Selepas PRU15, terkenang aku wajah Abah cow dan lebai Hadi atas pentas di hadapan penyokong2nya dengan wajah bercahaya, tersenyum gembira Abah cow di sisi isteri tercintanya manakala lebai Hadi turut tersenyum sumbing.
Ketika itu, masing2 begitu yakin akan kembali berada di Putrajaya. Abah cow sudah mula terbayang menduduki kembali rumah Seri Perdana yang telah siap diubahsuai menelan belanja RM 38 juta lebih menggunakan wang rakyat di saat rakyat angkat bendera putih tiada makanan waktu PKP Covid. Tidak sabar kelihatannya Abah cow untuk merasa menaiki Mercedes baru yang telah ditempah bernilai lebih kurang RM 2 juta. Lebai Hadi terus tersumbing2 senyum membayangkan kembali semula sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri tanpa buat apa2 dan makan gaji buta. Seperti biasa, si katik Tuan Berahim tersenyum simpul mempamerkan lesung pipitnya turut membayangkan kembali jadi menteri jaga sampah. Semuanya konfiden.
Lebai Hadi pertama kali dalam sejarah begitu mesra dengan wartawan hinggakan terjulur serbannya di tingkap cermin kereta mewahnya sambil melambai2kan tangan seraya menjerit, " Sudoh cukup jumlohhh...lebih dari cukupp.
.tunggu Istana panggil bila2 masa..., katanya. Itulah kenangan terindah yang sempat dirakam beberapa hari selepas keputusan PRU15.
Tiba2, disangkakan cerah hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengahari. Umno/Bn, GPS, GRS dan Warisan sebulat suara mahu bersama PH membentuk kerajaan perpaduan. Di sidang akhbar kedua, wajah Abah cow kelat dan muncung menyerlahkan sembab dan tompoknya di pipi. Lebai Hadi pula masam muka umpama baru bergaduh dengan bini tuanya. Si katik Tuan Berahim pula terkedu seperti datuk nikah kawen yang gagal menggatal dengan Puspawangi dalam filem P.Ramlee, "Musang Berjanggut". Itulah ketentuan Allah. Pengkhianat tidak akan diberkati.
Sejak detik itulah, lebai Hadi gila talak kepada Umno/Bn yang telah di"ceraikan" talak tiga dalam Muafakat Nasional.dulu. Ketika itu, mereka menggatal dengan Bersatu yang ada kuasa, dan Umno hanya dipandang sebelah mata. Kentut Umno yang dulunya wangi, tiba2 teramat busuk buat lebai. Mereka puji Abah cow ketika itu melambung2 sambil mempersendakan Umno sebagai 'itik patah kaki'.
Kini, lebai Hadi setiap hari menyebut2 nama Umno. Setelah berbagai usaha tebuk atap cuba diulang, berbagai doa laknat dan qunut nazilah dibaca untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan ini menemui kegagalan, rindunya pada Umno semakin mendalam. Kehadiran saka tua yang hilang deposit itu ternyata tidak membantu lebai yang kemaruk kuasa ini.
Semakin kuat lebai Hadi meroyan, semakin bertambah puak2 mereka menyokong PMX. Kini telah 5 MP dari PN menyatakan sokongan kepada PMX dan difahamkan terdapat 6 orang lagi sedang berfikir ke arah itu. Tanpa PMX amalkan "Scheme of things" seperti yang Din cirit amalkan dulu, sokongan datang dengan sendirinya. Itulah yang dikatakan "Kebenaran akhirnya akan mengatasi kebathilan".
Teruskan meroyan wahai lebai Hadi. Selagi masih ada walaun yang bodoh, anta masih releven.
WFAUZDIN NS