KERAJAAN MANA NI LEBAI?

 


Norman Daud



Amboi.. bersorak girang penyokong PN bila bekas timbalan agama membangkitkan kenapa kerajaan tak lunaskan lagi hutang UJSB kepada TH seperti yang ditulis dalam dapatan RCI.






Tapi mereka ni lupa.. RCI ni ditubuhkan ketika mereka PN adalah kerajaan dan siap semasa mereka masih jadi kerajaan.


Semasa RCI tu siap.. kerajaan Madani tak wujud pun lagi.


Jadi teguran RCI tu untuk kerajaan mana? Teguran tu untuk kerajaan PN + BN la..bukan kerajaan Madani.


Bende simple pun tak boleh nak fikir.. adoii..


Semasa mereka jadi kerajaan mereka hanya melunaskan RM 500juta obligation UJSB terhadap TH walaupun semasa belanjawan 2021 kerajaan  PH1.0 telah memperuntukkan RM 1.5bilion setahun bagi dibayar kepada TH.


Jadi yang tak bayar TH tu kerajaan PN+BN.


Tengah busy ni.. tulis pendek jek la.. tapi nampakkan apa yang saya nak sampaikan ni.





TERBAIK. HANG TERAR...




 Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Melaka.






Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang disandang sejak April 2023 itu akan berkuat kuasa pada minggu depan.


Keputusan ADUN Merlimau itu sekali gus menyahut desakan pemimpin DAP yang sebelum ini menuntutnya mengambil pendirian sedemikian, susulan gesaan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.


Dr Akmal berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


"Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai EXCO (kerajaan negeri) berkuat kuasa minggu depan. Tapi kalau ada orang cakap dengan saya, saya lari daripada perjuangan (Pemuda UMNO), tidak sama sekali saya tinggalkan Pemuda UMNO hari ini.


"Bagi saya, jawatan dalam kerajaan tidak penting, tapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi ini," katanya," katanya.


Semalam, media melaporkan Dr Akmal mengakui sudah meluahkan hasrat dan isi hati ketika bertemu Ahmad Zahid serta berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri itu kerana sudi mendengar luahan hati beliau.





SAPA LA TUKANG TULIS.



 Jamzuri Ardani


No one is above the law. 


Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas. Jangan pilih bulu. Islam itu adil.




TAHNIAH

 

Aman Muhamad


Maafkan saya terlambat ucap tahniah kepada encik Kumaresan BK atas kejayaan beliau menjadi Pengerusi DHKP terbaru untuk sesi 2026-2027.







Saya cuma nak follow up mengenai binaan rumah ibadat yang menceoboh tanah JKR yang berada dekat IKBN Kubang Pasu itu.


Pada bulan Mac yang lalu,  kamu encik Kumaresan telah mendakwa rumah ibadat menceroboh itu mempunyai surat kebenaran sementara daripada JKR, dan juga pihak pengurusan rumah ibadat menceroboh tu juga sedang berunding untuk membeli tanah estet daripada Genting Group.


Jadi soalan saya ialah:


1. Saya telah menghubungi pihak JKR Kedah dan mereka menafikan telah mengeluarkan surat kebenaran sementara untuk rumah ibadat yang meceroboh yang kamu maksudkan itu. Apakah kamu sebenarnya berbohong untuk membela rumah ibadat menceroboh?


2. Jika benar kamu dakwa ada surat, maka dedahkan surat kebenaran sementera oleh JKR tu di sini. Kita boleh semak dan buat pengesahan dengan pihak JKR Kedah.


3, Apa perkembangan terkini untuk beli tanah estet Genting Group tu? Betul ke ada rundingan dengan pihak Genting Group nak beli tanah estet tu? Atau satu lagi pembohongan kamu untuk membela rumah ibadat menceroboh itu?


Apa-apa pun saya ucapkan tahniah sekali lagi kerana berjaya dilantik ke jawatan tertinggi dalam PAS.


:)


p/s: PAS dan DAP kedua-duanya membela rumah ibadat menceroboh, tapi kenapa PAS nak berlagak lebih suci daripada DAP?





Itulah lambang taksub dan kebodohan pengikut.

 Lambang kemuliaan dan lambang integriti? 






Kalau nak cakap pasal integriti, Presiden kamu tu dah berapa penggal paling sedikit kehadiran ke parlimen. 


Nak cakap pasal integriti lagi? 


Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi dua kerusi Parlimen iaitu Kuala Terengganu (27 Jun 2023) dan Kemaman (26 September 2023) akibat pembuktian unsur rasuah semasa kempen.


https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-mahkamah-batal-kemenangan-pas-di-kuala-terengganu-425747


https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mahkamah-pilihan-raya-batal-kemenangan-ahli-parlimen-kemaman/


Sudah-sudahla taksub dan membodohkan orang lain dengan tulisan kamu tu wahai Alang Shukrimun





JANGAN SINDIR LEBIH LEBIH .OARTI LAIN PUN BIASA BUAT JUGA..TALI BAB TONBKAT NI LAIN SIKIT.....SEBAB TU MOROBI OUNYA KOT

 


Razif Rakimein


Hari ini saya perhati ramai sindir PAS sebab tongkat Presiden PAS dibida pada harga Rm16,500.. Saya bukan nak back up PAS sebab saya memang tidak suka dengan PAS sekarang..





Cuma kita kena faham setiap parti ada caranya sendiri untuk mencari duit dan akan sentiasa ada orang yang ingin menyumbang.. Ada yang sumbang terus dan ada yang sumbang sambil bergembira seperti adakan lelongan..


Dalam PKR dulu pun ada beberapa kali tshirt PKR yang dijual pada harga Rm25 di luar dewan tetapi untuk memeriahkan keadaan mereka minta Kak Wan yang merupakan Presiden pada masa itu menanda tangani baju berkenaan dan mula dilelong..


Pada malam itu baju itu dibida dengan harga ribuan ringgit.. Bukan kerana baju itu bernilai tinggi tetapi memang penyumbang mahu menyumbang tapi lebih meriah jika ada acara lelong cenderamata..


Jadi budak2 PKR jangan la sindir lebih2 sebab PKR pernah buat benda sama dan bukan sekali dua.. Cuma harap jangan la disembah tongkat tu ya.. Lain simpangnya nanti..🤭





LEMAH...TANGKAP JA EPEK NI..DIA PERASUAH KOT


 

BARU NAK CARI IDEA KOT


 

KEH KEH...TONGKAT TU NAK KATOK PALA WALAUN BODO


 

PEGEDAH...NAK BAHAS PUN LARI.


 

KEH KEH...TU PUN JANGAN NAK KENA LAGI NGAN PAS.


 

Padan muka, puas hati aku sekor-sekor kena gari..”






KULAI – Seorang pempengaruh antara lapan penunggang motosikal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menutup jalan bagi tujuan berlumba di Lebuh Raya Linkedua, di sini Sabtu lalu.


Perintah reman selama empat hari itu bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret, R. Salini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 81 (1), Seksyen 81(2), Seksyen 81 (3) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Terdahulu, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 45 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kulai pada pukul 8.30 pagi dengan memakai topeng muka termasuk pakaian ‘hoodie’.


Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.


Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan aksi dua penunggang motosikal berlumba, selain beberapa individu lain dikesan seolah-olah menutup laluan pengguna awam di jalan berkenaan.


Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 33, susur tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO), di sini.


Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata mengecam perbuatan itu yang dianggap menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.


Malah ramai yang melabel kejadian yang turut melibatkan seorang pempengaruh motor yang dah tua sebagai paling bodoh pernah dibuat. 


“Sepanjang hidup aku ini benda paling bodoh aku tengok..” ujar Izhar.


“Dah tua pun bodoh. Padan muka, puas hati aku sekor-sekor kena gari..” ujar Hanif.


Sumber: kosmo





MENIAGA TONGKAT LAK DAH.

 

Mukklis Eddie



Bila tongkat jadi simbol suci dan orang sanggup bayar ribu‑ribu demi aura tokoh, itu bukan sekadar niaga itu tanda kultus dah mula berakar di Malaysia.





PN Berisiko Diharamkan, Langgar Perlembagaan Kerana Tidak Jemput Bersatu Hadir Mesyuarat

 


Marzuki sifatkan kegagalan menjemput Bersatu ke mesyuarat berkenaan sebagai satu pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Marzuki Mohamad mendakwa Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Bersatu berhubung isu korum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Menurut Marzuki, jika timbul persoalan mengenai kesahihan Bersatu sebagai sebuah pertubuhan, penjelasan sepatutnya diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS, bukannya daripada Bersatu sendiri.

Katanya, hanya ROS mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan sah di sisi undang-undang.

Marzuki turut menegaskan bahawa sehingga kini Bersatu belum menerima sebarang notis daripada ROS berhubung isu cukup korum mesyuarat MPT.

Justeru katanya, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu diadakan, Bersatu masih merupakan parti yang sah dan anggota PN yang sah.

Beliau mendakwa keadaan itu turut diakui Pengerusi PN menerusi kenyataan media pada 9 Ogos lalu.

Marzuki berkata, hanya ROS mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan sah di sisi undang-undang.

Atas alasan tersebut, Marzuki berkata Bersatu berhak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Malah beliau menyifatkan kegagalan menjemput Bersatu ke mesyuarat berkenaan sebagai satu pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.

Marzuki turut berkata MPT Bersatu sudah menggunakan kuasanya di bawah Fasal 27 Perlembagaan parti untuk mentafsir isu cukup korum dan keputusan itu dianggap muktamad di peringkat parti.

Kalau sebelum ini kemelut itu nampak sekadar soal hubungan dalam PN, kenyataan Marzuki kali ini membawa pertikaian ke tahap lebih serius.

Bukan lagi soal siapa terasa dipinggirkan.

Sekarang sudah masuk soal siapa langgar Perlembagaan gabungan.

Sumber: Unofficial Info





Skandal Jana Wibawa: Mahkamah Tinggi Bakal Sambung Bicara Rabu, Khamis Ini

 


Perbicaraan kes Jana Wibawa membabitkan Muhyiddin Yassin bersambung pada 26 dan 27 Ogos 2026. Foto arkib pada 10 Julai 2026

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Sejurus cuti Maulidur Rasul 1448 Hijrah yang akan disambut Selasa ini, perhatian seluruh negara akan tertumpu pada Rabu dan Khamis ini apabila Mahkamah Tinggi di sini bakal menyambung perbicaraan kes Janawibawa melibatkan tujuh pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Prosiding dua hari itu dijadual didengar di hadapan Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin yang dijangka panas dengan keterangan saksi penting yang bakal merungkai isu berkaitan program berkenaan.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-25, Datin Rosni Mohd. Yusoff yang antara lain memberitahu Kementerian Kewangan mendapat arahan daripada `pihak atasan’ berhubung pemprosesan permohonan projek Janawibawa.

Muhyiddin, 78, berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa di bawah pentadbirannya antara 2020 hingga 2021. Foto Ezzati Azmi

Beliau yang ketika itu Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan berkata, arahan itu diberikan kepada ketuanya yang juga Setiausaha Bahagian, Datuk Zamzuri Abdul Aziz supaya hanya memproses permohonan syarikat yang disyorkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, selain itu, PMO turut mengarahkan kementerian menjalankan penilaian semula terhadap KCJ Engineering Sdn. Bhd. sebelum dilantik sebagai kontraktor bagi Projek Membina Jalan Baharu Menyambung Felda Bukit Jalor ke Gemas, Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Rosni yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Kontraktor Program Janawibawa berkata, syarikat itu lulus dua penilaian, namun ‘sangkut’ di peringkat ketiga kerana mempunyai projek ‘sakit’ dan prestasi kerja semasa yang tidak memuaskan.

Muhyiddin, 79, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta.

Ia berkaitan Projek Janawibawa melibatkan empat syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering serta Datuk Azman Yusoff bagi parti politik berkenaan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

BERITA PALESU

 

Cuti Peristiwa Jika Selangor Juara SUKMA Mungkin Diumum Malam Esok

Maklumat poster tersebar di media sosial kononnya cuti peristiwa pada 24 Ogos 2026 adalah palsu.

SHAH ALAM, 23 Ogos – Cuti peristiwa jika Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hanya akan diumumkan pada malam esok (24 Ogos).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di media sosial milik beliau, susulan tular satu sebaran palsu yang mendakwa kononnya esok adalah cuti umum di negeri itu.

“Insya-Allah, sebarang pengumuman rasmi berkenaan Cuti Umum Peristiwa (sekiranya ada) hanya akan dibuat pada Majlis Penutup Kejohanan SUKMA 2026 pada malam esok (bermula jam 8 malam).

“Segala sebaran atau pengumuman yang berlaku sebelumnya adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Harap maklum dan mohon bersabar.

“Hari Isnin, 24 Ogos 2026, adalah kekal hari bekerja di Selangor,” katanya dalam hantaran ringkas itu.

Sebaran palsu itu dikatakan tular sehingga mencetuskan tanda tanya, terutama dalam kalangan warga Selangor, berhubung kesahihannya.

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Selangor akan mempertimbang untuk memberi cuti peristiwa, sekiranya kontinjen negeri berjaya menjadi juara keseluruhan temasya SUKMA Selangor 2026.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, dipetik berkata perkara itu akan dimuktamadkan selepas keputusan kutipan pingat keseluruhan diperoleh pada malam esok.




Hari ini Bang Mat berkesempatan melawat Linghai Agriculture Giant River Prawn Aquaculture Base di Wuhu, Anhui, China

 














Hari ini Bang Mat berkesempatan melawat Linghai Agriculture Giant River Prawn Aquaculture Base di Wuhu, Anhui, China, untuk melihat sendiri teknologi dan kaedah penternakan moden yang diamalkan di sini.

Apa yang menarik perhatian Bang Mat ialah model “satu musim padi, dua musim udang”.
Dalam satu kawasan, mereka menggabungkan penanaman padi dengan ternakan udang air tawar. Model ini bukan saja menggunakan tanah dengan lebih optimum, tetapi turut menggabungkan keseluruhan rantaian daripada penternakan, pemprosesan hinggalah kepada jualan. Satu contoh pertanian moden yang lebih mampan dan bersepadu.
Sebab itu Bang Mat datang tengok sendiri.
Malaysia juga sedang berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan membangunkan sektor pertanian yang lebih mampan. Bang Mat nampak ada potensi untuk kita meneroka model penternakan padi-udang yang mesra alam dan bersepadu seperti ini di negara kita.
Tentunya bukan semua yang kita lihat di luar negara boleh terus dibawa balik dan dibuat begitu saja. Kita kena kaji kesesuaiannya dengan keadaan tanah, iklim dan ekosistem kita sendiri.
Tetapi teknologi dan pengalaman yang baik perlu kita pelajari. Kalau ada model yang boleh membantu meningkatkan hasil, menambah pendapatan pengusaha dan pada masa sama menggunakan sumber dengan lebih cekap, kita perlu lihat bagaimana ia boleh disesuaikan untuk Malaysia.
Lawatan ini juga membuka ruang untuk kerjasama dan perkongsian teknologi antara Malaysia dan China, khususnya dalam membawa amalan pertanian moden dan inovatif ke negara kita.
Insya-Allah, yang baik kita pelajari, yang sesuai kita bawa pulang, dan kita sesuaikan untuk manfaat petani, penternak serta negara kita.

Hanya pandai teriak Islam, Zunar tempelak penyokong Pas curi kartun

 


Kartunis politik terkenal, Zunar menempelak sikap penyokong Pas selepas karya kartunnya mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji diambil, diubah suai dan dimuat naik semula tanpa kebenarannya.

Zunar mendakwa sebuah akaun Facebook menggunakan nama “PAS PN Seluruh Malaysia” telah menggunakan kartun yang dihasilkannya minggu lalu sebelum melakukan pengubahsuaian terhadap karya berkenaan.

Lebih menyengat, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, mempersoalkan akhlak penyokong Pas yang kononnya lantang membawa imej dan slogan Islam dalam gelanggang politik.

“Saya hairan, apakah ahli-ahli Pas ini hanya pandai teriak Islam di mulut, tetapi akhlaknya buruk,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Beliau turut melontarkan sindiran lebih tajam dengan bertanya sama ada tarbiah dalam Pas membenarkan seseorang mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

Menurut Zunar, 64, insiden terbaharu itu bukan kali pertama beliau berdepan dakwaan penggunaan serta pengubahsuaian kartunnya oleh individu yang dikaitkan dengan Pas.

Dalam satu kes berasingan sebelum ini, beliau berkata, seorang pemimpin Pas Melaka, Azmi Haji Ali, turut mengambil dan mengubah suai kartunnya sebelum memuat naik karya berkenaan menerusi akaun Facebook.

Zunar berkata perkara tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kes berkenaan, kata Zunar, kini dalam proses mahkamah dengan prosiding seterusnya dijadualkan pada 23 Oktober depan.

Untuk rekod, Zunar menjadi kartunis sepenuh masa pertama yang menerima anugerah berprestij, International Press Freedom Award pada 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ), New York.

Beliau juga pernah merupakan penerima anugerah Cartooning for Peace dalam International Cartoonist Award 2016 di Geneva bersama kartunis Kenya, Gado.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis yang dihadiri bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.





LEMAH- MCMC PATUT H4R4MKAN TERUS AKAUN MAMAT NI | ALBERT TEI BALUN FAHMI FADZIL


 

KOW-KOW!! PMX BALUN HAMZAH & PENYAKAU | PN KELUAR DEWAN - RCI TH


 

ANWAR TIBA-TIBA SAMAN TUAN IBRAHIM! RUPANYA ADA SESUATU YANG TERLALU SERIUS…


 

DAH NAK HABIS PENGGAL - APA DOK BISING LAGI | FADHLI SHAARI BALUN PMX PERUNTUKAN PEMBANGKANG


 

PN makin serabut, Marzuki tempelak Takiyuddin pasal surat tunjuk sebab Bersatu

 


Kemelut dalam Perikatan Nasional (PN) masih belumreda apabila bekas Setiausaha Sulit Tan Sri Mahiaddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad kali ini mempertikaikan tindakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu kuorum kepimpinan Bersatu.

Marzuki berkata, Takiyuddin tidak mempunyai kuasa untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Bersatu hanya kerana terdapat aduan beberapa Ahli Parlimen parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai jumlah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Menurutnya, kalau benar timbul persoalan sama ada MPT Bersatu cukup kuorum atau tidak, pihak yang patut dirujuk oleh Setiausaha Agung PN ialah RoS, bukannya meminta Bersatu sendiri memberikan penjelasan.

“Setiausaha Agung PN sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada RoS bukan daripada Bersatu berhubung perkara berkenaan kerana hanya RoS yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan adalah sah di sisi undang-undang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin dilaporkan berkata, Bersatu tidak lagi dijemput menghadiri mesyuarat PN selepas empat Ahli Parlimen parti itu membuat aduan kepada RoS bahawa MPT Bersatu hanya mempunyai 23 anggota, sedangkan sekurang-kurangnya 25 orang diperlukan untuk membentuk kuorum.

Mengetepikan Bersatu

Takiyuddin turut mendedahkan beliau telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 14 Julai lalu.

Surat itu bagi meminta penjelasan mengenai perkara tersebut, sebelum Bersatu tidak dipanggil menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Namun, bagi Marzuki, hujah itu tidak cukup untuk mengetepikan Bersatu.

Katanya, sehingga kini parti tersebut tidak menerima sebarang notis daripada RoS yang menyatakan MPT Bersatu tidak cukup kuorum atau bahawa kedudukan parti itu sebagai sebuah pertubuhan sah telah terjejas.

Malah, beliau mengingatkan bahawa Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri pada 9 Ogos lalu mengakui Bersatu masih merupakan anggota PN.

Atas alasan itu, Marzuki berkata, Bersatu sepatutnya tetap dijemput menghadiri mesyuarat gabungan berkenaan pada 16 Julai.

Lebih keras, Marzuki mendakwa tindakan tidak menjemput Bersatu ke mesyuarat itu merupakan satu pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.

Hal ini memandangkan pada ketika tersebut tiada keputusan RoS yang membatalkan kedudukan Bersatu sebagai parti atau anggota gabungan berkenaan.

“MPT Bersatu juga telah menggunakan kuasanya di bawah Fasal 27 Perlembagaan Bersatu untuk mentafsirkan cukup korum mesyuarat MPT Bersatu dan tafsiran MPT Bersatu adalah muktamad,” kata Marzuki lagi.




Tiga tahun dah cukup PH buat kerja, Pas boleh pula pegang Kelantan lebih 30 tahun

 


Tempoh tiga tahun sudah cukup untuk sesebuah kerajaan membuktikan kesungguhan, kata Naib Presiden Pas, Datuk Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah menempelak Pakatan Harapan (PH).

Walhal, rekod Pas yang sudah lebih 30 tahun mentadbir Kelantan menyaksikan masalah air ‘teh tarik’ pun masih berlarutan.

Tanpa bercermin diri, Mohd Amar berkata, kerajaan yang benar-benar mahu melakukan sesuatu sebenarnya mampu melaksanakan banyak perkara walaupun diberikan tempoh yang singkat.

“Kalau seseorang itu benar-benar mahu melakukan sesuatu, dalam tempoh yang singkat pun banyak perkara boleh dilaksanakan.

“Sebaliknya, kalau tidak ada kesungguhan, diberikan tempoh tiga tahun pun belum tentu ada perkara dapat dilakukan,” katanya dipetik lidah rasmi Pas, Harakah Daily hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek bahawa perjuangan parti itu dan agenda PH masih belum selesai selepas lebih tiga tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara.

Namun hujah Mohd Amar itu secara tidak langsung membuka ruang untuk rakyat Kelantan menggunakan kayu ukur sama terhadap pentadbiran Pas yang memerintah negeri berkenaan secara berterusan sejak 1990.

Jika tiga tahun dianggap tempoh yang cukup panjang untuk menilai kesungguhan sesebuah kerajaan, lebih 30 tahun tentunya memberikan tempoh jauh lebih daripada mencukupi untuk Pas menunjukkan perubahan besar dalam pembangunan negeri dan kehidupan rakyat Kelantan.

Realitinya, kegagalan pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan dari segi ekonomi dan sosial terus menjadi perbualan rakyat dari semasa ke semasa.

Selain masalah bekalan air bersih yang belum selesai, rakyat Kelantan masih bergelut dengan kadar penyalahgunaan dadah, kemiskinan kedua tertinggi, peningkatan kes jenayah seksual serta pengangguran melebihi purata nasional.




Tak mahu ulang drama lama, PH-BN disaran ‘ikat’ kerjasama sebelum PRN Melaka

 


Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disaran memeterai satu bentuk perjanjian lebih jelas jika kedua-dua gabungan itu bersetuju bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Wanita PH, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, langkah itu penting supaya kerjasama kedua-dua pihak tidak hanya bergantung kepada persefahaman politik, sebaliknya mempunyai asas yang lebih tersusun, kukuh dan padu.

Menurut Ahli Parlimen Sepang berkenaan, pengalaman kerjasama PH-BN di peringkat Kerajaan Perpaduan menunjukkan hubungan politik antara kedua-dua blok masih boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Dalam proses gerakan kerjasama kita bagi menghadapi PRN Melaka dan seperti juga di peringkat Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, saya melihat perlunya ada usaha menambah baik secara berterusan dilakukan.

“Jika sebelum ini tiada perjanjian, maka selepas ini kena ada perjanjian supaya kerjasama itu lebih kukuh dan lebih padu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Wanita AMANAH Negeri Sembilan 2026 hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Wanita AMANAH Nasional berkenaan menegaskan perkara itu masih bergantung kepada rundingan antara pucuk pimpinan PH dan BN.

Katanya, PH pada dasarnya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang sanggup membentuk persefahaman bagi menghadapi PRN Melaka, termasuk BN.

Namun, beliau mengingatkan supaya proses rundingan itu tidak diganggu dengan terlalu banyak andaian atau tekanan sehingga menjejaskan usaha mencari formula terbaik.

“Biarlah rundingan berlangsung dengan baik dan lancar,” katanya.

Kata sepakat

Pada masa sama, Aiman Athirah tidak menolak kemungkinan PH dan BN membawa haluan masing-masing jika rundingan kerjasama akhirnya tidak menemui kata sepakat.

“Kalau tak ada kerjasama, maka saya fikir akan berlaku seperti mana di PRN Johor dan Negeri Sembilan. Itu kita tengok dululah, terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan,” katanya.

Tambah beliau lagi, apa juga bentuk kerjasama yang diputuskan kelak perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai pertimbangan utama, bukan semata-mata soal pembahagian kerusi atau percaturan parti.

Untuk rekod, mandat semasa kerajaan negeri Melaka akan berakhir pada penghujung Disember ini.

Dalam PRN Melaka 2021, BN menang besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi manakala PH lima dan PN dua.

Walau bagaimanapun, PH telah menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri pada Julai lalu selepas lima ADUN PH menolak pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pewujudan ADUN lantikan.





PEMIMPIN TINGGI PARTI POLITIK DITAHAN ? KES FELDA TERKINI !


 

SPEKER SEKOLAH KETUA PEMBANGKANG SAMPAI KOYAK ! MALU YB PN !


 

@malaysiaintelligence Subscribe PREMIER SARAWAK.


 

zzat Telah Terima LOD Dari Pihak Asyraf Wajdi


 

@jasonyew_ Join Cukai GST telus & efisien tapi ia tetap cukai


 

USTAZ WADI ANNUAR - ORANG TAK PERNAH DIUJI TANDA ALLAH MURKA PADANYA


 

@thekapitanMY NEGERI NI ROHINGYA DAH AMBIK DAH!!


 

HULU TERENGGANU KOYAK ! PMX BONGKAR SKANDAL EXCO PAS !