Tu yang sibuk nakkan royalti tu. Boleh gak buat cover cover. Jadi timbalan menteri dulu income masyuk. Masa tu tak dapat royalti pun tak apa. Macam tu ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

SAPA KATA- TAK APA KPM BAIK..CIKGU TU DOK DIAM SAJA....


 

Ooooo..GITU


 

MEMANG MEREKA SUKA LAWAK


 

APA SAHAJA DIPOLITIKKAN ASAL MELAYU BENCI



Norman Radzuan

 Di sini PM dan Menteri kena maki sb solidariti Palestin

APA SAHAJA DIPOLITIKKAN ASAL MELAYU BENCI


Asal boleh jadi bahan politik dicandu isu agama. Hanya kerana REPLIKA habis Menteri Pendidikan yg mahu sekolah anjurkan solidariti difitnah. 


Sah2 Menteri suruh tetapi seperti biasa PMX dan Menterinya buat apa sahaja akan ditentang. Derma salah, solidariti di Bukit Jalil salah, derma salah, suruh solidariti di sekolah salah dan mcm2 lagi.


Guru pun kena faham solidariti yg lebih bermakna... adakan doa solat hajat utk murid Islam, bacaan Al Quran utk disedekahkan kpd mereka yg syahid, pemahaman kemanusian utk semua murid tanpa kira bangsa, ajar sejarah pencerobohan Israel dan mcm2 lagi.


Buat mcm di Stadium Terengganu satu stadium bawa bendera Palestin tapi setakat ini tiada replika senjata yg saya lihat. Patut semua penonton bawa la sekali kan replika senjata, bukannya senjata betul pun.


Saya hairan kerana isu Palestin kita bergaduh. Kerajaan tentang Israel, pembangkang tentang Israel… yg mati rakyat Palestin tapi di sini Perdana Menteri dan Menteri sokong Palestin kena maki.


Saya nak tanya la nak serius bagaimana lagi pembangkang mahukan? Menteri suruh sekolah anjurkan solidariti yg tak dibuat di zaman Menteri sebelum ini.


Dlm isu Palestin ini perlu ada kebersamaan bukan sb Palestin kita berpecah. Hanya di Malaysia sesama Islam bercakaran kerana pejuangkan Palestin. Isunya hanya siapa yg TERPALING Palestin… malu dkt dunia luar atau negara jiran.


Jumpa Menteri beritahu kita kena buat cara begini jika ikhlas kerana agama. Kalau nak bahas di Parlimen beritahu apa solusi terbaik.


Buatlah kerana agama bukan kerana politik… Allah Maha melihat Ya Akhi. Ini bukan soal siapa TERPALING Palestin tetapi niat tu kena betul. Isu Palestin kita berjuang bersama sama.


Ada org tu terpaling panaskan pengikut tapi bila penyokong berarak di jalan raya dia duduk dari bilik hotel sahaja. Baru dgn FRU pun dan seram belum lagi suruh berjuang ke Gaza.



𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗞𝗘𝗛 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗠𝗨. 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝟭𝟰𝟬𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗗𝗨𝗟𝗨


يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ


"Akan muncul dari kalian segolongan orang yang kalian menganggap shalat kalian sangat kecil dibandingkan dengan shalat mereka..."


HR Bukhari dan Muslim


Angapan walaun mereka sahaja yg berjemaah di Masjid.


Arahan Nabi SAW jika berjumpa KHAWARIJ: LAWAN!!