Kelakar sebenarnya aku tengok sidang media ni. PN dakwa MP mereka nak dibeli. Ada terima pesanan melalui aplikasi WhatsApp. Panggilan telefon pun ada. Email pun ada. https://tinyurl.com/yck6emed.
Kalau dah ada semua tu tunggu apa lagi? Dedahkan la. Tunjuk mesej WhatsApp tu. Beritahu nama siapa yang terlibat. Apa tawaran yang diberikan. Setakat main cakap macam ni, taraf budak tadika la.
Yang dia dedahkan pun tawaran nak buat hotel. Apa masalah? Takkan tawaran buat hotel, yang boleh berikan peluang pekerjaan untuk rakyat di parlimen itu pun dikatakan rasuah? Lainlah tawaran nak beri dia saham dalam hotel yang bakal dibina tu.
Paling kelakar, Hamzah kata MP mereka ditawarkan sertai PH (atau BN - tak dijelaskan). Ini yang paling mengarut. Sekarang ni dah ada Akta Anti Lompat Parti la. Mana boleh main lompat macam tu je.
Gila sangat PMX atau wakilnya nak tawar jawatan timbalan menteri atau pengerusi GLC. Lagipun PH dah kata GLC takkan ada lantikan ahli politik. Kalau jadi pengerusi agensi tu nampak la realistik sikit.
PMX dan Kerajaan Perpaduan faham sangat Akta Anti Lompat Parti ni. Yang tak faham cuma PN je. Sebab tu PN dok sibuk kata nak tukar kerajaan. Tak faham-faham kalau lompat boleh hilang kerusi.
Sebab tu aku yakin tak mungkin PMX nak tawarkan mereka lompat parti. Sebab tak ada hasil. Bukannya dapat kerusi terus. Kena buat PRK dulu. Dari sini boleh kita simpulkan ini semua cerita rekaan.
Hamzah siap cakap, kalau tak tanya dia tak cerita. Eleh... Benda tak ada pun boleh diada-akan. Inikan benda siap bukti. Tak mungkin dia nak diam. Dah tentu sepantas kilat dia akan buat sidang media.
Sekarang ni, ada bukti kan? Pergilah buat laporan. Beri bukti semua tu. Ketua Pesuruhjaya SPRM tu lantikan Mahiaddin. Peguam Negara pula bukannya 'budak' DS Anwar macam zaman Mahiaddin dulu.
Rasanya kalau Hamzah buat laporan, siasatan akan dibuat dan kalau betul, aku jamin tindakan pastinya akan diambil. Tapi, kalau ini semua rekaan Hamzah, memang dia tak berani la nak laporkan. Guane boh?
Raja Gelap II
.