Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini.

 



Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini.



















Industri filem mempunyai peranan besar dalam mempertahankan serta memperkasa bahasa, budaya, nilai dan jati diri kita agar generasi muda tidak terputus daripada akar budaya sendiri. Dalam mengejar kemajuan dan teknologi baharu, kita harus berani menggapai ke langit, namun tetap mengakar ke bumi.
Untuk melaksanakan peranan ini, saya percaya keterbukaan dan kebebasan harus diberikan dalam berkarya. Saya khuatir seni, budaya dan sastera akan terkekang serta gagal berkembang sekiranya berdepan terlalu banyak tekanan dan sekatan.
Saya masih mengingati beberapa karya hebat yang pernah berdepan sekatan hanya kerana satu dua babak yang dianggap sensitif oleh pihak tertentu. Pengalaman lalu mengajar kita supaya tidak menilai sesebuah karya secara terlalu sempit sehingga keseluruhan kekuatan, pemikiran dan nilai seninya tenggelam.
Kita pernah melahirkan Seniman Agung P Ramlee yang mengangkat kesedaran dan nilai kemanusiaan serta meruntuhkan tembok prasangka dan faham perkauman sempit menerusi karya yang berani dan kritis. Menghimbau zaman muda, hampir semua filem Melayu keluaran Shaw Brothers dan Cathay-Keris saya ikuti. Banyak lirik dan lagunya masih membekas dalam ingatan.
Sebab itu, saya sedikit bimbang melihat sebahagian generasi baharu, terutama anak-anak yang membesar di kota, semakin terpisah daripada khazanah seni dan akar budaya kita. Namun saya melihat masih ada harapan tatkala cucu-cucu saya mula berubah fikiran dan tertarik untuk menyaksikan lebih banyak filem Melayu selepas menonton Pendekar Bujang Lapok.
Pengalaman kecil ini meyakinkan saya bahawa karya kita tidak ketandusan mutu. Yang diperlukan ialah pendedahan agar generasi baharu berpeluang mengenali, menikmati dan menghargainya. FINAS harus terus mengupayakan anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya malar segar, sekali gus menghubungkan kembali anak-anak kita dengan seni, budaya dan jati diri negara.
Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah industri kita juga sarat dengan kisah pilu para seniman yang berakhir dalam derita dan kesengsaraan akibat sistem yang menekan dan gagal membela mereka. Kemajuan industri harus bergerak seiring dengan kebajikan seluruh penggeraknya, daripada pelakon dan pengarah kepada penulis, kru serta tenaga di belakang tabir.
Kerana itu, Kerajaan MADANI akan terus memastikan dukungan yang diperlukan untuk mengangkat mutu karya, memperkukuh industri dan membela nasib para penggiatnya. Insya-Allah, ini akan menjadi perkara yang dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.

Bukan takut dikritik, tapi bila akidah dilanggar, Liyana buat laporan polis terhadap empat individu

 



Peguam dan pemerhati politik, Liyana Marzuki membuat laporan polis terhadap empat individu susulan dakwaan di media sosial yang menyebarkan fitnah mengaitkannya dengan penolakan hukum Islam.

Liyana berkata laporan itu melibatkan tiga individu di Facebook dan seorang lagi menerusi WhatsApp yang menyebarkan tuduhan berkaitan penutupan aurat dan pemakaian tudung terhadapnya.

Bekas Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara (AGC) itu berkata, semakan mendapati pihak yang terbabit menyebarkan tuduhan tersebut mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan membuat laporan polis bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara atau menutup ruang kritikan terhadap pandangannya.

“Saya membuat laporan polis ini bukanlah menafikan kebebasan bersuara atau mengkritik sebab saya dah sembilan tahun menulis,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya, hari ini.

Tohmahan

Liyana berkata, sepanjang aktif menulis di media sosial, beliau sudah terbiasa berdepan tohmahan, kritikan dan cacian.

Namun, tegas pengendali podcast ‘Jangan Pajak Otak’ itu, dakwaan yang menyentuh soal akidah serta pegangan agama dianggap sudah melampaui batas.

Menurutnya, tuduhan sedemikian bukan lagi sekadar perbezaan pandangan politik kerana ia berpotensi membentuk budaya radikalisme dan ekstremisme yang boleh membawa risiko kepada keselamatan dirinya serta keluarga.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya budaya melabel dan menyerang pegangan agama seseorang dibiarkan menjadi senjata dalam persaingan politik di media sosial.

Sehubungan itu, Liyana berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap individu terbabit, termasuk akaun palsu yang dipercayai digunakan untuk menyebarkan kandungan berkenaan.

Katanya, individu yang mempunyai latar belakang undang-undang sepertinya juga perlu mempertahankan hak apabila berdepan apa yang disifatkannya sebagai radikalisme, ketaksuban dan pembulian siber.

“Jika saya sendiri yang berlatar belakangkan undang-undang tidak menegakkan hak saya untuk melawan radikalisme, ketaksuban dan pembulian di media sosial ini, saya rasa orang lain juga akan tertindas,” kata Liyana lagi.





Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar @jasonyew_ Join Kalau terlalu tertekan dan tertutup, saya







 

Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim ruang keterbukaan perlu disesuaikan dengan acuan nilai dan budaya tempatan, selain mengekalkan identiti masyarakat Malaysia dalam penghasilan karya seni tempatan.

Perdana Menteri berkata, penggiat seni tidak wajar dikongkong namun perlu berasaskan nilai tempatan yang wajar diangkat sebagai khazanah negara serta dikongsi dengan masyarakat dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Saya tidak mahu digambarkan liberal. Tetapi terus terang saya katakan, sekiranya mahu negara maju, tentu kita harus terima kenyataan anak muda dan khalayak mahu bebas dan terbuka.

“Namun, itu tidak bermakna kita nak terima acuan barat dan acuan timur pula tidak bermakna mengikut acuan neokonservatif. Kalau industri ini terus tertutup, saya bimbang industri seni negara akan tertutup,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar berkata, industri filem perlu berkembang dengan mengangkat budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti tersendiri.

“Sebab itu kita tambah ruang untuk teater, sastera dan seni kerana bidang-bidang ini memberikan corak yang berbeza kepada negara. Tidak ramai yang menonton filem tempatan atau mengikuti perkembangan industri seperti sehebat zaman dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Tetapi satu perkara yang tidak boleh kita mungkiri ialah tanggungjawab untuk memastikan bukan sahaja industri ini berjaya, malah penggerak, pelakon, penggiat seni dan seluruh jentera yang menghasilkan karya turut diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penggiat seni yang telah menjayakan perkembangan bidang ini dan melonjakkan industri ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana karya seni turut mempamerkan sikap, nilai dan budaya sesebuah negara,” jelasnya.





PH buka pintu kepada BN, tapi ini satu syarat penting menjelang PRN Melaka

 


Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk meneruskan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Walau bagaimanapun, PH mahu sebarang persefahaman dimuktamadkan secara jelas supaya tidak timbul kekeliruan pada kemudian hari.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Datuk Aiman Athirah Al Jundi berkata, apa juga bentuk perbincangan antara PH dan BN perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya sekadar soal pembahagian kuasa.

Menurutnya, PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi komitmen terhadap tadbir urus baik, kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Namun, kata Ahli Parlimen Sepang berkenaan, jika kerjasama PH-BN memerlukan satu persefahaman atau perjanjian lebih awal, perkara itu wajar diperincikan dan dimuktamadkan sebelum menghadapi pilihan raya.

“Kita tidak mahu timbul lagi persoalan mengenai sesuatu kerjasama yang dikatakan tidak bertulis, tiada konsensus atau tidak mempunyai garis panduan yang jelas.

“Sebuah kerjasama politik yang matang perlu berasaskan kepercayaan, prinsip dan kesepakatan yang dipersetujui bersama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Aiman Athirah yang juga Ketua Wanita PH turut menegaskan bahawa bagi PH, kestabilan politik bukan semata-mata berkisar mengenai siapa mendapat kuasa.

Sebaliknya, kata beliau, ia mempunyai kesan langsung terhadap keyakinan pelabur, kekuatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menambah kestabilan pentadbiran membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan dan memastikan manfaat ekonomi dapat diterjemahkan kepada kehidupan rakyat.

“Apa jua keputusan yang dibuat, keutamaan kita tetap sama, iaitu memastikan rakyat Melaka dan seluruh negara mendapat sebuah pentadbiran yang stabil, berintegriti dan benar-benar berkhidmat untuk mereka,” kata Aiman Athirah lagi.




HINA DIA MAKI DIA ALLAH NAIKKAN DARJAT DIA DI DUNIA..

 




Tahniah! Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek antara 1,328 individu penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2026 sempena sambutan Hari Jadi Ke-77 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.


Beliau menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama sembilan penerima lain.


#ohmedia #sa





KERAJAAN MANA NI LEBAI?

 


Norman Daud



Amboi.. bersorak girang penyokong PN bila bekas timbalan agama membangkitkan kenapa kerajaan tak lunaskan lagi hutang UJSB kepada TH seperti yang ditulis dalam dapatan RCI.






Tapi mereka ni lupa.. RCI ni ditubuhkan ketika mereka PN adalah kerajaan dan siap semasa mereka masih jadi kerajaan.


Semasa RCI tu siap.. kerajaan Madani tak wujud pun lagi.


Jadi teguran RCI tu untuk kerajaan mana? Teguran tu untuk kerajaan PN + BN la..bukan kerajaan Madani.


Bende simple pun tak boleh nak fikir.. adoii..


Semasa mereka jadi kerajaan mereka hanya melunaskan RM 500juta obligation UJSB terhadap TH walaupun semasa belanjawan 2021 kerajaan  PH1.0 telah memperuntukkan RM 1.5bilion setahun bagi dibayar kepada TH.


Jadi yang tak bayar TH tu kerajaan PN+BN.


Tengah busy ni.. tulis pendek jek la.. tapi nampakkan apa yang saya nak sampaikan ni.





TERBAIK. HANG TERAR...




 Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Melaka.






Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang disandang sejak April 2023 itu akan berkuat kuasa pada minggu depan.


Keputusan ADUN Merlimau itu sekali gus menyahut desakan pemimpin DAP yang sebelum ini menuntutnya mengambil pendirian sedemikian, susulan gesaan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.


Dr Akmal berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


"Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai EXCO (kerajaan negeri) berkuat kuasa minggu depan. Tapi kalau ada orang cakap dengan saya, saya lari daripada perjuangan (Pemuda UMNO), tidak sama sekali saya tinggalkan Pemuda UMNO hari ini.


"Bagi saya, jawatan dalam kerajaan tidak penting, tapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi ini," katanya," katanya.


Semalam, media melaporkan Dr Akmal mengakui sudah meluahkan hasrat dan isi hati ketika bertemu Ahmad Zahid serta berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri itu kerana sudi mendengar luahan hati beliau.





SAPA LA TUKANG TULIS.



 Jamzuri Ardani


No one is above the law. 


Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas. Jangan pilih bulu. Islam itu adil.




TAHNIAH

 

Aman Muhamad


Maafkan saya terlambat ucap tahniah kepada encik Kumaresan BK atas kejayaan beliau menjadi Pengerusi DHKP terbaru untuk sesi 2026-2027.







Saya cuma nak follow up mengenai binaan rumah ibadat yang menceoboh tanah JKR yang berada dekat IKBN Kubang Pasu itu.


Pada bulan Mac yang lalu,  kamu encik Kumaresan telah mendakwa rumah ibadat menceroboh itu mempunyai surat kebenaran sementara daripada JKR, dan juga pihak pengurusan rumah ibadat menceroboh tu juga sedang berunding untuk membeli tanah estet daripada Genting Group.


Jadi soalan saya ialah:


1. Saya telah menghubungi pihak JKR Kedah dan mereka menafikan telah mengeluarkan surat kebenaran sementara untuk rumah ibadat yang meceroboh yang kamu maksudkan itu. Apakah kamu sebenarnya berbohong untuk membela rumah ibadat menceroboh?


2. Jika benar kamu dakwa ada surat, maka dedahkan surat kebenaran sementera oleh JKR tu di sini. Kita boleh semak dan buat pengesahan dengan pihak JKR Kedah.


3, Apa perkembangan terkini untuk beli tanah estet Genting Group tu? Betul ke ada rundingan dengan pihak Genting Group nak beli tanah estet tu? Atau satu lagi pembohongan kamu untuk membela rumah ibadat menceroboh itu?


Apa-apa pun saya ucapkan tahniah sekali lagi kerana berjaya dilantik ke jawatan tertinggi dalam PAS.


:)


p/s: PAS dan DAP kedua-duanya membela rumah ibadat menceroboh, tapi kenapa PAS nak berlagak lebih suci daripada DAP?