APA SAHAJA DIPOLITIKKAN ASAL MELAYU BENCI



Norman Radzuan

 Di sini PM dan Menteri kena maki sb solidariti Palestin

APA SAHAJA DIPOLITIKKAN ASAL MELAYU BENCI


Asal boleh jadi bahan politik dicandu isu agama. Hanya kerana REPLIKA habis Menteri Pendidikan yg mahu sekolah anjurkan solidariti difitnah. 


Sah2 Menteri suruh tetapi seperti biasa PMX dan Menterinya buat apa sahaja akan ditentang. Derma salah, solidariti di Bukit Jalil salah, derma salah, suruh solidariti di sekolah salah dan mcm2 lagi.


Guru pun kena faham solidariti yg lebih bermakna... adakan doa solat hajat utk murid Islam, bacaan Al Quran utk disedekahkan kpd mereka yg syahid, pemahaman kemanusian utk semua murid tanpa kira bangsa, ajar sejarah pencerobohan Israel dan mcm2 lagi.


Buat mcm di Stadium Terengganu satu stadium bawa bendera Palestin tapi setakat ini tiada replika senjata yg saya lihat. Patut semua penonton bawa la sekali kan replika senjata, bukannya senjata betul pun.


Saya hairan kerana isu Palestin kita bergaduh. Kerajaan tentang Israel, pembangkang tentang Israel… yg mati rakyat Palestin tapi di sini Perdana Menteri dan Menteri sokong Palestin kena maki.


Saya nak tanya la nak serius bagaimana lagi pembangkang mahukan? Menteri suruh sekolah anjurkan solidariti yg tak dibuat di zaman Menteri sebelum ini.


Dlm isu Palestin ini perlu ada kebersamaan bukan sb Palestin kita berpecah. Hanya di Malaysia sesama Islam bercakaran kerana pejuangkan Palestin. Isunya hanya siapa yg TERPALING Palestin… malu dkt dunia luar atau negara jiran.


Jumpa Menteri beritahu kita kena buat cara begini jika ikhlas kerana agama. Kalau nak bahas di Parlimen beritahu apa solusi terbaik.


Buatlah kerana agama bukan kerana politik… Allah Maha melihat Ya Akhi. Ini bukan soal siapa TERPALING Palestin tetapi niat tu kena betul. Isu Palestin kita berjuang bersama sama.


Ada org tu terpaling panaskan pengikut tapi bila penyokong berarak di jalan raya dia duduk dari bilik hotel sahaja. Baru dgn FRU pun dan seram belum lagi suruh berjuang ke Gaza.



1 comment:

Anonymous said...

Melayu yang bersama mereka adalah Melayu yang junud dan bodoh