KALAU HANG KERJA SEKOLAH KERAJAAN. BOLEH LUPA LA. HANG TANYA MOKHTAR SENIK BUKA SEKOLAH DAN ABDULLAH KHAIRI. DIA KENA PI PULAU KETAM DIA BEHENTI.
Ahmad Mursi
Ustaz Shafie yang keluarkan ugutan bunuh PMX dah dicekup. Bermalam di lokap.
Kerjaya pun terumbang ambing. Anak murid pun bercakap2 perihal ustaznya. Dengan kawan2 semua malu. Kalau didakwa risiko penjara hingga 2thn.
Benarlah sabda Nabi perihal Khawarij: "Kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam)."
Hanya pemimpin PN-PAS boleh hentikan kegilaan ni..
JADIKAN SEKTOR PERTANIAN PEMAKANAN LAIN SEBAGAI PERTANIAN BESAR BESARAN
Rafizi Ramli
Ramai yang tahu bahawa salah satu punca Malaysia terdedah kepada risiko kenaikan harga makanan mendadak ialah kerana industri pertanian berkaitan makanan bukanlah aktiviti besar dalam ekonomi negara. Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi dari sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.
Jadi apa kena mengena tugas Kementerian Ekonomi dengan industri pertanian moden? Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang bersabit ekonomi. Hala tuju pertanian negara adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengwujudan peluang pekerajaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar.
Usaha memodenkan industri pertanian ke arah kestabilan penawaran dan permintaan serta keterjaminan makanan banyak pula bergantung kepada guna tanah bagi tujuan pertanian, serta kemampuan negara menggerakkan lebih banyak guna tenaga ke dalam sektor pertanian.
Semua ini tidak akan berlaku hanya melalui slogan atau arahan dasar. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara - berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah yang berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos untuk menghasilkan produk pertanian dan sebagainya.
Bagi tujuan ini, agensi Kementerian Ekonomi iaitu Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024, iaitu usaha pengumpulan data menyeluruh mengenai industri pertanian di seluruh negara.
Banci Pertanian dijalankan oleh pentadbiran terdahulu sebanyak 3 kali sahaja sebelum ini, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1960), Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Badawi (2005). Ia langsung tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad atau Dato' Seri Najib Razak - yang memberi gambaran bagaimana dalam dekad-dekad terdahulu, tumpuan perancangan pertanian tidak menggunakan data yang paling terkini dan tepat.
Saya teruja dengan dapatan Banci Pertanian 2024 ini yang akan membantu perancangan pertanian moden negara untuk 10 tahun akan datang.
Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil, Insya Allah perancangan yang baik, dari data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaan berfokus, akan merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun.
SUMBANGAN BUAT PELAKON MAK JAH
Pagi tadi, Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.
Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.
Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah.
Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
LAGI UGUTAN TERHADAP PMX TAK AKAN BERHENTI JIKA TIDAK BERTEGAS
Saya dah kata dah sebelum ni. Sikap berlembut PMX dan Menteri KDN akan buatkan haters "go to the next level".
Walaun & untit terutamanya akan maki hamun PMX di SocMed, mengharapkan beliau tumbang, mendoakan beliau meninggal malah UGUT BUNUH PMX sudah jadi trend bagi mereka angkara kebencian yg amat sangat.
Mereka berilusi, berhalusinasi dan menjerit rasa benci dlm "ECHO CHAMBERS". Jeritan itu terus memantul dlm kepala mereka lalu mereka SANGKAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA juga bencikan PMX seperti hati dan jiwa mereka yg rosak dan sedang sakit. Setiap hari akan wujud "phsycopath" seperti ini. Anda fikir yg sanggup buat ugutan jenayah ini Rasional ke?? Jika waras takkan kata-kata dan perbuatan di luar norma dan batasan undang2..??
Di bawah ini hanya CONTOH-CONTOH. Tapi ada juga yg nama ditutup oleh org yg SS dan post. Edit atau tidak, tidak pasti. Saya cuba cari tak jumpa akaun tu. Adakah sudah delete? Boleh jadi. Sebab taktik skrg bukan shj "deactivated" FB acc tapi boleh "delete" terus.
Kita perlu "EXPECT" benda seperti ni akan terus berlaku bila PMX dan Menteri ambil sikap berlembut dgn haters dan hanya mahu "confont" secara politik. Jawap hujah. Malangnya haters bukan mahu berhujah, mereka maki dan benci.
Maki hamun PMX dlm whatsapp group oleh walaun & untit ni sentiasa berlaku, setiap hari. Dlm FB pun sama. Memg mustahil dihentikan. Mereka sungguh seronok dan mengejek2 kita kerana mereka tidak diambil tindakan. Report ke SKMM pun sekadar diambil maklum shjlah.
Saya ambil pendekatan bersabar shj dan berdoa. Allah itu ada. Takkan Allah redha dgn perkara seperti itu?? Tak mungkin. Puak tu mungkin tak kena skrg, tapi pasti ada kifarah yg Allah shj Maha Mengetahui. Biar haters jadi urusan Allah, biar Allah uruskan mereka. So teruskan berdoa semoga PMX diberikan keselamatan dan para haters diberikan hidayah atau ganjaran setimpal yg hanya Allah Yg Maha Mengetahui.
Wallahualam.
- Zus Din
01122023
Kebimbangan Digital ID bocor, implan cip tidak berasas - PM
Oleh: Helmi Mohd Foad
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kebimbangan orang ramai terhadap pelaksanaan Identiti Digital Nasional (Digital ID) adalah tidak berasas.
Perdana Menteri (PM) turut menepis dakwaan mengatakan rekod peribadi terbocor dan cip diimplan dalam tubuh individu melalui penguatkuasaan Digital ID.
"Apa takut isu peribadi? Bank Negara Malaysia tidak akan lepaskan rekod personal perbankan peribadi. Jadi yang itu dikawal.
"Kemudian juga kata kononnya ada cip masuk dalam badan dan sebagainya, itu semua tengok banyak sangat filem Hollywood," katanya kepada pemberita selepas membuat pendaftaran Digital ID di Putrajaya sekali gus menjadikan beliau individu pertama memiliki Digital ID berkenaan.
Beliau mendaftar dan mencuba sendiri sistem Digital ID tersebut sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat perlu menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi dan transformasi digital.
Turut membuat pendaftaran Digital ID adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
Turut mendaftar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Perdana Menteri berkata berkata buat masa ini kerajaan tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.
Bagaimanapun, penjawat awam digalakkan untuk mendaftar kerana pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan semua bentuk penyasaran subsidi akan disalurkan melalui Digital ID.
Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.
KERTAS SIASATAN ‘VIDEO WAHAB’ DISERAH KEPADA PEGUAM NEGARA HARI INI, SIAPA BAKAL DIDAKWA?
Kertas siasatan berhubung video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), PrifnDr Mohd Agus Yusoff dengan seorang kakitangan jabatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
“Kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok (hari ini) selari dengan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Razarudin berkata, individu yang dinamakan sebagai ‘Mr H’, yang didakwa ada kaitan dengan video terbabit juga telah dipanggil sekali lagi hari ini bagi sambungan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk mendedahkan identiti ‘Mr H’ kepada umum susulan siasatan masih dijalankan dan ia dikhuatiri akan mengganggu proses itu.
Dalam perkembangan berkaitan pegawai J-Kom yang turut terpalit dalam video tular ini, Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang semalam.
Dr Agus dan Wahab sebelum ini menjadi perhatian ramai berikutan video jelik berdurasi tiga minit yang didakwa adalah perbualan mereka berdua.
Mereka bagaimanapun telah pun mengadakan sidang akhbar dan mendakwa bahawa klip itu telah disunting.
Dalam hal ini, siapakah yang dicadangkan oleh pihak polis dalam kertas siasatan itu yang bakal didakwa?
Adakah ‘Mr H’?
Atau Chegubard yang dilaporkan paling awal menularkan video tersebut di media sosial?
Bagaimana pula dengan Dr Agus dan Wahab?
Apakah mereka juga akan diambil tindakan atau dilepaskan begitu saja? – ShahbudinHusin 01/12/2023.
RENTASAN 1497 | GEMPAR!! TUN M 'PUTAR BELIT' KENYATAAN PM10?
GEMPAR!! AKHIRNYA BERSATU DIKHIANATI PAS?.AKU PERNAH CAKAP BAHAWA TIADA PARTI MANA PUN YANG SESUAI BERSAMA PAS
Biadab? Keputusan Saya Demi Rakyat! #SKOPMG
MP Umno tak berani belot kerana mereka ada sign kontrak.
Jika belot auto mereka tak jadi MP dan kena saman RM100 juta.
Ingat kes Zuraidah kena bayar RM10 pada PKR kerana belot? Ini bermakna sudah ada precedent dan kontrak adalah valid.
Kempen pembangkang untuk menggulingkan Anwar adalah impian semata-mata kerana pada masa ini terdapat 153 ahli parlimen yang menyokong perdana menteri.
Lebih baik MP pembangkang runding dengan TPM untuk buat MOU dan dapat balik peruntukkan.
*****************
PRK KEMAMAN l Ahli Parlimen Umno yang berpaling tadah bukan sahaja akan kehilangan kerusi mereka tetapi juga berdepan dengan tuntutan membayar bon RM100 juta, kata setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.
Berucap pada ceramah mega perpaduan Madani di Geliga, Kemaman, Terengganu malam tadi, Asyraf berkata demikian ketika memberi jaminan kepada pengundi bahawa ahli Parlimen Umno tidak mungkin berpaling tadah kepada Perikatan Nasional (PN).
Katanya, setiap wakil rakyat Umno terikat dengan perjanjian yang ditandatangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu mereka yang ingkar dengan arahan dan keputusan parti secara sukarela perlu melepaskan keahlian dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini, katanya, akan mencetuskan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
"Apa kesannya? Kesannya adalah Akta Anti Lompat Parti (kerana) apabila dia keluar daripada parti, maka dia terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.
“Saya (sebagai) setiausaha agung Umno beri jaminan tidak ada seorang pun ahli Parlimen kami yang akan berpaling tadah.
“Tak ada," katanya.
Kedua, menurut Asyraf, ahli Parlimen Umno juga perlu membayar bon RM100 juta sekiranya ingkar kepada ketetapan parti.
"Adakah klausa ini sah? Mahkamah Tinggi telah memutuskan kes Zuraida (Kamaruddin) yang diarah membayar RM10 juta kepada PKR.
"Mahkamah kata perjanjian itu sah, jadi ini akan terpakai kepada ahli Parlimen BN juga. Dengan kedua-dua (ketetapan kontrak) ini saya yakin tiada ahli Parlimen BN akan berpaling tadah," katanya.
Asyraf berkata demikian sebagai menjawab mesej kempen utama PN untuk PRK Kemaman bahawa kemenangan untuk pembangkang adalah satu lagi langkah ke arah menumbangkan pentadbiran Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Asyraf berkata kempen pembangkang untuk menggulingkan Anwar adalah impian semata-mata kerana pada masa ini terdapat 153 ahli parlimen yang menyokong perdana menteri.
"Ini sama ada igauan atau pun mimpi (kerana) setiap kali dia cakap, seorang lompat (beri sokongan kepada perdana menteri).
"(Jadi) macam mana nak tubuh kerajaan? Kena ada 112 orang. (Sekarang ini ada) 69 (orang), nak cari mana lagi?” soal Asyraf.
PRK Sabtu ini menyaksikan calon BN, Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PN/PAS.
Berdasarkan keputusan pilihan raya negeri 12 Ogos lalu, PN adalah pilihan utama untuk mengekalkan kerusi itu.
LAGI BANYAK YANG BERHIJRAH KE KERAJAAN ANWAR
Sudah-sudahlah Saka Tua, biarlah kerajaan ini mentadbir sehingga habis penggal. Semenjak menjadi Punahsihat SG4, 5 MP pembangkang telah beralih sokongan kepada PM dan Kerajaan Perpaduan.
Mungkin, mungkin kena mandi bogel gak dalam kolah masjid kut...🫢🫢😁😁
𝗔𝗛𝗛...𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛..... !!! 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗣 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗠𝗫??
𝗔𝗛𝗛 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗢𝗜𝗛...!! 𝗖𝗵𝗶𝗽 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽, TAPI... semakin lama semakin ramai MP PPBM tak bersetuju dgn lebai kongkiak tu.
SEBELUM ni PPBM dah dabik dada KUNUNnya tak akan ada lagi MP PPBM akan beralih sokongan kpd PMX. Tup-tup Bukit Gantang umum sokong PMX.
Di kempen PRK Kemaman, kemain puak lebai canang nak ambik alih Kerajaan dari PMX? Allah bayar cash niat jahat nak memporak perandakan kestabilan politik dan ekonomi negara ni.
Seperti yg saya katakan dulu, bukan PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI yg bakal tumbang tapi PNyakau a.k.a PERTIKAIAN Nasional yg akan melingkup...!!
InsyaAllah.
- Zus Din
30112023
**********
Empat atau lima Ahli Parlimen lagi dilapor bakal sokong Anwar
Oleh Akhbar Cina - 30 November 2023
KUALA LUMPUR – Seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Sinchew Daily melaporkan, wakil rakyat tersebut adalah dari Kedah, Perak dan Terengganu.
Keadaan itu juga bermakna sejumlah sembilan hingga 10 orang wakil rakyat Bersatu akhirnya mungkin menyuarakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
Kenyataan itu menjadikan beliau Ahli Parlimen Bersatu kelima yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Empat wakil rakyat Bersatu lain yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sumber berkata, “satu pengaruh” telah memujuk wakil rakyat pembangkang untuk menyokong Anwar.
“Pengaruh ini telah berjaya dan lebih ramai wakil rakyat Bersatu akan bertukar hala selepas ini.
“Apabila tiba masanya, mereka akan keluar. Mereka berbuat demikian besar kemungkinan mahu menyelamatkan diri dan tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa tuduhan kesalahan,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette
Link : https://malaysiagazette.com/2023/11/30/empat-atau-lima-ahli-parlimen-lagi-dilapor-bakal-sokong-anwar/
SIAPA ORANG MUNAFIK
Aku tengok ramai orang lekat posting ni di ruangan komen. Dikatakan Azhar Idrus mengungkap "hanya orang munafik yang menjaga hati orang kafir."
Apa yang tak kena dengan ungkapan ini? Memang ada perkataan kafir, tapi aku lihat ada sesuatu yang lebih besar iaitu, ungkapan ini adalah ungkapan politik.
Kenapa ungkapan politik? Sebab ia diungkap pada ketika ada isu politik yang hangat berkenaan kata kafir. Kerana satu pihak anggap ia biadab tapi satu pihak lain mempertahankan.
Sudah tentulah Azhar Idrus dari kelompok yang mempertahankan. Sebab itu dia bercakap begini. Tujuannya konon macam ayat pemati. Biar tak ada yang boleh lawan lagi.
Keluarkan ayat pemati begini memang kerja mudah untuk tutup diskusi dan dapatkan pujian penyokong yang bodoh. Tapi masalah dengan ungkapan politik begini. Ia akan memakan diri.
Ungkapan politik selalunya diungkap luar konteks. Dan acap kali juga ianya bersifat ekstrem. Bererti, sekiranya ungkapan itu bersifat menghukum, maka hukumannya sering berlebihan.
Ungkapan politik bukan untuk menjawab persoalan tetapi hanya untuk jaga ego. Jadi ungkapan politik jarang sesuai pada setiap masa. Biasanya ia valid hanya pada waktu ianya diungkapkan sahaja.
Itulah yang terjadi pada ungkapan ini. Masa Azhar Idrus cakap ni, hanya nak jadikan booster kepada walaun yang mati hujah nak bela keceluparan lebai mereka.
Untuk sekejap masa, berkesanlah agaknya. Tapi semakin lama, ia menjadi semakin menyesakkan. Sekarang, ungkapan ini digunakan untuk persenda walaun sendiri.
Kesimpulan dari ini, selamat untuk dikatakan yang Azhar Idrus bukanlah guru agama yang neutral tapi daru golongan lebai. Bila golongan lebai, maka apa yang dia cakap, kita kena berhati-hati.
Sebab lebai guna dalil yang boleh laras. Bila dalil tu menguntungkan, dia akan laras supaya dia boleh dapat keuntungan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
LEBAI ' GILA TALAK' DENGAN UMNO?
Selepas PRU15, terkenang aku wajah Abah cow dan lebai Hadi atas pentas di hadapan penyokong2nya dengan wajah bercahaya, tersenyum gembira Abah cow di sisi isteri tercintanya manakala lebai Hadi turut tersenyum sumbing.
Ketika itu, masing2 begitu yakin akan kembali berada di Putrajaya. Abah cow sudah mula terbayang menduduki kembali rumah Seri Perdana yang telah siap diubahsuai menelan belanja RM 38 juta lebih menggunakan wang rakyat di saat rakyat angkat bendera putih tiada makanan waktu PKP Covid. Tidak sabar kelihatannya Abah cow untuk merasa menaiki Mercedes baru yang telah ditempah bernilai lebih kurang RM 2 juta. Lebai Hadi terus tersumbing2 senyum membayangkan kembali semula sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri tanpa buat apa2 dan makan gaji buta. Seperti biasa, si katik Tuan Berahim tersenyum simpul mempamerkan lesung pipitnya turut membayangkan kembali jadi menteri jaga sampah. Semuanya konfiden.
Lebai Hadi pertama kali dalam sejarah begitu mesra dengan wartawan hinggakan terjulur serbannya di tingkap cermin kereta mewahnya sambil melambai2kan tangan seraya menjerit, " Sudoh cukup jumlohhh...lebih dari cukupp.
.tunggu Istana panggil bila2 masa..., katanya. Itulah kenangan terindah yang sempat dirakam beberapa hari selepas keputusan PRU15.
Tiba2, disangkakan cerah hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengahari. Umno/Bn, GPS, GRS dan Warisan sebulat suara mahu bersama PH membentuk kerajaan perpaduan. Di sidang akhbar kedua, wajah Abah cow kelat dan muncung menyerlahkan sembab dan tompoknya di pipi. Lebai Hadi pula masam muka umpama baru bergaduh dengan bini tuanya. Si katik Tuan Berahim pula terkedu seperti datuk nikah kawen yang gagal menggatal dengan Puspawangi dalam filem P.Ramlee, "Musang Berjanggut". Itulah ketentuan Allah. Pengkhianat tidak akan diberkati.
Sejak detik itulah, lebai Hadi gila talak kepada Umno/Bn yang telah di"ceraikan" talak tiga dalam Muafakat Nasional.dulu. Ketika itu, mereka menggatal dengan Bersatu yang ada kuasa, dan Umno hanya dipandang sebelah mata. Kentut Umno yang dulunya wangi, tiba2 teramat busuk buat lebai. Mereka puji Abah cow ketika itu melambung2 sambil mempersendakan Umno sebagai 'itik patah kaki'.
Kini, lebai Hadi setiap hari menyebut2 nama Umno. Setelah berbagai usaha tebuk atap cuba diulang, berbagai doa laknat dan qunut nazilah dibaca untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan ini menemui kegagalan, rindunya pada Umno semakin mendalam. Kehadiran saka tua yang hilang deposit itu ternyata tidak membantu lebai yang kemaruk kuasa ini.
Semakin kuat lebai Hadi meroyan, semakin bertambah puak2 mereka menyokong PMX. Kini telah 5 MP dari PN menyatakan sokongan kepada PMX dan difahamkan terdapat 6 orang lagi sedang berfikir ke arah itu. Tanpa PMX amalkan "Scheme of things" seperti yang Din cirit amalkan dulu, sokongan datang dengan sendirinya. Itulah yang dikatakan "Kebenaran akhirnya akan mengatasi kebathilan".
Teruskan meroyan wahai lebai Hadi. Selagi masih ada walaun yang bodoh, anta masih releven.
WFAUZDIN NS
KEJAYAAN MULA KELIHATAN
Tahniah...
Dengan Kepimpinan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.. hasil sudah mula kelihatan..
DASAR GAJI PROGRESIF
Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif telah pun selesai dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan sebulat suara oleh Ahli-Ahli Parlimen.
Pekerja-pekerja di Malaysia telah lama dibelenggu dengan isu berkaitan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan produktiviti. Isu ini sering menjadi perdebatan dalam ruang awam.
Inisiatif mereformasi gaji melalui pelaksanaan dasar ini perlu dilaksanakan dengan segera untuk mencapai sasaran meningkatkan gaji pekerja.
Keputusan ini perlu diambil sekarang demi membina masa depan yang lebih baik. Saya yakin, dengan sokongan serta hasil usaha bersama dari semua pihak terhadap inisiatif ini, kita akan membawa Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi.
Baca dan teliti kertas ini di sini - https://bit.ly/KertasPutihDasarGajiProgresif
SABAH BOLEH MAJU MACAM SARAWAK
Tanda Sarawak ekonomi Sarawak lebih baik berbanding Sabah walaupun Sabah pengeluar minyak terbesar di Malaysia. Nampak nyata pemimpin Sarawak lebih bijak mengurus ekonomi berbanding pemimpin Sabah. Tapi gaji para ADUN Sabah boleh naik pula.