MESYUARAT PERTAMA KALI MAJLIS PELABURAN NEGARA





Anwar Ibrahim


 Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) telah berlangsung buat kali pertama yang mana ia memberi fokus terhadap hal-hal terkait usaha meningkatkan pelaburan negara.


Kerajaan kekal komited untuk menambahbaik dan memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara sebagai usaha mengekalkan pelaburan langsung asing dan juga domestik.


Sehubungan itu, Mesyuarat MPN telah bersetuju menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) dengan melaksanakan satu inisiatif yang antara lain menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.


Langkah proaktif ini amat penting dalam memastikan pendekatan menyeluruh Kerajaan dari segi aktiviti penggalakan pelaburan negara secara lebih tersusun, cekap dan teratur.


Pada masa sama, negara dapat mengoptimumkan sumber sedia ada bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab di antara IPA sekaligus menjamin penyampaian perkhidmatan lebih berkesan.


Mesyuarat MPN ini juga turut membincangkan mengenai pemantauan projek-projek pelaburan khususnya menerusi program Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan.


Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Suku Pertama tahun 2023 adalah RM71.4 bilion, iaitu peningkatan 59.7% ketimbang S1 2022 (RM44.7 bilion), merangkumi 1,265 projek yang berpotensi menjana hampir 24,000 pekerjaan.


Insha Allah, MPN dijadualkan bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun agar setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau dan dinilai keberkesanannya.


Kerajaan komited untuk memastikan setiap pelaburan yang diluluskan akan dilaksanakan, dan seterusnya memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI


PANDANGAN USTAZ WAN JI


 

KENAPA PN PENING KEPADA.


 

MAHATHIR TERKEJUT BERUK HARI PERTAMA 1 JUTA KUTIPAN..


 

PN CADANG POTONG SEMUA PENGGUNA . HANGPA SOKONG HANGPA KENA.


 

TAK DAK SAPA SOH HANG PI MELANGUT TENGOK FILEM TU.


Ibrahim Mat Isa.

 Tak ada siapa yng suruh kau pergi tengok Din. Tak payah jadi hipokrit! Buat malu keturunan Sulaiman Palestin ja!



OK JA. KENA TIPU PUN RAKYAT SUKA PANGKAH..AYAQ TAK DOP TAK APA..ISLEYYY...


Raja Shahrim.


Kelantan takdak air beli Mercedes..

Kedah takdak air beli Vellfire..

😆😆




RAJA FITNAH- ANAK MUDA TERTIPU DENGAN BERITA PALESU. MEREKA RASA TERTIPU.,


 

INI AKAN JADI BERITA PELESU JUGAK- UNIT ANAL RISIK AKAN PUTAQ BAGI JADI PELESU SEMATA MATA..


 

BORAK- PN. DENGKI SEBAB TAK ADA DEWAN ....


 

JOM BERHIBUR DENGAN ZAPIN USIK MENGUSIK


 

DULU GANG RUU355- SEKARANG GANG COLDPLAY....

 


PELESU DI ATAS PELESU...PUNYA NAK BUAT BERITA WALAU PUN PELESU.


 

RAMAI PARA USTAZ TIDAK SEDAR MEREKA MENIPU ORANG.


 Ramai para ustaz pandang enteng perkara ini walhal ianya satu dosa besar mengurangkan timbangan.




DIA BUAT SEMUANYA BETUL. ORANG LAIN SALAH.

 


Zainuddin Omar


“halaluna wa haramukum” 


“halal bagi kami, haram bagi kamu”.




SIKSANYA RAKYAT DI NEGERI YANG GAGAL MENYEDIAKAN KEMUDAHAN RAKYAT. AKU BANGGA JADI ANAK PENANG.

 

WANMAHUSSIN


Seksa Peniaga, seksa pelanggan. Nak makan pakai sarung tangan akibat ketiadaan air. AKSB seperti padang pasir yang tandus. Sudah tandus idea untuk selesai kemelut air. Takbirlah kamuu...








PN JANGAN YAKIN SANGAT.


 

EKONOMI SHAH ALAM LEBIH DARI PENDAPATAN KELANTAN. KALAU BUAT DI KELANTAN KOT LA DAPAT SAMBUTAN...

 


HANNAH YEOH HARGAI JASA IBU


 

BUAL BICARA BERSAMA LOKMAN ADAM


 

SAMBUT MISI PERDAGANGAN CHINA


 

JANGAN ULANG BENDA LAMA DAN TIADA KESUDAHAN


 

HAMZAH ZAINUDDIN SEMBUNYI FAKTA.


 

INI PERKARA YANG DITELITI




 Sebelum kerajaan bercerita tentang pemotongan subsidi, terutama terhadap T20, perkara pertama yang mesti dibuat adalah klasifikasi semula.


Klasifikasi B40, M40 dan T20 tak sesuai bahkan tak gambarkan keadaan sebenar. Bayangkan kalau gaji RM10k sudah dikira kaya. Sangat tak tepat.


Sepatutnya klasifikasi dibuat berdasarkan jumlah pendapatan yang kena cukai. Iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan wajib terhadap diri serta juga tanggungan.


Mana nak dapat info tu? Setiap tahun kita isi borang cukai. Dalam borang tu dah disenaraikan segala info yang diperlukan. Baru keputusan lebih tepat.


Contoh bagi mereka pendapatan kurang RM50,000 ke bawah setahun, bantuan perlu diberikan dalam bentuk tunai dan inisiatif pendapatan.


Manakala yang bergaji RM50,001 ke RM150,000 pula tidak perlu dibantu dengan tunai tapi terus dibantu melalui inisiatif pendapatan rakyat dengan tujuan menambah pendapatan mereka.


Bagi yang pendapatan kena cukai dari RM150,001 hingga RM300,000 pula tiada bantuan perlu diberi tetapi masih boleh menikmati semua subsidi.


Manakala yang melebihi RM300,000 baru boleh diberhentikan subsidi. Itu pun subsidi yang menelan dana kerajaan yang terlalu besar sahaja.


Secara ringkas,

Tier 1 <RM50,000 - Bantuan tunai, IPR & Subsidi

Tier 2 RM50,001 - RM150,000 - IPR & Subsidi

Tier 3 RM150,001 - RM300,000 - Subsidi sahaja

Tier 4 RM300,000 ke atas - ...


Perlu diingat, ini pendapatan kena cukai. Bukan pendapatan kasar. Kalau buat begini, baru subsidi itu boleh dikata bersasar. 


Sebab ada yang bergaji besar tapi tanggungannya ramai. Orang ini lebih miskin sebenarnya daripada yang bergaji kecil tapi tanggungan sedikit.


Jangan terus nak kerat subsidi begitu sahaja. Kena fahami sentimen dan situasi rakyat dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



ADA DAH..

 

RMSR



Rupanya telah ada kes sebelum Haziq...



TAN SRI MANA PULAK. BANYAK DUIT SAKAW

Haha dah boleh agak siapa. 


***********

Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.


Menurut sumber, siasatan itu dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber berkenaan berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.


“Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.


“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” menurut sumber itu.


Sumber itu memaklumkan penyiasatan itu bertumpu kepada transaksi-transaksi daripada hasil penjualan saham syarikat tersenarai tersebut, pemilikan aset-aset berharga yang dimiliki ahli perniagaan dan bekas menteri kanan itu serta ahli keluarga mereka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di dalam dan di luar negara.


 “SPRM juga telah merakam keterangan kira-kira 14 saksi dalam tempoh beberapa minggu lalu berhubung penyiasatan ini termasuk keterangan daripada tokoh ahli perniagaan dan bekas menteri kanan tersebut berkaitan dengan dokumen-dokumen sulit yang didedahkan oleh Pandora Papers,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata siasatan bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

- Bernama



 

BADUT POLITIK- DIA KUAT SEMBANG

 



M.S.R.


Jika betul lah jumlah pelaburan masuk Kedah bawah Sanusi RM86.4 billion, gerenti dah masuk senarai top five negeri paling banyak pelaburan masuk, tapi  takde pun... pasal tu Sanusi ni badut politik

😆😆😆

SEMBANG, BABI PUN TERBANG.

 

Ah mad Shahril


Dia punya sembang giler- giler akhirnya mintak maaf jugak...bayar saman tu dulu,harap mahfuz teruskan saman.



KUN FAYAKUN.....KIOK PAS.

 Abdul Manaf Shafiei


Bagi mereka yang boleh berfikir....





PERTAMA 

PAS menyerang hukum Allah tutup aurat & pemakaian SKIRT PRU15 secara besar²an. 


PAS hilang Putrajaya 20Nov 2022. Hingga kini Hadi Awang masih tidak mahu menerima ketentuan Qada & Qadar Allah swt. 


KEDUA 

Dec 11, 2020 Mat Nusi mengugut untuk belat/sekat Sungai MUDA 


 Genap 5 bulan selepas itu , tanggal 14Mei 2023 "Paras Sungai Muda turun mendadak". Allah keringkan Sungai MUDA dalam beberapa jam sahaja. 


KETIGA

PAS menggerakkan seluruh kekuatan nya , ulamak , CYBERTROOPER , jentera parti menyerang 'KALIMAH ALLAH'.


Apakah 'BALA' yang Allah swt akan turunkan dalam beberapa bulan ini , 2 , 3 bulan lagi. ?


I. Mustahil PAS akan hilang KELANTAN dalam PRN Ogos nanti , kata PAS. 

II. Allah yang memberi kuasa dan Kerajaan , berkuasa untuk menurunkan PAS di KELANTAN.

III. Tidak mustahil JIKA Terengganu dan kedah turut tumbang ,  walaupun PAS berkeras mempertahankannya. 


KUN FAYAKUN....

DENGAR BETUL BETUL BAB TARIF LETRIK NI. JANGAN MALAS MEMBACA DAN MENDENGAR. JANGAN JADI WALAUN.


 

PERANGAI SEBENAR HADI.MASA DIA SUKA DIA PUJI MELAMBUNG. KALAU DIA TAK SUKA DIA PIJAK. BUKA MATA DAN CELIK SIKAP DIA.


 

TAK CAKAP BANYAK. TAPI KERJA CEPAT.


 

NASIB HANGPA LA DAPAT MB MACAM NI. HANGPA PANGKAH LAGI PN. PAS LA DALAM TU.


 

ANWAR PAKAI BAJU SEWA.


 

MP PENDANG APA HABAQ.


 

HARGA GULA NAIK RM4.60"



Adrian Lim Chee Ann.


Tular sekeping gambar berkenaan harga baru gula RM4.60.

Orang ramai yg tidak pernah beli gula melatah.

Walaun pun ambil kesempatan tempah dosa fitnah dengan melempar pelbagai fitnah terhadap kerajaan.


Hakikatnya packing yang menjadi tular itu "gula premium".

"Gula prai pasir kasar" atau "coarse grain sugar" masih harga kawalan RM2.85 sekilo.


KEDUA-DUANYA PRODUK YANG BERBEZA.


Ini ibarat walaun bengong tempoh hari yang memuatnaik gambar harga telur Omega di Mydin dan mendakwa kononnya harga telur naik. Lalu admin medoa sosial Mydin pun terpaksa memperbetulkan fitnah tersebut dan highlight bahawa itu telur Omega.


Tuan punya posting pasal gula yang merupakan seorang peruncit gula telah sedar kesilapannya selepas gambar menjadi viral. Maka diperbetulkan posting dengan menambah nota "gula prai harga kawalan masih ada".


Malangnya, sudah telah terlambat. Ibarat api yang merebak tanpa terkawal, sebilangan besar masyarakat telah termakan fitnah pembangkang kononnya harga gula naik.


Akhirnya......? POSTING TERSEBUT DIPADAM.

"This content isn't available"


Mungkin sudah masanya kerajaan perkenal semula Akta Anti Berita Palsu yang dimansuh pada tahun 2019.


Kelakuan yang tidak bertanggungjawab dan kelakuan bagi tujuan sengaja mengelirukan masyarakat harus diambil tindakan.


Tidak boleh dibiarkan negara huru hara akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak pemBANGANG.


FILEM ANWAR SEHARI DAH DAPAT SEJUTA. PROKLAMASI MELAYU 2 BULAN 20K. YANG BAYAR DAN YANG FREE.



 Filem Anwar - The Untold Story tu nak tonton kena beli tiket. Kena bayar. Tapi hari pertama je kutipan dah RM1 juta.


Proklamasi Melayu pula kalau nak tandatangan secara online je. Tak perlu tiket. Percuma. Tapi lepas 2 bulan, 20,000 orang je yang tandatangan.


Kisah dua orang negarawan. Seorang yang begitu ulung manakala seorang lagi dah lepas tarikh luput. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

ZAMAN REFORMASI DULU DIA ANTARA YANG ORANG DOK MAKI . KENA MAKI DARI MUDA SAMPAI TUA.

 



Kharuddin Abu Hassan kata filem Anwar The Untold Story tu memualkan serta meloyakan.


Aku tak pelik. Memanglah dia akan rasa mual dan loya kerana filem itu memula pekung Mahathir yang selama ini cuba ditutup dan disembunyikan.


Filem ini bukan propaganda. Ada ramai saksi yang masih hidup yang boleh jadi saksi. Baik di kalangan pemimpin mahupun di kalangan marhaen.


Kalau rasa fakta filem ini menyeleweng, sila saman syarikat penerbitan, penerbit, pengarah bahkan DS Anwar sekali. Apa nak disusahkan?


Tapi kan, Khairuddin bukan siapa-siapa pun dalam negara ni. Dia nak mual ke, nak loya ke, rasa nak bunuh diri sekali pun, tak jejaskan filem ini. Buktinya baru hari pertama, dah cecah RM1 juta. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KETUA PEMUDA PAS KELANTAN KENA HENTAM NETIZEN.

 

Terus masuk ICU Ketua Pemuda PAS Kelantan setelah teruk dihentam netizen di komen..

😆😆😆






KDN BERKATA KEBEBASAN BERAGAMA TIDAK BERMAKNA MEMBENARKAN LAWAN MANA MANA UNDANG UNDANG.

 

Kamsiah Heider


Bahasa Melayu , Bahasa ini sahaja yang penganut agama kristian ini faham maka bahasa ini lah yang digunanya . 



Masalah yang ada adalah mempolitikkan isu ini. Mantan PM tebuk atap patut lebih sensitif terhadap salah laku tidak amanah dan curang semasa memerintah . Allah tidak ada jurubahasa didunia ini . 


Disebabkan keputusan kes ini hanya menyentuh soal undang-undang pentadbiran dan perjalanan kuasa pentadbiran, maka cara terbaik dan terpantas untuk menyelesaikannya adalah melalui perubahan pada undang-undang pentadbiran dan perjalanan kuasa pentadbiran.


Oleh sebab itu, pengumuman KDN bahawa ia sedang mengambil langkah mengkaji dan mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat”, dan Kaabah agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia adalah langkah terbaik.


Ia membuktikan Kerajaan Perpaduan, tidak seperti kerajaan-kerajaan sebelumnya, mempunyai iltizam politik yang kuat untuk menyelesaikan setuntasnya masalah ini dengan tidak perlu menunggu sehingga selepas proses rayuan selesai barulah pihak kerajaan mahu meminda arahan atau undang-undang berkenaan kerana ini hanya akan membazir masa.


Masa sama, jaminan KDN bahawa ia akan memastikan kebebasan beragama tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan serta kebebasan beragama masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan/negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam, akan memastikan bahawa kegusaran dalam kalangan umat Islam tidak akan berlaku.

Inilah Malaysia Madani yang sebenarnya, Malaysia yang bertoleransi dan saling menghormati.



PENGIKUT HADI BUAT BUAT LUPA AMANAT HADI BAB NAMA ALLAH.






Tengah hari tadi, pemuda Pas buat Perhimpunan Aman di Masjid Shah Alam. Bantah orang bukan Islam gunakan kalimah Allah. 


Dari segi perundangan, orang bukan Islam hanya boleh guna kalimah Allah dalam teks bahasa Inggeris mereka. Malah ceramah di gereja, ok saja boleh guna. Kita paham mereka gelar tuhan mereka Allah juga. Di Indonesia pun sama. 


Yang tak boleh ialah guna kalimah Allah dalam terbitan Bahasa Melayu. God dan Son of God perlu diterjemahkan kepada “Tuhan” dan “Anak Tuhan”. 


Lebih mudarat sekiranya diterjemah kepada “Allah” dan “Anak Allah”. Kerana bagi orang Islam, Allah itu tidak punya anak. 


Tambah bila teks itu tersebar kepada orang Islam. Akan timbulkan kecelaruan di situ. Lagi pula kita ada undang2 yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. Takut terpesong akidah. 


Kita emphaty la kepada pejuang Islam sebenar. Bukan yang tunggang agama. Ada meritnya di situ. Yang boleh disokong. 


Lagipun bukan rakan2 non Muslim tak boleh guna Allah langsung. Nak guna dalam gereja atau dalam Komuniti mereka saja, dibolehkan. Dalam teks bahasa Inggeris pun sama. 


Cuma jangan diletak dalam teks bahasa Melayu. Itu lah sensititi yang perlu di kompromi dan dihormati. Ini mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan, dalam kes Herald Tribune, 9 tahun lalu. 


**********************

Ironinya, sejak tahun 2013 hingga sekarang, TG Hadi kata boleh je semua golongan dan kaum guna Kalimah Allah. Siap kena puji dengan Parti Gerakan lagi. 


Yang penyokong PN PAS melompat teruk kenapa? Bab yang ni tak wala pula?


~LM~