PEMBANGKANG TIDAK MAHU BERUNDING DENGAN KERAJAAN

Perikatan Nasional (PN) tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan mengenai peruntukan sama rata Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, menjelaskan rundingan diketuai Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan jaminan tertentu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan jaminan atau aku janji diminta oleh pemerintah.

“Dulu masa Ismail Sabri Yaakob (PM9), kerajaan yang tawar kepada pembangkang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU)…kali ini kenapa kita pula kena hantar surat dan memberi aku janji tertentu?

“Sebab itulah terhentinya, kita tak akan tulis apa-apa untuk dapatkan peruntukan Ahli Parlimen,” katanya pada sidang media.

Beliau turut mengulangi dakwaannya bahawa janji untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Pada September lalu, Fadillah mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan di sebalik pelawaaan kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keperluan berunding dengan pemerintah untuk peruntukan sama rata.

Beliau juga mahu pemerintah nyatakan apakah matlamat rundingan itu dan syaratnya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pemerhati politik menjangkakan fenomena Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus berlaku kecuali suatu persefahaman dimeterai antara pemerintah dan PN.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, percaya pemeteraian suatu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) seperti ketika pentadbiran Ismail akan meredakan tekanan dalam kalangan Ahli Parlimen PN.

Pada 30 Okt, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Anwar pada 12 Okt lalu, selepas mengambil kira rintihan pengundi mereka mengenai beban kos sara hidup dan masalah setempat.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/03/pn-tak-teruskan-rundingan-peruntukan-pembangkang/

No comments: